Buletin BPL Bil. 2/2017 Bahagian Pengurusan Latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2018/Buletin...

12
Buletin BPL Bil. 2/2017 Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746 B P L Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia B P L BULETIN ӏ Edisi. 2/2017 Disember 2017 1 KANDUNGAN Simulasi Klinikal Pengajar ILKKM Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)…………………………….. Statistik Di Hujung Jari Anda……. Sesi Retreat Sektor Pengurusan KKM 2017…………………………………. Komuniti Sihat Pembina Negara I.S.O…………………………………… Majlis Konvokesyen ILKKM……. 2 4 5 7 8 10 9 Penyediaan Dokumen Akreditasi MQA Program Diploma Pra Perkhidmatan: Melengkapkan Pendidikan Kesihatan Malaysia Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 1/2017 Pelan Strategik Penyusunan Semula Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di bawah Teras Strategik 2 yang memberi fokus kepada pembangunan pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan komprehensif di ILKKM. Satu kemestian untuk KKM membangunkan pelan tindakan yang mendapat pengiktirafan dari pihak MQA. BPL telah mensasarkan pelaksanaan akreditasi bagi 11 Program Pra Perkhidmatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) bagi tahun 2018. Kesemua kursus utama iaitu yang terdiri daripada Diploma in Nursing, Diploma in Medical & Health Science, Diploma in Physiotherapy, Diploma in Occupational Ther- apy, Diploma in Radiation Therapy, Diploma in Medical Imaging, Diploma in Medi- cal Laboratory Technology, Diploma in Environmental Health, Diploma in Dental Technology, Diploma in Dental Therapy, dan Diploma in Pharmacy dijangka akan mendapat sijil MQA sebelum 2019. Satu sesi Mesyuarat Penyediaan Dokumen Akreditasi Bagi Program Pra Perkhidmatan ILKKM Bil.1/2017 telah diadakan pada 7 hingga 9 November 2017 di The Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh YBhg. Assoc. Prof. Dr. Rasidah Binti Mohamed iaitu salah seorang panel MQA yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam membuat penilaian terhadap institusi yang ingin mendapatkan akreditasi MQA. Objektif mesyuarat penyediaan dokumen Akreditasi MQA Program Diploma Pra Perkhidmatan ILKKM ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penyediaan dokumen mengikut kerangka MQF, kaedah-kaedah yang digunakan dalam penyediaan dokumen MQA dan kriteria penilaian program yang diguna pakai oleh ahli panel. Mesyuarat penyediaan dokumen akreditasi MQA ini juga telah melibatkan lima fasilitator mengikut program yang terdiri dari pegawai di BPL iaitu Dr. Elengovan Varutharaju, Dr. Alias Bin Mahmud, Puan Hafezah Binti Ujang, Encik Norazlan Bin Abd Karim, dan Puan Rukiah Binti Osman.

Transcript of Buletin BPL Bil. 2/2017 Bahagian Pengurusan Latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2018/Buletin...

Page 1: Buletin BPL Bil. 2/2017 Bahagian Pengurusan Latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2018/Buletin Bil 2-2017 (7Feb2018... · supaya proses penyampaian kepada pelajar adalah sejajar

Buletin BPL Bil. 2/2017

Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746

B P L

Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

B P L

BULETIN ӏ Edisi. 2/2017

Disember 2017

1

KANDUNGAN

Simulasi Klinikal Pengajar ILKKM

Ekosistem Kondusif Sektor Awam

(EKSA)……………………………..

Statistik Di Hujung Jari Anda…….

Sesi Retreat Sektor Pengurusan KKM

2017………………………………….

Komuniti Sihat Pembina Negara

I.S.O……………………………………

Majlis Konvokesyen ILKKM…….

2

4

5

7 8

10

9

Penyediaan Dokumen Akreditasi MQA Program Diploma

Pra Perkhidmatan: Melengkapkan Pendidikan Kesihatan

Malaysia Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 1/2017

Pelan Strategik Penyusunan Semula Institut Latihan Kementerian Kesihatan

Malaysia (ILKKM) di bawah Teras Strategik 2 yang memberi fokus kepada pembangunan pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan komprehensif di

ILKKM. Satu kemestian untuk KKM membangunkan pelan tindakan yang mendapat pengiktirafan dari pihak MQA.

