Buletin Ikhtiar Bilangan 1 2014.indd 3 9/19/14 2:53 PM...kan penambahbaikan. Adakah pendekatan...
Transcript of Buletin Ikhtiar Bilangan 1 2014.indd 3 9/19/14 2:53 PM...kan penambahbaikan. Adakah pendekatan...
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014
Catatan
Ketua
Editor
Visi AIM adalah untuk “Untuk Menjadi Institusi
Kewangan Mikro Yang Diberkati, Dinamik dan
Bertaraf Dunia Bagi Membasmi Kemiskinan Serta
Meningkatkan Kesejahteraan Ummah”. Selari
dengan visi tersebut, AIM hendaklah terus
mengekalkan bisnes utama sedia ada yang telah
dikenali sebagai satu bisnes yang mulia iaitu
membantu ummah keluar dari kepompong
kemiskinan. Namun begitu, bagi mengatasi
persaingan dan memastikan AIM kekal relevan
sesuai dengan dinamika kliennya di samping
perubahan kumpulan sasaran yang baru, AIM perlu
membina satu ekosistem baru yang lebih tersusun,
lengkap dan menyeluruh dengan empat (4) entiti iaitu AIM, Koperasi Amanah Ikhtiar
Malaysia Berhad, Amanah Ikhtiar Sdn Bhd dan Malaysian Institute of Islamic Microfinance (MIIM)
yang akan memberi fokus berbeza tetapi saling
melengkapi antara satu sama lain. Gabungan ini
akan mengukuhkan lagi kedudukan AIM di mata
masyarakat dan kepimpinan Negara.
Akhir kalam, harapan kita adalah untuk terus
berganding bahu dan menghadapi segala
rintangan serta mengurus dengan keyakinan
demi memartabatkan AIM di pentas dunia. AIM
diharapkan akan terus berkembang selari
dengan visi dan misi yang telah ditetapkan
dengan cemerlang.
Buletin Ikhtiar 3
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014
Mandat Peneraju
Temuramah bersama Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia
YBhg. Dr. Zubir Harun S: Terlebih dahulu, saya mewakili pihak pengurusan AIM mengucapkan tahniah & syabas kepada YBhg. Dr kerana telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga AIM berkuatkuasa 1 Oktober 2013. Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan kepada Dr dan juga AIM untuk kelangsungan AIM selepas 26 tahun beroperasi. J: Terima kasih. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat saya menabur khidmat dan bakti bagi memastikan AIM terus cemerlang dan relevan pada masa akan datang. Terima kasih juga kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah memberi kepercayaan kepada saya memikul satu lagi tanggungjawab baru sebagai Pengerusi Lembaga AIM. Sebenarnya saya bukan baru bersama AIM, sebelum ini saya juga merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga AIM dan mula memegang jawatan Ahli Lembaga AIM pada tahun 2008. Saya akan meneruskan kesinambungan perjuangan membangunkan AIM agar terus cemerlang sebagaimana yang telah dilakukan oleh YH Dato Amihamzah Ahmad, mantan Pengerusi Lembaga AIM sebelum ini. S: Selaku Pengerusi Lembaga AIM yang baru, apakah
visi dan misi AIM yang baru bagi menempuhi cabaran
masa depan? J: Perkara pertama yang saya lihat adalah halatuju AIM pada masa depan bagi memastikan AIM terus relevan. Saya berusaha mendapat pandangan banyak pihak, termasuklah semua peringkat kakitangan dengan mengadakan Retreat Pengurusan bermula Disember 2013. Retreat ini mengumpulkan pelbagai kategori kakitangan bermula daripada pengurusan tertinggi sehinggalah kakitangan di lapangan yang sentiasa berhadapan dengan pelanggan. Pelbagai isu dikemukakan dan dibincangkan dan saya bertindak sebagai penyelesai permasalahan. Visi AIM yang baru adalah untuk menjadi institusi kewangan mikro yang diberkati, dinamik dan bertaraf dunia bagi membasmi kemiskinan serta meningkatkan kesejahteraan ummah. Ada 7 misi AIM iaitu: • Menjadi sebuah institusi kewangan mikro yang kukuh,
stabil, berdikari dan lestari • Menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan
kewangan mikro yang patuh syariah kepada isirumah berpendapatan rendah
• Menyediakan infrastruktur teknologi dan sistem sokongan terkini bagi penyampaian produk dan perkhidmatan
• Memantapkan modal insan melalui penerapan budaya
pembelajaran keusahawanan dan inovasi yang 4 Buletin Ikhtiar
berterusan • Memperkasakan sosio-ekonomi komuniti AIM melalui
ekosistem yang bersepadu sehingga mereka mampu mengaluarkan zakat, wakaf dan infaq
• Meneroka pasaran kewangan mikro Islam di peringkat serantau dan antarabangsa
• Membina budaya sukarelawan dalam komuniti AIM Penumpuan seterusnya adalah terhadap operasi AIM, terutamanya pengurusan pembiayaan. Saya melihat AIM perlu meningkatkan kecekapan operasi, di samping memastikan Sahabat AIM (peminjam) mendapat servis perkhidmatan yang terbaik. Penubuhan AIM Sdn Bhd dalam ekosistem baru AIM bertujuan membantu menguruskan aset/harta berupa bangunan serta menjalankan perniagaan yang dapat menyumbang pendapatan tambahan kepada AIM. Di samping itu, penubuhan Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad bertujuan menggembleng dana serta melabur dalam perniagaan yang menguntungkan. Keahlian koperasi terbuka secara sukarela dan sehingga kini seramai 123,242 orang telah menjadi anggota koperasi, dengan nilai saham mencecah RM41,311,366. Antara tujuan penubuhan koperasi adalah menyediakan pembiayaan i-Usahawan kepada Sahabat AIM. Pembiayaan i-Usahawan lebih besar, bernilai antara RM30,000 sehingga RM300,000, di samping pelaburan dalam projek yang menguntungkan seperti bidang perladangan, pengilangan, perkhidmatan dan Ar-Rahnu. S: Apakah strategi yang Dr. gunakan untuk mencapai
semua misi ini? J: Saya cenderung mengambil kira pendapat dan pandangan warga AIM khususnya kakitangan lapangan dan pengurusan kanan. Saya mahu libatkan semua orang di AIM. Saya mahukan semua warga AIM proaktif. Kita perlu kembali ke asas (back to basics) di mana kita mengingatkan diri kembali kepada tujuan penubuhan AIM: fokus kita membantu isirumah berpendapatan rendah untuk bebas dari kemiskinan. Kita perlu ingat bahawa pembiayaan adalah aset utama kita. Kita harus mengenalpasti, mengukur dan mengurus risiko dengan berkesan. Kakitangan perlu memantapkan pengetahuan dan teknik penyeliaan pembiayaan dan peka dengan cabaran yang dihadapi dan mungkin dihadapi. Jangan tunggu jadi baru nak bertindak. Kita perlu proaktif dan bukan reaktif.
