Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

42
Buku Skrap Bahasa Melayu Nama : Mohd. Sazwan Fitrie bin Mohd Khairil Fitrie Kelas : 2 Ruby Tahun : 2010 Guru : Cikgu Mohd Noor Bin Lamat

description

HomeWork BM

Transcript of Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Page 1: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Buku Skrap Bahasa Melayu

Nama : Mohd. Sazwan Fitrie bin

Mohd Khairil Fitrie

Kelas : 2 Ruby

Tahun : 2010

Guru : Cikgu Mohd Noor Bin Lamat

Page 2: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Cerpen

Tina , Aminhad

Sinopsis : Haidi masih terkenang akan adiknya, Tina yang sudah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit jantung berlubang. Kenangan itu menjelma kembali apabila Haidi mengenali budak perempuan yang mirip wajah Tina. Haidi mengetahui nama budak perempuan itu, Kursiah. Haidi berusaha mendekati Kursiah dan berjaya berkenalan dengannya. Kursiah aktif dalam sukan dan sama rumah sukan dengan Haidi. Pada hari sukan, Kursiah jatuh pengsan selepas menamatkan larian lalu dihantar ke hospital. Haidi berharap agar Kursiah tidak menghidap penyakit yang sama seperti adiknya, Tina.

Tema : Kasih Sayang abang kepada adiknya

Persoalan : Kasih Sayang, Kemesraan, Tanggungjawab

Plot : Tidak menurut kronologi

Watak dan Perwatakan : Haidi – Penyayang, Murah hati

Page 3: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Tina – Manja, nama penuh Suntina

Kursiah – Aktif sukan, mirip Tina

Gaya Bahasa : - Simile - bagai seekor burung yang merendah mahu menyambar ikan

- Ayat-ayatnya pendek dan mudah difahami

Latar : - Latar masa – waktu pagi dan petang (waktu persekolahan)

- Latar tempat – sekolah, di dalam kelas, di kantin, di padang

- Latar masyarakat – masyarakat sekolah, masyarakat Kampung Perenggan

Nilai : Kasih sayang, tanggungjawab, kegigihan, murah hati

Pengajaran : - Kita hendaklah menyayangi adik-beradik dan rakan-rakan

- Setiap orang perlulah berusaha untuk mendapatkan apa-apa yang diinginkan dan mencapai kemenangan

Page 4: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

- Tanggungjawab yang dipikul hendaklah dilaksanakan sebaik mungkin

- Kita harus memberikan dorongan kepada orang lain untuk menaikkan semangatnya

Batu, Rahman Shaari

Sinopsis : Iskandar berjanji untuk berjumpa dengan Malik di Jalan Melaka. Dalam perjalanan, Iskandar ditegur oleh penjual batu gandapuri,

Page 5: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

iaitu Mazlan. Mazlan mencuba menipu Iskandar dengan menyatakan bahawa batu gandapuri itu mempunyai pelbagai hikmat. Iskandar menceritakan hal itu kepada sahabatnya, Malik. Malik memberitahu Iskandar bahawa batu itu adalah batu karbonit yang akan bertindak balas apabila terkena air limau. Hasil daripada kebijaksanaan Malik, Mazlan telah ditangkap oleh polis yang berpura-pura ingin membeli batu hikmat tersebut.

Tema : Perbuatan jahat akan mendapat balasan

Persoalan : - Kebijaksanaan

- Sifat terburu-buru akan membawa padah

- Patuh pada undang-undang

Plot : Dijalin menurut kronologi

Watak dan Perwatakan : Iskandar - jujur, berbudi bahasa

Malik - kawan Iskandar, bijak

Mazlan - penipu

Inspektor Hussin - kawan Malik

Gaya Bahasa : - Istilah sains - karbonit, asid

Page 6: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

- Simile - Kau cakap macam orang hulu

Latar : - Latar masa – Waktu pagi

- Latar tempat – kaki lima, Restoran Heng Ah See, Jalan Raja Laut, Jalan Melaka

- Latar masyarakat – masyarakat kota yang sentiasa sibuk dengan tugas masing-masing, masyarakat yang berbilang bangsa, ada sebilangan kota masyarakat yang menipu untuk kepentingan sendiri

