Buku skrap GBM 1103

33
BAHASA DALAM KOMUNIKASI BERTULIS Surat Rasmi Memo Laporan Minit Mesyuarat Berita Rencana Teks Ucapan Skrip Pengacara

Transcript of Buku skrap GBM 1103

Page 1: Buku skrap GBM 1103

BAHASA DALAM KOMUNIKASI BERTULIS

Surat RasmiMemoLaporan Minit MesyuaratBeritaRencanaTeks UcapanSkrip Pengacara

Page 2: Buku skrap GBM 1103

SURAT RASMI Definisi

o Merupakan dokumen rasmi kerajaano Komunikasi dalaman dan luaran yang digunakan secara

formal dan terkawal untuk menjalankan pelbagai fungsi pengurusan dan pentadbiran

o satu bentuk komunikasi melalui penulisan yang dituju khas .

o untuk tujuan-tujuan rasmi seperti memohon kerja, membuat pesanan, membuat pengaduan secara rasmi dan memohon kebenaran.

Tujuan

o Membantu pegawai atau kakitangan kerajaan yang terlibat dengan urusan surat-menyurat

o Membantu mempercepatkan proses tindakan ke atas perkara-perkara yang diuruskan oleh sesuatu jabatan

Ciri-ciri

Mempunyai

o Maklumat pengirimo Maklumat penerimao Kandungan surato Penghujung surat

Page 3: Buku skrap GBM 1103

Format

Page 4: Buku skrap GBM 1103

memo Definisi

o Wacana penulisan yang menjadi perhubungan antara pekerja,unit dan jabatan

o Memo merupakan singkatan perkataan memorandum (catatan atau peringatan).

o Merupakan sejenis surat

Tujuan

o Menyampaikan maklumat dalamano Pengumuman perubahan sesuatu dasaro Menjelaskan prosedur baruo Laporan ringkaso Berperanan seperti surat tetapi biasanya hanya digunakan

dalam jabatannya sendirio Misalnya: Hebahan atau panggilan mesyuarato Permohonan dalam bahagiano Memberi nasihat atau keputusan

Ciri-ciri

Mempunyai

o Ayat terus dan jelaso Lengkap dengan nombor,rujukan,tarikh dan tandatangano Tidak terikat dengan sesuatu bentuk seperti surat rasmio Boleh ditulis dalam bentuk borang dan bentuk surat.

Page 5: Buku skrap GBM 1103

o Bergantung pada institut/ jabatan tersebut menentukan format memo . Biasanya berupa perintah dari atasan kepada bawahannya

LAPORAN

Page 6: Buku skrap GBM 1103

Definisi

o Satu cara komunikasi penulis menyampaikan maklumat kepada seseorang kerana tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Tujuan

o Mengenalpasti masalaho Memberikan maklumat dan fakta o Mencadangkan penyelesaian o Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan o Membuat kesimpulan o Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti o Membuat rekod sesuatu peristiwa o Menganalisi aktiviti perniagaano Mensintesis sesuatu pelan tindakan o Menghuraikan sesuatu peristiwa,prosedur,tindakan dll.

Ciri-ciri

Mempunyai

o Ditulis dengan ringkaso Penulisan yang sistematiko Logik o Lengkap dengan bibliografi dll

Jenis-jenis laporan

Page 7: Buku skrap GBM 1103

o Laporan aktivitio Laporan perayaan/sambutano Laporan perasmiano Laporan lawatan

MINIT MESYUARAT

Page 8: Buku skrap GBM 1103

Definisi

o Suatu catatan ringkas, peringatan atau laporan tentang sesuatu perkara atau agenda yang dibincangkan dan diputuskan dalam sesuatu mesyuarat

o Gambaran satu kesatuan idea yang memperlihatkan pertalian fikiran di antara satu perkara dengan perkara lain dalam rangka memenuhi konsep organisasi

o Dicatat dengan baik dan mengikut prosedur tertentu serta format yang telah ditetapkan

o Menjadi rujukan dan tindakan susulan AJK tertentu selepas mesyuarat

o Sebagai maklum balas dan rujukan pada mesyuarat berikutnya

Tujuan

o Wadah untuk menyelesaikan tugasan dan masalah berkaitan organisasi atau persatuan

o Mengemukakan perbincangan idea dalam kumpulan untuk mencapai kata sepakat bagi memperoleh kerjasama dan melancarkan perjalanan aktiviti yang telah dirancang

o Menekankan keputusan-keputusan yang diambil dan tindakan selanjutnya sesudah itu

o Menilai dan mengawal aktiviti dan kewangan organisasi dari semasa ke semasa

o Membincang dan menyelaras bidang tugas jawatankuasao Menyebar maklumat dan rancangan/aktiviti baru

Ciri-ciri

Page 9: Buku skrap GBM 1103

Mempunyai

o Ditulis dengan ringkaso Penulisan yang sistematiko Logik o Lengkap dengan bibliografi dll

Format FORMAT MINIT MESYUARAT(1) JUDUL MINIT MESYUARAT(2) BUTIRAN AMi. Tarikh :ii. Masa :iii. Tempat :iv. Kehadiran : ( catatkan anggota yang tidak hadir juga )

(3) AGENDA ( jika perlu dicatatkan )i. Ucapan Pengerusiii. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat laluiii. Perkara-perkara berbangkitiv. Membincangkan isuv. Membincangkan isuvi. Hal-hal lain

(4) KETERANGAN AGENDAIsi perbincangan agenda dicatat oleh pencatat minit mesyuarat.

(5) TINDAKANSiapakah yang bertanggungjawab?

(6) UCAPAN PENANGGUHANUcapan penangguhan oleh Pengerusi. Dicatat juga masa mesyuarat ditamatkan.

(7) PENCATATDicatatkan nama orang yang mencatat minit mesyuarat.

(8) PENGESAHAN PENGERUSIPengerusi menandatangi minit mesyuarat tanda pengesahan.

Format Penulisan Badan Minit Mesyuarat : Perlu ada Agenda, Perkara dan Tindakan :

Agenda Perkara1.0

Page 10: Buku skrap GBM 1103

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0 Ucapan Pengerusi:1.1 ……………………………………………….1.2 ……………………………………………….Tindakan : MaklumanMenyemak dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu :2.1 ……………………………………………….2.2 ……………………………………………….Tindakan : SetiausahaPerkara-Perkara Berbangkit :3.0 ……………………………………………….3.1 ……………………………………………….Tindakan : MaklumanPerkara X ( Projek, Masalah, dsb. ) :4.1 …….…………………………………………4.2 ……………………………………………….Tindakan : Semua AJKPerkara Y ( Projek, Masalah, dsb. ) :5.0 ……………………………………………….5.1 ……………………………………………….Tindakan : JK KebajikanHal-Hal Lain :6.1 ……………………………………………….6.2 ……………………………………………….

Format penulisan minit mesyuarat :

Minit Mesyuarat JawatankuasaAngkatan Sasterawan Muda Kali Ke-2, 2009Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kota Bharu

Tarikh :Masa :Tempat :Kehadiran : ( hadir dan tidak hadir )

Agenda Perkara1.02.03.0

4.0

5.0

Page 11: Buku skrap GBM 1103

6.0 Ucapan Pengerusi:Menyemak dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu :Perkara-Perkara Berbangkit :Tindakan : Semua AJKPerkara X ( Projek, Masalah, dsb. ) :Tindakan : Pengerusi JK SeminarPerkara Y ( Projek, Masalah, dsb. ) :Tindakan : JK Sukan dan PermainanHal-Hal Lain : Penangguhan :Ucapan penangguhan oleh pengerusi.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari.

Dicatat oleh / Yang menjalankan tugas :(Nama Pencatat)Jawatan Pencatat

Contoh Format Penulisan Minit Mesyuarat

Minit Mesyuarat JawatankuasaAngkatan Sasterawan MudaInstitut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kota BharuBil.2/2009

Tarikh :Masa :Tempat :Kehadiran : ( hadir dan tidak hadir )

1.0 Ucapan Pengerusi:2.0 Menyemak dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu :3.0 Perkara-Perkara Berbangkit :Tindakan : Semua AJK4.0 Perkara X ( Projek, Masalah, dsb. ) :Tindakan : Pengerusi JK Seminar5.0 Perkara Y ( Projek, Masalah, dsb. ) :Tindakan : JK Sukan dan Permainan6.0 Hal-Hal Lain : Penangguhan:Ucapan penangguhan oleh pengerusi.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari.

Dicatat oleh : Disahkan oleh :(Nama Pencatat) (Nama )Jawatan Pencatat Jawatan (Pengerusi) (Setiausaha/AJK)

BERITA

Page 12: Buku skrap GBM 1103

Definisi

o Laporan tentang suatu peristiwa yang sudah terjadi yang dipandang penting untuk menentukan sikap serta tindakan.

o mengandungi 4 unsur dalam peristiwa berita1. peristiwa merupakan perubahan keadaan2. peristiwa yang dilaporkan selalu terjadi3. peristiwa tersebut dilaporkan manusia4. peristiwa tersebut berkaitan dengan kepentingan dan minat masyarakat.

Tujuano Menyusun laporan kegiatan perusahaan / organisasi

secara singkat,padat dan menariko Supaya masyarakat mengetahui misi organisasio Alat propaganda supaya masyarakat untuk mengetahui

tentang sesuatu yang terjadio Memberi informasi yang bermanfaat kepada masyarakat

Kandungan berita

o Pentingo Terkinio Menariko Faktualo Konfliko Kemanusiaan

o Tahap menulis berita

Page 13: Buku skrap GBM 1103

1) Memahami masalah2) Mengumpul bahan3) Memilih bahan untuk ditulis4) Menentukan tajuk berita yang akan ditulis5) Menulis mengikut urutan (judul,pendahuluan,isi dan

penutup)

Unsur-unsur berita (5W + 1H)

WHAT (apa) WHO (siapa) WHY (kenapa) WHEN (bila) WHERE (di mana) HOW (bagaimana)

Jenis-jenis berita

o Straight news (berita lansung > ringkas,padat)-Hard news (lebih benar,terkini,penting utk diketahui pembaca)-Soft news (berita pendukung)

o Depth news (berita mendalam)o Investigation news (berita yg dikembangkan berdasarkan

penelitian /penyelidikan dari pelbagai sumber)o Interpretative news (berita yg dikembangkan dengan

pendapat penulis)o Oponion news (berita mengenai seseorg. Contoh: para

cendekiawan,sarjana mengenai sesuatu hal)

Page 14: Buku skrap GBM 1103

Contoh teks beritaPergi sebelum bantuan tiba

Oleh Asrizal Aris 

[email protected]

Kampar: Sekumpulan sukarelawan sebuah universiti swasta tidak sempat menyerahkan bantuan kepada seorang warga emas yang tinggal bersendirian di Kampung Jeram, di sini, sebaliknya menemui mayat wanita itu, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.35 pagi, Mariatulkibtiyah Abdul Rahman, 85, ditemui kumpulan pelajar berkenaan terbaring di lantai dan sudah berbau serta dipercayai meninggal dunia seminggu lalu.

Seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Loong, 22, berkata, sebaik tiba di rumah warga emas terbabit mereka terhidu bau busuk dan menjangka sesuatu buruk berlaku selepas memanggil mangsa beberapa kali namun tiada sahutan.

“Saya mengumpil tingkap cermin sebelum terkejut melihat mangsa terbaring di lantai dalam keadaan yang sangat menyayat hati.

“Kami memberi bantuan sebagai sukarelawan kepada mangsa sejak kira-kira setahun lalu dan kali ini kami berjaya mengumpul sumbangan dari pelajar universiti serta ingin memberikan kepadanya namun hajat kami tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, sebelum ini beberapa pihak memujuk mangsa berpindah ke pusat jagaan warga emas namun dia enggan dan atas sebab itu, mereka secara sukarela memberi bantuan makanan kepadanya setiap bulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.

“Berdasarkan mayat yang sudah berbau, mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira seminggu lalu.

“Mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Page 15: Buku skrap GBM 1103

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2016 @ 5:11 AM

RENCANA/MAKALAH Definisi

o Esei pendek untuk siaran akhbar/majalaho Cerita,karangan ,kisah (terutama dlm akhbar ,majalah,dll) yg merupakan

pendapat akhbar/majalah itu

Tujuan

o Menentukan titik tolak dan tujuan sesuatu usaha untuk mencapai sasarano Memberikan pedoman,pegangan dan araho Mencegah pemborosan waktu,tenaga dan materialo Memudahkan pengawasan daripada sesuatu penyelewengano Kemampuan evaluasi yang teraturo Sebagai alat koordinasi

Ciri-ciri

o Dalam bentuk esei formalo Penulisan yang jelas dan jituo Menyampaikan maklumat yang betul

Bentuk rencana

o Ilmiaho Separa ilmiaho Popular

Jenis-jenis

o Penerangano Penyiasatano Pendapato Pengalaman peribadio Perbahasan

Page 16: Buku skrap GBM 1103

o Kritikano Berita

Contoh teks rencana

Wednesday, August 19, 2009Tentera Israel dagang organ

(SUMBER KOSMO 20.08.09)BAITULMAQDIS - Kekejaman tentera Israel bukan sekadar menyekat kemasukan makanan ke wilayah Gaza malah mereka dipercayai melapah organ penduduk Palestin untuk diperdagangkan.Akhbar Sweden, Aftonbladet pada Isnin lalu mendakwa, wujud kaitan antara tuduhan tersebut dengan penahanan seorang lelaki Yahudi warga Amerika Syarikat (AS) berhubung penyeludupan organ manusia baru-baru ini.Di bawah tajuk Anak-anak kami dibunuh kerana organ mereka, akhbar tersebut menyiarkan gambar jenazah seorang pemuda Palestin yang dipenuhi jahitan pada dadanya. Gambar tersebut dirakam selepas satu bedah siasat.Lelaki Yahudi itu didakwa cuba mengimport satu ginjal dari warga Israel untuk dijual kepada seorang pesakit AS dengan harga mencecah AS$160,000 (RM567,400).Penulis artikel itu, Donald Bostrom mendakwa ia ditulis berdasarkan keterangan beberapa penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza yang dikenali hanya dengan nama pertama mereka.Menurutnya, terdapat kekurangan organ untuk pembedahan pemindahan di Israel pada masa kini dan rejim Zionis pernah melancarkan kempen menderma organ pada 1992."Ketika kempen ini diadakan, ramai pemuda Palestin hilang dan jenazah mereka dihantar pulang beberapa hari kemudian dengan kesan dilapah," katanya. - AFP

Page 17: Buku skrap GBM 1103

TEKS UCAPAN Definisio Satu bentuk komunikasi sehala,iaitu hadirin hanya mendengar

perkara yng disampaikan oleh orang yang bercakap

Tujuan

o Menyampaikan sesuatu maklumato Menghiburkan majliso Merasmikan sesuatu majlis

Ciri-ciri

o Bahasa yang mudah difahamio Isi yang bermaknao Struktur ucapan yang baiko Suara yang jelaso Cara persembahan yang baiko Berkeyakinan dirio Gaya penyampaian yang baik