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 4 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014
S: Bolehkah Dr Zubir terangkan keistimewaan &
kekuatan utama AIM? J: AIM telah beroperasi lebih daripada 26 tahun. Pelbagai kejayaan dan pengiktirafan telah diterima di peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. AIM pelengkap kepada dasar kerajaan membasmi kemiskinan. Sebaik sahaja diberi amanah, saya terus memulakan tugas dengan membuat post mortem agar AIM terus relevan sampai bila-bila. AIM sememangnya unik sebagai NGO kewangan mikro. Keutamaan diberikan kepada empat bidang iaitu: i. Pembiayaan ii. Pengurusan & Operasi iii. Personnel (Modal Insan) iv. Program Pembangunan Kakitangan & Sahabat AIM Saya melihat empat perkara di atas sebagai tonggak penggerak pertumbuhan organisasi. Penambahbaikan dan pengukuhan yang saya sebutkan di atas akan membawa kepada peningkatan dan pertumbuhan organisasi dalam jangka masa pendek dan panjang. AIM semestinya memerlukan kakitangan yang komited dan cekap melaksanakan kerja. Ini akan dibantu pengurusan yang lebih berkesan serta sistematik. Seharusnya warga kerja AIM melihat simbiosis ini sebagai satu kerjasama antara semua pihak, yang mampu meningkatkan imej AIM secara keseluruhan dari segi pandangan dan pembangunan korporat. Ini visi yang telah saya kongsikan bersama kakitangan dan saya nampak kesediaan mereka bersama bagi menjamin kecemerlangan. S: Berapa lama tempoh yang Dr berikan pada diri sendiri
dan organisasi untuk melihat semua perubahan ini
berlaku? J: Kesedaran sudah mula meningkat di kalangan kakitangan AIM. Saya sentiasa berusaha mendapatkan maklumbalas daripada pengurusan kanan sehinggalah kepada kakitangan lapangan. Kita akan bagi perhatian pada sesuatu masalah dan cuba atasinya dalam jangka masa pendek dan panjang. Sebagai contoh, kami telah mengenal pasti isu PAR (portfolio at risk / portfolio ada risiko) sebagai satu ancaman utama terhadap perkembangan AIM. Di peringkat antarabangsa, piawaian mikrokredit berjaya meletakkan PAR di bawah 2 peratus dan AIM masih lagi mengekalkan kadar PAR di bawah 2%, bagi memastikan AIM kekal relevan. Tentunya kita memerlukan masa untuk menangani dan mengatasi pelbagai permasalahan. Sebagai peneraju, AIM perlu berada di kedudukan paling strategik untuk mengeksploitasi peluang yang ada, baik dari segi bantuan kewangan yang datang daripada kerajaan, NGO atau kemudahan latihan kemahiran yang ditawarkan seperti Kolej Komuniti, Politeknik dan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MARA, MARDI, RISDA dan FAMA. Penglibatan semua pihak sangat penting. Semuanya perlu sepakat dan sefahaman untuk mencapai kemajuan bersama. Jika kemudahan yang disediakan bertaraf dunia, tetapi kita masih mempunyai minda kelas ketiga, kita tidak akan ke mana-mana. Saya menjangkakan dalam tempoh 2 tahun akan datang AIM akan kekal relevan bagi melahirkan usahawan daripada golongan berpendapatan rendah selaras dengan hasrat kerajaan. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan AIM.
S: Boleh Dr terangkan apa yang akan berubah dari segi
operasi? Tentunya peranan operasi penting untuk
mencapai misi pengukuhan Dr. J: Saya mahu bertemu dengan semua kakitangan AIM untuk meraih pandangan dan pendapat. Saya mahu mewujudkan budaya kerja sense of ownership di kalangan semua kakitangan AIM. Saya sebagai fasilitator. Usaha saya tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk menaikkan imej AIM serta menuju kemuncak kejayaan sebuah institusi kewangan mikro yang dianggap sebagai teraju utama di Malaysia, serta dapat dijadikan model untuk pembiayaan seumpama ini untuk negara-negara Islam di dunia. S: Dr. cenderung menggunakan pendekatan turun padang dalam mengadakan penambahbaikan. Adakah pendekatan seperti ini akan diteruskan atau ia hanya dilakukan di peringkat permulaan sahaja? J: Pendekatan saya memang berterusan dari dulu sampai sekarang. Dalam masa sama, saya juga mahu libatkan pegawai supaya mereka tahu setiap aktiviti mahu pun masalah yang berlaku di cawangan atau wilayah. S: Sebagai penutup, kongsikan pencapaian Dr. setelah hampir enam bulan meneraju AIM. Kemahiran, pengetahuan dan kompetensi apa yang Dr. ingin gunakan dengan lebih lanjut pada tahun 2014? J: Retreat AIM di hujung tahun 2013 telah berjaya menggariskan permasalahan PAR yang dibentangkan oleh kumpulan-kumpulan dari setiap cawangan dan wilayah. Saya sedang mula menyusun strategi untuk AIM memaksimumkan impak dalam skop pembiayaan mikro untuk tahun 2014, dengan jumlah keuntungan yang disasarkan sebanyak RM75 juta. Kita menuju ke arah negara maju dan banyak perkara yang perlu dilakukan untuk menguatkan ekonomi. Saya juga mahu memupuk semangat berpasukan di kalangan warga kerja AIM dengan harapan semua orang dapat membantu mencapai minima/sifar PAR dan berbelanja secara berhemah. Kita patut hidupkan balik budaya berjimat dan berhemat dalam berbelanja. Kita hendakkan penambahbaikan yang berterusan, berkualiti dan berkesan. Setiap perkara perlu dipandang dari aspek perniagaan. Kita mahu menjadi relevan dan menawarkan perkhidmatan cekap, cepat dan mesra. Ini antara kompetensi dan kemahiran yang mampu kita bina bersama-sama demi mencapai halatuju AIM pada tahun 2014. Kupasannya, AIM sebuah institusi kewangan mikro terunggul dan berdaya maju seiring dengan tempoh kewujudannya. AIM perlu mengubah imej yang sediada secara keseluruhan dari segi imej korporat selaku institusi yang terunggul dan disegani di dalam dunia kewangan mikro. AIM sebagai peneraju mikro kredit patut menjadi contoh dan benchmark kepada institusi-institusi dan organisasi kewangan mikro lain, baik di dalam mahupun di luar negara.
