Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

181
1 KANDUNGAN Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam: Definisi dan Pemahaman... 1 Kepentingan Nilai dan Amalan Etika interpersonal.. 7 Al-Masu’liyyah Dalam Pekerjaan.. 34 Al-Wala’ Dalam Konteks Pekerjaan.. 47 Kepentingan Akujanji Dalam Pekerjaan.. 58 Etika protokol dan etika social Di Dalam Majlis Dari Perspektif Islam.. 75 Budaya kerja Cemerlang Dalam Islam.. 98 Pemakaian Kod Kelakuan dan Tatatertib 1993 di Malaysia: Penilaian Dari Sudut Etika Kerja Islam.. 112 ETIKA KERJA DAN PERKHIDMATAN ISLAM: DEFINISI DAN PEMAHAMAN Etika kerja Islam Etika kerja dimaksudkan sebagai cara kerja, kebiasaan kerja, tatatertib kerja dan adat resam kerja. Di dalam pemakaian dan pemahaman sektor pekerjaan etika kerja adalah berkaitan dengan dasar atau etika atau peraturan dan seumpamanya yang digunakan oleh pekerja di dalam menjalankan pekerjaan rutin. (Robbins, S.P, 1998: 9-12) Dasar atau etika atau peraturan pada kebiasaannya dikuatkuasakan oleh pemimpin sesuatu organisasi. Walau

description

nota

Transcript of Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

Page 1: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

1

KANDUNGAN

Etika Kerja dan Perkhidmatan Islam: Definisi dan

Pemahaman... 1

Kepentingan Nilai dan Amalan Etika interpersonal.. 7

Al-Masu’liyyah Dalam Pekerjaan.. 34

Al-Wala’ Dalam Konteks Pekerjaan.. 47

Kepentingan Akujanji Dalam Pekerjaan.. 58

Etika protokol dan etika social Di Dalam Majlis Dari Perspektif

Islam.. 75

Budaya kerja Cemerlang Dalam Islam.. 98

Pemakaian Kod Kelakuan dan Tatatertib 1993 di Malaysia:

Penilaian Dari Sudut Etika Kerja Islam.. 112

ETIKA KERJA DAN PERKHIDMATAN ISLAM: DEFINISI

DAN PEMAHAMAN

Etika kerja Islam

Etika kerja dimaksudkan sebagai cara kerja, kebiasaan kerja,

tatatertib kerja dan adat resam kerja. Di dalam pemakaian dan

pemahaman sektor pekerjaan etika kerja adalah berkaitan dengan

dasar atau etika atau peraturan dan seumpamanya yang digunakan

oleh pekerja di dalam menjalankan pekerjaan rutin. (Robbins, S.P,

1998: 9-12) Dasar atau etika atau peraturan pada kebiasaannya

dikuatkuasakan oleh pemimpin sesuatu organisasi. Walau

Page 2: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

2

bagaimanapun etika kerja juga sebenarnya merangkumi sifat

peribadi dan dalaman seseorang pekerja. Walaupun seseorang itu

bekerja tanpa peraturan atau dasar yang mengikat dirinya tetapi dia

mempunyai sifat peribadi dan dalaman yang jujur, pekerja tersebut

masih dapat melakukan pekerjaannya dengan baik walaupun

dengan pemantauan yang minima.

Di dalam tamadun Barat, etika bekerja sudah dibincangkan

dengan panjang lebar. Perbincangan yang mendalam di dalam

tamadun ini telah melahirkan bermacam-macam teori berkaitan

dengan pengurusan dan kepimpinan organisasi. Impak daripadanya

dilihat tamadun Barat lebih berkembang pesat jika dibandingkan

dengan tamadun-tamadun lain buat masa ini. Di dalam tamadun

Barat ini perbincangan awal mengenai teori etika kerja ialah

berkaitan dengan teori kemoralan yang diceduk pada asalnya dari

teori kemoralan Yunani yang banyak membicarakan atas tajuk

Mores yang bermaksud moral atau etika berkelakuan dan

kemudiannya diperincikan lagi perbicaraannya kepada etika

berkelakuan di dalam pekerjaan. (William, B., 1972: 4)

Apabila membicarakan etika kerja di dalam Islam, terlebih

dahulu golongan pekerja harus memahami konsep bekerja di dalam

Page 3: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

3

Islam. Ini kerana pemahaman konsep bekerja di dalam Islam

mempunyai kaitan yang amat rapat dengan etika kerja seseorang

Muslim dalam melakukan sesuatu kerja. Tanpa pemahaman yang

jitu di dalam konsep bekerja di dalam Islam, seseorang Muslim

tidak dapat menghayati kerjanya dengan berkesan malah walaupun

etika kerjanya sangat baik tetapi tidak dapat memahami konsep

bekerja di dalam Islam, pekerjaan seseorang Muslim itu akan sia-

sia. (Al-Faruqi, Ismail Raji, 1982: 30-35)

Secara umumnya konsep bekerja di dalam Islam dapat

diringkaskan seperti berikut;

i. Bekerja sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Ain – bekerja

di dalam Islam adalah keperluan setiap individu. Ini kerana setiap

seorang terutamanya kaum lelaki bekerja untuk memenuhi tuntutan

hidup seperti menyara diri dan keluarga, memenuhi tuntutan makan

dan minum dan memenuhi keperluan pakaian dan sebagainya. Jika

seseorang Muslim tidak bekerja ini bermakna akan menimbulkan

kesan yang buruk bukan sahaja kepada diri yang tidak dapat

memenuhi keperluan harian tetapi juga akan memberi kesan dan

mudharat kepada tanggungannya. Keperluan Fardhu Ain ini lebih

mendesak kepada seseorang Muslim yang bekerja untuk membayar

Page 4: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

4

hutang piutang yang ditanggungnya di dalam hidup di dunia.

(Fazlur Rahman, 1982: 43)

ii. Bekerja sebagai satu ibadah – konsep ini berdasarkan

kepada keimanan seseorang itu adalah berteraskan kepada

amalannya. Dari sudut pekerjaan amalan seseorang itu adalah

pekerjaan yang dilakukannya. Konsep ini juga berkaitan dengan

niat seseorang ketika melakukan pekerjaannya. Jika diniatkan

kerana Allah s.w.t, maka seseorang itu akan mendapat ganjaran

yang selayaknya tetapi jika diniatkan kerana keduniaan, maka

seseorang itu juga akan mendapat keduniaanya. (Fazlur Rahman,

1988: 20-23) Di dalam memenuhi konsep bekerja sebagai ibadah

ini Allah s.w.t berfirman yang maksudnya;“Seseorang itu akan

mendapat habuan berdasarkan usahanya. Sesungguhnya hasil

usaha pekerjaannya akan diperlihatkan kepadanya” (1:281)

iii. Bekerja boleh menghapuskan dosa – dosa-dosa kecil yang

terkumpul akan terhapus dengan kesungguhan seseorang itu

melakukan pekerjaannya. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah

s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud;“Dari sekian banyak dosa,

dosa yang tidak dapat dihapuskan oleh sembahyang, sedekah

Page 5: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

5

ataupun Haji dapat dihapuskan dengan susah payah mencari

rezeki” (Sahih Muslim, 1987: 22)

Sabda baginda lagi yang bermaksud: “Barangsiapa yang

menghayati waktu petangnya dengan bergantung kepada hasil

usaha tangannya sendiri nescaya petang itu ia berada di dalam

keampunan Allah” (Sahih Muslim, 1987: 23)

iv. Bekerja setaraf dengan jihad – konsep ini berdasarkan

kepada kesusahan dan pengorbanan seseorang itu mencari rezeki.

Kesusahan dan pengorbanan ini telah disamakan tarafnya dengan

kesusahan dan pengorbanan melakukan jihad fisabilillah. Di dalam

hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya;

“Barangsiapa yang bertungkus lumus mencari sara hidup dirinya

dan keluarganya maka ia seperti Mujahid fisabilillah” (Sahih

Muslim, 1987: 39)

Bukti ini juga jelas melalui satu cerita yang telah

diriwayatkan bahawa Sufian bin Malik telah dilantik oleh Saidina

Umar al-Khattab sebagai pengurus kutipan untuk Baitulmal di

Basrah. Suatu ketika Sufian bin Malik meminta izin daripada

Saidina Umar al-Khattab untuk meninggalkan tugasnya kerana

Page 6: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

6

hendak pergi berjihad melawan kaum Musyrikin, lantas Saidina

Umar berkata “Bukankah engkau sedang dalam jihad?”

(Muhammad Husain Haekal, 1986: 632)

v. Menjaga halal dan haram di dalam pekerjaan – perhitungan

bekerja di dalam Islam bukan sahaja berkaitan dengan ganjaran

seperti gaji dan sebagainya, tetapi lebih jauh daripada itu ialah

seseorang itu perlu menjaga batasan halal dan haram di dalam

melakukan kerjanya. Ini adalah sebagai satu syarat kepada konsep-

konsep kerja di dalam Islam yang diterangkan sebelum ini. Di

dalam perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya;

“Orang yang paling menyesal dan kerugian di hari Akhirat kelak

ialah orang yang mendapat sara hidup dari rezeki yang tidak halal,

sehingga ia masuk bersama-sama dengan orang-arang Kafir ke

Neraka” (Sahih Muslim, 1987: 335)

Apabila saeseorang Muslim itu dapat menghayati konsep bekerja di

dalam Islam, maka mudahlah baginya pula untuk menerapkan dan

melaksanakan etika kerja dengan nilai-nilai murni di dalam

pekerjaanya. Etika kerja adalah rutin yang seharusnya dilaksanakan

dengan baik. Dasar-dasar atau peraturan bekerja yang diwujudkan

Page 7: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

7

oleh sesebuah organisasi adalah bertujuan untuk memupuk etika

kerja yang baik dan cemerlang.

KEPENTINGAN NILAI1 DAN AMALAN ETIKA2

INTERPERSONAL3

1. Latarbelakang.

Perbincangan yang berlarutan berkaitan dengan piawaian etika

yang sepatutnya digunakan samada secara individu atau masyarakat

1 Nilai adalah sebahagian daripada moral iaitu satu bentuk perlakuan yang di

dasarkan kepada sesuatu yang membina, baik dan berfaedah. Umpamanya

seseoraang yang menghayati nilai bertanggungjawab maka akan terserlah nilai-

nilai tersebut di dalam perlakuannya sehari-harian tanpa adanya tekanan atau

dorongan yang serius.

2 Etika berasal daripada perkataan Yunani , iaitu 'ethos' yang bermaksud adat

resam, kebiasaan dan rutin. Bahasa Latin pula menggunakan perkataan 'mores'

untuk tujuan dan maksud yang sama. Oleh itu, etika dan moral mempunyai

bidang kajian yang serupa. Di dalam agama Islam konsep ini dikenali sebagai

'akhlak'.

3 Interpersonal adalah istilah komunikasi yang digunakan untuk mengambarkan

hubungan antara dua individu atau antara individu dengan kelompok

masyarakatnya. Hubungan ini juga melibatkan tanggapan dan perasaan dalaman

seseorang tersebut. Oleh itu, interpersonal melibatkan tiga perkara. Sifat dalaman

individu, perlakuan individu dan penerimaan masyarakat terhadap perlakuan

individu.

Page 8: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

8

telah menimbulkan satu konflik masyarakat yang teramat serius.

Anehnya perbincangan ini tidak menemukan satu titik pertemuan

selari berkaitan konsep, asas dan dimensi etika yang boleh

digunakan oleh masyarakat sejagat. Perkara ini berlaku kerana

banyak sebab. Antaranya etika banyak dipengaruhi oleh sifat

dalaman manusia yang menjadikannya sukar untuk diukur

ditambah lagi dengan perbuatan yang tidak menunjukkan sifat

dalaman seseorang. Selain itu, kewujudan nilai-nilai murni yang

difahami berdasarkan kepada tamadun manusia juga tidak sama dan

berbeza-beza. Kemurnian didikan dan ajaran agama juga tidak

dapat membantu menemukan satu etika sejagat yang boleh diguna

pakai.

Rentetan daripada itu, banyak penulis mengemukakan

berbagai idea dan pandangan untuk menemukan satu asas kepada

penggunaan etika yang seimbang. Warnock (1979) umpamanya,

telah mengetengahkan teori etika utilitarianisme yang bermaksud

etika itu hendaklah berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu

sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan

kebaikan yang paling banyak kepada kelompok masyarakat.

Malangnya idea ini dikatakan lebih bersifat ‘official’ sahaja kerana

ianya tidak dapat mengukur maksud dalaman seseorang yang

Page 9: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

9

melakukan tindakan tersebut.4 Jean Paul Sartre (1905) pula

mengemukakan idea eksistensialisme yang mengukur etika sebagai

satu perbuatan yang lahir daripada pemikiran manusia semata-mata.

Idea ini juga tidak mempunyai asas yang kukuh kerana sesuatu

tindakan selalunya disalah anggap oleh orang lain.5

Idea yang paling tua dikemukakan dan menjadi pegangan

sebahagian besar manusia adalah idea yang datangnya daripada

agama-agama yang dianuti. Pegangan agama pada asasnya adalah

amalan nilai-nilai murni dari didikan kalbu hinggalah diwujudkan

dalam bentuk tindakan-tindakan tertentu. Walaupun idea ini

mempunyai kelemahannya seperti wujudnya pertentangan

sensitiviti agama sehingga lahirnya ektremis agama tetapi amalan

dan pegangan nilai sekurang-kurangnya menemukan satu titik

persamaan amalan nilai sejagat. Etika keagamaan ini kemudiannya

4 Lihat penghurian berkaitan dengan etika Utilitarianisme dan Egoisme

merangkumi maksud, sifat dan perlaksanaannya di dalam buku, Warnock, G.J.

1979. Introduction. Dalam Mills, J.S. Utilitarianism. Disunting oleh Warnock.

M. Glasgow: Collins Fount Paperbacks.

5 Penulis ini menghuraikan bahawa teori etika eksistensialisme adalah sesuatu

yang datang bersama manusia ataupun dianggap sebagai sesuatu nilai yang

semulajadi yang merangkumi nilai-nilai baik dan sebaliknya. Manusia menurut

penulis ini mempunyai etika eksistensialisme yang seimbang. Suasana, masa dan

zaman yang akan menentukan penonjolan samada etika baik atau buruk.

Page 10: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

10

telah disulami dan dihiasi dengan amalan budaya murni sesetengah

masyarakat. Amalan ini berbeza dari satu tamadun ke tamadun yang

lain dan dari satu kelompok masyarakat ke kelompok masyarakat

yang lain yang ditandakan dengan kewujudan berbagai suku kaum

dan bangsa.

Lanjutan daripada tidak adanya piawaian yang tepat

berkaitan pemahaman dan amalan etika ini telah melahirkan banyak

kekeliruan dan kesamaran berkaitan dengan amalan interpersonal.

Istilah interpersonal adalah satu istilah komunikasi yang lahir

daripada tanggapan, perasaan dan tindakan individu terhadap

individu yang lain. Daripada keadaan asas ini akhirnya dilebarkan

kepada bentuk berkelompok atau bermasyarakat. Istilah

interpersonal ini juga difahami dengan hubungan individu dengan

individu yang lain ataupun kadang-kadang menggunakan istilah

keperibadian ataupun istilah sahsiah diri. Ianya adalah satu asas

kepada pembentukan peribadi merangkumi tanggapan dan perasaan

yang dilahirkan dalam bentuk perkataan dan tidakan. Amalannya

secara berkelompok akan menjadikan sesuatu masyarakat atau

bangsa itu di anggap mulia, bertatasusila dan beretika.

Page 11: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

11

2. Sumber-sumber etika interpersonal.

Sebelum perbincangan yang lebih mendalam berkaitan dengan

etika interpersonal ini, perlu diketahui dan diselidiki terlebih dahulu

dari mana sumber kemunculan etika ini. Walaupun bergitu, sumber-

sumber yang diutarakan hanyalah berbentuk altenatif atau dengan

lain perkataan wujud sumber-sumber lain yang menyokong

kewujudan etika interpersonal ini yang tidak diutarakan kerana

ianya berbentuk sifat dalaman individu yang mempraktiskannya.

Antara sumber-sumbernya adalah seperti berikut;

i. Amalan dan praktik nilai-nilai di dalam agama.6

Sekian lama kewujudan agama telah menjadi pegangan kukuh umat

manusia di dalam kehidupan. Doktrin agama bukan sekadar teori

dan praktik teologi semata-mata atau memahami konsep-konsep

paranormal di dalam agama atau berkaitan dengan amalan-amalan

6 Nilai-nilai agama pada dasarnya adalah satu bentuk pengajaran nilai-nilai murni

yang mempunyai hubungan dengan sifat-sifat keagamaan seperti patuh kepada

tuhan, amalan rukun-rukun agama dan seumpamanya. Ilmuan Barat cuba

memisahkan dua rangkuman ini, iaitu dengan hanya mengammbil nilai-nilai

murni dan meninggalkan sifat-sifat keagamaan yang dibawa. Oleh itu, dilihat

amalan nilai-nilai murni di Barat tidak mempunyai asas yang kukuh.

Page 12: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

12

ritual khusus agama malahan ianya lebih besar dan lebar daripada

itu. Sesuatu yang harus difahami berkaitan dengan agama ini adalah

amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan kehidupan

beragama. Perkara ini berasaskan kepada tidak ada satu agama yang

lahir di dunia ini yang mengajar penganut-penganutnya melakukan

sesuatu tindakan yang tidak berfaedah dan mendatangkan

keburukan. Umpamanya, jika di dalam agama Islam wujud satu

sagmen khusus berkaitan hal ini yang disebut sebagai ‘akhlak’.

Amalan dan praktik nilai-nilai agama ini telah diwarisi sekian lama

dan ada sesetengahnya yang telah diwarisi semenjak zaman

sebelum Masihi lagi.

Berdasarkan kepada kekukuhan amalan agama ditambah

pula dengan perkembangannya maka amalan nilai-nilai murni ini

adalah satu amalan yang berbentuk individu. Maksudnya setiap

seorang daripada penganut sesuatu agama itu mesti

mempraktikkannya. Jika tidak, maka individu tersebut tidak

dianggap seorang penganut agama yang baik. Praktik nilai-nilai

murni di dalam agama telah melahirkan insan yang dianggap mulia

dan beretika. Kemuliaan ini disebut dengan berbagai gelaran

umpamanya Ulama, Paderi, Sami, Utusan tuhan, anak tuhan dan

sebagainya. Amalan nilai-nilai murni ini bertambah kukuh dengan

Page 13: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

13

utusan-utusan agama yang disuruh untuk menyampaikan agama ini

kepada semua orang.

ii. Adat resam dan budaya.7

Adat resam lebih merujuk kepada sesuatu tindakan berkelompok

yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Sebahagian

daripada adat resam dan budaya masih mempunyai hubungan yang

sinonim dengan amalan dan praktik agama tetapi sebahagian

besarnya telah diubah suai mengikut kepentingan masyarakat yang

mengamalkannya dengan mengambil kira juga kesesuaian waktu

dan zaman. Contohnya, amalan menghormati dan mengutamakan

orang-orang yang lebih tua walaupun terdapat di dalam agama

tetapi cara dan bentuk penghormatan tersebut telah disesuaikan

dengan keadaan masa, zaman dan tempat. Oleh kerana itu, generasi

yang terkemudian kadang-kadang tidak mengetahui bahawa itu

7 Adat resam dan budaya adalah merangkumi praktik manusia yang dilakukan

secara berkelompok dan diamalkan secara warisan dari satu generasi ke generasi

yang lain. Ini bermaksud amalan dan praktiknya merangkumi adat-adat

animisme, agama dan kebudayaan. Lihat penghuraiannya di dalam Hunter, G.

1966. Southeast Asia: Race, Culture and Nation. London: Oxford University

Press.

Page 14: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

14

adalah ajaran agama sebaliknya lebih mengetahui bahawa perkara

tersebut adalah warisan ibu bapa dan nenek moyang mereka.

Perkara asas di dalam pendidikan dan pengajaran ibu bapa

terhadap anak-anak adalah berdasarkan pengalaman ibu bapa

tersebut sebelum itu. Ini bermakna jika adat resam dan budaya

sesuatu kelompok masyarakat itu tidak diturunkan maka tidak ada

lagi asas yang kukuh untuk dijadikan pengajaran. Intipati dari adat

resam dan budaya ini pula pada kebiasaannya adalah berbentuk

amalan nilai-nilai murni walaupun ada sebahagiannya yang

berbentuk khurafat dan tidak berasas tetapi mempunyai asas-asas

yang kukuh untuk pengajaran. Pengamalan nilai-nilai murni di

dalam adat resam dan budaya adalah penentu kepada generasi yang

beretika terutama sekali dalam bentuk interpersonal.

iii. Sifat kendiri.

Sifat kendiri adalah sifat dalaman seseorang yang akhirnya

diterjemahkan di dalam bentuk tindakan. Sifat kendiri ini banyak

dipengaruhi oleh pendidikan dan pengajaran samada yang

berbentuk formal atau informal. Terdapat juga sifat kendiri yang

diperolehi secara warisan umpamanya sifat pendiam yang ada pada

Page 15: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

15

seseorang mungkin diwarisi daripada ibu bapanya yang juga

bersifat bergitu. Sesuatu yang mengubah sifat kendiri ini adalah

suasana, keadaan masa dan tekanan. Umpamanya, jika seseorang

itu bersifat pasif dan tidak banyak berkomunikasi semasa hidupnya

di kampung tetapi apabila berhijrah ke ibu kota individu tersebut

perlu bersifat aktif dan banyak berkomunikasi. Oleh yang demikian,

manusia perlu sentiasa mengubah sifat kendirinya dari sesuatu yang

baik kepada yang lebih baik pada masa-masa akan datang.

Seperkara lagi, jika diteliti terhadap perkembangan sifat

kendiri ini, perkara asas yang perlu ada pada diri seseorang untuk

memperbaiki sifat dan tindakannya adalah motivasi diri yang

tinggi. Tidak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan dan

hubungan interpersonal seseorang itu jika tidak mempunyai

motivasi yang dapat membantunya mencapai sesuatu cita-cita.

Keakhiran daripada sifat kendiri ini jika dikaitkan dengan hubungan

interpersonal ialah kecemerlangan hidup. Oleh yang demikian,

adalah pentin bagi seseorang itu mempunyai sifat kendiri yang

positif dan disertai dengan motivasi yang tinggi untuk menunjukkan

dirinya itu beretika.

3. Pemahaman nilai dan amalan interpersonal dalam Islam.

Page 16: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

16

Secara tipikalnya pemahaman umum kepada nilai dan amalan etika

interpersonal dalam Islam merangkumi maksud, ciri-ciri dan sifat-

sifatnya dinukilkan di dalam contoh-contoh berikut yang diambil

daripada sumber primer Muslim iaitu al-Quran dan Sunnah;

I

Banyak contoh-contoh mengenai nilai dan amalan

etika interpersonal ini di dalam al-Quran yang

pendekatannya adalah mengenai seseorang yang

sentiasa mahu memperbaiki pekerjaannya daripada

satu tahap ke satu tahap dalam apa juga bidang

pekerjaan yang diceburi. Ayat-ayat al-Quran yang

menandakan sedemikian adalah seperti maksud

firman Allah s.w.t: "Sesungguhnya rahmat Allah itu

dekat kepada orang-orang yang sentiasa

memperbaiki pekerjaannya" (7:56) Maksud firman

Allah s.w.t lagi: "Dan orang-orang yang berusaha

dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi

kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan

memimpin mereka ke jalan-jalan kami (yang

menjadikan mereka bergembira serta beroleh

Page 17: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

17

keredhaan) dan sesungguhnya pertolongan dan

bantuan Allah adalah berserta orang-orang yang

berusaha memperbaiki pekerjaannya" (29:69) dan

maksud firman Allah s.w.t lagi: "...(Apa yang kamu

katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang

menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi

perintahNya) sedang ia pula berusaha memperbaiki

pekerjaannya, maka ia akan beroleh pahalanya dari

sisi tuhannya dan tidak akan bimbang dari sesuatu

kejadian yang tidak baik dan mereka pula tidak

akan berdukacita" (2:112)

II

Hadis Nabi pula mengambarkan nilai dan amalan

interpersonal itu sebagai sifat ikhlas dan

bersederhana dalam melakukan sesuatu perbuatan

dan pekerjaan. Sifat ini digambarkan sehingga

keperingkat walaupun seseorang itu melakukan

pekerjaan tanpa ada pemantauan daripada sesama

manusia tetapi tetap ada pemantauan daripada

tuhan. Ini bersesuaian dengan maksud hadis: "Pada

suatu hari ketika kami sedang duduk bersama-sama

Page 18: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

18

Nabi, tiba-tiba datang seorang lelaki yang

pakaiannya sangat putih dan rambutnya sangat

hitam. Tidak ada kesan-kesann bekas perjalanan

seperti debu dan lainnya pada diri lelaki tersebut

dan tidak ada seorang pun dari kami yang

mengenalinya. Kemudian dia duduk menghadap

Nabi dengan menyandarkan dua lututnya kepada

dua lutut Nabi lalu berkata: "Wahai Muhammad

beritahu aku mengenai Islam?" Jawab baginda:

"Hendaklah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan

yang sebenarnya melainkan Allah dan Muhammad

itu pesuruh Allah. Dan engkau dirikan sembahyang,

engkau keluarkan zakat, engkau berpuasa bulan

Ramadhan, engkau menunaikan Haji jika engkau

berkemampuan" Lelaki itu berkata: "Betul...!"

