buku panduan perlaksanaan

download buku panduan perlaksanaan

of 30

Transcript of buku panduan perlaksanaan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR, PERLIS

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

BUKU PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI PERMAINAN BOLA BALING UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH

NAMA PELAJAR/ NO. K.P. : I) AMUUTHAMALAR A/P GANESAN (900718-07-5700) II) NURUL HANANI BINTI MANSOR (900601-085534) KUMPULAN NAMA KURSUS NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN : : : : PISMP PJ(A) AMBILAN JANUARI 2010

PJM 3111 BOLA TAMPAR & BOLA BALING TN. HJ. ROSLEY BIN ABDULLAH 19 OGOS 2011

1

ISI KANDUNGAN

Muka surat

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0

Pengenalan Matlamat Objektif penyediaan buku panduan Kenyataan panduan penggunaan Jenis dan nama aktiviti berdasarkan permainan bola baling Senarai kemudahan dan peralatan Prosedur permainan yang telah direka cipta dan diubahsuai Peraturan dan syarat permainan Penutup Rujukan Lampiran

1 2 3-4 5 6 6 7 7-8 9 10-11 12- 37

2

1.0 PENGENALAN

Buku panduan pelaksanaan aktiviti permainan bola baling untuk murid sekolah rendah ini disediakan bagi membantu guru pelatih major Pendidikan Jasmani yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Buku ini boleh menjadi satu panduan yang amat berfaedah kepada guru pelatih yang bakal menjadi guru di sekolah rendah pada masa kelak. Buku ini mengandungi aktiviti permainan yang direka berasaskan pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) bagi salah sebuah permainan bola yang cukup dikenali iaitu bola baling. Teahing Games for Understanding (TGfU) ialah sebuah pendekatan yang dicipta oleh Bunker & Thorpe pada tahun 1982 bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan, meningkatkan tahap aktiviti fizikal, dan juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Malahan, pendekatan TGfU juga digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan Pendidikan Jasmani sehingga masa kini. Matlamat utama TGfU ialah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang murid dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Menurut falsafah TGfU, murid atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan. Model ini juga menggalakkan murid melibatkan diri dalam pelbagai permainan dan merasa keseronokan serta kepuasan dalam permainan. TGfU adalah lebih praktikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola. Terdapat empat kategori dalam TGfU iaitu sasaran (target), pukulan (striking), jaring (net/wall), dan serangan atau kawasan (invansion). Dalam buku panduan pelaksanaan aktiviti permainan bola baling ini, hanya satu kategori sahaja yang akan diaplikasikan iaitu serangan atau kawasan.3

2.0 MATLAMAT Buku panduan pelaksanaan aktiviti permainan bola baling untuk murid sekolah rendah ini dihasilkan sebagai satu tugasan kerja kursus bagi guru pelatih major Pendidikan Jasmani dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang mengikuti matapelajaran bola tampar dan bola baling (PJM 3111).

Matlamat penghasilan buku panduan pelaksanaan ini adalah untuk melatih guruguru pelatih berfikir secara kreatif dan kritis dalam mereka aktiviti permainan bola baling yang sesuai untuk melibatkan dan mengajar murid sekolah rendah nanti. Selain itu, guru pelatih juga boleh memikirkan cara untuk melaksanakan aktiviti permainan bola baling yang seronok, boleh melibatkan semua murid secara menyeluruh dalam aktiviti dan meningkatkan kemahiran serta pemahaman dalam permainan bola baling secara tidak langsung.

Guru-guru pelatih juga akan mendapatkan peluang untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam mereka aktiviti permainan yang sesuai bagi murid sekolah rendah dengan menggunakan pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU). Secara tidak langsung, tugasan kerja kursus bagi menghasilkan buku panduan pelaksanaan ini menjadi satu medan untuk guru pelatih bagi memahirkan diri dengan meneroka sendiri, membina dan mengaplikasi aktiviti permainan bola baling berasaskan pendekatan TGfU.

4

3.0 OBJEKTIF PENYEDIAAN BUKU PANDUAN

Objektif yang ingin dicapai melalui penyediaan buku panduan pelaksanaan aktiviti permainan bola baling bagi murid sekolah rendah ini ialah seperti berikut :

Guru

Guru-guru dapat melahirkan idea yang kreatif dalam mereka aktiviti permainan bola baling yang menarik.

Guru-guru dapat menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dengan lebih baik untuk mengubahsuai permainan bola baling untuk dijadikan satu aktiviti permainan yang seronok bagi murid-murid.