Buletin Ikhtiar 5
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 5 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar
Retreat AIM 2014:
Mendukung
Visi & Misi
Program Retreat 2013 telah diadakan pada 8–
13 Disember 2013 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Objektif utama program retreat ini adalah:
i. Re-examine, Reposition, Rebranding dan
Restrategise AIM dengan melihat semula visi
dan misi AIM bagi memastikan AIM sustain dan
kekal relevan dalam industri kewangan mikro.
ii. Memastikan AIM terus relevan sebagai wadah
perjuangan bangsa Melayu dan Bumiputera dalam
agenda pembangunan ekonomi golongan Melayu
dan Bumiputera miskin di Malaysia.
Hasil daripada penemuan daripada program tersebut,
Pengurusan AIM yang diketuai oleh Pengerusi AIM
YBhg Dr Zubir Harun telah mengambil langkah untuk
meneruskan program Retreat 2014 mengikut situasi
cawangan dan wilayah iaitu:
a) Retreat Pemulihan: Wilayah Sabah Timur, Wilayah
Lembah Klang dan tiga cawangan di Kedah (PKMB
Kangar, Perlis dan Kuala Muda/Yan).
b) Retreat Pemantapan dan Pengembangan: melihat
perkembangan Wilayah Terengganu dan Wilayah
Sabah Barat/Tengah. 6 Buletin Ikhtiar
Bilangan 1: 2014
Retreat AIM 2014 dirangka dengan objektif-
objektif berikut: i. Memastikan semua lapisan kakitangan : • Memahami fokus dan keutamaan Lembaga
AIM. • Menerima keputusan yang dibuat oleh
Pengurusan Tertinggi. • Melaksanakan pelan yang dirancang dengan
patuh. ii. Memberi ruang komunikasi dua hala dan
memahami isu dan permasalahan akar umbi
dengan lebih telus. • Mengenalpasti isu dan permasalahan
wilayah dan cawangan dengan lebih telus.
• Mengemuka cadangan serta membentuk
strategi untuk menyelesaikan permasalahan
dan pelan tindakan yang boleh dilaksanakan
pada tahun 2014. • Merangka strategi untuk memastikan
kelangsungan AIM dengan memberi
perkhidmatan kewangan mikro kepada lebih
ramai golongan sasaran.
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 6 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar
Bilangan 1: 2014
5 Meningkatkan lebihan pendapatan Program Retreat ini telah berjaya mendapat
komitmen dari wilayah terlibat untuk menjana
pendapatan sebanyak RM45.5 juta. Program Retreat yang dilaksanakan secara terperinci di
wilayah terlibat memberi kesan positif kerana telah
memberi ruang dan peluang kepada kakitangan untuk
menyatakan segala permasalahan dengan telus dalam
suasana komunikasi yang terbuka. Penglibatan
Pengurusan Tertinggi termasuk Pengerusi Lembaga
AIM menyuntik semangat dan motivasi baru kepada
kakitangan yang terlibat, terutamanya di wilayah
bermasalah kritikal seperti Sabah Timur. Mandat dan penjelasan terus (secara langsung)
daripada Pengerusi Lembaga AIM berjaya
mengelakkan isu salah faham di kalangan
kakitangan. Keputusan untuk isu kritikal yang dapat
dibuat serta-merta turut memberi satu kepuasan
kepada kakitangan. Pihak pengurusan yakin pelaburan yang dibuat untuk
mengendalikan program ini adalah satu tindakan yang
tepat dan kena pada masanya. Tindakan drastik yang
diambil oleh Pengerusi Lembaga AIM dan mendapat
sokongan padu daripada pasukan yang dilantik diyakini
dapat membantu AIM kembali ke kedudukan asal
sebagai insitusi kewangan mikro yang cemerlang.
7
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 7 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar
Liputan Ikhtiar
Pada 10 Januari 2014, satu perjumpaan antara Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM) dan pihak Maybank Investment telah diadakan di Dataran Maybank, Bangsar. Perjumpaan tersebut
adalah bagi membincangkan peluang kerjasama yang boleh diwujudkan antara kedua-dua pihak dalam tempoh
terdekat. Pihak AIM, telah diketuai oleh Pengarah Urusan, Encik Norsharizal Mashahrin. Manakala, daripada pihak Maybank Investment pula, ia diketuai Pengarah
Urusan Ekuiti Operasi Islam, Datin Ami Moris. Secara
keseluruhannya, perbincangan dihadiri oleh enam orang
daripada AIM dan lapan orang wakil daripada pihak
Maybank Investment. Perbincangan yang berlangsung selama hampir dua jam
itu berjalan dengan lancar dan perbincangan lanjut
mengenai hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak
akan diadakan secara berperingkat kelak.
Bilangan 1: 2014
Perbincangan Bersama
Maybank Investment
Taklimat daripada Pejabat Wilayah Kedah/Perlis dan Kunjungan Hormat ke Wisma Darulaman,
Alor Setar, Kedah
Pada 13 Januari 2014, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, Encik Yaacob Omar telah mengiringi Pengerusi Lembaga AIM, YBhg Dr Zubir
Harun melawat pejabat Wilayah AIM
Kedah/Perlis yang terletak di Kompleks
Perniagaan Utama, Jalan Sultanah Sambungan,
Alor Setar, Kedah. Kedatangan Tuan Pengerusi
Lembaga AIM disambut mesra Pengurus Besar
Zon Utara, Encik Che Mahdi Idris dan Pengurus
Wilayah, Puan Salina Jaafar serta kakitangan
pejabat Wilayah Kedah/Perlis.
