Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem...

17
Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

Transcript of Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem...

Page 1: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

Buku PanduanSistem Perlindungan Manfaat

Takaful dan Insurans

Aras 12, Quill 7, No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur.Telefon : 603-2173 7436 Faks : 603-2173 7527 / 2260 7432Talian Bebas Tol : 1800 88 1266Laman Web : www.pidm.gov.my

Page 2: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

PENGENALAN

SISTEM PERLINDUNGAN MANFAAT TAKAFUL DAN INSURANS DI MALAYSIA

KEAHLIAN

PERLINDUNGAN

Siapayangdilindungi

Haddanskopperlindungan

Penggabunganataupengambilalihanahli penginsurans

PEMBIAYAAN

PEMBAYARAN KEPADA PEMILIK SIJIL TAKAFUL DAN POLISI INSURANS

GLOSARI ISTILAH BERGUNA

MAKLUMAT LANJUT

2

3

9

11

11

12

17

18

20

23

27

KANDUNGAN

Untuk maklumat lanjut, hubungi PIDM di 1-800-88-1266 atau layari www.pidm.gov.my

TAKAFUL DAN INSURANS

IANYA AUTOMATIK

PERLINDUNGAN MANFAAT

PIDM ANDA

Perhatikan logo PIDM untuk mengetahui sama ada sesebuah

syarikat takaful atau insurans merupakan ahli penginsurans PIDM.

PIDM akan menunaikan tuntutan polisi anda.

SIJIL

TAKAFUL

ANDA

POLISI INSURANS ANDA

JIKA AHLI

PENGINSURANS GAGALTiada permohonan.

Tiada pembayaran.

Page 3: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

2 Buku Panduan Sistem Per l indungan Manfaat Takafu l dan Insurans 3

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan skim perlindungan konsumer kewangan terbaharu yang ditadbir oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Sebagai sebahagian daripada pakej perlindungan konsumer kewangan diperkukuh susulan enakmen Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM), sistem ini dilaksanakan pada 31 Disember 2010 untuk menyediakan kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans perlindungan eksplisit terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat mereka sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans. Sistem ini juga memberi kelebihan kepada industri takaful dan insurans yang kini mempunyai daya saing sama rata dengan industri perbankan, yang sudahpun dilindungi oleh sistem insurans deposit.

Industri takaful dan insurans merupakan komponen penting dalam sistem kewangan dan pengenalan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans adalah sejajar dengan perkembangan antarabangsa. Banyak negara di Eropah dan Asia telahpun melaksanakan skim pampasan insurans dalam pelbagai bentuk untuk melindungi pemilik polisi, termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Sepanyol, Korea dan Jepun. Amerika Syarikat dan Kanada juga mempunyai skim yang serupa.

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Antara ciri-ciri unik sistem tersebut ialah perlindungan kedua-dua manfaat takaful dan insurans di bawah pentadbiran satu organisasi. Sejajar dengan mandatnya yang diperluaskan, PIDM akan mentabir kedua-dua Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans dan Sistem Insurans Deposit dengan efektif dan efisien bagi memupuk keyakinan awam terhadap sistem kewangan. Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans juga akan ditadbir dengan cara yang menggalakkan pengurusan risiko mantap di kalangan pengendali takaful dan syarikat insurans.

1. Apakah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans?

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans ialah satu sistem yang dibentuk oleh Kerajaan bagi melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans daripada kehilangan manfaat takaful dan insurans mereka sekiranya ahli penginsurans gagal dan tidak dapat memenuhi pembayaran manfaat takaful dan insurans. Sistem ini diperkenalkan di Malaysia pada 31 Disember 2010. Sistem ini ditadbir oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

2. Apakah PIDM?

PIDM ialah agensi Kerajaan yang ditubuhkan pada 2005 di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM) untuk mentadbir sistem insurans deposit negara yang disasarkan bagi melindungi pendeposit. Mulai 31 Disember 2010, peranan PIDM telah diperluaskan untuk mentadbir Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans bagi menyediakan perlindungan kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans. PIDM juga menyediakan insentif bagi pengurusan risiko mantap dalam sistem kewangan serta menggalakkan dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan Malaysia.

PIDM juga dikenali di peringkat antarabangsa sebagai Malaysia Deposit Insurance Corporation (MDIC).

PENGENALANSISTEM PERLINDUNGAN MANFAAT TAKAFUL DAN INSURANS DI MALAYSIA

¹ Lihat bahagian “Keahlian” dalam Buku Panduan ini.

