Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 - keluaran Mac 2011

6
日期 :2008116邮址:[email protected] (非卖品) 日期 :31 Mac 2011 Bilangan 9 E-mail: [email protected] Tidak Dijual12 Buletin PPAKM Bilangan 9 Bilangan 9 Bilangan 9 Bilangan 9 Sambung dari muka 11.) "Kita bukan buat kerja macam puak Umno- BN buat kerja. Kerja yang tiada perancangan. Dengan kecuaian mereka akhirnya rakyat yang menderita," kata beliau. Beliau mengesyaki, ini mungkin kerja Umno-BN yang sengaja menakut- nakutkan penduduk orang asal disini. "Insya-Allah Kerajaan PR tidak melakukannya. Saya harap pihak tersebut tidak membohongi rakyat orang asal di sini. Begitu juga penduduk orang asal kita harap tidak mudah mendengar cerita yang tiada sahihnya. "Sekiranya ada sesuatu yang timbul, kita akan mengadakan sesi dailog bersama rakyat. Perbincangan dua hala perlu ada bagi menjelaskan setiap isu yang timbul," katanya. Beliau juga meminta Umno-BN menunaikan janji mereka kepada penduduk di sini termasuk keperluan elektrik yang dijanjikan kepada mereka. "Lihatlah kesusahan mereka disini terpaksa menggunakan lampu minyak tanah untuk menerangi rumah mereka. Jangan apabila tiba pilihanraya berbagai janji ditaburkan untuk beri berbagai faedah," katanya. Perpaduan Kepelbagaian dan Sama-Sama Wujudkan Dunia Baru —— —— —— ——Perhimpunan Agung Ahli dan Hari Keluarga P.P.A.K.M. Perhimpunan Agung Ahli dan Hari Keluarga P.P.A.K.M. Perhimpunan Agung Ahli dan Hari Keluarga P.P.A.K.M. Perhimpunan Agung Ahli dan Hari Keluarga P.P.A.K.M. Perhimpunan Agung Ahli dan Hari Keluarga Persatuan Persahabatan Abad Ke 21 Malaysia diadakan pada 4 Disember 2010, di Stadium Sekolah Menegah Hanciang. Perhimpunan kali ini bertemakan “Perpaduan Kepelbagaian dan Sama-Sama Wujudkan Dunia Baru.” Pada pagi hari itu, bas-bas yang membawa kawan-kawan dari pelbagai negeri tiba berturut-turut, laungan gem- bira “kawan-kawan Kuala Lumpur dan Selangor datang” , “Kawan-kawan Perak datang”, “Kawan-kawan Melayu datang” dan ”kawan-kawan Asal datang”, bergema dari barisan menyambut, yang berperasaan terharu mengalu-alukan kawan-kawan dan kawan karib, tepuk tangan beriringan dengan irama lagu sambutan, bersalam-salaman, saling berpeluk dan tegur sapa menjadi riuh rendah. Kain merah bertulisan tajuk dan tema Perhimpunan terentang di atas pentas dewan. Ceramah Perkenalkan Kebaikan Ceramah perkenalkan orang dan hal baik diadakan pada jam 2 petang. Kawan yg menghoskan cerama berkata bahawa sudah 20 tahun kita kembali, telah melalui proses perubahan yg rumit, dari perajurit revolusioner berubah menjadi rakyat biasa. Kawan-kawan boleh me- luahkan cerita yang mengharukan bagaimana mencapai perubahan dengan bantuan ikhlas dari pelbagai pihakKawan Huimin bergenang air mata mengatakan dia sangat cepat mendapat tempat bertapak berkat bantuan percuma yg ikhlas dari kawan-kawan seperjuang yg dulunya sehidup semati itu. Xiaomei dengan nada berkobar berkata, setelah suaminya meninggal, dia pula menggidap kanser hati, membuat dia hampir runtuh semangat dan kebengung- an apabila memikirkan nasib anak dan keluarga,. Mujurlah adanya perihatin dan galakan dari kawan-kawan dan sahabat karib, perihatin yang amat teliti itu telah menyokong saya memberanikan diri supaya berdiri teguh, sanggup meng- hadapi penderitaan dengan perasaan optimis, dan