Jenis-jenis ucapan

o Ucapan umum (bertujuan utk menyampaikan maklumat kepada sekumpulan individu)

o Ucapan berdasarkan majlis Ucapan rasmi

- Dalam majlis formal yang dihadiri oleh tetamu khas atau orang kenamaan

- Pengucap perlu membuat persediaan untuk ucapan yang ingin disampaikan

Page 18: Buku skrap GBM 1103

Ucapan tidak rasmi- Ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat

kepada sebarang prosedur- Menggunakan bahasa yang mudah- Ucapan dlm majlis hari jadi/ulang tahun perkahwinan

Format ucapan

a) Permulaan ucapan- Ucapan alu-aluan,kata syukur,hormat,penghargaan dan

terima kasih- Panggilan hormat disebut dengan betul

b) Isi ucapan- Sesuai dengan majlis/tema

c) Penutup ucapan- Merumuskan keseluruhan tujuan ucapan tersebut

Contoh teks ucapanTeks UcapanY.BHG Dato’ Azmi Bin AriffinKetua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat MalaysiaMajlis Perasmian Program Outreach SSM Bersama Masyarakat16 Julai 2011 di Kuching Sarawak

Terima kasih pengacara majlis.

Yang Berhormat Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari,Menteri Perumahan Dan Pembangunan BandarYang Berbahagia Datuk Mohd Zain Mohd Dom,Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,Yang Berbahagia Dato’ Azmi Ariffin,Ketua Pegawai Eksekutif SSM,Tan Sri-Tan Sri, Datuk Seri-Datuk Seri, Datuk-Datuk, Anggota SSM, Pengerusi dan Presiden badan dan persatuan profesional, perniagaan, industri, penduduk di kawasan N8 serta wakil-wakil media dan seterusnya kepada tuan-tuan dan  puan-puan yang dihormati sekalian.

Page 19: Buku skrap GBM 1103

Alhamdulilah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berkumpul di sini untuk bersama-sama meraikan Majlis Perasmian Program Outreach SSM bersama Masyarakat Kuching, Sarawak.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Menteri Perumahan Dan Pembangunan Bandar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N8 Satok kerana telah sudi hadir ke program ini dan memberi laluan kepada pihak KPDNKK dan SSM untuk mengadakan program di sini pada pagi ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak SSM dan pihak Ketua-ketua Kampung Kawasan N8 dan Kelab Sukan Komuniti Satok atas jalinan kerjasama menganjurkan program ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,Saya telah dimaklumkan, ini adalah merupakan kali pertama SSM berganding bahu dengan penduduk masyarakat Sarawak terutamanya dengan Ketua-ketua Kampung kawasan N8, Persatuan Kelab Sukan Komuniti Satok,  Kelab Sukan Komuniti Satok, Dewan Bandaraya Kuching Utara, agensi dan Jabatan kerajaan di sini.

Saya melihat ia adalah satu titik permulaan yang amat baik bagi semua pihak ini untuk terus menjalin kolaborasi yang lebih erat dalam melahirkan usahawan-usahawan di kalangan masyarakat Sarawak.

Saya melihat program ini sebagai satu program yang cukup baik untuk mendekatkan diri SSM kepada masyarakat awam bagi memastikan orang ramai memahami tentang peranan dan fungsi SSM secara mendalam. Sebelum ini, program ini telah dilaksanakan secara meluas bukan hanya setakat di kawasan sekitar Lembah Klang sahaja malahan ia telah diperluaskan ke seluruh semenanjung Malaysia melalui pejabat-pejabat negeri SSM dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan di negeri-negeri tersebut.

Lazimnya, dalam program Outreach SSM, aktiviti yang dilakukan adalah seperti taklimat berkaitan keperluan memperbadankan syarikat dan mendaftarkan perniagaan (Aktiviti pendaftaran perniagaan yang dikawalselia oleh SSM hanya terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja di bawah Akta Perniagaan 1956).  Namun kali ini, terdapat sedikit kelainan di mana pihak SSM telah menambah satu lagi taklimat yang menyentuh tentang skim kepentingan. Inisiatif ini diambil bagi mendedahkan kepada orang ramai tentang apa itu skim kepentingan dan kaitannya dengan skim-skim cepat kaya atau skim pelaburan yang tidak sah di sisi undang-undang.

