BULETIN HIJAU (Jan - Feb 2015) - nreb.gov.my
Transcript of BULETIN HIJAU (Jan - Feb 2015) - nreb.gov.my
Tahun 2015: Ulang Tahun Ke-21, NREB Sarawak
Tahun 2015 merupakan ulang tahun Ke-21 NREB Sarawak. Semenjak
penubuhan NREB pada 1 Februari 1994, pelbagai aktiviti dan usaha giat
dijalankan oleh agensi ini bagi memenuhi visi agensi ke arah pencapaian
cemerlang dalam pengurusan dan perlindungan alam sekitar.
Klimaks yang menandakan kewujudan NREB semenjak dua (2) dekad yang lalu
telah diraikan pada tahun 2014 yang lepas, melalui kejayaan penganjuran
Ulangtahun Ke-20 NREB dan Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak
(CMEA) – anugerah tertinggi pengurusan alam sekitar berkualiti – di mana 73
syarikat dan pihak berkuasa tempatan telah menyertai CMEA ke-6, 2014. NREB
tidak harus selesa dengan kejayaan tersebut, sebaliknya NREB harus mengorak
langkah yang lebih cemerlang ke arah meningkatkan lagi kesedaran serta
keberkesanan pematuhan dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar
demi kepentingan dan kesejahteraan Negeri Sarawak tercinta.
Bersama, Bekerja Sebagai Satu Pasukan, Kita Mampu !
Bil. 1/2015 (Jan - Feb 2015)
Buletin Hijau merupakan
wadah yang diilhamkan oleh
Pengurusan NREB sebagai
satu penerbitan bagi
membolehkan maklumat
berkaitan aktiviti dan urusan
alam sekitar amnya, dan
NREB khasnya disampaikan
kepada warga kerja NREB
dan juga pihak berkaitan.
Bermula tahun ini (2015),
skop untuk Buletin Hijau akan
dibahagikan seperti berikut.
Bagaimanapun, tidak semua
kategori tersebut akan
dipaparkan pada setiap
penerbitan tertakluk kepada
relevansi.
Berita Jabatan – laporan
ringkas berkaitan aktiviti yang
dianjurkan oleh NREB atau
aktiviti yang turut disertai oleh
warga NREB.
Rencana – meliputi rencana
terpilih berkaitan isu alam
sekitar semasa.
DARI MEJA PENGARANG
BULETIN HIJAU (NREB Sarawak)
Lazimnya, awal tahun merupakan tempoh yang sibuk untuk warga NREB merancang aktiviti sepanjang tahun disamping menilai pencapaian tahun terdahulu. Banyak mesyuarat telah dijalankan, antaranya:
1. Mesyuarat “Management Review Meeting (MRM)” pada 14 Jan 2015
2. Mesyuarat “Senior Management Meeting (SMM)” pada 29 Feb 2015
3. Mesyuarat-mesyuarat Seksyen//Koperasi/Kelab
i) Seksyen “Compliance & Enforcement” pada 30 Jan 2015 ii) Seksyen “Environmental Regulation” pada 31 Jan 2015 iii) Seksyen “Monitoring & Reporting” pada 12 Feb 2015 iv) Seksyen “Environmental Education & Publicity” pada 17 Feb 2015 v) Mesyuarat ALK Koperasi Sumber Asli Kuching Berhad (KOPESA) pada
10 Feb 2015 vi) Mesyuarat Agung Kelab Rekreasi & Kebajikan Kakitangan NREB
(KERENA) pada 10 Feb 2015
Ta
huka
h
anda
ba
haw
a
kew
uju
da
n
NR
EB
se
ba
ga
i a
gen
si
pen
eraju
ala
m s
ekit
ar
turu
t d
iper
aku
i m
ela
ng
kaui
sem
pa
da
n
Neg
eri
Sara
wak?
C
on
tro
ller
K
uali
ti
Ala
m
Sek
ita
r te
lah
dji
empu
t ole
h
Iska
nda
r R
egio
na
l D
evel
opm
ent
Au
tho
rity
(IR
DA
), J
ohor
untu
k m
enya
mp
aik
an
ta
klim
at
ber
kait
an f
un
gsi
dan
per
an
an N
RE
B s
ema
sa “
Joh
or
Wo
rksh
op o
n E
nvi
ronm
ent
Poli
cy”
pada 24 F
ebru
ari
2
01
5 ya
ng la
lu d
i Jo
hor
Bah
ru.