akhirnya saya terselamat dan sembuh juga. Kawan Zhoutong berusia 80 tahun, dia dua kali retak tulang paha dua belah kaki kerana terjatuh, tidak boleh berjalan sendiri, isterinya Kwi Ling setelah balik dari kerja harus buat kerja rumah, dan harus memandu kereta membawa beliau pergi menjalani fisioterapi, tetapi dia tidak berasa jemu. Mereka sanggup bersatu menghadapi segala kesulitan.. Kawan karib di Perak, Chin Jiebang, dengan inisiatif membiayai kehidupan kawan Ah Ping dan isterinya, dan membiayai persekolahan anak-anak ahli Persatuan yg ada kesulitan. Pengalaman pahit getir itu me- nonjolkan tekad teguh kawan-kawan mengatasi kesulitan, dan menyerlahkan bantuan tulus ikhlas kawan-kawan karib tanpa mementingkan diri. Cerita dan kisah yg mengharukan itu telah menggalakkan banyak kawan ingin berceramah, tetapi sayang sekali jam sudah sampai masa tamat. Jamuan Malam dan Majlis Gembira Ruang majlis penuh sesak, lebih 600 orang yg terdiri dari ahli Persatuan, kawan-kawan karib, serta saudara-saudari Melayu dan Orang Asal. Dewan penuh dengan suasana riang gembira. Jamuan dimulai dgn iringan lagu, Pengerusi J/K Kerja, Yeap Kean Kok memberi ucapan menegaskan bahawa dalam negara berbilang etnik mesti mempertahankan perpaduan di atas dasar kesamarataan semua bangsa, memper- kuatkan persefahaman, dan menentang fikiran dan tindakan unitarianisme yg merugikan perpaduan. Dengan begini barulah bolen mencapai keharmonian dan menciptakan hari depan yg bahagia.. Selanjutnya wakil-wakil dari Kg. Perdamaian Shukirin, Banlang dan Betong memberi ucapan, mereka memuji kejayaan dan impak yg dicapai PPAKM sejak penubuhannya. Dalam ucapannya wakil remaja berkata, kami selalu dianggap sebagai masa depan ibu bapa, mereka ada yang sedang berusaha memupuk anaknya supaya sama dengan dirinya, ada yg hendak mengaturkan anaknya masa depan keindahan yang digambarkannya sahaja. Akan tetapi terlebih dulu hendaklah memberikan anak-anak ruang berfikir, ......kerana di sepanjang jalan pendewasaan kami, barang kali kami masing-masing akan menghadapi nasib berlekuk lekak yg tidak menentu.. Namun biar bagaimanapun harus ingat bahawa apapun nasib yang dihadapi, yang dapat menguasainya adalah anda sendiri. (Bersambung pdada muka 2.) Xiaumei bercemrama Persatuan Peersahabatan Perda- maian Hadyai merayakan hari ulang tahun pertama penubuhannya pada 27 Feberuari di Hotel Lee Garden, turut hadir terdapat Penasihat Dong, Penasihat Lee, serta perwakilan dari Persatuan Persahabatan Abad Ke 21 Malaysia, dan pelbagai pertubuhan sekawan atau bersahabat di Tailand. Malam gembira dimulai dengan nyanyian Lagu Persatuan Persahabat Perdamaian Hadyai dan Waltz Tahun Baru China. Kedua-dua penasihat memberi ucapan menyataakan harapan ke atas Persatuan Persahabatan agar memaju- kan perdamaian manusia. Dalam ucapannya Ketua PPAKM, Lee Hok Tee berkata bahawa kehidupan kawan-kawan di Hadyai beraneka ragam, penuh dengan persahabatan dan kasih sayang. Ketika bencana banjir di Hadyai tahun lalu, Kawan Chin Peng menyampaikan kawat dan wang me- lipur, unit-unit sekawan dari Banlang, Betong dan Malaysia juga menhulurkan bantuan. Malahan sebaik-baik saja banjir surut, Persatuan Persahabata Perdamaian Hadyai segera mengeluar- kan wang hiburan, melipurkan dan membantu kawan-kawan membaik- puleh rumah. Persatuan ini bagaikan rumah yg penuh kasih sayang, telah menjadi tumpuan kawan-kawan. Per- satuan ini juga mengeluarkan Buletin Persatuan, menyertai aktiviti pertu- buhan setempat, meluaskan buhungan dengan mereka. Lee Ho Tee berharap Persatuan Persahabatan Abad Ke21 dan unit-unit sekawan di Thailand meng- gunakan sepenuhnya hubungan internet, saling membantu dan menciptakan masa depan yang elok. Wakil-wakil dari Banlang dan Betong menyatakan rasa gembira atas kejayaan yang dicapai Persatuan Persa- habatan Perdamaian Hadyai pada tahun yang lalu, dan mengharap mereka mencapai kejayaan lagi. Akhirnya Ketua Persahabatan Per- damaian Hadyai, Hongbin menyatakan terimah kasih atas kehadiran para wakil. Beliau menunjukkan bawaha Persatuannya amat mengambil berat hubungan dengan persatuan-persatuan sekawan atau bersahaba, dan juga mengambil berat memajukan hubungan dengan Kesatuan Saling Membantu dan Persahabatn Thailand yang sama nasibnya dengan kami. Hongbin mengharapkan ahli-ahli Persatuan tetap ingat akan tujuan asal penubuhan Persatuan, memajukan tra- disi terpuji yang bersatupadu dan memberi sumbangan tanpa mement- ingkan diri pada masa dulu itu, berusaha terus menerus, membuat Persatuan ini menjadi lebih berdinamik, dan memberi sumbangan mewujudkan perdamaian dunia, supaya setiap manusia dapat menghabiskan kehidupan dengan lebih bermaruah. Untuk menggalakkan anak-anak ahli Persatuan rajin belajar, dan diasuh menjadi orang yang berfaedah kepada masyarakat, Persatuan Persahabatan Perdamaian juga telah mengeluarkan biasiswa kepada anak-anak yang men- capai keputusan unggul dalam peperiksaan. Biasiswa ini ditaja oleh Ketua, Naib Ketua, Urusetia, dan Setiauasaha Persatuan. Malam Gembira Ulang Tahun Pertama Persatuan Persahabatan Perdamaian Hadyai Kem Kehidupan Remaja Mencapai Kejayaan Kem Kehidupan Remaja ditajakan oleh Persatuan Kawan Karib Perak dan Jawatankuasa Perhubungan PPAKM Perak tamat denga berjaya setelah berlangsung 2 hari 1 malam. Aktiviti ini dihoskan oleh empat orang remaja iaitu Pan Xiaojing, Pan xiaobing, Cai Xiangxiang dan Han Jihong, aktiviti bertemakan isu sejarah disertakan dengan permainan. Peserta sebanyak 30 orang terdiri dari anak-anak ahli Persatuan dan kawan karib serta sahabat anak-anak itu. Upacara pembukaan diadakan pada pagi hari pertama, lalu diadakan aktiviti berkenaan. Jam 1.00 petang diadakan ceramah, Ketuan Persatuan, Cai Kan Fook menceritkan kisah dari perjuangan melawan pencerobuhan Jepun dan penjajahan British untuk kemerdekaan, perang dalam negeri dan sehingga menandatangani Persetujuan Damai. Aktiviti malam ialah kawan Zhan- qiang memperkenalkan kemahiran hidup di dalam hutan, seperti menyalakan api, memetik buah-buahan, memburu dan sebagainya, dan kawan Xiappeng mem- buat demonstrasi bagi cerita itu. Pada pagi hari kedua, beraktiviti pergi ke Gua Kiklokdong, kemudian balik mengadakan permainan di dalam dewan Persatuan Kawan Karib. Upacara penutupan diadakan pada tengah hari, rakaman aktiviti ditayangkan dan di saksikan jua ramai kawan karib yang datang sempena hari keluarga mereka. Kem Kehidupan Remaja berjaya melabuh tabir seiring nyanyian lagu Harapan Terletak Di Atas Bahu Kalian. Bergamba di depan Gua Kiklokdong Para ahli persatuan dan tetamu yg hadir bergambar kenangan Selayang pandang di dewan