Guru-guru juga dapat memahirkan diri dalam pengaplikasian pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) dengan baik dan bijak mengikut aktiviti permainan yang ingin dilaksanakan.

Guru-guru boleh melakukan banyak kajian berdasarkan konsep TGfU untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang Pendidikan Jasmani.

Guru-guru boleh membawa satu panduan yang lengkap dan menarik untuk dilaksanakan semasa pengajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah nanti.

Murid

Murid-murid dapat kemahiran yang ingin diajar pada suatu masa dalam keadaan seronok dan ceria semasa pengajaran.5

Murid-murid tidak berasa bosan, manakala perlu betul-betul mengalami aktiviti permainan yang dirancang oleh guru dengan seronok dan puas hati.

Murid dapat bermain dengan seronok melalui permainan yang direka dengan konsep TGfU, tetapi pada masa yang sama juga mereka dapat menguasai satu kemahiran asas dalam bola baling secara mereka tidak sedari.

Murid-murid dapat meningkatkan sikap kerjasama bersama rakan-rakan dalam sekumpulan.

Aktiviti permainan seperti ini dapat meningkatkan keceriaan murid dan cara pemikiran positif dalam diri murid.

6

4.0 KENYATAAN PANDUAN PENGGUNAAN

7

5.0 JENIS DAN NAMA AKTIVITI BERDASARKAN PERMAINAN BOLA BALING

1) Permainan: Bola Baling Kategori permainan dalam TGfU : Serangan / Kawasan Nama aktiviti permainan bola baling yang telah diubahsuai: Semakin Jauh Semakin Sayang Kemahiran yang terlibat : Hantaran

6.0 SENARAI KEMUDAHAN DAN PERALATAN

Kemudahan dan peralatan untuk aktiviti permainan bola baling : Semakin jauh Semakin Sayang.

KEMUDAHAN Gelanggang bola baling / padang bola

PERALATAN Bola baling Jam randik BILANGAN Tepung Gelung Raga Kon 15 1 1 Sepaket 1 4

8

7.0 PROSEDUR PERMAINAN YANG TELAH DIREKA CIPTA DAN DIUBAHSUAI

Prosedur aktiviti permainan Semakin Jauh Semakin Sayang :

1) Murid-murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Setiap kumpulan mempunyai 8 orang pemain. 2) Kumpulan A akan menjadi penyerang manakala kumpulan B akan menjadi pemadang. 3) Dua orang pemain bagi kumpulan A akan diletakkan di setiap garisan yang telah disediakan manakala dua orang bagi kumpulan B akan berada di tengah-tengah setiap garisan antara pemain A dan B. 4) Pemain pertama bagi kumpulan A dikehendaki membaling bola ke arah pemain nombor 2 atau 3. Pemain nombor 2 dan 3 akan membuat hantaran kepada pemain 4 atau 5 dan seterusnya sehingga ke pemain terakhir di garisan yang terakhir. 5) Pemain terakhir akan meletakkan bola di dalam raga yang disediakan. 6) Setiap kumpulan diberi masa selama 2 minit. 7) Bola yang berjaya dirampas oleh kumpulan B tidak akan dikira mata. 8) Kumpulan yang mengumpul bola yang baling banyak dikira sebagai pemenang.

8.0 PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN

i)

Pemain hanya boleh melakukan kepada sasaran yang dibenarkan sahaja. Pemain tidak boleh menghantar bola ke arah yang mengikut suka hati mereka.

ii)

Setiap kumpulan hanya boleh bermain dalam kawasan yang telah diberikan.

9

iii)

Keselamatan adalah paling diutamakan. Murid-murid tidak dibenarkan melakukan hantaran yang terlampau kuat kea rah rakan atau tidak mengikut dalam ruang kawasan yang telah diberikan.

iv)

Murid-murid tidak dibenarkan pakai cincin, gelang, atau apa sahaja barang perhiasan yang lain di tangan.

v)

Masa yang diperuntukkan untuk setiap pusingan bagi setiap kumpulan ialah dua minit sahaja.

vi)

Murid yang berdiri atas garisan yang telah ditetapkan tidak boleh berganjak atau bergerak ke arah yang lain.