BPL telah mensasarkan pelaksanaan akreditasi bagi 11 Program Pra Perkhidmatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) bagi tahun 2018.

Kesemua kursus utama iaitu yang terdiri daripada Diploma in Nursing, Diploma in Medical & Health Science, Diploma in Physiotherapy, Diploma in Occupational Ther-apy, Diploma in Radiation Therapy, Diploma in Medical Imaging, Diploma in Medi-cal Laboratory Technology, Diploma in Environmental Health, Diploma in Dental Technology, Diploma in Dental Therapy, dan Diploma in Pharmacy dijangka akan

mendapat sijil MQA sebelum 2019.

Satu sesi Mesyuarat Penyediaan Dokumen Akreditasi Bagi Program Pra Perkhidmatan ILKKM Bil.1/2017 telah diadakan pada 7 hingga 9 November 2017

di The Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Perkongsian ilmu telah

disampaikan oleh YBhg. Assoc. Prof. Dr. Rasidah Binti Mohamed iaitu salah seorang panel MQA yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam membuat

penilaian terhadap institusi yang ingin mendapatkan akreditasi MQA.

Objektif mesyuarat penyediaan dokumen Akreditasi MQA Program Diploma Pra

Perkhidmatan ILKKM ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penyediaan dokumen mengikut kerangka MQF, kaedah-kaedah yang digunakan dalam

penyediaan dokumen MQA dan kriteria penilaian program yang diguna pakai oleh ahli panel. Mesyuarat penyediaan dokumen akreditasi MQA ini juga telah

melibatkan lima fasilitator mengikut program yang terdiri dari pegawai di BPL iaitu Dr. Elengovan Varutharaju, Dr. Alias Bin Mahmud, Puan Hafezah Binti Ujang, Encik

Norazlan Bin Abd Karim, dan Puan Rukiah Binti Osman.

Page 2: Buletin BPL Bil. 2/2017 Bahagian Pengurusan Latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2018/Buletin Bil 2-2017 (7Feb2018... · supaya proses penyampaian kepada pelajar adalah sejajar

Buletin BPL Bil. 2/2017

Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746

B P L

Sesi Taklimat Program Sarjana Perubatan

telah diadakan pada 16 – 17 Mei 2017, di

Dewan Jubli, Institut Penilaian Negara

(INSPEN) yang dihadiri oleh Timbalan

Setiausaha Bahagian Cawangan Operasi

Latihan (OL), Ketua Bidang dan Wakil

Universiti yang terlibat. Seramai 970 orang

peserta yang hadir daripada 1,001 calon yang

ditawarkan.

Simulasi Klinikal Kursus Pembangunan

Bagi Pengajar

ILKKM Tahun 2017

Bahagian Pengurusan Latihan telah telah menganjurkan Kursus Pembangunan Simulasi Klinikal pada 11 hingga 13 Oktober 2017 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah (SAS) dengan objektif pelaksanaan adalah:

i. Memahami dan mengaplikasi pendekatan pembelajaran yang menggabungkan pedagogi dengan teknologi bagi menyediakan pembelajaran “experiential” yang autentik;

ii. Memahami dan mengaplikasi pendekatan simulasi yang dapat membantu dalam pencapaian standard kompetensi yang ditentukan melalui gabungan taksonomi pembelajaran, memenuhi gaya pembelajaran, kemahiran pemikiran aras tinggi dan pembelajaran berpusatkan pelajar; dan

iii. Meningkatkan kepelbagaian dan kreativiti dalam pengajaran supaya proses penyampaian kepada pelajar adalah sejajar dengan keperluan hasil pembelajaran.

Di antara Pengisian Kursus adalah sesi pengisian ceramah bertajuk Increase Realism and Fidelity in Simulation, Disaster Management. Selain itu, peserta kursus juga diberi pendedahan kaedah membuat Moulage. Peserta turut melaksanakan senario yang diberi dan melakukan aktiviti dalam kumpulan.

Sekitar Sesi Simulasi Klinikal

Sekitar Sesi Taklimat Sarjana Perubatan

2

Taklimat Program

Sarjana Perubatan

Page 3: Buletin BPL Bil. 2/2017 Bahagian Pengurusan Latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2018/Buletin Bil 2-2017 (7Feb2018... · supaya proses penyampaian kepada pelajar adalah sejajar

Buletin BPL Bil. 2/2017

Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746

B P L

Pada tahun ini BPL telah menerima kelulusan dua (2) program baharu untuk dilaksanakan bagi tahun 2018. Kelulusan telah diberikan setelah program-program tersebut dibentang di dalam Mesyuarat Lembaga Pendidikan, Kementerian. Program yang mendapat kelulusan adalah:

i. Diploma Lanjutan Epidemiologi dan Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit); dan ii. Sijil Pos Basik Penjagaan Dermatologi

Kelulusan ini adalah merupakan satu kejayaan BPL ke arah menghasilkan kuriklum berkualiti yang memberi impak terhadap kecemerlangan KKM pada masa akan datang.

Pro

gram

Bar

u Dua Program Diploma Lanjutan dan Pos Basik (Pengkhususan) di ILKKM, 2018

Sekitar Pembentangan Program Diploma Lanjutan Epidemiologi Dan Kawalan

Penyakit (Penyakit Berjangkit)

Law of Universal Attraction Kemahiran Merangsang Minda Membebaskan Gelombang Positif

Seramai 48 orang pengajar ILKKM yang terdiri

daripada pelbagai bidang telah menghadiri kursus

Law of Attraction yang disampaikan oleh penceramah

Attractive Learning and Consultancy iaitu Tuan

Zuhairi bin Mohd Nopiah. Melalui kursus ini para

pengajar mendapat pengetahuan dan kemahiran

tentang merangsang minda supaya membebaskan

gelombang positif untuk memberi lebih banyak

kejayaan dalam hidup. Kursus yang diadakan selama

tiga (3) hari ini diisi dengan aktiviti-aktiviti yang

memberikan kesan mendalam kepada pengajar

seperti Rahsia Kejayaan Diri & Organisasi, Magnet

Prestasi dan The Power of Attention.

3

Sekitar Sesi Bergambar bersama Penceramah

Page 4: Buletin BPL Bil. 2/2017 Bahagian Pengurusan Latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2018/Buletin Bil 2-2017 (7Feb2018... · supaya proses penyampaian kepada pelajar adalah sejajar

Buletin BPL Bil. 2/2017

Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746

B P L

EKSA Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan

Malaysia (IPKKM) telah melakukan kunjungan

bagi sesi pengauditan Amalan Eksa di Zon

Latihan, BPL pada 2 Oktober 2017.

Objektif bagi lawatan tersebut adalah sebagai persediaan dan pemeriksaan berkala Amalan EKSA Zon Latihan, BPL yang berada di bawah IPKKM dan juga sebagai persiapan bagi pengauditan pensijilan semula oleh Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Amalan EKSA di Zon Latihan, BPL.

EKSA Ekosistem Kondusif Sektor Awam

BIL NAMA TEMPAT BERTUGAS

1. Dr. Tajul Iqmal Bin Tajul Arus

Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari

2. Puan Siti Zaileha Binti A Salam

Bahagian Pengurusan Maklumat

3. Puan Nur Azlina Binti Abdul Azizi

Bahagian Pemakanan

Senarai Juruaudit EKSA IPKKM

Sekitar audit EKSA IPKKM, 2017

93.8%

93.8%

93.8%

93.8%

93.8%

91.4%

86.1%

94.8%

93.9%

89.7%

96.4%

94.6%

100.0%

94.7%

92.0%

96.0%

88.6%

96.0%

92.0%

78.5%

WING 1

WING 2

WING 3

WING 4

WING 5

KEPERLUAN UTAMA PELAKSANAAN RUANG TEMPAT KERJA / PEJABAT

TEMPAT UMUM KESELAMATAN PERSEKITARAN

Pengauditan EKSA DIY Bil. 2/2017 di BPL telah dijalankan pada 3 & 4 Julai 2017 dengan purata markah keseluruhan yang berjaya diperolehi adalah 92.5% di mana berlaku penurunan markah sebanyak 0.2%. Pengauditan EKSA (DIY) Bil. 3/2017 yang diadakan pada 19 & 20 September 2017 pula tidak mengambil kira format pemarkahan tetapi pengauditan dibuat berdasarkan pelan lantai mengikut wing. Seramai tiga (3) orang juruaudit baru telah dilantik bagi menggantikan juruaudit yang

telah bertukar keluar. Berikut adalah markah keputusan audit, senarai nama juruaudit

dalaman dan beberapa gambar aktiviti pengauditan EKSA.

D

I

Y

Carta Perbandingan Pencapaian Audit DIY EKSA Mengikut Wing

Pengauditan

EKSA

4

Page 5: Buletin BPL Bil. 2/2017 Bahagian Pengurusan Latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2018/Buletin Bil 2-2017 (7Feb2018... · supaya proses penyampaian kepada pelajar adalah sejajar

Buletin BPL Bil. 2/2017

Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746

B P L

Peserta yang tertua melapor diri bagi

program Diploma Lanjutan & Kursus

Pengkhususan adalah berumur

49 tahun.

Statistik Di Hujung Jari Anda

Sumber : Latihan Pra Perkhidmatan & Latihan Dalam Perkhidmatan 1

Ke Alam Perkerjaan

DIPLOMA LANJUTAN & KURSUS

PENGKHUSUSAN

4,244

“It is never late to earn a degree, masters or

doctorate. Learning has no age limit.”

~ Lailah Gifty Akita

PENCAPAIAN NISBAH PARAMEDIK KEPADA PENDUDUK MALAYSIA

MAC 177

1,510

18

34

MEI

339

2,166

PENGAMBILAN

SEPT

#TahukahAnda?

Selangkah

GRADUAN

2,806 Jumlah graduan sesi Julai 2017

JURURAWAT

102,564 1: 309

PEMBANTU PERUBATAN

15,602 1: 2,029

Sumber : Health Facts 2017

PEMBANTU FARMASI

5,672 -

Penolong Pegawai Kesihatan

Persekitaran (PPKI) KENALI

TUGAS ANDA

1 Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil di bawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan dengan kesihatan umum.

Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit.

2

3 Mengawasi kebersihan alam sekitar.

4

Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada Institusi Ke-rajaan dan Swasta Badan-badan Sukarela.

Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kilang, rumah sembelih dan pasar.

5

5,335

Jumlah PPKI pada tahun 2017

Pengambilan pelatih pra perkhidmatan bagi sesi

ambilan Januari dan Julai adalah seperti berikut;

PRA PERKHIDMATAN

Januari Julai

1,966

2,047

JUMLAH PENGAMBILAN

BAGI 2017

4,013

pelatih

5

Page 6: Buletin BPL Bil. 2/2017 Bahagian Pengurusan Latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2018/Buletin Bil 2-2017 (7Feb2018... · supaya proses penyampaian kepada pelajar adalah sejajar

Buletin BPL Bil. 2/2017

Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746

B P L

Sekitar Kursus Pengurusan Kewangan 2017 Zon Selatan

Pada 24-26 Mei 2017, bertempat di ILKKM Johor Bahru, satu Kursus Pengurusan Kewangan 2017 Zon Selatan telah berlangsung bagi tujuan memantapkan kefahaman dalam mengendalikan tugas-tugas berkaitan perakaunan dan perolehan bagi pegawai kewangan terutama pegawai baru daripada 12 buah ILKKM Zon Selatan dan tengah. Selain itu, kursus turut mensasarkan agenda memupuk integriti dan akauntabiliti di kalangan kakitangan yang menjalankan tugas-tugas berkaitan disamping mengurangkan teguran-teguran audit ke atas pelaksanaan Pengurusan Kewangan. Kumpulan sasaran adalah pegawai yang menjalankan tugas-tugas kewangan di ibu pejabat dan kolej-kolej iaitu Pegawai Penyedia, Peraku I dan Peraku II. Kesinambungan itu, satu lagi kursus dengan objektif dan kumpulan sasaran yang sama telah diadakan pada 24-26 Ogos 2017, bertempat di ILKKM Kota Kinabalu bagi menghimpunkan wakil pengurusan kewangan dari tujuh (7) buah ILKKM mewakili Zon Sabah dan Sarawak.

