BULETIN PENGAJIAN AM
Transcript of BULETIN PENGAJIAN AM
BULETIN PENGAJIAN AM S E P T E M B E R 2 0 1 4 V O L U M E 1 , I S S U E 3
BENGKEL PENGENALAN CIDOS DAN LMS
Bengkel Pengenalan CIDOS dan LMS versi 2.5 (JPA) telah dil-
aksanakan selama sehari pada 7 Julai 2014 iaitu hari Jumaat bermula pukul
2.30 hingga 5.00 petang. Bengkel CIDOS dan LMS ini mengambil tempat di
Makmal Bahasa 1. Seramai 13 pensyarah JPA hadir untuk mempelajari CIDOS
dan LMS versi baru ini kerana ia berbeza dengan CIDOS versi lama iaitu 2.0
yang telah digunakan sebelum ini.
Puan Arnie Chiah LiLing selaku Pegawai Cidos dan e-learning JPA te-
lah menghadiri taklimat CIDOS dan LMS versi 2.5 yang baru ini kerana ia
mempunyai format yang berbeza dan bertanggungjawab untuk menyampaikan
pelaksanaan system CIDOS baru ini kepada pensyarah-pensyarah lain di JPA.
Bengkel selama 2 jam ini meliputi aspek menyediakan platform untuk
membuat subjek dan kelas masing-masing. Selain itu, menambah pelajar mas-
ing-masing untuk dimasukkan ke dalam platform yang telah disediakan. Para
pensyarah juga belajar untuk mencantikkan laman platform CIDOS masing-
masing. Para pensyarah juga belajar bagaimana untuk meletak nota, membuat
penilaian untuk pelajar dan mencipta forum untuk berkomunikasi dengan pela-
jar.
S E P T E M B E R 2 0 1 4 V O L U M E 1 , I S S U E 3
Para pensyarah JPA sibuk mempraktikkan penggunaan laman CIDOS versi
Para pensyarah sedang khusyuk mendengar taklimat
S E P T E M B E R 2 0 1 4 V O L U M E 1 , I S S U E 3
Program iftar
Pusat Islam Al-Kauthar Politeknik Nilai telah mengada-
kan Program Berbuka Puasa (Iftar) Pelajar bersama jemaah di
masjid-masjid persekitaran dan Pusat Jagaan Warga Emas Nur
Hasanah di Beranang sepanjang bulan ramadhan al-mubarak.
Sasaran peserta yang akan mengikuti program ini ialah pelajar-
pelajar yang tinggal di asrama, terdiri daripada pelajar lelaki dan
perempuan telah dipilih secara bergilir-gilir untuk mengikuti pro-
gram ini pada setiap hari sabtu sepanjang bulan ramadhan.
Program Iftar pelajar bersama jemaah masjid telah dil-
aksanakan pada 5 dan 12 Julai 2014, dan pusat jagaan warga
emas (Nur Hasanah) pada 19 Julai2014 (setiap hari Sabtu).
Pelaksanaan program adalah bermula daripada pukul 5:00 petang
hingga pukul 10:00 malam.
Pusat Islam Al-Kauthar Politeknik Nilai telah mengada-
kan Program Berbuka Puasa (Iftar) Pelajar bersama jemaah di
masjid-masjid .
LOKASI :
Masjid Bandar Baru Nilai 05/7/2014
Masjid Sultan Abdul Samad,KLIA12/7/2014
Pusat Jagaan Nur Hasanah, Beranang19/7/2014
S E P T E M B E R 2 0 1 4 V O L U M E 1 , I S S U E 3
Pengisian Program
i. Majlis iftar pelajar bersama jemaah masjid terpilih dan warga
emas di Pusat Jagaan Nur Hasanah.
ii. Solat Maghrib berjemaah.
iii. Solat Isyak berjemaah.
iv. Solat sunat terawih berjemaah.
v. Agihan sumbangan kepada masjid serta pusat jagaan warga
emas.
vi. Bersurai.
Program bubur lambuk
S E P T E M B E R 2 0 1 4 V O L U M E 1 , I S S U E 3
Program bubur lambuk.
S E P T E M B E R 2 0 1 4 V O L U M E 1 , I S S U E 3
Unit Latihan Pendidikan Lanjutan (ULPL) bersama Unit
Penyelidikan PNS telah menganjurkan Kursus Penulisan dan Bengkel
Penulisan Ilmiah di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Kursus ini
terbuka kepada semua pensyarah PNS daripada semua jabatan.
Jabatan Pengajian Am (JPAM) telah menghantar para pensyarah bagi
menyertai Kursus Penuliasan Ilmiah ini.
KURSUS PENULISAN ARTIKEL ILMIAH
Kursus Penulisan Artikel Ilmiah yang dianjurkan ini adalah
bertujuan:
Memberi pendedahan awal kepada para pensyarah berkenaan
dengan penulisan artikel ilmiah dan penyediaan kertas kerja untuk
dibentangkan dalam seminar.
Menanam minat dan budaya penyelidikan dalam kalangan
pensyarah PNS, khususnya pensyarah di JPAM
Kursus Penulisan Artikel Ilmiah Siri (1) telah diadakan seperti
maklumat yang berikut:
Tarikh: 24 Julai 2014
Hari: Khamis
Masa: 8:30 pagi – 5:00 ptg
Tempat: Bilik ULPL, Blok Pentadbiran PNS.
Seramai enam orang peserta daripada Jabatan Pengajian Am(JPAM)
telah menyertai kursus ini.
Impak/Pencapaian Objektif
Pensyarah JPAM: Menghasilkan kertas kerja untuk
dibentangkan dalam Seminar RICE 2014.
Jabatan/Organisasi : Memenuhi keperluan Key
Performent Indicator (KPI) Politeknik Nilai,
seperti yang telah ditetapkan dalam sasaran
Jabatan.