Sya
bas
CE
Q!
Syabas
NR
EB
!
Berita Jabatan
Pameran Alam Sekitar: MAHB Green Day 2015
Enam (6) orang kakitangan NREB dari Seksyen EEP
terlibat dalam aktiviti pameran alam sekitar sempena
“Malaysia Airport Holding Berhad Green Day 2015”
pada 4 - 5 Februari 2015 di ruang legar, terminal
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Larian Kesihatan MAKSAK, 7 Februari 2015
Larian Kesihatan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Ketua
Menteri, bertempat di perkarangan letak kereta Wisma
Bapa Malaysia, Kuching. Seramai 22 orang kakitangan NREB
terlibat dalam larian tersebut.
Tahniah diucapkan kepada Ag. SAC Rahmah yang telah
berjaya menduduki tempat ke-7 dalam Kategori VIP Wanita.
Majlis Perasmian Agenda DBKU 2015
Kakitangan NREB turut tidak melepaskan peluang
untuk memeriahkan majlis perasmian Agenda DBKU
2015 yang dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri pada
9 Februari 2015 yang lalu bertempat di perkarangan
pejabat DBKU, Bukit Siol, Kuching. Seramai 30 orang
kakitangan NREB (Ibupejabat & Kuching) turut serta dalam aktiviti tersebut.“Hari ini bujang esok berdua, Ini kali orang,
lain kali kita, hehe….”
Projek Perintis usahama NREB dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Tochigi International Association Japan (TIA): Pemeliharaan Alam Sekitar dan Pengurusan Sisa Pepejal di Kampung Bako, Kuching
Seramai 430 keluarga di Kampung Bako, Kuching terlibat dengan projek ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti pembuatan
baja kompos dari sisa organik, perkongsian idea berkaitan pengurusan dan pengurangan sampah domestik, lawatan sambil
belajar, gotong-royong dan lain-lain.
Seramai tujuh (7) orang kakitangan NREB, enam (6) orang
penduduk Kpg. Bako dan dua (2) orang staf DBKU
mendapat manfaat menghadiri kursus di Jepun di bawah
projek ini. Sehingga kini, projek ini telah berjaya
melahirkan tiga (3) orang usahawan yang menjalankan
perniagaan kompos organik.
Workshop on Feature Writing & Photo Captioning
Half day workshop was organized by EEP Section to infuse
knowledge among staff of NREB on feature writing and photo
captioning. The resource person is Mr. Francis Chan, Senior
Managing Director of See Hua Group. He challenges the participants to get their article publish in local newspaper in near future.
Could we?
Perpindahan Operasi NREB Bahagian Sibu
Berkuatkuasa 2 Februari 2015, operasi pejabat NREB Sibu telah berpindah dari Bangunan Kerajaan Negeri di Jalan Awang Ramli
Amit ke Wisma Sanyan, Sibu. Alamat surat-menyurat NREB Sibu:
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak
Tingkat 8, Wisma Sanyan,
No. 1, Jalan Sanyan
96000 Sibu
Tel: +6084–337428/338428 Fax: +6084–327488
We are moving!
Job Enhancement: Congratulations !
Ucapan tahniah kepada kakitangan NREB yang telah dilantik ke jawatan kanan (KUP) baru-baru ini. Syabas! Semoga
komitmen dan dedikasi anda akan melonjakkan lagi kecemerlangan NREB.
Lantikan ke Jawatan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Gred C32 (KUP)
1. Abu Hanifah bin Ismail 2. Anthony Malang 3. Bakar ak Sirai
4. Edward ak Ambuas 5. Hayati bte. Busri 6. Mengiring Asang
7. Mohd. Rudy bin Tukirin 8. Mohd. Arnie bin Mustapha 9. Paulina ak Danggat
10. Sofian bin Dahlan
Lantikan ke Jawatan Pembantu Penguatkuasa, Gred N22 (KUP)
1. Azli bin Karim 2. BossClay ak Beckwell 3. Chai’r ak Angga
4. Dunstan ak Anthony 5. Georgeson ak George Lansam 6. Guillen ak Limek
7. Jangkuan Bong 8. Junau Nyumboi 9. Kasel ak Jeir
10. Kennedy ak Nujong 11. Lambong ak Abang 12. Mazlan bin Hamdan
13. Rajali bin Abang 14. Simud Saleh 15. Sulin ak Meti
16. Thomson Guran Bair 17. Wainie bin Hj. Wailie
Lantikan ke Jawatan Pembantu Tadbir Kewangan, Gred W22 (KUP)
1. Catherine ak Jamban
Lantikan ke Jawatan Pemandu Kenderaan, Gred R6 (KUP)
1. Penddy Ngatijo
Lantikan ke Jawatan Pembantu Awam, Gred R4 (KUP)
1. Iasah bte. Kurus 2. Jamakyah bte. Morshidi
Job Enrichment: NREB is reckoning You !