Saya percaya ramai di kalangan kita di sini mungkin pernah didatangi oleh individu yang menawarkan pelbagai jenis skim yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat. Mungkin ada di kalangan kita yang telah terpedaya dengan kata-kata manis individu berkenaan dengan membuat pelaburan tanpa memikirkan risiko-risikonya. Mungkin ada yang telah ditipu di mana kesemua duit pelaburan tersebut telah lesap entah ke mana. Akhirnya rumah dan harta benda pun terpaksa digadai untuk meneruskan kehidupan. Senario sebeginilah yang amat dikhuatiri oleh pihak kerajaan. Justeru pihak kerajaan melalui SSM telah mengambil langkah proaktif  untuk turun padang bagi menerangkan kepada rakyat tentang perkara ini. Dengan adanya pendedahan sebegini ia akan memberi gambaran jelas kepada masyarakat pengguna untuk menilai skim yang boleh dijadikan sebagai perniagaan ataupun diceburi mengikut lunas undang-undang.

Selain itu, pihak kerajaan melalui SSM juga telah mengambil inisiatif untuk mengekang perkara ini daripada terus berlaku dengan cara memperketatkan undang-undang. Misalnya baru-baru ini kabinet telah meluluskan cadangan pindaan terhadap hukuman bagi kesalahan di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 bagi mencapai objektif membanteras aktiviti perniagaan berkaitan skim kutu yang boleh dikategorikan sebagai skim pelaburan haram. Di bawah pindaan itu, DENDA sehingga RM500,000 iaitu 100 kali ganda lebih tinggi daripada sebelum ini, menanti mana-mana syarikat yang menganjurkan perniagaan skim kutu. Manakala pesalah yang sama akan berdepan dengan dengan hukuman penjara 10 tahun berbanding sebelum ini hanya 3 tahun. Akta (Larangan) kumpulan Wang Kutu 1971 bertujuan melarang pendaftaran atau pelesenan perniagaan yang bertujuan menganjur atau merancang menganjurkan skim kutu.

Page 20: Buku skrap GBM 1103

Oleh yang demikian saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan yang hadir di sini mengambil peluang ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan skim-skim sebegini agar tidak mudah tertipu pada masa akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,Sepertimana yang kita sedia maklum, kini kerajaan semakin agresif dalam melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah mencapai visi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 nanti. Salah satu usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat tersebut ialah dengan menggalakkan rakyat menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pihak kerajaan percaya bahawa apabila ramai yang melibatkan diri dalam dunia perniagaan ia sekaligus akan memberi impak yang baik terhadap peningkatan ekonomi negara. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk memudahkan orang ramai memulakan perniagaan.

Misalnya melalui program ini terdapat banyak agensi kerajaan terlibat dalam aktiviti pameran yang ia bertujuan untuk memberi maklumat kepada pengunjung tentang perkhidmatan yang boleh digunakan untuk memulakan perniagaan. Malah pada hari ini juga, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat tentang cara bagaimana untuk membuat pinjaman kewangan dengan institusi kewangan atau cara meluaskan perniagaan dan sebagainya.

Antara agensi yang terlibat dengan aktiviti pameran ialah KPDNKK dan agensi di bawahnya seperti Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM). Selain itu dijemput juga agensi lain seperti BSN, Telekom Malaysia Berhad, TEKUN dan MARA.

Hadirin yang dihormati sekalian,Saya juga ingin menyatakan rasa bangga di sini apabila melihat semangat peniaga-peniaga tempatan yang terlibat dengan aktiviti jualan dengan menjual hasil produk mereka sendiri. Saya berharap ramai masyarakat Sarawak khususnya yang berada di kawasan Satok, Kuching ini mengikut jejak langkah mereka untuk menceburi bidang keusahawanan.