Kami tercengang melihat lelaki itu kerana ia

bertanya Nabi dan mengesahkan jawaban baginda.

Kata Umar a.s, lelaki itu berkata lagi: "Wahai

Muhammad beritahu aku mengenai iman?"Baginda

menjawab: "Hendaklah kamu percaya kepada

Allah, Malaikat-MalaikatNya, kitab-kitabNya,

Rasul-RasulNya, hari akhirat dan percaya kepada

Page 19: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

19

hukum dan takdir Allah samada baik atau jahat"

Lelaki itu berkata: "Betul...!" Lelaki itu berkata

lagi: "Beritahu aku mengenai ehsan?" Jawab Nabi:

"Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah

kamu melihatNya. Jika engkau tidak dapat

melihatNya, maka percayalah bahawa Dia melihat

engkau"(Muslim) Satu lagi hadis yang

menggambarkan sifat-sifat kesederhanaan berkaitan

dengan doktrin nilai dan amalan etika interpersonal

ini ialah seperti maksud hadis: Naluri adalah

modalku, akal fikiran sumberku, cinta adalah dasar

hidupku, rindu adalah tungganganku, berzikir

adalah kawan dekatku, keteguhan

perbendaharaanku, duka adalah kawanku, ilmu

adalah senjataku, ketabahan adalah pakaianku,

kerelaan sasaranku, kesederhanaan adalah

kebanggaanku, menahan diri adalah pekerjaanku,

keyakinan makananku, kejujuran peantaraku,

ketaatan adalah ukuranku, berjihad perangaiku dan

hiburanku adalah dalam sembahyang" (Muslim)

III

Page 20: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

20

Para ilmuan Islam memberikan pendapat yang

berbeza-beza berkaitan dengan nilai dan amalan

interpersonal ini. Tetapi pendapat yang berbeza

tersebut dapat disimpulkan bahawa nilai dan amalan

interpersonal itu adalah sifat-sifat Mahmudah

manusia dalam berurusaan dengan tuhan dan

berurusan sesama manusia. Imam al-Ghazali

menyimpulkan etika itu sebagai Wala' atau

ketaatsetiaan samada pada ajaran agama atau

kepada manusia yang sepatutnya. Beliau

menggambarkan etika itu sebagai pelengkap kepada

budipekerti manusia. (al-Ghazali, 1988:13)

Menurut Ibn Taymiyyah nilai dan amalan

interpersonal Islam ialah tindakan yang baik dan

positif dalam melakukan sesuatu pekerjaan hasil

daripada naluri yang dididik dengan nilai-nilai yang

murni. Oleh itu pada pendapat beliau didikan

dalaman atau naluri hendaklah diutamakan agar

dapat melahirkan tindakan-tindakan yang baik. (Ibn

Taimiyyah, t.th: 43)

Page 21: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

21

Rangkuman daripada pemahaman berkaitan dengan nilai

dan amalan etika interpersonal Islam seperti yang telah dihuraikan

di atas dapatlah disimpulkan seperti berikut;

i. Sifat ingin sentiasa memperbaiki diri dalam pekerjaan rutin

yang dilakukan oleh seseorang.

ii. Sifat-sifat ikhlas, jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam

melakukan sesuatu perbuatan atau pekerjaan walaupun

dengan ketiadaan pemantauan sesama manusia kerana

wujudnya pemantauan daripada tuhan.

iii. Sifat-sifat kesederhanaan dalam melakukan sesuatu tindakan

tanpa adanya berlebih-lebihan dalam beberapa tindakan

sahaja.

iv. Sentiasa berfikir untuk menghasilkan tindakan-tindakan yang

baik dan positif.

v. Amalan nilai-nilai murni diutamakan di dalam melakukan

sesuatu tindakan.

4. Dasar amalan etika interpersonal.

Page 22: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

22

Di dalam amalan dan praktik interpersonal di dalam kehidupan

manusia terdapat beberapa dasar dan intipati yang menjadi tujahan

penting untuk ditonjolkan, antaranya adalah;

i. Amalan nilai-nilai murni.

Menurut Rokeach (1973), amalan dan praktik nilai-nilai murni

adalah berfungsi sebagai ukuran yang membantu individu

mengenalpasti kedudukannya di dalam sesuatu isu sosial atau

moral. Tegasnya, nilai bukan sahaja memberi satu tunjuk arah

kepada seseorang tentang bagaimana dia patut berkelakuan

terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai tingkahlaku

sendiri serta orang lain. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa amalan

nilai-nilai menyediakan satu piawai yang asas dan kekal (konsisten)

supaya dapat membantu individu dalam pemikiran dan

perlakuannya.8

8 Walaupun amalan nilai-nilai murni dianggap sebagai ukuran sejagat etika

interpersonal, Rokeach di dalam penulisannya masih lagi mempertikaian tentang

bentuk dan sumber nilai-nilai murni tersebut. Ini kerana sesetengah nilai-nilai

murni yang diamalkan dianggap mempunyai maksud lain yang tersirat atau

dengan lain perkataan mempunyai niat yang tidak baik, umpamanya amalan

tersebut kadang-kadang dianggap sebagai 'mengampu' terutama sekali di dalam

etika kerja dan perkhidmatan. Lihat penghuraian yang lebih jelas di dalam

Rokeach, M. 1973. The Nature of Human Values. New York: The Free Press.

Page 23: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

23

Al-Ghazali di dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin telah

menggariskan beberapa kefungsian amalan nilai murni di dalam

kehidupan. Antaranya amalam nialai-nilai ini akan menjadikan

seseorang itu sntiasa berpegang dengan prinsip-prinsip agama yang

kukuh. Lantaran itu, dua faedah didapati pertama; individu yang

mengamalkannya akan sentiasa dipandang mulia dan keduanya;

terjalinnya hubungan antara seseorang dengan seseorang atas dasar

kasih sayang yang akrab. Perkara asas yang ingin disimpulkan oleh

al-Ghazali ialah dengan amalan nilai-nilai murni ini dapat menjaga

dua hubungan, iaitu hubungan keagamaan dan hubungan

interpersonal.

ii. Etika keperibadian mulia.

Etika keperibadian mulia ialah penonjolan sifat, perangai dan

perwatakan mulia. Perkara ini mula-mula dibincangkan oleh

Aristotle (384-322 S.M) dengan menggunakan perkataan 'virtues'.

Di dalam dunia Arab perbincangannya menggunakan perkataan

'Fadhilah' atau 'Muruwwah'. Sifat, perangai dan perwatakan ini

Page 24: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

24

adalah merangkumi perlakuan keadilan, kemurahan hati,

keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang

memainkan peranan penting di dalam moral. Kehidupan manusia

sentiasa dilingkungi oleh sifat dan perwatakan tersebut samada

dalam bentuk individu atau interpersonal. Sifat dan perwatakan ini

sekaligus menjadi ukuran terhadap amalan moral seseorang selain

daripada amalan nilai-nilai murni. Oleh itu, tidak keterlaluan jika

dikatakan orang yang mempunyai sifat dan perwatakan yang

berlawanan dianggap sebagai manusia yang tidak mempunyai

keperibadian mulia atau tidak beretika.

Etika keperibadian mulia memerlukan asuhan dan didikan

yang sempurna. Ini kerana pada asasnya manusia dilahirkan serba

boleh di dalam perlakuannya. Ini bermakna disamping mempunyai

etika keperibadian mulia, manusia juga mempunyai etika yang

berlawanannya dengannya. Oleh itu, kecenderungan untuk tidak

beretika juga adalah salah satu darri sifat semulajadi manusia.

iii. Kemoralan sosial.

Iaitu etika yang berkaitan perlakuan manusia di dalam

masyarakatnya. Perlakuan ini asalnya dinyatakan di dalam bentuk

Page 25: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

25

percakapan dan akhirnya dibuktikan melalui perbuatannya.

Contohnya, etnik Jawa umpamanya berpegang kepada peraturan

tradisi bahawa sesuatu permintaan tidak boleh terus ditolak dengan

jawapan 'Mboten' (tidak), jawapan yang lebih baik dan tepat ialah

'Engggih' (ya) dan jika permintaan itu terpaksa ditolak, alasannya

dinyatakan dengan penuh sopan dan tertib. Perlakuan bergini

dianggap sebagai sesuartu yang biasa pada masyarakat timur

dengan alasan tidak mahu mengecilkan hati masyarakat sekeliling.

Tatakromo ini adalah sebagai satu bentuk kemoralan sosial.

Tetapi kemoralan sosial ini perlu mengambil kira beberapa

perkara. Antaranya ialah sensitiviti masyarakat, sensitiviti agama,

sensitiviti individu dan keupayaan mengenalpasti sesuatu

permintaan tersebut samada boleh dicapai atau tidak. Perlakuan ini

juga mestilah mengambil kira permintaan tersebut samada ianya

bersifat mendatangkan faedah bersama atau sebaliknya. Praktik

perlakuan ini sebenarnya telah memenuhi amalan etika

interpersonal.

iv. Insan bermoral.

Page 26: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

26

Insan bermoal lebih kepada dasar pembentukan keperibadian atau

sahsiah mulia sekalipun tidak melibatkan individu atau masyarakat.

Ini bermakna, individu itu sepatutnya berfikir tentang kebaikan

insan bermoral berbanding dengan insan yang tidak bermoral.

Selepas itu individu tesebut seharusnya menjadikan insan bermoral

ini sebagai prinsip dalam mengatur hidupnya. Contohnya, individu

yang sentiasa mempraktikkan membasuh pinggan sendiri selepas

makan tanpa adanya suruhan. Maka, apabila makan dikhalayak

ramai perlakuannya secara individu ini dijadikan prinsip dan tetap

akan membasuh pinggan sendiri tanpa mengharapkan orang lain

untuk membasuhnya.

Motivasi diri yang tinggi adalah asas kepada perlakuan

insan bermoral ini. Oleh itu, seringkali dilihat mereka yang tidak

mempunyai prinsip diri gagal di dalam mencapai sesuatu matlamat

atau cita-cita. Ini kerana kejayaan itu datangnya daripada amalan

prinsip atau amalan moral peribadi yang bersungguh-sungguh.

5. Kepentingan nilai dan amalan etika interpersonal.

Terdapat beberapa kepentingan nilai dan amalan etika interpersonal

ini dipraktikkan, antaranya;

Page 27: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

27

i. Kepatuhan kepada ajaran agama-ini kerana sebahagian

daripada etika dan tanggungjawab interpersonal terdapat di

dalam ajaran agama. Bagi sesiapa yang mematuhinya

dianggap sebagai manusia yang menghormati ajaran

agamanya.

ii. Mengukur tahap kemuliaan manusia samada kemuliaan disisi

tuhan atau kemuliaan sesama manusia-ini berkait rapat

dengan tahap amalan ilai-nilai murni seseorang. Jika amalan

nilai murni seseorang itu sempurna maka ia akan dianggap

sebagai manusia yang mulia dan bergitulah sebaliknya.

iii. Menjaga keharmonian mayarakat-amalan nilai dan etika

interpersonal dikalangan mayarakat akan dapat mengelakkan

perkara-perkara yang membawa keruntuhan institudi

masyarakat seperti dendam, dengki, menindas dan

seumpamanya.

iv. Menjadi penguatkuasa kepada diri-iaitu asas untuk

menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu yang

tidak bermoral dan tidak beretika seperti melakukan jenayah

dan sesuatu yang dianggap tidak baik oleh masyarakat.

Page 28: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

28

v. Memahami sensitiviti individu, masyarakat dan agama-

menjaga hubungan interpetsonal adalah asas kepada

mempelajari sempadan dan sensitiviti-sensitiviti yang wujud.

vi. Mewujudkan semanngat kecintaan terhadap sesuatu- ianya

bergantung kepada dasar dan untuk apa seseorang itu

mengamalkan nilai dan etika interpersonalnya.

6. Nilai dan amalan etika interpersonal di Malaysia.

Memandangkan peri pentingnya nilai dan amalan etika

interpertsonal untuk manusia, wajarlah diberi gambaran ringkas

tentang nilai dan amalan etika interpersonal ini dikalangan

masyarakat majmuk di Malaysia yang didokong oleh tiga bangsa

utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Ukuran kepada amalan nilai

dan etika interpersonal ini adalah kewajaran hidup dalam satu sosial

majmuk yang mengamalkan berbagai nilai agama, adat resam dan

budaya. Tujuannya supaya wujud satu kesepakatan untuk sama-

sama hidup harmoni di dalam sebuah negara.

Menurut Ho (1977), orang-orang Asia (termasuklah

masyarakat di Malaysia) adalah satu kelompok masyarakat yang

lebih menekannkan pencapaian ketenteraman fikiran serta lebih

Page 29: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

29

cenderung kepada hal kerohanian dan agama berbanding

masyarakat Barat. Mereka tidak menekankan dan terlalu mengejar

kehidupan meterialistik atau kekayaan. Orang-orang Asia

menerima hakikat bahawa negara mereka sedang membngun dan

banyak kekurangan keperluan asasi. Oleh itu, penilaiann orang Asia

sesama mereka dan orang yang luar dari Asia adalah berdasarkan

kepada nilai moral dan bukan kekayaan. Mereka juga dianggap

sebagai orang yang pasif dan tidak ganas dalam hubungan sosial.

Kumpulan etnik ini lebih senang menyelesaikan sesuatu

permasalahan mereka dengan menggunakan ikatan agama dan

persepakatan.

Walaupun bergitu, Ho cuba mengetengahkan ciri-ciri

perbezaan manyarakat Asia yang disebabkan oleh berlainan negara,

masyarakat, juga kerana faktor geografi, faktor politik, faktor

bangsa dan banyak lagi faktor-faktor lain yang menjadi sempadan

antara masyarakat Asia. Ini bermakna nilai orang Malaysia berbeza

daripada masyarakat Asia lain, malah dikalangan orang Malaysia

juga mempunyai nilai-nilai yang berbeza kerana wujudnya amalan

praktik adat resam dan budaya yang berbeza. Nnamun, diakui

bahawa sesetengah nilai dikongsi bersama oleh kaum-kaum di

Malaysia. Misalnya, seperti yang diketengahkan oleh Muzaffar

Page 30: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

30

(1980) orang Melayu, Cina dan India mengamalkan nilai-nilai

kekeluargaan yang tinggi sebagai asas kepada komuniti. Mereka

menghormati ibu bapa, orang yang lebih tua dan orang yang

bijaksana.

Menurut Tham (1977) , budi pekerti, budi bahasa,

pendidikan agama, pendidikan nilai dan simpati adalah

keperihatinan utama di dalam kehidupan orang Melayu. Suatu

keistimewan bangsa ini ialah menganggap budi sebagaai sesuatu

yang berharga dan bernilai melebihi nilai-nilai materialistik. Budi

adalah salah satu bentuk amalan nilai-nilai interpersonal yang

terserah dikalangan masyarakat Melayu. Keunggulan budi dibentuk

daripada nilai-nilai seperti baik hati, simpati, bertolak ansur,

cenderung kepada sesuatu yang baik, kesyukuran dan kepekaan

sosial. Lazimnya, budi dikaitkan dengan sikap mengambil berat

terhadap orang lain dan orang yang berbudi akan diberi balasan

yang serupa. Darjat seseorang itu diukur dari segi budinya. Budi

diberi premium yang tinggi dalam skala nilai yang menentukan

tingkahlaku. Seseorang akan dianggap biadap, tidak sopan, hina

atau kurang ajar jika tidak ada budi.

Page 31: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

31

Di dalam membezakaan kemoralaan sosial masyarakat di

Malaysia, Tham (1977) cuba pula menyelidiki amalan nilai-nilai di

dalam masyarakat Cina. Menurut beliau masyarakat Cina di

Malaysia mengutamakaan nilai-nilai kekeluargaan yang harmonis

dan stabil bergantung kepada pengurusan hubungan manusia serta

sumber ekonomi yang kukuh. Terdapat dua sagmen amalan nilai

dikalangan masyarakaat Cina di Malaysia jika amalan nilainya

adalah seperti yang dinyatakan. Pertama; amalan nilai-nilai

kekeluargaan yang akan membawa kepada kehidupan yang

harmonis. Ini termasuklah amalan menghormati ibu bapa, orang

yang lebih tua malah nenek moyang sekalipun. Kedua; mengurus

hubungan manusia berdasarkan kepada ekonomi yang kukuh. Ini

termasuklah amalan nilai-nilai seperti rajin, berusaha, tidak

bergantung kepada orang lain dan sempamanya.

Selanjutnya di dalam menggambarkan etnik India pula,

Tham (1977) mengambarkan bahawa etnik ini adalah golongan

tipikal yang kuat pegangan agamanya samada yang berbentuk ritual

khas ataupun yang berbentuk kebudayaan. Oleh yang demikian,

kitaran hidup masyaraakat India ini adalah di dalam lingkungan

agamanya. Ini bermakna nilai-nilai agama adalah panduan khas

bagi masyarakat ini dalam menghadapi kehidupannya.

Page 32: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

32

7. Kesimpulan.

Terdapat beberapa perkara penting yang boleh disimpulkan

berkaitan dengan nilai dan amalan etika interpersonal. Antaranya;

i. Setiap individu itu mempunyai keperibadian yang seimbang

antara yang baik dan yang buruk. Oleh itu, potensi untuk

menonjolkan sesuatu yang baik itu bergantung kepada

individu tersebut. Caranya ialah dengan amalan nilai-nilai

murni dalam bentuk interpersonal. Jika amalan nilai-nilai

murni ini diketengahkan di dalam kelompok masyarakat

maka individu tersebut ankan dianggap sebagai individu

beretika.

ii. Pegangan, didikan dan asuhan agama serta budaya adalah

sumber yang kukuh untuk dijadikan sebagai dasar kepada

amalan nilai-nilai interpersonal. Ini kerana nilai-nilai yang

terkandung di dalam agama dan budaya telah sekian lama

menjadi ukuran dan piawaian kepada perlakuan manusia.

Ini bermaksud, jika seseorang itu berpegang teguh dengan

amalan agama dan budayanya bermaksud individu tersebut

mempraktikkan nilai-nilai interpersonal.

Page 33: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

33

iii. Nilai-nilai etika interpersonal di Malaysia lebih bersifat

kepada bentuk etnik, iaitu setiap etnik mempunyai dan

mempraktikkan nilai-nilai tersebut di dalam etnik mereka

sendiri samada yang diperolehi daripada agama atau

budaya. Di khuatiri suatu hari nanti akan wujudnya

sentimen yang berdasarkan kepada bangsa. Oleh itu, amalan

nilai-nilai persamaan dalam etika interpersonal ini perlu

lebih banyak diketengahkan dan dijadikan asas kepada

pembentukan masyarakat majuk seterusnya.

\

Page 34: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

34

AL-MASU’LIYYAH DALAM PEKERJAAN

Anggota organisasi merupakan pemegang amanah. Keutuhan

organisasi bergantung kepada akhlak, moral dan tatasusila. Justeru

itu, setiap pegawai dan kakitangan organisasi dari peringkat

tertinggi hingga peringkat terendah perlu mengamalkan nilai dan

etika kerja yang terpuji. Kecemerlangan hasil organisasi itu

merupakan cetusan dari usaha dan penglibatan setiap individu yang

bekerja di dalamnya. Pengenalan dasar dan program nilai serta

sikap yang baik akan membawa kemajuan kepada organisasi.

Pemupukan al-Masu’liyyah adalah perlu bagi menjana

tenaga kerja yang cemerlang dan efisyen. Tanpa al-Masu’liyyah,

pengurusan organisasi akan menjadi lemah, mudah berlaku

penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penipuan. Ini

akan membawa kepada implikasi yang negatif. Al-Masu’liyyah

organisasi menuntut sesebuah organisasi itu beroperasi berdasarkan

matlamat syariah untuk memelihara tahap kepentinan dalam Islam

memberi keadilan kepada semua pihak. Sesebuah organisasi

perniagaan umpamanya harus memastikan produk atau

Page 35: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

35

perkhidmatan yang dapat memberi keadilan antara syarikat dan

pengguna. Begitulah selainnya.

Secara umumnya, al-Masu’liyyah adalah satu etika kerja

Islam yang melihat setiap orang bertanggungjawab terhadap setiap

perbuatan yang dilakukan dan pertanggungjawabannya yang utama

ialah kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t sebagaimana yang

disebut dalam Al Quran dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8 yang

maksudnya: “Barangsiapa mengerjakan kebaikan, meskipun

seberat zarah, akan dilihatnya balasan kebaikan itu. Barangsiapa

mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya

balasan kejahatan itu.”

Al-Masu’liyyah boleh didefinisikan sebagi tanggungjawab

terhadap tugas yang diamanahkan dan memastikan tercapainya

objektif serta matlamat tugas tersebut, melaksanakan tugas

mengikut peraturan, undang-undang, prosedur dan arahan yang

diberikan. Bagi mencapai matlamat itu, setiap kakitangan

organisasi mestilah berhati-hati, cermat, teliti dan cekap. Juga tidak

membazirkan sumber yang ada. Al-Masu’liyyah dalam pengertian

konvensional diberikan pemahaman yang berbeza-beza bergantung

dari sudut mana ianya dilihat. Al-Masu’liyyah dalam pengurusan

Page 36: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

36

dijelaskan sebagai satu aspek kepimpinan iaitu sifat tanggungjawab

golongan pemimpin untuk mencapai matlamat dan objektif sesuatu

dasar yang dicipta. Manakala dari sudut tindakan atau gelagat di

peringkat bawahan sebagai sifat tanggungjawab individu pekerja

melaksanakan kerja yang diarahkan dengan disiplin yang

ditetapkan oleh golongan pemimpin.

Dapatlah dikatakan bahawa al-Masu’liyyah bermakna

bahawa pihak pengurusan mempunyai hak untuk menuntut pihak

pekerja melaksanakan kerja mereka dan mengambil tindakan

pembetulan sekiranya pekerjanya gagal berbuat demikian. Pihak

pekerja seharusnya membuat laporan kepada pihak pengurusan

berhubung dengan status dan kualiti kerja. Di Dalam sesebuah

organisasi wujud sekurang-kurangnya empat sektor

pertanggungjawaban, iaitu pertanggungjawaban dalam hal ehwal

birokrasi atau perjalanan organisasi, pertanggungjawaban

perundangan sebagai satu cara penguatkuasaan,

pertanggungjawban professional dalam memelihara etika kerja

pekeja dan pertanggungjawaban politik sebagai atau cara mengawal

kuasa dan kepimpinan.

Page 37: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

37

Di dalam Islam terdapat beberapa falsafah disebalik

perlaksanaan al-Masu’liyyah dalam pekerjaan. Antaranya

termasuklah:

i) Ketauhidan, iaitu merupakan falsafah yang mempengaruhi

tindakan dan tingkahlaku manusia. Secara umumnya tauhid

bermaksud mempercayai dan mengakui akan keesaan Allah. Kesan

tauhid dalam kehidupan manusia ialah ia memberikan misi yang

jelas dalam setiap pekerjaan. Ini bermakna falsafah ketauhidan di

dalam melakukan sesuatu pekerjaan dilaksanakan melalui al-

Masu’liyyah. Oleh yang demikian, sesibuk mana sekalipun

seseorang pekerja itu melakukan kerjanya, soal ketauhidan dan

pengabdian ini tidak harus dikebelakangkan. Hal ini bersesuain

dengan maksud firman Allah dalam Surah al-Nur, ayat 37:

“Beberapa orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan

tidak juga oleh jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan solat

kerana mereka takut kepada hari yang ketika itu hati dan

penglihatan bergoncang”

ii) Akhlak, iaitu merupakan falsafah lanjutan daripada sifat

ketauhidan. Sifat ketauhidan yang sempurna akan melahirkan

perlakuan atau akhlak yang baik dalam melakukan sesuatu

Page 38: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

38

pekerjaan. Akhlak dalam demensi pekerjaan ialah berbentuk sifat-

sifat peribadi dalaman pekerja yang disulami dengan kehendak

Islam seperti sifat amanah, jujur, rendah diri dan seumpamanya

yang melahirkan al-Masu’liyyah. Dalam hal ini Allah berfirman

dalam Surah al-Hadid, ayat 4 yang maksudnya: “Allah beserta

kamu walau dimana pun kamu berada dan melihat apa yang kamu

kerjakan”

iii) Peranan pekerjaan dalam Islam, iaitu lebih kepada satu

pengawalan dan penguatkuasaan dalam diri pekerja dalam

melaksanakan pekerjaannya. Bekerja sebagai Fardhu Ain kepada

setiap individu mesti diaksanakan kerana Allah dalam memenuhi

tuntutan peribadi seperti tanggungan hutang, tanggungan keluarga,

tanggungan keperluan hidup dan sebagainya. Dengan kesedaran ini

secara tidak langsung akan mewujudkan al-Masu’liyyah. Allah

berfirman dalam Surah al-Qashah, ayat 73 yang maksudnya:

“Diantara rahmatNya ialah mengadakan untuk kamu malam dan

siang supaya bersenang-senang pada malam hari dan mencari

kurniaNya (bekerja di siang hari), mudah-mudahan kamu

bersyukur kepadaNya

Page 39: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

39

Al-Masu’liyyah amatlah perlu bagi menentukan satu-satu

tugas yang dilaksanakan itu adalah menepati dan mencapai objektif

yang telah ditetapkan dan memastikan tidak ada pembaziran yang

menjejaskan sesuatu perlaksanaan objektif. Dalam semua aspek

pengurusan perkhidmatan, matlamat al-Masu’liyyah adalah untuk

mencapai satu kaedah kawalan yang berkesan bagi memastikan

undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan satu –satu

pengurusan dipatuhi. Selain dari itu, al-Masu’liyyah juga

menyediakan satu sistem yang berkesan bagi melaksanakan dan

mengesan tanggungjawab yang diamanahkan.

