buku skrap seni 1.doc

download buku skrap seni 1.doc

of 25

  • date post

    04-Dec-2015
  • Category

    Documents

  • view

    443
  • download

    6

Embed Size (px)

Transcript of buku skrap seni 1.doc

1. Batik

1.1 Perkaitan budaya

Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan Chuna dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air.Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan.1.2 Fungsi kraf

1.2.1 Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. 1.2.2 Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. 1.2.3 Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang oleh pelancong ke negara masing-masing merupakan salah satu identity Malaysia

1.3 Jenis jenis batik

Batik tulis

Batik cap Batik printing (sablon)

1.4 Proses pembuatan / penghasilan

1.4.1 Kain direntang di atas papan yang telah disediakan. Kemudian, ditarik dari hujung ke hujung utk menegangkan kain tersebut bagi memudahkan proses seterusnya, iaitu membuat lakaran.

1.4.2 Corak kain dilukis / lakaran menggunakan pensel (lakaran adalah bebas, mengikut kreativiti dan citarasa pembuat itu sendiri)

1.4.3 Setelah kain selesai dilakar, dengan menggunakan canting yang diisi dengan wax (lilin yg cair), design yang dibuat tadi dilapis / diikut lagi lakarannya (tujuan penggunaan wax di sini adalah supaya ketika diberikan perwarna ke atas kain, bahagian yang dilukis menggunakan wax tidak akan terkena ataupun terkeluar)

1.4.4 Permukaan yang kosong kemudiannya, diisi dengan dye (warna). Warna yang dipilih adalah bebas mengikut citarasa.

1.4.5 Selesai mewarna, hasil pembuatan batik hendaklah dikeringkan (minimum 24 Jam).

1.4.6 Bagi batik rekaan atau bukan untuk dijual, batik yang sudah dikeringkan tadi kemudiannya digosok menggunakan sterika (tujuannya ialah untuk menghilangkan lapisan lilin). Bagi batik yang dijual atau yang akan dikomersilkan, batik yang sudah dikeringkan itu kemudiannya direbus dengan air panas selama beberapa minggu (tujuannya juga sama seperti batik yang bukan untuk dijual; adalah untuk menghilangkan lapisan lilin sehingga tulisan lilin yang ditulis sebelumnya dapat dilihat dengan lebih jelas).1.5 Ragam hias

Terdapat beberapa jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik. Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik,akar menjalar, daun, ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain batik ela.Setiap Motif ini mempuyai motif yang tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.

Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya.Tapi unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama Islam masyarakat.Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini seringkali digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat batik.

2. Seni Tekat

Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.2.1 Perkaitan budaya

Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.

Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat.Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin.2.2 Fungsi kraf

2.2.1 Seni kraftangan tekat digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya.

2.2.2 Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah.2.3 Proses pembuatan / penghasilan

2.3.1 Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai.2.3.2 Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter.

2.3.3 Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.

2.3.4 Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkanpada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam.2.3.5 Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini.2.3.6 Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu n menjadi tegang.

2.3.7 Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar.2.3.8 Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

2.4 Ragam hias

Ragam hias tekat terbahagi kepada dua iaitu :

2.4.1 Dua dimensi seperti lapik dulang (tetampan), tikar, kipas, penyangkut kelambu, dan selempang.

Antara barangan tekat dua dimensi2.4.2 Tiga dimensi seperti tepak sireh, bekas pensel, kasut dan tudung saji

Antara barangan tekat tiga dimensi

3. Tembikar

Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air.3.1 Perkaitan budaya

Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan sebagainya.3.2 Fungsi kraf

3.2.1 Di Perak tembikar dikenali sebagai labu. Ia digunakan sebagai tempat menyimpan air. Air di dalam labu menjadi sejuk dan segar apabila diminum.

3.2.2 Di Negeri Sembilan tembikar digunakan sebagai lapik tiang rumah. Banyak digunakan di Cenor dan Jelebu.

3.2.3 Di Sarawak tembikar digunakan oleh Suku Kelabit untuk menyimpan mayat dalam tempayan. Suku Dayak membuat pekasam ikan dan disimpan didalam tempayan untuk upacara Hari Gawai.3.2.4 Di Sabah Tempayan digunakan untuk memanggil hujan. Suku kaum murut menyimpan air tapai atau tuak dalam tempayan. Tempayan juga sebagai hadiah perkahwinan, menyambut kelahiran bayi dan kematian.

3.2.5 Dalam Masyarakat Melayu Tradisi tembikar digunakan sebagai tempat perembunan, perasap kemenyan, dan menyimpan air.

3.3 Proses pembuatan / penghasilan

3.3.1 Teknik picit - Dengan menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.

3.3.2 Teknik lingkaran - Tanah liat digelek de