Bulan Penghayatan Ad-Deen filemasyarakat yang bukan sahaja melibatkan golongan berpendapatan rendah...

6
Disediakan oleh Dr. Wan Noor Hazlina Wan Jusoh Pensyarah Kanan ACIS UiTMCTKD EDISI OGOS 2018 BIL. 8/2018 AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM CAWANGAN TERENGGANU SURA HUJUNG, 23000 QALAM Penasihat Dr. Azarudin Awang Editor Nor Adila Mohd Noor Sidang Redaksi Ruhaizah Abd. Ghani Che Norzila Sulong Bulan Penghayatan Ad-Deen HUTANG Dari Perspektif Islam

Transcript of Bulan Penghayatan Ad-Deen filemasyarakat yang bukan sahaja melibatkan golongan berpendapatan rendah...

Page 1: Bulan Penghayatan Ad-Deen filemasyarakat yang bukan sahaja melibatkan golongan berpendapatan rendah malah turut membabitkan golongan di peringkat pertengahan, berpendapatan tinggi

Disediakan oleh

Dr. Wan Noor Hazlina Wan Jusoh

Pensyarah Kanan ACIS UiTMCTKD

EDISI OGOS 2018 BIL. 8/2018

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM CAWANGAN TERENGGANU

SURA HUJUNG, 23000

QALAM

Penasihat

Dr. Azarudin Awang

Editor

Nor Adila Mohd Noor

Sidang Redaksi

Ruhaizah Abd. Ghani

Che Norzila Sulong

Bulan Penghayatan Ad-Deen

HUTANG Dari Perspektif Islam

Page 2: Bulan Penghayatan Ad-Deen filemasyarakat yang bukan sahaja melibatkan golongan berpendapatan rendah malah turut membabitkan golongan di peringkat pertengahan, berpendapatan tinggi

HUTANG DARI PERSPEKTIF

ISLAM

PENDAHULUAN

Gara-gara ingin mengejar kemewahan dan kesempurnaan hidup, manusia

sanggup berhutang. Inilah senario yang biasa berlaku dalam masyarakat kita

pada hari ini. Golongan ini berpegang kepada prinsip gaya hidup mewah

meskipun hutang keliling pinggang. Punca utama mereka berhutang adalah

untuk bermegah-megah kepada rakan-rakan dan menunjuk-nunjuk kepada

orang ramai yang dia memiliki harta yang lebih daripada orang lain. Tidak

dinafikan, ada juga golongan yang berhutang kerana betul-betul memerlukan

wang bagi menyelesaikan perbelanjaan harian keluarga yang seakan-akan

tiada penghujungnya.

Justeru, hutang sememangnya adalah suatu keperluan biasa bagi ke-

banyakan manusia, termasuklah umat Islam. Walau bagaimanapun, fakta

membuktikan bahawa memperbanyakkan hutang tanpa sebab yang mu-

nasabah adalah kurang digalakkan menurut pandangan Islam. Maka,

sewajarnya kita menjauhi hutang semampu boleh. Punca utama seseorang

itu berada dalam kemelut hutang adalah kurang ilmu tentang pengurusan

kewangan termasuklah cara-cara untuk menguruskan hutang.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN HUTANG

Kamus Dewan mendefinisikan ‘hutang’ sebagai wang dan lain-lain yang

dipinjam daripada orang lain. Hutang dalam bahasa Arab ialah dayn yang

bermaksud sebarang liabiliti (tanggungan) sama ada dalam bentuk wang

atau sebagainya. Walau bagaimanapun, skop perbincangan dalam penu-

lisan ini adalah berkisar tentang liabiliti dalam bentuk wang sahaja iaitu yang

Page 3: Bulan Penghayatan Ad-Deen filemasyarakat yang bukan sahaja melibatkan golongan berpendapatan rendah malah turut membabitkan golongan di peringkat pertengahan, berpendapatan tinggi

melibatkan transaksi antara dua pihak, yang satu menyerahkan wangnya kepa-

da yang lain secara sukarela untuk dikembalikan kepadanya oleh pihak kedua

dalam kadar yang sama.

Dalam Islam berhutang adalah harus. Ini bersandarkan dalil berikut:

يا أيها الذين آمنوا إذا تداينتم بدين إلى أجل مسمى فاكتبوه

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang (yang diberi tempoh) hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu”. - Al Baqarah (2):282

Di dalam ayat di atas, Allah S.W.T telah menerangkan dengan jelas peraturan

di dalam urusan hutang piutang khususnya ketika mana Allah memerintahkan

supaya kita membuat perjanjian bertulis agar kita tidak lalai untuk men-

jelaskannya di kemudian hari. Dengan adanya peraturan tersebut dalam

transaksi hutang, sekali gus ia menunjukkan keharusan amalan berhutang itu

sendiri.

Walaupun berhutang adalah sesuatu yang diharuskan, Islam tidak meng-

galakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama

sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan. Fenomena yang

menimbulkan kerisauan dalam masyarakat hari ini ialah wujudnya sikap sege-

lintir anggota masyarakat yang membenarkan tabiat berhutang menguasai ke-

hidupan mereka sehingga membawa kemudaratan bukan sahaja kepada diri

sendiri malah ahli keluarga.

Senario ini menyebabkan tabiat berhutang semakin menular dalam

masyarakat yang bukan sahaja melibatkan golongan berpendapatan rendah

malah turut membabitkan golongan di peringkat pertengahan, berpendapatan

tinggi dan profesional sama ada kakitangan kerajaan, swasta atau bekerja

sendiri. Rasullulah s.a.w. juga pernah bersabda bahawa tabiat berhutang harus

diperangi sebagaimana memerangi amalan kekufuran:

Page 4: Bulan Penghayatan Ad-Deen filemasyarakat yang bukan sahaja melibatkan golongan berpendapatan rendah malah turut membabitkan golongan di peringkat pertengahan, berpendapatan tinggi

. " أعوذ بالله من الكفر والدين " عن أبي سعيد، عن النبي صلى اهلل عليه وسلم قال . " نعم " فقال رجل تعدل الدين بالكفر قال

Maksudnya: Abu Said al-Khudriyy meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku memohon perlin-dungan daripada Allah daripada perbuatan kufur dan hu-tang. Seorang lelaki bertanya kepada Baginda, adakah kamu samakan kekufuran dengan hutang wahai Rasul-lullah? Baginda menjawab: Ya". (Sunan al-Nasa’i)

Bahkan kita dianjurkan untuk sentiasa memohon perlindungan da-

ripada bebanan dan cengkaman hutang sebagaimana sabda Nabi

s.a.w. di bawah:

اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن، " كان النبي صلى اهلل عليه وسلم يقول " والعجز والكسل، والجبن والبخل، وضلع الدين، وغلبة الرجال

Maksudnya: Bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: "Ya Al-lah, aku mohon perlindunganMu daripada perasaan sedih dan gelisah, kelemahan dan kemalasan, sifat pengecut dan kedekut, cengkaman hutang dan penindasan orang" (Sahih Bukhari)

ETIKA BERHUTANG DALAM ISLAM

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, bahawa berhutang adalah diha-

ruskan dalam Islam. Justeru, terdapat beberapa etika yang perlu dipenuhi

bagi memastikan tidak berlaku pertikaian antara pemiutang dan penghutang

di kemudian hari serta mampu mengeluarkan penghutang dari terus berge-

lumang dengan hutang.

1. Hutang tidak boleh mendatangkan keuntungan kepada si pemiutang

Dalam Islam, hutang yang diberikan perlulah dibayar dalam jumlah yang sa-

ma, melainkan si penghutang dengan rela hati membayar lebih pada saat

pembayaran dibuat sebagai tanda terima kasih dan ia tidak dijanjikan ketika

akad hutang dibuat. Ini kerana, setiap hutang yang membawa keuntungan

hukumnya adalah riba, sebagaimana disebut dalam sebuah hadis:

.

Page 5: Bulan Penghayatan Ad-Deen filemasyarakat yang bukan sahaja melibatkan golongan berpendapatan rendah malah turut membabitkan golongan di peringkat pertengahan, berpendapatan tinggi

KESIMPULAN

Islam menganjurkan umatnya agar bijak menguruskan kehidupan temasuk da-

lam aspek pengurusan kewangan. Meskipun Islam mengharuskan umatnya

berhutang atau membuat pinjaman kewangan, namun tindakan tersebut tidak

sewajarnya dijadikan sebagai amalan atau budaya melainkan dalam keadaan

terdesak atau sangat memerlukan. Tabiat gemar berhutang wajar dihindari

kerana kesannya mengakibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran, kegeli-

sahan, kerisauan dan tertekan sehingga menjejaskan kerukunan institusi

kekeluargaan serta merenggangkan hubungan persaudaraan dan per-

sahabatan. Umat Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan secara berseder-

hana dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah atas daya

usaha masing-masing.

RUJUKAN

Kamus Dewan, (3rd ed.). Kuala Lumpur: Kuala Lumpur.

Rohani, M. S. (2009). Ke Mana Wang Anda? Petaling Jaya, Selangor: Galeri

Ilmu.

Zaharuddin, A. R. (2008). Wang, Anda dan Islam - Halal dan Haram dalam

Kewangan dan Perbankan: True Wealth Sdn Bhd.

Sunnah.com, (2018). https://sunnah.com/

كل قرض جر نفعا فهو الربا

Maksudnya: “ Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjam maka ia adalah riba”

Setiap hutang yang membawa keuntungan hukumnya adalah riba dan ia sememangnya diharamkan dalam Islam yang jelas dinyatakan dalam al Quran:

وأحل الله البيع وحرم الربا

Maksudnya: “… Dan Allah telah menghalalkan jual beli da mengha-ramkan riba…” – Al-Baqarah (2): 275

Ini kerana, hutang adalah untuk mengurangkan beban dan bukan mem-

bebankan si penghutang.

2. Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis

Hutang yang dibuat perlu ditulis bagi memastikan pihak-pihak yang berkontrak

khususnya penghutang menyedari komitmen dan obligasi masing-masing un-

tuk membayar kembali hutang tersebut dan merekodkan pembayaran yang

dibuat bagi mengelakkan berlakunya penipuan, salah faham atau permusuhan

di kemudian hari. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 282:

يا أيها الذين آمنوا إذا تداينتم بدين إلى أجل مسمى فاكتبوه

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menu-liskannya.” (Al Baqarah: 282)

3. Berniat dan berazam untuk melangsaikan hutang

Si penghutang perlulah berniat dan berazam untuk melang-saikan hutang dengan segera. Hutang perlu dibayar sama ada sedikit atau banyak, secara

Page 6: Bulan Penghayatan Ad-Deen filemasyarakat yang bukan sahaja melibatkan golongan berpendapatan rendah malah turut membabitkan golongan di peringkat pertengahan, berpendapatan tinggi

beransur-ansur atau sekali gus. Si penghutang perlulah menunjukkan usaha

untuk membayarnya dan bukan sebaliknya dengan berdiam diri atau melarikan

diri dari pemiutang. Bahkan penghutang yang mempunyai niat untuk tidak ma-

hu membayar hutang dilaknat oleh Allah s.w.t. dengan dibangkitkan bertemu

dengan Allah s.w.t. pada hari pembalasan nanti sebagai seorang pencuri:

" أيما رجل يدين دينا وهو مجمع أن ال يوفيه إياه لقي الله سارقا " قال

“Siapa saja yang berhutang, sedang ia berniat tidak melunasi hu-tangnya, maka ia akan bertemu Allah sebagai seorang pencu-ri.” (Sunan Ibnu Majah)

4. Membayar hutang dengan segera

Walaupun si pemiutang telah memberi tempoh yang tertentu, si penghutang

perlulah sedaya upaya untuk melunaskan hutang tersebut dengan segera apa-

bila berkemampuan. Ini bagi memastikan kita bebas dari cengkaman hutang

dan dosa tidak membayar hutang. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. pernah

bersabda:

" يغفر للشهيد كل ذنب إال الدين " قال

“Diampuni semua dosa bagi orang yang mati syahid, kecuali jika ia mempunyai hutang.” (Sahih Muslim)

Dengan itu, hutang perlulah jika berhutang bayarlah dengan segera (jika berke-

mampuan). Jangan ditunggu sehingga ditagih dan diminta dahulu, tapi jadilah

orang yang menepati waktu dalam berhutang.

" خياركم محاسنكم قضاء " وقال

Maksudnya: “Sebaik-baik orang antara kamu adalah yang paling baik dalam pembayaran hutang.”(Sahih Muslim)

Amalan menunda-nunda membayar hutang boleh disamakan dengan

perbuatan orang yang zalim dan menindas. Walaupun si pemiutang adalah

orang yang kaya-raya, hutangnya wajib dibayar. Malahan, tanpa kita tahu si

pemiutang juga memerlukan wang tersebut.

. " مطل الغني ظلم " قال رسول الله صلى اهلل عليه وسلم

“Menunda-nunda (pembayaran hutang) bagi orang yang mampu adalah suatu kezaliman.” (Sahih Bukhari)

5. Jangan berjanji dan menipu untuk membayar hutang

Sekiranya tidak mampu untuk menunaikan hutang dalam masa tertentu, jan-

ganlah kita berjanji, kerana ia akan menghampakan si pemiutang. Sabda Nabi

s.a.w.:

" إنه من غرم حدث فكذب ووعد فأخلف "

“Sesungguhnya, apabila seseorang berhutang, maka bila berbicara ia akan dusta dan bila berjanji ia akan ingkari...” (Sunan al Nasa’i)

6. Doakan si pemiutang

Doakanlah kebaikan si pemiutang sebagai hadiah dan balasan kerana mem-

bantu dalam memberikan hutang kepada kita. Nabi s.a.w. bersabda:

"د كافأتموهق ومن أتى إليكم معروفا فكافئوه فإن لم تجدوا ما تكافئونه فادعوا له حتى تعلموا أن"

Maksud: “Barangsiapa telah berbuat kebaikan kepadamu, balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati apa yang dapat mem-balas kebaikannya itu, maka berdoalah untuknya hingga engkau menganggap bahawa engkau benar-benar telah membalas ke-baikannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Jika masih ada hutang berbaki, berdoalah kepada Allah SWT agar di-

jauhkan daripada belenggu hutang dan berusahalah untuk terlepas daripada

cengkaman hutang-hutang itu. Sabda Nabi s.a.w.:

" نفس المؤمن معلقة بدينه حتى يقضى عنه "

Maksudnya: “Ruh seorang mukmin itu tergantung kepada hutangnya hingga hutangnya dibayarkan.” – (Jami’ Al Tirmizi)