Buletin Gems

3
BULETIN BORNEO 16.8 Juta Rakyat Obesiti Masalah obesiti di negara ini semakin meningkat apabila lebih 16.8 juta penduduk menghidap penyakit itu yang berpunca daripada amalan gaya hidup dan pemakanan yang tidak seimbang. Pengarah Eksekutif Institut Nasional Diabetes Malaysia (Nadi), Datuk Profesor Mustaffa Embong, berkata, secara kasarnya rakyat negara ini mengalami masalah kegemukan dan peratus wanita mendapat penyakit itu lebih tinggi berbanding lelaki. Katanya, faktor wanita mengalami lebihan berat badan berikutan kurang melakukan aktiviti sihat selain faktor pemakanan seperti banyak mengambil banyak kandungan kalori, digoreng atau kari menyebabkan peratus golongan berkenaan menghidap penyakit itu lebih tinggi berbanding lelaki. Menurutnya, perkara itu perlu dipandang serius kerana ia menyumbang kepada pelbagai masalah lain kepada rakyat dan kajian juga menunjukkan bahawa 15 peratus daripada kanak-kanak berusia 12 hingga 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan. Mustaffa berkata, penghidap kencing manis (diabetes) di Malaysia kini sebanyak 3 juta orang, jauh lebih tinggi daripada jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 2025, iaitu hanya kira-kira 800,000 orang. “Peningkatan penghidap diabetes di Asia termasuk Malaysia semakin membimbangkan dan sudah dilihat sebagai wabak di negara membangun. Daripada jumlah itu, wanita India paling ramai menghidap diabetes diikuti lelaki India, wanita Melayu, lelaki Melayu, wanita Cina dan lelaki Cina. “Peningkatan jumlah itu boleh dikaitkan dengan cara hidup atau perubahan cara hidup yang membabitkan pengambilan

description

buletin

Transcript of Buletin Gems

BULETIN BORNEO

Mustaffa berkata, penghidap kencing manis (diabetes) di Malaysia kini sebanyak 3 juta orang, jauh lebih tinggi daripada jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 2025, iaitu hanya kira-kira 800,000 orang.Peningkatan penghidap diabetes di Asia termasuk Malaysia semakin membimbangkan dan sudah dilihat sebagai wabak di negara membangun. Daripada jumlah itu, wanita India paling ramai menghidap diabetes diikuti lelaki India, wanita Melayu, lelaki Melayu, wanita Cina dan lelaki Cina.Peningkatan jumlah itu boleh dikaitkan dengan cara hidup atau perubahan cara hidup yang membabitkan pengambilan gula berlebihan, katanya. Beliau berkata, pemeriksaan darah perlu dilakukan bagi mengesan diabetes sebelum ia berkembang.

16.8 Juta Rakyat ObesitiMasalah obesiti di negara ini semakin meningkat apabila lebih 16.8 juta penduduk menghidap penyakit itu yang berpunca daripada amalan gaya hidup dan pemakanan yang tidak seimbang. Pengarah Eksekutif Institut Nasional Diabetes Malaysia (Nadi), Datuk Profesor Mustaffa Embong, berkata, secara kasarnya rakyat negara ini mengalami masalah kegemukan dan peratus wanita mendapat penyakit itu lebih tinggi berbanding lelaki.Katanya, faktor wanita mengalami lebihan berat badan berikutan kurang melakukan aktiviti sihat selain faktor pemakanan seperti banyak mengambil banyak kandungan kalori, digoreng atau kari menyebabkan peratus golongan berkenaan menghidap penyakit itu lebih tinggi berbanding lelaki.Menurutnya, perkara itu perlu dipandang serius kerana ia menyumbang kepada pelbagai masalah lain kepada rakyat dan kajian juga menunjukkan bahawa 15 peratus daripada kanak-kanak berusia 12 hingga 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan. Penghidap obesiti di Malaysia begitu besar jumlahnya setanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan ia berpunca daripada pengambilan makanan segera yang mendatangkan pelbagai kesan serta risikoKita dapati kebanyakan mereka terdedah kepada penyakit lain seperti kanser, diabetes, pereputan tulang, serangan jantung dan beberapa penyakit lain, katanya.

.

10 Langkah Gaya Hidup Sihat

KAWAL BERAT BADAN Berat badan kenalah dikawal, tak boleh berlebihan dan tak boleh juga kurang. Pastikan berat badan bersesuaian dengan ketinggian kita. PENGAMBILAN SUPPLEMEN Pengambilan supplemen penting terutamanya untuk yang sentiasa sibuk sampai kadang-kala tak sempat nak makan atau kurang rehat. REHAT Sesibuk mana pun, kita perlu ada masa untuk berehat. Sekali sekala tu bolehlah bersantai atau bercuti untuk menghilangkan stress dan kepenatan. TIDUR Pastikan waktu tidur mencukupi. Tidur terlalu banyak pun tak elok juga sebab badan kita akan terasa letih. BERFIKIRAN POSITIF Sentiasa berbaik sangka. Dengan berfikir positif, hidup kita akan terasa lebih ceria. PEMERIKSAAN KESIHATAN Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Pemeriksaan kesihatan ni penting untuk kita ketahui tahap kesihatan kita.

10 langkah gaya hidup sihat yang boleh kita amalkan ialah : MAKAN MAKANAN YANG SEIMBANGAmalan pemakanan yang seimbang memang perludiutamakan. Makanan yang kurang berkhasiat perlu dikurangkan atau lebih elok kalau dielakkan. MINUM AIR SECUKUPNYAMinum air suam atau air masak yer, bukannya air manis atau air berkarbonat. Pengambilan jus buah-buahan yang segar pun elok kalau diamalkan. Tapi kena rajin buat sendiri, sebab yang dijual di kedai tu dah ditambah dengan gula. BERSENAMKalau nak sihat, kenalah rajin bersenam. Berjogging, berjalan kaki atau berbasikal pun memang elok untuk kesihatan dan menambah stamina. BUAT SESUATU YANG KITA MINAT Bila kita melakukan sesuatu aktiviti yang kita minat, kita akan rasa lebih ceria dan bersemangat. Pastikan aktiviti itu bermanfaat.