Pengurusan Kewangan Zon Selatan, Sabah dan Sarawak

Sekitar Kursus Pengurusan Kewangan 2017 Zon Sabah & Sarawak

6

Page 7: Buletin BPL Bil. 2/2017 Bahagian Pengurusan Latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2018/Buletin Bil 2-2017 (7Feb2018... · supaya proses penyampaian kepada pelajar adalah sejajar

Buletin BPL Bil. 2/2017

Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746

B P L

K.I.K KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF

Pemeriksaan Dokumen dan Viva Kumpulan Inovatif dan

Kreatif (KIK) KKM Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 telah

diadakan pada 9 Julai hingga 13 Ogos 2017 mengikut lima

(5) zon yang telah ditetapkan seperti berikut:-

Zon Sabah di Sabah pada 9 hingga 13 Ogos 2017;

Zon Tengah di Kuala Lumpur pada 15 hingga 16 Julai

2017;

Zon Selatan di Johor pada 22 hingga 23 Julai 2017;

Zon Utara di Pulau Pinang pada 5 hingga 6 Ogos 2017;

dan

Zon Timur di Terengganu pada 12 hingga 13 Ogos 2017.

Majlis penutup telah diadakan pada Majlis Perhimpunan

Bulanan Kementerian Kesihatan Malaysia Bulan November

2017.

Sesi Retreat Sektor Pengurusan KKM 2017 telah diadakan

pada 4 hingga 6 Ogos 2017 di Pusat Kecemerlangan

Kejuruteraan & Teknologi JKR, Alor Gajah, Melaka. BPL telah

diberi tanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras sesi

makan malam, persembahan kumpulan dan cenderahati

serta hadiah kepada semua peserta sempena program

tersebut. Bagi tujuan ini, beberapa pegawai dari Unit

Khidmat Pengurusan (P), Unit Perancangan Tenaga Manusia

dan Korporat (PTK) dan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1

(LDP 1) telah dilantik menjadi urus setia bagi melaksanakan

tugas tersebut. Bagi memeriahkan acara, pelatih-pelatih dari

ILKKM (Kejururawatan) Melaka dan ILKKM Seremban turut

dijemput bagi membuat persembahan pada majlis makan

malam tersebut.

Sektor Pengurusan

KKM 2017 SESI RETREAT

Aktiviti Pemeriksaan Dokumen dan Viva

7

Page 8: Buletin BPL Bil. 2/2017 Bahagian Pengurusan Latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2018/Buletin Bil 2-2017 (7Feb2018... · supaya proses penyampaian kepada pelajar adalah sejajar

Buletin BPL Bil. 2/2017

Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746

B P L

Bengkel berkaitan pengurusan emosi dan stress untuk penjawat awam di

BPL dan Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Makanan diadakan

berdasarkan saranan dari Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan. Bengkel tersebut telah berlangsung pada 23 hingga 25

Oktober 2017 di ILKKM Port Dickson (Kejururawatan). Seramai 61 orang

peserta telah terlibat di dalam bengkel ini yang merangkumi peserta

daripada BPL, BKKM dan ILKKM. Melalui bengkel ini, para peserta

didedahkan dengan relaxation techniques yang mudah dan praktikal bagi

menangani stress di pejabat atau dirumah. Secara keseluruhannya para

peserta bengkel memberikan maklumbalas yang amat baik dan

menyatakan bengkel seumpamanya perlu diteruskan pada masa akan

datang.

Pengurusan Emosi Kursus bagi anggota BPL, BKKM dan ILKKM

Sesi bergambar pada hari

akhir kursus

Program KOSPEN adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua warga BPL tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan mengamalkan gaya amalan hidup sihat bagi memastikan kesihatan setiap individu sentiasa dalam keadaan baik. Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan ini diteruskan dengan ujian saringan ’PAP Smear’ bagi warga wanita BPL yang diadakan di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Penjawat Awam Wanita Puspanitapuri (PPKWP) dengan Seramai 17 orang telah terlibat dalam membuat ujian saringan ini. Selain aktiviti Pemeriksaan Kesihatan dan Program Derma Darah,

Unit Nazir selaku Sekretariat KOSPEN BPL telah menganjurkan

Program Kesihatan Wanita dan Kesihatan Mental bagi warga BPL

yang telah diadakan pada 15 November 2017. Program ini juga

telah dibuka penyertaan kepada kakitangan wanita di Bahagian

Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Jumlah keseluruhan

penyertaan program ini adalah seramai 32 orang termasuk 4

orang kakitangan BKKM.

KOSPEN Komuniti Sihat Pembina Negara

8

Page 9: Buletin BPL Bil. 2/2017 Bahagian Pengurusan Latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2018/Buletin Bil 2-2017 (7Feb2018... · supaya proses penyampaian kepada pelajar adalah sejajar

Buletin BPL Bil. 2/2017

Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746

B P L

Dasar Kualiti Bahagian Pengurusan Latihan akan mengembeling semua keupayaan dan potensi sumbernya untuk :

“Komited bagi melahirkan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu yang mencukupi dan berkualiti dari segi pengetahuan dan kemahiran serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan”

Ia akan dicapai melalui komitmen setiap anggota kepada pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti dari segi Pengetahuan dan kemahiran serta sentiasa berusaha menigkatkan kualiti perkhidmatan.

I.S.O

Apa itu ISO? ISO merujuk kepada “International Organization for Standardization” berasaskan dokumentasi. Piawai ISO diperlukan untuk menghasilkan keseragaman dan kesetaraan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan, selamat, bersih dan berkualiti. Tujuan pelaksanaan ISO bagi memenuhi kehendak pelanggan dan memastikan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan adalah berasaskan kepada Sistem Pengurusan Kualiti (SPK).

An International

Organization for

Standardization

OBJEKTIF KUALITI

Menghasilkan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB) mengikut keperluan perkhidmatan ber-

dasarkan fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia

Memastikan semua pengajar 100% menyediakan pelan mengajar mengikut format yang ditetapkan dan melaksanakannya

Memastikan semua pengajar mengikuti sekurang-

kurangnya (7) hari berkursus dalam setahun

Memastikan sekurang-kurangnya 95% peatih lulus peperiksaan di akhir setiap semesta mengikut indikator QAP

Mengadakan pemantauan dan penilaian ke atas pelaksanaan latihan sekurang-kurangnya (2) kali setahun

Memastikan 100% peruntukan kewangan dibelanjakan mengikut perancangan yang ditetapkan

Menjalankan kajian kepuasan pelanggan sekali

setahun

Memastikan tidak kurang 60% responden pelatih menilai perkhidmatan ILKKM pada wajaran

memuaskan dan ke atas

Memastikan tidak kurang 60% responden dalaman pelatih menilai perkhidmatan ILKKM pada wajaran memuaskan dan ke atas dalam kajian kepuasan pelanggan

6

BPL telah menerima kunjungan audit dari pasukan audit SIRIM

QAS International bagi persijilan semula MS ISO 9001 : 2008

dan peralihan ke MS ISO 9001 : 2015. Pasukan tersebut telah

memulakan sesi audit bermula 26 hingga 30 November 2017

di BPL dan beberapa ILKKM terpilih di seluruh negara termasuk

Sabah dan Sarawak. Hasil dari audit tersebut membawa

kepada beberapa penemuan Non-Compliance Report (NCR)

dan Opportunity for Improvement (OFI) dan BPL telah

melaksanakan penambaikan atas teguran audit tersebut.

Penganugerahan persijilan semula MS ISO 9001 : 2015 oleh

SIRIM QAS International dijangkakan diperoleh dalam suku

pertama Tahun 2018.

9

Page 10: Buletin BPL Bil. 2/2017 Bahagian Pengurusan Latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2018/Buletin Bil 2-2017 (7Feb2018... · supaya proses penyampaian kepada pelajar adalah sejajar

Buletin BPL Bil. 2/2017

Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746

B P L

Majlis Konvokesyen ILKKM Zon Semenanjung, Sabah dan Sarawak

10

Majlis Konvokesyen ILKKM Zon Sabah telah diadakan

pada 3 Oktober 2017 bertempat di Universiti

Malaysia Sabah (UMS) yang melibatkan seramai

1,225 orang pelatih daripada tiga (3) buah ILKKM di

Negeri Sabah. Majlis gemilang tersebut adalah bagi

meraikan graduan dari ILKKM Kota Kinabalu, ILKKM

Tawau (Kejururawatan) dan ILKKM Sandakan yang

dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu, bapa,

penjaga serta kenalan pelatih sepanjang ia berlang-

sung.