8 Buletin Ikhtiar
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 8 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014
Puan Salina menyampaikan taklimat berkaitan
pencapaian dan halatuju Wilayah Kedah/ Perlis
serta cabaran dan tekad kakitangan untuk tahun
2014 bagi mencapai sasaran pendapatan bersih
berjumlah RM35 juta. Encik Che Mahdi dan
Puan Salina diamanahkan oleh Dr Zubir untuk
menyampaikan misi dan visi yang telah
dibentangkan di Retreat AIM 2013 di Port
Dickson pada Disember lalu kepada semua
kakitangan cawangan-cawangan Kedah/Perlis.
Seterusnya, Dr Zubir dibawa ke Wisma
Darulaman, Alor Setar atas tujuan kunjungan
hormat ke pejabat Menteri Besar Kedah, YAB Dato‟ Paduka Haji Mukhriz Mahathir. Tujuan
kunjungan hormat ini adalah untuk memberi
taklimat operasi AIM di negeri Kedah di
samping mewujudkan kerjasama yang lebih
erat dengan pihak kerajaan negeri.
Bengkel Penambahbaikan Prosedur Kualiti dan Polisi 2014
Pengurusan Kanan dan Pengurusan Tertinggi AIM
telah menghadiri Bengkel Penambahbaikan Prosedur Kualiti dan Polisi yang diadakan selama dua (2) hari pada 18 dan 19 Januari bertempat di
Hotel Carlton Holiday & Suites, Shah Alam. Bengkel anjuran
Bahagian Pembangunan Risiko dan Pembangunan
Korporat ini merupakan lanjutan dari Program Retreat AIM
yang diadakan pada Disember 2013. Bengkel ini turut
dihadiri Pengerusi Lembaga AIM, Dr Zubir Harun serta
Pengarah Urusan AIM, En Norsharizal Mashahrin. Hari pertama bengkel dimulakan dengan ucapan dasar
oleh Dr Zubir. Beliau mahukan AIM mengorak langkah
efektif untuk mencapai keuntungan RM75 juta pada
tahun 2014 dengan melaksanakan misi berikut: • Mengeluarkan pembiayaan melebihi 2 billion • Mempunyai SAHABAT aktif melebihi 300,000 • Mewujudkan ekosistem yang komprehensif
YBhg Dr Zubir turut mengharapkan AIM untuk
mengurangkan perbelanjaan dalam mengharungi
cabaran tahun mendatang, selain meminimakan
“Portfolio pada Risiko” (PAR). Selain itu kualiti
SAHABAT perlu dipertingkatkan dengan kemahiran
dan latihan keusahawanan yang memberi manfaat
kepada mereka. AIM juga perlu bekerjasama
dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti FAMA
demi mewujudkan jaringan yang efektif di samping
dapat memperluaskan pasaran produk SAHABAT
dengan berkesan. Dalam ucapan penutup, Pengerusi AIM ingin memberi
fokus kepada isirumah miskin dan ibu tunggal dalam
perancangan mendatang. Akhir sekali beliau berharap
agar seluruh warga AIM terutama pengurusan bekerja
keras bagi memastikan sasaran keuntungan dapat
direalisasikan dalam tahun 2014.
Buletin Ikhtiar 9
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 9 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014
Mesyuarat Jawatankuasa
Membantu Keluarga Miskin Daerah Keningau
Isnin 11 Februari, satu lagi sejarah tercipta di Daerah Keningau kerana bersatunya wakil-wakil dari
agensi kerajaan untuk memberi bantuan kepada golongan miskin. Bertempat di Hotel Juta, Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menganjurkan mesyuarat dan penubuhan Jawatankuasa Tindakan Membantu
Keluarga Miskin Cawangan Keningau. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi
Lembaga AIM, Dr. Zubir Harun turut dihadiri wakil
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Sabah, Datuk Sairin Karno yang merupakan ADUN
Liawan, wakil AIM Wilayah Sabah Barat dan
Keningau, Kraftangan, FAMA, KEMAS, Jabatan
Pertanian, Lembaga Industri Getah, MPOB,
Lembaga Getah Malaysia, Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Sabah, Peladang dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Sehubungan itu AIM telah
melantik Datuk Sairin Karno sebagai Penaung bagi
jawatankuasa tersebut.
10 Buletin Ikhtiar
Antara peranan jawatankuasa tersebut ialah: • Menghubungkan dan menjalin kerjasama dalam
beberapa bentuk perkhidmatan kepada golongan
miskin. • Mengetengahkan idea-idea pelaksanaan berimpak
tinggi untuk dijadikan modal program
pembangunan yang berkesan. • Perkongsian pengalaman, maklumat dan teknikal
dari masa ke masa. • Menyokong, menyelaras dan merancang strategi,
program atau aktiviti yang akan meningkatkan
pembangunan berterusan golongan miskin. • Mengendalikan program-program pengurangan
kemiskinan secara tersusun dan berfokus. • Membantu, memantau dan mengawal selia
pelaksanaan program-program yang dirancang. Diharapkan dengan adanya penubuhan
jawatankuasa dan kerjasama ini, SAHABAT di
Keningau khususnya dan masyarakat di sekitar
amnya mendapat manfaat dari segi mempelbagaikan
perniagaan seterusnya dapat menambah
pendapatan, pekerjaan dan juga ilmu pengetahuan.
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 10 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014
Kiah Pekasam:
Kekal Resipi 32 Tahun dan Tersohor di Seluruh Negara
Oleh: Saipul Nizam Mat
Puan Kiah menyertai AIM pada 1994 kerana
beliau memerlukan modal untuk bekalan bahan
mentahnya. Semasa mula menyertai AIM, Puan
Kiah membuat pinjaman sebanyak RM500.00
untuk melakukan projek ternakan ikan air tawar
untuk dijadikan bahan mentah ikan pekasam.
Setelah projek ikan pekasam Puan Kiah berdaya
maju dan mendapat sambutan, beliau mendapat
kepercayaan daripada Sahabat dan Pengurusan
AIM Cawangan Lenggong untuk pembiayaan yang
lebih besar. Sehingga kini, Puan Kiah telah
meminjam dengan AIM sebanyak RM 195,000.00.
Puan Kiah turut mengakui bahawa jika dia tidak
menyertai AIM, mungkin dia tidak berada di
peringkat ini. Bantuan modal dan motivasi serta
bimbingan yang diberikan oleh kakitangan AIM
di semua peringkat telah menyuntik semangat
untuk berjaya. Selain daripada bantuan
pembiayaan daripada AIM, Puan Kiah
memperolehi bantuan mesin daripada Pejabat
Mufti Negeri Perak serta daripada Jabatan
Perikanan Negeri Perak dan telah menjadi anak
jabatan tersebut. Pihak FAMA juga turut
mengambil produk keluarannya untuk pasaran.
Buletin Ikhtiar 11
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 11 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014
Pasaran pekasamnya mendapat sambutan dari
pelanggan di seluruh Malaysia serta mendapat
permintaan daripada negara luar seperti Scotland
dan negara Timur Tengah. Produknya juga boleh
didapati di pasaraya terkenal seperti TESCO dan
AEON Big. Mungkin kerana kelazatan dan sebagai
juadah ringkas yang membangkitkan selera,
permintaan untuk pekasam bertambah sekali
ganda pada musim perayaan terutama bulan
Ramadhan menyebabkan pihaknya sentiasa
bersedia untuk meningkatkan jumlah pengeluaran.
Bahan mentah utama iaitu bekalan ikan diperolehi
daripada pembekal dari serata negeri Perak. Jika
bulan-bulan biasa, jumlah bekalan ikan hanya
sekitar 2 tan tetapi jika masuk bulan perayaan ia
boleh mencecahkan sehingga 8 hingga 11 tan.
12 Buletin Ikhtiar
Menurut Puan Kiah juga, setiap hari pasti ada
pelanggan yang akan datang ke rumah untuk
membeli sendiri ikan pekasamnya yang bukan
sahaja orang tempatan di Lenggong tetapi
pelanggan dari luar. Malah Puan Kiah terpaksa
menerima pelanggan sehingga larut malam. Jenis
ikan pekasam yang mendapat permintaan tinggi
adalah ikan air tawar spesis loma, lampam dan
sepat. Namun begitu Puan Kiah turut membuat
pekasam ikan air masin seperti ikan gelama bagi
pelanggan yang tidak menggemari ikan air tawar. Bagi Puan Kiah, semuanya ini adalah berkat doa
dan kurniaan Allah serta usaha gigihnya untuk
mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.
Kejayaan itu tidak dicapai dengan mudah. Segala
cabaran dianggap sebagai satu hikmah
kepadanya dan sentiasa menginsafi diri walaupun
sudah berjaya. Menurutnya, bidang perniagaan
memerlukan keberanian mengambil risiko selain
ilmu pengetahuan untuk mengelak kerugian.
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 12 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014
Memiliki taraf pendidikan setakat sekolah rendah bukan halangan untuk berjaya. Sebaliknya, kekurangan itu digunakan sebagai pembakar semangat untuk
seseorang berusaha lebih gigih dalam kehidupan
yang penuh cubaan dan dugaan. Kekurangan
boleh didefinisikan dalam pelbagai makna. Tidak
semestinya kekurangan itu dipandang pada sudut
negatif. Jika dilihat daripada perspektif yang
membina diiringi usaha yang jitu, kekurangan itu
sebenarnya amat bernilai. Itulah luahan penuh
makna yang diluahkan oleh Sahabat dari Marang,
Terengganu ini. Bagi Puan Suri Abdul Ghani, 45 tahun, kekurangan
yang dimiliki bukanlah kayu pengukur kejayaannya.
Beliau sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang
suami yang sangat memahami dan mendorong
beliau dalam setiap perkara yang dilakukan. Suami
Sahabat, Encik Mohd Kahni Habsu berkata,
walaupun dirinya seorang yang berpendidikan dan
merupakan bekas penjawat awam, dia sendiri berasa
malu dan kagum dengan usaha gigih yang
ditunjukkan oleh isterinya. Tambahnya lagi, dia tidak
menyangka perniagaan yang diusahakan oleh
isterinya memberi pulangan yang lumayan sehingga
mampu menyara hidup mereka sekeluarga. Jika
sebelum ini mereka hanya menumpang di rumah ibu
suami Sahabat, kini mereka mempunyai dua buah
rumah sendiri dan lima ekar tanah yang subur
dengan pelbagai hasil tanaman.
Penyertaan Puan Suri dalam Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM) sejak tahun 2004 nyata memberi
sinar baru dalam kehidupannya. Siapa sangka
wanita cekal ini sebelum ini pernah hidup dalam
keadaan yang sangat susah sehingga beliau tidak
mampu bersekolah. Bagi Puan Suri, semua itu
hanyalah sementara. Dengan bantuan daripada
AIM, Puan Suri sangat bersyukur dan nekad untuk
berusaha gigih mengusahakan perniagaan gula
melaka yang kini mendapat sambutan yang sangat
memberangsangkan. Buktinya, gula melaka Puan
Suri telah dipasarkan di enam buah pasaraya
terbesar di Terengganu dan Pahang seperti Mydin,
Sri Intan, Sabasun, Nirwana, Hock Kee Seng dan
Tunas Manja. Sejak daripada awal penyertaannya dalam AIM, Puan
Suri banyak menyertai bengkel dan seminar yang
dianjurkan oleh pihak AIM tidak kira di mana ia
diadakan. Dia yakin kejayaan yang dimiliki hari ini
turut didorong oleh kemahiran pemasaran yang
dimiliki hasil daripada bengkel dan seminar yang
dihadiri. Baginya, ilmu yang diberikan melalui bengkel
dan seminar yang dihadiri banyak membantu
meluaskan pasaran perniagaannya. Selain itu, sikap
berani dan tidak malu untuk memperkenalkan produk
yang diusahakan turut menjadi faktor kejayaannya.
Buletin Ikhtiar 13
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 13 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar Bermula dengan tempahan sekitar RM300.00, siapa
sangka Puan Suri kini tidak menang tangan
menerima tempahan walaupun telah dibantu oleh
enam orang pekerja. Kesemua pekerja dibayar
sebanyak RM1,000.00 sebulan. Walau
bagaimanapun, bayaran kepada para pekerja adalah
lebih tinggi terutamanya pada musim perayaan atau
majlis keraian seperti perkahwinan, jamuan dan
banyak lagi. Menurut Puan Suri, semua tempahan
akan dihantar oleh dua orang pekerja lelaki termasuk
suami beliau. Kebiasaannya, pada musim sebegini,
Puan Suri terpaksa bekerja dua syif iaitu pada waktu
pagi dan juga malam. Percaya atau tidak,
pendapatan Puan Suri kini mencecah RM 90,000.00
sebulan berbanding sebelum menyertai AIM hanya
RM1,000.00. Selain daripada AIM, Puan Suri turut menerima
bantuan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan
(ICU). ICU membantu Puan Suri daripada segi
sumbangan mesin-mesin untuk memudah dan
mempercepatkan proses penghasilan gula melaka
yang dijual Puan Suri. Selain itu, Puan Suri juga
menerima sedikit sumbangan daripada Yayasan
Pembangunan Usahawan, Jabatan Pertanian,
Lembaga Pertubuhan Peladang, Pihak Berkuasa
Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
(RISDA) dan Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA).
14 Buletin Ikhtiar
Bilangan 1: 2014
Sudah menjadi lumrah kehidupan orang berniaga
untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
dugaan. Namun bagi Puan Suri, cabaran yang
dihadapi dilihat sebagai pembakar semangat
untuk berusaha lebih gigih. Walaupun semakin
hari semakin ramai pengusaha manisan gula
melaka, produk keluarannya tetap menjadi pilihan
orang ramai. Baginya, kualiti manisan gula melaka
yang dihasilkan harus dikekalkan tanpa mengira
naik turun harga barang mentah. Justeru, harga
bagi manisan gula melaka yang dikeluarkan akan
berubah mengikut harga pasaran. Menurut Puan
Suri, pelanggan tidak pernah merungut tentang
perubahan berkenaan memandangkan mereka
faham akan kenaikan harga bahan mentah. Bagi
memastikan kualiti produk terjamin, Puan Suri
sendiri akan memantau segala proses
menghasilkan manisan gula melaka. Secara kesimpulannya, walaupun tidak
mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, Puan
Suri berjaya membuktikan dirinya adalah seorang
usahawan yang berjaya. Asalkan ada minat,
usaha dan pengorbanan, semua itu tidak
mustahil. Yakinlah bahawa keusahawanan adalah
langkah bagi memperoleh kekayaan supaya dunia
ini tidak menjadi penjara. Dalam hal ini kekayaan
kerap disebut sebagai „kebebasan kewangan‟.
Umat Islam perlu menambahkannya menjadi
„keberkatan kewangan‟. Dengan kata lain,
kekayaan yang kita usahakan dan miliki
mengundang berkat daripada Allah sehingga kita
memiliki kekuatan untuk berkongsi kekayaan itu
dan mengurusnya dengan sebaik-baiknya.
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 14 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014
SAIZ PORTFOLIO DI PASARAN JUMLAH PEMBIAYAAN MENGIKUT WILAYAH PADA TERKUMPUL MENGIKUT
31 MAC 2014 WILAYAH PADA 31 MAC 2014
TABURAN SAHABAT
MENGIKUT WILAYAH PADA 31 MAC 2014
Buletin Ikhtiar 15
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 15 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014
Tabung
Kebajikan dan
Kesejahteraan Sahabat
Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) telah dilaksanakan pada Julai 2006. Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap kebajikan dan kesejahteraan sahabat dan keluarga apabila ditimpa kesusahan. Prinsip sumbangan yang diberikan kepada mereka bukan sebagai ganti rugi tetapi lebih kepada tanda keprihatinan dan membantu meringankan beban semasa sahabat menghadapi musibah.
Jadual 1 Merujuk kepada jadual 1, jumlah dana TKKS pada bulan Mac sebanyak RM989,686.37. Kumulatif dana kini
berjumlah RM87,713,878.36. Halal 1% TKKS (HTKKS) adalah penyumbang tertinggi dana dengan
RM57,844,927.60 iaitu sebanyak 65.95% dari keseluruhan dana. Jadual 2
Kedudukan bayaran manfaat TKKS pada bulan Mac adalah berjumlah RM1,665,010.20 dengan bilangan 5,643 tuntutan.
Pada bulan ini, Wilayah Sabah Timur membuat bayaran bagi 9 kes Insiden Pencerobohan berjumlah RM37,000.00.
Kumulatif pembayaran manfaat berjumlah RM61,637,051.60 dengan 196,386 bilangan tuntutan. Manfaat Wad masih
mengekalkan manfaat tertinggi dengan jumlah pembayaran kini sebanyak RM22,604,029.20 (36.67%).
16 Buletin Ikhtiar
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 16 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014
Perkembangan Semasa
Koperasi Amanah Ikhtiar
Malaysia Berhad
Oleh: Mohd Syukri Bin Abdul Majid Pengurus Besar Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad atau
lebih dikenali dengan nama Koperasi Sahabat telah menyambut ulang tahun pertamanya pada 30 Ogos
2013 yang lalu. Sejajar dengan moto penubuhannya iaitu
“Dari Sahabat, Kepada Sahabat, Untuk Sahabat”,
Koperasi Sahabat telah berjaya menceburi
pelbagai sektor perniagaan dengan objektif untuk
meningkatkan ekonomi anggota-anggotanya. Sehingga 31 Disember 2013, Koperasi Sahabat
telah menerima dana AIM, modal syer dan fi
masuk anggota dengan jumlah keseluruhan
bernilai RM 44,912,030.00. Dengan dana inilah
segala pengeluaran pembiayaan, pelaburan dan
termasuklah belanja urus koperasi diperolehi.