10

9.0 PENUTUP

Buku panduan pelaksanaan aktiviti permainan bola baling khususnya dalam kemahiran hantaran ini akan amat membantu guru-guru pada masa kelak dalam melaksanakan aktiviti permainan bola baling yang menarik dan menyeronokkan bagi murid sekolah rendah. Salah satu sebabnya ialah seperti yang dinyatakan dalam bahagian pengenalan sebelum ini iaitu pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Jikalau dilihat semula pada aktiviti yang dirancang dalam buku panduan ini iaitu Monyet dalam Kandang, aktiviti ini akan membantu dalam menimbulkan suasana yang menyeronokkan bagi kanak-kanak untuk bermain permainan bola baling. Secara tidak langsung, murid akan dapat belajar kemahiran hantaran paras dada dan lantunan dengan lebih cepat dan cekap. Oleh itu, pendekatan TGfU sememangnya satu pendekatan yang cukup sesuai dan bagus kerana hanya guru sahaja yang tahu apa sebenarnya kemahiran yang dilibatkan dalam permainan tersebut, manakala murid tidak akan menyedari atau terlalu tumpu pada kemahiran yang diaplikasi dalam permainan tersebut. Namun begitu, murid tetap akan dapat belajar kemahiran tersebut melalui aktiviti permainan yang diubahsuai tadi. Selain itu, pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) juga membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam merancang aktiviti permainan yang menarik dan sesuai mengikut tahap umur dan kebolehan semua murid dalam satu kelas. Ini bermaksud pendekatan TGfU bukan sahaja member kesan kepada murid, malah kepada guru juga. Kami berharap aktiviti permainan bola baling yang diubahsuai dalam buku ini dengan nama Semakin Jauh Semakin Sayang akan dapat membantu guru-guru Pendidikan Jasmani yang lain dalam melaksanakan pengajaran permainan bola baling khususnya dalam kemahiran hantaran.

11

10.0

RUJUKAN

BUKU

Lily Rozita Bt. Mohamad. (2008). Teahing Games for Understanding. Pergerakan Asas (PJM 3102), 80-89.

INTERNET

Physical Education Resources. (2010). Teaching Games for Understanding. http://physicaleducationresources.com/teachinggamesforunderstandingphysicale ducation.aspx

Norizan. Hj. Johan. (2007). Teknik balingan bola baling. Dimuat turun pada 23 Julai 2011, http://bolabaling.blogspot.com/2007/03/teknik-balingan-bolabaling_18.html

Norizan. Hj. Johan. (2007). Kemahiran dalam bola baling. Dimuat turun pada 24 Julai 2011, http://bolabaling.blogspot.com/2007/03/kemahiran.html

Ruhie Hafieda. (2009). Bola Baling. Dimuat turun pada 24 Julai 2011, http://fiedastory.blogspot.com/2009/02/bola-baling.html

Kiasmay. (2009). Peraturan Pertandingan Bola Baling. Dimuat turun pada 27 Julai

12

2011, http://handball-samarahan.blogspot.com/2009/08/peraturan-pertandinganbola-baling.html

13

11.0

LAMPIRAN

14

BOLA BALINGBOLA BALING DAN KEMAHIRAN SERTA TEKNIK

Sunday, March 18, 2007KEMAHIRANAKTIVITI-AKTIVITI DALAM BOLA BALING 1. Permainan (a) Bola Baling (i) Kemahiran: Hantaran Menangkap Menggelecek Melantun Mengacan Menghadang Menjaring Menjaga gol Undang-undang dan peraturan (ii) Aspek-Aspek Keselamatan: Latihan yang sistematik Mengenal pasti kemampuan tahap dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti Kesesuaian pakaian Persekitaran atau tempat beraktiviti Penyeliaan, arahan dan bimbingan Perlakuan aktiviti Disiplin murid 15

Murid dapat : Aras 1 Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti kemahiran bola baling. Melakukan sekurang-kurangnya enam kemahiran asas dalam permainan bola baling dengan teknik yang betul dan selamat. Aras 2 Mengaplikasi undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola baling. Mengenal pasti otot utama yang digunakan dalam permainan bola baling. Menyatakan sekurang-kurangnya empat kesalahan teknik lakuan dalam permainan bola baling. Aras 3 Mengenal pasti tindakan berbahaya dalam situasi permainan. Merancang strategi asas dalam permainan bola baling. Melakukan kemahiran dan strategi asas dalam permainan bola baling. Membincangkan aspek-aspek ke selamatan yang perlu diambil kira dalam permainan bola baling. Membincangkan undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola baling. Membincangkan kesalahan-kesalahan teknik lakuan dalam permainan bola baling. Membincangkan tindakan berbahaya dalam situasi permainan. 16

Menamakan otot utama yang digunakan dalam permainan bola baling. Posted by norizan.hj.johan at 5:54 PM

