Buku Skrap KT Tahun 5

17
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ KAYAMAN 02450 BUKIT KETERI,PERLIS BUKU SKRAP KAJIAN TEMPATAN TAJUK : PULAU DAN PINGGIR LAUT MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD ZHARFAN AFIF BIN ZAMZURI KELAS : 5 MAJU

description

Buku Skrap KT Tahun 5

Transcript of Buku Skrap KT Tahun 5

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ KAYAMAN

02450 BUKIT KETERI,PERLIS

BUKU SKRAPKAJIAN TEMPATAN

TAJUK : PULAU DAN PINGGIR LAUT MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH

MUHAMMAD ZHARFAN AFIF BIN ZAMZURI

KELAS : 5 MAJU

BIODATA DIRI

NAMA: MUHAMMAD ZHARFAN AFIF B. ZAMZURI

UMUR : 11 TAHUN

TARIKH LAHIR : 05.0 5.2002

ALAMAT : NO 11 LORONG MELATI 3,TAMAN MELATI INDAH 02400 BESERI,PERLIS

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ KAYAMAN

GURU KELAS : PN MAHANI BAKAR

PENGENALAN

Malaysia adalah negara yang mempunyai bentuk muka bumi yang indah. Bentuk muka buminya terdiri daripada tanah tinggi, tanah pamah, saliran, pinggir laut dan pulau. Terdapat banyak pulau di negara kita

PULAU REDANG

Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Trengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.

Pulau Tioman

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam Rompin pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.

PELANCONG

Jumlah pelancong yang mengunjungi pulau ini pada tahun 1998 ialah 800-1200 orang. Antara pelancong yang mengunjungi pulau ini berasal dari Negara Jerman, Perancis, Itali, England, Singapura dan lain-lain negara. Dalam setahun, 10,000 - 50,000 pelancong datang ke pulau ini. Pada tahun (2009) anggaran pelancong yang berkunjung ke pulau ini meningkat. Jumlah pelancong yang mengunjungi pulau ini mencecah 30,000 - 50,000 orang sebulan. Kebanyakan pelacong yang datang ke pulau ini berasal dari Eropah. Tempat yang menjadi tumpuan ramai untuk dikunjungi ialah Kg.Salang. Antara resort popular di Kampung Salang ialah Salang Pusaka Resort, Salang Sayang Resort & Salang Indah Tioman, kebanyakkan resort diusahakan oleh penduduk Kampung Salang sendiri.

Asal-usul nama

Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

Pulau Langkawi

.

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Asal-usul nama

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.

"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.

Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Pulau Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.

Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.[1][2]

Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).

PULAU DAYANG BUNTING

Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

Pulau Langkawi dan Kepentingan Pulau Dayang Bunting

Pulau Langkawi merupa Pulau yang strategik di dalam pertahanan Negeri Kedah dalam pergolakan sejarah dari ancam Siam. Ia merupakan benteng awal dan pusat tinjau pergerakan musuh yang melalui jalan laut. Dari Gunung Mat Chinchang seluruh Langkawi dapan di pantau. Ia juga laut sekeliling terutama laluan ka Kuala Kedah Pengkalan kepada ibu Negeri Kedah. Oleh kerana negeri Kedah menghadapi kemarau lebih empat bulan setahun (Dis hingga April) bekalan air amat penting kepada orang Langkawi khusus nya pelaut dan nelayan. Sebab itu takungan air tawar membuat pulau itu menjadi penting. Oleh kerana zaman dulu tiada rujukan lokasi secara moden semua lokasi di beri dalam rupa bentuk supaya Nelayan mudah mencari. Jadi sifat bentuk orang mengandung sedang tidur menjadi rujukan Pulau Dayang Bunting.Kepentingannya di zaman dahulu ialah untuk mendapat bekalan air tawar.

Geologi Pulau Dayang Bunting dan Kejadian Kolam Takungan atas paras laut

Pulau Dayang Bunting dan kebanyakan pulau pulau di sekitar kawasan tersebut adalah terdiri dari batu mendap jenis batu kapur.Oleh kerana batu kapur mudah lulur hawa kebanyakan bukit terbentuk dari kapur menegak. Ia terjumpa di banyak kawasan di Semenanjung seperti Bukit Temiang ,Perlis,Gunung Keriang Kedah dan Gugusan Gua Tempurung di Ipoh,Batu Cave di Kuala Lumpur. Hakisan air menyebabkan terbentuk gua dan staglatite(mengantung) dan staglatmite(membusut).Gua ini hasil hakisan air hujan asid bercarbonate. Keadaan yang sama berlaku di Pulau Bidan ia lah lulur hawa air hujan berasid bertahun menjadikan rekahan membesar menjadi gaung dan tasik.Oleh kerana air hujan yang terkumpul ia adalah air tawar berbading air laut di sekeliling.

Pulau Kapas

Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.

Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.