Page 4: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

4 Buku Panduan Sistem Per l indungan Manfaat Takafu l dan Insurans 5

3. Apakah mandat PIDM?

Mandat PIDM digariskan dalam Akta PIDM, dan objeknya adalah untuk: (a) mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat

takaful dan insurans di bawah Akta PIDM; (b) menyediakan insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua

deposit di bawah tanggunggjawab bank ahli dan menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful dan insurans di bawah tanggungjawab ahli penginsurans, sekiranya berlaku kegagalan sesebuah institusi ahli;

(c) memperuntukkan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan; dan

(d) menggalakkan atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.

Dalam mencapai matlamatnya di bawah perenggan (b) dan (d), PIDM akan bertindak dengan cara bagi meminimumkan kos kepada sistem kewangan.

4. Apakah fungsi utama PIDM?

• Mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans di Malaysia.

• Mentaksirkan dan memungut premium daripada institusi ahli yang merangkumi bank, serta pengendali takaful dan syarikat insurans.

• Mengurus enam kumpulan dana yang berasingan dan berbeza – dua bagi insurans deposit dan empat bagi perlindungan manfaat takaful dan insurans.

• Mengendalikan resolusi sesebuah institusi ahli yang tidak berdaya maju. • Membuat pembayaran balik deposit kepada pendeposit sekiranya

sesebuah bank ahli mengalami kegagalan atau membuat pembayaran terhadap tuntutan manfaat yang layak bagi pemilik sijil takaful atau polisi insurans sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans.

• Mematuhi prinsip-prinsip Syariah berkenaan deposit Islam, manfaat takaful serta kumpulan dana insurans deposit Islam serta perlindungan takaful.

• Melaksanakan inisiatif kesedaran awam dan program pendidikan bagi memantapkan pemahaman mengenai Sistem Insurans Deposit, Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans serta peranan PIDM.

5. Siapa yang mentadbir PIDM?

PIDM ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang diketuai oleh Pengerusi bukan eksekutif. Ahli lain termasuk dua ahli ex officio, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, seorang pengarah daripada sektor awam, seorang pengarah lain daripada sektor awam atau mempunyai pengalaman dalam sektor awam, dan empat pengarah daripada sektor swasta dengan salah seorangnya mempunyai pengalaman berkaitan sektor perbankan dan kewangan. Pengerusi dan semua ahli bukan ex officio dilantik oleh Menteri Kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab bagi pengawasan dan pengurusan operasi harian PIDM. Peranan pengurusan Ketua Pengawai Eksekutif disokong oleh Ketua Pegawai Operasi dan Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif yang diwakili oleh Ketua-Ketua Bahagian dalam PIDM.

Maklumat lanjut mengenai tadbir urus PIDM boleh dirujuk di www.pidm.gov.my.

Page 5: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

6 Buku Panduan Sistem Per l indungan Manfaat Takafu l dan Insurans 7

6. Apabila kelebihan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans?

• PIDM menyediakan perlindungan eksplisit bagi pemilik sijil takaful dan polisi insurans terhadap kehilangan manfaat takaful atau insurans yang layak sekiranya sesebuah ahli penginsurans mengalami kegagalan.

• Perlindungan disediakan secara automatik tanpa memerlukan permohonan.

• Tiada caj dikenakan kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans. • Sekiranya ahli penginsurans mengalami kegagalan, PIDM akan membuat

pembayaran bagi manfaat takaful dan insurans yang layak berikutan kejadian peristiwa tuntutan, kematangan atau serahan sijil takaful atau polisi insurans dengan syarat tuntutan dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Secara alternatif, PIDM boleh mengambil langkah-langkah untuk mengekalkan kesinambungan perlindungan bagi pemilik sijil atau polisi dengan memindahkan pentadbiran sijil takaful atau polisi insurans kepada ahli penginsurans lain.

7. Apakah kelebihan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans kepada sistem kewangan?

• Menggalakkan keyakinan awam terhadap sistem kewangan Malaysia dengan melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans daripada kehilangan manfaat takaful dan insurans.

• Memperkukuh dan melengkapkan rangka kerja pengawalseliaan yang sedia ada dengan menyediakan insentif bagi pengurusan risiko mantap di kalangan pengendali takaful dan syarikat insurans.

• Meminimumkan kos kepada sistem kewangan menerusi penyelesaian kos terendah bagi mengendalikan resolusi ahli penginsurans yang tidak berdaya maju.

• Menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan menerusi pengendalian resolusi ahli penginsurans yang tidak berdaya maju dengan segera.

8. Apakah kelebihan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans kepada industri takaful dan insurans?

• Menyetarakan daya saing antara industri takaful dan insurans dengan industri perbankan.

• Menggalakkan keyakinan awam terhadap industri, dan justeru menyokong perkembangan industri takaful dan insurans.

• Mengukuhkan peranan industri takaful dan insurans sebagai perantara bagi memantapkan kegiatan tabungan.

9. Dengan adanya Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans, apakah perbezaan antara peranan PIDM dengan Bank Negara Malaysia (BNM)?

BNM ialah pengawal selia utama sistem kewangan dan bertanggungjawab mengawal selia pengendali takaful dan syarikat insurans. BNM kekal bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sistem kewangan dan PIDM melengkapkan peranan BNM dengan mentadbir Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans dan menggalakkan pengurusan risiko mantap oleh ahli penginsurans.

PIDM bekerjasama rapat dengan BNM dan hubungan kerja kami diberi mandat dalam Akta PIDM dan diperincikan dalam Perjanjian Perikatan Strategik. Perkongsian kami dengan BNM memastikan pertukaran maklumat yang sewajarnya berkaitan institusi ahli dan kerjasama dalam semua aktiviti penting.

Page 6: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

8 Buku Panduan Sistem Per l indungan Manfaat Takafu l dan Insurans 9

10. Bagaimana PIDM menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan?

PIDM melengkapkan rangka kerja pengawalseliaan yang sedia ada dengan menyediakan insentif kepada ahli penginsurans untuk melaksanakan amalan pengurusan risiko mantap. PIDM juga diperkasakan dengan pelbagai instrumen perundangan yang meluas bagi membolehkan intervensi lebih awal agar mengurangkan atau mengelakkan kerugian kepada sistem kewangan.

Di bawah Akta PIDM, kuasa intervensi dan resolusi PIDM adalah meluas dan termasuk kuasa untuk memperoleh aset daripada ahli penginsurans, membuat pinjaman atau pendahuluan kepada ahli penginsurans, memperoleh saham ahli penginsurans, dan mengambil semua tindakan yang perlu bagi meminimumkan kos kegagalan kepada sistem kewangan. Sebaik sahaja BNM memaklumkan kepada PIDM yang sesebuah ahli penginsurans tidak lagi berdaya maju, PIDM mempunyai bidang kuasa lain, termasuk keupayaan untuk mengambil alih kawalan ahli penginsurans, menubuhkan institusi perantaraan dan menstruktur semula atau membubarkan ahli penginsurans dalam pelaksanaan resolusi kos terendah.

1. Pengendali takaful dan syarikat insurans yang manakah merupakan institusi ahli PIDM?

Semua pengendali takaful berlesen di bawah Akta Takaful bagi menjalankan urus niaga takaful keluarga dan/atau am di Malaysia, serta syarikat insurans berlesen di bawah Akta Insurans bagi menjalankan urus niaga insurans hayat dan/atau am di Malaysia adalah institusi ahli PIDM. Keahlian dalam PIDM adalah wajib mengikut peruntukan Akta PIDM.

2. Bagaimana cara mengenal pasti sesebuah pengendali takaful atau syarikat insurans sebagai institusi ahli PIDM?

Satu senarai pengendali takaful dan syarikat insurans yang merupakan institusi ahli PIDM (juga dikenali sebagai “ahli penginsurans”) boleh diperoleh sama ada dengan menghubungi PIDM di talian 1-800-88-1266 atau menerusi laman web PIDM di www.pidm.gov.my.

Semua ahli penginsurans dikehendaki mempamerkan tanda keahlian ini di pintu masuk pejabat.

KEAHLIAN

Semenanjung Malaysia

Sabah Sarawak

Page 7: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

10 Buku Panduan Sistem Per l indungan Manfaat Takafu l dan Insurans 11

3. Apakah tanggungjawab ahli penginsurans?

Ahli-ahli dikehendaki membayar premium tahunan bagi membiayai operasi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans dan mematuhi terma dan syarat keahlian seperti yang ditetapkan oleh PIDM dari semasa ke semasa.

4. Institusi yang manakah bukan ahli penginsurans PIDM?

Institusi yang bukan ahli penginsurans PIDM termasuklah: • Syarikat penanggung insurans semula dan pengendali retakaful • Pengendali takaful antarabangsa berlesen di bawah Akta Takaful 1984 • Penanggung insurans kaptif dan penanggung insurans pakar • Danajamin Nasional Berhad • Syarikat insurans luar pesisir • Peserta lain dalam industri insurans, seperti broker insurans, adjuster

insurans dan ejen insurans atau penasihat kewangan.

Siapayangdilindungi 1. Adakah semua pemilik sijil takaful dan polisi insurans layak

mendapat perlindungan di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans?

Pemilik sijil takaful dan polisi insurans yang dilindungi di bawah sistem ini termasuklah individu, perniagaan milikan tunggal, perkongsian, kesatuan sekerja, persatuan berdaftar, koperasi, badan amal berdaftar dan perbadanan. Bagi butiran lanjut sila rujuk Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah “Had dan skop perlindungan” dalam Buku Panduan ini.

2. Adakah pemilik sijil takaful dan polisi insurans perlu memohon

atau mendaftar bagi mendapatkan perlindungan di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans?

Tidak, mereka tidak perlu memohon atau mendaftar. Mereka dilindungi secara automatik bagi manfaat takaful dan insurans yang layak.

PERLINDUNGAN

Page 8: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

12 Buku Panduan Sistem Per l indungan Manfaat Takafu l dan Insurans 13

Haddanskopperlindungan

1. Manfaat takaful dan insurans yang manakah dilindungi di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans? Apakah had dan skop perlindungan yang disediakan di bawah sistem ini?

Manfaat takaful dan insurans yang dilindungi di bawah sistem ini dan had berkaitannya dinyatakan dalam Jadual 1 dan 2 yang berikut.

Jadual 1: Manfaat Dilindungi bagi Takaful Keluarga dan Insurans Hayat

Jadual 2: Manfaat Dilindungi bagi Takaful Am dan Insurans Am

JADUAL 1

TAKAFUL KELUARGA / INSURANS HAYAT

Manfaat Dilindungi Had Perlindungan Maksimum (Polisi/Pelan Individu atau Kumpulan)

Kematian dan manfaat berkaitan RM500,000

Hilang upaya kekal RM500,000

Penyakit kritikal RM500,000

Nilai matang (tidak termasuk bahagian unit polisi berkaitan pelaburan)

RM500,000

Nilai serahan RM500,000

Dividen tunai terkumpul RM100,000

Pendapatan hilang upaya RM10,000 sebulan

Pendapatan anuiti RM10,000 sebulan

Perbelanjaan perubatan 100% perbelanjaan ditanggung

Premium prabayar boleh bayar balik 100% amaun prabayar

Orang yang layak ialah pemilik sijil takaful atau polisi insurans dalam mata wang Ringgit Malaysia

JADUAL 2

TAKAFUL AM / INSURANS AM

Manfaat Dilindungi Had Perlindungan Maksimum (Polisi / Pelan)

Kehilangan atau kerosakan harta berkaitan dengan:• harta tidak alih bertempat di Malaysia• kenderaan motor berdaftar di Malaysia atau kenderaan berdaftar asing yang diinsuranskan untuk dipandu di Malaysia• kapal, pesawat udara atau harta alih lain diinsuranskan oleh warganegara atau orang yang layak²

RM500,000 bagi setiap harta

Kematian dan manfaat berkaitan RM500,000

Hilang upaya kekal RM500,000

Penyakit kritikal RM500,000

Pendapatan hilang upaya RM10,000 sebulan

Perbelanjaan perubatan 100% perbelanjaan ditanggung

Berkaitan dengan indemniti terhadap tuntutan pihak ketiga:• kehilangan atau kerosakan harta alih dan tidak alih pihak ketiga yang layak• kematian dan manfaat berkaitan• hilang upaya kekal• penyakit atau kecederaan tubuh badan• pendapatan hilang upaya• perbelanjaan perubatan

• RM500,000 bagi setiap harta

• RM500,000• RM500,000• RM500,000• RM10,000 sebulan• 100% perbelanjaan ditanggung

Premium prabayar boleh bayar balik 100% amaun prabayar

Untuk layak mendapat perlindungan di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans, sijil takaful atau polisi insurans mesti dikeluarkan di Malaysia oleh ahli penginsurans dalam mata wang Ringgit Malaysia.

² Orang yang layak termasuk pemastautin, perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, kedutaan, Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri, persatuan, kesatuan sekerja, persatuan koperasi, perkongsian dan badan lain, organisasi, persatuan atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, di Malaysia.

Page 9: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

14 Buku Panduan Sistem Per l indungan Manfaat Takafu l dan Insurans 15

6. Dalam keadaan bagaimanakah manfaat yang dilindungi di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans dijumlahkan?

Manfaat yang dilindungi di bawah sistem ini akan dijumlahkan sekiranya berkaitan dengan “ahli penginsurans yang sama, peristiwa risiko yang sama, hayat diinsuranskan atau harta diinsuranskan yang sama, dan pemilik sijil takaful atau polisi insurans yang sama”.

Contoh Encik Lim bekerja dengan Troton Bhd dan diinsuranskan di bawah Polisi

Kemalangan Peribadi Kumpulan majikannya bagi RM200,000. Beliau juga mempunyai polisi Kemalangan Peribadi dan polisi hayat bagi dirinya sendiri (jumlah diinsuranskan sebanyak RM300,000 di bawah setiap polisi). Semua polisi dibeli daripada XYZ Insurance Bhd. Pada Mac 2011, beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan.

2. Apakah jenis manfaat takaful dan insurans yang tidak dilindungi di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans?

Manfaat takaful atau insurans yang tidak dilindungi di bawah sistem ini termasuklah sijil takaful dan polisi insurans dalam mata wang asing dan kerosakan kepada harta tak ketara. Bahagian pelaburan sijil atau polisi berkaitan pelaburan tidak dilindungi, tetapi bahagian takaful dan insurans sijil atau polisi yang sama dilindungi di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.

3. Bagaimanakah had dan skop perlindungan ditetapkan?

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans dibentuk bagi melindungi majoriti pemilik sijil takaful dan polisi insurans. Berdasarkan had dan skop perlindungan yang ditetapkan, 95% daripada pemilik sijil takaful dan polisi insurans dilindungi sepenuhnya. Tahap perlindungan di bawah sistem ini selaras dengan tahap perlindungan di bawah sistem insurans deposit.

4. Sekiranya saya mempunyai sijil atau polisi individu, adakah manfaat sijil atau polisi kumpulan saya akan dilindungi secara berasingan di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans?

Ya. Manfaat yang dilindungi di bawah sijil atau polisi individu dan sijil atau polisi kumpulan akan dikira secara berasingan dalam mencapai had maksimum. Ini membolehkan pemilik sijil dan polisi menikmati lebih perlindungan.

5. Jika saya membeli sijil takaful atau polisi insurans dengan manfaat yang sama daripada beberapa ahli penginsurans, adakah semua manfaat takaful atau insurans saya akan dijumlahkan bagi tujuan menentukan perlindungan saya di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans?

Tidak. Manfaat takaful dan insurans yang sama dengan ahli penginsurans berbeza dilindungi secara berasingan.

POLISI JUMLAH DIINSURANSKAN

AMAUN DILINDUNGI DI BAWAH SISTEM

Polisi Kemalangan Peribadi Kumpulan

RM200,000 RM200,000

Polisi Hayat RM300,000 Dihadkan pada RM500,000Polisi Kemalangan Peribadi RM300,000

Polisi Kemalangan Peribadi Kumpulan

Polisi Hayat Polisi Kemalangan Peribadi

Pemilik polisi Troton Bhd. Encik Lim Encik Lim

Penginsurans XYZ Insurance Bhd. XYZ Insurance Bhd.

XYZ Insurance Bhd.

Peristiwa risiko Kematian Kematian Kematian

Hayat diinsurans Encik Lim Encik Lim Encik Lim

Peraturan pengagregatan terpakai?

TIDAK Akan diagregatkan berdasarkan “penginsurans yang sama, pemilik polisi yang sama, peristiwa risiko yang sama dan hayat diinsuranskan yang sama”.

Page 10: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

16 Buku Panduan Sistem Per l indungan Manfaat Takafu l dan Insurans 17

7. Bagaimanakah saya boleh mengetahui perlindungan saya di bawah sistem ini sekiranya saya membeli beberapa sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat bagi diri saya sendiri dan keluarga saya?

Setiap hayat yang diinsuranskan dilindungi secara berasingan. Ini bermakna sekiranya anda membeli beberapa sijil takaful atau polisi insurans bagi ahli keluarga berlainan daripada ahli penginsurans yang sama, anda akan dilindungi berdasarkan ahli keluarga anda yang diinsuranskan masing-masing.

Contoh Encik Tan dan isterinya, Puan Tan, membeli beberapa polisi insurans hayat

bagi keluarga mereka daripada ahli penginsurans yang sama.

8. Bolehkah saya membeli insurans tambahan bagi mendapatkan lebih banyak perlindungan bagi manfaat takaful atau insurans saya?

Tidak. Perlindungan bagi manfaat takaful dan insurans di bawah sistem ini bukan seperti sijil takaful atau polisi insurans komersil yang boleh dibeli. Perlindungan itu disediakan oleh Kerajaan menerusi PIDM. Tiada pendaftaran atau pemohonan yang diperlukan bagi perlindungan di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans kerana perlindungan ini disediakan secara automatik bagi manfaat takaful atau insurans yang layak.

Penggabunganataupengambilalihanahlipenginsurans 1. Apakah yang akan berlaku kepada sijil takaful atau polisi insurans

saya sekiranya dua ahli penginsurans bergabung, atau sekiranya sesebuah ahli penginsurans diambil alih oleh ahli penginsurans lain?

Manfaat takaful atau insurans akan terus dilindungi secara berasingan sehingga ahli penginsurans memenuhi semua kewajipan, termasuk pembayaran selepas berlakunya peristiwa tuntutan, kematangan atau serahan sijil takaful atau polisi insurans.