description

12Buletin PPAKMBilangan 9Bergamba di depan Gua KiklokdongKem Kehidupan Remaja Mencapai KejayaanKem Kehidupan Remaja ditajakan oleh Persatuan Kawan Karib Perak dan Jawatankuasa Perhubungan PPAKM Perak tamat denga berjaya setelah berlangsung 2 hari 1 malam. Aktiviti ini dihoskan oleh empat orang remaja iaitu Pan Xiaojing, Pan xiaobing, Cai Xiangxiang dan Han Jihong, aktiviti bertemakan isu sejarah disertakan dengan permainan. Selayang pandang di dewanPeserta sebanyak 30 orang terdiri dar

Transcript of Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 - keluaran Mac 2011

Page 1: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 -  keluaran Mac 2011

日期 :2008年1月1日 第6期 邮址:[email protected] (非卖品) 日期 :31 Mac 2011 Bilangan 9 E-mail: [email protected] (Tidak Dijual)

12 Buletin PPAKM Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9

(Sambung dari muka 11.) "Kita bukan buat kerja macam puak Umno-BN buat kerja. Kerja yang tiada perancangan. Dengan kecuaian mereka akhirnya rakyat yang menderita," kata beliau.

Beliau mengesyaki, ini mungkin kerja Umno-BN yang sengaja menakut-nakutkan penduduk orang asal disini.

"Insya-Allah Kerajaan PR tidak melakukannya. Saya harap pihak tersebut tidak membohongi rakyat orang asal di sini. Begitu juga penduduk orang asal kita harap tidak mudah mendengar cerita yang tiada sahihnya.

"Sekiranya ada sesuatu yang timbul, kita akan mengadakan sesi dailog bersama rakyat. Perbincangan dua hala perlu ada bagi menjelaskan setiap isu yang timbul," katanya.

Beliau juga meminta Umno-BN menunaikan janji mereka kepada penduduk di sini termasuk keperluan elektrik yang dijanjikan kepada mereka.

"Lihatlah kesusahan mereka disini terpaksa menggunakan lampu minyak tanah untuk menerangi rumah mereka. Jangan apabila tiba pilihanraya berbagai janji ditaburkan untuk beri berbagai faedah," katanya.

Perpaduan Kepelbagaian dan Sama-Sama Wujudkan Dunia Baru ————————Perhimpunan Agung Ahli dan Hari Keluarga P.P.A.K.M.Perhimpunan Agung Ahli dan Hari Keluarga P.P.A.K.M.Perhimpunan Agung Ahli dan Hari Keluarga P.P.A.K.M.Perhimpunan Agung Ahli dan Hari Keluarga P.P.A.K.M.

Perhimpunan Agung Ahli dan Hari Keluarga Persatuan Persahabatan Abad Ke 21 Malaysia diadakan pada 4 Disember 2010, di Stadium Sekolah Menegah Hanciang. Perhimpunan kali ini bertemakan “Perpaduan Kepelbagaian dan Sama-Sama Wujudkan Dunia Baru.”

Pada pagi hari itu, bas-bas yang membawa kawan-kawan dari pelbagai negeri tiba berturut-turut, laungan gem-bira “kawan-kawan Kuala Lumpur dan Selangor datang” , “Kawan-kawan Perak datang”, “Kawan-kawan Melayu datang” dan ”kawan-kawan Asal datang”, bergema dari barisan menyambut, yang berperasaan terharu mengalu-alukan kawan-kawan dan kawan karib, tepuk tangan beriringan dengan irama lagu sambutan, bersalam-salaman, saling berpeluk dan tegur sapa menjadi riuh rendah. Kain merah bertulisan tajuk dan tema Perhimpunan terentang di atas pentas dewan.

Ceramah Perkenalkan Kebaikan

Ceramah perkenalkan orang dan hal baik diadakan pada jam 2 petang. Kawan yg menghoskan cerama berkata bahawa sudah 20 tahun kita kembali, telah melalui proses perubahan yg rumit, dari perajurit revolusioner berubah menjadi rakyat biasa. Kawan-kawan boleh me-luahkan cerita yang mengharukan bagaimana mencapai perubahan dengan

bantuan ikhlas dari pelbagai pihak。 Kawan Huimin bergenang air mata

mengatakan dia sangat cepat mendapat tempat bertapak berkat bantuan percuma yg ikhlas dari kawan-kawan seperjuang yg dulunya sehidup semati itu.