Sejarah

Pulau Kapas disebut oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun antara 1851 dan 1852 seperti berikut:

"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."

Keistimewaan

Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan samudera dengan hidupan laut yang cantik dan asyik.

Terdapat beberapa bot karam yang telah tenggelam, sesuai untuk penggemar selam skuba. Pulau Gimia yang terletak berhampiran Pulau Kapas menyediakan panorama yang unik.

PULAU PERHENTIAN

Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.

Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.

PULAU PAYAR

Taman Laut Pulau Payar terletak di perairan Kedah yang boleh dikunjungi melalui tiga cara iaitu dari Kuala Kedah, Pulau Langkawi atau Pulau Pinang. Jika anda berada di Alor Star, lebih baik menaiki bot dari jeti Kuala Kedah berhampiran Marina Kuala Kedah (kira-kira 30 minit menaiki bot laju).

Ciri-ciri fizikal

Taman laut ini terdiri daripada empat pulau iaitu Pulau Payar[1], Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang. Pemandangan pulau ini memang cantik dan asli. Bongkah batu di pinggir pantai bagai disusun rapi, pasirnya putih bersih dan airnya sangat jernih hinggakan belang pada badan anak ikan boleh dilihat dengan jelas. Setiap bulan seramai 10,000 pengunjung datang ke sini.

Keistimewaan

Ikan pelbagai bentuk dan warna seperti merah, biru dan hijau, ikan berwarna jingga pun ada. Paling menarik ialah ikan bayan (warnanya seperti burung bayan), yang besar dan berenang tenang. Gigitan halus ikan-ikan cantik yang berebut roti terasa-rasa di tangan.

Petugas taman laut memberi makan ikan alu-alu atau baracuda yang datang dalam kumpulan kira-kira 20 ekor. Saiznya dianggarkan melebihi satu meter panjang.

Pusat pembiakan dan pengembangan semula jadi beberapa spesies marin.

Tukun Tiruan

Ada lima jenis tukun ditenggelamkan di sini untuk pembiakan spesies laut yang berbeza:

Tayar Polivinil klorida (PVC)

Konkrit Bot buruk Seramik

Tukun paip seramik amat sesuai untuk pembiakan udang karang manakala tukun bot yang diletakkan di Pulau Kaca pada kedalaman 21 hingga 24 meter menjadi tempat bermain ikan yang lebih besar. Menariknya, setiap tukun diletakkan di lokasi yang berbeza dan ia boleh dilawati.

Jika ingin melawat batu karang juga boleh mengunjungi Taman Karang yang terletak di hujung Pulau Payar. Batu karang di sini adalah karang lembut yang tumbuh setempat atau berkoloni pada batu pada kedalaman sehingga 18.3 meter. Uniknya, karang ini tiada rangka berkapur yang keras. Karang seperti Scleratis mempunyai pelbagai bentuk dengan warna bergemerlapan.

Kemudahan yang ada

Jeti yang memudahkan pelawat turun dan naik bot pelancong. Ada ada 12 chalet unik berbentuk bola tetapi ia hanya dibuka untuk kegunaan pada siang hari

saja. Kebanyakan pengunjung balik hari kerana di sini bukan saja tiada restoran, tempat bermalam dan sumber air tawar.

Terdapat 183 anak tangga tersedia untuk didaki bermula di Pantai Teluk Wangi. Namun, tarikan hidupan aktif yang berwarna-warni di laut lebih kuat.

Pelantar yang dibina di sepanjang tepi pantai. Tiga wakaf atau gazebo untuk menjamah bekalan yang dibawa atau duduk santai menikmati

keindahan alam.

Peraturan

Taman Laut Negeri Kedah, pengurusan Taman Laut Pulau Payar mengenakan peraturan ketat:

Setiap sampah yang dibawa masuk hendaklah dibawa balik. Pengunjung perlu membawa bekalan sendiri. Selepas makan, jangan lupa masukkan semula semua sampah dalam beg untuk di bawa pulang

bagi mengelakkan pencemaran taman laut. Sebarang aktiviti memancing dalam perairan 2.7 batu nautika akan dikenakan tindakan undang-

undang.

Pulau Pangkor

Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-

Kubu Belanda

1. Kota Belanda2. Batu bersurat3. Pantai Puteri Dewi4. Pantai Pasir Bogak5. Kota Belanda6. Batu bersurat7. Pantai Puteri Dewi8. Pantai Pasir Bogak9. Teluk Nipah

Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.

Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.

Gugusan Pulau Pangkor

Pulau Mentagor Pulau Pangkor Laut Pulau Giam (terletak kira-kira 3.8 batu nautika)

Sejarah

Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama .

1670: Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak. Selalu terjadi aktiviti lanun di Selat Dinding.

1874: Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor. Perjanjian ini bersetuju dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak. Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga setuju untuk didamaikan dan ini menguntungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris. (SHTI)