Ucapan tahniah juga kepada staff yang terpilih dalam aktiviti penstrukturan. Walaupun hanya melibatkan
penstrukturan horizontal, pengurusan NREB percaya bahawa produktiviti anda akan terus meningkat melalui
pendedahan kerja dan penempatan baru ini.
Nama Staff Penempatan Lama Penempatan Baru
1. Sr. ECO Kenny Poon, C44 Seksyen EEP, HQ Seksyen C&E, HQ
2. ECO Edmund MacMiller, C41 NREB Mukah Seksyen EEP, HQ
3. ECO George Nyaon, C41 Seksyen M&R, HQ NREB Mukah
4. Sr. AECO Bengkil Jimi, C32 Seksyen ER, HQ NREB Betong
5. Sr. AECO Yap Zee Kong, C32 Seksyen EEP, HQ NREB Kuching
6. Sr. AECO Bakar Sirai, C32 NREB Kuching Seksyen ER, HQ
7. AECO Wan Rizuan Wan Laila, C27 NREB Betong Seksyen EEP, HQ
Berita Kelab Rekreasi dan Kebajikan Kakitangan NREB (KERENA)
Lawatan Kerja ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM @ ROS), Sarawak
Pada 10 Februari 2015, KERENA telah mengadakan lawatan
kerja ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Lawatan tersebut diketuai oleh Presiden KERENA sesi
2013/2014 yang turut disertai oleh ketua-ketua Pejabat
NREB dan wakil KERENA cawangan.
Barisan Exco KERENA dari Ibupejabat dan cawangan telah
menggunakan kesempatan tersebut untuk berbincang secara “empat mata” dengan JPPM berkaitan operasi
KERENA. Semoga KERENA terus maju jaya!
Mesyuarat Agung KERENA
Pada 10 Februari 2015, jam 2.00 petang, ahli-ahli
KERENA (Ibupejabat NREB dan wakil-wakil KERENA
cawangan dari Pejabat Wilayah NREB) telah
mengadakan mesyuarat agung di Ibupejabat NREB.
Beberapa pindaan terhadap perlembagaan KERENA
telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut dan
proses pengundian untuk memilih barisan exco
yang baharu telah diadakan.
Terima kasih kepada barisan Exco yang lama (sesi 2013/2014) dan tahniah kepada barisan Exco baru (sesi
2015/2016).
AMANAT PENGURUSAN NREB BERKAITAN KEAHLIAN KERENA Objektif murni KERENA yang bermatlamat untuk (1) menyediakan aktiviti rekreasi untuk ahli dan
keluarga ahli, (2) menjaga kebajikan ahli dan keluarga ahli, dan (3) mengeratkan hubungan
sesama ahli, didokong penuh oleh pengurusan tertinggi NREB.
Pihak Pengurusan NREB melalui Mesyuarat “Senior Management Meeting (SMM)” pada 29
Januari 2015 telah memutuskan bahawa semua kakitangan NREB adalah WAJIB menjadi ahli
KERENA.
Semoga penyertaan semua warga kerja NREB sebagai ahli KERENA akan memeriahkan lagi
aktiviti-aktiviti anjuran kelab, di samping pencapaian matlamat asal penubuhan kelab tersebut.
Exco KERENA, sesi 2015/2016 (baru) Presiden: En. Tsai Koh Fen Timb. Presiden: En. Jong Chean Fuei Setiausaha: Pn. Marinni Khir Bendahari: Pn. Mary Magdalen Lutok AJK: 1. En. Nurharith Afnizan Zainorin
2. En. Keegan Didit 3. En. Sulin Meti 4. Cik Valecca Sibuar 5. Cik Jenefer Lu Yann Rong