BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi...

35
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 1

Transcript of BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi...

Page 1: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 1

Page 2: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 1

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PRAKATA 2

2.0 POLISI PERKHIDMATAN 5

3.0 PERMOHONAN UJIAN 10

4.0 UJIAN AM DITAWARKAN 19

5.0 UJIAN DITAWARKAN DI SEKSYEN IEM 25

6.0 UJIAN DITAWARKAN DI MAKMAL PESAKIT LUAR 25

7.0 UJIAN YANG DITAWARKAN (MAKMAL LUAR) 26

Lampiran 1:Borang Permohonan Ujian Am 27

Lampiran 2: Borang Permohonan Ujian Kecemasan 28

Lampiran 3: Borang Permohonan Ujian Metabolik HUSM 29

Lampiran 4: Borang Permohonan Spesimen Patologi IMR 30

Lampiran 5: Borang Permohonan Ujian IEM (IMR) 31

Lampiran 6: Borang Permohonan Ujian Multiple Myeloma (IMR) 33

Lampiran 7: Borang Permohonan KKM 34

Page 3: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 2

PRAKATA

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana buku panduan ini dapat disediakan untuk

meningkatkan kualiti makmal kepada pelanggan. Objektif utama buku panduan ini adalah untuk

memberi maklumat serta polisi-polisi jabatan mengenai ujian-ujian yang dijalankan di Makmal

Patologi Kimia. Diharap dengan adanya buku panduan ini, mutu perkhidmatan makmal dapat

dipertingkatkan ke mercu dunia selari dengan misi pencapaian bertaraf APEX.

Bagi pihak jabatan, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih terutama kepada semua

kakitangan Patologi Kimia yang bertungkus lumus dalam penyediaan buku panduan ini. Semoga

buku panduan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua.

Sekian terima kasih

PROFESSOR MADYA DR. JULIA OMAR

Ketua Jabatan Jabatan Patologi Kimia 1 Januari 2019

Page 4: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 3

1.0 PENGENALAN

Makmal Patologi Kimia merupakan sebuah makmal yang dilengkapi dengan peralatan diagnostik

dan mempunyai sistem komputeran sepenuhnya yang menawarkan pelbagai ujian biokimia

samada kuantitatif mahupun kualitatif. Keputusan ujian yang dilaporkan telah melalui kawalan

mutu dalaman dan skim kawalan mutu luaran. Peranan ini dimainkan oleh satu pasukan yang

terdiri dari Pakar Patologi Kimia, Pensyarah, Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan,

Pembantu Makmal dan staf sokongan yang berupaya menghasilkan satu perkhimatan diagnostik

makmal yang mantap dan berkualiti. Makmal ini telah mendapat akreditasi MS ISO 15189:2007

mulai tahun 2010

1.1 PENUNJUK KUALITI

1. Menerima dan menganalisa setiap permintaan ujian SEGERA 24 jam sehari termasuk

hari cuti serta mengeluarkan keputusannya kepada wad/unit yang memesan dalam

tempoh masa 1 jam daripada waktu makmal menerima spesimen.

Nota: Pemantauan Objektif Kualiti mestilah mencapai 80% dan keatas.

2. Tahap kejituan kawalan mutu analit glukosa (CV analitikal) tidak melebihi 2.3 %

Nota: Pemantauan CV secara bulanan

3. Peratus penolakan tidak melebihi 0.5%

Nota: Pemantauan peratus penolakan secara bulanan

1.2 PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk:

1. Memproses dan menganalisakan semua spesimen yang diterima dengan baik untuk

mengeluarkan keputusan yang tepat, jitu dan boleh dipercayai dalam jangkamasa yang

ditetapkan.

2. Mengamalkan carakerja yang selamat yang tidak membahayakan kakitangan, pesakit,

orang awam serta persekitaran.

3. Mengamalkan satu sistem pentadbiran berkomputer yang berkesan untuk mengwujudkan

perkhidmatan diagnostik makmal yang cekap, cepat, tepat dan mesra.

Page 5: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 4

1.3 LOKASI

Makmal Patologi Kimia terletak di aras bawah blok 218 bangunan Hospital USM

1.4 PERHUBUNGAN

Lokasi Nombor telefon

Ketua Jabatan 09-767 6500

Pejabat Pentadbiran Jabatan 09-767 6504

Kaunter Penerimaan Spesimen 09-767 4014

Seksyen Diagnostik Am & Penanda Tumor 09-767 4014

Seksyen Urin & Stool 09-767 6492

Unit Metabolik 09-767 6472

Bilik Pegawai Sains 09-767 4012

Bilik JTMP Kanan 09-767 6508

Makmal Pesakit Luar (OPD) 09-767 4025

Faks 09-765 3370

Website : www.medic.usm.my/chempath/

Nota: Sebarang maklumbalas/aduan pelanggan sila berhubung dengan nombor tertera diatas

Page 6: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 5

2.0 POLISI PERKHIDMATAN

2.1 WAKTU PERKHIDMATAN

Waktu pejabat: Ahad – Rabu dari 8:10 pagi – 4:55 petang Khamis dari 8:10 pagi – 4:40 petang Selepas waktu pejabat : Ahad – Rabu dari 4.55 petang – 8.10 pagi Khamis dari 4.40 petang – 8.10 pagi Hari minggu & cuti umum dari 8.00 pagi – 8.00 pagi (24 Jam)

2.2 PENGURUSAN SPESIMEN

Spesimen adalah darah/urin/cecair tubuh lain yang dihantar ke makmal oleh wad/klinik Hospital

USM, hospital kerajaan atau swasta untuk penganalisaan. Kriteria penerimaan dan penolakan

spesimen dalam keadaan berikut:

Spesimen sumber haiwan

Makmal tidak akan menerima spesimen dari sumber haiwan.

Projek penyelidikan dan clinical trials

Spesimen projek penyelidikan akan diterima setelah mendapat kelulusan jabatan dan

tuntutan akan dilakukan ke atas kos ujian mengikut kadar yang telah ditetapkan. Sila

rujuk makmal untuk kadar kos ujian.

Permohonan terus oleh staf

Kakitangan USM yang ingin menjalani ujian makmal mesti melalui Klinik Rawatan

Keluarga (KRK).

Permohonan dari luar dan USAINS

Permohonan dari pihak luar USM dan sayap korporat USM (USAINS) boleh diterima dan

tuntutan akan dilakukan ke atas kos ujian selepas laporan dikeluarkan.

Ujian dihantar ke Makmal Luar

Kami sedia menerima spesimen bagi ujian biokimia yang tidak dijalankan dimakmal.

Spesimen tersebut akan diproses, dibungkus dan akan diposkan kepada Makmal Luar.

Page 7: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 6

2.3 JENIS PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Ujian Diagnostik Am : Ujian diagnostik am yang ditawarkan 24jam dan disiapkan di dalam tempoh 6 jam selepas penerimaan spesimen.

Ujian Makmal Pesakit Luar : Ujian diagnostik am yang ditawarkan semasa hari bekerja dan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Ujian Diagnostik Khas : Ujian diagnostik bukan harian yang dilakukan pada tempoh masa 5 hari bekerja.

Ujian Segera/STAT : Ujian diagnostik yang ditawarkan 24 jam sehari dan perlu disiapkan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh objektif kualiti Polisi Perkhidmatan Diagnostik Makmal Patologi Kimia.

2.4 TEMPOH MELAPOR KEPUTUSAN UJIAN (TURN AROUND TIME - TAT)

Penerimaan, penganalisaan dan pengeluaran keputusan ujian adalah dalam tempoh masa dari

waktu makmal menerima spesimen. Berikut adalah TAT:

Ujian segera/STAT/OPD 1 jam

Ujian diagnostic am 5 jam

Ujian urin/stool 6 jam (waktu pejabat : 8 pagi – 4 petang) 24 jam (selepas waktu pejabat/hari minggu)

Ujian IEM 7 hari bekerja

Ujian diagnostic khas 5 hari bekerja

Ujian Protein Electrophoresis 1 bulan

Ujian Makmal Luar Tertakluk kepada TAT Makmal Luar berkenaan

Nota:

Surat makluman penangguhan ujian akan dikeluarkan kepada pelanggan sekiranya berlaku

masalah seperti kerosakan alat, kehabisan reagen dan sistem LIS

2.5 PINDAAN PESANAN

• Pembatalan ujian boleh dilakukan dengan menghubungi kakitangan makmal

(sambungan 4014/ 6498) dengan menyertakan nama dan jawatan pemaklum.

• Penambahan ujian yang dipohon TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

Page 8: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 7

2.6 PENGURUSAN KEPUTUSAN UJIAN

2.6.1 Nilai panik

Nilai panik atau kritikal adalah keputusan ujian yang tersasar dari julat rujukan dan

membahayakan pesakit perhatian serta memerlukan tindakan segera oleh perawat. Semua

keputusan ujian yang tergolong dalam nilai ini akan dimaklumkan dengan kadar segera kepada

pemohon ujian melalui telefon. Maklumat penerima (Nama dan No.staf) perlu dicatatkan oleh

pihak makmal.

Nota : Nilai panik akan diberitahu berdasarkan LOKASI permohonan pesakit di dalam sistem LIS

2.6.2 Pindaan Keputusan Ujian

Sebarang pindaan (pembetulan atau perubahan) ke atas keputusan yang telah dilaporkan, akan

dimaklumkan kepada pemohon melalui telefon.

2.6.3 Jaminan Kerahsiaan

Semua keputusan makmal dikategorikan sebagai maklumat SULIT. Sebarang pemakluman

melalui telefon hanya boleh disampaikan kepada jururawat/doktor yang merawat pesakit

tersebut sahaja.

2.7 PENOLAKAN PESANAN

Bagi menjamin keputusan ujian yang dikeluarkan tanpa sebarang keraguan, kami akan menolak

pesanan jika:

- Terdapat kesilapan dalam proses pendaftaran pesanan

Tidak mendaftar pesanan melalui sistem LIS

Tidak menyertakan borang permohonan seperti ditetapkan

Tidak mengisi maklumat pada LIS/ borang pesanan dengan lengkap.

* Setiap borang wajib mempunyai nama dan RN pesakit

- Tidak menepati prosedur

Menggunakan borang yang salah bagi ujian yang memerlukan borang

Memohon ujian yang tidak ditawarkan

Memohon serentak ujian yang sama pada suatu masa

Tidak menyertakan spesimen

Menyertakan spesimen tetapi tidak mencukupi

Ujian troponin T tidak dipohon melalui konsultan

Ujian Ca125 dipohon untuk pesakit lelaki

Ujian PSA dipohon untuk pesakit wanita

Page 9: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 8

- Integriti spesimen diragui

Menggunakan jenis spesimen yang salah

Menggunakan bekas spesimen yang salah

Penghantaran spesimen tertentu tidak menepati kaedah seperti spesimen gas

darah(ABG), ammonia dan lactate tidak didinginkan

Sampel beku (clotted)

Sampel ‘hemolyzed’

- Maklumat pesakit dan pelabelan diragui

Maklumat pada LIS/ borang dan label bekas spesimen tidak sepadan

Tiada dicatat nama/RN

- Memudaratkan keselamatan

Tidak menggunakan bekas plastik khas yang mengasingkan spesimen /borang

Bekas yang digunakan bocor atau tiris

Borang atau bekas tercemar oleh specimen

- Lain-lain

Salah destinasi makmal

Ujian tidak ditawarkan

Page 10: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 9

2.8 LAPORAN MAKMAL

Bil Seksyen Kumpulan Ujian Cara pelaporan

1. Diagnostik Am • RFT • LFT • Lipid Profile • Cardiac Enzyme • Glucose • Blood Gas • Billirubin • Magnesium • CKMB • Ammonia & Lactate • Troponin- T

LIS

2. Diagnostik Khas • CEA • PSA • CA125 • Iron /TIBC

LIS

• Serum Protein Electrophoresis Laporan bertulis/LIS

3. Urin & Stool • Serum & Urin Osmolarity • Urine Spot Test (Qualitative & Quantitative) • Urine 24 Hours • Stool Qualitative Test

LIS

4. Inborn Error of Metabolism (IEM)

Sila rujuk senarai ujian yang ditawarkan Seksyen IEM.

Laporan bertulis/LIS

5. Ujian Makmal Luar/ Rujukan

Sila rujuk senarai ujian yang ditawarkan makmal luar.

Laporan Bertulis/LIS /e-mail* ( [email protected] )

Page 11: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 10

3.0 PERMOHONAN UJIAN

Kualiti keputusan ujian biokimia sangat bergantung kepada mutu spesimen yang diterima oleh

pihak makmal. Persediaan sebelum pungutan spesimen (penyediaan pesakit), semasa pungutan

dan penghantaran spesimen menjadi faktor penentu mutu spesimen bagi menghasilkan

keputusan ujian yang tepat.

3.1 PROSEDUR PERMOHONAN UJIAN

Semua permohonan ujian menggunakan sistem HIS-LIS Makmal Patologi Kimia Hospital USM

dan hanya ujian-ujian di bawah masih memerlukan borang:

• Gas darah

• Semua ujian yang melibatkan spesimen urine & stool & body fluid

• Serum dan urine osmolality

• Ujian Khas (Protein Electrophoresis) Ujian Inborn Error of Metabolism (Unit Metabolik)

• Agensi luar; IMR, HKL dsb.

Terdapat 3 jenis borang permohonan ujian Patologi Kimia (dalaman) iaitu:

• Borang permohonan ujian am (Lampiran 1)

• Borang permohonan ujian kecemasan (Lampiran 2)

• Borang permohonan ujian metabolik HUSM (Lampiran 3)

Disamping itu terdapat 4 jenis borang Makmal Luar bagi ujian yang tidak ditawarkan di Makmal

Patologi Kimia iaitu:

• Borang permohonan ujian biokimia (IMR) (Lampiran 4)

• Borang permohonan ujian metabolik (IEM) (IMR) (Lampiran 5)

• Borang permohonan ujian Multiple Myeloma (IMR) (Lampiran 6)

• Borang permohonan ujian biokimia (HKL) (Lampiran 7)

Untuk kegunaan borang & LIS, maklumat seperti di bawah perlu dilengkapi

• Nama pesakit

• Nombor Pendaftaran (RN) dan/atau No Kad Pengenalan

• Jantina

• Umur

• Ringkasan klinikal

• Tarikh dan masa pungutan spesimen

Page 12: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 11

• Wad/Klinik/Hospital/Pusat Kesihatan

• Tandatangan doktor (borang sahaja)

• Ujian yang dipesan *

* Ujian yang dipesan boleh secara profil (panel) seperti renal profile, liver function tests, blood

sugar, cardiac enzymes dan lipid profile serta juga secara ujian individu seperti dalam senarai

ujian yang ditawarkan (muka surat 19 – 23). Pesanan akan ditolak jika maklumat pada borang

dan/atau bekas spesimen tidak lengkap atau salah.

Semua permohonan ujian melalui LIS WAJIB didaftarkan di lokasi pesakit berada.

3.2 TATACARA PERMOHONAN UJIAN SEGERA

Keutamaan akan diberi kepada pesanan dan spesimen yang digolongkan sebagai SEGERA Sila

rujuk 4.1 senarai ujian SEGERA. Semua ujian SEGERA harus dimaklumkan kepada makmal

melalui telefon. Permohonan boleh dibuat dengan langkah berikut:

Telefon sambungan 4014 maklumkan nama pesakit, RN, wad/klinik dan ujian yang

dipesan.

Pungut dan hantar spesimen dengan SEGERA.

Ujian segera yang tidak dimaklumkan melalui telefon dianggap sebagai RUTIN

Nota : Untuk ujian Troponin T,dan ujian yang tidak disenaraikan, pemohon hendaklah

mendapatkan kebenaran daripada Konsultan Makmal sebelum penghantaran spesimen

3.3 PERSEDIAAN SEBELUM PENGAMBILAN SPESIMEN

Terdapat beberapa faktor variasi yang mempengaruhi keputusan ujian semasa pengambilan

spesimen. Variasi-variasi ini terbahagi kepada pelbagai termasuk pengambilan makanan, postur

badan, ketegangan (stress) dan lain-lain lagi. Prosedur pengambilan spesimen harus mengambil

kira variasi-variasi ini. Contonnya, ujian Glucose dan Lipid pesakit harus berpuasa selama 8 -12

jam. Pengambilan ubat dibenarkan dengan segelas air kosong.

