Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja...
Transcript of Buletin JKAS - Universiti Kebangsaan Malaysia JKAS … · Penambahbaikan proses kerja...
Sidang Editor
Penasihat
Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri
Pn. Shahrom Md. Zain
Ketua Editor
Dr. Muhamad Nazri Borhan
Editor
Nor Azura Abdullah@Ghazali
Editor Bersekutu
Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar
Jurufoto
En. Nik Mohd Asraf Nik Muhammad
Kandungan:
Kenaikan Pangkat dan 02 Lantikan di JKAS Kolokium JKAS 2016 03 Temubual Pelajar Baru 05 Sesi 2016/2017 Simposium Penyelidikan 06 Tahun Akhir Pertandingan National 08 Science Challenge 2016 Pendaftaran Pelajar 10 Baru Sesi 2016/2017 Minggu Kualiti FKAB 2016 12
Menarik …. Terbaik….
Bilangan 2/2016
Buletin JKAS
Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur
2
Sukacita Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur
mengucapkan tahniah kepada:
Prof. Dato’Ir. Dr. Othman A. Karim – pelantikan sebagai
penyelidik Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin, FST mulai 1
Mei 2016 sehingga 1 Mei 2019.
Dr. Suraya Sharil – pelantikan sebagai Penyelaras Siswazah
Penyelidikan mulai 3 Mei 2016 sehingga 2 Mei 2019.
Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud – pelantikan sebagai
Felo Penyelidik Bersekutu Pusat Penyelidikan Pendidikan
Kejuruteraan FKAB mulai 1 Jun 2016 sehingga 31 Mei 2018.
Dr. Suraya Sharil – pelantikan sebagai AJK Malaysia
Research Assessment (MyRA) FKAB mulai 1 Julai 2016
hingga 30 Jun 2018.
Dr. Muhamad Nazri Borhan – pelantikan sebagai AJK
Malaysia Research Assessment (MyRA) FKAB mulai 1 Julai
2016 hingga 30 Jun 2018.
Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim – pelantikan sebagai ahli
panel Board Effectiveness Assessment (BEA) oleh
Kementerian Pendidikan Tinggi mulai 3 Ogos 2016 hingga 31
Disember 2017.
Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri – pelantikan sebagai ahli
panel Board Effectiveness Assessment (BEA) oleh
Kementerian Pendidikan Tinggi mulai 3 Ogos 2016 hingga
31 Disember 2017.
.
KENAIKAN PANGKAT DAN LANTIKAN DI JKAS
Hidup biarlah
BERBAKTI,
walaupun tidak
DIPUJI
JKAS
3
Avillion Admiral Cove, Port Dickson
Pada 27-29 Mei 2016, JKAS telah menganjurkan satu kolokium
penyelidikan bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson.
Tujuan kolokium ini diadakan adalah bagi merancang aktiviti
penyelidikan dan penerbitan ahli akademik di JKAS serta
perancangan untuk pertandingan KIK (Kumpulan Inovatif dan
Kreatif) bagi kakitangan teknikal dan pada masa yang sama
dijalankan program Hari Keluarga yang melibatkan kakitangan
sokongan dan keluarga semua kakitangan JKAS.
Kolokium ini dirasmikan oleh Ketua Jabatan JKAS iaitu Prof. Dr.
Noor Ezlin Ahmad Basri serta diiringi aktiviti berkenalan bersama
keluarga kakitangan JKAS. Antara aktiviti yang dijalankan
sepanjang kolokium ini adalah perancangan bagi menggalakan
kakitangan akademik terlibat dalam permohonan geran
penyelidikan samada dari KPT, dalam negeri dan antarabangsa.
Setiap ketua kumpulan penyelidikan perlu membentangkan kertas
kerja penyelidikan iaitu tiga draf proposal yang berpotensi untuk
permohonan geran penyelidikan akan datang. Selain itu juga, bagi
kumpulan kakitangan sokongan, dua kumpulan telah
membentangkan projek yang akan dibawa ke pertandingan KIK
diperingkat fakulti dan seterusnya ke peringkat universiti.
Selain aktiviti di atas, terdapat juga aktiviti yang melibatkan keluarga semua kakitangan JKAS seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak 11 tahun ke bawah, telematch dan juga cabutan bertuah. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ukhuwah dan persahabatan antara kakitangan JKAS dan keluarga dapat dijalinkan dengan lebih harmoni.