Saya juga berharap agar masyarakat Sarawak sentiasa bersikap oportunis dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Perkara ini diharapkan bukan sahaja dapat meningkatkan jumlah pendaftaran syarikat di negeri ini, malah mampu meningkatkan ekonomi negara kepada satu tahap yang memberangsangkan.

Saya ingin menggalakkan rakyat di sini mengambil langkah proaktif untuk mendaftarkan syarikat dengan SSM dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang mendatangkan keuntungan. Dengan segala kemudahan yang disediakan, saya percaya rakyat di sini boleh mendaftarkan syarikat mereka pada bila-bila masa sahaja dengan mudah.

Justeru, saya juga berharap agar SSM harus sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa serta sentiasa memperlengkapkan tenaga kerjanya dengan ilmu pengetahuan serta kebolehan untuk menjangka kecenderungan serta halatuju sosio ekonomi, trend-trend perniagaan yang baru serta halatuju Negara. Saya berharap SSM akan terus gigih berusaha dalam mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam pada masa akan datang.

Hadirin yang dihormati sekalian,Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Tanpa sokongan dan kerjasama tuan-tuan program sebegini tidak akan boleh dilaksanakan dengan jayanya.  

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanhirrahim saya merasmikan Program Outreach SSM bersama Masyarakat Kuching 2011.

Sekian terima kasih.

Page 21: Buku skrap GBM 1103

SKRIP PENGACARA Definisi

o Susunan atur cara yang telah ditetapkan untuk mengendalikan perjalanan sesuatu majlis sama ada rasmi atau tidak rasmi

Tujuan

o Mengurus perjalanan majlis tanpa sebarang gangguan dan kecacatan

o Menghidupkan suasana semasa majlis dijalankan

Ciri-ciri pengacara

o Personaliti yang menariko Suara yang jelaso Berkeyakinan dirio Pandai bermain bahasa dan emosio Berdaya intelektual tinggi

Jenis-jenis majlis

o Majlis rasmi - Mempunyai prosedur undangan,sistem panggilan dan peraturan

pakaian- Dihadiri oleh raja,menteri dan orang-orang kenamaan

o Majlis separuh rasmi- Dikira sebagai majlis formal- Tidak melibatkan barisan kenamaan yang yang

ramai/mempunyai satu taraf hadirin sahaja- Contoh: majlis perasmian/persaraan

o Majlis Tak rasmi- Tidak formal dan bersifat dalaman- Tidak ketat dari segi peraturan- Santai dan tidak melibatkan kenamaan- Contoh: majlis hari lahir/hari keluarga

Page 22: Buku skrap GBM 1103

Kandungan teks

o Memulakan majlis dengan salamo Kata alu-aluan dan selamat datango Menyerikan majlis dengan pantuno Mengetahui nama majliso Memberitahu tujuan dan objektif majlis diadakano Mempunyai atur cara yang lengkapo Mempunyai senarai nama VIP yang lengkapo Menentukan kesinambungan atur cara

Contoh skrip pengacaraHadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis saya bagi pihak majlis meminta kerjasama tuan-tuan dan puan-puan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap. Tuan-tuan dan puan-puan juga diminta mengikuti program ini sehingga ke akhir majlis.

Terima kasih atas kerjasama semua.

8.30 am

Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha DSP ……………………………… , IPD Perak Tengah dengan diiringi oleh Pn. Lidiawati bt. Zamri, Pegawai Perpaduan Daerah, Ust. Amir Hasan b. Razali, Pengerusi KRT Taman Changakat Lada Raya dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

Page 23: Buku skrap GBM 1103

8.35 am

Lagu Negara ku dimainkan

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri....................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

8.45 am

Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Yang berhormat ………

Bacaan Doa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam Perak Aman Jaya. 