Langkah berikut adalah perlu sebelum pungutan dilakukan

Pastikan pesakit yang betul dengan bertanya nama atau periksa identiti (nama/RN)

yang terdapat pada pesakit.

Rehatkan pesakit secukupnya sebelum pengambilan darah dilakukan terutama ujian

bagi analit yang boleh dipengaruhi oleh aktiviti lasak dan senaman seperti Creatine

kinase (CK).

Page 13: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 12

Amalkan teknik aseptik semasa pungutan bagi mengelak sebarang jangkitan kepada

pesakit dan spesimen dicemari oleh mikroorganisma.

Untuk ujian urin, berikan arahan yang jelas kepada pesakit berkenaan langkah-

langkah pungutan spesimen urin yang betul.

3.4 PERLABELAN DAN TAG

Labelkan bekas specimen sebelum pungutan dilakukan di sebelah pesakit. Label mestilah

dibuat dengan jelas dan lengkap dengan maklumat berikut:

i. Nama pesakit

ii. Nombor Pendaftaran (RN) dan/atau No Kad Pengenalan

iii. Tarikh dan masa pungutan

iv. Wad/Klinik/Hospital

v. Ujian yang dipesan

3.5 PUNGUTAN SPESIMEN

Jenis spesimen dan bekas yang digunakan mestilah bersesuaian dengan ujian yang dipohon.

Isipadu yang dipungut juga harus mencukupi dengan keperluan setiap ujian.

3.5.1 Pungutan Darah

Kebanyakan ujian biokimia dilakukan pada plasma (ada antikoagulan), serum atau darah utuh

berantikoagulan (ujian ABG).

Tatacara

a. Pilih salur darah yang sesuai dengan ujian yang dipohon. Kebanyakan ujian biokimia

menggunakan darah vena. Darah arteri cuma diambil untuk ujian Arterial Blood Gases

(ABG).

b. Elakkan kesilapan memilih kedudukan venapuntur kerana ia boleh mempengaruhi

keputusan ujian. Oleh itu cuba jauhi daripada:

i. menggunakan lengan sebelah mastectomy

ii. kawasan terdapat edema dan atau haematoma

iii. lengan yang sedang ditransfusi darah atau cairan IV

iv. lengan berfistula atau graf vaskular

v. bahagian atas kanula IV

Page 14: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 13

c. Sapukan alkohol (70%) pada kulit di kawasan venapuntur dan pastikan ia kering sebelum

jarum ditusuk bagi mengelakkan kemungkinan lisis sel darah yang boleh mempengaruhi

keputusan.

d. Elakkan stasis vena yang berpanjangan dengan membebaskan tourniquet sebaik sahaja

jarum menusuk vena. Stasis vena yang berpanjangan mengakibatkan peningkatan

kepada aras beberapa analyte/keputusan ujian seperti Protein, Cholesterol, Calcium dan

hormon.

e. Lakukan dengan cermat bagi mengelak hemolisis dan trauma kepada tisu sekeliling yang

boleh meningkatkan aras Potassium, LDH, CK dan AST.

f. Pindahkan darah ke dalam tiub yang bersesuaian (Gambar 1) memenuhi bekas sehingga

tanda pada tiub. Ini adalah untuk memastikan nisbah darah : antikoagulan yang betul

dicapai.

Tiub gel separator

Tiub lithium heparin Tiub NAF Oxalate

Gambar 1: Jenis tiub darah

Page 15: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 14

g. Jika lebih daripada satu jenis spesimen darah diperlukan, pindahkan darah ke dalam

bekas seperti aturan di bawah mengikut “Order Of Draw”. Ini bertujuan bagi

meminimakan kemungkinan kesalahan pra-analitikal akibat kontiminasi silang untuk

additives.

h. Sebatikan dengan cermat bekas spesimen berantikoagulan 6 – 10 kali sebaik sahaja

selepas spesimen dimasukkan. Biarkan darah dalam tiub plain membeku pada suhu bilik.

i. Untuk ujian ABG pungut darah arteri ke dalam picagari berheparin dan pastikan tiada

sebarang gelembung udara terperangkap di dalam picagari. Tutup kemas picagari pada

bahagian terbuka bagi mengelakkan darah terdedah kepada udara. Label dengan jelas

dan rendamkan picagari dalam air berais

j. Buang bahan dari pengutipan spesimen kedalam Sharp Bin/ Biohazard bin

Page 16: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 15

3.5.2 Pungutan urin

Kebanyakan penaksiran biokimia urin, pungutan spesimen bertempoh seperti 24 jam sering

digunakan. Maklumat masa pungutan hendaklah dicatatkan dalam borang permohonan ujian.

Pungutan urin ini harus dilakukan dengan pemantauan yang tinggi. Berikan arahan cukup jelas

kepada pesakit berkenaan masa pengosongan pundi kencing (urin perlu dibuang) dan masa

pungutan terakhir (urin mesti pungut). Arahkan pesakit memungut semua urin (termasuk semasa

buang air kecil mahupun buang air besar) sepanjang tempoh pungutan. Arahan ini amat penting

terutama bagi pungutan urin bertempoh singkat kerana ia memberi kesan yang besar jika

terdapat urin tidak dipungut.

Pastikan terdapat pengawet di dalam bekas pada permulaan pungutan bagi penaksiran analyte

yang memerlukan bahan tersebut. Pengawet ini mungkin bersifat racun atau mengkakis. Pesan

pesakit agar jangan membuang pengawet tersebut dan perlu mengendalikan bekas urin secara

berhati-hati.

Beri perhatian kepada pemakanan dan ubat-ubatan sebelum dan semasa pungutan spesimen

bagi ujian tertentu. Elakkan makanan yang mengandungi pisang, kopi, kaffein, nenas, kacang

walnut, garam, aspirin dan drug antihipertensif bila memungut urin untuk ujian Cotecholamines

dan VMA. Elakkan ketegangan (stress), latihan fizikal yang melampau, merokok dan kesakitan

sebelum dan semasa urin dikumpulkan.

Langkah-langkah pungutan urin 24 jam

a. Pilih bekas pungutan yang sesuai (Gambar 2)

Gambar 2: Bekas spesimen urin

Page 17: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 16

b. Buang urin di awal pagi dan mulakan pungutan selepas itu. Rekodkan tarikh dan

masa di label yang terdapat pada bekas, contoh: 15/8/2009, 8:00 am.

c. Pungut urin untuk tempoh 24 jam berikutnya. Jika pesakit ingin buang air besar,

pundi kencing harus dikosongkan dulu untuk mengelakkan kehilangan urin dan

tinja mencemari urin yang dipungut.

d. Hentikan pungutan dan kumpul urin pada pagi berikutnya, tepat 24 jam.

e. Spesimen urin ini disyorkan disimpan dalam peti ais sepanjang tempoh pungutan.

f. Labelkan bekas urin dengan terang dengan nama pesakit, RN, wad, tarikh, waktu

pungutan dan ujian yang dipesan.

Langkah-langkah pungutan urin random

a. Pungut urin dalam bekas universal (Gambar 3)

Gambar 3: Bekas universal

b. Labelkan bekas urin dengan terang dengan nama pesakit, RN, wad, tarikh, waktu

pungutan dan ujian yang dipesan.

3.5.3 Pungutan Stool, CSF dan lain-lain cairan badan

a. Pungut stool, CSF dan lain-lain cairan badan dalam bekas universal (Gambar 3).

b. Labelkan bekas dengan terang dengan nama pesakit, RN, wad dan tarikh.

Page 18: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 17

3.6 PROSEDUR PENGHANTARAN

Bagi menjaga keselamatan kakitangan yang mengendalikan spesimen serta menjamin

keputusan ujian yang bermutu dapat dikeluarkan, dalam proses penghantaran langkah- langkah

berikut haruslah dipatuhi:

a. Dinginkan spesimen (2°C – 8°C) untuk ujian Arterial Blood Gases (ABG), Ammonia,

Lactate dan Metabolic Diseases/Inborn Error of Metabolism (IEM). Ini boleh membantu

merencatkan metabolisme sel darah seterusnya menstabilkan konstituen yang mudah

dirosak oleh haba. Pendinginan boleh menggunakan ketulan ais atau campuran air/ais.

Pastikan spesimen dilitupi pendingin yang digunakan dan dihantar kemakmal dengan

segera selepas diambil.

b. Semua spesimen kecuali urin 24 jam mesti dihantar di dalam beg plastik spesimen

biohazard (Gambar 4). Spesimen dan borang pesanan perlu diasingkan di poket yang

berbeza bagi mengelakkan borang dicemari jika berlaku sebarang ketirisan.

Gambar 4: Beg plastik spesimen (biohazard)

c. Hantar semua spesimen ke makmal secepat mungkin (dalam masa 2 jam selepas

pungutan). Ini dapat membantu mengelakkan perubahan morfologi/kerosakan

(deterioration) pada sel/komponen darah dan seterusnya boleh mengakibatkan

keputusan yang salah (erroneous results).

d. Jika beberapa spesimen dimasukkan ke dalam satu beg plastik, dan berlaku kebocoran

spesimen, semua spesimen akan DITOLAK.

*Satu beg plastik adalah untuk spesimen pesakit yang sama.

e. Spesimen bersama borang diserahkan di kaunter penerimaan Makmal Patologi Kimia.

Sahkan waktu penghantaran spesimen pada borang pesanan dengan menggunakan

perakam masa yang disediakan di kaunter.

Page 19: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 18

3.7 GANGGUAN KUALITI SPESIMEN

Kualiti spesimen boleh terganggu jika yang berlaku kesalahan pada sebelum/ semasa pungutan,

dalam tempoh penghantaran dan juga sewaktu pemprosesan. Beberapa masalah dan penyebab

yang dikenal pasti adalah seperti berikut :

Masalah Penyebab Akibat

Salah tiub atau antikoagulan Tiada perencat enzim Rendah glukos

Tiub EDTA untuk ujian biokimia rutin

Tinggi K, rendah Ca

Lipaemia Spesimen dipungut selepas pengambilan makanan berlemak atau pesakit hipertrigliceridaemia

Gangguan optikal bagi kebanyakan ujian Rendah Na (palsu)

Darah dicemari oleh cairan infusi

Dextrans berberat molekul tinggi

Aras protein total meningkat

Dextrose Tinggi glucose

Larutan crystalloid Keputusan palsu Na, K, Cl

Phosphate Rendah ionized Ca

Citrate Tinggi Na (jika garam Na)

Gelembung udara untuk ABG Picagari bocor/Tidak cukup penyumbat

Peningkatan pCO2

Hemolisis Sampel darah dipaksa keluar melalui jarum semasa diisi dalam bekas -Sebati spesimen dengan kasar -Penghantaran terlalu lewat

Tinggi K, Phosphate, ALP, AST,LDH,ALT,CK, Mg, Ca, Alb,TP, Fe Rendah troponin, bilirubin, amylase, bikarbonat, Na.

Nisbah antikoagulan:darah tidak betul (<90% daripada isipadu darah sepatutnya)

Cairan heparin berlebihan ABG tidak normal dan kepekatan analytes tercair

Darah membeku dalam bekas berantikoagulan

Spesimen tidak disebati dengan baik

Keputusan ABG palsu

Spesimen tidak didinginkan atau lewat dihantar

Tiada bahan pendingin dan penghantaran terlalu lewat

Keputusan palsu NH3, Lactate dan ABG

Page 20: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 19

4.0 UJIAN AM DITAWARKAN

Kami menawarkan ujian biokimia dalam darah utuh, plasma serum, urin random, urin 24 jam,

stool, dan lain-lain cairan tubuh seperti berikut:

Petunjuk: L = Lelaki B = Bayi P = Perempuan R = Random D = Dewasa F = Berpuasa K = Kanak-kanak *** = pesanan mesti dibuat melalui temujanji Bagi pungutan spesimen darah bayi dan kanak-kanak:

i) Tiub bullet (1-1.5 mL) boleh menggantikan tiub Plain

ii) Tiub lithium heparin (0.5 mL)

Analyte Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran

Julat rujukan

Alanine transaminase (ALT, GPT)

Serum/plasma+ 2.5 mL dalam tiub plain

atau lithium heparin L <45 U/L P : <34 U/L

Albumin Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin

D : 38 - 44 g/L K : 38 - 42 g/L

Albumin : Globulin ratio

Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain

atau lithium heparin

Alkaline phosphatase (ALP)

Serum/plasma+ 2.5 mL dalam tiub plain

atau lithium heparin

L : 53 - 128 U/L P : 42 - 98 U/L K : 54 - 369 U/L

Ammonia (NH3) Plasma 2.5 mL dalam tiub lithium heparin, direndam dalam air ais dan hantar SEGERA ke makmal

18 - 72 µmol/L

Amylase Serum* 2.5 mL dalam tiub plain 25 - 125 U/L

Amylase (Diastase) Urin random 20 mL dalam bekas universal

<490 U/L

Aspartate transaminase (AST,GOT)

Serum/plasma* 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin

D : 5 – 34U/L

Bence Jones Protein (BJP), Ujian Saringan

Urin random 20 mL dalam bekas universal Negatif

Bilirubin, Direct Serum+ 2.5 mL dalam tiub plain <3.4 µmol/L Bilirubin, Total Serum 2.5 mL dalam tiub plain D : 1.7 – 21 µmol/L

Kanak-kanak: 0 -1 hari: <150 µmol/L 1 -2 hari : 22 – 193 µmol/L 3 hari ke atas: 12 – 217 µmol/L

Blood Gases, Arterial Darah utuh+ 0.3 mL dalam picagari berheparin direndam dalam air ais dan hantar SEGERA ke makmal

pH : 7.35 – 7.45 pCO2 : 35 – 45 mmHg pO2 : 80 – 100 mmHg HCO3 : 24 – 29 mmol/L (Arterial ; Calculated ) BE : -2 to 2 mmol/L

Body fluid biochem 1. Protein 2. Glucose 3. pH 4. LDH 5. SAAG (Peritoneal)

Abdominal fluid Peritoneal fluid Pleural fluid

2.5 mL dalam bekas universal

Sila berhubung dengan makmal

* berdasarkan kpd insert kit yang digunakan

Page 21: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 20

Analyte

Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran

Julat rujukan

CSF biochem 1. Protein 2. Globulin 3. Glucose 4. Lactate 5. Chloride

CSF 1.5 – 2.5 mL dalam bekas universal

Sila berhubung dengan makmal

CA 125 (Tumour marker)

Serum 2.5 mL dalam tiub plain ≤ 35 U/mL

Calcium Serum/plasma+ 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin

2.15 – 2.55 mmol/L

Urin random 20 mL dalam bekas universal

Urin 24 jam* Bekas urin 24 jam 2.50 – 7.5 mmol/24 jam

Carcinoembryonic antigen (CEA)

Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin

≤ 5.2 ng/mL

Chloride Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin

98 – 107 mmol/L

Urin random 20 mL dalam bekas universal

Urin 24 jam Bekas urin 24 jam 110 – 250 mmol/24 jam

Cholesterol Total

Serum Berpuasa 8-12 jam: 2.5 mL dalam tiub plain

Range (mmol/L)

Child Desirable <4.40 Borderline 4.40 to 5.15 High ≥ 5.18 Adult Desirable <5.18 Borderline 5.18 to 6.19 High ≥ 6.22

(ATP III/ Abbott Architect)

Creatine Kinase (CK)

Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin

L : 30 – 200 U/L P : 29 – 168 U/L

CKMB (activity) Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain

atau lithium heparin

<25 U/L

Creatinine Serum/plasma* 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin

L : 64-111µmol/L P : 50 – 98 µmol/L

Spot urine* 20 mL dalam bekas universal

L : 6 300 – 16 600 µmol/L P : 4 700 – 11 000 µmol/L

Urin 24 jam* Bekas urin 24 jam L : 8 400 – 22 000 µmol/24 jam P : 6 300 - 14 600 µmol/24 jam

* berdasarkan kpd insert kit yang digunakan

Page 22: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 21

* berdasarkan kpd insert kit yang digunakan

Analyte

Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran

Julat rujukan

Creatinine clearance Serum 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin

75 – 135 mL/min

Urin 24 jam Bekas urin 24 jam Gamma glutamyl transferase (GGT

Serum 2.5 mL dalam tiub plain L : 12 – 64 U/L P : 9–36 U/L

Glucose Plasma Berpuasa 8-12 jam: 2.5 mL dalam tiub NAF oxalate

Puasa: < 6.1 mmol/L Random: <11.1 mmol/L

Glucose tolerance test Plasma 2.5 mL dalam tiub NAF oxalate

0 min : < 6.1 mmol/L 120 min : < 7.8 mmol/L Gestational DM 0 min : > 5.1 mmol/L 120 min : > 7.8 mmol/L Malaysian CPG : Management of Diabetes in Pregnancy 2017

Haemosiderin Urin random 20 mL dalam bekas universal

Negatif

Haemoglobin Urin random 20 mL dalam bekas universal

Negatif

High density lipoprotein cholesterol (HDL)

Serum Berpuasa 8-12 jam: 2.5 mL dalam tiub plain

Range (mmol/L)

Major risk factor for heart disease < 1.04 Negative risk factor for heart disease

≥ 1.55

( ATP III )

Iron Serum 2.5 mL dalam tiub plain L : 10.6 – 28.3 µmol/L P : 6.6 – 26.0 µmol/L

Lactate Plasma 2.5 mL dalam tiub lithium heparin dan dihantar SEGERA dalam air ais

0.50 – 2.20 mmol/L

Lactate Dehydrogenase (LDH)

Plasma 2.5 mL dalam tiub lithium <480 U/L

Lithium Serum* 2.5 mL dalam tiub plain 1.1 – 1.2 mmol/L

Low density lipoprotein cholesterol (LDL)

Pengiraan Range (mmol/L)

Optimal < 2.6

Near optimal 2.6 to 3.3

Borderline high 3.4 to 4.1

High 4.2 to 4.9

Very high ≥ 4.9 ( ATP III )

Page 23: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 22

Analyte

Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran

Julat rujukan

Magnesium Serum/plasma* 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin

0.73 – 1.06 mmol/L

Urin 24 jam* Bekas urin 24 jam 3 - 5 mmol/24 jam

Occult Blood Stool Dalam bekas universal berpenutup

Negatif

Osmolality Serum 2.5 mL dalam tiub plain 275 -295 mOsmol/kg H2O

Urin random 20 mL dalam bekas universal

300 – 900 mOsm /kg H2O

Phosphate (PO4)

Serum/plasma* 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin

D: 0.84 - 1.45 mmol/L K: 1.25 – 2.50 mmol/L

Urin random 20 mL dalam bekas universal

Urin 24 jam* Bekas urin 24 jam 12.9 – 42.0 mmol/24jam

Potassium Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin

3.5 – 5.0mmol/L

Urin random 20 mL dalam bekas universal

Urin 24 jam* Bekas urin 24 jam 25 – 125 mmol/24 jam

Prostate Specific Antigen (PSA)

Serum 2.5 mL dalam tiub plain < 4 ng/mL

Protein Serum 2.5 mL dalam tiub plain 64 – 83 g/L

Urin random* 20 mL dalam bekas universal

0 – 140 mg/L

Urin 24 jam* Bekas urin 24 jam < 300 mg/day

Malaysia CPG on Diabetic Nephropathy July 2004

* berdasarkan kpd insert kit yang digunakan

Page 24: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 23

Analyte

Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran

Julat rujukan

Protein : Creatinine Ratio (PCR)

Urin random Bekas universal <15 mg/mmol

Protein electrophoresis

Serum 2.5 mL dalam tiub plain Sila hubungi makmal

Reducing Sugars Screening

Urin random 20 mL dalam bekas universal Negatif

Stool Dalam bekas universal berpenutup

Negatif

Sodium

Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain 135 – 145 mmol/L

Urin random 20 mL dalam bekas universal

Urin 24 jam* Dalam bekas universal berpenutup

40 – 220 mmol/24 jam

Triglycerides Serum 2.5 mL dalam tiub plain Berpuasa 8 – 12 jam

Range (mmol/L)

Normal < 1.7 Borderline high 1.7 to 2.25 High 2.26 to 5.64 Very high ≥ 5.64

ATP III

hs Troponin T Serum 2.5 mL dalam tiub plain < 14 ng/L

Urea Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin

1.7 – 8.3 mmol/L

Urin 24 jam Bekas urin 24 jam 430 – 715 mmol/24 jam

Uric acid Serum/plasma+ 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin

L : 210 - 420 µmol/L P : 150 - 350 µmol/L K : 120 - 320 µmol/L

* berdasarkan kpd insert kit yang digunakan

REFERENCE

1. Risalah reagen - HUSM/MPK/73*

2. CLINICAL PRACTICE GUIDELINES MALAYSIA

3. Tietz Textbook Of Clinical Chemistry And Molecular Diagnostics+

4. National Cholesterol Education Programme Adult Treatment Panel III (NCEP ATP III)

Page 25: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 24

4.1 UJIAN SEGERA

Bilangan Ujian

1. Sodium

2. Potassium

3. Urea

4. Calcium

5. Glucose

6. Creatinine

7. Amylase

8. Magnesium

9. Total Bilirubin

10. Uric Acid

11. Total Creatine Kinase (CK)

12. CKMB

13. Arterial Blood Gas (ABG)

14. Cerebral Spinal Fluid Biochemistry (CSF)

15. Ammonia

16. Lactate

17. Troponin T

18. Alanine Transaminase (ALT)

19. Aspartate Amino Transferase (AST)

Page 26: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 25

5.0 UJIAN YANG DITAWARKAN DI SEKSYEN IEM

Kami juga menawarkan ujian biokimia khas bagi kes Inborn Error Metabolism seperti berikut:

Analyte Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran

Julat rujukan

Amino acid Plasma 2.5 mL dalam tiub lihium heparin

Sila hubungi makmal

Organic acid Urin random 20 – 30 mL dalam bekas universal

NBS Dried blood spot Kertas turas S&S no 903

Mucopolysaccharides (GAG)

Urin random 20 ml dalam bekas universal

Kami juga boleh menerima ujian IEM selain daripada senarai di atas. Sila hubungi Makmal Metabolik

sambungan telefon 6472 atau 6490.

6.0 UJIAN YANG DITAWARKAN DI MAKMAL PESAKIT LUAR

Kami menawarkan pemeriksaan gula darah (glukometer), ujian kandungan (pregnancy test) dan ujian urin

random.

Analyte Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran

Julat rujukan

Urinalysis Urin random 20 mL dalam bekas universal

Leucocytes : Negatif Nitrite : Negatif Urobilinogen : Normal Protein : Negatif pH : 4.7 – 7.8 Blood : Negatif SG : 1.005 –1.030 Ketone : Negatif Bilirubin : Negatif Glucose : Negatif

Mikroalbumin Urin random 20 mL dalam bekas universal

Negatif

Kristal/cast Urin random 20 mL dalam bekas universal

Sila hubungi makmal

Page 27: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 26

7.0 UJIAN YANG DITAWARKAN (MAKMAL LUAR)

Kami menerima pesanan ujian biokimia yang pengujiannya tidak dijalankan di Makmal Patologi Kimia.

Spesimen akan diproses, dibungkus dan akan diposkan kepada makmal luar yang menawarkan

perkhidmatan ujian tersebut. Senarai ujian yang dihantar ke makmal luar adalah seperti di bawah:

Nama ujian Bekas Isipadu Penghantaran Julat rujukan Amino acid, plasma Tiub

Lithium heparin

2.5 ml Dalam air ais

Amino acid, urin Urin spot 20 ml Dalam air ais α1 –Antitrypsin, serum Tiub plain 2.5 ml 1.30 – 2.90 g/L

BJP, urin 24 jam dan Protein electrophoresis for multiple myeloma,serum

Urin 24 jam dan tiub plain

2.5 ml

Caeruloplasmin, serum Tiub plain 2.5 ml 0.15 – 0.60 g/L

Carnitine, plasma Tiub Lithium heparin

2.5 ml Dalam air ais Total : 32 – 84 µmol/L Free : 26 – 60 µmol/L

Catecholamines, urin 24 jam Urin 24 jam + 10 ml HCL pekat

Epineprine : 1.7 – 22.4 µg/24 jam Norepineprine : 12.1 – 85.5 µg/24 jam Dopamine : < 498.1 µg/24 jam

Copper, serum Tiub plain 2.5 ml 11 – 20 µmol/L

Copper, urin 24 jam Urin 24 jam + HNO3

< 0.9 µmol/L

Free light chain, serum Tiub plain 5 ml Haptoglobin, serum Tiub plain 2.5 ml 36.0 – 195.0 mg/dl

Homocystine, plasma Tiub Lithium heparin

2.5 ml Dalam air ais 5.5 – 17.0 µmol/L

Lead (Plumbum), serum Tiub EDTA / Lithium heparin

2.5 ml < 10 µg/dl

β2 – Microglobulin, serum Tiub plain 2.5 ml 1.2 – 2.5 mg/L

Organic acid, urin spot Urin spot 20 ml Dalam air ais

Orotic acid, urin spot Urin spot 20 ml Dalam air ais < 2 minggu : 1.3 – 5.3 mmol/mol Creat 2 minggu – 1 tahun : 1.0 – 3.2 mmol/mol Creat 1 – 10 tahun : 0.5 – 3.3 mmol/mol Creat > 10 tahun : 0.4 – 1.2 mmol/mol Creat

.

Page 28: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 27

Lampiran 1 : BORANG PERMOHONAN UJIAN AM

Page 29: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 28

Lampiran 2 : BORANG PERMOHONAN UJIAN KECEMASAN

Page 30: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 29

Lampiran 3 : BORANG PERMOHONAN UJIAN METABOLIK HUSM

Page 31: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 30

Lampiran 4 : BORANG PERMOHONAN SPESIMEN PATOLOGI IMR

Page 32: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 31

Lampiran 5 : BORANG PERMOHONAN UJIAN IEM (IMR)

Page 33: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 32

Lampiran 5

Page 34: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 33

Lampiran 6 : BORANG PERMOHONAN UJIAN MULTIPLE MYELOMA (IMR)

Page 35: BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6€¦ · buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6| 1 isi kandungan isi kandungan muka surat 1.0 prakata 2 2.0 polisi perkhidmatan

BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 34

Lampiran 7 : BORANG PERMOHONAN UJIAN KKM