Pemilik Polisi: Encik Tan Pemilik Polisi: Puan Tan

Hayat diinsuranskan Amaun diinsuranskan

Hayat diinsuranskan Amaun diinsuranskan

Polisi 1 – Anak Lelaki (Adam)

RM200,000 Polisi 4 – Anak Lelaki (Adam)

RM100,000

Polisi 2 – Anak Perempuan (Alice)

RM150,000 Polisi 5 – Anak Lelaki (Adam)

RM50,000

Polisi 3 - Encik Tan RM600,000 Polisi 6 - Puan Tan RM400,000

Senario 1: Kematian Adam

Amaun boleh dituntut di bawah polisi Encik Tan RM200,000 (Polisi 1)

Amaun boleh dituntut di bawah polisi Puan Tan(RM100,000 + RM50,000)

RM150,000 (Polisi 4 dan 5)

Jumlah amaun boleh dituntut di bawah sistem RM350,000

Senario 2: Kematian Encik Tan

Amaun boleh dituntut di bawah polisi Encik Tan RM600,000 (Polisi 3)

Jumlah amaun boleh dituntut di bawah sistem RM500,000*

* Had maksimum di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

Page 11: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

18 Buku Panduan Sistem Per l indungan Manfaat Takafu l dan Insurans 19

3. Apakah yang berlaku kepada premium yang dibayar oleh ahli penginsurans?

Premium yang dibayar oleh ahli penginsurans digunakan untuk membiayai operasi PIDM dan membina rizab bagi memenuhi obligasi masa depan kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans.

Oleh sebab sistem ini melindungi kedua-dua manfaat takaful dan insurans, PIDM menyenggara dan mentadbir empat kumpulan dana bagi sistem ini secara berasingan:

• Kumpulan Dana Perlindungan Takaful Keluarga • Kumpulan Dana Perlindungan Insurans Hayat • Kumpulan Dana Perlindungan Takaful Am • Kumpulan Dana Perlindungan Insurans Am

4. Bagaimana dana lebihan dilaburkan?

Dana lebihan dikumpul untuk membina rizab bagi memenuhi obligasi masa depan kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans. Objektif polisi pelaburan PIDM adalah untuk memelihara modal dan menyenggara dana bagi memenuhi obligasi masa depan.

Polisi pelaburan terkini PIDM adalah sejajar dengan keperluan Akta PIDM dengan pelaburan dalam sekuriti Kerajaan atau Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mata wang Ringgit berjangka pendek dengan pelbagai tempoh kematangan. Pelaburan yang dibuat daripada Kumpulan Dana Perlindungan Takaful Keluarga dan Kumpulan Dana Perlindungan Takaful Am diuruskan berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.

1. Bagaimana PIDM dibiayai?

PIDM dibiayai oleh premium tahunan yang dibayar oleh institusi ahli. Justeru, tiada kos langsung kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans bagi perlindungan di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans. Sekiranya PIDM dikehendaki membuat pembayaran tuntutan, dana PIDM akan digunakan untuk melindungi pemilik sijil dan polisi bagi manfaat takaful atau insurans di bawah sistem ini.

2. Bagaimana premium yang perlu dibayar oleh ahli penginsurans

dikira?

Bagi tempoh awal pelaksanaan, ahli penginsurans tertakluk kepada kadar premium sama rata berdasarkan satu kadar yang ditentukan bagi manfaat dilindungi yang berkaitan bagi sesebuah ahli pada 31 Disember tahun taksiran sebelumnya. Kadar premium tahunan ditetapkan oleh Menteri Kewangan berdasarkan cadangan PIDM.

Melangkah ke hadapan, pelaksanaan sistem premium berbeza dicadangkan dengan penilaian ahli penginsurans mengikut profil risiko masing-masing. Ahli penginsurans dengan profil risiko lebih tinggi akan tertakluk kepada kadar premium lebih tinggi berbanding dengan ahli penginsurans dengan profil risiko lebih rendah.

PEMBIAYAAN

Page 12: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

20 Buku Panduan Sistem Per l indungan Manfaat Takafu l dan Insurans 21

3. Daripada dana yang manakah pembayaran akan dibuat?

Pembayaran bagi manfaat insurans yang dillindungi (dan kos berkaitan) akan dibuat daripada Kumpulan Dana Perlindungan Insurans Hayat bagi polisi insurans hayat atau Kumpulan Dana Perlindungan Insurans Am bagi polisi insurans am, manakala pembayaran bagi manfaat takaful yang dilindungi (dan kos berkaitan) akan dibuat daripada Kumpulan Dana Perlindungan Takaful Keluarga bagi manfaat takaful keluarga atau Kumpulan Dana Perlindungan Takaful Am bagi manfaat takaful am.

4. Bagaimana dan bilakah pembayaran akan dibuat?

Sekiranya PIDM dikehendaki mengendalikan resolusi ahli penginsurans, PIDM akan membuat pengumuman bagi memaklumkan kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans tentang cara, tempat dan masa pembayaran akan dibuat bagi manfaat takaful atau insurans yang dilindungi di bawah sistem ini. PIDM juga akan menyediakan saluran komunikasi, termasuk Pusat Panggilan dan laman web, bagi orang awam yang ingin mengetahui kedudukan manfaat diilindungi mereka.

5. Adakah pemilik sijil takaful dan polisi insurans perlu membuat

tuntutan bagi pembayaran manfaat dilindungi?

Sekiranya petisyen bagi penggulungan sesebuah ahli penginsurans didaftarkan, tuntutan perlu dikemukakan kepada PIDM sekiranya berlaku peristiwa tuntutan, kematangan atau serahan sijil takaful atau polisi insurans dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pemilik sijil takaful dan polisi insurans akan dimaklumkan mengenai tempoh masa ini oleh PIDM secara bertulis dan menerusi iklan akhbar.

1. Apakah yang berlaku kepada manfaat takaful atau insurans yang dilindungi sekiranya berlaku kegagalan sesebuah ahli penginsurans?

Sekiranya sesebuah ahli penginsurans gagal dan tidak dapat memenuhi pembayaran manfaat takaful atau insurans yang dilindungi di bawah sistem ini, PIDM akan membuat pembayaran manfaat dilindungi yang layak kepada pemilik sijil atau polisi sekiranya berlaku peristiwa tuntutan, kematangan atau serahan sijil takaful atau polisi insurans. PIDM boleh juga mangaturkan pindahan sijil takaful atau polisi insurans daripada ahli penginsurans yang gagal kepada ahli penginsurans lain bagi memastikan kesinambungan perlindungan bagi pemilik sijil takaful atau polisi insurans.

2. Dalam keadaan apakah PIDM akan membuat pembayaran kepada pemilik sijil takaful atau polisi insurans?

Sekiranya berlaku kegagalan sesebuah ahli penginsurans yang mengkehendaki pembayaran bagi manfaat dilindungi, PIDM akan membuat pembayaran kepada pemilik sijil takaful atau polisi insurans sekiranya berlaku peristiwa tuntutan, kematangan atau serahan sijil takaful atau polisi insurans dengan syarat tuntutan itu dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan, di bawah keadaan-keadaan berikut:

• Pembayaranwajib– Jika perintah penggulungan telah dibuat berkaitan sesebuah ahli penginsurans.

• Pembayaranbudibicara– dengan kelulusan Menteri Kewangan, jika: (i) Ahli penginsurans yang mengeluarkan sijil atau polisi tidak dapat

membuat pembayaran bagi manfaat dilindungi disebabkan: • perintah mahkamah; • satu tindakan diambil oleh badan pengawal selia atau PIDM; atau • satu tindakan diambil oleh pentadbir dan/atau pengurus harta ketika

ahli penginsurans berada di bawah pentadbir harta milik; (ii) Satu petisyen bagi penggulungan ahli penginsurans dikemukakan

kepada mahkamah; atau (iii) Keahlian pengendali takaful atau syarikat insurans sebagai ahli

penginsurans dibatalkan atau ditamatkan.

PEMBAYARAN KEPADA PEMILIK SIJIL TAKAFUL DAN POLISI INSURANS

Page 13: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

22 Buku Panduan Sistem Per l indungan Manfaat Takafu l dan Insurans 23

6. Bagaimana pula dengan bahagian manfaat takaful dan insurans yang tidak dilindungi di bawah sistem ini?

Sekiranya berlaku pembubaran ahli penginsurans, pemilik sijil takaful dan polisi insurans boleh mendaftarkan tuntutan kepada likuidator ahli penginsurans bagi mendapat semula amaun yang melebihi had maksimum yang ditetapkan bagi manfaat yang dilindungi di bawah sistem ini dan manfaat takaful dan insurans lain yang tidak dilindungi di bawah sistem ini.

Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM)Turut dikenali sebagai Malaysia Deposit Insurance Corporation Act, yang mentadbir mandat, peranan dan tanggungjawab, serta kuasa PIDM.

Bank Negara Malaysia (BNM)Bank Pusat Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Pusat Malaysia.

Akta Bank dan Institusi-Institusi KewanganAkta yang menetapkan undang-undang bagi pelesenan dan pengawalseliaan institusi yang menjalankan urus niaga perbankan, syarikat kewangan, perbankan saudagar, rumah diskaun dan pembrokeran wang.

Pemilik SijilOrang yang mempunyai hak sah kepada sijil takaful dan termasuk pemegang serah hak, wakil peribadi pemilik sijil si mati dan penerima anuiti.

TuntutanSebarang permintaan, tindakan atau apa-apa tuntutan yang dibuat terhadap ahli penginsurans berkenaan manfaat takaful atau insurans di bawah sijil takaful atau polisi insurans di bawah tanggungjawab ahli penginsurans, atau dibuat terhadap PIDM berkenaan pembayaran manfaat dilindungi yang layak di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans, mengikut keadaan.

Mata Wang AsingSebarang mata wang selain Ringgit, mata wang Malaysia.