Sekitar Majlis Konvokesyen ILKKM Tahun 2017

Majlis Konvokesyen ILKKM tahun 2017 telah disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan pada 21-23 Oktober 2017. Majlis yang diadakan di ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak telah melibatkan seramai 7,041 orang graduan daripada 26 buah ILKKM di Semenanjung Malaysia.

Majlis Konvokesyen ILKKM tahun 2017 bagi Zon

Sarawak pula telah berlangsung di Universiti

Malaysia Sarawak pada 10 Oktober 2017 dengan

penglibatan seramai 993 orang graduan dari empat

(4) buah ILKKM yang terdapat di Negeri Sarawak.

Page 11: Buletin BPL Bil. 2/2017 Bahagian Pengurusan Latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2018/Buletin Bil 2-2017 (7Feb2018... · supaya proses penyampaian kepada pelajar adalah sejajar

Buletin BPL Bil. 2/2017

Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746

B P L

11

Sehingga Disember 2017, seramai lima (5) orang warga BPL telah menamatkan karier dengan persaraan Wajib dan Pilihan. Selamat bersara di ucapkan dan terima kasih di atas segala sumbangan dan jasa kepada BPL & ILLKM

Pn Sharipah bt. Wahit

Pengajar Jururawat

bersara pilihan mulai 15.1.2017

Mohmad Puad bin Ma'on

Pengajar Pen. Peg. Kes. Persekitaran

bersara wajib 17.4.2017

Abdul Ghani bin Samat

Pengajar Pembantu Perubatan

bersara atas sebab kesihatan

mulai 28.4.2017

Nadarajah A/L Chelliah

Pengajar Pembantu Perubatan

bersara wajib mulai 24.5.2017

Pn. Fatimah bt. Nayan

Pengajar Juruteknologi Pergigian

bersara wajib mulai 3.8.2017

Page 12: Buletin BPL Bil. 2/2017 Bahagian Pengurusan Latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2018/Buletin Bil 2-2017 (7Feb2018... · supaya proses penyampaian kepada pelajar adalah sejajar

Buletin BPL Bil. 2/2017

Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746

B P L

Untuk sebarang teguran dan hebahan, hubungi kami: Unit Perancangan Tenaga Manusia dan Korporat Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 6, Menara Prisma No. 26 Persiaran Perdana 62675 Putrajaya WP Putrajaya Telefon : 03 – 8885 0600 Faksimili : 03 - 88850747 Website : www.latihan.moh.gov.my

Ketua Editor : Rozana Zahrol, KPSU PTK

Editor :

Barshah Abu Bakar Johaibe Bujang

Grafik :

Mastika Muhammad Nurfaizatul Ashikin Mokhtar Mohd Hadzrik Nor Osman

Norazwana Ibrahim Fatin R.Azmee

Penaung

Dr. Zainal Abidin Sait Setiausaha Bahagian | Bahagian

Pengurusan Latihan | KKM

Penasihat En. Mohamad Yatim bin

Nawawi Timb. Setiausaha Bahagian |

Cawangan Perancangan Tenaga Manusia dan Dasar Latihan |

Bahagian Pengurusan Latihan | KKM

KOMITMEN Melakukan tanggungjawab dengan relahati/ ikhlas Merancang dan berfikir dahulu sebelum bertindak Berusaha gigih tanpa di arah Mengambil tindakan sebelum diberitahu/ diarahkan Memberi penjelasan atas sesuatu tindakan yang dilakukan atau perkara yang berlaku Memberi tunjuk ajar dan bimbingan Menunjuk kesungguhan dalam melaksanakan tugasan

Budaya Korporat Program Penerapan dan Pengukuhan

Mutiara Kata

“Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan yang boleh kita berikan, yang penting kita berusaha sebaik mungkin dengan

keupayaan yang ada pada diri kita”

-Urusetia JK Kerja Budaya Korporat, IPKKM-

12