17

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALINGPosted by kiasmay PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF ), Persekutuan Bola Baling Malaysia ( MHF ), Persatuan Bola Baling Sarawak ( SAHA ) dan Peraturan - Peraturan AM MSSM. 2. JENIS PERTANDINGAN Pertandingan berpasukan ( Lelaki dan Perempuan ) Tempoh Permainan Secara Liga Kumpulan ( Pusingan Pertama ) 20 minit setiap separuh masa permainan dengan 10 minit rehat ( 20:10:20:) Kalah Mati ( Suku Akhir, Separuh Akhir, Tempat Ketiga dan Akhir ) 20 minit diberi untuk setiap masa permainan dengan 10 minit rehat (20:10:20) Masa rehat Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat ( Time Out ) sekali bagi setiap separuh masa. Pegawai dari mana-mana pasukan boleh memohon masa rehat dengan melayangkan KAD HIJAU kepada penjaga masa ( Time Keeper ) Situasi yang tidak dibolehkan untuk meminta masa rehat pasukan ialah : a). Selepas bola terkeluar daripada garisan tepi gol. (own goal line or outer goal line) b) Selepas pasukannya terkena jaringan gol. 3. PENDAFTARAN PEMAIN

18

Tiap-tiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 14 orang pemain, iaitu 7 orang pemain dengan 5 orang pengganti. 4. SISTEM PERTANDINGAN Sila rujuk Peraturan-peraturan AM (8 ) Edisi 1994 MSSM. ( bergantung kepada jumlah penyertaan dan akan dibincangkan semasa mesyuarat pengurus / jurulatih pasukan pada .) 5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN Secara Liga Cara Memberi Mata: Menang Seri Kalah - 3 mata - 1 mata - 0 mata

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan seperti berikut: i. Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang. ii. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang. iii. Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang. iv. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. v. Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan. Secara Kalah Mati 5.2.2. Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuhnya masa langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya.

19

a) Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat lima minit. b) Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan 5 minit lagi. c) Jika keputusan masih lagi seri, sistem balingan 7 akan dijalankan kecuali dalam perlawanan akhir. d) Jika balingan 7 tidak dapat dijalankan kerana keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka undian hendaklah dijalankan. 5.2.3 Sistem balingan 7.. a) Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7m dengan cara balingan berselang-seli oleh 5 orang pemain. b) Jika masih seri, maka balingan 7 hendaklah diteruskan oleh pemain yang secara berselang-seli dengan sudden death c) Pengadil akan memutuskan gol di mana balingan 7 itu dijalankan. d) Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu. e) Hanya pemain-pemain yang menyertai perlawanan akhir dalam masa tambahan dibenarkan membuat balingan penalti itu. f) Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 dan penjaga gol pasukan lawan mestilah berada di luar garisan balingan percuma. g) Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang. h) Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan penalti dijalankan. 6. PAKAIAN Sila rujuk undang undang Bola Baling Antarabangsa ( IHF ) dan perkara-perkara berikut:Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki. Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa dan boot. Kasut berpaku tidak dibenarkan sama sekali. ( Gelanggang rumput sahaja )

20

Kasut boot yang mempunyai 6 stud tidak dibenarkan dipakai dan tinggi stud yang dibenarkan melebihi 12 mm. ( Gelanggang rumput sahaja ) 7. GELANGGANG PERMAINAN Sila rujuk Undang undang Bola Baling Antarabangsa (IHF ) Tiap tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol. 8. ALATAN ( BOLA ) Lelaki 18- saiz 3 IHF Berat Lilitan - 425 gm hingga 475 gm - 58 sm hingga 60 sm.

Perempuan 18,lelaki 15 & perempuan 15 ) - saiz 2 IHF. Lelaki & perempuan 12 saiz 1 Sepanjang pertandingan ini dijalankan, bola disediakan oleh pihak pengelola. 9. KELEWATAN Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan diberi kemenangan dengan 3 mata dan bilangan gol 3 0. 10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan. 10.2 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan-pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan hendaklah memberi sebab secara bertulis kepada pihak pengelola kenapa berbuat demikian untuk menggelakkan tindakan tatatertib dikecualikan. 11. SINGKIR ( KAD MERAH ) DAN BATAL

21

Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau disingkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya. Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau disingkir kali kedua, ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain. Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal, ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain dalam mana-mana perlawanan sepanjang pesta tersebut. 12. YURAN PENDAFTARAN 13. BANTAHAN 13.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pegawai pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada satu (1) jam selepas tamat perlawanan dengan bayaran sebanyak RM100.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak berjaya. 13.2 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan 14. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF ), dan Peraturan Kejohanan Bola Baling ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk PeraturanPeraturan AM (23) MSSM.