Nilai : Berwaspada, bijaksana, berilmu, tolong-menolong

Pengajaran : - Kita hendaklah senantiasa berhati-hati supaya tidak mudah ditipu oleh orang lain

- Kita hendaklah berfikir dan bertindak dengan bijak agar tidak mengalami kerugian

- Perbuatan jahat akan mendapat balasan yang setimpal dengannya

- Penipuan adalah salah disisi undang-undang

Page 7: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Buku Catatan Farid Badrul,

Mohd. Tajudin Abd. Rahman

Sinopsis : Farid menulis catatan hariannya bermula daripada permulaan cuti penggal ketiganya, iaitu dari 13 November hingga 29 November. Dia kebosanan tinggal seorang diri di rumah kerana Mama dan Papa sangat sibuk. Farid meminta izin daripada ibu bapanya untuk bercuti di Kampung

Page 8: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Buluh Perindu, iaitu di rumah bapa saudaranya. Di kampung itu, Farid banyak menghabiskan masa dengan sepupunya, Hamzah. Farid mengikut Hamzah ke kelas agama untuk belajar tentang sembahyang dan bacaan dalam sembahyang. Seminggu kemudian, Papa dan Mama dating untuk menjemput Farid pulang. Farid tidak mahu pulang kerana ingin menghabiskan cuti sekolahnya dengan belajar agama.

Tema : Kesedaran agama yang timbul dalam diri pelajar

Persoalan : - Pentingnya ilmu agama

- Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

- Kesepian dan kasih saying

Plot : Dijalin menurut kronologi

Watak dan perwatakan : Farid – anak tunggal, jujur, gigih

Badrul Affandi – bapa Farid

Hamzah – baik hati, rajin belajar

Gaya bahasa : - Simpulan bahasa – makam angin, kera sumbang, pak turut.

- Simile – Termangu-mangu keseorangan macam harimau dalam sangkar

Page 9: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Latar : - Latar masa – dari 13 November hingga 29 November, cuti sekolah penggal ketiga

- Latar tempat – rumah farid, Kampung Buluh Perindu

- Latar masyarakat – masyarakat kota, masyarakat kampung

Nilai : Kasih sayang, tolong-menolong, ketegasan, keinsafan, kegigihan

Pengajaran : - Ibu bapa mestilah memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak

- Ibu bapa mestilah meluangkan masa untuk bermesra dengan anak-anak

- Kita hendaklah tolong-menolong antara satu dengan yang lain dalam hal kebaikan

- Kita harus menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua

Page 10: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Mama, Mahaya Mohd. Yassin

Sinopsis : Mama, wanita yang gigih bekerja untuk membantu menambahkan pendapatan keluarganya. Mama bekerja sebagai pembantu rumah Dr. Safuan. Selain itu, Mama membuat karipap untuk dijual. Mama sebenarnya menghidap penyakit berbahaya dan boleh hidup selama tiga bulan saja lagi. Dr. Safuan memberi Mama cuti selama dua minggu untuk berehat. Mama telah menghembuskan nafas terakhirnya di atas tikar sembahyang ketika semasa sedang mengerjakan sembahyang zuhur.

Page 11: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Tema : Kegigihan dan pengorbanan wanita terhadap suami dan anak-anaknya

Persoalan : - Kasih sayang

- Tolong-menolong dan hormat-menghormati

- Bersimpati

- Bertakwa

Plot : Tidak menurut kronologi

Watak dan Perwatakan : Mama – rajin, tabah, cergas

Abah – suami Mama, peniaga, gigih

Dr. Safuan – majikan Mama

Cik Puan Mona – jururawat, lembut

Gaya bahasa : - Metafora – lipatan hatinya

- Peribahasa – baik hati, terhutang budi

- Bahasa Arab – zikir, wirid, Rasulullah, Allah

Page 12: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Latar : - Latar masa – dalam lingkungan dua minggu , waktu tengah hari, senja dan hari minggu