KO
LO
KIU
M J
KA
S 2
016
4
KOLOKIUM JKAS 2016
5
TEMUBUAL PELAJAR BARU SESI 2016/2017
Pada 30 Mei hingga 1 Jun 2016, temuduga ambilan pelajar baru
JKAS untuk sesi 2016/2017 telah
dijalankan. Seramai 311 orang calon lepasan
Matrikulasi, Asasi Sains, STPM dan Diploma telah dipanggil untuk
ditemuduga. Bagi calon yang tinggal di Sabah
dan Sarawak, temuduga telah dijalankan melalui
panggilan telefon. Daripada 311 orang calon ini, hanya 130
orang sahaja yang akan diambil untuk mengikuti program Ijazah Sarjana
Muda Kejuruteraan Awam di UKM ini. Untuk membolehkan calon ini
terpilih mengikuti program Ijazah Sarjana
Muda Kejuruteraan Awam di UKM, terdapat beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh
universiti dan juga fakulti perlu dipenuhi oleh calon. Kriteria ini
bertujuan untuk memastikan hanya
calon yang benar-benar layak dan kompetitif sahaja dipilih.
Sesi pendaftaran bagi calon temuduga
Timbalan Naib Canselor Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan pelajar yang sedang menunggu untuk ditemuduga
Para pelajar sedang
mengikuti sesi
temuduga
JKAS
6
Simposium Penyelidikan Tahun Akhir atau lebih dikenali sebagai SIPINTAR 2016 yang diadakan pada 18 Julai 2016 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh JKAS sejak ia diadakan julungkalinya pada tahun 2013. Peserta bagi simposium ini merupakan pelajar tahun akhir bagi pelajar yang mengikuti kursus projek tahun akhir (KKKH/KKKW 4206).
Tujuan utama simposium ini adalah untuk melibatkan semua pelajar tahun akhir dan memberikan mereka pendedahan penyelidikan sebelum tamat pengajian dan sebagai persediaan untuk menghadapi persekitaran kerja. Simposium satu hari ini melibatkan semua pembentang yang terdiri daripada pelajar tahun akhir daripada dua program yang berbeza, iaitu Kejuruteraan Awam dan Struktur dan Kejuruteraan Awam dan Sekitaran.
Pembentangan simposium ini kategorikan mengikut 5 kumpulan penyelidikan iaitu Hidraulik, Hidrologi dan Sekitaran; Geoteknik dan Geosekitaran; Struktur dan Bahan; Pengangkutan dan Lebuhraya; dan Pengurusan Pembinaan. Pembentangan akan dilakukan secara serentak bagi setiap kumpulan yang terdiri daripada dua orang penilai. Di akhir simposium, setiap peserta akan diberikan sijil penghargaan dari pihak jabatan di atas keterlibatan mereka dalam menjayakan simposium ini. Beberapa kertas simposium yang terpilih akan diterbitkan di dalam Jurnal Kejuruteraan dalam keluaran isu khas.
SIPINTAR
2016
SIMPOSIUM PENYELIDIKAN TAHUN AKHIR
7
JKAS
SIP
INTA
R 2
01
6
8
Pada 11 Ogos 2016, sekumpulan pelajar pasca-siswazah bersama Dr Wan Hanna Melini Wan Mohtar mengambil bahagian sebagai pembangun modul bagi salah satu modul Pertandingan Akhir National Science Challenge (NSC) 2016. Akademi Sains Malaysia adalah penganjur utama dan untuk tahun ini Universiti Kebangsaan Malaysia bertindak sebagai penganjur bersama. Pertandingan akhir kali ini diadakan di UKM, memberikan ruang kepada jabatan untuk memberi pengenalan kepada peserta untuk mengenali jabatan dan fakulti. Modul yang telah dibangunkan diberi nama Fun Science Running Teen, mengambil inspirasi rancangan realiti popular iaitu Running Man dan Amazing Race.
Pelajar-pelajar Tingkatan Empat ini diwajibkan menjalani empat sub-modul iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik. Setiap sub-modul mempunyai dua aktviti dan dibangunkan oleh dua orang pelajar pasca siswazah. Setiap elemen difikirkan dengan mendalam agar dapat mencapai objektif utama NSC iaitu memupuk cintakan sains di dalam generasi muda Malaysia.
Beberapa orang pelajar pasca siswazah JKAS turut terlibat sebagai sukarelawan sepanjang program ini berjalan. Sukarelawan yang terlibat adalah Ahmad Nazrul Hakimi, Shahirah Hayati, Nurul Afina, Aziza, Muhammad Ariff Putra, Nurul Asmida, Muhamamad Aiman, Nazieha, Muhammad Imran Junaidi.
PERTANDINGAN NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 2016 – PERINGKAT AKHIR
Pertandingan magic cart square wheel
JKAS
9
JKAS
Sub-modul Aktiviti
Fizik (Where is my kinetic energy?)
20 minutes egg drop structure
Kimia (Oh no! Where is my lab coat?)
Bouncy challenge
Biologi (Where is my DNA?)
10 minutes picture speed test
Matematik (Where is my calculator?)
Magic squares
Pertandingan
delicious protein
Pertandingan roller coaster
Pertandingan
bouncy
challenge
PERTANDINGAN NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 2016 – PERINGKAT AKHIR
10
Pelajar baru Sesi 2016/2017 telah mendaftar di UKM pada hari Ahad 28hb Ogos 2016. Kali ini pendaftaran pelajar baru telah diadakan Fakulti dimana pelajar dan ibubapa datang untuk mendaftar di Bangunan Pentadbiran FKAB. Disamping pendaftaran, pelajar dan ibubapa juga akan didedahkan tentang pembelajaran dan persekitaran FKAB dan UKM oleh jabatan masing-masing. Pada sesi ini, JKAS telah menerima seramai 79 orang pelajar walaupun pada awalnya sebanyak 130 tempat ditawarkan oleh jabatan.
Pada 29hb Ogos, pelajar-pelajar sekali lagi dibawa ke Fakulti untuk proses orientasi fakulti dan jabatan. Aktiviti orientasi jabatan, pelajar-pelajar telah diberi taklimat berkaitan JKAS dan diperkenalkan kepada barisan pensyarah-pensyarah serta kaki tangan sokongan oleh Ketua
Jabatan iaitu Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri. Bagi memeriahkan lagi aktiviti oreintasi jabatan, terdapat juga beberapa aktiviti telah diadakan untuk mendedahkan pelajar-pelajar berkaitan dengan JKAS. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti aktiviti rekabentuk berkumpulan dan pembentangan hasil rekabentuk yang dihasilkan. Struktur rekabentuk yang dihasilkan telah dinilai oleh barisan pensyarah JKAS sendiri.
Selain itu, terdapat juga sesi perkongsian bersama alumni JKAS. Pada sesi ini, beberapa
alumni JKAS telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang belajar di JKAS dan juga pengalaman mereka di dalam bidang pekerjaan.
PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2016/2017 JKAS
PE
ND
AF
TA
RA
N P
EL
AJA
R B
AR
U
20
16
/20
17
11
JKAS
PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2016/2017
12
MINGGU
KUALITI
FKAB
2016
Pada 22-25hb Ogos 2016, Bahagian Jaminan Kualiti (BJK) FKAB telah menganjurkan Minggu Kualiti FKAB 2016 yang bertemakan ‘Inovasi dan 5S Pemacu Kecemerlangan P&P’. Antara pertandingan yang dianjurkan sepanjang Minggu Kualiti FKAB terdiri daripada dua kategori iaitu:
Kategori Pensyarah
Menyediakan bahan untuk rekabentuk MOOC bagi sebarang
kursus.
Menghasilkan video pendek/slaid pengajaran bagi konsep
fundamental Kejuruteraan/Matematik/Senibina melalui kaedah Pembelajaran Induktif
Amalan 5S Bilik Pensyarah
Kategori Kakitangan Pentadbiran/Teknikal
Penambahbaikan proses kerja pejabat/pengurusan makmal
melalui inovasi proses kerja/prototaip
Amalan 5S makmal/studio/pejabat
Pensyarah dan kakitangan teknikal JKAS telah turut serta menyertai pertandingan yang dianjurkan. Di bawah adalah senarai kejayaan yang telah dirangkul oleh wakil JKAS.
Prof. Ir. Dr. Fatihah Suja’ – Pemenang Hadiah Inovasi
Pengajaran (Pendekatan Induktif).
Puan Shahrom Md. Zain – Pemenang Hadiah Amalan 5S
Bilik Pensyarah.
Puan Nur Farhana Rohdizad, Pn. Fauziah Mohd. Tahir dan
En. Ashari Jani - Tempat Ke 3 Pemenang Hadiah Inovasi Penambahbaikan Proses Kerja.
Puan Nur Farhana Rohdizad, En. Mohd. Rizal Deris,
En. Ahmat Sulaiman, En. Fairul Mazhar Mahmood dan En. Muhammad Fahmi Abdul Karim – Tempat ke 3 Kategori 5S Pengurusan Makmal.
Tahniah diucapkan kepada pemenang yang berjaya mengharumkan nama JKAS.
Tahniah diucapkan !!!...