Peranan al-Masu’liyyah boleh dilihat dalam berbagai-bagai

aktiviti umpamanya al-Masu’liyyah memainkan peranan penting

dalam pengurusan kewangan. Sistem kawalan dijalankan terhadap

perbelanjaan melalui pelbagai peringkat oleh beberapa pihak

berkuasa yang telah ditentukan tanggungjawab masing-masing.

Tiap-tiap peringkat terdapat al-Masu’liyyah tertentu untuk

memastikan perlaksanaan kawalan dan pengurusan kewangan yang

berkesan. Dengan itu, tanpa penetapan al-Masu’liyyah, pengurusan

kewangan akan menjadi lemah dan mudah berlaku penyelewengan,

penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan dan sebagainya.

Page 40: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

40

Konsep al-Masu’liyyah boleh juga dipanjangkan kepada

perlaksanaan kawalan disiplin dan tatatertib di dalam pekerjaan.

Setiap lapisan pegawai dan kakitangan yang telah ditetapkan

tangungjawab tertentu perlu memainkan peranan masing-masing

bagi menjamin kejayaan projek atau program yang dilaksanakan.

Sebaliknya, jika terdapat mana-mana pihak yang tidak

melaksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut apa yang

sepatutnya, ini mungkin akan menjejaskan perlaksanaan dan

penyiapan projek atau pencapaian objektif program yang

dilaksanakan.

Terdapat dua langkah perlaksanaan al-Masu’liyyah samada

dalam bentuk peribadi atau dalam bentuk yang lebih besar seperti

di dalam organisasi dan sebagainya, iaitu:

i) Persediaan dalam bentuk kerohanian yang merangkumi

fizikal dan mental. Persediaan ini memerlukan kepada beberapa

tindakan susulan, antaranya ialah:

a) Menanaman sifat-sifat ketauhidan yang tulen atau

dengan erti kata lain ialah akidah yang jelas terutama

dalam konsep perlaksanaan pekerjaan dalam Islam.

Page 41: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

41

b) Mempunyai niat yang jelas dan baik dalam

melaksanakan sesuatu kerja kerana semua tidakan

dan pekerjaan itu brmula dengan niat.

c) Memahami dengan baik konsep bekerja dari

perspektif Islam.

d) Mengambil kira penguatkuasaan dalam bentuk

kerohanian seperti halal dan haram juga dosa dan

pahala.

e) Mengambil tindakan-tindakan yang perlu kepada

penerusan akidah dalam pekerjaa terutama dalam

bentuk fizikal seperti penyediaan tempat

sembahyang dan kemudahan menunaikannya.

ii) Persediaan dalam bentuk pengorganisasian sesuatu

pekerjaan sebagai melaksanakan persediaan kerohanian di atas.

Perkara ini juga memerlukan beberapa tindakan susulan, antaranya:

a) Menyatakan dengan jelas dalam bentu dokumentasi

al-Masu’liyyah setiap pekerjaan yang ditawarkan

iaitu perlu membuat penentuan tanggungjawabkan

bagi tiap-tiap pekerja dan jenis tugas yang

dipertanggungjawab kepadanya.

Page 42: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

42

b) Menentukan penguatkuasaan dalam bentuk penalti

atas apa juga nama samada undang-undang,

prosedur, peraturan dan arahan-arahan yang

spesifik.

c) Menamakan satu badan bebas yang dapat memberi

nasihat dan cadangan mengenai perlaksanaan al-

Masu’liyyah dalam rutin kerja seharian. Hal ini

boleh dilakukan secara berkala.

d) Mengenalpasti ruang-ruang yang boleh

menyebabkan pekerja mengabaikan al-Masu’liyyah

terutama yang berkaitan dengan skop kerja mereka.

Di dalam perlaksanaan al-Masu’liyyah dalam Islam terdapat

beberapa bentuk yang diberi penekanan, iaitu:

i) Al-Masu’liyyah peribadi.

Setiap orang bertanggungjawab melaksanakan tugas yang telah

diperintahkan kepadanya oleh Allah sebagaimana yang disebut

dalam Al-Quran dan Hadith. Seseorang individu itu mempunyai

fungsi yang berbeza dan dia mempunyai al-Masu’liyyah terhadap

Allah. Syariat Islam telah menentukan sistem akhlak, sistem

Page 43: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

43

ekonomi, sistem sosial, politik dan lain-lain lagi yang harus

dipatuhi. Al-Masu’liyyah peribadi dan hubungannya dengan Allah

sering berkait rapat dalam melahirkan tenaga kerja yang luhur dan

lebih efektif. Antara kejayaan Islam ialah metodnya yang berkesan

dalam melahirkan pengurus-pengurus dan pekerja-pekerja yang

mempunyai keperibadian yang luhur. Seorang individu dalam

masyaraklat Islam dibentuk untuk senantiasa mengingati Allah. Al-

Masu’liyyah peribadi melibatkan dua dimensi iaitu setiap orang

bukan hanya bertanggungjawab terhadap segala tindakannya di

dunia sahaja tetapi merangkumi akhirat. Oleh itu, seseorang

individu itu perlu memikirkan implikasi samada yang diterima di

dunia mahupun akhirat.

ii) Al-Masu’liyyah kepimpinan.

Al-Masu’liyyah kepimpinan sebenarnya secara umum merujuk

kepada semua orang kerana walau apapun kerjayanya dia

sebenarnya merupakan seorang pemimpin. Seseorang yang

diamanahkan memegang sesuatu jawatan bertanggungjawab untuk

Page 44: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

44

memastikan pencapaian organisasi sebagaimana yang telah

ditetapkan oleh orang yang memilihnya. Seseorang individu itu

perlu menjadi contoh dan teladan kepada orang diperingkat

bawahan agar segala keputusan dan tindakan mudah diterima oleh

mereka. Individu itu juga tidak boleh bertindak secara diktator

tetapi hendaklah membuat keputusan selepas dilakukan

musyawarah. Sebagai individu dia akan dipersoalkan oleh Allah

terhadap kegagalannya dalam melaksanakan amanah dengan baik.

iii) Al-Masu’liyyah pekerja.

Seorang pekerja bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasnya

berdasarkan peranan yang telah diberi oleh majikan. Dia

seharusnya mentaati arahan pemimpinnya supaya organisasi boleh

mencapai metlamat yang telah ditetapkan. Al-Masu’liyyah pekerja

menuntut seorang pekerja itu:

a) Membuat laporan tentang perkembangan tugasnya dan

mengenalpasti masalah yang timbul.

b) Bertanggungjawab secara langsung kepada ketuanya.

c) Mengetahui sistem dan prosedur yang cekap untuk

melaksanakan tugas dengan berkesan

Page 45: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

45

d) Bekerja sebagai satu pasukan.

e) Melakukan dengan penuh amanah dan tidak terlibat dengan

perkara bercanggah dengan etika Islam.

iv) Al-Masu’liyyah organisasi.

Al-Masu’liyyah organisasi melihat kepada peranan organisasi

keseluruhannya yang bertanggungjawab untuk meningkatkan

kualiti moral, mental dan fizikal pekerjanya. Sekiranya organisasi

berbentuk perniagaan matlamatnya tidak hanya untuk mendapat

keuntungan yang maksimum tetapi ia harus memenuhi

tanggungjawab sosialnya. Al-Masu’liyyah organisasi menuntut

sesebuah organisasi itu beroperasi berdasarkan matlamat syariah

dan menjauhi mana-mana yang bertentangan dengannya. Dengan

cara ini akan menyediakan satu tempat bekerja yang benar-benar

menepati apa yang dikehendaki Islam.

Al-Masu’liyyah mempunyai faedah yang besar. Ia menjamin

pelaksanaan tanggungjawab dan tugas lebih berkesan. Ia juga

merupakan satu mekanisma yang dapat menentukan kejayaan atau

kegagalan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Melalui konsep al-

Masu’liyyah ini manusia akan berusaha agar mendapat kebahagiaan

Page 46: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

46

dunia dan akhirat berbanding dengan manusia dari konsep Barat

yang hanya mementingkan kehidupan duniawi sahaja. Kekuatan

hubungan dengan Allah akan membentuk manusia yang berakhlak

mulia kerana dia mengetahui bahawa penciptanya sentiasa

memerhatikan setiap perlakuan dan akan diberi ganjaran yang

setimpal dengan apa yang dilakukan.

Page 47: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

47

AL-WALA’ DALAM KONTEKS PEKERJAAN

Di dalam pemakaian dan pemahaman sektor pekerjaan etika kerja

adalah berkaitan dengan dasar atau etika atau peraturan dan

seumpamanya yang digunakan oleh pekerja di dalam menjalankan

pekerjaan rutin. Dasar atau etika atau peraturan pada kebiasaannya

dikuatkuasakan oleh pemimpin sesuatu organisasi. Walau

bagaimanapun etika kerja juga sebenarnya merangkumi sifat

peribadi dan dalaman seseorang pekerja. Walaupun seseorang itu

bekerja tanpa peraturan atau dasar yang mengikat dirinya tetapi dia

mempunyai sifat peribadi dan dalaman yang jujur, pekerja tersebut

masih dapat melakukan pekerjaannya dengan baik walaupun

dengan pemantauan yang minima.

Bekerja di dalam Islam adalah keperluan setiap individu. Ini

kerana setiap seorang terutamanya kaum lelaki bekerja untuk

memenuhi tuntutan hidup seperti menyara diri dan keluarga,

memenuhi tuntutan makan dan minum dan memenuhi keperluan

pakaian dan sebagainya. Jika seseorang Muslim tidak bekerja ini

bermakna akan menimbulkan kesan yang buruk bukan sahaja

kepada diri yang tidak dapat memenuhi keperluan harian tetapi juga

Page 48: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

48

akan memberi kesan dan mudharat kepada tanggungannya.

Keperluan Fardhu Ain ini lebih mendesak kepada seseorang

Muslim yang bekerja untuk membayar hutang piutang yang

ditanggungnya di dalam hidup di dunia.

Dari sudut pekerjaan amalan seseorang itu adalah pekerjaan

yang dilakukannya. Konsep ini juga berkaitan dengan niat

seseorang ketika melakukan pekerjaannya. Jika diniatkan kerana

Allah s.w.t, maka seseorang itu akan mendapat ganjaran yang

selayaknya tetapi jika diniatkan kerana keduniaan, maka seseorang

itu juga akan mendapat keduniaanya. (Fazlur Rahman, 1988: 20-

23) Di dalam memenuhi konsep bekerja sebagai ibadah ini Allah

s.w.t berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 281 yang maksudnya;

“Seseorang itu akan mendapat habuan berdasarkan usahanya.

Sesungguhnya hasil usaha pekerjaannya akan diperlihatkan

kepadanya”

Hadis daripada Rasulullah s.a.w juga banyak yang

menerangkan tentang kemuliaan bekerja ini. Antaranya: Sabda

Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Dari sekian banyak dosa, dosa

yang tidak dapat dihapuskan oleh sembahyang, sedekah ataupun

Haji dapat dihapuskan dengan susah payah mencari rezeki”

Page 49: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

49

(Muslim). Sabda baginda lagi yang maksudnya: “Barangsiapa

yang menghayati waktu petangnya dengan bergantung kepada

hasil usaha tangannya sendiri nescaya petang itu ia berada di

dalam keampunan Allah” (Muslim)

Bergitulah keperluan pekerjaan dalam hidup Muslim. Di

dalam alam pekerjaan sendiri disamping bekerja memenuhi

tuntutan agama, Islam mempunyai etika dan dasarnya yang

tersendiri yang dianggap unik. Etika dan dasar ini adalah

merupakan praktis keagamaan dalam pekerjaan yang dilakukan

seharian. Salah satu etika dan dasar yang unik ini ialah dasar al-

Wala’ dalam pekerjaan. Al-Wala’ dalam pekerjaan ialah dasar

ketaatsetiaan seseorang yang bergelar pekerja kepada ketuanya atau

majikannya selagi ketua dan majikan ini tidak melanggar syariah

Islam. Keperluan dasar al-Wala’ dalam pekerjaan berlaku tanpa

disedari atau dengan erti kata lain ketua atau majikan kadang-

kadang tidak dapat memantau pekerjanya samada wujud dasar al-

Wala’ ini dalam diri pekerja. Fenomena ini adalah sifat dalaman

pekerja. Seumpama keperluan wujudnya al-Wala’ ini dalam jiwa

Muslim kepada tuhannya bergitulah juga perlunya wujud al-Wala’

ini dalam alam pekerjaannya kerana pekerjaannya ini juga akan

dinilai oleh tuhannya.

Page 50: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

50

Secara dasarnya al-Wala’ dalam pekerjaan seseorang

Muslim ingin menerapkan unsur-unsur berikut:

i. Ketaatsetiaan kepada pemimpin.

Pemimpin yang dimaksudkan disini ialah ketua dan majikan. Walau

bagaimanapun terdapat batasan kepada al-Wala’ kepada pemimpin

ini. Batasan ini mengambil kira ketua dan pemimpin yang tidak

melanggar syariah Islam. Kewujudan al-Wala’ kepada ketua dan

majikan ini bukan sahaja mengambil kira sifat menghormati batang

tubuh ketua atau majikan semata-mata, malah ia meliputi sesuatu

yang lebih luas daripada itu termasuklah dari sudut arahan,

peraturan, dasar yang dicipta, penguatkuasaan dan apa juga bentuk

yang dikuatkuasakan oleh ketua dan majikan ini. Dalam hal ini

Allah berfirman dalam Surah al-Nisa’, ayat 59 yang maksudnya:

“Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan

taatlah kamu kepada Rasul dan kepada orang yang berkuasa dari

kalangan kamu”

ii. Melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh,

cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Page 51: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

51

Cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan

bertanggungjawab adalah nilai-nilai murni Islam dan nilai-nilai

murni sejagat. Nilai-nilai ini sepatutnya ada pada diri seorang yang

digelar Muslim terutama di dalam pekerjaannya. Ini kerana seperti

yang diketahui bahawa bekerja itu adalah satu ibadah dan

perlaksanaan ibadah itu mestilah disertai dengan akhlak yang baik.

Islam tidak mengambil kira setakat sesuatu matlamat yang baik

tetapi dicapai dengan akhlak yang tidak baik. Seperkara lagi,

dengan wujudnya al-Wala’ kepada ketua dan majikan secara

langsung juga memberi dorongan kepada pekerja untuk berkerja

dengan nilai-nilai murni di atas kerana semua nilai-nilai murni ini

wujud di dalam semua dasar yang dikuatkuasakan oleh ketua atau

majikan. Perkara ini membenarkan lagi peringatan Allah dalah

Surah al-Anfal, ayat 27 yang maksudnya: “Janganlah kamu

mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu

mengetahuinya”

iii. Tidak mengutamakan kepentingan peribadi.

Sebagai seorang manusia dan anggota masyarakat, seorang pekerja

sudah pasti tidak dapat lari dari menolak sepenuhnya kepentingan

Page 52: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

52

peribadi semasa membuat keputusan yang membabitkan diri

sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan menjadi faktor

penentu sejauh mana keberkesanan keputusan yang akan dibuatnya

bagi faedah orang ramai. Di dalam kontek ini, seseorang pekerja

haruslah meletakkan kemaslahatan umum lebih daripada

kepentingan peribadi. Konsep bekerja di dalam Islam juga telah

menunjukkan bahawa pengorbanan untuk kepentingan umum

adalah lebh utama seperti Islam menganggap bekerja itu adalah satu

perjuangan jihad untuk kepentingan umum. Sifat dan sikap inilah

yang sepatutnya menjadi etika kerja seseorang Muslim. Allah telah

memberi amaran berkaitan perkara ini sebagaimana maksud

firmaNya dalam Surah al-Kahfi sebahagian ayat 18-20: “…dan

janganlah kedua mata kamu berpaling dari kerja yang

mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu

mengikut orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingati

kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu

melewati batas”

iv. Menjaga nama baik organisasi.

Persoalan imej atau nama baik organisasi merupakan satu perkara

yang penting kerana ianya seringkali dikaitkan dengan keutuhan

Page 53: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

53

dan kecekapan sesebuah organisasi tersebut. Oleh itu, menjadi

kewajipan pekerja agar menjaga dan memelihara nama baik

organisasi supaya sentiasa dipandang bersih bukan sahaja oleh

masyarakat tempatan malah masyarakat luar negara. Sehubungan

itu, setiap pekerja mestilah mengamalkan keperibadian mulia dalam

setiap tindak-tanduknya. Dari sudut Islam, keperibadian mulia juga

diertikan sebagai mengamalkan akhlak yang mulia, iaitu

berkelakuan dengan menjaga batasan-batasan syariah Islam

termasuk di dalamnya menjaga halal dan haram, menjaga hukum-

hakam agama, bergaul dengan pergaulan yang baik dan lain-lain

lagi yang berkaitan dengan nilai-nilai Islam dan tidak bertentangan

dengan syariah Islam.

Kekitaan terhadap tempat bekerja itulah sebahagian dari

konsep al-Wala’. Perasaan sayang terhadap organisasi, ketua dan

majikan secara tidak langsung mendorong seseorang pekerja

memepertahankan kebaikan yang ada dalam organisasi.

Mempertahankan organisasi juga adalah hasil dari wujudnya

konsep al-Wala’ dalam pekerjaan.

v. Menjaga tindakan daripada sesuatu yang boleh

meruntuhkan akhlak.

Page 54: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

54

Akhlak adalah perlakuan seseorang. Jika seseorang bekerja,

akhlaknya adalah bagaimana ia melakukan kerja yang telah

diamanahkan itu. Akhlak dalam melakukan kerja ini adalah

sebahagian dari konsep al-Wala’. Akhlak sebahagian dari nilai-nilai

moral yang juga adalah nilai-nilai sejagat yang diertikan dari sudut

sesuatu tamadun. Semua tamadun di dunia ini mempunyai nilai-

nilai moral, iaitu nilai-nilai baik dari sudut kehidupan. Di dalam al-

Wala’ terdapat satu mesej yang menyuruh pekerja mernjaga diri

mereka daripada terlibat dengan sesuatu yang boleh meruntuhkan

akhlak dan moral diri. Jika di dalam perkhidmatan moden sesebuah

organisasi yang dikatakan keruntuhan akhlak dan moral pekerja

adalah seperti keterlibatan dengan penyalahgunaan dadah,

disabitkan kes di dalam mahkamah samada mahkamah civil atau

syariah, mempunyai tanggunggan hutang yang melebihi emolumen

diri, ketagihan alkhohol dan seumpamanya. Islam juga melarang

umatnya terlibat dengan sesuatu tindakan yang menyebabkan

keruntuhan akhlak peribadi. Ini kerana imej yang sedemikian akan

merosakkan umat Islam seluruhnya. Oleh itu, Islam mengajar

umatnya supaya mengelakkan nilai-nilai negatif di dalam etika

kerja dan mengamalkan nilai-nilai positif di dalam etika kerja.

Maka tepatlah seperti yang difirmankan Allah dalam Surah al-

Page 55: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

55

Taghabun, ayat 4 yang maksudnya: “Dia mengetahui segala yang

di langit dan di bumi dan Dia mengetahui segala apa yang kamu

rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa mengetahui

segala isi hati yang terkandung di dalam dada”

vi. Mewujudkan pemuafakatan.

Di dalam hal ini, Islam telah mencadangkan supaya dihidupkan

suasana Syura atau perbincangan sebagai etika kerja di dalam

sesuatu perkhidmatan. Dengan wujudnya suasana permesyuaratan

ini masalah yang dihadapi akan diselesaikan mengikut peraturan

dan saluran yang betul. Pemuafakatan inilah hasil daripada

wujudnya konsep al-Wala’ dalam jiwa seseorang pekerja. Oleh itu,

praktislah Syura ini seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Surah

al-Syura, ayat 38 yang maksudnya: “…dan urusan mereka

dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”

vii. Tidak ingkar perintah.

Arahan atau perintah merupakan salah satu unsur terpenting dalam

pentadbiran sesebuah organisasi. Setelah sesuatu keputusan dibuat

atau dipersetujui, arahan yang jelas dan khusus adalah perlu untuk

Page 56: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

56

memastikan keputusan atau dasar itu dilaksanakan bertepatan

dengan matlamat ianya diputuskan. Pekerja yang diberi

tanggungjawab melaksanakan keputusan atau dasar tersebut sudah

pasti tidak mampu melaksanakannya secara bersendirian tanpa

bantuan pegawai lain. Oleh itu, beliau tidak ada pilihan lain kecuali

mengarahkan pekerja bawahannya melaksanakan tugas tersebut.

Sekiranya pegawai tersebut enggan mematuhi perintah yang

dikeluarkan, maka perlaksanaan tugas tersebut sudah pasti akan

terjejas. Kepatuhan kepada arahan, peraturan, undang-undang,

dasar, prosedur atau apa juga nama adalah sebagai kayu pengukur

kemantapan konsep al-Wala’ dalam jiwa pekerja.

Al-Wala’ bukan sekadar satu peraturan kerja tetapi

sepatutnya menjadi rutin dan amalan etika kerja lebih-lebih lagi

kepada golongan Muslim. Ini kerana walaupun dari satu sudut ia

dilihat sebagai satu peraturan yang menghampiri kepada arahan

tatatertib kelakuan dengan penalti tetapi perlaksanaannya

bertepatan dengan etika kerja Islam. Etika kerja Islam

sememangnya menggalakkan taat setia, nilai bertanggungjawab,

jujur, cermat berdedikasi, patuh perintah, menjaga kepentingan

umum, tidak mengutamakan kepentinan peribadi dan lain-lain etika

kerja yang terkandung di dalam konsep al-Wala’.

Page 57: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

57

Perlaksanaan etika kerja Islam seperti yang terkandung di

dalam al-Wala’ sepatutnya tidak memerlukan penguatkuasaan

kerana ia sepatutnya menjadi darah daging di dalam bekerja. Etika

kerja yang terdapat di dalam al-Wala’ ini juga dilihat bersesuaian

dengan nilai-nilai kemoralan sejagat. Oleh itu, tidak ada ruang dan

alasan kepada golongan pekerja untuk mempraktiskannya.

Page 58: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

58

KEPENTINGAN AKUJANJI DALAM PEKERJAAN

1. Latarbelakang Akujanji

Akujanji adalah satu dasar awam yang berkaitan dengan etika kerja

atau cara kerja yang mesti diguna pakai oleh penjawat awam.

Akujanji dikuatkuasakan melalui Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 17, tahun 2001 dan di dalam pekeliling tersebut Akujanji

disebut sebagai Surat Akujanji. Pekeliling ini mula diguna pakai di

sektor awam bermula dari 1 Januari 2002. Ini bermakna semua

pekerja awam mesti menandatangani surat Akujanji ini sebagai

memenuhi syarat perlaksanaannya. (Pekeliling Perkhidmatan,

Bilangan 17, tahun 2001)

i. Perlaksanaannya.

Surat Akujanji telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA) melalui pekeliling kepada semua Ketua Jabatan. Ketua

Jabatan dimaksudkan sebagai pegawai yang mengetuai sesebuah

organisasi samada diperingkat ibu pejabat, bahagian, cawangan,

seksyen atau unit dalam sesebuah agensi awam atau mana-mana

pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan

Page 59: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

59

diperingkat ibu pejabat untuk menandatangani ruangan

Tandatangan Ketua Jabatan dalam Surat Akujanji.

Pegawai atau pegawai awam bermaksud seseorang yang

dilantik secara tetap, sementara atau kontrak oleh sesebuah pihak

berkuasa melantik untuk berkhidmat dengan sesebuah agensi

awam. Pihak berkuasa melantik bermaksud pihak yang diberi kuasa

mengikut undang-undang untuk melantik seseorang berkhidmat

dengan agensi awam di bawah bidang kuasa pihak berkuasa

melantik berkenaan. Agensi awam pula bermaksud Kementerian

atau Jabatan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri), pihak berkuasa

berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan pihak berkuasa tempatan.

Cara perlaksanaannya ialah seseorang penjawat awam

samada secara perseorangan atau berkumpulan yang menggunakan

Surat Akujanji perseorangan menandatangani Surat Akujanji

dengan disaksikan Ketua Jabatan atau wakilnya yang telah

diturunkan kuasa untuk menyaksikannya. Kecenderungan sesebuah

organisasi ialah menandatanganinya secara berkumpulan kerana ia

menjimatkan masa untuk menerangkan berkaitan Surat Akujanji

ini.

Page 60: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

60

ii. Dasar.

Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini semua pegawai awam

dikehendaki menandatangani dua salinan Surat Akujanji ini. Satu

salinan Surat Akujanji ini disimpan samada oleh pihak berkuasa

melantik, ketua perkhidmatan atau Ketua Jabatan di dalam fail

peribadi pegawai untuk tujuan rekod. Satu salinan lagi hendaklah

disimpan oleh pegawai awam yang menandatanganinya. Bagi

pegawai awam yang bukan warganegara mereka boleh

menandatanganinya di dalam versi bahasa Inggeris yang telah

disediakan.

Bagi menguatkuasakan Surat Akujanji, pemakaian Surat

Akujanji ini kepada pegawai yang sedang berkhidmat, satu

peruntukan khusus akan dimasukkan dalam Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, manakala bagi

pegawai yang dilantik selepas tarikh kuatkuasa, Perintah-Perintah

Awam Bab A (Perlantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973, akan

dipinda dan memasukkan Perintah Am 23(a) dan Perintah Am

24(a), yang berbunyi;

Perintah Am 23(a);

Page 61: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

61

“Semua calon yang dilantik ke perkhidmatan

Kerajaan dikehendaki menandatangani Surat

Akujanji bahawa mereka akan mematuhi Peraturan-

Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, Pekeliling,

Surat Pekeliling, Peraturan dan arahan lain yang

dikeluarkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa

sepanjang perkhidmatan mereka dengan Kerajaan”

(Perintah Awam Bab A (Perlantikan dan Kenaikan

Pangkat), 1973)

Perintah Am 24(a); mengantikan perkataan “dan Surat Sumpah”

dengan perkataan “Surat Sumpah dan Surat Akujanji”. (Perintah

Awam Bab A (Perlantikan dan Kenaikan Pangkat), 1973)

iii. Tanggungjawab organisasi.

Semua pihak berkuasa melantik dikehendaki memasukkan

penandatanganan Surat Akujanji ini sebagai salah satu syarat

perlantikan. Dengan kemasukan syarat yang baru ini, surat tawaran

perlantikan yang digunapakai sebelum ini hendaklah diubahsuai

Page 62: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

62

sewajarnya. Ketua Jabatan boleh mencetak sendiri Surat Akujanji

juga boleh dicetak dan dibahagikan kepada setiap pegawai semasa

mereka menandatangani Surat Akujanji.

Mana-mana organisasi atau Ketua Jabatan tidak dibenarkan

mengubah atau meminda kandungan Surat Akujanji ini. Walau

bagaimanapun pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa

tempatan boleh mengubah istilah-istilah atau rangkaikata-

rangkaikata tertentu seperti Perintah Am, pegawai awam dan lain-

lain lagi supaya penggunaannya selaras dengan peraturan yang

terpakai dan berkuatkuasa di agensi berkenaan.

Semua pegawai awam dikehendaki menandatangi Surat

Akujanji ini dihadapan Ketua Jabatan masing-masing. Bagi

pegawai yang sedang berkhidmat semasa Surat Akujanji ini

dikuatkuasakan, mereka dikehendaki menandatanginya dalam

tempoh 3 bulan dari tarikh kuatkuasa. Manakala bagi pegawai yang

dilantik pada atau selepas tarikh kuatkuasa, mereka hendaklah

menandatanganinya pada tarikh melaporkan diri bertugas atau

dalam tempoh sebulan dari tarikh melapor diri. Penandatanganan

Surat Akujanji adalah diwajibkan kepada semua pegawai yang

Page 63: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

63

dilantik berkhidmat dengan agensi awam, samada perlantikan kali

pertama atau kali kedua dan seterusnya.

Pegawai yang dilantik secara pinjaman juga dikehendaki

untuk menandatanganinya. Walau bagaimanapun pegawai

perkhidmatan awam Persekutuan/Negeri yang dipinjamkan

keperkhidmatan awam Persekutuan/Negeri yang lain serta pegawai

yang dilantik secara pertukaran sementara atau tetap adalah

dikecualikan. Pegawai kontrak yang dilantik semula juga

dikehendaki menandatanganinya semula jika kontaraknya telah

habis atau terputus selama 6 bulan.

Pegawai yang menandatangani Surat Akujanji pada tarikh

melaporkan diri bertugas dikehendaki mengembalikannya

bersama-sama dengan dokumen perlantikan yang lain kepada pihak

berkuasa melantik. Bagi pegawai yang berkhidmat di dalam

Perkhidmatan Gunasama dan Perkhidmatan Kader yang sedang

berkhidmat sebelum dan pada tarikh kuatkuasa, Surat Akujanji itu

hendaklah diedarkan oleh Ketua Jabatan kepada ketua

perkhidmatan mereka. Surat Akujanji bagi pegawai yang

berkhidmat di dalam Perkhidmatan Tertutup disimpan oleh Ketua

Jabatan masing-masing. Tertakluk kepada kesesuaiannya, upacara

Page 64: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

64

menandatangani Surat Akujanji boleh dibuat secara beramai-ramai

dan hendaklah dicatitkan dalam rekod perkhidmatan seseorang

pegawai awam itu.

Cara melengkapkannya ialah dengan mengisi Surat

Akujanji yang telah disiapkan oleh organisasi, butir-butir pegawai

awam yang mengisinya seperti nama yang mengikut kad

pengenalan baru, nombor kad pengenalan baru, alamat tetap

terbaru beserta dengan jawatan hakiki yang disandang. Setiap Surat

Akujanji yang telah lengkap hendaklah mendapatkan cap rasmi

Ketua Jabatan atau cap rasmi jabatan tempat berkhidmat.

Setiap organisasi terutamanya melalui Ketua Jabatan

hendaklah bertanggungjawab memastikan peanandatanganan Surat

Akujanji ini dibuat dengan betul, adil dan saksama dan memastikan

penandatanganan tersebut tidak disalahgunakan. Mereka hendaklah

menjelaskan kandungan Surat Akujanji dan tujuan

penguatkuasaannya kepada semua pegawai dibawah

tanggungjawab masing-masing.

2. Kandungan Surat Akujanji.

Page 65: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

65

Kandungan Surat Akujanji ini dilampirkan dengan keterangan

mengenai penandatanganan Surat Akujanji tersebut, iaitu di dalam

Lampiran A bagi versi bahasa Malaysia dan Lampiran B bagi versi

bahasa Inggeris. Antara lain kandungannya ialah mengenai

pematuhan pegawai awam dengan peraturan dan pekeliling

perkhidmatan awam yang telah terlaksana sebelum ini iaitu

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993, Perintah-Perintah Am, Pekeliling dan Surat Pekeliling dan

peraturan serta arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan

oleh Kerajaan.

Kandungan yang dititikberatkan di dalam Lampiran A dan

Lampiran B di dalam Surat Akujanji ialah mengenai Peraturan 4,

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993, iaitu yang menyentuh perkara-perkara berikut; (Pekeliling

Perkhidmatan, Bilangan 17, tahun 2001 - Lampiran A dan

Lampiran B)

i. Taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong, negara dan

Kerajaan.

ii. Melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh,

cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Page 66: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

66

iii. Tidak membelakangkan tugas awam demi kepentingan

peribadi.

iv. Tidak berkelakuan dengan cara yang menyebabkan

kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam.

v. Tidak berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan

syak yang munasabah bahawa telah membiarkan

kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas rasmi

sehingga menjejaskan prestasi tugas awam.

vi. Tidak menggunakan kedudukan sebagai pegawai awam

bagi faedah diri sendiri.

vii. Tidak berkelakuan yang boleh menjejaskan nama baik

perkhidmatan awam.

viii. Tidak membawa sebarang pengaruh atau tekanan luar untuk

menyokong tuntutan peribadi atau pegawai lain berhubung

dengan perkhidmatan awam.

ix. Tidak ingkar perintah atau dengan cara yang boleh

ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

Kandungan Surat Akujanji ini diakhiri dengan peringatan

berkaitan dengan pelanggaran Surat Akujanji. Sebarang

pelanggaran atau mana-mana tindakan yang boleh ditafsirkan

sebagai pelanggaran Surat Akujanji akan dikenakan penalti

Page 67: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

67

tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

3. Etika kerja Islam di dalam Akujanji.

Terdapat banyak etika kerja Islam disebalik penguatkuasaan Surat

Akujanji dikalangan pegawai awam ini. Walaupun secara dasarnya

Surat Akujanji adalah satu peraturan yang mesti dipatuhi tetapi dari

sudut etika kerja Islam terutama yang terkandung di dalam Surat

Akujanji ini sepatutnya sudah dipraktiskan oleh golongan Muslim

terutamanya dan golongan non-Muslim umumnya kerana ia adalah

penerapan nilai-nilai murni di dalam gerak kerja seharian.

Secara dasarnya etika kerja Islam yang terdapat di dalam

Surat Akujanji ini adalah seperti berikut;

i. Ketaatsetiaan kepada pemimpin dan negara.

Pemimpin di Malaysia ialah Yang Di Pertuan Agong. Oleh yang

demikian, amat wajarlah setiap pegawai awam memberikan taat

setia kepada Yang Di Pertuan Agong yang juga merupakan simbol

kedaulatan negara. Akujanji ini juga bersesuaian engan asas dan

Page 68: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

68

prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Dengan mematuhi Akujanji ini daharap akan lahir seorang pegawai

awam yang mengamalkan etika kerja selaras dengan nilai-nilai

Islam iaitu berdedikasi, komited, bertanggungjawab dan

mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk memajukan

negara. Pada waktu yang sama kesetiaan dan kepatuhan juga

haruslah diberikan kepada kerajaan yang memerintah serta

dasarnya tanpa mengira parti yang berkuasa. Pegawai yang

menentang atau mengkritik dasar Kerajaan akan merosakkan

kebolehpercayaan dan keutuhan perkhidmatan awam

keseluruhannya.

ii. Melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh,

cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan

bertanggungjawab adalah nilai-nilai murni sejagat dan telah

dijadikan nilai-nilai teras di dalam perkhidmatan awam di

Malaysia. Nilai-nilai sejagat ini sangat berkesan untuk

meningkatkan produktiviti, kualiti dan kecemerlangan

perkhidmatan awam jika diamalkan dengan bersungguh-sungguh

Page 69: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

69

dan ikhlas. Akujanji yang ditandatangani daharapkan dapat

mendorong pegawai awam menjalankan tugas dengan cekap, jujur,

bertanggungjawab dan patuh kepada semua peraturan yang

dikeluarkan oleh Kerajaan. Pegawai yang gagal mematuhi

peraturan dan enggan mengamalkannya atau secara umumnya

bersifat kontra dengan nilai-nilai murni sejagat dengan sendirinya

menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan sambil lewa di

dalam pekerjaannya.

iii. Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada

kepentingan peribadi.

Sebagai seorang manusia dan anggota masyarakat, seorang pegawai

awam sudah pasti tidak dapat lari dari menolak sepenuhnya

kepentingan peribadi semasa membuat keputusan yang

membabitkan diri sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan

menjadi faktor penentu sejauh mana keberkesanan keputusan yang

akan dibuatnya bagi faedah orang ramai. Di dalam kontek ini,

seseorang pegawai awam haruslah meletakkan kepentingan awam

lebih daripada kepentingan peribadi. Konsep bekerja di dalam

Islam juga telah menunjukkan bahawa pengorbanan untuk

kepentingan umum adalah lebh utama seperti Islam menganggap

Page 70: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

70

bekerja itu adalah satu perjuangan jihad untuk kepentingan umum.

Sifat dan sikap inilah yang sepatutnya menjadi etika kerja seseorang

Muslim.

iv. Tidak mengutamakan keuntungan peribadi daripada

jawatan awam.

Perkara ini disebut dengan jelas seperti yang tercatat di dalam

kandungan Akujanji. Mengutamakan keuntungan peribadi hasil

daripada jawatan awam yang disandang adalah merupakan nilai-

nilai negatif di dalam sesuatu pengurusan. Pegawai awam

sepatutnya mengelakkan dirinya daripada menerima secara peribadi

hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli perniagaan dan

individu-individu tertentu yang bertujuan untuk mengaut

keuntungan. Juga mestilah mengelakkan dirinya daripada

memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan

daripada ahli keluarga tertentu sahaja. Di dalam keadaan ini, Islam

telah melarang umatnya menjalankan atau terlibat dengan sesuatu

yang mempunyai unsur-unsur rasuah. Sejarah perkembangan

pengurusan Islam telah membuktikan bahawa etika kerja negatif ini

akan menjadi duri dalam daging kepada seseorang yang

mempunyai kuasa.

Page 71: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

71

v. Menjaga nama baik organisasi.

Persoalan imej atau nama baik perkhidmatan awam merupakan satu

perkara yang penting kerana ianya seringkali dikaitkan dengan

keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam. Oleh itu, menjadi

kewajipan pegawai awam agar menjaga dan memelihara nama baik

perkhidmatan awam supaya sentiasa dipandang bersih bukan sahaja

oleh masyarakat tempatan malah masyarakat luar negara.

Sehubungan itu, setiap pegawai awam mestilah mengamalkan

keperibadian mulia dalam setiap tindak-tanduknya. Dari sudut

Islam, keperibadian mulia juga diertikan sebagai mengamalkan

akhlak yang mulia, iaitu berkelakuan dengan menjaga batasan-

batasan syariah Islam termasuk di dalamnya menjaga halal dan

haram, menjaga hukum-hakam agama, bergaul dengan pergaulan

yang baik dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan nilai-nilai Islam

dan tidak bertentangan dengan syariah Islam.

vi. Menjaga tindakan daripada sesuatu yang boleh

meruntuhkan moral diri.

Page 72: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

72

Nilai moral juga adalah nilai-nilai sejagat yang diertikan dari sudut

sesuatu tamadun. Semua tamadun di dunia ini mempunyai nilai-

nilai moral, iaitu nilai-nilai baik dari sudut kehidupan. Di dalam

Akujanji terdapat satu mesej yang menyuruh kakitangan awam

mernjaga diri mereka daripada terlibat dengan sesuatu yang boleh

meruntuhkan moral diri. Keterlibatan dengan penyalahgunaan

dadah, disabitkan kes di dalam mahkamah samada mahkamah civil

atau syariah, mempunyai tanggunggan hutang yang melebihi

emolumen diri dan ketagihan alkhohol yang serius adalah contoh-

contok tindakan yang meruntuhkan moral diri. Islam juga melarang

umatnya terlibat dengan sesuatu tindakan yang menyebabkan

keruntuhan akhlak peribadi. Ini kerana imej yang sedemikian akan

merosakkan umat Islam seluruhnya. Oleh itu, Islam mengajar

umatnya supaya mengelakkan nilai-nilai negatif di dalam etika

kerja dan mengamalkan nilai-nilai positif di dalam etika kerja.

vii. Tidak membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan

luar yang boleh menyokong tuntutan peribadi atau pegawai lain di

dalam bekerja.

Contoh yang paling jelas di dalam perkara ini ialah meminta jasa

orang kenamaan untuk mempengarihi kenaikan pangkat atau

Page 73: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

73

meminta bantuan daripada mana-mana ahli politik untuk

menyokong sesuatu permohonan dan berbagai-bagai contoh lagi.

Semua masalah yang dihadapi oleh seseorang pegawai awam

seharusnya diurus mengikut saluran rasmi yang disediakan.

Bantuan atau pengaruh luar boleh memberi gambaran seolah-olah

kepimpinan dan perkhidmatan awam tidak mampu dan tidak cekap

menangani sesuatu masalah. Pengaruh luar ini hanya kana

memburukkan keadaa0n disebabkan akan berlakunya pertentangan

kuasa antara pegawai awam. Di dalam hal ini, Islam telah

mencadangkan supaya dihidupkan suasana Syura atau

perbincangan sebagai etika kerja di dalam sesuatu perkhidmatan.

Dengan wujudnya suasana permesyuaratan ini masalah yang

dihadapi akan diselesaikan mengikut peraturan dan saluran yang

betul.

4. Kesimpulan.

Surat Akujanji yang ditandatangani oleh pegawai-pegawai awam

sebenarnya bukan sekadar satu peraturan kerja tetapi sepatutnya

menjadi rutin dan amalan etika kerja lebih-lebih lagi kepada

golongan Muslim. Ini kerana walaupuin dari satu sudut ia dilihat

Page 74: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

74

sebagai satu peraturan yang menghampiri kepada arahan tatatertib

kelakuan dengan penalti yang dinyatakan tetapi disebalik

penguatkuasaan Akujanji ini terdapat etika kerja yang bertepatan

dengan etika kerja Islam. Etika kerja Islam sememangnya

menggalakkan taat setia, nilai bertanggungjawab, jujur, cermat

berdedikasi, patuh perintah, menjaga kepentingan umum, tidak

mengutamakan kepentinan peribadi dan lain-lain etika kerja yang

terkandung di dalam Akujanji.

Perlaksanaan etika kerja Islam seperti yang terkandung di

dalam Surat Akujanji sepatutnya tidak memerlukan

penguatkuasaan kerana ia sepatutnya menjadi darah daging di

dalam bekerja. Etika kerja yang terdapat di dalam Akujanji ini juga

dilihat bersesuaian dengan nilai-nilai kemoralan sejagat.

Page 75: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

75

ETIKA PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL DI DALAM

MAJLIS DARI PERSPEKTIF ISLAM

1. Pengenalan.

Etika protokol dan etika sosial dalam sesuatu majlis sangat penting

untuk diketahui oleh semua lapisan masyarakat. Ini kerana ia

melibatkan tatasusila dan sahsiah diri dalam menampilkannya

kepada khalayak ramai dan ianya juga melibatkan imej sesuatu

kelompok masyarakat atau tamadun atau sesebuah agama. Etika

berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud

cara, rutin, kebiasaaan, adat resam dan budi pekerti. Bahasa Latin

pula menggunakan perkatan Mores iaitu kata dasar bagi moral

untuk maksud dan konsep yang sama. Oleh itu, perkataan etika

digunakan untuk maksud cara, kebiasaan dan budi pekerti. Jika ia

melibatkan protokol dan sosial ia membawa maksud cara,

kebiasaan dan budi pekerti di dalam protokol dan sosial.

Di dalam Islam maksud etika menghampiri dengan apa yang

digariskan di dalam perbicaraan akhlak Islam. Akhlak Islam adalah

perbicaraan yang melibatkan adap sopan diri, cara berkelakuan dan

Page 76: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

76

hubungannya dengan agama. Oleh yang demikian jika etika itu

dikaitkan dengan akhlak Islam ini ia membawa maksud tatsusila

dan budi pekerti yang mempunyai hubungan dengan agama. Jika

maksud ini digunakan untuk protokol dan sosial ianya bermaksud

tatasusila dan budi pekerti yang mempunyai hubungan dengan

agama. Hubungan ini terbentuk samada dengan apa yang

disarankan oleh al-Quran atau Sunnah Nabi (perkataan, kelakuan

dan ikrar Nabi) atau apa yang telah dipersetujui bersama oleh para

cendikiawan (Ijmak).

Melalui huraian ini dapatlah disimpulkan bahawa

pengertian etika protokol dan etika sosial di dalam majlis dari

perspektif Islam adalah tatsusila dan budi pekerti dalam protokol

dan sosial yang mempunyai hubungan dengan agama. Ianya adalah

satu perbicaraan yang lebih seimbang kerana di dalam usaha

seseorang itu menjaga penampilan dirinya di dalam sesuatu majlis

untuk memenuhi keperluan protokol dan sosial pada waktu yang

sama ia dapat memenuhi kehendak dan batasan agamanya tanpa

menyentuh perasaan peribadi masyarakat sekeliling yang hadir

sama.

Page 77: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

77

Tujuan kertas kerja ini diutarakan bukan untuk mengukur

etika protokol atau sosial yang sedia ada yang telah digunakan

secara rasmi oleh mana-mana organisasi atau badan samada

menepati ciri-ciri Islam atau sebaliknya. Islam itu adalah agama

sejagat dan semua perkara yang berkaitan dengan etika protokol

atau sosial yang tidak bercanggah dengan batasan-batasan Syariah

Islam boleh diguna pakai. Pengutaraan kertas kerja ini adalah

bersifat altenatif kepada etika protokol atau sosial yang telah diguna

pakai.

2. Kepentingan protokol dan sosial majlis dalam Islam.

Islam sangat mementingkan adap sopan dan akhlak dalam

kehidupan penganut-penganutnya. Oleh itu, adab sopan dan akhlak

ini menjadi ukuran yang cukup berkesan dalam menilai individu

Muslim. Jika adab sopan dan akhlak ini dipraktiskan dalam bentuk

berkelompok ia akaan mengambarkan bertapa murni dan baiknya

tatacara Islam dalam sesuatu perkara. Jika adab sopan dan akhlak

ini dibawa dalam sesuatu majlis maka akan menunjukkan bertapa

baiknya peraturan-peraturan atau protokol Islam itu. Secara

umumnya kepentingan peraturan-peraturan tertentu atau protokol di

Page 78: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

78

dalam majlis dari sudut pandangan Islam dapat dilihat melalui

sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

“tempatkanlah manusia (tetamu) pada tempat dan

kedudukan mereka yang selayaknya” (al-Tirmidzi)

Secara khususnya pula kepentingan protokol di dalam

sesuatu majlis itu adalah untuk menjaga perkara-perkara berikut:

i. Adab sopan dan akhlak Islam pada individu dan kumpulan

yang menghadiri majlis.

ii. Majlis mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.

iii. Menjaga kemuliaan dan kedudukan seseorang yang

menghadiri majlis.

iv. Mengutamakan dan memuliakan tuan rumah atau penganjur

majlis.

v. Tidak menyinggung mana-mana tetamu atau pihak di dalam

majlis.

vi. Mematuhi dan menjaga nilai-nilai murni sejagat di dalam

majlis.

Page 79: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

79

Etika sosial di dalam majlis mengikut Islam pula lebih luas

perbicaraannya. Ini kerana selain menjaga kepentingan diri, tetamu-

tetamu dan hadirin yang hadir dalam bentuk fizikal atau lahiriah

seperti memberi salam, memperkenalkan orang lain, menjaga

percakapan, menjaga gurauan, adab makan minum dan lain-lain

perkara yang berkaitan, ianya juga mempunyai nilai-nilai dalaman

yang behubung dengan agama yang mesti disedari dan dijaga oleh

mereka yang menghadiri sesuatu majlis. Ini termasuklah tidak

menanam sifat benci dalam pergaulan di majlis, tidak menyinggung

perasaan tetamu-tetamu lain, tidak mengumpat, tidak ada perasaan

hasad dan dengki dan lain-lain yang berkaitan dengan sifat-sifat

mazmumah dalaman. Ini bertepatan dengan peringatan Rasulullah

s.a.w yang bermaksud:

“Jika kalian bertiga (dalam sesuatu majlis), maka

janganlah dua orang diantara kalian berbisik-bisik

tanpa mengajak orang yang ketiga, sebab hal yang

demikian akan membuat seseorang itu sedih

(tersinggung dan menaruh wasangka)” (al-

Syaikhani)

Page 80: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

80

Paduan antara menjaga sifat luaran dan sifat dalaman di

dalam sesuatu majlis menjadikan etika sosial Islam dalam sesuatu

majlis itu menjaga batasan-batasan sosial dari satu sudut, manakala

dari sudut yang lain pula menjaga batasan-batasan yang ada dalam

agama. Secara khususnya kepentingan etika sosial Islam dalam

majlis adalah untuk menjaga dan memelihara perkara-perkara

berikut:

i. Adab sopan dan akhlak Islam dalam pergaulan di dalam

majlis.

ii. Menjaga batasan-batasan pergaulan di dalam majlis.

iii. Tidak menaruh hasad dengki, menyinggung perasaan, benci

dan lain-lain sifat dalaman yang negatif.

iv. Bersosial dengan semangat kasih sayang dan persaudaraan

serta saling hormat menghormati.

v. Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah s.w.t dalam

bersosial.

Page 81: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

81

3. Etika protokol dan etika sosial di dalam majlis menurut

Islam.

Berikut adalah garis panduan etika protokol dan etika sosial

menurut Islam:

3.1 Etika protokol.

i. Memberi salam ketika masuk majlis dan setiap kali

berjumpa tetamu.

Memberi salam adalah sebagai pembukaan kepada individu samada

ketika mahu masuk ke dalam majlis atau ketika bertemu para

tetamu. Salam yang diberikan hendaklah ikhlas dan dengan muka

senyum dengan penuh semangat persaudaraan dan perasaan kasih

sayang. Dalam perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda yang

maksudnya:

“Kalian tidak akan masuk Syurga sebelum kalian

beriman. Dan kalian tidak akan beriman sebelum

kalian saling cinta mencintai. Mahukah kalian aku

tunjukkan kepada kalian sesuatu yang apabila kalian

Page 82: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

82

kerjakan akan wujud perasaan saling cinta

mencintai? Ucapkanlah salam diantara kalian”

(Muslim)

Islam juga mengajarkan cara bagaimana salam itu mesti

diucapkan dengan sabda-sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hendaklah orang yang berkenderaan mengucapkan

salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang

berjalan kaki kepada orang yang duduk dan orang

yang sedikit kepada orang yang banyak” (al-

Syaikhani)

“Orang yang lebih kecil mengucapkan salam kepada

orang yang lebih tua” (Bukhari)

ii. Berjabat tangan orang yang ditemui di dalam majlis.

Berjabat tangan adalah satu budaya yang menerapkan keakraban

dan kasih sayang dalam Islam. Praktis budaya ini di dalam majlis

akan menyohorkan sifat akrab dan kasih sayang dikalangan tetamu

majlis. Falsafah disebalik berjabat tangan ini dalam sesuatu majlis

Page 83: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

83

dapat dijelaskan melalui sabda-sabda Rasulullah s.a.w berikut yang

bermaksud:

“Apabila dua orang Muslim bertemu lalu saling

berjabatan tangan, memuji Allah dan memohon

keampunannya, sudah tentu Allah akan

mengampunkan mereka berdua” (Abu Daud)

“Tidak ada dua orang Muslim yang bertemu, lalu

saling berjabatan tangan, kecuali kedua-dunya

diampuni Allah sebelum kedua-duanya berpisah”

(Ibnu Majah)

“Saling berjabat tanganlah kalian, sudah tentu

kedengkian akan hilang dan saling memberi

hadiahlah kalian, sudah tentu kalian akan cinta

mencintai dan permusuhan akan hilang” (Imam

Malik)

iii. Duduk ditempat yang telah dikhaskan.

Page 84: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

84

Di dalam setiap majlis rasmi yang diadakan pada kebiasaannya

tempat duduk telah disediakan dan dikhaskan. Di dalam perkara ini

protokol di dalam Islam mengajar agar seseorang itu duduk di

dalam majlis ditempat yang telah disediakan dan dikhaskan oleh

tuan rumah atau pihak penganjur. Ini bertepatan dengan apa yang

telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya:

“Barangsiapa memasuki rumah atau majlis sesuatu

kaum, hendaklah ia duduk ditempat sebagaimana

yang telah mereka perintahkan, kerana kaum itu lebih

mengetahui tentang aib rumah dan majlis mereka”

(Majma’ al-Zawa’id)

iv. Tidak duduk ditengah-tengah para tetamu (jika para tetamu

berada dalam keadaan bulatan).

Protokol ini hendaklah dijaga jika sesuatu majlis itu berada dalam

keadaan bulatan atau di dalam majlis rasmi pada kebiasaannya

diadakan jamuan meja bulat. Jika seseorang itu duduk ditengah-

tengah ia seolah membelakngkan para tetamu lain dan ini

menyakiti tetamu lain sehingga mencemuh dan mengutuk. Perkara

Page 85: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

85

ini dilarang oleh Rasululah s.a.w melalui sabda-sabdanya yang

bermaksud:

“Orang yang duduk ditengah-tengah lingkaran majlis

adalah orang yang terkutuk” (Abu Daud)

“Bahawa seorang lelaki duduk ditengah-tengah

lingkaran suatu majlis kemudian Hudzaifah berkata

“Terkutuklah menurut lisan Muhammad s.a.w orang

yang duduk ditengah-tengah lingkaran”” (al-

Tirmidzi)

v. Orang yang datang terakhir duduk ditempat yang terakhir.

Peraturan dan protokol ini adalah untuk tetamu yang menghadiri

majlis tanpa ada jemputan khas. Ini kerana jika majlis yang

mempunyai jemputan khas, tempat duduk khas telah disediakan.

Falsafah dan moral disebalik peraturan ini supaya tidak menganggu

majlis yang mungkin telah bermula. Ini jelas dapat dilihat seperti

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Page 86: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

86

“Apabila kami mendatangi Nabi (dalam satu majlis

dan majlis telah pun bermula), maka antara kami

duduk ditempat yang terakhir” (Abu Daud)

vi. Dilarang duduk diantara dua orang (tempat duduk yang

kosong) kecuali dengan izin keduanya.

Perkara ini adalah untuk mengelakkan daripada seseorang itu

mengambil tempat duduk yang telah dikhaskan untuk orang lain

yang mungkin belum datang atau kerana sebab-sebab tertentu

tempat tersebut sengaja dikosongkan oleh tuan rumah atau

penganjur. Rasulullah s.a.w telah melarang perkara ini melalui

sabda-sabda baginda yang bermaksud:

“Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki untuk

memisahkan dua orang (dengan duduk diantaranya),

kecuali dengan izin keduanya” (al-Tirmidzi)

“Dilarang duduk antara dua lelaki (dalam suatu

majlis) kecuali dengan izin keduanya” (Abu Daud)

vii. Berdiri menyambut tetamu yang datang kemudian.

Page 87: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

87

Protokol ini adalah sebagai menghormati, memulia dan mengalu-

alukan kedatangan tetamu. Dengan praktis yang sedemikian tetamu

yang datang akan merasa diri mereka dihargai. Perkara ini jelas

seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui sabda-

sabdanya yang bermaksud:

“Berdirilah untuk menghormati tetamu atau orang

yang paling baik diantara kamu” (al-Syaikhani)

“Nabi s.a.w memberikan ucapan (dalam satu majlis),

apabila baginda berdiri, maka kami pun berdiri tegak

sampai kami melihat beliau masuk” (al-Nasa’i)

viii. Mencium tangan tetamu yang lebih tua ketika berjabat

tangan.

Praktis ini menampakkan kepada menjaga hak orang yang lebih

utama. Disamping itu ianya juga menampakkan kepada perasaan

hormat dan menyanjung sesetengah tetamu di dalam sesuatu majlis

yang dihadiri. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Page 88: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

88

“Aku berkata kepada Ibnu Abi Aufa (dalam satu

majlis), “berikan tanganmu yang telah kau gunakan

untuk mengadakan baiah dengan Rrasulullah s.a.w”

ia menghulurkannya lalu aku menciumnya (selepas

berjabat tangan)” (Imam Malik)

ix. Menyediakan tempat duduk mengikut keutamaan tetamu.

Menyediakan tempat duduk yang khas mengikut keutamaan tetamu

juga adalah satu protokol yang diajar oleh Islam di dalam sesuatu

majlis. Cara ini adalah sebagai menjaga kemuliaan, kedudukan dan

kepentingan tetamu tersebut. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w

bersabda yang maksudnya:

“Dudukkanlah orang-orang pada kedudukan

mereka” (Abu Daud)

x. Menyediakan keutamaan tempat duduk berdasarkan kepada

orang yang lebih tua.

Page 89: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

89

Selain daripada menyediakan tempat duduk mengikut keutamaan

tetamu keutamaan yang selanjutnya adalah berdasarkan kepada

orang yang lebih tua dari sudut usia. Ini sebagai tanda menghormati

dan mengutamakan golongan ini. Nabi bersabda yang maksudnya:

“Tiga orang yang tidak boleh dihinakan kecuali

orang Munafik ialah orang tua Muslim, orang

berilmu dan ketua yang adil” (al-Tabrani)

3.2 Etika sosial.

i. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

Ini adalah etika sosial dalam menghadapi hidangan di dalam majlis.

Perkara ini dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang

bermaksud:

“Berkah makan itu terdapat pada mencuci (mencuci

tangan) pada sebelum dan sesudah makan” (al-

Tirmidzi)

Page 90: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

90

ii. Membaca Basmalah sebelum makan dan Hamdalah

selepasnya.

Etika ini ialah sebagai satu cara dalam sosial di dalam majlis untuk

mengingati Allah s.w.t dalam menjamah makanan. Rasulullah s.a.w

bersabda yang maksudnya:

“Apabila salah seorang daripada kamu makan,

hendaklah ia menyebut nama Allah (Basmalah). Dan

apabila ia terlupa menyebut nama Allah pada

awalnya hendaklah ia menyebut nama Allah pada

awal dan akhirnya (Hamdalah)” (al-Tirmidzi)

iii. Meminum air dengan tiga kali teguk sebelum menjamah

makanan lain.

Perkara ini adalah untuk mengelakkan seseorang itu gelojoh di

dalam menjamah makanan. Rasulullah s.a.w bersabda yang

maksudnya:

“Janganlah kamu minum dengan sekali teguk seperti

unta minum, tetapi minumlah dengan dua atau tiga

Page 91: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

91

kali teguk. Bacalah Basmalah sebelum minum dan

bacalah Hamdalah bila selesai minum” (al-Tirmidzi)

iv. Tidak mencela makanan yang disajikan.

Mencela makanan yang disajikan adalah seperti mencela rezeki

yang dikurniakan Allah s.w.t. Di dalam perkara ini Nabi

Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Rasulullah s.a.w tidak pernah mencela suatu

makanan yang dihidangkan, apabila baginda

berselera terhadap makanan itu baginda

memakannya, dan jika baginda tidak menyukainya

baginda akan meninggalkannya” (al-Syaikhani)

v. Makan dengan tangan kanan dan mencapai makanan yang

dekat.

Perkara ini bertujuan untuk menjaga keharmonian majlis dan dari

satu sudut dapat menilai sosial seseorang di dalam majlis. Sabda

Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Page 92: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

92

“Pernah aku menjadi seorang budak dibawah

pengawasan Rasulullah s.a.w ketika makan.

Tanganku bergerak ditempat makanan, Rasulullah

s.a.w menegurku “Wahai anak, sebutlah nama Allah,

makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah

makanan yang dekat dengan kamu”” (Muslim)

vi. Tidak makan sambil bersandar.

Makan sambil bersandar menunjukkan kesombongan seseorang itu

di dalam sesuatu majlis. Rasulullah s.a.w mengajarkan perkara ini

dengan sabdanya yang bermaksud:

“Aku tidak makan sambil bersandar” (al-Bukhari)

vii. Dianjurkan berbincang-bincang ketika makan.

Ini akan merapatkan lagi silaturahim sambil berkenalan antara

tetamu yang hadir. Ramai para sahabat Nabi suka makan dengan

baginda dalam sesuatu majlis kerana baginda akan berbincang-

bincang tentang hal-hal semasa. Jabir r.a berkata yang maksudnya:

Page 93: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

93

“Rasulullah s.a.w akan berbincang sambil menjamah

makan dengan orang sekelilingnya” (Abdullah Nasih

Ulwan, 1989: 428)

viii. Mengutamakan tetamu kehormat dan orang yang lebih tua

dalam menjamah makanan.

Etika ini adalah sebagai tanda hormat dan tanda kasih sayang

seseorang terhadap tetamu yang lebih utama dan orang-orang yang

lebih tua dari sudut usia. Rasulullah s.a.w mengajarkan dengan

sabdanya yang bermaksud:

“Jika kami menghadiri suatu jamuan makan bersama

Rasululah s.a.w, belum pernah kami meletakkan

tangan kami pada makanan sebelum Rasulullah s.a.w

memulai meletakkan tangan baginda” (Muslim)

ix. Dilarang makan dan minum terlalu kenyang.

Perkara ini untuk mengelakkan tetamu yang lain memandang

seseorang itu terlalu tamak dengan makanannya disamping dapat

menjaga kesihatannya. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Page 94: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

94

“Tidak ada satu tempat yang lebih buruk bagi anak

Adam kecuali perutnya. Cukuplah bagi anak Adam

beberapa suap sahaja sekadar dapat menegakkan

tulang punggungnya. Jika terpaksa ia harus berbuat,

maka hendaklah sepertiga diisi untuk makanannya,

sepertiga diisi untuk minumannya dan sepertiga lagi

diisi untuk nafasnya” (al-Tirmidzi)

x. Makan dan minum sambil duduk.

Falsafah disebalik perkara ini ialah untuk menunjukkan akhlak

yang tinggi di dalam makan dan minum dalam majlis. Rasulullah

s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Rasulullah s.a.w melarang seseorang untuk minum

sambil berdiri. Lalu kami bertanya tentang makan.

Baginda menjawab bahawa perkara itu lebih buruk”

(Muslim)

xi. Berbincang di dalam majlis dengan tahap pengetahuan yang

sesuai.

Page 95: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

95

Perkara ini bagi mengelakkan rasa rendah diri dan rasa dihina oleh

seseorang yang diajukan perbicaraan. Rasulullah s.a.w bersabda

yang maksudnya:

“Berbicaralah dengan manusia sesuatu yang sesuai

dengan pengetahuan mereka. Apakah kamu suka jika

Allah dan RasulNya didustakan?” (Muslim)

xii. Bergurau yang tidak keterlaluan dalam majlis.

Bergurau di dalam ssuatu majlis adalah untuk mengeratkan

silaturahim. Tetapi Rasulullah s.a.w melarang daripada bergurau

yang keterlaluan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Sesiapa yang banyak tertawa maka akan

berkuranglah wibawanya. Sesiapa yang banyak

bergurau senda (dengan keterlaluan) maka ia akan

diremehkan” (al-Bukhari)

xiii. Meminta izin sebelum keluar daripada majlis.

Page 96: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

96

Etika ini bertujuan supaya adab dan akhlak kita dapat dilihat oleh

tetamu lain dan keluar dalam keadaan yang baik dan sopan. Perkara

ini juga bertujuan untuk memelihara kehormatan penganjur. Dalam

hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya meminta izin (keluar dari sesuatu

majlis) dijadikan untuk melihat (menonjolkan adab

sopan seseorang di dalam majlis)” (al-Syaikhani)

4. Kesimpulan.

Ungkapan ‘hidup dikandung adat, mati dikandung tanah’, adalah

ungkapan yang menggambarkan bahawa kehidupan manusia adalah

tertakluk kepada peraturan dan adat istiadat yang diwarisi oleh

mereka. Ungkapan tersebut mengandungi falsafah yang tersendiri,

yang menggambarkan bahawa seseorang itu akan diterima baik

oleh masyarakatnya sekiranya ia patuh pada peraturan, adat istiadat

dan kepentingan orang ramai. Walaupun pengukuran nilai ini

bersifat subjektif tetapi ada nilai-nilai yang diterima oleh semua

golongan yang dikenali sebagai nilai-nilai sejagat.

Page 97: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

97

Etika protokol dan etika sosial di dalam majlis dari sudut

pandangan Islam yang dibicarakan dalam kertas kerja ini juga

mempunyai nilai-nilai sejagat yang bukan sahaja boleh diterima

oleh masyarakat secara umum malah yang lebih penting

mempunyai kesinambungan dengan agama Islam. Dengan ertikata

lain jika dipraktiskan bukan sahaja dapat menjaga kepentingan

manusia dari sudut adab sopan di dalam majlis bahkan yang lebih

penting ialah mempunyai nilai-nilai ibadah dalam agama.

Page 98: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

98

BUDAYA KERJA CEMERLANG DALAM ISLAM

Budaya kerja cemerlang merupakan budaya organisasi yang baik.

Islam melihat budaya ini sebagai langkah menggilap sikap dalam

bekerja. Kajian yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji dalam bidang

korporat menunjukkan bahawa organisasi-organisasi yang berjaya

mempunyai persamaan iaitu mereka mempunyai budaya organisasi

yang cemerlang. Sesungguhnya manusia mempunyai

tanggungjawab terhadap kerja , lebih-lebih lagi di hadapan Allah

yang melihat semua tingkah laku manusia. Apabila konsep ini

difahami maka ini akan menghasilkan satu sikap bertanggungjawab

untuk melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh seterusnya

menghasilkan kerja yang cemerlang. Islam juga melihat kerja

adalah lebih unggul dari hanya sekadar untuk diri sendiri, bangsa

dan negara bahkan kerja dalam Islam adalah kerana Allah. Ajaran

ini secara tidak langsung dapat mendidik manusia untuk melakukan

kerja dengan penuh keikhlasan dan meghasilkan perkhidmatan

yang memuaskan.

Islam telah menggariskan banyak panduan kepada manusia

khususnya dalam bidang pekerjaan. Panduan-panduan inilah yang

banyak diterapkan oleh organisasi-organisasi yang ada pada masa

Page 99: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

99

kini contohnya, penghayatan nilai-nilai Mahmudah, al-itqan dalam

bekerja, al-ehsan dalam pekerjaan al-Syura dalam organsasi dan

termasuklah budaya kerja cemerlang. Budaya kerja cemerlang ialah

tata cara dan etika yang baik di kalangan kakitangan pengurusan

atasan dan pekerja bawahan. Tatacara yang baik itu antaranya ialah

rajin , gigih, kreativiti, inovatif, bekerjasama, integriti, berdisplin

dan berusaha meningkatkan prestasi. Cemerlang adalah budaya

kerja murni yang beteraskan kualiti sebagai amalan kerja bersama,

diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur, peraturan yang

jelas dan mudah dilaksanakan. Bermula dari peringkat pengurusan

atasan disambut baik oleh pengurusan pertengahan dan

dilaksanakan oleh pekerja bawahan. Dalam konteks yang lebih

kecil dapat diertikan sebagai sistem-sistem nilai, norma, sikap dan

prinsip-prinsip yang dipegang bersama oleh setiap kakitangan.

Unsur-unsur inilah yang mengawal perlakuan kakitangan.

Perbincangan budaya kerja cemerlang sebenanya berkaitan

dengan etika, iaitu sifat dalam seseorang yang mengawal tindakan

seseorang itu baik atau tidak baik. Salah satu ciri masyarakat yang

bermoral dan beretika ialah masyarakat yang kuat berpegang

kepada ajaran Islam kerana nilai-nilai kerohanian yag terdapat di

dalam ajaran Islam adalah satu praktis nilai etika yang tinggi dan

Page 100: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

100

murni. Dapat dirumuskan disini bahawa budaya kerja cemerlang

merupakan satu prinsip moral yang digariskan oleh Islam. Kerana

setiap nilai yang dipandang baik oleh Islam merupakan satu akhlak

yang baik.

Kerja dalam Islam adalah satu langkah persiapan ke arah

mengabdi diri kepada Allah. Oleh itu, faedah dan nilai kerja adalah

untuk dunia dan akhirat. Allah menciptakan manusia adalah untuk

menjalankan tugas yang telah ditetapkan iaitu melakukan ibadah

seperti firmanNya yang bermaksud:

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali

untuk beribadah kepada Ku”

Sesungguhnya tugas ibadah bergantung kepada syarat-

syarat seperti badan sihat, ada makanan, ada pakaian, ada kerja dan

negara aman. Tanpa syarat-syarat tersebut ibadah tidak dapat

dilaksanakan dengan sempurna. Dalam al-Quran banyak nas yang

menggesa kepada bekerja antaraya seperti:

Firman Allah dalan surah al-Baqarah, ayat 198 yang

maksudnya:

Page 101: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

101

"Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia

(rezeki hasil perniagaan ) dari Tuhanmu”

Firman Allah dalam surah al-Muzammil, sebahagian ayat

20 yang maksudnya:

“…Apa-apa kebaikan yang kamu lakukan untuk diri

kamu akan kamu peroleh pula kebaikan dari Allah

dan akan memperoleh pahala yang besar”

Nabi bersabda ertinya: “Ada dosa yang tidak terhapus

kecuali dengan susah payah mencari rezeki”

Sabda baginda lagi yang maksudnya: “Sesiapa mencari rezeki halal

kerana mengelak diri dari meminta-minta, menanggung keluarga

dan menyayangi jiran ia pasti berjumpa dengan Allah dalam

keadaan wajah yang gilang gemilang”

Beramal dengan peringatan-peringatan di atas dapat

mengelakkan budaya malas kerja timbul dalam masyarakat Islam.

Apabila kerja boleh membantu kegiatan ibadah, maka kerja itu

sendiri termasuk dalam ibadah juga. Islam amat menekankan sikap

Page 102: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

102

amanah dalam menjalankan tugas. Tanpa sikap ini kerja tidak

ikhlas, sambil lewa, curi masa dan sebagainya. Sifat-sifat negatif ini

tidak mampu melahirkan hasil kerja yang baik. Seperti sabda Nabi

yang maksudnya: “ Amanah disia-siakan maka tunggulah saat

kehancuran”.

Berdasarkan peringatan-peringatan di atas juga dapat dibuat

beberapa kesimpulan demi mewujudkan budaya kerja cemerlang,

antaranya ialah:

i. Asas kepada sesuatu pekerjaan yang dilakukan adalah

bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Manusia

adalah hamba Allah, maka wajib bagi setiap manusia

mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan segala

suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya dalam

apa juga pekerjaan yang dilakukan. Oleh itu, sebagai tanda

beriman kepada Allah maka hendaklah manusia melakukan

pekerjaan dengan tanda-tanda ibadah seperti bekerja dengan

niat ibadah, mengamalkan sifat-sifat Mahmudah dalam

pekerjaan dan meninggalkan sifat-sifah Mazmumah dalam

pekerjaan.

Page 103: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

103

ii. Bekerja dengan ikhlas dan amanah atau dengan erti kata

lain bekerja dengan penuh kerelaan dan niat semata-mata

mencari keredaan Allah. Sebagai pekerja juga hendaklah

sedar bahawa pekerjaan yang baik adalah amal soleh yang

sangat dituntut oleh Allah untuk kepentingan keluarga dan

masyarakat.

iii. Bekerja dengan tekun dan cekap kerana pekerja akan dapat

meningkatkan kecekapan dan mutu kerja jika mereka

menjalankan tugas dengan tekun. Rasulullah s.a.w

bersabda bermaksud: “Apabila sesuatu urusan (pekerjaan)

diberikan kepada orang yang bukan ahlinya maka

tunggulah kehancurannya”. Hadis ini menunjukkan

pentingnya memilih pekerja yang benar-benar

berkelayakan dan cekap bagi memastikan hasil kerja yang

baik.

iv. Bekerja dengan semangat gotong royong. Bagi

menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang maka

kumpulan pekerja hendaklah bekerjasama, bergotong-

royong menjalankan tugas. Perbincangan sesama sendiri

dan bertukar fikiran juga amat penting untuk menghadapi

masalah yang mungkin timbul.

Page 104: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

104

v. Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat. Ini

bersesuaian dengan maksud firman Allah dalam Surah al-

Maidah, ayat 8 yang bermaksud: “Wahai orang yang

beriman , hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang

menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan

kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu

terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak

melakukan keadilan”

Menurut Islam, kerja hendaklah dilakukan oleh pekerja

menurut perjanjian yang berasaskan keadilan serta tanggungjawab

kepada majikan dan Allah bagi melaksanakan tugasnya dengan

sempurna. Dengan cara ini hasil pendapatan daripada hasil titik

peluhnya dianggap sah menurut agama. Secara tidak langsung

perkara ini menyentuh pendapatan halal dan haram hasil dari

pekerjaan yang dilakukan. Seseorang yang malas umpamanya

antara sedar atau tidak telah melanggar prinsip bekerja dalam Islam

yang disarankan oleh Allah dan secara fizikalnya pula telah

melanggar perjanjian dengan majikannya untuk bekerja secara

bersungguh-sungguh.

Page 105: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

105

Penghasilan budaya kerja cemerlang dalam Islam

memerlukan beberapa pemahaman pekerja kepada dua perkara

asas, iaitu pemahaman dari sudut kerohanian dan pemahaman dari

sudut amalan organisasi kerja. Antara pemahaman dari sudut

kerohanian yang mesti wujud dalam diri pekerja ialah konsep

pekerjaan dalam Islam, konsep ibadah dalam pekerjaan, akhlak

dalam pekerjaan dan penguatkuasaan dari sudut kerohanian yang

boleh juga dipanggil sebagai konsep dosa dan pahala khusus dalam

pekerjaan Muslim. Manakala pemahaman dari sudut amalan

organisasi kerja ialah pekerja memahami semua jenis peraturan

organisasi, etika, program, matlamat dan seumpamanya yang

sedang berkuatkuasa di dalam organisasi.

Terdapat beberapa ciri yang menjadi kayu ukur budaya

kerja cemerlang. Apabila individu atau sesebuah organisasi berjaya

menepati ciri-ciri ini maka ia dikatakan mempunyai satu budaya

kerja yang cemerlang. Antaranya ialah :

i. Wujudnya sifat bertanggungjawab pekerja terhadap

pekerjaan yang dilakukan walaupun dengan pemantauan

yang minima. Dalam Islam konsep ini dipanggil sebagai al-

Masu’liyyah atau dalam amalan organisasi disebut sebagai

Page 106: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

106

akauntabiliti. Pertanggungjawaban dalam Islam ini meliputi

dua perkara penting iaitu pertanggungjawaban kepada Allah

dan pertanggungjawaban terhadap majikan yang telah

mengamanahkan kerja. Oleh itu, maka benarlah apa yang

telah di firmankan Allah dalam Surah al-Muddasir, ayat 38

yang maksudnya: “Tiap-tiap diri bertanggungjawab

terhadap apa yang dilakukannya”

ii. Wujudnya ketaatan kepada majikan kepada perkara-perkara

yang mendatangkan kebaikan samada untuk diri pekerja

atau organisasi umumnya. Ketaatan ini tidaklah menyamai

ketaatan kepada Allah, tetapi ia merupakan ketaatan yang

mendatangkan kepada kebaikan untuk mengatur pekerjaan

supaya lebih baik dan lebih sempurna. Di dalam Islam

konsep ini terkenal dengan nama konsep al-Wala’. Allah

berfirman dalam Surah al-Nisa’, ayat 59 yang maksudnya:

“Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah

dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada orang yang

berkuasa dari kalangan kamu”

iii. Wujudnya hubungan dan jaringan dalam bentuk pekerjaan

yang dilakukan atau dengan kata lain pekerjaan yang

dilakukan saling berkait antara satu sama lain. Jika

seseorang pekerja itu diamanahkan dengan satu pekerjaan,

Page 107: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

107

pekerja lain tidak akan dapat melakukan kerja selanjutnya

sekiranya pekerjaan yang terdahulu belum diselesaikan.

Dalam Islam konsep yang sedemikian bolehlah dipanggil

sebagai konsep amanah. Di dalam hal ini Allah berfirman

dalam Surah al-Nisa’, ayat 58 yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah

kepada yang berhak menerimanya”

iv. Wujudnya semangat gotong royong dan berpadu fikiran

dalam pekerjaan. Semangat ini bukanlah satu perkara yang

amat mudah kerana tolong menolong dan kesepakatan

fikiran memerlukan kepada saling faham memahami

terutama dalam melakukan rutin kerja. Tanpa sikap ini akan

wujud berbagai tekanan pekerjaan. Natijah daripada

wujudnya sikap tolong menolong dan kesepakatan buah

fikiran ini akan membuahkan hasil kerja yang luar biasa.

Allah berfirman dalam Surah al-Maidah, ayat 2 yang

maksudnya: “Dan tolong menolonglah kamu dalam

mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu

tolong menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran.

Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah

amat berat siksanya"

Page 108: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

108

v. Wujudnya pekerjaan yang sentiasa berdasarkan kepada

keadilan dalam semua aspek pekerjaan samada dalam

membuat keputusan, dalam hal kewangan, dalam hal

kebajikan pekerja, dalam hal imbalan dan imbuhan dan

seumpamanya. Konsep ini jika diamat-amati dapat

menyelesaikan banyak kekalutan organisasi seperti sifat

mengampu di kalangan pekerja, rasuah, pecah amanah dan

lan-lain lagi sifat negatif.

vi. Wujudnya kesepakatan dan pemuafakatan dalam tindakan

pekerjaan. Kesepakatan ini sepatutnya menjadi tunjang

kepada kejayaan samada kejayaan individu atau kejayaan

organisasi. Di dalam Islam rahsia kesepakatan dan

pemuafakatan itu terletak pada amalan Syura seperti

maksud firman Allah dalam Surah al-Syura, ayat 38: “Dan

urusan mereka dijalankan secara syura sesama mereka”

Daripada kayu pengukur yang telah dinyatakan di atas,

maka bolehlah dicongak apakah yang sepatutnya dilakukan oleh

setiap pekerja atau organiasi kerja untuk mencapai budaya kerja

cemerlang mengikut acuan Islam. Antara yang boleh dilakukan

termasuklah:

Page 109: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

109

i. Meningkatkan mutu kerja.

Setiap pekerja bertanggungjawab membaiki mutu perkhidmatannya

dengan meningkatkan kemahirannya menerusi latihan-latihan

tertentu, pembacaan, perbincangan tentang aspek-aspek pekerjaan

dan lain-lain lagi yang boleh membantu pekerja mendalami tugas

mereka dengan lebih rapi. Ini adalah sikap terpuji untuk faedah

bersama.

ii. Bekerja dengan lebih bertanggungjawab.

Setiap pekerja juga hendaklah melaksanakan tugas dengan sebaik

mungkin. Seperti yang diajarkan oleh Islam. Manusia mempunyai

tanggungjawab terhadap kerja lebih-lebih lagi di hadapan Allah

yang melihat semua gerak geri manusia.

iii. Mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

Menurut al-Quran manusia itu mempunyai tiga hubungan yang

utama iaitu hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan dengan

dirinya sendiri dan hubungan dengan alam ini. Ini menunjukkan

kesepaduan yang perlu ada dalam diri manusia yang mana Allah

Page 110: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

110

menjadikan sifat semulajadi manusia memerlukan antara satu

sama lain. Oleh itu, mana mungkin manusia dapat hidup

bersendirian dan sikap ini perlu dikikis untuk mengelakkan berlaku

perpecahan dalam sesebuah organisasi.

iv. Perkhidmatan yang muhibbah dan mesra.

Dalam sesebuah negara yang mempunyai masyarakat yang

berbilang bangsa dan keturunan serta mengamalkan pelbagai

kepercayaan dan budaya, sikap tidak adil dan pilih kasih perlu

disisihkan. Keadaan ini memerlukan pekerja yang bekerja dengan

muhibbah dan kemesraan untuk memastikan kepuasan kepada

semua pihak.

v. Membenteras segala kelemahan.

Dalam perkhidmatan pekerjaan khususnya semua pihak terlibat

dalam usaha membenteras kelemahan organisasi seperti kejahilan,

malas, rasuah, pecah amanah dan seumpamanya. Kerjasama dari

semua pihak amat penting untuk memastikan kejayaannya.

Page 111: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

111

Pada zaman yang serba moden ini budaya kerja cemerlang

amat penting untuk memastikan masyarakat khususnya umat Islam

tidak ketinggalan. Di negara kita, Gerakan Budaya Kerja

Cemerlang yang dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia

suatu ketika dulu sebenarnya merupakan amalan budaya kerja yang

sangat murni dalam menentukan pekerjaan yang dilakukan benar-

benar menepati matlamat samada matlamat individi ataupun

organisasi dan secara tidak langsung ianya seiring dengan apa yang

dikehendaki Islam dalam etika kerja dan perkhidmatan Islam.

Oeh itu, apabila setiap pekerja memahami etika kerja

dalam Islam maka secara tidak langsung mereka telah

merialisasikan Gerakan Budaya Kerja Cemerlang ini. Maka dengan

ini akan dapat membentuk masyarakat yang rajin dan berdisplin

seterusnya dapat menghasilkan tugas dengan cemerlang dan

berkualiti tinggi.

Page 112: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

112

PEMAKAIAN KOD KELAKUAN DAN TATATERTIB 1993

DI MALAYSIA: PENILAIAN DARI SUDUT ETIKA KERJA

ISLAM

1. PENDAHULUAN

Peraturan dan undang-undang adalah penting dalam melahirkan

sesebuah organisasi yang seimbang dan berbudaya sihat di dalam

alam pekerjaan. Terutamanya yang berlandaskan ajaran Islam.

Betapa pentingnya peraturan dan undang-undang ini bagi

melahirkan kakitangan atau pekerja yang cemerlang serta bersih

dari segi rohani dan jasmani.

1.1 DEFINISI

Undang-undang iaitu:-

Sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat)

oleh kerajaan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan;

dalam sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat undang-

undang yang mesti diikuti oleh setiap orang. 2) peraturan yang

digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan dll)

Page 113: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

113

oleh orang-orang tertentu; tiap- tiap ahli hendaklah patuh kepada

persatuan ini.(kamus dewan edisi 3)

1.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

PERKHIDMATAN AWAM DI MALAYSIA

1.2.1 Bahagian I

i. Nama

ii. Pemakaian

iii. Tafsiran

1.2.2 Bahagian II

i. Tatakelakuan

ii. Pekerjaan luar

iii. Pakaian

iv. Dadah

v. Hadiah

vi. Keraian

vii. Pemunyaan harta

Page 114: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

114

viii. Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan

pendapatan persendirian lain yang sah

ix. Meminjam wang

x. Keterhutangan kewangan yang serius

xi. Laporan mengenai keterhutangan kewangan yang serius

dsb. Daripada mahkamah dan pegawai pemegang harta

xii. Meminjam wang

xiii. Penglibatan dalam pasaran komoditi atau pasaran sekuriti

hadapan

xiv. Refel dan loteri

xv. Penerbitan buku, dsb

xvi. Membuat penyataan awam

xvii. Larangan bertindak sebagai penyunting, dsb. Bagi surat

khabar, dsb

xviii. Mengambil bahagian dalam politik

xix. Memulakan prosiding undang-undang dan bantuan guaman

xx. Ketidakhadiran

1.2.3 Bahagian III

i. Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib

Page 115: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

115

1.2.4 Bahagian IV: Prosedur Tatatertib (prosedur Am)

i. Syarat-syarat bagi pembuangan kerja atau penurunan

pangkat

ii. Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menentukan

jenis kesalahan tatatertib

iii. Prosedur dalam kes tatatertib bukan dengan tujuan untuk

buang kerja atau turun pangkat

iv. Prosedur dalam kes tatatertib dengan tujuan untuk buang

kerja dan turun pangkat

v. Prosedur jika prosiding jenayah dimulakan

vi. Tanggungjawab Ketua Jabatan jika terdapat sabitan jenayah

vii. Tiada tindakan tatatertib boleh diambil sementara

menunggu penyelesaian prosiding jenayah

viii. Akibat pembebasan

ix. Prosedur jika terdapat perintah tahanan, buang negeri dsb.

x. Pertimbangan Pihak Berkuasa Tatatertib dalam kes sabitan

dan tahanan

1.2.5 Bahagian V: Hukuman

i. Hukuman tatatertib

Page 116: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

116

ii. Denda dan lucuthak emolumen

iii. Penangguhan pergerakan gaji

iv. Penurunan gaji

v. Penurunan pangkat

vi. Butir-butir kesalahan dan hukuman hendaklah direkodkan

1.2.6 Bahagian VI: Penahanan kerja dan penggantungan kerja

i. Penahanan kerja

ii. Penahanan kerja bagi maksud penyiasatan

iii. Penggantungan kerja

iv. Penerimaan emolumen yang tidak dibayar

v. Meninggalkan negara semasa di bawah penahanan kerja

atau penggantungan kerja

1.2.7 Bahagian VII

i Penamatan demi kepentingan awam

1.2.8 Bahagian VIII: Pelbagai

i. Pemakaian Peraturan-peraturan 1993

Page 117: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

117

ii. Surcaj

iii. Penyampaian notis, dokumen, dsb

iv. Tandatangan pada surat dan persuratan lain

v. Pemansuhan dan kecualian

2. BAHAGIAN I

Peraturan-peraturan ini boleh dinamakan Peraturan-peraturan

Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 dan hendaklah mula

berkuat kuasa pada 15hb. Disember 1993.

2.1 PEMAKAIAN

Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai

sepanjang tempoh perkhidmatannya dan seseorang pegawai yang

tidak memilih untuk memasuki Sistem Saran Baru, hendaklah

terpakai dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu dan wajar dengan

mengambil kira tema dan syarat perkhidmatannya. Pelanggaran

mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini akan

mengakibatkan seseorang pegawai boleh dikenakan tindakan

tatatertib.

Page 118: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

118

2.2 TAFSIRAN

Dalam peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya

menghendaki makna yang lain iaitu “disabitkan atau sabitan”

termasuklah suatu dapatan bersalah oleh sesuatu mahkamah

jenayah di Malaysia atau di luar Malaysia, atau oleh sesuatu badan

kompeten yang di berikan kuasa untuk menjalankan penyiasatan

terus di bawah mana-mana undang-undang bertulis, bahawa orang

yang dipertuduhkan atau dituduh itu telah melakukan suatu

kesalahan. “Emolumen” bererti segala saran dalam bentuk wang

yang kena dibayar kepada seseorang pegawai dan termasuklah gaji

pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain. Gaji

bererti gaji pokok seseorang pegawai. Ketua jabatan bererti

seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu

kementerian, jabatan, institusi, agensi atau unit dan termasuklah

mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan

Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa dengan

sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab

bagi kementerian, jabatan, institusi, agensi atau unit untuk

bertindak bagi pihaknya.

3. BAHAGIAN II

Page 119: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

119

3.1 TATA KELAKUAN

Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap

ketika memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang

di-Pertuan Agong, Negara dan kerajaan.

Seseorang pegawai tidak boleh:-

a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan

persendiriannya

b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin

menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan

tugas awamnya.

c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin

menyebabkan kepentingan syak yang munasabah bahawa:-

i. Dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya

bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan

kegunaannya sebagai seorang pegawai awam

ii. Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi

faedahnya sendiri

Page 120: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

120

d) Berkelakuan dengan demikian cara hingga

memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan

awam

e) Kurang cekap atau kurang berusaha

f) Tidak jujur atau tidak amanah

g) Tidak bertanggungjawab

h) Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk

pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau

memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan

awam, samada tuntutan itu adalah tuntutannya anggota-

anggota perkhidmatannya yang lain.

i) Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa

cara yang boleh di tafsirkan dengan munasabah sebagai

ingkar perintah.

j) Cuai dalam melaksanakn tugasnya

3.2 PEKERJAAN LUAR

Kecuali setakat yang dia dikehendaki dalam perjalanan tugasnya

atau diberi kuasa dengan nyata oleh ketua jabatannya untuk berbuat

sedemikian:-

Page 121: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

121

a) Sebagai seorang pakar memberi apa-apa laporan atau

keterangan pakar sama ada dengan percuma atau dengan mendapat

upah

b) Bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima

Walau apa pun peruntukan subperaturan(1), seseorang

pegawai boleh memohon kebenaran bertulis daripada ketua jabatan

untuk mengusahakan perkhidmatan tertentu daripada jenis yang

disebutkan dalam subperaturan(1), bagi faedah dirinya atau saudara

maranya yang terdekat atau bagi mana-mana badan yang tidak

mencari keuntungan, yang mana dia ialah seorang pemegang

jawatan dalam badan tersebut. Dengan menyumbangkan sama ada

kebenaran di bawah subperaturan(2) patut diberi atau tidak, ketua

jabatan hendaklah mengambil perhatian akan tatakelakuan yang

ditetapkan dalam pertaturan (4) dan khususnya hendaklah

memastikan bahawa pekerjaan luar itu:-

a) Tidak di lakukan semasa waktu pejabat dan semasa pegawai

itu di kehendaki menjalankan tugas rasminya

Page 122: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

122

b) Tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk

menjejaskan kegunaan pegawai itu sebagai seorang perkhidmat

awam

c) Tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk

bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi tidak

konsisten dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang

perkhidmat awam.

Kecuali setakat yang ditetapkan selainnya, segala jumlah

wang yang diterima oleh seseorang pegawai sebagai saraan kerana

memberi mana-mana perkhidmatan yang disebutkan dalam

subperaturan (1) hendaklah dibayar ke dalam Perbendaharaan

Persekutuan sementara menunggu keputusan Perbendaharaan

tentang amaun jika ada, yang boleh disimpan oleh pegawai itu

sendiri dan anggota kakitanganya.

3.3 PAKAIAN

Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian

dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh

kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. Seseorang pegawai

Page 123: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

123

yang dikehendaki menghadiri suatu upacara rasmi hendaklah

berpakaian sebagaimana yang ditentukan bagi upacara tersebut dan

jika pakaian untuk upacara itu tidak ditentukan, dia hendaklah

berpakaian dengan sepatutnya bagi upacara tersebut.

3.4 DADAH

Perkhidmatan seseorang pegawai yang diperakui oleh Pegawai

Perubatan Kerajaan sebagai menggunakan, mengambil (selain

daripada maksud perubatan), menyalahgunakan atau menagih

dadah berbahaya berlanggaran dengan subperaturan (1) boleh

ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan 49. Akta

234, bagi maksud peraturan ini “dadah berbahaya” ertinya apa-apa

dadah atau bahan yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Akta

Dadah Berbahaya 1952.

3.5 HADIAH

Tertakluk kepada peruntukan peraturan ini, seseorang pegawai

tidak boleh menerima atau memberi, atau tidak boleh membenarkan

isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain menerima atau

memberi bagi pihaknya, secara langsung atau tidak langsung, apa-

Page 124: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

124

apa hadiah (sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya) daripada

atau kepada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan

orang jika:-

a) Penerimaan atau pemberian hadiah itu mempunyai kaitan,

dengan apa-apa cara dengan perlaksanaan tugas awam pegawai itu.

b) Bentuk amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan

maksud hadiah itu diberikan.

Ketua jabatan boleh membenarkan seseorang pegawai

menerima surat pujian daripada mana-mana persatuan, badan,

orang atau kumpulan orang sempena persaraan atau pertukarannya

dengan syarat bahawa surat pujian itu tidak terkandung dalam bekas

yang bernilai. Ketua jabatan boleh membenarkan pungutan

sumbangan secara spontan oleh pegawai-pegawai di bawahnya bagi

maksud membuat sesuatu penyampaian kepada seseorang pegawai

dalam jabatannya sempena persaraan, pertukaran atau perkahwinan

pegawai tersebut atau perkahwinan anak pegawai tersebut tau

sempena apa-apa upacara lain yang sesuai.

Jika:-

Page 125: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

125

a) Seseorang pegawai berasa ragu-ragu tentang sama ada

bentuk amaun atau nilai hadiah yang diterima olehnya adalah

sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan

b) Hal keadaan sedemikian menyebabkan sukar bagi seseorang

pegawai untuk menolak sesuatu hadiah atau cenderamata yang

bernilai, yang penerimaannya dilarang oleh peraturan ini.

Apabila diterima laporan yang dibuat di bawah

subperaturan (4), ketua jabatan hendaklah memutuskan sama ada:-

a) Untuk membenarkan pegawai itu menyimpan hadiah itu.

b) Untuk mengarahkan supaya hadiah itu dikembalikan

kepada pemberinya melalui Ketua Jabatan.

Bagi maksud peraturan ini, Ketua Jabatan ertinya Ketua

Setiausaha sesuatu Kementerian atau ketua jabatan di peringkat Ibu

Pejabat mengikut mana-mana yang berkenaan.

3.6 KERAIAN

Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima apa-apa jenis

keraian kepada atau mana-mana orang jika:-

Page 126: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

126

a) Keraian itu tidak dengan apa-apa cara mempengaruhi

perlaksanaan tugas rasminya sebagai seorang pegawai awam bagi

kepentingan orang itu.

b) Pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dalam apa-apa

cara, tidak konsisten dengan tatakelakuan yang ditetapkan di bawah

peraturan 4.

3.7 PEMUNYAAN HARTA

Seseorang pegawai hendaklah, semasa perlantikannya ke dalam

perkhidmatan awam atau pada bila-bila masa selepas itu

sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan, mengisytiharkan

secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan

melalui Ketua Jabatan segala harta yang dipunyai olehnya, atau

isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-

mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau

anaknya. Seseorang pegawai yang tidak mempunyai apa-apa harta

hendaklah dengan demikian mengisytiharkan secara bertulis

keadaan sedemikian. Jika selepas membuat pengisytiharan di

bawah subperaturan (1), seseorang pegawai atau isteri atau

suaminya atau anaknya memperolehi apa-apa harta, sama ada

Page 127: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

127

secara langsung atau tidak langsung atau melupuskan apa-apa harta

yang telah diperoleh olehnya atau dia hendaklah dengan segera

mengisytiharkan pemerolehan atau pelupusan harta itu kepada

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan melalui ketua jabatan.

Jika seseorang pegawai atau isteri atau suaminya atau anaknya

bercadang hendak memperoleh apa-apa harta, dan pemerolehan

yang dicadangkan itu adalah tidak konsisten dengan tatakelakuan

yang ditetapkan di dalam peraturan 4, pemerolehan itu tidaklah

boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis diperoleh oleh pegawai itu

daripada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. Dalam

memutuskan sama ada hendak memberikan kebenaran atau tidak di

bawah subperaturan (3) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan

hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang berikut:-

a) Pendapat ketua jabatan tentang pemerolehan atau

kepunyaan harta

b) Apa-apa faktor lain yang dianggapkan perlu oleh Pihak

Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi menjaga keutuhan dan

kecekapan perkhidmatan awam.

Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpuas hati

dengan pengisytiharan harta yang dibuat oleh pegawai ia hendaklah

Page 128: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

128

mengarahkan ketua jabatan merekodkan di dalam Buku

Perkhidmatan Kerajaan bahawa pengisytiharan itu telah dibuat. Di

dalam peraturan ini, “anak” termasuklah anak angkat tetapi tidak

termasuk anak yang bukan di bawah tanggungan pegawai itu.

“Harta” termasuklah harta daripada apa-apa perihalan, sama ada

harta alih atau tidak alih, yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

3.8 MENYENGGARA TARAF KEHIDUPAN YANG

MELEBIHI EMOLUMEN DAN PENDAPATAN

PERSENDIRIAN LAIN YANG SAH

Jika ketua jabatan berpendapat bahawa seseorang pegawai adalah

ternyata:-

a) Menyenggara suatu taraf kehidupan yang melabihi

emolumennya dan pendapatan persendirian lain yang sah, jika ada.

b) Mempunyai kawalan atau memiliki sumber-sumber

kewangan atau harta, harta alih atau tidak alih yang nilainya tidak

seimbang dengan atau yang tidak boleh semunasabahnya dijangka

telah diperoleh oleh pegawai itu dengan emolumennya dan apa-apa

pendapatan persendiriannya yang sah.

Page 129: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

129

Ketua jabatan hendaklah, melalui notis bertulis memanggil

pegawai itu supaya memberi penjelasan bertulis dalam tempoh tiga

puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu bagaimana ia boleh

menyenggara taraf kehidupan tersebut atau bagaimana dia telah

mendapat sumber-sumber kewangannya atau hartanya. Ketua

jabatan hendaklah, apabila diterima penjelasan di bawah

subperaturan (1) atau, jika pegawai itu tidak memberi apa-apa

penjelasan dalam tempoh yang ditentukan, apabila tempoh itu tamat

melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan

dengan melampirkan penjelasan pegawai itu. Tiada pegawai boleh

meminjam daripada mana-mana orang atau menjadi penjamin

kepada mana-mana peminjam, atau dengan apa-apa cara

meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan kepada

mana-mana orang:-

a) Yang secara langsung atau tidak langsung tertakluk kepada

kuasa rasminya.

b) Yang dengannya pegawai itu ada atau mungkin ada urusan

rasmi

Page 130: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

130

c) Yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan

perniagaan di dalam kawasan-kawasan tempatan yang dia

mempunyai kuasa rasmi

d) Yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang.

Akta 372, seseorang pegawai boleh, bagaimanapun

meminjam wang daripada atau menjadi penjamin kepada mana-

mana orang yang meminjam wang daripada bank, syarikat insurans,

koperasi, atau syarikat kewangan yang di lesenkan di bawah akta

Bank dan Institusi- Institusi kewangan 1989 atau menanggung

hutang dengan cara memperoleh barang-barang melalui perjanjian

sewa beli dengan syarat bahawa:-

a) Bank, syarikat insurans, koperasi atau syarikat kewangan

berlesen itu yang daripadanya pegawai itu meminjam tidaklah

secara langsung tertakluk kepada kuasa rasminya.

b) Peminjaman itu tidak akan membawa kepada skandal awam

atau tidak akan ditafsirkan bahawa pegawai itu telah

menyalahgunakan kedudukan awamnya untuk faedah

persendiriannya.

Page 131: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

131

c) Agregat hutangnya tidak menyebabkan atau tidak mungkin

menyebabkan pegawai itu berada dalam keterhutangan kewangan

yang serius sebagaimana yang ditakrifkan di bawah peraturan 13.

Tertakluk kepada peruntukan subperaturan (2) seseorang

pegawai boleh menanggung hutang-hutang yang berikut:-

a) Jumlah wang yang dipinjam atas cagaran tanah yang digadai

atau digadaikan, jika jumlah wang tersebut tidak melebihi nilai

tanah tersebut

b) Overdraf atau kemudahan kredit lain yang diluluskan oleh

mana-mana institusi kewangan berlesen

c) Jumlah wang yang dipinjam daripada syarikat insurans atas

cagaran polisi insurans

d) Jumlah wang yang dipinjam daripada kerajaan atau koperasi

e) Jumlah wang yang kena dibayar atas barang-barang yang

diperoleh melalui perjanjian sewa beli

Tanpa menjejaskan peruntukan subperaturan (1), seseorang

pegawai hendaklah di sifatkan sebagai berada dalam keterhutangan

kewangan yang serius:-

Page 132: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

132

a) Jika agregat hutang dan liabilitinya yang tidak bercagar

pada bila-bila masa, tertentu melebihi jumlah wang sebanyak enam

kali emolumen bulanannya

b) Jika pegawai itu seorang penghutang penghakiman dan

hutang penghakiman itu belum lagi dijelaskan dalam tempoh satu

bulan dari tarikh penghakiman itu

c) Jika pegawai itu seorang yang bankrap atau seorang

pemakan gaji tidak solven, mengikut mana-mana yang berkenaan,

selagi apa-apa penghakiman terhadapnya yang memihak kepada

pegawai pemegang harta masih belum di jelaskan, atau selagi tidak

ada pembatalan penghukuman kebankrapannya.

Keterhutangan kewangan yang serius kerana apa jua pun

sebab selain daripada malang yang tidak dapat dielakkan yang tidak

disebabkan dengan apa-apa cara oleh pegawai itu sendiri hendaklah

dianggap memburukkan nama perkhidmatan awam dan hendaklah

menyebabkan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib. Jika

keterhutangan kewangan yang serius yang telah berlaku itu adalah

disebabkan oleh malang yang tidak dapat dielakkan , kerajaan boleh

memberi kepada pegawai itu apa-apa bantuan yang didapati wajar

mengikut hal keadaannya. Jika seseorang pegawai mendapati

bahawa hutangnya menyebabkan atau mungkin menyebabkan

Page 133: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

133

keterhutangan kewangan yang serius kepadanya, maka dia

hendaklah serta merta melaporkan fakta ini kepada ketua jabatan.

Seseorang pegawai yang tidak melaporkan atau melengahkan

dalam melaporkan keterhutangan kewangannya yang serius atau

yang melaporkannya tetapi tidak mendedahkan hutangnya dengan

sepenuhnya atau memberi keterangan yang palsu atau yang

mengelirukan mengenainya adalah melakukan suatu pelanggaran

tatatertib yang serius (walau apa pun yang mula-mula menyebabkan

keterhutangan kewangan yang serius itu) dan boleh menyebabkan

dirinya dikenakan tindakan tatatertib. Tanpa menjelaskan

peruntukan-peruntukan peraturan ini, jika hutang pegawai

terjumlah kepada keterhutangan kewangan yang serius tetapi dia

belum dihukum sebagai seorang bangkrap atau sebagai seorang

pemakan gaji tidak solven, ketua jabatan hendaklah mengkaji

semula kes itu dari semasa ke semasa.

Pegawai pemegang harta hendaklah, sebaik sahaja dia telah

menyiasat dengan secukupnya tentang hal ehwal seseorang

pegawai awam yang mana seseorang itu bangkrap atau pemakan

gaji yang tidak solven, menyampaikan kepada ketua jabatan yang

berkenaan suatu laporan yang mengandungi perkara-perkara

berikut:-

Page 134: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

134

a) Pernyataan Hal Ehwal yang difailkan oleh si bangkrap atau

pemakan gaji tidak solven itu mengikut undang-undang

kebangkrapan yang sedang berkuatkuasa.

b) Amaun ansuran yang diperintahkan atau yang dicadangkan

dibuat

c) Sama ada atau tidak Pegawai Pemegang Harta bercadang

untuk memulakan apa-apa prosiding selanjutnya dan jika demikian

suatu pernyataan ringkas mengenai jenis prosiding selanjutnya

d) Sebab utama kebankrapan itu, sama ada pada pendapatnya

kes itu melibatkan malang yang tidak dapat dielakkan, kelakuan

hina atau apa-apa hal keadaan lain yang khas, sama ada yang

memihak atau tidak memihak kepada pegawai itu

e) Apa-apa perkara lain yang mengikut budi bicaranya, dia

fikirkan patut di sebut

Ketua jabatan hendaklah menghantar laporan yang diterima

dibawah subperaturan (1) dan (2) beserta dengan laporannya

mengenai kerja dan kelakuan pegawai itu sebelum dan sejak

keterhutangan kewangannya yang serius kepada pihak berkuasa

tatatertib yang berkenaan. Setelah menimbangkan semua laporan

itu Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah

Page 135: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

135

memutuskan sama ada hendak mengambil tindakan tatatertib

terhadap pegawai berkenaan dan jika demikian apa tindakan yang

hendak diambil. Jika tindakan tatatertib yang diambil di bawah

subperaturan (3) mengakibatkan hukuman penangguhan

pergerakan gaji, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan apabila

habisnya tempoh penangguhan pergerakan gaji. Seseorang pegawai

yang mendapat pembatalan kebankrapannya bolehlah dikira

sebagai telah memulihkan kedudukan kewangannya dengan

sepenuhnya.

3.9 MEMINJAMKAN WANG

Seseorang pegawai tidak boleh meminjamkan wang dengan bunga

sama ada dengan cagaran atau tanpa cagaran. Penyimpanan wang

secara deposit tetap dalam mana-mana bank atau dalam suatu akaun

dalam mana-mana bank atau dalam mana-mana syarikat kewangan

berlesen atau dalam mana-mana sekuriti atau saham yang

diterbitkan oleh Kerajaan atau oleh mana-mana badan berkanun

tidaklah dianggap sebagai meminjamkan wang dengan bunga bagi

maksud subperaturan(1). Penglibatan dalam Pasaran Komoditi atau

Pasaran Sekuriti Hadapan. Tiada pegawai boleh melibatkan dirinya

Page 136: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

136

dalam pasaran komoditi atau pasaran sekuriti hadapan sebagai

pembeli atau penjual atau selainnya, sama ada dalam pasaran

tempatan atau luar negeri.

3.10 REFEL DAN LOTERI

Seseorang pegawai tidak boleh mengadakan, mengelolakan atau

mengambil bahagian dalam mana-mana refel atau loteri akan harta

persendiriannya.

3.11 PENERBITAN BUKU

Seseorang pegawai tidak boleh menerbit atau menulis apa-apa

buku, makalah atau karya lain yang berasaskan maklumat rasmi

terperingkat

3.12 MEMBUAT PERNYATAAN AWAM

Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis

atau dengan apa-apa cara lain:-

Page 137: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

137

a) Membuat apa-apa pernyataan awam berhubungan dengan apa-

apa dasar, program atau keputusan Kerajaan di atas apa-apa isu.

c) Memberi apa-apa maklumat faktual berhubung dengan

jabatannya

d) Memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa

insiden atau laporan berhubung dengan jabatannya

Dan dia juga tidak boleh mengeliling apa-apa pernyataan,

maklumat atau penjelasan, sama ada yang dibuat olehnya atau oleh

mana-mana orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih

dahulu sama ada secara am atau khusus, daripada Menteri yang

bertanggungjawab bagi kementerian atau jabatan di mana dia

sedang berkhidmat.

3.13 LARANGAN BERTINDAK SEBAGAI

PENYUNTING, DSB. BAGI SURAT KHABAR DSB.

Seseorang pegawai tidak boleh bertindak sebagai penyunting, atau

mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam

pengurusan, atau dengan apa-apa cara membuat apa-apa

sumbangan kewangan atau selainnya kepada, mana-mana

Page 138: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

138

penerbitan, termasuk mana-mana surat khabar, majalah, atau jurnal,

kecuali yang berikut:-

a) Penerbitan jabatan atau kakitangan

b) Penerbitan professional

c) Penerbitan organisasi sukarela yang bukan bercorak politik

3.14 MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM POLITIK

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan (3),

seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan

Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil

bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana

lambang sesuatu parti politik, dan khususnya dia tidak boleh:-

a) Membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan

atau bertulis, yang memberikan suatu pandangan yang berat

sebelah, atas apa-apa perkara yang menjadi isu di antara parti-parti

politik.

b) Menerbit atau mengeliling buku, makalah atau risalah yang

mengemukakan pandangan orang lain, atas apa-apa perkara yang

berkaitan dengan mana-mana parti politik

Page 139: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

139

c) Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana

calon pada suatu pilihanraya untuk apa-apa jawatan dalam mana-

mana parti politik

d) Bertindak sebagai ejen pilihanraya atau ejen tempat

mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seseorang

calon dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau mana-

mana Dewan Undangan Negeri.

Seseorang pegawai dalam kumpulan sokongan yang bukan

seseorang pegawai dalam perkhidmatan perlu boleh bertanding atau

memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam

suatu parti politik setelah terlebih dahulu mendapat kelulusan

bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua

Setiausaha Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana

yang berkenaan. Walau apapun peruntukan subperatuaran(1),

seseorang pegawai yang dibenarkan bercuti sehingga tarikh

persaraannya bagi maksud menghabiskan semua cutinya yang

terkumpul boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik dengan

syarat bahawa:-

Page 140: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

140

a) Dia terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian

yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

b) Dengan penglibatan sedemikian dia tidak melanggar

peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Sesuatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan di bawah

perenggan(3) (a) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan

sebelum tarikh pegawai itu dibenarkan bercuti sebelum persaraan.

Tiada apa-apa jua dalam peraturan ini boleh menghalang seseorang

pegawai daripada menjadi anggota biasa mana-mana parti politik.

Seseorang pegawai yang telah diterima menjadi anggota biasa

mana-mana parti politik itu hendaklah memberitahu fakta ini

kepada Ketua Jabatannya. Bagi maksud peraturan ini,

‘perkhidmatan perlu’ ertinya perkhidmatan- perkhidmatan yang

dinyatakan dalam jadual.

3.15 MEMULAKAN PROSIDING UNDANG-UNDANG

DAN BANTUAN GUAMAN

Jika seseorang pegawai berkehendakan bantuan guaman

sebagaimana yang diperuntukan di bawah subperaturan (3) dia

Page 141: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

141

tidak boleh memulakan prosiding undang- undang bagi

kepentingan peribadinya berkaitan dengan perkara-perkara yang

berbangkit daripada tugas awamnya tanpa persetujuan terlebih

dahulu daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Seseorang

pegawai yang menerima notis mengenai permulaan prosiding

undang- undang atau permulaan prosiding undang-undang yang

dicadangkan terhadapnya berkaitan dengan perkara-perkara yang

berbangkit daripada tugas awamnya atau menerima apa-apa proses

mahkamah berhubungan dengan prosiding undang-undang tersebut

hendaklah dengan segera melaporkan perkara itu kepada Ketua

Jabatan bagi mendapat arahan tentang sama ada dan bagaimana

notis atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, proses

mahkamah itu hendak diakui terima, dijawab atau di bela.

Seseorang pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman untuk

mengambil dan mengarah seseorang peguambela dan peguamcara

bagi maksud dan dikemukan kepada ketua pengarah Perkhidmatan

Awam melalui Peguam Negara Apabila diterima permohonan itu,

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh melulus atau menolak

permohonan tersebut, tertakluk kepada nasihat Peguam Negara

tentang:-

a) Amaun bantuan guaman yang hendak diluluskan

Page 142: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

142

b) Peguambela dan peguamcara yang hendak diambil dan

diarahkan oleh pegawai itu

c) Apa-apa syarat lain yang Peguam Negara fikirkan baik.

Dan kepada syarat tersirat selanjutnya bahawa, sekiranya

pegawai itu diawardkan kos oleh mahkamah apabila selesai

prosiding undang-undang tersebut, tiada bayaran berkenaan dengan

bantuan guaman yang diluluskan demikian akan dibuat oleh

Kerajaan melainkan jika amaun kos yang diawardkan demikian

kepadanya itu tidak mencukupi untuk membayar caj-caj mengambil

dan mengarah seseorang peguambela dan peguamcara. Caj untuk

mengambil khidmat seseorang peguambela dan peguamcara yang

diambil dan diarah oleh atau bagi pihak seseorang pegawai dalam

prosiding undang- undang berkaitan dengan perkara-perkara yang

berbangkit daripada tugas awamnya selain daripada dengan

menurut kuasa kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

tidak akan dibayar oleh kerajaan.

3.16 KETIDAKHADIRAN

Ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran

terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh

Page 143: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

143

menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib.

Jika seseorang pegawai tidak hadir daripada bertugas, Ketua

Jabatan hendaklah, dengan seberapa segera melaporkan fakta itu

kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan beserta dengan

tarikh-tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa

maklumat selanjutnya yang mungkin dikehendaki berkenaan

dengan pegawai itu. Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan

boleh, setelah menimbangkan laporan dalam subperaturan (2),

mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut

peraturan 27 atau 28. Bagi maksud peraturan ini, “ketidakhadiarn”

termasuklah kegagalan untuk hadir bagi apa-apa jua tempoh masa

atau pun pada satu- satu masa dan tempat di mana pegawai itu

dikehendaki hadir bagi perlaksanaan tugas- tugasnya. Seseorang

pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan

tatatertib ke atas pegawai bawahannya, atau tidak mengambil

tindakan terhadap pegawai bawahannya, atau tidak mengambil

tindakan terhadap pegawai bawahannya melakukan pelanggaran

tatatertib, hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya

dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan

tatatertib.

4 PROSEDUR TATATERTIB

Page 144: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

144

1.1 PROSEDUR AM

Syarat-syarat bagi pembuangan kerja atau penurunan pangkat

tertakluk kepada peruntukan subperaturan (2), tiada pegawai boleh

dibuang kerja atau diturunkan pangkat dalam apa-apa prosiding

tatatertib di bawah bahagian ini melainkan jika dia telah di beritahu

secara bertulis mengenai alasan-alasan yang berdasarkannya

tindakan itu di cadangkan diambil terhadapnya dan telah diberi

peluang yang munasabah untuk didengar. Subperaturan (1) tidaklah

terpakai dalam hal-hal berikut:-

a) Jika seseorang pegawai dibuang kerja atau diturunkan

pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu

pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya.

b) Jika pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpuas hati

bahawa kerana sesuatu sebab, yang hendaklah direkodkan olehnya

secara bertulis, adalah tidak munasabahnya praktik untuk

menjalankan kehendak- kehendak peraturan ini.

c) Jika Yang Di Pertuan Agong berpuas hati bahawa demi

kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana

Page 145: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

145

bahagiannya adalah tidak sesuai manfaat untuk menjalankan

kehendak-kehendak peraturan ini.

d) Jika apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman

terhad, buang negeri atau deportasi telah dibuat terhadap pegawai

itu.

e) Jika apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon

atau selainnya telah dikenakan ke atas pegawai itu, di bawah mana-

mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan

Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah,

tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen

atau perlindungan wanita dan gadis.

1.2 PENGERUSI PIHAK BERKUASA TATATERTIB

HENDAKLAH MENENTUKAN JENIS KESALAHAN

TATATERTIB

Jika terdapat suatu pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah

dilakukan oleh seseorang pegawai, Pengerusi Pihak Berkuasa

Tatatertib. Dalam hal dimana terdapat lebih daripada satu peringkat

Pihak Berkuasa Tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib yang

mempunyai kuasa hendaklah, sebelum memulakan apa-apa

prosiding tatatertib berkenaan dengan pegawai itu, menimbangkan

Page 146: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

146

sama ada pelanggaran tatatertib yang diadukan adalah daripada

jenis yang patut dikenakan suatu hukuman buang kerja atau turun

pangkat atau suatu hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja

atau turun pangkat. Jika Pengerusi Pihak Berkuasa Tatertib yang

berkenaan (dalam hal dimana terdapat lebih daripada satu peringkat

Pihak Berkuasa Tatatertib) yang berkenaan hendaklah merujukkan

kes itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa

untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat.

4.2 PROSEDUR DALAM KES TATATERTIB BUKAN

DENGAN TUJUAN UNTUK BUANG KERJA ATAU

TURUN PANGKAT

Jika Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan

mendapati bahawa pelanggaran tatatertib yang diadukan adalah

daripada jenis yang patut dikenakan hukuman yang lebih ringan

daripada buang kerja atau turun pangkat, Pihak Berkuasa yang

berkenaan hendaklah memberitahu pegawai itu secara bertulis

fakta-fakta pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah dilakukan

olehnya dan hendaklah memberi peluang kepada pegawai itu untuk

membuat representasi bertulis dalam tempoh tidak kurang daripada

dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan fakta- fakta itu. Jika

Page 147: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

147

setelah menimbangkan representasi yang dibuat dibawah

subperaturan (1), Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan

mendapati:-

a) Pegawai itu bersalah, ia hendaklah mengenakan ke atas

pegawai itu mana- mana satu atau lebih hukuman yang dinyatakan

dalam peraturan 38 yang difikirkannya sesuai dan patut.

b) Pegawai itu tidak bersalah ia hendaklah dibebaskan

4.3 PROSEDUR DALAM KES TATATERTIB DENGAN

TUJUAN UNTUK BUANG KERJA ATAU TURUN

PANGKAT

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan yang bersidang untuk

menimbangkan suatu kes yang pelanggaran tatatertib yang

diadukan adalah didapati daripada jenis yang patut dikenakan suatu

hukuman buang kerja atau turun pangkat hendaklah menimbangkan

segala maklumat yang ada dan jika didapati bahawa terdapat satu

kes prima facie terhadap pegawai itu untuk dibuang kerja atau

diturunkan pangkat. Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan

hendaklah mengarahkan supaya suatu pernyataan yang

mengandungi fakta-fakta pelanggaran tatatertib yang dikatakan

Page 148: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

148

telah dilakukan oleh pegawai itu dan apa-apa alasan yang

dicadangkan, yang berdasarkannya pegawai itu hendak dibuang

kerja atau diturunkan pangkat dihantarkan kepada pegawai itu dan

pegawai itu hendaklah diminta membuat suatu respresentasi

bertulis, yang mengandungi alasan-alasan yang berdasarkannya

pegawai itu bergantung untuk membebaskan dirinya, dalam tempoh

tidak kurang daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan

pertuduhan itu. Jika pegawai itu tidak membuat apa-apa

representasi dalam tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan

(1), atau jika pegawai itu membuat representasi yang tidak dapat

membebaskan dirinya sehingga memuaskan hati Pihak Berkuasa

Tatatertib yang berkenaan, Pihak Berkuasa Tatatertib itu

henhdaklah terus menimbangkan dan memutuskan sama ada untuk

membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai itu. Jika Pihak

Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa kes

terhadap pegawai itu menghendaki penjelasan selanjutnya. Pihak

Bekuasa Tatatertib itu boleh melantik Jawatankuasa Penyiasatan

yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pegawai

kerajaan yang lebih kanan daripada pegawai yang di bawah

penyiasatan. Ketua jabatan pegawai yang di bawah penyiasatan itu

tidak boleh menjadi anggota jawatankuasa yang dilantik di bawah

Page 149: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

149

subperaturan (4). Jawatankuasa Penyiasatan yang dilantik di bawah

subperaturan (4) :-

a) Hendaklah memberitahu pegawai mengenai tarikh yang

persoalan mengenai pembuangan kerja atau penurunan pangkatnya

akan dibawa ke hadapan Jawatankuasa Penyiasatan dan, jika

Jawatankuasa Penyiasatan itu berpendapat bahawa pegawai itu

boleh dibenarkan hadir, bahawa dia hendaklah menghadirkan diri

di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan itu untuk membebaskan

dirinya.

b) Boleh memanggil dan memeriksa saksi-saksi atau

mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu dan patut untuk

mendapatkan penjelasan selanjutnya mengenai kes itu.

Jika saksi-saksi dipanggil dan diperiksa oleh Jawatankuasa

Penyiasatan itu, pegawai itu hendaklah diberi peluang untuk hadir

dan untuk menyoal saksi-saksi itu bagi pihak dirinya sendiri dan

tiada keterangan dokumentar boleh digunakan terhadapnya

melainkan jika pegawai itu telah sebelum ini dibekalkan dengan

suatu salinan keterangan dokumentar itu atau diberikan akses

kepadanya. Jawatankuasa Penyiasatan itu boleh membenarkan

kerajaan atau pegawai itu diwakili oleh seseorang pegawai dalam

Page 150: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

150

perkhidmatan awam atau, dalam kes yang luar biasa oleh seorang

peguambela dan peguamcara, dan tertakluk kepada apa-apa

penangguhan yang munasabah dan perlu untuk membolehkan

pegawai itu sendiri membentangkan kesnya, Jawatankuasa

Penyiasatan boleh menarik balik kebenaran itu pada bila-bila masa.

Dengan syarat bahawa jika Jawatankuasa Penyiasatan itu

membenarkan kerajaan diwakili, ia hendaklah juga membenarkan

pegawai itu untuk diwakili dengan cara yang sama. Jika seseorang

pegawai yang dikehendaki untuk menghadirkan diri di hadapan

suatu Jawatankuasa Penyiasatan pada tarikh dan masa yang

ditetapkan bagi pendengaran itu tidak menghadirkan dirinya, dan

jika tiada alasan yang mencukupi diberikan bagi suatu

penangguhan, Jawatankuasa Penyiasatan itu boleh terus

menimbangkan dan memutuskan aduan atau ia boleh

menangguhkan pendengaran itu kepada suatu tarikh hadapan.

Setelah tamat penyiasatannya, Jawatankuasa Penyiasatan itu

hendaklah membuat suatu laporan kepada Pihak Berkuasa

Tatatertib yang berkenaan. Jika Pihak Berkuasa Tatatertib itu

berpendapat bahawa laporan itu tidak jelas dalam apa-apa perkara

tertentu atau bahawa penyiasatan selanjutnya adalah dikehendaki

perkara itu boleh dirujukkan balik kepada Jawatankuasa

Penyiasatan itu untuk menjalankan penyiasatan selanjutnya dan

Page 151: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

151

membuat laporan selanjutnya. Jika setelah menimbangkan

representasi di bawah subperaturan (1) dan jika suatu Jawatankuasa

Penyiasatan dilantik, setelah menimbangkan laporan Jawatankuasa

itu, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan mendapati:-

a) Bahawa pegawai itu bersalah kerana salahlaku dan patut

dibuang kerja atau diturunkan pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib

itu hendaklah dengan serta merta mengenakan hukuman yang

sesuai.

b) Bahawa pegawai itu bersalah kerana salahlaku tetapi

salahlaku itu tidak patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun

pangkat tetapi patut dikenakan hukuman yang lebih ringan. Pihak

Berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu

apa-apa hukuman yang lebih ringan yang difikirknnya lebih sesuai

dan patut.

c) Bahawa pegawai itu tidak bersalah kerana salahlaku, Pihak

Berkuasa Tatatertib itu hendaklah membebaskannya.

2. PROSEDUR DALAM KES JIKA PEGAWAI TIDAK

HADIR TANPA CUTI DAN TIDAK BOLEH DIKESAN.

Page 152: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

152

5.1 PEGAWAI TIDAK HADIR TANPA CUTI DAN

TIDAK BOLEH DIKESAN

Walau apa pun peruntukan peraturan 52, jika seseorang

pegawai tidak hadir tanpa cuti selama tujuh hari berturut-turut dan

tidak boleh dikesan, ketua jabatan itu hendaklah menyebabkan

suatu surat dihantar kepada pegawai itu melalui Pos Berdaftar

Akuan Terima ke alamatnya yang akhir diketahui sebagaimana

yang diberikan kepada ketua jabatan di bawah peraturan 52,

mengarahkan pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dengan

serta-merta. Jika selepas surat diserahkan:-

a) Pegawai itu datang melapor diri untuk bertugas

b) Pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas atau tiada

apa-apa jua khabar untuk didengar daripadanya

c) Bagi maksud peraturan ini, jika surat Pos Berdaftar Akuan

Terima itu diterima oleh seseorang lain selain daripada pegawai

yang dimaksudkan, surat tersebut hendaklah disifatkan tidak

terserah.

Page 153: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

153

5.2 AKIBAT TIDAK HADIR TANPA CUTI SELEPAS

PEMBERITAHUAN DALAM WARTA

Jika pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dalam

tempoh tujuh hari dari tarikh penyiaran pemberitahuan dalam

Warta, ketua jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan dan Pihak Berkuasa

Tatatertib tersebut hendaklah memulakan tindakan tatatertib

mengikut Peraturan-peraturan ini. Jika seseorang pegawai itu tidak

melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh

penyiaran pemberitahuan dalam Warta, pegawai itu hendaklah

disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan mulai dari

tarikh dia tidak hadir tanpa cuti.

5.3 PERLUCUTAN EMOLUMEN KERANA

KETAKHADIRAN TANPA CUTI

Jika seseorang pegawai didapati bersalah kerana tidak hadir

bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa

sebab yang munasabah, segala emolumen bagi apa-apa tempoh

yang dia tidak hadir hendaklah dilucuthakkan walaupun Pihak

Berkusa Tatatertib yang berkenaan tidak mengarahkan

Page 154: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

154

perlucuthakkan itu. Seseorang pegawai yang emolumennya yang

dilucuthakkan di bawah peraturan ini hendaklah diberi notis bertulis

mengenai perlucuthakkan tersebut. Bagi maksud peraturan ini

perlucuthakkan emolumen bukanlah satu hukuman tatatertib dalam

pengertian peraturan 38.

6. HUKUMAN

6.1 HUKUMAN TATATERTIB

Jika Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati seseorang pegawai

bersalah kerana melanggar mana-mana peruntukan peraturan-

peraturan ini, dan setelah mengambil serius kesalahan itu, maka

Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mengenakan ke atas pegawai

itu mana-mana satu daripada hukuman yang berikut atau gabungan

dua hukuman atau lebih:-

a) Amaran

b) Denda

Page 155: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

155

c) Lucuthak emolumen

d) Tangguh pergerakan gaji

e) Turun gaji

f) Turun pangkat

g) Buang kerja

6.2 DENDA ATAU LUCUTHAK EMOLUMEN

Bagi maksud peraturan-peraturan ini, hukuman denda atau lucuthak

emolumen hendaklah dibuat mengikut peruntukan-peruntukan

yang berikut:-

a) Apa-apa denda yang dikenakan pada mana-mana satu masa

tidak boleh melebihi amaun setara dengan tujuh hari emolumen

pegawai yang berkenaan. Jika seseorang pegawai didenda lebih

daripada sekali dalam mana-mana satu bulan kalendar, agregat

denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh

melebihi amaun yang setara dengan empat puluh lima peratus

daripada emolumen bulanannya.

Page 156: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

156

b) Hukuman lucuthak emolumen tidak tertakluk kepada

perenggan (a) di atas berhubungan dengan amaun maksimum denda

pada mana-mana satu masa tertentu atau dalam mana-mana satu

bulan tertentu. Jika hukuman itu berkaitan dengan kesalahan tidak

hadir tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa

sebab munasabah, amaun emolumen yang hendak dilucuthakkan

hendaklah diputuskan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan, dikira

dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir.

6.3 PENANGGUHAN PERGERAKAN GAJI

Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Pihak

Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tempoh:-

a) Tiga bulan

b) Enam bulan

c) Sembilan bulan

d) Dua belas bulan

Ini tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang mana

difikirkan sesuai dan patut. Hukuman tangguh pergerakan gaji yang

Page 157: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

157

dikenakan ke atas seseorang pegawai hendaklah dilaksanakan pada

tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya bagi pegawai itu

selepas tarikh pengenaan hukuman itu oleh Pihak Berkuasa

Tatatertib yang berkenaan. Seseorang pegawai yang dikenakan ke

atasnya hukuman tangguh pergerakan gaji, tidak berhak mendapat

apa-apa pergerakan gaji bagi tempoh dan sepanjang tempoh

hukuman itu berkuatkuasa. Hukuman tangguh pergerakan gaji

hendaklah mempunyai akibat-akibat yang berikut:-

a) Tarikh pergerakan gaji seseorang pegawai yang dikenakan

ke atasnya hukuman, hendaklah diubah kepada tarikh pergerakan

gaji paling hampir selepas habisnya tempoh hukuman.

b) Tarikh pergerakan gajinya hendaklah kekal pada tarikh

yang diubah di bawah perenggan (a) sehingga pegawai itu

mencapai tangga gaji maksimum bagi jadualnya.

6.4 PENURUNAN GAJI

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan suatu

hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut

peruntukan-peruntukan yang berikut:-

Page 158: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

158

a) Gaji itu hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam

peringkat yang sama

b) Penurunan gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji

c) Tempoh hukuman jyang dikenakan tidak boleh kurang

daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh melebihi tiga puluh

enam bulan pada mana-mana satu masa.

Tarikh pergerakan gaji seseorang yang ke atasnya hukuman

turun gaji dikenakan, hendaklah diubah kepada tarikh pergerakan

gaji yang berikutnya selepas habisnya tempoh hukuman itu.

6.5 PENURUNAN PANGKAT

Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan hukuman turun

pangkat ke atas seseorang pegawai mengikut cara yang berikut:-

a) Dengan menurunkan gred pegawai itu kepada gred yang

lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama.

b) Dengan menentukan gaji pegawai itu pada suatu mata gaji

dalam jadual gaji gred yang dikurangkan itu, adalah gaji yang lebih

rendah tetapi paling hampir dengan gaji akhir yang diterima oleh

pegawai itu sebelum hukuman dikenakan ke atasnya.

Page 159: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

159

6.6 BUTIR-BUTIR KESALAHAN DAN HUKUMAN

HENDAKLAH DIREKODKAN

Tiap-tiap tindakan tatatertib yang diambil terhadap seseorang

pegawai yang berkeputusan dengan suatu hukuman yang dikenakan

ke atas pegawai itu di bawah peraturan-peraturan ini hendaklah

direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai itu

dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan dan

hukuman yang dikenakan.

7. FUNGSI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Peraturan dan undang-undang terbentuk, yang mana berlaku

sekatan pada setiap perlakuan mahupun tindakan seseorang yang

bekerja di dalam sesebuah organisasi samaada institusi Kerajaan

mahupun swasta. Fungsi peraturan dan undang- undang dalam

organisasi adalah bertujuan untuk mendidik kakitangan di

dalamnya supaya bersifat :

7.1 AMANAH

Page 160: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

160

Amanah terhadap diri sendiri, seperti mana yang disebutkan

bahawa diri manusia dan segala anggotanya adalah menjadi amanah

Allah s.w.t. Akal, mata, telinga, kaki dan tangan menjadi amanah

Allah. Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan

dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Begitu juga dalam sektor

pekerjaan di dalam sesebuah organisasi, setiap pekerja hendaklah

mempunyai sifat amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan

untuk menjamin kesempurnaan pekerjaan. (Ensiklopedia

Islam.1998: 114) Firman Allah s.w.t:-

يأيها الذين ءامنوا ال تخونوا هللا والرسول وتخونوا أمنتكم وأنتم تعلمون

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu

menghianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah

kamu menghianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu,

sedangkan kamu mengetahui" (al-Anfal: 27)

Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan

kepada orang lain untuk melaksanakannya. Orang yang tidak

amanah dianggap telah melakukan satu pengkhianatan dan juga

penipuan. Nilai amanah perlu ada pada setiap pekerja kerana tugas

mereka adalah mengurus dan menjaga kepentingan sesebuah

Page 161: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

161

organisasi. Dalam Agama Islam sangat mementingkan soal

amanah, dan menyerahkan amanah pada yang berhak. Firman Allah

s.w.t:-

ان هللا يأمركم أن تؤدوا األمنت الى اهلها

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan

amanat kepada yang berhak menerimanya” (al-Nisa’: 58)

Hendaklah bersikap amanah dalam melaporkan dan

merekodkan sesuatu seperti mana firman Allah s.w.t:-

يأيها الذين ءامنوا اذا تداينتم بدين الى أجل مسمى فاكتبوه وليكتب بينكم كاتب بالعدل

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman apabila kamu

bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan,

hendaklah kamu menuliskannya, dan hendaklah seorang penulis di

antara kamu menuliskannya dengan benar” (al-Baqarah : 28 )

Dan hendaklah bersikap amanah dalam mengukur dan

menyukat, firman Allah s.w.t:-

Page 162: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

162

فأوفوا الكيل والميزان والتبخسوا الناس أشياءهم

Maksudnya: “Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan, dan

janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran

dan timbangannya.” (al-A’raf :85)

Oleh yang demikian sudah jelas membuktikan bahawa sifat

tidak amanah merupakan satu sifat yang dikeji dan dibenci Allah,

agama dan masyarakat. Ciri-ciri orang yang bersifat amanah,

antaranya ialah :

i. Menggunakan masa sewaktu di pejabat dengan sebaik-

baiknya

ii. Membelanjakan harta awam mengikut peraturan-peraturan

yang telah di tetapkan

iii. Tidak melakukan penipuan, penyelewengan dan rasuah

iv. Menyiapkan kerja dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Sebaliknya orang yang tidak amanah melakukan perkara-perkara

berikut :

i. Melakukan penipuan dan penyelewengan

Page 163: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

163

ii. Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan

iii. Cuai dalam menjalankan tugas

iv. Menggunakan waktu bekerja untuk membuat kerja

persendirian. (INTAN. 1994: 58-59)

7.2 BERTANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab bermaksud melaksanakan tugas, kerja, yang telah

diamanahkan. Sebagai contoh dalam perkhidmatan awam daripada

peringkat bawahan hingga peringkat tertinggi mestilah mempunyai

sikap bertangungjawab. Kejayaan mereka memikul tanggungjawab

akan membawa kejayaan kepada perkhidmatan awam. Sebaliknya

mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna

boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti termaktub dalam

peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993.

Antara ciri-ciri yang dapat menggambarkan sikap

bertanggungjawab ini ialah:-

i. Bersungguh- sungguh melaksanakan kerja

ii. Melaksanakan kerja dengan sempurna

Page 164: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

164

iii. Rasa bersalah jikalau tugas yang dipikul tidak dapat di

sempurnakan mengikut tahap piawai dan tempoh yang telah

ditetapkan

iv. Menjaga maruah agama, bangsa dan negara

Sebaliknya ciri-ciri yang menunjukkan seseorang itu kurang

bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya ialah:-

i. Tidak melaksanakan tugasnya dengan bersungguh-sungguh

sehingga orang lain terpaksa membantu untuk

menyempurnakannya.

ii. Hasil kerjanya di ragui dan tidak menepati tahap piawai

yang di kehendaki

iii. Tidak menyudahkan kerjanya dalam tempoh masa yang

telah ditetapkan

iv. Tidak berusaha untuk membaiki mutu kerjanya.

(INTAN.1994:60)

Adalah menjadi tanggungjawab kepada pekerja untuk

menjalankan dan memikul amanah yang telah diberi. Dalam

konteks ini juga seseorang perlulah bertanggungjawab dalam

menjaga harta dan kemudahan yang disediakan oleh pihak

Page 165: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

165

pengurusan pentadbiran. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan

oleh Bukhari, Muslim dan Al-Tarmizi yang bermaksud: Di

riwayatkan daripada Abdullah bin Omar yang berkata aku dengar

dari Rasulullah s.a.w berkata: “semua kamu bertanggungjawab

akan orang-orang di bawah jagaannya. Imam bertanggungjawag

kepada rakyatnya. Seorang lelaki bertanggungjawab kepada ahli

keluarganya. Isteri bertanggungjawab terhadap rumah tangga

suaminya. Pekerja bertanggungjawab kepada orang-orang di

bawah jagaan kamu.”

Berdasarkan kepada hadith diatas, jelas menunjukkan

bahawa Islam sangat menitikberatkan tentang tanggungjawab. Oleh

yang demikian setiap manusia harus bertanggungjawab di atas

setiap tugas yang diprtanggungjawabkan. Ini membuktikan bahawa

Islam begitu mengambil berat soal tanggungjawab dan kepimpinan.

Pengabaian tugas-tugas tersebut bererti mengkhianati amanah

tanggungjawab dan kepimpinan yang telah diberikan. (Kor Agama

Angkatan Tentera, 1995: 38-39)

7.3 IKHLAS

Page 166: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

166

Ikhlas bermaksud hati yang bersih, jujur dan suci. Jika seseorang

itu ikhlas dalam kerjanya ia akan melaksanakan tugas tersebut

dengan sempurna dan menghasilkan output yang memuaskan

secara berterusan. Tanpa sifat ikhlas, seseorang itu sentiasa akan

merungut, menyalahkan orang lain, menunujuk-nunjuk dan gagal

melaksanakan tugas yang cemerlang secara berterusan. Seseorang

yang bekerja kuat semata-mata untuk menerima kenaikan gaji

melintang akan merosot prestasinya apabila ia telah berjaya

memperolehinya. Manakala orang yang mempunyai sifat ikhlas,

sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu kerjanya secara

berterusan. Antara ciri-ciri pekerja yang ikhlas ialah:-

i. Tidak menunjuk-nunjuk dalam melaksansakan tugas

ii. Tidak memilih-milih kerja dan melakukan apa saja tugas

yang telah di berikan

iii. Melaksanakan sesuatu tugas tersebut dalam tempoh yang

ditetapkan, tanpa mengira waktu samada di pejabat atau

selepas waktu pejabat.

Sebaliknya ciri-ciri pekerja yang tidak ikhlas dalam menjalankan

tugasnya ialah;-

Page 167: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

167

i. Bekerja dengan tekun hanya di hadapan ketua dengan tujuan

menunjuk-nunjuk.

ii. Memilih kerja iaitu hanya melakukan kerja-kerja yang

disukai oleh ketua, kerja-kerja yang akan membuatnya

terkenal, untuk mendapat pujian atau kenaikan pangkat

iii. Membuat kerja berdasarkan kepada tempat, masa, dan

orang yang memberi arahan

iv. Memberikan syarat tertentu jikalau kerja-kerja tersebut

diluar dari kerja-kerja rutinnya. (INTAN.1994: 61-62)

Orang yang tidak ikhlas dalam menjalankan kerjanya selalu

bermuka-muka dan gemar mengampu-ampu. Sesungguhnya orang

yang bersifat sedemikian adalah berakhlak rendah.

Keikhlasan seseorang sebenarnya melambangkan

keperibadian dirinya itu tinggi, sanggup melakukan sebarang tugas

biarpun dia tidak pernah dan tidak mengetahui bagaimana caranya.

Namun begitu berusaha untuk mencapai sesuatu kerja dengan

sempurna adalah salah satu lambang keikhlasan tanpa sebarang

rungutan mahupun sogokan. Malah berusaha untuk menghasilkan

produktiviti yang terbaik semata- mata kerana Allah dan bukan atas

Page 168: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

168

dasar pujian. (Kor Agama Angkatan tentera ,1995:11) Firman

Allah s.w.t:

ومن أحسن دينا ممن اسلم وجهه هلل

Maksudnya: “Dan tiadalah orang yang lebih baik agamanya

daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah dengan

ikhlas” (al-Nisa’: 125)

7.4 BERDEDIKASI

Berdedikasi bermaksud pembaikian seseorang bagi melaksanakan

tugas dengan sempurna. Sikap berdedikasi sangat perlu dimiliki

oleh semua pekerja dalam pekerjaan. Seseorang yang mempunyai

sifat berdedikasi akan melaksanakan kerja tanpa mengharapkan

sebarang tambahan upahan, ganjaran dan juga puji-pujian. Setiap

tugas akan dilaksanakan dengan cepat, berkesan dan berkualiti.

Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi juga akan sentiasa

berusaha memperbaiki kelemahan dirinya dan bersedia menerima

nasihat, teguran, dan tunjuk ajar. Sebaliknya pekerja-pekerja yang

tidak mempunyai sifat-sifat berdedikasi dalam menjalankan

tugasnya adalah seperti berikut:-

Page 169: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

169

i. Selalu mengelakkan diri daripada membuat kerja

ii. Sentiasa meminta simpati dan pertolongan orang lain dalam

melaksanakan tugasnya

iii. Tidak dapat menyempurnakan tugas mengikut tempoh yang

telah ditetapkan. (INTAN. 1994: 63)

Berusaha dalam memperbaiki diri dan menyerah sebulatnya

kepada Allah tanpa mempunyai niat yang buruk serta bukanlah

untuk mendapat perhatian orang lain terutamanya ketua, maka

dengan ini Allah akan menilai mengikut niat yang baik akan dibalas

setimpalnya di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah s.w.t:

وعلى هللا فتوكلوا ان كنتم مؤمنين

Maksudnya: “Dan hanya kepada Allah hendaklah kamu

bertawakkal jika kamu benar-benar orang yang beriman." (al-

Maidah :23)

7.5 BERDISIPLIN

Page 170: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

170

Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan-peraturan

dan undang-undang. Pekerja yang disiplin adalah mereka yang

mematuhi peraturan ,arahan dan undang-undang. Mereka juga

sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa

menjaga imej dan maruah diri. Masyarakat yang mengamalkan

budaya berdisiplin adalah masyarakat yang bertamadun tinggi dan

dapat menghasilkan kerja yang cemerlang. Di antara ciri-ciri

pekerja yang berdisiplin ialah :-

i. Patuh dan taat kepada peraturan dan arahan

ii. Berpegang teguh kepada ajaran agama

Sebagai contohnya, Dalam perkhidmatan awam mengapa

perakam waktu (punch card) dibuat? Ini adalah salah satu tujuan

mendisiplinkan pekerja mengikut waktu yang telah di tetapkan

tanpa sebarang curi tulang, secara automatiknya pekerja tidak

berpeluang untuk hadir lewat tanpa sebarang sebab yang

munasabah, jika tidak mereka akan di kenakan tindakan tatatertib.

Secara tidak langsung ianya menanam sikap berdisiplin dalam diri

seseorang. (INTAN. 1994: 64-65)

7.6 BEKERJASAMA

Page 171: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

171

Bekerjasama bermaksud saling tolong menolong antara satu sama

lain, terutamanya bekerjasama dalam memberikan kebaikan kepada

organisasi. Setiap pekerja mestilah mempunyai semangat kerja

berpasukan. Nilai kerjasama ini dapat melahirkan suasana harmoni

aman, gembira dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Suasana

demikian akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.

Menerusi sifat bekerjasama juga kerja yang berat akan dapat

dijalankan dengan mudah dan pantas.

Tradisi dalam masyarakat tempatan serta agama Islam,

sangat menggalakkan umatnya supaya bekerja dengan penuh

muhibbah, kasih sayang dan menjalin kemesraan di antara pekerja

dengan pekerja dan di antara pekerja dengan majikan. Banyak ayat

dalam al-Quran menghuraikan kisah- kisah yang menunjukkan

unsur bekerjasama dan tolong-menolong yang perlu di amalkan.

(INTAN. 1994: 66-67) Firman Allah s.w.t:-

وتعاونوا على البر والتقوى وال تعاونوا على االثم والعدوان واتقوا هللا ان هللا شديد العقاب

Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam

(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-

Page 172: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

172

menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertakwalah

kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaan-

Nya”(al-Maidah :2)

Firman Allah s.w.t:

والمؤمنون والمؤمنت بعضهم أولياء بعض

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan

perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi

sebahagian yang lain”(al-Taubah :71)

Di antara ciri-ciri bekerjasama yang perlu ada pada setiap pekerja

ialah :

i. menjalankan tugas yang diamanahkan secara kolektif

ii. menyedari bahawa idea-idea yang diperolehi secara

berkumpulan adalah lebih bernas dan mantap dan jitu

kearah mencapai kejayaan sesuatu organisasi

iii. selalu merujuk atau mendapatkan pandangan rakan sejawat

tentang perkara yang rumit. (INTAN. 1994: 66-67)

7.7 BERSIH

Page 173: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

173

Bersih bermaksud kebersihan dari segi fizikal (misalnya diri,

pakaian, kawasan persekitaran) dan juga kebersihan moral (hati,

fikiran yang baik, jiwa yang murni dan tidak sombong). Kebersihan

daripada aspek rohani akan menghindarkan seseorang daripada

perasaan dengki, khianat, tamak haloba, dan sifat-sifat yang tercela.

Di antara ciri-ciri bersih ialah :-

i. Suka mengamalkan sikap bantu-mambantu dan tolong

menolong antara satu sama lain.

ii. Sentiasa menjaga kebersihan diri, pakaian yang kemas dan

bersih ke pejabat

iii. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan sopan

iv. Menjauhkan diri daripada perbuatan keji seperti rasuah dan

pecah amanah.

Manakala ciri-ciri orang yang tidak bersih ialah:-

i. Suka menuturkan perkataan yang kotor dan lucah.

ii. Datang ke pejabat dalam keadaan diri yang tidak terurus

seperti tidak bercukur, berambut panjang dan tidak bersikat,

pakaian tidak bergosok dan kasut yang tidak digilap.

Page 174: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

174

iii. Melakukan penipuan dan rasuah.

Disini ditekankan sifat bersih itu dari segi perbuatan

dalaman dan luaran, memelihara diri dari segala perlakuan buruk

dan menjaga adab- adab pergaulan. Jika batiniah seseorang itu

bersih maka akan lahirlah zahiriah yang sempurna dari pandangan

mata manusia. (INTAN. 1994: 68-69)

7.8 TEKUN

Tekun bermaksud bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu

tugas. Seseorang yang tekun akan dapat menyiapkan tugasnya

mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pekerja yang tekun akan

mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan peribadi,

sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perkhidmatan dan

sentiasa meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti.

Ketekunan akan wujud kepada pekerja yang memberi penumpuan

terhadap tugasnya dan tidak mengutamakan kepentingan diri. Oleh

kerana itu setiap pekerja yang tekun dalam menjalankan tugas,

sentiasa berusaha supaya matlamat dan objektif yang telah

dirancang akan dapat dicapai dengan jayanya. Mereka akan sentiasa

suka kepada kerja tanpa rasa jemu dan kecewa, tanpa lalai dan leka.

Page 175: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

175

Mereka juga akan sentiasa berusaha mengatasi sebarang masalah

dengan bersungguh-sungguh sama ada secara berseorangan dan

berkumpulan. (INTAN. 1994: 70-71) Firman Allah s.w.t:

وأن ليس لالنسن اال ما سعى

Maksudnya: “Dan bahawasanya seorang manusia tiada

memperoleh sesuatu, selain apa yang telah diusahakannya” (al-

Najm: 39)

Mengikut hadith Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan

oleh al-Baihaqi bermaksud:-

“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu

perkara ia melakukannya dengan tekun (memperbaiki dan

mempertingkatkannya)”

Di antara ciri-ciri ketekunan ialah:-

i. Mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan

diri supaya hasil kerjanya benar-benarsempurna.

Page 176: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

176

ii. Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan

perkhidmatan untuk kemajuan negara.

iii. Dapat meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti ke

tahap yang cemerlang. (INTAN. 1994: 71)

Sebaliknya ciri-ciri orang yang tidak tekun dalam menjalankan

tugas antaranya:-

i. Bekerja sambil lewa dan tidak mementingkan kualaiti kerja.

ii. Tidak sanggup bekerja lebih masa atau di luar waktu

pejabat.

iii. Tidak berusaha meningkatkan mutu kerja dengan

menghadiri latihan. (INTAN. 1994: 72)

7.9 SEDERHANA

Kesederhanaan adalah sikap yang menentang akan sikap

keterlaluan sama ada keterlaluan dalam menetapkan sesuatu

peraturan perbelanjaan atau dari segi kelakuan seperti percakapan,

pakaian, tindakan dan tingkahlaku. Agama Islam sangat

menggalakkan sifat sederhana seperti dalam ayat al-Quran, firman

Allah s.w.t:-

Page 177: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

177

وال تصعر حدك للناس وال تمش فى االرض مرحا, ان هللا ال يحب كل مختال فخور

Maksudnya: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari

manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka

bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-

orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman: 18)

Antara sifat-sifat sederhana yang perlu diamalkan ialah:-

i. Sedia menerima nasihat, cadangan dan pendapat orang lain.

ii. Mudah memaafkan kesilapan orang lain.

iii. Bijaksana dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

Sebaliknya ciri-ciri orang yang tidak beersifat sederhana

antaranya ialah:-

i. Suka menonjol-nonjolkan diri dan suka menggunakan

perkataan bombastik apabila bercakap.

ii. Suka menunjuk-nunjuk kepandaiannya.

iii. Berlebihan dalam berbelanja dan membazirkan harta awam.

(INTAN. 1994: 73)

Page 178: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

178

Mengikut kajian barat yang telah dilakukan oleh Shultz

(1964), beliau mendapati bahawa pekerja yang berprestasi

sederhana mampu memberi sumbangan yang signifikan sekiranya

beliau diletakkan dalam situasi yang tepat. Antara contoh situasi

yang tepat yang dimaksudkan ialah kumpulan kerja yang serasi,

sistem komunikasi yang terbuka dan pengurus yang sedia

membantu. Dalam hal ini keupayaan mereka untuk melakukan

tugas yang diserahkan hendaklah dinilai dengan berhati-hati kerana

mereka tidak sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap

tugas yang dilakukan. Kebiasaannya mereka hanya melakukan

sebahagian kecil daripada keseluruhan kerja yang dilakukan,

manakala lain-lain bahagian dipertanggungjawabkan kepada pihak

lain. (Salaman dan Esland. 1980) Oleh itu, prestasi kerja mereka

dipengaruhi oleh prestasi kerja pihak lain seperti lain-lain anggota

kumpulan sekerja, penyelia, teknologi dan persekitaran, di mana

mereka melakukan pekerjaan. Sehubungan dengan ini dalam

menilai mereka, semua factor ini perlulah diambil kira dengan

sewajarnya kerana ia turut mempengaruhi prestasi kerja pekerja-

pekerja berkenaan. Lebih-lebih lagi sifat sesuatu pekerjaan itu

sendiri yang lebih berbentuk satu penentuan awal yang menutup

ruang budi bicara pekerja. Peraturan ini juga mampu memupuk

sifat- sifat berikut:-

Page 179: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

179

7.10 BERBUDI BAHASA

Berbudi mulia bermaksud tingkahlaku yang baik dan percakapan

yang bersopan santun. Antara sifat-sifat berbudi mulia ialah

peramah, memberi layanan yang baik, menuturkan kata yang sopan,

berkelakuan yang menyenangkan dan suka menolong orang lain.

Sesuatu masyarakat itu akan dipandang tinggi jika kebanyakan

anggotanya berbudi mulia. Berbudi mulia sangat dituntut di dalam

Islam dan ini dapat diperhatikan dalam ayat al-Quran, firman Allah

s.w.t:-

واذا حييتم بتحية فحيوا بأحسن منها أو ردوها, ان هللا كان على كل شىء حسيبا

Maksudnya: “Dan apabilakamu diberikan penghormatan dengan

suatu ucapan (hormat seperti memberi salam) maka balaslah

penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah

dia dengan cara yang sama. Sesungguhnya Allah sentiasa

menghitung tiap-tiap sesuatu.” (al-Nisa’: 86)

Berbudi mulia selalunya terpancar daripada sikap yang

mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Page 180: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

180

i. Bertutur dengan lemah lembut tetapi tegas.

ii. Menberi layanan dengan wajah yang manis dan bersopan

santun.

iii. Bertindak dengan kelakuan yang menyenangkan

iv. Bersedia membantu orang lain dengan tangan yang

terbuka.

v. Bertimbang rasa dan bertolak ansur.

Sebaliknya ciri-ciri orang yang tidak berbudi mulia

antaranya melakukan tingkahlaku yang berikut:-

i. Bertindak dengan cara yang kasar

ii. Sentiasa menunjukkan muka yang masam dan bertutur

dengan perkataan yang kurang menyenangkan.

iii. Tidak memikirkan kesusahan orang lain. (INTAN. 1994:

74-76)

8. KESIMPULAN

Mana-mana organisasi pun di dalam dunia ini memerlukan

peraturan dan undang-undang bagi memantau dan menyelia

Page 181: Buku pm 3173 etika kerja dan perkhidmatan islam 1 dengan kandungan

181

pergerakan kakitangan serta membantu melancarkan proses

pentadbiran dalam organisasi. Kepentingannya didalam sesebuah

organisasi adalah bertujuan untuk melahirkan nilai-nilai murni

didalam setiap individu malah peraturan yang berlandaskan syariat

amat penting kerana ianya bukan sahaja untuk kepentingan semua

malah secara automatiknya ia mendapat keredhaan Ilahi. Jika

dilihat perbezaan diantara yang mengamalkan peraturan dan

undang-undang dengan yang tidak mengamalkannya, boleh

mengakibatkan pelbagai permasalahan yang wujud serta timbul

pelbagai gejala yang tidak sihat sebagai contoh, rasuah, tidak

amanah, makan gaji buta dan sebagainya. Di sinilah pentingnya

peraturan dan undang- undang bagi mengawal selia perjalanan

organisasi dan kakitangan didalamnya.