- Latar tempat – rumah Dr. Safuan di Bukit Singgahsana, rumah Mama di kawasan setinggan Lembah jaya Murni

- Latar masyarakat – masyarakat Melayu, masyarakat Bandar, masyarakat penghuni rumah setinggan

Nilai : Kegigihan, ketabahan, kasih sayang, baik hati, ramah mesra, bertimbang rasa, berbudi bahasa

Pengajaran : - Setiap orang hendaklah rajin bekerja untuk mencari rezeki

- Kita harus tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup

- Kita hedaklah bertimbang rasa dan tolong-menolong sesama insan

- Kita mestilah berbudi bahasa dan ramah mesra kepada semua orang

Page 13: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Erti Kasih Makna Sayang, Rohana Hassan

Sinopsis : Cerpen ini mengisahkan sebuah keluarga, iaitu Ungin, Indusai, Seganti dan Puan Antagi yang bersimpati terhadap nasib malang dua ekor mawas. Mawas-mawas itu mengalami kecederaan sebagai akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Mereka menjaga dan merawat mawas-mawas tersebut sehingga sembuh. Setelah kedua-dua ekor mawas itu sihat, mereka menyerahkan kepada Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar.

Tema : Kasih sayang dan keprihatinan manusia terhadap haiwan

Persoalan : - Sikap tidak berperikemanusiaan

- Masalah penyeludupan mawas

Page 14: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

- Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar

Plot : Dijalin menurut kronologi

Watak dan Perwatakan : - Ungin – penyayang

- Seganti – abang Ungin dan Indusai

- Indusai – adik Ungin dan Seganti

- Puan Antagi – ibu Ungin,Seganti dan Indusai

Gaya bahasa : - Simpulan bahasa – gelap mata, geli hati, ada hati, orang tengah

- Penggunaan nama Inggeris – Marie dan James

- Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami

Latar : - Latar masa – dalam jangka masa seminggu

- Latar tempat – di tempat kurungan, di negeri Sarawak

Page 15: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

- Latar masyarakat – masyarakat luar bandar

Nilai : Kasih sayang, prihatin, perikemanusiaan, mematuhi undang-undang, belas kasihan

Pengajaran : - Kita mestilah menolong makhluk lain yang sakit atau yang memerlukan bantuan

- Kita perlulah bersikap penyayang terhadap semua makhluk

- Kita tidak sepatutnya menyeksa makhluk Tuhan untuk mendapat keuntungan

- Kita mestilah mematuhi undang-undang

Page 16: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Tangan Kanan, Kiri atau Kedua-duanya,

Tung Wai Chee

Sinopsis : Cerpen ini mengisahkan keluarga seni yang berlainan cabangnya. Ee Nah serba salah dengan pendirian bapanya, bekas pelakon televisyen. Pada mulanya, bapa Ee Nah merestui minat Ee Nah dalam seni muzik tetapi kemudian menghalang cita-cita murninya.Bapa Ee Nah turut menghalang cita-cita abangnya, Ha Lim yang ingin menjadi seorang penulis. Akibatnya, Ha Lim meninggalkan rumah. Namun akhirnya, bapa Ee Nah menyerahkan keputusan kepada Ee Nah untuk menentukan masa depannya sendiri. Ee Nah terharu akan perubahan sikap bapanya dan gembira dengan kepulangan abangnya ke pangkuan keluarga

Tema : Kepatuhan dan kesetiaan anak terhadap bapa

Persoalan : - Kasih sayang

Page 17: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

- Kebebasan untuk memilih cara hidup dan minat

- Sikap toleransi antara ahli keluarga

Plot : Tidak menurut kronologi

Watak dan Perwatakan : - Ee nah – meminati muzik, sabar

- Bapa – seniman veteran, tegas

- Ha Lim – abang Ee Nah

- Lisa – sepupu Ee Nah, periang

Gaya bahasa : - Simile – Ayah bagai gunung berapi pendam

- Bahasa Inggeris – minus-one, demo-tape

- Metafora – cahaya cita-cita

- Peribahasa – macam katak di bawah tempurung

Latar : - Latar masa – petang, zaman sekarang

- Latar tempat – di rumah Ee Nah

- Latar masyarakat – masyarakat seni dan karyawan, keluarga Tionghua

Page 18: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Nilai : Kasih sayang, hormat-menghormati, kesetiaan, berdikari, taat kepada orang tua, berfikir secara rasional

Pengajaran : - Anak hendaklah patuh akan arahan ibu bapa

- Bapa mestilah bersikap rasional dalam menentukan masa depan anak-anak

- Anak-anak perlu diberi peluang untuk memilih jalan hidup mereka sendiri

Page 19: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Sajak

Seuntai Kata Untuk Dirasa,

A. Samad Said

Maksud : Rangkap 1 – Jangan asyik bercakap saja tanpa berusaha. Jika kita mempunyai cita-cita maka berusahalah bersungguh-sungguh.

Rangkap 2 – Kita tidak perlu menghebohkan sesuatu hasil yang sedikit. Sepatutnya kita berusaha secara senyap tetapi usaha itu mampu membuahkan hasil yang banyak.

Rangkap 3 – Sudah tiba masanya untuk kita berusaha dan kurangkan bercakap.

Tema : Falsafah atau panduan untuk mengejar cita-cita

Page 20: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Persoalan : - Usaha untuk mengejar cita-cita

- Tidak menghebohkan pekerjaan yang dilakukan

- Banyak membuat kerja dan kurangkan bercakap

Gaya Bahasa : - Hiperbola – tenaga raksasa

- Asonansi – Panas usah membakar dada (pengulangan vokal a)

- Aliterasi – serentak mara kita bersama (pengulangan konsonan r)

Nilai : Rajin berusaha, kegigihan, bekerjasama

Pengajaran : - Kita harus mempunyai azam yang kuat dalam mengejar cita-cita

- Kurangkan bercakap dan bekerja bersungguh-sungguh

- Kita hendaklah berusaha bersama-sama untuk mencapai sesuatu yang dikehendaki

Nada : Sinis

Page 21: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Biodata Penyajak : - Nama sebenarnya ialah Abdul Samad Muhamed Said

- Nama pena – Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir

- Lahir pada 9 April 1935, di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka

- Mendapat pedidikan di Sekolah Melayu Kota Raja dan Victoria Institution, Singapura

- Menerima Anugerah Pejuang Sastera (1976), Anugerah SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), Anugerah Sasterawan Nusantara (1999)

Page 22: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Mata Ayah, Usman Awang

Maksud : Rangkap 1 – Mengisahkan anak yang pulang ke kampung. Kepulangannya disambut mesra oleh ayahnya.

Rangkap 2 – Renungan mata ayahnya jelas menggambarkan penderitaan yang dialaminya.

Rangkap 3 – Ayahnya masih mampu menyembunyikan keperitan hidupnya. Keadaan itu sama seperti kata-katanya dalam surat yang meminta penyajak pulang untuk menikmati beras baru.

Rangkap 4 – Penyajak dapat merasakan kepedihan yang ditanggung oleh ayahnya walaupun ayahnya mencuba menyembunyikan penderitaan yang sudah sebati dalam hidupnya.

Tema : Keperitan hidup seorang ayah yang mencuba menyembunyikannya daripada pengetahuan anaknya

Persoalan : - Kasih sayang ayah terhadap anaknya

- Menghormati dan mengambil berat terhadap orang tua

Page 23: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

- Anak yang prihatin terhadap keperitan hidup ayahnya

Gaya bahasa : - Bahasanya puitis, lembut dan indah

- Imej alam – kolam, bulan

-Simile – bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang

Nilai : Kasih sayang, hormat-menghormati, prihatin, mengenang budi

Pengajaran : - Kita hendaklah menziarahi orang tua kita yang tinggal di kampung

- Kasih sayang antara ayah dengan anak dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan

- Anak-anak haruslah mengambil berat terhadap orang tua

Nada : Romantis

Page 24: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Biodata Penyajak : - Nama sebenarnya ialah Wan Osman bin Awang Kechik

- Lahir pada 12 julai 1929, di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedeli, Kota Tinggi, Johor

- Nama pena – Tongkat Warrant, Atma Jiwa, Adi Jaya, Setiabudi, Pengarang Muda, Rose Murni, Manis, U.A dan Zaini

- Menerima Anugerah Pejuang Sastera (1976), Anugerah SEA Write Award (1982), Anugerah Sasterawan Negara (1983)

Bicara Buat Guru, Mohd. Ridzuan Harun

Page 25: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Maksud : Rangkap 1 – Penyajak ingin bersama-sama dengan gurunya yang telah banyak berjasa dan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak muridnya.

Rangkap 2 – Penyajak ingin bersama-sama dengan gurunya yang memberikan harapan kepada anak-anak muridnya.

Rangkap 3 – Penyajak ingin mencontoh azam dan semangat gurunya untuk memerdekakan jiwa anak bangsa.

Rangkap 4 – Penyajak ingin bersama-sama dengan gurunya untuk mengajar anak-anak bangsa dan mempertahankan martabat perguruan serta menghilangkan kebimbangan di jiwa anak-anak didiknya.

Rangkap 5 – Penyajak ingin berkongsi kerinduan gurunya terhadap anak-anak didiknya. Penyajak berasa bangga apabila bekas anak-anak murid yang telah berjaya masih menegur mesra gurunya ketika terjumpa di jalanan.

Tema : Penghargaan anak murid terhadap pengorbanan guru

Persoalan : - Keikhlasan dan budi guru sewaktu mendidik anak-anak bangsanya

- Sumbangan guru dalam mencurahkan ilmu

Page 26: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Gaya bahasa : - Personifikasi – menghirup secangkir kasih

- Asonansi – berdiri di anjung kasihmu (pengulangan vokal i)

- Aliterasi – ini anak-anak merdeka (pengulangan konsonan k)

Nilai : Mengenang jasa, keikhlasan, kasih sayang, pengorbanan

Pengajaran : - Kita mestilah menghargai jasa-jasa guru

- Sumbangan guru harus disanjung tinggi kerana bidang perguruan merupakan suatu profesion yang mulia

- Setiap orang perlu menghormati guru yang telah banyak berkorban untuk mendidik anak-anak bangsa

Nada : Romantis

Biodata Penyajak : - Lahir pada 1 Jun 1975, di Pokok Sena, Kedah

- Hasil penulisan – (puisi dan cerpen) Perjuangan dan Ilustrasi Sekeping Hati

Page 27: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Pesan Tangan kepada Jari, Hilmi Rindu

Maksud : Bahagian 1 – Penyajak meminta rakyat memilih ketua supaya dapat bersatu padu. Penyajak berharap agar rakyat memilih jalan yang menjurus ke arah kebaikan demi kemakmuran bersama.

Bahagian 2 – Pemimpin menasihati rakyat agar berdiri di landasan yang betul, senantiasa

Page 28: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

berbudi bahasa dan melakukan kebaikan. Hal ini demikian kerana setiap langkah yang diambil akan menentukan kehidupan mereka kelak.

Tema : Ciri-ciri kepemimpinan penting supaya dapat mewujudkan perpaduan

Persoalan : - Ciri-ciri kepemimpinan amat penting dalam pemilihan pemimpin

- Memilih ketua yang boleh menyatupadukan masyarakat yang dipimpin

- Kerjasama dalam masyarakat

Gaya Bahasa : - Sinkope – Pilihlah ketuamu,

kira kau memegang

- Metafora – di dusun hati

- Personifikasi – melentur mimpi

- Asonansi – kesuburan budi (pengulangan vokal u)

Nilai : Perpaduan, keimanan, kemesraan

Page 29: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Pengajaran : - Kita harus memilih pemimpin yang boleh menyatupadukan masyarakat yang dipimpinnya

