buku skrap merdeka

download buku skrap merdeka

of 13

Transcript of buku skrap merdeka

Hasil nukilan: Amir amirnuddin che ayob (2g) Mohd Saiful alif suhaili (2g) Yusmal Daniel hakim yusoff

(2g)

PERSATUAN SEJARAH SMKAH 2011

[BUKU SKRAP SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA]

PERSATUAN SEJARAH SMKAH 2011

[BUKU SKRAP SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA]

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka. Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang

PERSATUAN SEJARAH SMKAH 2011

[BUKU SKRAP SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA]

dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan. Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan KemerdekaanApabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'. Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya. 7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menelefon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam. 9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak. Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

PERSATUAN SEJARAH SMKAH 2011

[BUKU SKRAP SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA]

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke. Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu. Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci. Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

PERSATUAN SEJARAH SMKAH 2011

[BUKU SKRAP SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA]

31 Ogos merupakan detik yang amat penting buat negara kita. Pada tahun 1957, tanggal tersebut merupakan tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) seperti yang dijanjikan oleh kerajaan British dalam Perjanjian London pada tahun 1956. Setelah Suruhanjaya Reid selesai digubal dan seterusnya dikuatkuasakan, Malaysia sudah cukup sedia untuk mula berkerajaan sendiri. Maka, pada tarikh 31 Ogos 1957, negara kita secara rasminya diisytiharkan bebas daripada kuasa asing.

Satu pemasyhuran kemerdekaan dibuat khas untuk detik bersejarah itu bagi menunjukkan rasa bangga dan semangat patriotisme kepada tanah air yang dicintai. Pemasyhuran ini menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah pun dibebaskan daripada penjajahan British untuk selama-lamanya.

PERSATUAN SEJARAH SMKAH 2011

[BUKU SKRAP SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA]

Rentetan Perisitwa Pemasyhuran Kemerdekaan.30 Ogos 1957.

Pada malam 30 Ogos 1957, ramai orang berkumpul di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur untuk menantikan detik 12.00 tengah malam yang menandakan kemerdekaan negara. Apabila jam menunjukkan waktu 12.00 tengah malam, bendera Union Jack yang berkibar di padang tersebut diturunkan oleh beberapa orang pemuda UMNO. Kemudiannya, mereka menaikkan pula bendera Persekutuan Tanah Melayu untuk menggantikan bendera British itu.

Perisitwa tersebut disaksikan oleh ribuan rakyat negara dan mereka bersorak penuh kegembiraan sebaik sahaja bendera tersebut mencecah bumi. Mereka juga melaungkan MERDEKA untuk menandakan kemenangan rakyat yang terlepas daripada belenggu penjajah. Malam itu, sebilangan besar rakyat Tanah Melayu berada di Padang Kelab Selangor untuk menyaksikan bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah di puncak tiang.

PERSATUAN SEJARAH SMKAH 2011

[BUKU SKRAP SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA]

1) Bendera Union Jack diturunkan

2)Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan

PERSATUAN SEJARAH SMKAH 2011

[BUKU SKRAP SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA] 31 Ogos 1957.

Pemasyhuran kemerdekaan telah dilaksanakan dengan penuh gilang gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Uniknya, stadium tersebut hanya siap dibina sehari sebelum pemasyhuran kemerdekaan diadakan. Bangunan ini dibina khas untuk upacara pengisytiharan kemerdekaan dan ia telah melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka.

Ribuan rakyat datang membanjiri stadium tersebut. Setiap tempat duduk dipenuhi oleh mereka yang sanggup datang jauh demi menyaksikan pemasyhuran ini. Di pentas khas, raja-raja Melayu yang segak dengan pakaian rasmi songket serta dipayungi dengan payung diraja, duduk bersemayam bagi menyaksikan pemasyhuran bersama rakyat jelata. Duke of Wellington yang mewakili Ratu Elizabeth turut hadir dan bersedia dengan dokumen penyerahan kuasa. Beliau telah memulakan upacara pada hari itu dengan menyampaikan ucapan Ratu England. Setelah itu, beliau menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, ketua negara Persekutuan Tanah Melayu. Peristiwa ini menandakan pemulangan semula kuasa politik negara kepada pemerintah tempatan setelah diperintah beratus tahun lamanya oleh penjajah.

Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Parti Perikatan (bakal Perdana Menteri yang pertama) tampil ke hadapan bagi membaca pengisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang sekali. Setelah selesai, Tunku kemudiannya melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak tujuh kali. Para penonton yang hadir menyahut seruan Tunku dengan melaungkan kembali seruan MERDEKA!. Semangat cinta akan negara membakar diri mereka ditonjolkan melalui suara lantang mereka menyambut seruan Tunku.

PERSATUAN SEJARAH SMKAH 2011

[BUKU SKRAP SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA]

Di sini kami ada beberapa gambar yang dapat kami kumpulkan...

1) Akhbar Berita Harian menyiarkan berita kemerdekaan Tanah Melayu

PERSATUAN SEJARAH SMKAH 2011

[BUKU SKRAP SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA]

2) Akhbar Utusan Zaman turut menyiarkan peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan

3) Akhbar The Malay Mail memaparkan Pemasyhuran Kemerdekaan di muka depannya.

3)Tunku Abdul Rahman memimpin rakyat melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali.

PERSATUAN SEJARAH SMKAH 2011

[BUKU SKRAP SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA]

Begitulah suasana di Stadium Merdeka pada pemasyhuran kemerdekaan 1957. Sesungguhnya, kemerdekaan negara ini adalah hasil perjuangan keramat setiap rakyat yang berusaha mendapatkan kemerdekaan untuk negara yang mereka cintai. Kita haruslah menghargai jasa mereka dengan mengekalkan kemerdekaan negara serta memajukan dan menyokong pembangunan negara yang berlangsung.

PERSATUAN SEJARAH SMKAH 2011

[BUKU SKRAP SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA]