BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat...

16
Terbitan: Unit Integriti BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

Transcript of BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat...

Page 1: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

Terbitan: Unit Integriti

BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018

INTEGRITI TERASKECEMERLANGAN PENDIDIKAN

Page 2: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

PENASIHAT Fazli bin Said

Mohd. Fairuz Azizi bin Abdullah

Wan Muhamad bin Wan Junoh

Haji Osman bin Toroh

Dr. Ibrahim bin Mohamed Zin

Gobbi Nathan A/L Jayaraman

Paridah binti Ali

Foziman bin Rosman

PENYELARAS / PENGARANG

Unit Integriti

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

03 - 8884 7982

03 - 8884 7922

[email protected]

http://www.moe.gov.my

TERBITAN

S U M B A N G A N K A R Y A

• Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan karya bertema integriti

(rencana, artikel, berita, cerpen, sajak dan lain-lain) untuk dikongsi bersama

pembaca Buletin Integriti.

• Hantarkan karya anda ke [email protected].

2

Page 3: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

3

DATO’ DR. MOHD GAZALI ABAS

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum WBT / Selamat Sejahtera.

ebagai Pegawai Awam kita wajib menyedari

bahawa kita pernah membuat janji (berjanji) dengan

Kerajaan Malaysia bahawa kita dengan sesungguhnya

akan mematuhi peruntukan Peraturan-peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993),

Perintah-perintah Am, Pekeliling serta apa-apa

peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuat

kuasa oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang

tempoh perkhidmatan kita dengan Kerajaan Malaysia.

Maka dengan itu, saya dengan ini ingin mengingatkan

dan menyeru supaya kita semua sebagai warga

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang prihatin

dan bertanggungjawab untuk memuhasabah diri

tentang sembilan (9) perkara utama yang kita telah

mengakuinya melalui tandatangan surat Aku Janji iaitu:

(i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan;

(ii) akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai pegawai dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur,

amanah dan bertanggungjawab;

(iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;

(iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan

tugas awam saya;

(v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah

membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga menjejaskan kebergunaan

saya sebagai pegawai;

(vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai bagi faedah diri saya sendiri;

(vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;

(viii) tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau

memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai lain yang berhubungan dengan perkhidmatan awam; dan

(ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

Mengambil maksud peribahasa Melayu “Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia

dipegang pada janjinya”, yang bermaksud, janji yang dilakukan oleh manusia

mestilah ditepati. Oleh itu, saya amat berharap setiap daripada kita yang bergelar Pegawai Awam untuk terus

menghayati Aku Janji yang telah dimeterai.

Semoga segala perkongsian melalui buletin ini dapat memberi manfaat kepada semua ‘Keluarga Besar KPM’.

Sekian, terima kasih.

PERUTUSANK e t u a S e t i a u s a h a K P M

Page 4: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

4

Pada tahun 2018, Sambutan

Hari Integriti dan

Anugerah Tokoh

Teladan Integritimerupakan program kali ketiga yang

telah dilaksanakan secara bersama-

sama di peringkat KPM sejak tahun

2016.

Pelaksanaan kedua-dua program ini

amat wajar dilaksanakan di peringkat

KPM pada setiap tahun kerana dapat

memberi peluang kepada seluruh

warga KPM untuk lebih dekat dan

mesra dengan budaya integriti.

Pengisian yang diadakan bersempena

Sambutan Hari Integriti Peringkat

KPM telah dapat memberi

pendedahan secara langsung kepada

warga KPM terhadap isu-isu integriti

dan mendapat penjelasan yang lebih

jelas serta lebih berkesan.

Pelaksanaan Program Anugerah

Tokoh Teladan Integriti KPM adalah

untuk mengiktiraf warga KPM yang

telah berkhidmat dengan cemerlang,

terutama dalam aspek kerja

berintegriti, berdisiplin tinggi dan

mempamerkan nilai-nilai keutuhan

peribadi unggul yang boleh dijadikan

contoh suri teladan.

Sambutan Hari Integriti Nasional merupakan

manifestasi komitmen kerajaan untuk meningkatkan kesedaran,

kefahaman serta penghayatan integriti dalam kalangan masyarakat.

Sepanjang Bulan November setiap tahun, pelbagai program dan aktiviti

akan dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Integriti

Nasional.

Selaras dengan dasar kerajaan hari ini yang mengutamakan

pengukuhan integriti dalam tadbir urus negara,

Hari Integriti disambut sebagai acara tahunan di kebanyakan

kementerian, di peringkat negeri, jabatan dan agensi-agensi kerajaan di

seluruh negara.

Objektif:

Memupuk budaya kerja berintegriti

dalam kalangan warga KPM dan

mengangkat agenda integriti ke

peringkat yang lebih tinggi.

Oleh: Wan Muhamad bin Wan Junoh, UI KPM

Page 5: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

5

Page 6: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

6

ANUGERAH

Objektif:

Mengiktiraf warga KPM yang telah

menunjukkan kecemerlangan dalam

aspek kerja berintegriti, berdisiplin tinggi

dan mempamerkan keutuhan nilai-nilai

peribadi unggul yang boleh dijadikan

contoh ikutan yang baik.

Bagi tujuan memelihara kualiti penganugerahan, Garis

Panduan Pencalonan Anugerah Tokoh Teladan

Integriti KPM yang sedia ada telah dikekalkan dan

ditambah baik, serta pemilihan penerima anugerah

tersebut juga dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa

Panel Pemilihan dan Perakuan Anugerah Tokoh

Teladan Integriti KPM Tahun 2018 yang

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM.

Bagi tahun 2018, mengambil kira

faktor saiz keluarga KPM telah

menjadi satu keluarga yang lebih

besar, kedua-dua kategori ini

telah dicadangkan untuk

dikekalkan dan dipersetujui

dengan penambahan bilangan

penerima anugerah kepada dua

(2) orang penerima bagi setiap

kategori, menjadikan penerima

anugerah ini adalah seramai

empat (4) orang pada tahun

2018.

Penglibatan dan sokongan

daripada Ketua Jabatan melalui

pelaksanaan inisiatif-inisiatif

seperti ini merupakan langkah

yang amat tepat dalam memberi

tanggapan yang positif terhadap

kerajaan dan membina imej

kementerian selari dengan usaha

memerangi rasuah,

memantapkan tadbir urus dan

sistem penyampaian kerajaan

yang telus dan berkesan.

Pada tahun 2016, Sambutan Hari Integriti

Peringkat KPM dan Program Tokoh

Teladan Integriti KPM telah diadakan

buat julung-julung kalinya serta berjaya

diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2017.

Pelaksanaan kedua-dua program ini telah

mendapat sokongan dan sambutan yang

menggalakkan serta maklum balas positif daripada

pelbagai peringkat warga kerja KPM.

Kategori:

1. Anggota Kumpulan Pelaksana; dan

2. Pengurusan dan Profesional.

Oleh: Wan Muhamad bin Wan Junoh, UI KPM

TOKOH TELADAN INTEGRITI KPMTAHUN 2018

Page 7: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

7

1) DR. IBRAHIM BIN MOHAMED ZIN

2) GOBBI NATHAN A/L JAYARAMAN

3) PARIDAH BINTI ALI

4) FOZIMAN BIN ROSMAN

Page 8: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

8

Gobbi Nathan A/L JayaramanTokoh Teladan Integriti KPM 2018

(Pengurusan dan Profesional)

Dr. Ibrahim bin Mohamed ZinTokoh Teladan Integriti KPM 2018

(Pengurusan dan Profesional)

Tinta Hikmah

Saya sentiasa berpegang teguh kepada kata-

kata Mahatma Gandhi:

“Integriti dan nilai-nilainya

tidak hanya diamalkan

semasa di khalayak. Ianya

perlu menjadi pegangan

walaupun tiada yang

melihat perbuatan kita”.

HARGAI MASA BEKERJA

“Masa itu emas”. 8 jam bekerja, masa untuk keluarga,

berehat dan seumpamanya. Imbangkan masa untuk

kepentingan peribadi dan kepentingan organisasi.

Wujudkan diri sentiasa bersama tugas yang diamanahkan,

merancang dengan teliti supaya terisi penuh berkualiti. Jujur,

masa digunakan secara optimum untuk menyumbang

kepada kebaikan dan kecemerlangan organisasi, daripada

membazir masa melakukan tugas-tugas selain tugas hakiki, ini

merugikan. Iltizam kita harusnya mengamalkan nilai dan etika

“kerja esok, siap hari ini” dan tingkatkan ilmu untuk

penambahbaikan sepanjang masa.

AMANAH DALAM PEKERJAAN

“Saya yang menjalankan amanah”. Gambaran pegawai

kerajaan melaksana dan menunaikan amanah rakyat.

Laksanakan amanah. Seseorang tidak akan mengambil

sesuatu bukan haknya walaupun ada kesempatan. Murid bagi

guru di sekolah juga amanah untuk dididik dan dibimbing bagi

melahirkan insan yang baik. Sifat amanah tanpa mengira

pangkat, pemimpin atau pengikut, kita mampu

berubah ke arah yang lebih berintegriti dan tiada

penyelewengan serta salah guna kuasa dalam apa juga bidang

pekerjaan kita.

Sekian.

Page 9: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

9

Foziman bin RosmanTokoh Teladan Integriti KPM 2018

(Anggota Kumpulan Pelaksana)

SELAMAT SEJAHTERA

aya mengucapkan ribuan terima kasih di atas

Anugerah Tokoh Teladan Integriti KPM 2018.

Anugerah ini adalah satu penghargaan yang besar dan

amat bermakna kepada diri saya secara peribadi dan

Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

Sebagai penjawat awam, kita seharusnya sentiasa

positif sama ada pemikiran mahupun

tindakan, berdisiplin, menepati masa, jati

diri tinggi dan sentiasa memperkukuhkan

keimanan serta menjaga silaturahim

serta ukhuwah sesama insan.

Semoga dengan penghargaan yang diberikan kepada

saya ini akan menjadi pendorong dan inspirasi kepada

rakan-rakan lain untuk melakukan yang lebih

baik dalam merealisasikan tema hari

integriti KPM 2018 iaitu "Integriti Teras

Kecemerlangan Pendidikan".

Sekian, terima kasih.

Paridah binti AliTokoh Teladan Integriti KPM 2018

(Anggota Kumpulan Pelaksana)

Tinta Hikmah

وبركاتهالسالم عليكم ورحمة هللا

S

S

Integriti. Di Manakah Kita?

ebagai Penjawat awam kita perlu mengamalkan

kejujuran dan menjaga amanah dalam apa jua bentuk.

Pelengkap kepada kejayaan melaksanakan amanah

adalah kejujuran. Beruntunglah penjawat awam yang

sentiasa mengambil ingatan dan pengajaran daripada

Surah al-Anfal ayat 27, Allah SWT (maksudnya): “..Dan

janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang

dipercayakan kepada kamu sedang kamu mengetahui”.

Islam melarang penganutnya untuk melakukan sesuatu

perkara yang sia-sia dan yang boleh membawa kepada

kemusnahan. “Dan tolong-menolonglah kamu dalam

mengerjakan kebajikan dan takwa, janganlah tolong-

menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” -

(Surah al-Maidah: Ayat 2)

Membentuk diri menjadi individu berintegriti bukanlah

perkara mudah. Namun, setiap individu perlu

mencarinya bagi kelangsungan kehidupan yang

cemerlang pada masa hadapan kerana akhirnya

seseorang itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan

Tuhannya.

“..integrity without knowledge is weak and useless,

and knowledge without integrity is dangerous and

dreadful”. - Albert Einstein.

Page 10: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

10

idak ada di dunia ini satu sistem yang

dapat membekalkan umat yang sedang

membangun dengan bekalan yang diperlukan,

bekalan yang berupa sistem, kaedah, semangat

dan perasaan sebagaimana Islam membekalkan

kepada umat-umat Islam yang membangun. Jika

umat Islam mengikut petunjuk-petunjuk yang

diberikan oleh Islam itu mereka mencapai apa-

apa yang dikehendaki.

Dalam Islam sebenarnya tidak ada pemisahan

antara nilai-nilai rohani dan jasmani, antara

moral dan material kerana kedua-duanya adalah

merupakan dua unsur yang sepadu dan

kewujudannya merupakan kewujudan yang

mutlak yang tidak dapat dipisah-pisahkan antara

satu sama lain.

Oleh yang demikian, pemisahan antara rohani

dan jasmani dan lebih jauh daripada itu

pemisahan antara urusan Agama dan urusan

hidup adalah amat bertentangan dengan prinsip

Islam dan berlawanan dengan dasar kejadian

manusia sendiri yang dicipta oleh Allah SWT

atas dasar sepadu antara roh dan jasad, rohani

dan jasmani, moral dan material, zahir dan batin.

Manusia tidak dihalangi memenuhi segala

keperluan hidupnya, bahkan Islam mengatur

segala keperluan hidup itu. Tidak pernah Islam

melarang manusia daripada memenuhi tuntutan

jasmaninya, tidak pernah menganjurkan agar

manusia menjauhkan diri daripada kebendaan.

Islam hanya menggariskan jalan untuk

mengangkat kerohanian iaitu selalu bertakwa

kepada Allah SWT dalam segala kehidupannya

bukannya dengan cara melenyapkan segala

kehendak dan tuntutan kehidupan duniawi.

“Di antara mereka (manusia) ada yang berkata: “Wahai Tuhan

Kami, Berikanlah di dunia ini kebaikan, dan di akhirat juga

kebaikan, dan jauhkan kami dari azab neraka. Mereka itulah

orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka

usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya”.

(Surah al-Baqarah; 201-202)

Perhatikan bagaimana al-Quran menyifatkan orang-orang yang

berhasil dapat menikmati pemberian Allah yang banyak

selama hidup di dunia ini.

“Katakanlah: Siapakah yang mengharamkan akan perhiasan dari

Allah yang telah dikeluarkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya dan

(siapakah pula yang mengharamkan) rezeki yang baik?

Katakanlah: semua itu (disediakan) bagi orang-orang beriman dan

(orang-orang yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia ini

semata-mata bagi orang-orang beriman dalam kehidupan di

Akhirat nanti. Demikianlah kami jelaskan ayat-ayat bagi orang

yang mengetahuinya.”

(Surah al-A’raf: 32)

Islam tidak membatas atau membezakan kepentingan rohani

dan jasmani, kebendaan dan kejiwaan dalam kehidupan

manusia tetapi diselaraskan antara kehendak atau keperluan

kerohanian dan jasmani.

Penderitaan oleh manusia kerana menekankan hanya salah

satu bahagian dari material atau spiritual (rohani atau jasmani)

seperti yang terjadi dalam agama-agama lain. Ada antaranya

keterlaluan mementingkan kerohanian, mengabaikan sama

sekali akan kepentingan duniawi, bahkan memandang dunia ini

sebagai suatu fatamorgana dan bangkai yang mesti dijauhi.

Golongan lain pula terlalu mementingkan kebendaan (dunia)

dengan mengetepikan sama sekali akan urusan keakhiratan

(rohani) dan menganggap bahawa soal metafizik (kerohanian)

tidak penting. Akhirat itu sebagai dongeng dan mimpi dan

khurafat semata-mata. Manusia yang berpendirian demikian,

iaitu yang hanya mementingkan kerohanian sahaja. Kedua-

duanya sudah menghadapi kegagalan dan kesengsaraan.

Mereka sudah kehilangan pegangan dalam hidup sehingga

sudah hilang lenyap perasaan aman, senang dan ketenangan.

“Bahaya yang tersembunyi yang dihadapi dunia yang diselubungi

oleh faham kebendaan sekarang ini ialah kekosongan atau

ketiadaan keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani,

kerana diketepikan terus akan masalah-masalah kerohanian dan

yang pentingkan adalah kebendaan semata-mata”.

- Dr. De Broqbi

T

Oleh: Haji Osman bin Toroh, JNJK Kedah

Page 11: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

11

IBADAH Dan Pekerjaan

PEKERJAAN harian akan dianggap SEBAGAI

IBADAH dan orang yang melakukannya akan

mendapat pahala sekiranya pekerjaan itu dapat

memenuhi syarat-syarat SEPERTI BERIKUT:

a) PEKERJAAN itu mesti pekerjaan yang

HALAL dikerjakan menurut syariat Islamiah

(diredai Allah SWT). Bukan kerja-kerja yang

haram seperti perusahaan minuman keras, judi

dan sebagainya, atau bekerja sehingga tidak

dapat menunaikan solat.

b) Pekerjaan yang disertakan dengan NIAT

YANG BAIK, iaitu yang mengandungi objektif

yang baik yang diredai Allah, seperti mencari

rezeki yang halal bertujuan untuk mengelakkan

kemiskinan diri sendiri dan tanggungnya juga

supaya hidupnya sekeluarga tidak akan

bergantung kepada orang lain dan tidak menjadi

beban kepada masyarakat. Tujuan pekerjaan

yang ditumpukan semata-mata untuk

mengumpul kekayaan dan kemakmuran yang

berlebihan dari keperluan diri sendiri adalah

terkeluar dari prinsip Islam dalam mencari rezeki

atau mengumpul harta.

c) Pekerjaan yang DILAKSANAKAN dengan

TEKUN dan CEKAP. Dalam hal ini, seseorang

pekerja seharusnya bersungguh-sungguh

melaksanakan kerja dan tugasnya dalam

lingkungan kepakaran dan kecekapannya.

“Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal kasih apabila

seseorang daripada kamu melakukan sesuatu

amalan hendaklah buat secara tekun”.

- HR Imam al-Thabarani (al-Mu’jam al-Awsath)

d) Bekerja IKHLAS kerana Allah adalah satu

perhambaan kepada-Nya (ibadah). Bekerja ialah

berusaha bersungguh-sungguh, berpenat lelah

dan produktif dalam segala perkara. Orang Islam

seharusnya menjalankan kerjanya dengan

bersungguh-sungguh dan berlipat ganda kerana

Allah menyebut di dalam al-Quran supaya

hamba-hambanya bekerja kerana pekerjaannya

akan dilihat oleh Allah, dan oleh orang-orang

yang beriman seluruhnya.

e) Penglibatan pekerjaan BERDASARKAN

prinsip-prinsip SYARIAH. Tujuan syarat ini

agar segala kerja yang dilaksanakan berasaskan

kepada prinsip-prinsip syariah, seperti amanah,

adil, syura dan seterusnya. Kerja-kerja yang

diusahakan di atas dasar penipuan, penindasan,

kezaliman dan sebagainya sudah pastilah tidak

termasuk dalam kerja yang dikira sebagai ibadah

kepada Allah.

f) Pekerjaan yang TIDAK MENGHALANG

pekerjanya daripada MENUNAIKAN

KEWAJIPANNYA kepada Allah. Dalam

bahagian ini termasuklah segala pekerjaan yang

dilakukan oleh para pekerja sehingga melupakan

Allah dan melupakan kewajipan terhadapnya.

Penyusunan giliran kerja sehingga melalaikan

para pekerja atau menghalang daripada ibadah

wajib adalah satu perkara yang bertentangan

sama sekali dengan syarat ini.

“Orang-orang yang tidak dapat dilalaikan oleh

perniagaan dan perdagangan dari mengingati

Allah”.

(Surah an-Nur: 37)

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta

kamu dan anak-anak kamu, melalaikan kamu

daripada mengingati Allah, dan sesiapa yang

berlaku begitu, maka mereka adalah orang-orang

yang rugi.”

(Surah al-Munafiquna: 9)

NYATALAH bahawa kerja-kerja yang

dilakukan oleh seseorang di dalam

proses pembangunan Negaranya adalah

dihitung sebagai pekerjaan yang

berpahala, kerana pekerjaan-pekerjaan yang

dilakukannya adalah dikira sebagai sebahagian daripada

ibadah umum yang sudah pasti akan memperolehi

ganjaran kebaikan daripada Allah SWT. Ini sudah tentu

akan mendorong umat Islam bekerja dengan lebih

tekun dan baik. Jauh daripada penipuan, ponteng kerja,

rasuah dan sebagainya. Malah, dengan sikap dan

semangat berjiwakan Islam akan melahirkan pekerja-

pekerja yang jujur, amanah, dedikasi dan tekun sesuai

dengan hasrat dan semangat ‘khidmat cemerlang’ yang

sering dilaungkan oleh Negara.

a)

b)

c)

d)

e)

f)

Oleh: Haji Osman bin Toroh, JNJK Kedah

Page 12: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

12

Islam Dan Akhlak

Mana-mana bangsa yang ingin membangun sangat perlu

akhlak yang tinggi dan mulia. Perlu kepada jiwa yang

tinggi besar dan bersemangat, kerana bangsa itu akan

berdepan dengan tuntutan zaman baharu, yang tidak

akan dicapai kecuali dengan akhlak baik dan kukuh.

Hanya dengan Islam dapat membentuk jiwa yang

sempurna ini. Islam akan menjadikan keharmonian jiwa

dan kebaikannya sebagai asas pembangunan.

Mengimbau sejarah, kita difahamkan dengan Bangsa

Arab adalah bangsa yang tidak bertamadun, kejam dan

tertindas dan kemudian menjadi bangsa yang bijak dan

berkuasa. Ini ialah kerana oleh tenaga yang dibekalkan

oleh Islam melalui kitab suci al-Quran sebagai alat

untuk membangun mereka daripada selimut kejahilan.

Kita melihat bagaimana di saat-saat yang genting, Islam

telah muncul sebagai penyelamat yang Agong yang

mengubahkan seluruh kecelakaan yang menimpa

manusia kepada segala macam bentuk kebaikan idaman

manusia. Islam telah tersebar dan membangunkan umat

manusia dan akhirnya mempersembahkan kebahagiaan

kepada mereka.

Ciri-ciri pembangunan yang diusahakan oleh Islam

untuk kepentingan masyarakat manusia bersifat

material dan spiritual bergerak sama seiring dan

senada, menuju ke arah kebahagiaan.

1. Tapi yang perlu kita perhatikan ialah tentang

bagaimana Islam memulakan gerakan

pembangunan itu. Oleh kerana Islam

memandang bahawa segala rupa kegiatan hidup

di tengah-tengah masyarakat manusia itu oleh

tindakan manusia itu sendiri, maka

keperibadian manusia itu mestilah

dibangunkan terlebih dahulu.

2. Akhlak yang mulia menjadi titik tolak

kepada pembangunan yang sejati. Pekerti

yang mulia pernah disifatkan sebagai pekerti

semula jadi manusia. Kegagalan dan kekejaman

hidup yang pernah dialami oleh manusia adalah

disebabkan kerana kehilangan pekerti itu

daripada kehidupan manusia. Justeru itu, umat

Islam perlu memilikinya. Andainya Islam yang

seharusnya menjadi panduan peribadi manusia

sejagat itu berjaya dibangunkan di dalam diri

manusia. Maka dengan sendirinya pembangunan

masyarakat yang benar-benar bahagia itu akan

turut ditegakkan seiring dengan pembangunan

peribadi.

3. Manusia yang pada mulanya tidak mengenal erti

halal dan haram, sentiasa mengikut dorongan

hawa nafsunya berubah menjadi manusia yang

selalu ingin kepada kesucian zahir dan batin,

jasmani dan rohani. Apabila terlanjur

melakukan kesalahan, mereka dengan

rela hati dan bersedia menerima

hukuman untuk mengharapkan

keampunan dan keredaan Allah SWT.

4. Diceritakan oleh Muslim bin Hajjaj bahawa

seorang lelaki bernama Maiz bin Malik Al-aslami

datang berjumpa Rasulullah SAW.

“Wahai Rasulullah, aku sudah menganiaya diri saya

dengan melakukan zina, maka sudilah engkau

menghukum aku supaya bersih daripada dosa”.

Rasulullah menolak untuk menghukumkannya.

Esoknya dia datang lagi, juga ditolak oleh

Rasulullah SAW. Sampai tiga kali dengan

sungguh-sungguh, Maiz mengatakan,

“Sesungguhnya aku benar telah berzina, wahai

Rasulullah”.

Maka Rasulullah menanyakan kepada kaumnya,

“Adakah Maiz tidak waras atau sakitkah ia?

Mereka mengatakan, Maiz adalah sihat dan

waras. Pada kali keempatnya Maiz datang sekali

lagi dengan permintaan yang sama. Maka, barulah

Rasulullah menyuruh menggali lubang dan

direjamnya sampai mati. Maiz menerimanya

dengan tenang dan puas hati.

5. Seorang wanita daripada Bani Amir yang telah

melakukan zina sehingga melahirkan anak. Beliau

juga dengan jujur dan ikhlas datang berkali-kali

menemui Rasulullah SAW supaya beliau

dihukum. Kali pertama dia datang. Rasulullah

menyuruhnya balik. Kali kedua, Rasulullah

menyuruh pulang dahulu, tunggu sehingga

kandungan dilahirkan. Kali ketiga, Rasulullah

menyuruhnya balik dan susukanlah dulu sehingga

bayi itu pandai makan. Sesudah kanak-kanak itu

berhenti menyusu, kira-kira usianya dua tahun

barulah Rasulullah menghukum perempuan itu

dengan direjam.

Oleh: Haji Osman bin Toroh, JNJK Kedah

Page 13: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

13

Sesuai dengan ajaran Islam bahawa hidup di dunia akan

bersambung kait dengan alam akhirat. Konsep ini

berbeza sekali dengan sembarangan anggapan bahawa

kesejahteraan manusia di dunia tunduk kepada

peraturan-peraturan dunia yang lahir daripada

pengalaman dan kebijaksanaan manusia dan

kesejahteraan (hasanah) manusia di akhirat tunduk

kepada tuntutan-tuntutan kepada rohaniah yang dipisah

daripada tuntutan jasmaniah. Anggapan ini pada

dasarnya, menolak kesepaduan dan kesatuan antara

nilai-nilai kebendaan.

Rujukan:

1) Al-Quran al-Karim

2) Al-Taftazani, Abu al-Wafa.1997. Sufi dari Zaman ke

Zaman. Bandung: PT. Pustaka.

3) Bey Ariffin. 1977. Kami Pilih Islam. Pustaka Nasional

Singapura

4) Dr. Mohd Kamal Hassan. 1984. Nilai-Nilai Universal

Islam Tentang Kesejahteraan Masyarakat. Kementerian

Pelajaran Malaysia

5) Dr. Ismail Ibrahim. Ibadah Dan Pembangunan

6) Dr. Yusuf Nor, 1976. Konsep Pembangunan Menurut

Islam Peranan Ulama Di Dalamnya. Muktamar Ulama’

Malaysia

7) Drs. Roosdi, A.S. 1965. Diagnosa Khutbah. Penerbit

Ramadhani, Yogyakarta

8) Hamid Ismail.1991. Masyarakat dan Budaya Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

9) Risalah JAKIM.2001. Fardhu Kifayah Dalam Konteks

Pembangunan Ummah. Kuala Lumpur: Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia

10) Risalah JAKIM.2003. Ke arah Melahirkan Muslim

Berwawasan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia

11) Syukur, Amin. 2002. Menggugat Tasawuf. Yogyakarta:

Pustaka Pelajar

Kaedah yang memenuhi tuntutan persepaduan nilai-

nilai rohani dan jasmani di dunia dan sekali gus

memperolehi kebahagiaan di akhirat disebut dalam al-

Quran sebagai ‘Al-Falah’. Perkataan ini membawa

maksud kejayaan, keuntungan, kesejahteraan dan

kemakmuran. Bagi orang-orang Islam perkataan ‘Al-

Falah’ ini tidak asing lagi kerana bagi pendengaran

orang-orang Islam, sekurang-kurangnya lima (5) kali

sehari mereka dapat mendengar perkataan

(dilaungkan) ini bagi menandakan bahawa masuknya

waktu solat.

Kejayaan (Al-Falah)Dunia dan Akhirat

6. Ketika tentera muslim menduduki negeri Madain

selepas menang di dalam peperangan. Banyak

harta-harta rampasan perang dikumpulkan.

Seorang tentera membawa kotak diisi permata-

permata yang sangat berharga dan menyerahkan

kepada tentera yang menguruskan pungutan

harta-harta rampasan itu dengan berkata

“Semua harta rampasan ini tidak seberapa

harganya jika dibandingkan dengan isi kotak

ini”. Ditanya kepada tentera itu, adakah engkau

mengambil sebahagiannya dan siapa namamu?.

Jawabnya “Demi Allah, jika tidak kerana

Allah sesungguhnya aku tidak akan

membawanya ke sini dan demi Allah aku

tidak akan memberitahu siapa namaku

biarlah aku diuji Allah, dan aku hanya ingin

pahalanya semata-mata”.

7. Demikianlah contoh keperibadian tentera Islam.

Keperibadian yang tidak sanggup

menanggung dosa dalam diri dan bersedia

menyerahkan nyawanya untuk menebus

dosa, dan bagaimana sifat jujur dan amanah

menjiwai kehidupan seseorang menjadi model

di dalam pembentukan masyarakat Islam yang

membina dan mengangkat darjat umat manusia

sejak 15 abad yang lalu.

8. Dewasa ini, mampukah kita mengikut jejak akhlak

seperti mereka itu?. Jawabnya, terserah pada diri

kita, sejauh mana kita mempersiapkan diri ke arah

itu? Walau bagaimanapun, pada hakikatnya tidak

ada yang mustahil, asalkan kita berusaha dan ikhlas.

Penerimaan balasan yang kekal abadi dan hakikat kesejahteraan yang hakiki adalah apabila manusia

itu dimasukkan ke dalam syurga. Segala penderitaan di dunia akan lenyap dengan hanya sekelip mata

manusia menikmati nikmat syurga. Segala nikmat kebahagiaan yang dinikmati di dunia akan lenyap

dari ingatan hanya dengan sekelip mata manusia merasai azab neraka.

Page 14: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

14

Oleh: Wan Muhamad bin Wan Junoh, UI KPM

erja..

Banyak, susah, sekejap, lama,

Bukan itu yang difikirkan,

Bukan suatu permasalahan,

Bagi jiwa yang suka bekerja,

Mengelak daripada awal tempat baharu,

Mahu belajar hingga bertukar-tukar,

Begitu adat sikapnya hingga ditamatkan,

Apa sebenar yang difikirkan?

Hanya sen yang diharap,

Hingga lupa berkat yang hilang,

Jika tiada jiwa bekerja,

Semua kerja ada susah,

Semua kerja bermasalah,

Baginya tiada yang boleh buat,

Yang mudah ditangguh berkulat,

Kesedaran perlu disemat,

Lebih tinggi pangkat diangkat,

Lebih tinggi yang dijawat,

Lebih tinggi pendapatan dihasrat,

Tinggi lagi tanggungjawab wajib ingat!

Bersedia, bertanggungjawab, amanah,

Tugas lebih besar, lebih berat, banyak,

Itu semua adalah kadarnya,

Sekufu apa yang perlu dan dapat,

Mahu tidak mahu usahakan,

Kita hanya lakukan,

Alang-alang menyeluk pekasam kan,

Biar sampai ke pangkal lengan,

Niat dibetulkan, muhasabah sendiri,

Usaha, rajinkan, ikhlaskan diri,

Sesungguhnya keberkatan menanti,

Walau di sini tidak diadili,

Di sana keadilan itu pasti,

Apa lagi yang ingin dikhuatiri?

Formula sangat mudah difahami,

Apabila tiada, dia sangat dirasai,

Apabila ketiadaannya sangat dirindui,

Malah akan ditangisi,

Itulah si pekerja berintegriti,

Azam dan berjanji seikhlas hati,

Sukalah, berbahagialah kerja ini,

Buat pilihan pada diri,

Pilihan benar kejayaan menanti,

Jika tersalah kegagalan menemani,

Wahai si pekerja kuatkan diri,

Usah gusar, gundah, tidak puas hati,

Sekembali ke halaman asal nanti,

Yang Maha Esa pasti tepati janji,

Keadilan Maha Adil diberi,

Tidak terkurang terlebih sedikit inci,

Semua dukacita akan diubati,

Tika itu tiada lagi kepedihan dirasai,

Hanya nikmat yang tiada ditandingi.

Nukilan:

Wan Muhamad bin Wan Junoh, UI KPM

Puisi

K

Page 15: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

Mesej Integriti KPM

Siri 11/2018

Pegawai Awam Dalam

PEGAWAI yang INGKARdengan larangan ini akan

DIKENAKAN TINDAKAN

TATATERTIB di bawah Peraturan-

Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993 atau peraturan-

peraturan lain yang berkuat kuasa.

KETUA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

untuk MEMANTAU pegawai di

bawah penyeliaannya dan melaporkan

sebarang ketidakpatuhan kepada Pihak

Berkuasa Tatatertib untuk tindakan

sewajarnya.

KemPendidikan kpmsptofficial KPMSPT kpm_pendidikantinggi KPMSPT

Oleh : Unit Integriti,Kementerian Pendidikan Malaysia

E-mel: [email protected]

Tel : 03 - 8884 7924 / 7958Faks : 03 - 8884 7922

15

“ ”

Page 16: BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018 INTEGRITI TERAS Integriti Siri... · orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka ... Penderitaan oleh manusia kerana menekankan

16