Kuntum melati tumbuh melataBurung merbah di pohon cemaraAssalamualaikum pembuka bicaraSelamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,Bunga cengkih di atas jerami;Terima kasih banyak-banyak,Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berusaha  DSPIPD Perak Tengah

Yang Berusaha Pn Lidiawati bt. ZamriPegawai Perpaduan Daerah Manjung & Perak Tengah

Page 24: Buku skrap GBM 1103

Yang Berusaha Ust. Amir Hasan b. RazaliPengerusi KRT Taman Changkat Lada Raya, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Seminar Keselamatan

Ketua-ketua Jabatan,

Pengerusi-pengerusi KRT Daerah Manjung dan Perak Tengah

Pegawai-pegawai PDRM

Dif-dif jemputan

Peserta-peserta Seminar

Dan hadirin sekalian

Selamat datang ke :

Program Seminar Keselamatan Bersama PDRM dan RT Daerah Manjung & Perak Tengah.

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk menjayakan program ini.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke program ini terutamanya kepada Yang Berusaha DSP …………………………………………………… kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua peserta seminar yang hadir untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman. Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan batas sempadannya. Bak kata pujangga ‘Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad’. ‘Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina’. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz ………………………………………. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz ……………………….  atas bacaan doa itu tadi.

Page 25: Buku skrap GBM 1103

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Sekapur sirih tiada berharta,Buat santapan untuk pahlawan;Tampillah tuan kami meminta,Madah ucapan kata aluan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Ust. Amir Hasan b. Razali, Pengerusi Jawatankuasa  Program Seminar Keselamatan merangkap Pengerusi KRT Taman Changkat Lada Raya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

************(Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Ust. Amir Hasan b. Razali atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Puan Lidiawati bt. Zamri, Pegawai Perpaduan Daerah Manjung / Perak Tengah untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan PPD)

Terima kasih kepada  Yang Berusaha Puan Lidiawati bt. Zamri atas ucapan tadi.

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan  Yang Berusaha  DSP,IPD Perak Tengah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Seminar Keselamatandengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Dijemput DSP ke tengah pentas bagi menyempunakan gimik perasmian. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha  DSP atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak berkuasa bagi membenteras jenayah di kawasan masing-masing. Keprihatinan dan tindakan kita akan mencegah dari berlakunya kegitan-kegiatan jenayah. Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.

Ceramah & Tayangan video

Page 26: Buku skrap GBM 1103

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini dengan menjemput ………………………………………………… bagi menyampaikan slot ceramah & tayangan video. Dipersilakan.

************(ceramah).

Sesi Soal Jawab

Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Kepada tuan-tuan dan puan-puan peserta seminar boleh mengemukakan pertanyaan kepada tuan penceramah.

########(soal jawab)

Hariff

Penyampaian Cenderahati

Majlis diteruskan dengan penyampaian cederahati,Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn Lidiawati bt. Zamri, Pegawai Perpaduan Daerah Manjung / Perak Tengah dengan diiringi oleh Yang Berusaha Ust Amir Hasan b. Razali naik ke pentas bagi menyempurnakannya.

Sebagai tanda terima kasih kami,Majlis menjemput DSP bagi menerima cederahati. Dipersilakan.

Majlis menjemput ...................................

Penutup

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha Pn Lidiawati bt. Zamri atas kesudian meyampaikan cederahati.

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Program Seminar Keselamatan, ucapan tahniah buat semua peserta yang memberi kerjasama, sanggup tunggu sehingga selesai.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam seminar ini dan berkongsi dengan rakan-rakan dan jiran-jiran yang tidak dapat turut seta dalam program ini.

Pohon berangan tempat bertemu,Girangnya rasa si anak dara;Baliklah tuan membawa ilmu,Binalah bangsa bangunkan Negara.

Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;

Page 27: Buku skrap GBM 1103

Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja untuk kali ini.  Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan saya.

Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk semua,Di lain masa bersua lagi.

Rumpun nipah tepi telaga,Diambil orang buat nira;Hidangan di meja sudah tersedia,Sebelum pulang jemput semua menjamu selera.

Sekian, tarima kasih.....Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum pulang,Dijemput semua peserta dan hadirin untuk menjamu selera.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA