buletin

3
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEDAN ***AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN*** Assalamualaikum adik-adik. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana dapat kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh rahmat dan amat mulia iaitu bulan Ramadan. Bila sebut sahaja tentang Ramadan ianya mesti buat adik- adik ingat puasa ingat duit raya, betul tak, hehe… Jadi sebelum Ramadan datang lagi beberapa hari, ustaz nak ajar adik-adik niat berpuasa. Niat dalam Islam penting tau, mungkin ada yang sudah pandai dan tahu. Tapi ustaz nak kongsi bersama cara niat berpuasa di bulan Ramadan. Jom kita baca sama-sama. ُ ْ يَ َ نَ ْ َ صٍ َ ْ َ عِ َ َ ِ ْ َ فِ ْ َ َ َ َ َ ِ ِ َ ِ َ َ ّ لِ EDISI 1/15 JUN 2015 AJK BULETIN PENGERUSI: TN.HJ. ABD. RAHIM B. MAJID UNIT LAPORAN/GRAFIK: EN. MOHD HELMI NOORDIN PN. NOR AMALINA EN. ALAUDDIN YAHAYA FOTOGRAFI/PERCETAKAN: EN.HAKIMI SAIDIN EN.ZULKIFLI AWANG PN.NORAZIAH KATIMIN SKTM JOHAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA SOUTUL MADANI MENYERTAI PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT DAERAH PPDPU TARIKH AKTIVITI TEMPAT 17 RAMADHAN NUZUL QURAN DEWAN BESTARI 15 RAMADHAN IFTAR PERDANA SKTM SKTM 15 RAMADHAN SEMBAHYANG TERAWIH SURAU SKTM 25 RAMADHAN MAJLIS KHATAM QURAN DEWAN BESTARI 26 RAMADHAN MAJLIS PEMBERIAN DUIT DEWAN DOA MEMOHON KEBAIKAN DAN KEMENANGAN SEPANJANG HARI: kami memasuki pagi hari dan jadilah semua kerajaan hanya milik Allah, Tuhan Semesta Alam. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, berkatnya dan petunjuknya. Dan aku berlindung kepadaMu dari segala keburukan yang ada pada hari ini dan pada hari sesudahnya. (Hadis Riwayat Abu Dawud dari Abi Mali Al-Asy ari) SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN MUBARAK RAMADHAN KAREEM AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG RAMADHAN

description

bul

Transcript of buletin

Page 1: buletin

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEDAN

***AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN***Assalamualaikum adik-adik. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana dapat kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh rahmat dan amat mulia iaitu bulan Ramadan. Bila sebut sahaja tentang Ramadan ianya mesti buat adik-adik ingat puasa ingat duit raya, betul tak, hehe… Jadi sebelum Ramadan datang lagi beberapa hari, ustaz nak ajar adik-adik niat berpuasa. Niat dalam Islam penting tau, mungkin ada yang sudah pandai dan tahu. Tapi ustaz nak kongsi bersama cara niat berpuasa di bulan Ramadan. Jom kita baca sama-sama.

شهر فرض اداء عن غد صوم نوايتنة هذه رمضان تعالى لله الس

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardu Ramadan pada tahun Ini kerana Allah Taala.

EDISI 1/15 JUN 2015

AJK BULETIN

PENGERUSI:TN.HJ. ABD. RAHIM B. MAJID

UNIT LAPORAN/GRAFIK:EN. MOHD HELMI NOORDINPN. NOR AMALINAEN. ALAUDDIN YAHAYA

FOTOGRAFI/PERCETAKAN:EN.HAKIMI SAIDINEN.ZULKIFLI AWANGPN.NORAZIAH KATIMIN

SKTM JOHAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA

SOUTUL MADANI MENYERTAI PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT DAERAH PPDPU

TARIKH AKTIVITI TEMPAT17 RAMADHAN NUZUL QURAN DEWAN

BESTARI15 RAMADHAN IFTAR PERDANA SKTM SKTM15 RAMADHAN SEMBAHYANG TERAWIH SURAU SKTM25 RAMADHAN MAJLIS KHATAM QURAN DEWAN

BESTARI26 RAMADHAN MAJLIS PEMBERIAN DUIT ZAKAT DEWAN

DOA MEMOHON KEBAIKAN DAN KEMENANGAN SEPANJANG HARI:kami memasuki pagi hari dan jadilah semua kerajaan hanya milik Allah, Tuhan Semesta Alam. Ya Allah, aku

memohon kepada-Mu semua kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, berkatnya dan petunjuknya. Dan aku berlindung kepadaMu dari segala keburukan yang ada pada hari ini dan pada

hari sesudahnya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dari Abi Mali Al-Asy’ari)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN MUBARAK

RAMADHAN KAREEM

AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG RAMADHAN

Page 2: buletin

كبغساءن سكولة الدين نور سوراو ميدن تامن

..::SURAU NUR AD-DIN::..Surau Nur Ad-Din mula di rancang pembinaannya pada Tahun 1994, oleh Guru Besar Encik Haji Ismail bin Haji Ismail, tetapi menghadapi beberapa masalah yang membuat perancangan pembinaan tersebut tertangguh sehingga Tahun 1993.

Pembinaan Surau Nur Ad-Din telah dijalankan dengan jayanya pada Tahun 1997 atas usaha Guru Besar Encik Jamlus b A. Bakar dan usaha menaik taraf diteruskan sehingga sekarang oleh Guru Besar Tuan Haji Abdul Rahim Bin Majid.Surau Nur Ad-Din, telah dibuat penambahbaikkan dan perubahan  dari masa ke semasa.

Pengertian Masjid atau Surau diambil daripada kosa kata Bahasa Al-Qur’an (iaitu Bahasa Arab). Kata ini merupakan salah satu kata daripada perkataan sajada سجد(ertinya sujud), yang juga bererti patuh, taat serta tunduk dengan hormat. .

Melalui pengertian ini menurut daripada pandangan syara', sujud adalah bererti meletakkan dahi, kedua tangan, lutut dan kaki ke bumi. Dari sini dapat pula diketahui bahawa secara semantik masjid bererti tempat sujud atau tempat solat.

Firman Allah S.W.T didalam Surah An-Nur Ayat 36 :

36. (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah Ibadat Yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.

Membina masjid atau surau tujuannya adalah untuk mengagungkan Allah di dalamnya dengan mengerjakan ketaatan seperti solat, bertasbih, bertahmid dan bertakbir sama ada siang atau malam. Jadi, kedudukan masjid sangat mulia dalam Islam, kita perlu menjaga dan menghormatinya. Dilarang sama sekali membuat kotoran, membuat bising dan segala yang mencemarkan kemuliaan masjid. Sehubungan dengan itu program di bawah Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab banyak dijalankan di Surau Nur Ad-Din Sekolah Kebangsaan Taman Medan iaitu dengan tujuan untuk mengimarahkan surau dan memberi didikan kepada pelajar sebagaimana pada zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W dimana sahabat dan kaum muslimin mendapat ilmu dan belajar di masjid.

Masjid merupakan binaan atau bangunan yang mulia di dalam Islam. Di dalamnya umat Islam berhimpun untuk solat, membaca al-Qur’an, berzikir, berselawat, berdoa dan beriktikaf. Ia juga menjadi pusat pengajian ilmu, pertemuan dan perbincangan lelaki dan wanita, muslim mahupun belum muslim.

..::SURAU NUR AD-DIN::..

Page 3: buletin

كبغساءن سكولة الدين نور سوراو ميدن تامن

MAJLIS IFTAR, SOLAT HAJAT DAN TERAWIH 2015

Saudara, dalam bulan Ramadhan itu, bagi mereka yg inginkan pahala tambahan yg banyak selain beristiqamah berpuasa dgn penuh keimanan dan penuh harapan mencari pahala maksimum dari Allah (a.w), adalah memberi makan dan minum orang yg berpuasa atau menjamu orang-orang yg berpuasa makan minum ketika berbuka dan bersahur. Inilah mesej hadith berikut.Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahim hadith daripada Abdul Malik Ibni Abu Sulaiman, hadith daripada ‘Ata’. Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjamu (makan minum) orang-orang yang berpuasa, ada baginya (pahala dan kebaikan) seumpama pahala (dan kebaikan) orang-orang yang berpuasa (yang dijamunya itu) tiada mengurangi dari pahala (dan kebaikan) orang-orang yang berpuasa sesuatupun (yakni, pahala orang-orang berpuasa yang dijamunya itu didapati juga olehnya tanpa megurangkan pahala orang yang dijamunya).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Saum].

Pada 15 Ramadhan Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama KKGK dan PIBG telah mengadakan iftar dan majlis solat hajat serta terawih yang diahadiri oleh murid tahun 6 serta murid asnaf. Pada sebelah petang turut diadakan zikir terapi dan tazkirah sempena bulan puasa. Program ini merupakan acara tahunan setiap tahun bila tiba Ramadhan yang mana ianya disambut dengan meriah yang turut dihadiri oleh guru-guru, ibu bapa pelajar dan kakitangan sekolah. Harapan saya agar program ini terus berjalan dengan lancar untuk Ramadhan seterusnya.

..::SURAU NUR AD-DIN::..

Page 4: buletin

كبغساءن سكولة الدين نور سوراو ميدن تامن

..::SURAU NUR AD-DIN::..

TEMPAT KETIGA TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 2015

(Kategori Perempuan Sekolah Rendah) Tahniah! kepada adik Aina Hannani bt Zalmanizam dari Kelas 4 Bijak dan Unit Pendidikan Islam atas kejayaan ini. Majlis telah berlangsung pada 11 April 2015.Adik Hannani Zalmanizam sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah setelah memperolehi tempat ketiga bagi pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Petaling Utama. Kejayaan adik Hannani turut dibantu oleh Ustaz Hakimi Saidin selaku jurulatih tilawah bagi Sekolah Kebangsaan Taman Medan. Hasil usaha dan titik peluh beliau akhirnya anak didiknya telah membuahkan hasil dengan kejayaan ini. Tahniah lagi sekali kepada adik Hannani moga terus berjaya di masa depan.

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 TAHUN 2015

Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri 1 pada hari Sabtu 4 April 2015. Kem Bestari Solat Siri 1 ini melibatkan murid tahun 1, 2 dan 3. Pelbagai aktiviti dijalankan, teori dan praktikal, cara mengambil air sembahyang yang betul, bacaan2 dalam sembahyang dan pelbagai lagi. "Solat Itu Tiang Agama". Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan terima kasih kepada ibu bapa serta penjaga yang menghantar anak-anak mereka mengikuti Kem Bestari Solat ini. Kita berjumpa lagi untuk siri seterusnya dan moga ia berjalan dengan lebih lancar dan teratur.