Sehingga 30 Jun 2013, Keanggotaan Koperasi
yang telah disahkan oleh ahli lembaga koperasi
adalah seramai 117,782 orang dengan jumlah
modal syer sebanyak RM 35,514,740.00. Sehingga Mac 2014, pihak Koperasi telah menceburi
pelbagai bidang pelaburan antaranya di dalam
bidang perhotelan, dengan pembelian 100% ekuiti
dalam pemilikan Carlton Holiday Hotel & Suite, Shah
Alam berjumlah RM3,500,000.00 dan modal operasi
awal sebanyak RM730,000.00. Fokus utama
pengurusan hotel ini selain dari perolehan
keuntungan kepada Koperasi, ia juga memberi
peluang dan ruang kepada anggota Koperasi untuk
menjalani latihan dan mendapat pendedahan dalam
pengurusan hotel dan hospitaliti secara lebih
professional.
Pada 23 Mac 2014, secara rasminya pembukaan
perniagaan pajak gadai Islam di Pasir Tumboh,
Kelantan oleh koperasi dengan nama yang kita
kenali sebagai Ar- Rahnu, Biro Gadaian. Dengan
pembukaan cawangan ini, perancangan masa akan
datang lebih banyak cawangan Ar-Rahnu akan di
buka seluruh Malaysia. Satu cawangan dianggarkan
dengan kos modal harta sebanyak RM500,000.00
dan modal pusingan sebanyak RM3,500,000.00. Sehingga 31 Mac 2014, permohonan produk
pinjaman I-Usahawan adalah sebanyak 57 pemohon
(RM51,000.00 – RM300,000.00) dengan modal
sebanyak RM8,000,000.00. Sehingga kini seramai
34 orang anggota Koperasi telah menerima modal
pembiayaan dengan jumlah terkumpul RM
3,347,000.00. Sebanyak lebih RM 30,000,000.00
akan di peruntukkan bagi produk I-Usahawan
tertakluk kepada modal syer koperasi. Pelaburan bidang hartanah koperasi bermula
dengan pembelian bangunan kedai 2 lot 3 tingkat di
Kepayang Commerce Square, Seremban, Negeri
Sembilan dengan jumlah pelaburan
RM1,617,998.00. Namun begitu pelaburan hartanah
ini tidak hanya memberi fokus kepada pembangunan
yang akan atau telah siap sahaja, Koperasi
merancang ingin menceburi sebagai pemaju
hartanah di mana menjanjikan pulangan yang lebih
lumayan, selain dari menawarkan rumah dengan
harga diskaun kepada anggota. Sebagai pemaju
hartanah kelak, Koperasi akan bekerjasama dengan
pemilik-pemilik tanah yang berminat untuk sama-
sama berkongsi memajukan tanah tersebut, dengan
menitikberatkan perkongsian yang adil antara tuan
tanah dan pemaju.
Buletin Ikhtiar 17
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 17 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014 Dengan ekosistem indah yang wujud di dalam
persekitaran Amanah Ikhtiar Malaysia sepanjang
2013, Koperasi telah bekerjasama dengan Unit
Pembangunan Usahawan AIM dalam bidang
pembekalan produk dan juga sebagai pengendali
perkhidmatan latihan. Dalam bidang pembekalan, Koperasi Sahabat telah
menjadi pembekal utama kepada produk Sahabat
Ikhtiar berupa alatan niaga kepada Unit
Pembangunan Usahawan, AIM untuk diedarkan
kepada Sahabat-Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia. Dan dalam bidang perkhidmatan latihan pula,
Koperasi Sahabat telah menjadi operator latihan
kepada sahabat-sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia
dalam bidang keusahawanan dan pertanian.
Sepanjang tahun 2013, sebanyak 16 program
telah dilaksanakan iaitu 5 kursus pertanian, 10
seminar keusahawanan dan 1 bengkel
keusahawanan dengan jumlah peserta seramai
1,667 orang Sahabat.
Selain dari pelaburan perniagaan yang melibatkan
penggunaan dana koperasi, Koperasi Sahabat juga
memberi fokus untuk memanfaatkan dana atau geran
kerajaan yang ditawarkan kepada umum. Koperasi
Sahabat telah mendapat kelulusan daripada
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia bagi
memberi laluan mudah kepada anggota Koperasi
Sahabat memperolehi RM1,000 seorang dalam
program „Get Malaysian Business Online‟ (GMBO), dana ini bertujuan menggalakkan para
usahawan menggunakan laman sesawang sebagai
salah satu medium pemasaran syarikat dan produk-
produk mereka. Seramai 18,478 anggota koperasi
telah mendapat kelulusan dengan mematuhi segala
syarat yang ditetapkan. Selain daripada penyediaan
laman sesawang kepada semua yang terpilih, pihak
Koperasi dengan kerjasama konsultan (Persada
Terbilang Sdn Bhd) akan memberi latihan secara
khusus kepada semua peserta GMBO ini. Melihat kepada perkembangan Koperasi dan
kemasukan modal syer dari Simpanan Tabung
Kumpulan Sahabat yang berterusan serta
mengekalkan 5 teras utama Koperasi iaitu
pembiayaan, hospitaliti, Pajak Gadai Islam (Ar-
Rahnu), perladangan dan sektor hartanah,
Koperasi dapat berkembang dengan lebih cepat
dan mendapat pulangan keuntungan yang lebih
tinggi seterusnya memberi dividen yang
menguntungkan kepada anggota koperasi.
18 Buletin Ikhtiar
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 18 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014
Personaliti Paparan:
Pengarah Urusan
AIM
NAMA PENUH : Norsharizal bin Mashahrin
TARIKH LAHIR : 4 Mac 1979 (anak sulung dari lima
beradik)
TEMPAT LAHIR : Felda Ijok, Selama, Perak
STATUS : Berkahwin
NAMA ISTERI : Euzanin Dato’ Yaacob
BILANGAN ANAK : 2 orang (Idris Iskandar & Yusuf Aariz)
PROFIL FACEBOOK : Norsharizal Mashahrin
LATAR BELAKANG KELUARGA Bapa Encik Norsharizal seorang pesara
kerajaan dan pekerjaan terakhirnya
sebagai pegawai di Penjara Kajang,
Selangor. Ibu beliau seorang surirumah.
Pada masa kecil, Encik Norsharizal
kerap menolong ibu berniaga di gerai
makan berhampiran Stesen Bas
Kamunting, Taiping.