22

Thursday, February 5, 2009BOLA BALINGBola Baling Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait. Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian. Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di23

Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. Sejarah Bola Baling Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini dikatakan berasal daripada permainan Urania di Yunani, Harpaston di Rom dan Fangballspiel di Jerman pada zaman dahulu. Pada abad ke-19, munculnya permainan yang agak sama dengan permainan bola baling seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark, Hazena di Bohenia, Gandbol di Ukraine dan Korball serta Raffbold di Jerman. Permainan bola baling moden pertama kali dimainkan di Denmark, Jerman, Norway, Scandinavia dan Sweden pada akhir abad ke-19. R.N. Ernst membentuk undang-undang permainan bola baling pada tahun 1897 manakala Holger Nielsen membentuk undang-undang permainan ini pada tahun 1898. Undang-undang lain untuk permainan ini pula dibentuk oleh Max Heiser, Karl Schelenz dan Erich Konigh pada tahun 1917. Undang-undang ini ditingkatkan lagi oleh Karl Schelenz pada tahun 1919. Pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama untuk pasukan lelaki diadakan antara Jerman dan Belgium pada tahun 1925. Sebaliknya, pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama untuk pasukan perempuan diadakan antara Jerman dan Australia pada tahun 1930. Kedua-dua pertandingan ini dijalankan bawah undang-undang tersebut. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Hasilnya satu undang-undang antarabangsa permainan bola baling ditubuhkan. Pada tahun 1928, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge dan dianggotai 11 buah negara sempena Sukan Olimpik di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin untuk pasukan lelaki. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Namun demikian, permainan tersebut telah dibatalkan dalam senarai permainan Sukan Olimpik. Permainan dipertandingkan semula dalam Sukan Olimpik di Munich pada tahun 1972. Pada tahun 1976, permainan bola baling untuk pasukan perempuan dalam Sukan Olimpik dimulakan. Pada mulanya, bola baling dimainkan 11 orang pemain di padang sepak tetapi akhirnya ia berkembang menjadi permainan dalaman yang dimainkan 7 orang pemain disebabkan cuaca yang buruk di utara Eropah. Akibatnya permainan ini berkembang dengan pesat dan meluas di seluruh Eropah. Permainan bola baling secara dalaman dan luaran sama-sama-sama mendapat sambutan baik dan terkenal sehingga tahun 1960. Pada tahun 1965, jawatankuasa Sukan Olimpik telah menggariskan permainan bola baling sebagai permainan dalaman yang disertai oleh 7 orang pemain. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini telah mengadakan kejohanan Bola Baling Sedunia Pasukan Lelaki setiap 4 tahun atau 3 tahun sekali dari Perang Dunia Kedua hingga tahun 1995. Selepas Kejohanan Bola Baling Sedunia di24

Ireland, pertandingan ini diadakan 2 tahun sekali. Kejohanan Bola Baling Sedunia Pasukan Perempuan diperkenalkan oleh kesatuan ini pada tahun 1957. Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Pada tahun 2007, tedapat 159 buah kesatuan bola baling di pelbagai negara menganggotai IHF yang terdiri daripada 1130000 pasukan di mana terdapat sebanyak 31 juta orang pemain, jurulatih, pengadil dan pegawai . Pada hari ini, terdapat 68 buah negara menyertai IHF. Di Eropah, negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan Poland. Perkembangan bola baling yang pesat di Asia berlaku selepas penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia hasil daripada cadangan Martyr Shaikh Fahad Al-Ahmad selaku pengerusi perwakilan Kuwait dalam Sukan Asia di Tehran pada tahun 1974. Beliau meminta supaya permainan bola baling diiktirafkan sebagai permainan rasmi di Asia. Ini adalah disebabkan permainan ini mendapat sambutan yang meluas di Asia . Berikutannya Kesatuan Permainan Asia telah mengiktirafkan permainan bola baling sebagai permainan rasmi yang ke-19 dalam senarai permainan Asia. Martyr Shaikh Fahad Al-Ahmad juga mengambil inisiatif mengadakan satu mesyuarat untuk perbincangan penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia. Hasilnya Kesatuan Bola Baling Asia telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Tehran sedang berlangsung. Pada tahun 1976, semua kesatuan bola baling dari seluruh Asia telah dijemput menghadiri satu mesyuarat. Penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia (AHF) diumumkan dalam mesyuarat tersebut. Ahli jawatankusa kesatuan ini telah dipilih dan jawatankuasa eksekutif ditubuhkan untuk menguruskan kesatuan tersebut. Ibu pejabat kesatuan ini terletak di Kuwait. Penubuhan kesatuan ini telahmembawa kepada pembangunan dan perkembangan permainan bola baling di Asia. Di Asia, Rusia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak Permainan bola baling di Malaysia merupakan satu permainan yang baru. Perkembangan bola baling agak perlahan di negara kita. Permainan bola baling mula diperkenalkan oleh Lim Hock Han pada tahun 1976. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 September 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986, persatuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Disember 1985 dan sebanyak 11 pasukan telah menyertai pertandingan tesebut. Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut pada tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktabmaktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. Persatuan bola baling diperkenalkan kepada pelajar sebagai salah satu kegiatan kokurikulum.25

