Buku Sumber Bola Jaring
-
Upload
lee-kah-wei -
Category
Documents
-
view
214 -
download
12
description
Transcript of Buku Sumber Bola Jaring
Buku Sumber Bola Jaring
1.0 Kemahiran 1 – Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat dan cepat dalam jarak yang
dekat. Hantaran ini dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan
melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak
yang dekat.
Gambar
Penerangan
Kedudukan bersedia.
Kedua- dua belah
tangan memegang
bola hampir ke dada
dan tangan
dibengkokkan serta
siku dalam kedudukan
yang seimbang.
( Kedua-dua belah jari
tangan dibuka untuk
mencengkam bola.)
Kaki belakang melangkah
ke arah hantaran. Pada
masa yang sama, luruskan
tangan dan tolak bola
dengan pergelangan
tangan dan ibu jari ke
sasaran pada aras dada
lalu ikut lajak.
Kedudukan badan
semasa menolak bola.
1
Aktiviti/Gambar Penerangan
Aktiviti 1: a) Hantaran aras dada mengikut aras jam.
b) Menerima bola, pivot dan menghantar bola kepada
rakan.
c) Lakukan sehingga habis pusingan dan ulang mengikut
arah lawan jam.
Aktiviti 2: a) X membuat hantaran bola kepada X1, X1 menerima
dan menghantar bola semula kepada X.
b) Hantaran ini dilakukan shingga X5.
c) Selepas X habis, X akan tukar dengan X5 dan X5 akan
menjadi pembaling.
d) Ulangan diteruskan sehingga X1 menjadi pembaling.
Aktiviti 3: a) Bola pada dua pemain iaitu Z dan Z1.
b) Z dan Z1 akan hantar bola kepada pemain di sebelah
kirinya serentak.
c) Menerima bola, pivot dan menghantar bola.
d) Hantaran bola dilakukan secepat mungkin supaya tidak
menarik lambat ritma hantaran bola.
2
Z
Z1
2.0 Kemahiran 2 – Menjaring
Menjaring ialah satu kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap pemain bola jarring.
Pemain yang dibenarkan untuk menjaring dalam permainan adalah GS (Goal Shooter) dan
GA (Goal Attack). Jaringan hanya dibenarkan dalam kawasan D iaitu bulatan jaringan.
Percubaan menjaringkan gol boleh dilakukan di mana- mana tempat di dalam kawasan D.
Kemahiran ini memerlukan ketepatan pada sasaran dan pada gelang jaring. Tujuan
melakukan jaringan adalah untuk kemenangan sesebuah pasukan ditentukan oleh jumlah
jaring. Jaringan dikira apabila penjaring berjaya memasukkan bola ke dalam lilitan jaring.
Seseorang penjaring boleh melakukan jaringan dalam kedudukan seperti berikut:
i. Menjaring dengan sebelah tangan
ii. Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring
iii. Melangkah setapak ke belakang dan menjaring
iv. Melangkah setapak ke sisi dan menjaring
v. Melompat dan menjaring
Gambar
Penerangan
Memegang bola
dengan kedua- dua
belah tangan ( jari
dibuka dan
melengkung, ibu jari di
belakang bola) di
bahagian atas kepala
serta dapat lihat jaring..
Bengkokkan siku sambil membengkokkan lutut.
Luruskan lutut dan melambung bola ke jaring
dengan meluruskan kedua- dua belah tangan dan
dibantu oleh pergelangan tangan serta jari.
Akhirnya, ikut lajak.
3
Aktiviti/Gambar Penerangan
Aktiviti 1:
a) Pemain menjaring bola di tempat yang ditentukan iaitu
lima kedudukan yang berbeza dan berjarak 2 meter
daripada tiang gol.
b) Setiap pemain mesti mendapat 20 markah dalam aktiviti
ini.
c) 1 bola dijaring masuk dikira 1 markah.
d) Peluang untuk pemain tidak ditentukan.
Aktiviti 2: a) Pemain X berdiri di dalam bulatan sebagai tiang gol.
b) Pemain X akan hantar bola kepada X, X1 akan lompat
dan sambut bola serta membuat jaringan ke arah X.
c) Ulangan ini akan diteruskan secara sama kepada X2 –
X5.
d) Selepas X5 membuat jaringan, X akan tukar tempat
dengan X1.
e) Aktiviti dikira habis apabila X5 telah menjadi tiang gol di
tengah.
Aktiviti 3:
a) Aktiviti ini membahagikan 5 orang dalam satu
kumpulan. Seorang dari setiap kumpulan akan menjadi
tiang gol di kedudukan X.
b) Pemain hanya bergerak dalam kawasan yang
ditetapkan.
c) Pemain akan menghantar bola secara menjaring
kepada ahli pasukan yang bertindak sebagai tiang gol.
d) Setelah gol dijaringkan, pasukan lawan akan
memulakan permainan lagi.
e) Pasukan yang dapat menjaringkan 10 gol dahulu dikira
4
XX1
X2
X3
X4 X5
X X
menang.
3.0 Kemahiran 3 – Pergerakan: Gerakan Kaki
Gerakan kaki ialah pergerakan seseorang pemain selepas menerima bola dan kaki
mendarat sama ada satu kaki ataupun dua kaki. Pemain melompat, menerima bola dan
mendarat sama ada sebelah kaki ataupun kedua- dua belah kaki. Ketangkasan pergerakan
memerlukan gerakan kaki tanpa melanggar undang-undang permainan. Kemahiran ini
selalu dikaitkan dengan kemahiran lain. Gerakan kaki bermakna apabila seseorang pemain
telah menerima bola, melompat atau melonjak semasa menghantar dan menjaring gol.
Pemain akan dapat mengelakkan diri daripada dikawal oleh pihak lawan semasa membuat
hantaran, menerima bola ataupun membuat jaringan jika menguasai kemahiran gerakan
kaki. Kemahiran ini boleh dilakukan seperti:
a) Mendarat atas sebelah kaki:
a. Pemain boleh mendarat dengan menggunakan kaki
kanan dan diikuti dengan kaki kiri. Untuk mengimbangkan
badan, pemain hendaklah melontarkan bola sebelum kaki
yang mula mendarat tadi memijak lantai semula.
b. Untuk mengimbangkan diri dan bergerak jauh di samping
memberi kekuatan kepada lontaran bola yang seterusnya.
Pemain boleh mendarat pada kaki kanan, melompat dari
kaki yang sama ke kaki kiri dan melompat semula
sebelum melepaskan bola.
b) Mendarat atas dua belah kaki
a. Mendarat di atas kedua- dua belah kaki,
melangkah dengan sebelah kaki serta
membaling bola.
b. Pemain dibenarkan mendarat di atas kedua- dua
belah kaki secara serentak dan kemudiannya
terus melompat dengan dua belah kaki tersebut
tetapi bola mestilah dihantar kepada rakan
pasukan yang lain sebelum mendarat semula.
c. Dalam pendaratan kedua-dua belah kaki,
pemain boleh memilih sebelah kaki sebagai paksi untuk berpusing beberapa kali
pada kaki yang satu lagi sebelum menghantar bola kepada ahli pasukan yang
lain. Tujuannya adalah membolehkan pemain yang sedang memegang bola untuk
5
mencari dan memerhatikan kepada mana satu ahli pasukan seterusnya bola akan
dihantar.
Gambar
Penerangan
Keadaan sedia untuk
menerima bola.
Menyambut bola di
hadapan dengan
menggunakan kedua-
dua belah tangan dan
mendarat dengan
sebelah kaki.
Mendarat pada
sebelah kaki lalu diikuti
dengan kaki yang
sebelah lagi. Kaki yang
mendarat kemudian
boleh bergerak
manakala kaki yang
mendarat dahulu
adalah paksi.
Aktiviti/Gambar Penerangan
Aktiviti 1:
a) Pemain melambung bola ke atas dan depan dan
melompat untuk menyambut bola lalu mendarat.
b) Pemain mendarat dengan kedua- dua belah kaki.
c) Pemain memilih sebelah kaki untuk menjadi paksi dan
sebelah kaki untuk berpusing.
d) Pemain berpusing lalu melambung bola lagi untuk
pergerakan ini.
6
Aktiviti/Gambar Penerangan
Aktiviti 2: a) Pemain A hantar bola kepada B.
b) B akan bergerak ke hadapan untuk menyambut bola
dengan kaki mendarat melepasi garisan.
c) Kemudian B hantar bola kepada A semula dan berlari
ke belakang D.
d) Pergerakan diteruskan secara sama oleh C dan D.
e) Aktiviti yang sama diteruskan sehingga D menghantar
bola.
Aktiviti 3: a) Pemain A hantar bola kepada B
b) B akan berlari ke kanan untuk menyambut bola dengan
mendarat kedua- dua belah kaki.
c) Selepas B menyambut bola dan berpusing ke belakang,
C akan berlari ke kiri untuk menyambut bola yang
dihantar oleh B.
d) C akan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan
melakukan pelakuan sama dengan B.
e) D dan E akan teruskan pelakuan yang sama.
f) Aktiviti yang sama diteruskan selepas E menyambut
bola.
7
AD C B
A B C D E
A B C D E
4.0 Kemahiran 4 – Mengadang
Mengadang ialah kemahiran asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk
menghalang pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring
gol. Setiap pemain akan mengawal pemain lawan dan cuba untuk merampas semula
penguasaan bola. Kebiasaannya, kawalan dilakukan secara satu lawan satu di mana setiap
pamain akan mengawal lawannya sepanjang permainan. Kemahiran ini amat memerlukan
pemain menjangkakan arah bola yang akan dihantar dan siapa dalam pasukan lawan akan
dihantar bola tersebut. Pemain harus mengadang pemain lawan dengan syarat 3 kaki jauh
jika pemain sudah dapat bola. Manakala, pemain lawan jika belum dapat bola, pemain
pertahanan boleh:
i. Berdiri menghadap pemain lawan.
ii. Berdiri membelakangkan pemain lawan.
iii. Berdiri di sisi pemain lawan.
iv. Berdiri di belakang pemain lawan.
Dalam setiap cara mengawal, pemain tidak dibenarkan menyentuh pihak lawan.
8
i
ii
iii
iv
Gambar
Penerangan
Kedudukan di sisi
pemain lawan, tangan
rapat dengan badan.
Pemain menolah sekali-
kala bagi memerhatikan
di mana bola berada di
samping terus
mengawal pemain
lawan.
Pemain dibenarkan
menghulurkan tangan
untuk cuba menghalang
bola dengan syarat jarak
yang dibenarkan.
Kedudukan badan
selepas melakukan
hadangan tanpa
melanggar pamain
lawan.
Aktiviti/Gambar Penerangan
Aktiviti 1: a) B berdiri di depan A dalam jarak 3 kaki.
b) A akan cuba menghantar bola kepada C.
c) B mengadang dan mendapatkan bola.
d) Pergerakan diteruskan sehingga B membuat 15 kali
percubaan dan diganti oleh C sebagai pengadang.
9
e) Aktiviti tamat apabila A menjadi pengadang.
Aktiviti 2: a) A dan B akan menghantar bola antara satu sama lain.
b) C akan cuba memintas bola yang dihantar antara A dan
B.
c) C haruslah mendapat bola sebanyak 5 kali.
d) Pengadang ditukar selepas C selesai dan aktiviti
diteruskan.
e) Aktiviti tamat sehingga sehingga A dan B menjadi
pengadang.
Aktiviti 3: a) A memegang bola.
b) C akan berlari ke kiri atau kanan untuk menyambut
bola.
c) B akan cuba memintas bola yang di hantar antara A
dan C.
d) Pergerakan diteruskan sehingga B dapat memintas bola
5 kali.
e) B tukar kedudukan dengan C, aktiviti diteruskan.
f) Aktiviti selesai sehingga A menjadi pengadang.
10
C B A
C
A
B
A
C
B
3 kaki
2.5 m
5.0 Kemahiran 5 – Mengelak
Mengelak ialah satu kemahiran yang membolehkan seseorang pemain bebas
daripada kawalan pemain lawan dan berpeluang untuk melakukan tindakan selanjutnya.
Kemahiran ini adalah pergerakan yang cepat yang perlu dilakukan daripada asas yang
rendah untuk menjana pergerakan yang bertenaga. Cara mengelak pemain lawan haruslah
tidak melanggar undang- undang. Langkah mengelak boleh dilakukan dalam semua arah
seperti ke sisi, ke hadapan atau ke belakang. Terdapat beberapa asas mengelak, iaitu:
i. Berlari ke arah yang sesuai.
ii. Berlari laju dan berhenti dengan mengejut.
iii. Berlari perlahan dan tukar kepada berlari laju.
iv. Mengacah dan bergerak ke suatu arah. (mengelak acan)
Gambar
Penerangan
Berada dalam
kedudukan bersedia.
( Kaki dibuka dengan
berat badan di
bahagian kaki.)
Untuk mengelak ke
kanan, bongkokkan
badan ke kiri untuk
mengelirukan pemain
lawan. ( Mengacah)
Bergerak ke kiri
selepas pamin
mengikut ke arah
kanan.
11
Aktiviti/Gambar Penerangan
Aktiviti 1: a) X menjadi pengadang berdiri static.
b) X1 mengacah ke kanan dan keluar ke kiri.
c) Pelakuan yang sama dilakukan 5 kali kanan dan tukar
X1.
d) Aktiviti diteruskan dengan mengacah ke kiri dan keluar
ke kanan sebanyak 5 kali untuk X dan X1.
Aktiviti 2: a) B dan C bertindak sebagai ibu ayam.
b) D dan E bertindak sebagai anak ayam.
c) A bertindak sebagai helang akan cuba menangkap
anak ayam dengan sentuhan.
d) Ibu ayam akan cuba mengelakkan anak ayam
ditangkap.
e) Jika anak ayam ditangkap, helang akan menggantikan
tempat tersebut.
Aktiviti 3: a) A memegang bola.
b) C akan mengelak ke kanan dahulu jika C ingin berlari
ke kiri untuk menyambut bola. Pelakuan yang sama
akan dilakukan untuk arah yang bertentangan.
c) B hanya di benarkan bergerak satu langkah ke sisi
untuk menghalang hantaran bola antara A dan C.
d) Pelakuan diteruskan sehingga C dapat menyambut
12
A
C
B
D
E
A
bola 10 kali.
e) C tukar kedudukan dengan A, aktiviti diteruskan.
f) Aktiviti tamat sehingga B melakukan aktiviti yang
sama.
6.0 Kesilapan yang biasa dilakukan semasa mengaplikasikan kemahiran tersebut.
Dalam setiap permainan akan ada satu kesilapan yang biasanya dilakukan oleh
pemain. Dalam permainan bola jaring, kesilapan yang biasanya dilakukan ialah gerak kaki.
Contoh kesilapan gerak kaki adalah seperti berikut:
KESILAPAN PEMBETULAN
i. Kaki mendarat melangkah dan
didaratkan semula.
Cepatkan menghantar bola.
ii. Kaki mendarat terangkat semasa
membuat langkah 1½
Pastikan badan seimbang dan berat
badan di bahagian kaki.
iii. Kaki mendarat terseret. Pastikan badan seimbang dan berat
badan di bahagian kaki.
7.0 Cara membetulkan kesalahan melalui latihan
Latihan/Gambar Penerangan
Latihan 1: a) Pemain A hantar bola kepada B.
b) B akan bergerak ke hadapan untuk menyambut bola
13
C
B
3 kaki
2.5 m
dengan kaki mendarat melepasi garisan.
c) Kemudian B akan bergerak dengan kaki yang
mendarat kemudian secara berputar.
d) B akan berputar balik dengan menghadap A dan
menghantar bola kepada A semula dan berlari ke
belakang D.
e) Pergerakan diteruskan secara sama oleh C dan D.
f) Latihan yang sama diteruskan sehingga D
menghantar bola.
g) Latihan ini dilakukan sebanyak 10 kali seorang
Latihan 2: a) A hantar bola kepada B.
b) B akan bergerak ke hadapan bermula dengan kaki
kanan sambil menerima bola lalu melangkah ke
depan dengan kaki kiri dan melonjak serta
menghantar bola ke A sebelum kaki kanan
mendarat.
c) Pelakuan ini mesti melepasi garisan semasa
melonjak.
d) Selepas menghantar bola, B akan berlari ke belakng
D.
e) Pergerakan yang sama diteruskan oleh C dan D.
f) Latihan diteruskan dengan bergilir- gilir menjadi
pembaling.
g) Setiap orang sekurang-kurangnya melakukan 10
kali.
Latihan 3: a) Pemain A hantar bola kepada B
b) B akan berlari ke kanan untuk menyambut bola
dengan mendarat kedua- dua belah kaki.
c) Selepas B menyambut bola dan berputar ke
belakang dengan arah yang paling dekat, C akan
berlari ke kiri untuk menyambut bola yang dihantar
oleh B.
d) C akan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan
14
AD C B
A B C D E
Kanan Kiri Kanan
D C B A
melakukan pelakuan yang sama dengan B.
e) D dan E akan teruskan pelakuan yang sama.
f) Latihan yang sama diteruskan selepas E
menyambut bola.
g) Latihan yang sama akan dilakukan sebanyak 10
kali.
Latihan 4:
Gerak kaki dilatih seperti:
a) Pemain akan berlari dari satu hujung gelanggang
ke satu lagi hujung gelanggang secara ulang alik.
b) Apabila jurulatih meniupkan wisel, semua pemain
dikehendaki berhenti dengan serta merta dan
memutar.
c) Kaki mendarat akan menjadi paksi dan kaki
mendarat kemudian bergerak. Kaki bergerak ke
depan dan pulang semula ke tempat asal.
d) Wisel yang kedua berbunyi dan pemain bermula
lari lagi.
15
A B C D E
Rujukan
Aminah Mohd. Salleh. (1989). Bola Jaring. Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Fouzee H.A. (1898). Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani; Bola Jaring. Penerbitan
Sri Maju Sdn. Bhd.
Kamsul Khusairi. (2012). 1 bola jaring. http://www.slideshare.net/kamsulkhusairi/1-bola-
jaring dilayari pada 16 Mac 2015.
Lim Chew Sin et. al (xxxx). Sukan Bola Jaring. Putrajaya: Bahagian Sukan Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Mohd. Taib Harun & Norlena Salamuddin. (2006). Bola Jaring: Meniti Tangga Kejayaan.
Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd.Sofian Omar Fauzee (2006). Drill Bola Jaring. Karisma Publication Sdn.Bhd.
Suhaida Binti Mt Salleh et. Al (2013) Pp Bola Jaring. http://www.slideshare.
net/umisarahmohdsuhaimi/pp-bola-jaring dilayari pada 15 Mac 2015.
WordPress. (2014). Kemahiran Asas Bola Jaring. http://projectgen-y.com/3a
/farahin/?page_id=20 dilayari pada 15 Mac 2015.
16