PENGALAMAN KERJA Berpengalaman kerja di firma perakaunan
antarabangsa selama 12 tahun iaitu Ernst & Young,
Kuala Lumpur (enam tahun) dan KPMG, London (enam tahun). Semasa di firma perakaunan,
pengkhususan kerja lebih kepada audit luar dan
konsultansi perniagaan bagi syarikat-syarikat di
industri kewangan dan pengurusan aset. Selepas
itu, menyertai Khazanah Nasional Berhad (1 ½
tahun), sebuah syarikat pengurusan dan
pelaburan aset negara. Jawatan yang dipangku
Encik Norsharizal di Khazanah Nasional Berhad
adalah sebagai Naib Presiden Kewangan.
Buletin Ikhtiar 19
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 19 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar HOBI Menggemari bermain dan menonton bola sepak (terutamanya Kelab Arsenal FC), minat „white water
rafting‟, berbasikal dan melancong / berkembara.
PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN • Pada tahun 1996, menjadi johan dalam acara kuiz,
pidato dan pantun peringkat negeri Perak. Juga
pada tahun yang sama, Encik Norsharizal menjadi
naib johan dalam acara kuiz, pidato dan pantun
bagi sambutan Hari Koperasi Kebangsaan di
Maktab Kerjasama Malaysia. • Berpeluang pernah mendaki Gunung Kinabalu dan
Gunung Ledang semasa muda. • Pernah terperangkap selama 12 jam di
terminal antarabangsa di Prague, Republik Czech apabila syarikat penerbangan tidak mengiktiraf tiket transit. Mendapat tiket ganti setelah berjaya memujuk kakitangan syif baru syarikat penerbangan.
Kakitangan syif lama bertegas tiket tidak sah kerana
masa penerbangan adalah tidak tepat. • Encik Norsharizal berkahwin dengan Puan
Euzanin pada 1 Disember 2007 dan dikurniakan
dua anak lelaki; Idris Iskandar pada 17 April 2011,
dan Yusuf Aariz pada 31 Ogos 2012. TOKOH NEGARA YANG DISANJUNGI Tun Dr Mahathir Mohamad
MOTTO The life of this world compared to the hereafter is as if
one of you were to put his finger in the ocean and take it
out again then compared the water that remains on his
finger to the water that remains in the ocean
Nabi Muhammad SAW
(dari hadis Sahih Muslim) HARAPAN UNTUK AIM DI MASA HADAPAN AIM merupakan satu organisasi unik di Malaysia, di
mana kerja dan matlamat AIM tidak akan ada
kesudahannya. Akan sentiasa ada golongan 40
peratus berpendapatan terendah di Malaysia, tetapi
dalam usaha membantu golongan ini, AIM
sebenarnya merupakan pemangkin ekonomi negara
di mana golongan ini sentiasa dibantu dan dicabar
untuk meningkat pendapatan masing-masing.
20Buletin Ikhtiar
Bilangan 1: 2014
Setelah berjaya dan keluar dari kemiskinan, usaha
AIM tertumpu kepada golongan baru yang
menggantikan golongan terdahulu. Proses berlaku
secara berulang dan AIM secara tidak langsung
mendukung ekonomi negara yang mungkin tidak
ramai tahu, yang menolak golongan berpendapatan
rendah ini supaya masuk ke dalam golongan 40
peratus berpendapatan pertengahan dan lebih
berdaya saing. Dari segi impak, jika setiap sahabat mempunyai 5
orang ahli keluarga, ini bermakna AIM membantu 2
juta rakyat Malaysia, yang rata-ratanya merupakan
Bumiputera. Usaha AIM amat murni dan diharapkan
AIM akan terus berjuang dalam membangunkan
ekonomi golongan berpendapatan rendah.
ADAKAH TELAH BERPUAS HATI DENGAN
PENCAPAIAN AIM? Memang berpuas hati dengan pencapaian AIM
sehingga kini. Dalam 25 tahun, AIM telah melakukan
yang terbaik dalam membantu golongan miskin.
Usaha dan tanggungjawab pengasas dan
kakitangan awal AIM perlu dihargai. Tetapi jangan
lupa, tugas kita belum dan tidak akan selesai. Pengisian AIM dalam membantu golongan
berpendapatan rendah untuk 25 tahun akan
datang akan membawa lebih cabaran dan makna
kepada kita. Dalam mengharungi cabaran ini, AIM
harus berani berubah bila keadaan memerlukan
supaya ia kekal relevan di masa hadapan.
NASIHAT KEPADA KAKITANGAN UNTUK
TERUS MENGEKALKAN KEGEMILANGAN AIM Selami hasrat AIM dalam objektif membangunkan
rakyat miskin dan selami usaha kakitangan AIM
terdahulu yang bekerja keras membangunkan
AIM supaya dapat memberi banyak kemudahan
kepada golongan berpendapatan rendah. Usaha
ini tidak harus dan tidak patut terhenti. Ini adalah
masa kita untuk bergerak seiring dalam mencapai
matlamat murni penubuhan AIM. Kita harus bekerja sebagai satu pasukan. Setiap
kakitangan harus menyelami hasrat ini. Tugas kita
di AIM bukan setakat mencari nafkah keluarga,
tugas di AIM lebih mendalam: kita membantu
golongan yang rata-ratanya Bumiputera untuk
keluar dari kemiskinan.
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 20 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014
Galeri Amanah
1. PROGRAM RETREAT PENGURUSAN
(VISI & MISI AIM) : 4-5 FEBRUARI 2014
3. PROGRAM RETREAT PEMULIHAN WILAYAH
LEMBAH KELANG : 14-16 FEBRUARI 2014
Buletin Ikhtiar 21
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 21 9/19/14 2:53 PM
BuletinIkhtiar Bilangan 1: 2014
Galeri Amanah
4. PROGRAM RETREAT PEMULIHAN WILAYAH
KEDAH/PERLIS : 20-22 FEBRUARI 2014
5. PROGRAM RETREAT PEMANTAPAN & PENGEMBANGAN
WILAYAH TERENGGANU : 6-8 MAC 2014
6. PROGRAM RETREAT PEMANTAPAN & PENGEMBANGAN
WILAYAH SABAH BARAT/SABAH TENGAH : 14-16 MAC 2014
22Buletin Ikhtiar
Buletin Ikhtiar_Bilangan 1_2014.indd 22 9/19/14 2:53 PM