- Pilihlah pemimpin yang banyak mempunyai kabikan dalam dirinya

- Kita mestilah bekerjasama setiap masa

Nada : Romantis

Biodata Penyajak : - Nama sebenarnya ialah Mohd. Bin Abdullah

- Lahir pada 1 April 1957, di Kampung Darat Kijal, Kemaman, Terengganu

- Menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Chukai, Kemaman dan Sekolah Menengah Agama (Atas), Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu

- Hasil penulisan – (antologi puisi) Memetik Gerimis, Batas Impian;(Novel kanak-kanak) Si Karah

Page 30: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Cinta, Awang Abdullah

Maksud : Rangkap 1 – Cinta penyajak terhadap laut yang mengajarnya menjadi pemuda yang tabah menghadapi cabaran.

Rangkap 2 – Cinta penyajak terhadap langit kerana ia dapat menjelajah ke seluruh dunia.

Rangkap 3 – Cinta penyajak terhadap gunung kerana mengajarnya supaya tidak mudah menyerah kalah.

Tema : Cinta terhadap alam semula jadi

Page 31: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Persoalan : - Kegigihan untuk mencapai sesuatu matlamat

- Kebebasan dalam hidup di dunia yang luas

- Ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup

- Cinta akan alam sekeliling

Gaya bahasa : - Pengulangan – Aku cinta padamu (baris 1, rangkap 1, 2 dan 3)

- Asonansi – Wahai langit yang luas (pengulangan vokal a)

- Aliterasi – seorang pendaki gagah (pengulangan konsonan g)

Nilai : Cinta akan alam sekitar, kegigihan, ketabahan

Pengajaran : - Kita harus cinta akan alam sekitar

- Kita mestilah bijak memanfaatkan unsur-unsur alam yang dicipta oleh Tuhan

- Setiap orang harus gigih dan tidak mudah putus asa untuk mencapai matlamat hidup

Nada : Romantis

Page 32: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Biodata Penyajak : - Nama sebenarnya ialah Pui Tiong Gee

- Lahir pada 10 Jun 1953, di Tumpat, Kelantan

- Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya

- Hasil penulisan – (novel remaja) Anak Kampung, Sasakurasan, Kunang-kunang di Pelabuhan, Mastura, Lagu Hari Depan; (antologi puisi) Kita akan Dewasa, Lagu Cicih Nono, Sajak-sajak Telegram

Ruang, Ahmad Razali Hj. Yuso f

Maksud : Rangkap 1 – Tuhan menganugerahi kita ruang dan udara supaya kita dapat meneruskan kehidupan sama ada dalam kepanasan atau kedinginan.

Rangkap 2 – Tuhan menganugerahi kita ruang dan udara supaya kita dapat meneruskan kehidupan dengan ketentuan-Nya. Penyajak berterima kasih kepada Tuhan atas anugerah-Nya.

Tema : Kebijaksanaan manusia menggunakan anugerah Tuhan

Page 33: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Persoalan : - Kekuasaan Tuhan dalam menganugerahkan sesuatu kepada manusia

- Kebijaksanaan manusia menggunakan anugerah Tuhan

- Tanda penghargaan dan kesyukuran manusia kepada Tuhan

Gaya bahasa : - Metafora – bukit-bukit harapan

- Imej Alam – malam, mentari, bukit

- Asonansi – Tuhan memberikan ruang dan udara (pengulangan vokal a)

- Aliterasi – yang cukup panjang untuk kita (pengulangan konsonan n)

Nilai : Kesyukuran, berterima kasih, kerajinan

Pengajaran : - Kita harus bersyukur dan berterima kasih akan nikmat Tuhan

- Setiap orang harus berusaha untuk mencari kesenangan

Nada : Romantis

Page 34: Buku Skrap Bahasa Malaysia 2

Biodata Penyajak : - Nama sebenarnya ialah Ahmad Razali Hj. Yusof

- Lahir pada 29 April 1936, di bukit Kapar, Kelang, Selangor

- Hasil penulisan – (puisi) Bunga Pelangi, Angin Semilu, Berang