Sijil Kumpulan/Polisi KumpulanSijil takaful atau polisi insurans yang melindungi tiga atau lebih hayat penyertaan atau hayat diinsuranskan pada masa pengeluaran sijil atau polisi itu.

GLOSARI ISTILAH BERGUNA³

³ Mengikut kesesuaian, takrifan dalam bahagian ini adalah berasaskan Akta PIDM 2011.

Page 14: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

24 Buku Panduan Sistem Per l indungan Manfaat Takafu l dan Insurans 25

IndividualOrang perseorangan.

Akta InsuransAkta yang memperuntukkan pelesenan dan pengawalseliaan urus niaga insurans, urus niaga pembrokeran insurans, urus niaga larasan tuntutan dan urus niaga khidmat nasihat kewangan dan bagi tujuan berkaitan lain.

Manfaat InsuransJumlah manfaat insurans di bawah tanggungjawab ahli penginsurans kepada mana-mana orang dalam urusan biasa urus niaga insurans.

Syarikat InsuransSyarikat diperbadankan tempatan yang diberi lesen untuk menjalankan urus niaga insurans di bawah Akta Insurans, selain syarikat yang menjalankan urus niaga penginsurans semula dan Danajamin Nasional Berhad.

Polisi InsuransPolisi hayat atau polisi am.

Orang DiinsuranskanOrang yang berhak memperoleh manfaat insurans, sama ada atau tidak orang itu ialah pemilik polisi.

Hayat DiinsuranskanOrang di bawah polisi insurans yang menyediakan perlindungan terhadap kematian atau kelangsungan hidupnya; atau orang di bawah polisi insurans yang menyediakan perlindungan kepadanya sekiranya berlaku kemalangan, jangkitan atau penyakit, sama ada atau tidak orang itu ialah pemilik polisi.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)Badan berkanun bebas yang menyediakan perlindungan kepada pendeposit terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit sekiranya berlaku kegagalan bank ahli serta menyediakan perlindungan kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans.

OrangIndividu, perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, persatuan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana-mana badan lain, organisasi, persatuan atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan.

Pemilik PolisiOrang yang mempunyai hak sah kepada polisi insurans dan termasuk pemegang serah hak, wakil peribadi pemilik sijil si mati dan penerima anuiti.

Peristiwa RisikoSebarang peristiwa berkaitan dengan penyediaan manfaat takaful atau insurans di bawah sijil takaful atau polisi insurans.

SyariahUndang-undang Islam, berdasarkan Quran, Sunnah (ungkapan dan amalan Nabi Muhammad s.a.w.), Ijma’ (persetujuan sebulat suara cendekiawan Islam) dan Qiyas (analogi).

Akta Takaful Akta yang memperuntukkan pendaftaran dan pengawalseliaan urus niaga takaful di Malaysia dan bagi tujuan berkaitan atau berkenaan dengan takaful.

Manfaat Takaful Jumlah manfaat takaful di bawah tanggungjawab ahli penginsurans kepada mana-mana orang dalam urusan biasa urus niaga takaful ahli penginsurans.

Page 15: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

26 Buku Panduan Sistem Per l indungan Manfaat Takafu l dan Insurans 27

Sijil Takaful Kontrak berkenaan takaful keluarga atau takaful am.

Pengendali TakafulSyarikat yang menjalankan urus niaga takaful dan berdaftar di bawah Akta Takaful, selain pengendali yang menjalankan urus niaga retakaful dan pengendali takaful antarabangsa.

Pihak KetigaOrang, yang bukan benefisiari takaful atau orang diinsuranskan, yang untuknya tuntutan benefisiari takaful atau orang diinsuranskan dibayar pampasan di bawah sijil takaful am atau polisi insurans am.

Bagimendapatkanmaklumatlanjut:

•HubungitalianmaklumatbebastolPIDM:1-800-88-1266

dari8.30pagihingga5.30petang(IsninhinggaJumaat)

[email protected]

•LayarilamanwebPIDMdiwww.pidm.gov.my

•TuliskepadaPIDMdialamatberikut:

Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam

PerbadananInsuransDepositMalaysia

Aras12,Quill7

No.9,JalanStesenSentral5

KualaLumpurSentral

50470KualaLumpur

Atau:

P.O.Box13071

50798KualaLumpur

NoTel:+603-21737436

NoFaks:+603-21737527/22607432

MAKLUMAT LANJUT

Page 16: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

28 Buku Panduan Sistem Per l indungan Manfaat Takafu l dan Insurans

NOTA

Page 17: Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan · PDF file2 Buku Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans 3 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans merupakan

Buku PanduanSistem Perlindungan Manfaat

Takaful dan Insurans

Aras 12, Quill 7, No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur.Telefon : 603-2173 7436 Faks : 603-2173 7527 / 2260 7432Talian Bebas Tol : 1800 88 1266Laman Web : www.pidm.gov.my