Sebenarnya permainan ini biasanya dimainkan sampai peringkat sekolah menengah. Terdapat banyak rakyat Malaysia masih tidak mengenali permainan ini. Selain itu, negara kita kekurangan jurulatih yang berkaliber disebabkan masalah kewangan. Kesatuan Bola Baling Amatur Malaysia bertanggungawab untuk membangunkan dan mengembangkan permainan di negara kita. Posted by Ruhie haFieda at 11:10 PM

26

BOLA BALING BOLA BALING DAN KEMAHIRAN SERTA TEKNIK Sunday, March 18, 2007 TEKNIK BALINGAN BOLA BALING

Pengenalan Bola baling juga dikenali oleh orang-orang Eropah, adalah satu sukan berpasukan di mana dua buah pasukan tujuh pemain setiap (enam pemain dan seorang penjaga gol) melalui dan melantun satu biji bola menyusahkan untuk membuangnya dalam matlamat kumpulan bertentangan. Permainannya sama seperti bola sepak dan bola keranjang namun permainana bola baling ini lebih kepada penggunaan tangan kerana ia melibatkan balingan.Permainan bola baling ini juga terkanaldi seluruh dunia sejak separuh pertama abad ke-20. Kandungan Keluasannya ialah empat puluh meter iaitu bersamaan dengan dua puluh meter (40mx20m) luas, dengan satu garis pemisah pada pertengahan. Separuh bulat adalah biasanya enam meter (6m) jauh dari gol. Di sana juga satu terdapat separuh bulat sembilan meter (9m) jauh dari gol. Setelah setiap pemain mendapatkan gol maka pasukan lawan akan membuat hantaran daripada tengah. Seorang pemain mesti akan berdiri bersama-sama bola , manakala pengadil akan meniup wiselnya untuk membuat permaianan seterusnya. Semua pemain pasukan lawan mesti berada dibelakang garisan. Hanya bertahan penjaga gol adalah dibenarkan untuk melangkah masuk enam meter (6m) perimeter, pemain sungguhpun apa-apa mungkin mencuba untuk menangkap dan sentuhan bola itu diudara. Jika salah seorang pemain perlu menjadi pertahanan mereka mesti cepat masuk kedalam perimeter untuk menjadi wall. Harus seorang penangkis membuat hubungan dengan seorang penyerang manakala dalam bulatan perimeter, pasukan mereka adalah pertahanan kepada pasukan lawan dengan hanya seorang penyerang di tujuh meter garis dan penjaga gol bertahan terlibat. Satu lempar penalti, mesti diambil daripada tujuh meter pada satu garisan lurus selepas pengadil meniup wisel. Bola itu adalah lebih kecil daripada bola sepak pemain menjadi berupaya memegang dan menanganinya dengan sebelah tangan. Beberapa versi Amerika menggunakan sebiji bola tampar. Ia adalah diangkut untuk memantulnya di antara tangan-tangan dan lantai seperti bola keranjang. Seorang pemain boleh saja memegang bola itu untuk tiga saat dan boleh hanya mengambil tiga langkah dengan bola dalam tangan. Setelah diambil tiga langkah kehendak pemain perlu membuat satu lelehan dengan satu serahkan mengarahkan untuk terus bergerak27

ke hadapan, tetapi jika bola itu adalah diadakan dalam kedua-dua tangan setelah dibuat satu lelehan dan pemain membuat lelehan satu lagi, satu lontaran bebas akan diberikan kepada pasukan lain untuk "satu lelehan ganda". Terdapat peraturan variasi-variasi yang tidak rasmi dan ramai; satu versi Amerika bersama membenarkan dengan hanya satu langkah dengan bola itu, selepas yang pemain mesti lulus bola itu untuk teammate atau pucuk lagi. Drama bersedia Saiz dan pola garis sebuah padang bola baling Satu tempoh perlawanan standard terdiri daripada dua jangka masa 30 minit setiap sepanjang mana satu pasukan boleh menelefon satu rehat. Permainan-permainan liga normal adalah dengan biasanya dibenarkan menamatkan dalam satu seri, tetapi dalam kalah mati pertandingan-pertandingan, seperti peringkat-peringkat terakhir Olimpik, dua sambungan tempoh-tempoh 10 minit adalah dimainkan, dan jika mereka juga berakhir dalam satu seri dua kali lagi lima minit telah untuk dimainkan. Jika setiap tamat ini dalam sehelai tali leher selepas masa tambahan pemenang adalah ditentukan oleh seorang individu tembak-menembak daripada 7-meter garis, mana setiap pasukan adalah diberikan lima tembakan. Kaedah-kaedah tembak-menembak adalah menyerupai satu bola sepak, di mana, jika satu orang pemenang bukan ditemui di dalam pertama sepuluh tembakan, pemain-pemain pulangan untuk tembakan, sehingga satu pasukan telah merindui dan lain dijaringkan. Dalam dua akhir olimpik wanita bola baling penalti tembak-menembak telah untuk digunakan - kedua-dua perkecimpungan mereka yang dengan Denmark (menentang Hungary dalam 1996 dan Korea Selatan dalam 2004); dan kedua-dua sebagai pemenang mereka yang dengan Denmark. Permainan adalah cukup laju dan termasuk badan dan hubungan sebagai pembela-pembela cuba mengekang penyerang-penyerang daripada mendekati matlamat. Hubungan yang hanya frontal oleh pembela-pembela dibiarkan; bila seorang penangkis berhenti seorang penyerang dengan nya atau senjatanya sebaliknya nya atau badannya, drama adalah terhalang dan memulakan semula daripada tempat pelanggaran atau di sembilan meter garis, dengan pasukan penyerang dalam milik. Bola baling wanita - satu jaringan lompatan Penalti diberikan kepada pemain, dalam format progresif, jika hubungan di antara pemainpemain adalah dengan terutamanya kasar (walaupun jika ia adalah memang frontal). the mengadili boleh menganugerahkan satu sembilan meter lemparan bebas untuk pasukan penyerang, atau jika pelanggaran adalah semasa satu peluang yang jelas mendapat mata, satu tujuh meter penalti menembak adalah diberikan. Di kes-kes lebih melampau mereka memberi pembela satu kad kuning (amaran), satu 2-minute penalti, atau sekeping kad merah (pemecatan tetap). Untuk batal kasar mereka boleh juga bertitah dua minit pemecatan dan28

satu pemecatan kad merah tanpa mempunyai untuk mengingatkan pertama pemain. Alternatif, jika satu orang pemain menghina pengadil - sama ada dengan bersentuhannya dengan kedalaman liputan untuk mendesak atau dengan penyalahgunaan bahasa, atau jika satu orang pemain sepak atau mencecah seorang penentang sengaja, pengadil tin menyingkirkan pemain membentuk satu pindah selang kepalanya dengan senjatanya, yang akan memberitahu pemain yang dia / dia akan terpaksa pergi dewan gimnasium sepenuhnya. Kedua-dua sekeping kad merah atau satu pemecatan akan - jika pengadil boleh tidak menyesal keputusannya dalam tempoh dua puluh empat jam - mengakibatkan kuarantin untuk pemain dibawa keluar. Satu buah pasukan hanya dapat menerima tiga amaran (kad-kad kuning); selepas yang mereka akan hanya terlarat menjadi dihukum dengan 2-minute penggantungan. Satu orang pemain hanya dapat menerima tiga 2-minute penggantungan; selepas itu dia / dia akan ditayangkan kad merah, dan tidak boleh menyertai dalam bahawa permainan ada lagi. Sekeping kad merah daripada tiga 2-minute penggantungan tidak mengakibatkan kuarantin, seperti sekeping kad merah langsung boleh. Seorang jurulatih / pegawai boleh juga berada dihukum secara progresif. Selepas satu kad kuning dan satu 2-minute penggantungan, kad merah adalah ditunjukkan berturut-turut keluar, dan pemain-pemain berbeza, jurulatih-jurulatih tidak boleh ditunjuk satu pemecatan lengkap, kecuali sudah pasti juga diberi kuarantin padan. Apabila diperlihatkan satu 2-minute penggantungan satu orang jurulatih akan mesti menarik diri satu pemain-pemainnya untuk dua minit - nota: pemain-pemain bukanlah sesuatu menghukum dan boleh menggantikan di sekali lagi, kerana penalti pertama adalah pasukan bermain dengan seorang lelaki kurang daripada lain. Selepas setelah kehilangan bola itu sepanjang satu serangan, bola itu telah menjadi menyediakan dengan cepat atau lagi pemain bukan mengikut kaedah ini akan menghadapi satu 2-minute penggantungan. Juga gesticulatingly atau secara lisan menolak mengikuti perintah pengadil, serta bertengkar dengan nya / keputusan-keputusannya, akan dengan biasanya mengakibatkan satu 2-minute penggantungan. Alternatif, jika ia adalah dibunuh satu cara yang sangat provokatif, satu orang pemain boleh diberikan satu 2-minute penggantungan jika dia / dia tidak berjalan lurus keluar ke bangku selepas ada bagi sebuah ampaian, atau jika pengadil pertimbangkan tempo sengaja perlahan. Jika penyerang melakukan satu kesalahan seperti perlanggaran maka bola tadi akan menjadi milik kepada pasukan bertahan. Pemain-pemain boleh juga mendatangkan milik menjadi hilang jika mereka membuat lebih tiga langkah tanpa membuat penghantaran atau setelah terhenti permainan mereka. Bagaimanapun berbeza dengan bola keranjang pemain boleh mengambil tiga langkah sebaliknya dari dua (berputar satu kaki adalah dianggap satu langkah) dan bola kemestian menjadi "tepuk" jatuh sebaliknya bagi lebih terkawal bola keranjang kaedah. Sejarah29

Dimensi sebuah padang bidang bola baling dimainkan dengan 11 orang pemain di 1936 Summer olimpik berbanding dengan sebuah padang bola sepak. Pasukan bola baling mempunyai asal usul sampai sejauh zaman kuno: urania di Yunani kuno, harpaston di Rom kuno, fangballspiel dalam zaman pertengahan Jerman, dan sebagainya. Terdapat juga merakamkan bola baling seperti permainan-permainan dalam zaman pertengahan Perancis, dan di kalangan Inuit di Greenland, di Zaman pertengahan. Oleh abad ke-19, permainan-permainan yang di sana serupa dan wujud bagi haandbold daripada Denmark, hazena di Bohemia dan Slovakia, gandbol di Ukraine, torball di Jerman, serta versiversi dalam Ireland dan Uruguay. Pasukan bola baling permainan sebagai kita tahu hari ini ia telah dibentuk pada akhir abad ke19 di utara Eropah, terutamanya Denmark, Jerman, Norway dan Sweden. Orang Denmark Holger Nielsen tiba membuat keputusan menyebelahi bola baling moden (hndbold) di 1898 (dan bercetak mereka di 1906), dan RN Ernst dilakukan sesuatu serupa di 1897. Susunan pasukan lagi bola baling kaedah-kaedah adalah diterbitkan tentang 29 Oktober, 1917 oleh Max Heiser, Karl Schelenz dan Erich Konigh daripada Jerman. Selepas 1919 peraturanperaturan ini adalah selanjutnya diperbaiki oleh Karl Schelenz. Permainan-permainan antarabangsa pertama adalah dimainkan di bawah peraturan-peraturan ini, di antara Jerman dan Belgium untuk lelaki dalam 1925 dan Jerman dan Austria untuk wanita dalam 1930. Di 1926, kongres olahraga amatur antarabangsa persekutuan dicadangkan sebuah jawatankuasa untuk menyusun atur peraturan antarabangsa untuk lapangan bola baling. Bola baling persekutuan amatur dan antarabangsa adalah dibentuk dalam 1928. Bola baling persekutuan antarabangsa telah dibentuk kemudian di 1946 Bidang bola baling Men adalah main-main 1936 Summer Olimpik di Berlin di permohonan khas Adolf Hitler[nama diperlukan]. Ia telah diubah daripada senarai sukan, untuk kembali sebagai berpasukan bola baling di 1972 untuk 1972 Summer Olimpik di Munich. Pasukan bola baling wanita telah ditambah sebagai satu disiplin yang sukan olimpik di 1976 Summer Olimpik. Bola baling persekutuan antarabangsa telah kejohanan dunia lelaki terancang dalam 1938, lalu setiap dua, tiga atau bertahun-tahun kadangkala empat sejak Perang Dunia Kedua. Kejohanan dunia wanita telah bermain semenjak 1957. IHF juga menganjurkan wanita dan kejohanan dunia lelaki yang rendah. Sehingga pada 2007 Februari, IHF melaporkan mempunyai 159 orang ahli persekutuan mewakili kira-kira 1,130,000 pasukan pasukan dan sejumlah 31 juta pemain, jurulatih, pegawai dan mengadili.[1]

30