Xiaomei dengan nada berkobar berkata, setelah suaminya meninggal, dia pula menggidap kanser hati, membuat dia hampir runtuh semangat dan kebengung-an apabila memikirkan nasib anak dan keluarga,. Mujurlah adanya perihatin dan galakan dari kawan-kawan dan sahabat karib, perihatin yang amat teliti itu telah menyokong saya memberanikan diri supaya berdiri teguh, sanggup meng-hadapi penderitaan dengan perasaan optimis, dan akhirnya saya terselamat dan sembuh juga.

Kawan Zhoutong berusia 80 tahun, dia dua kali retak tulang paha dua belah kaki kerana terjatuh, tidak boleh berjalan sendiri, isterinya Kwi Ling setelah balik dari kerja harus buat kerja rumah, dan harus memandu kereta membawa beliau pergi menjalani fisioterapi, tetapi dia tidak berasa jemu. Mereka sanggup bersatu menghadapi segala kesulitan..

Kawan karib di Perak, Chin Jiebang, dengan inisiatif membiayai kehidupan

kawan Ah Ping dan isterinya, dan membiayai persekolahan anak-anak ahli Persatuan yg ada kesulitan.

Pengalaman pahit getir itu me-nonjolkan tekad teguh kawan-kawan mengatasi kesulitan, dan menyerlahkan bantuan tulus ikhlas kawan-kawan karib tanpa mementingkan diri.

Cerita dan kisah yg mengharukan itu telah menggalakkan banyak kawan ingin berceramah, tetapi sayang sekali jam sudah sampai masa tamat.

Jamuan Malam dan Majlis Gembira

Ruang majlis penuh sesak, lebih 600 orang yg terdiri dari ahli Persatuan, kawan-kawan karib, serta saudara-saudari Melayu dan Orang Asal. Dewan penuh dengan suasana riang gembira.

Jamuan dimulai dgn iringan lagu, Pengerusi J/K Kerja, Yeap Kean Kok memberi ucapan menegaskan bahawa dalam negara berbilang etnik mesti mempertahankan perpaduan di atas dasar kesamarataan semua bangsa, memper-kuatkan persefahaman, dan menentang fikiran dan tindakan unitarianisme yg merugikan perpaduan. Dengan begini barulah bolen mencapai keharmonian dan menciptakan hari depan yg bahagia..

Selanjutnya wakil-wakil dari Kg. Perdamaian Shukirin, Banlang dan Betong memberi ucapan, mereka memuji kejayaan dan impak yg dicapai PPAKM sejak penubuhannya.

Dalam ucapannya wakil remaja berkata, kami selalu dianggap sebagai masa depan ibu bapa, mereka ada yang sedang berusaha memupuk anaknya supaya sama dengan dirinya, ada yg hendak mengaturkan anaknya masa depan keindahan yang digambarkannya sahaja. Akan tetapi terlebih dulu hendaklah memberikan anak-anak ruang berfikir, ......kerana di sepanjang jalan pendewasaan kami, barang kali kami masing-masing akan menghadapi nasib berlekuk lekak yg tidak menentu.. Namun biar bagaimanapun harus ingat bahawa apapun nasib yang dihadapi, yang dapat menguasainya adalah anda sendiri. (Bersambung pdada muka 2.)

Xiaumei bercemrama Persatuan Peersahabatan Perda-

maian Hadyai merayakan hari ulang tahun pertama penubuhannya pada 27 Feberuari di Hotel Lee Garden, turut hadir terdapat Penasihat Dong, Penasihat Lee, serta perwakilan dari Persatuan Persahabatan Abad Ke 21 Malaysia, dan pelbagai pertubuhan sekawan atau bersahabat di Tailand.

Malam gembira dimulai dengan nyanyian Lagu Persatuan Persahabat Perdamaian Hadyai dan Waltz Tahun Baru China.

Kedua-dua penasihat memberi ucapan menyataakan harapan ke atas Persatuan Persahabatan agar memaju-kan perdamaian manusia.

Dalam ucapannya Ketua PPAKM, Lee Hok Tee berkata bahawa kehidupan kawan-kawan di Hadyai beraneka

ragam, penuh dengan persahabatan dan kasih sayang. Ketika bencana banjir di Hadyai tahun lalu, Kawan Chin Peng menyampaikan kawat dan wang me-lipur, unit-unit sekawan dari Banlang, Betong dan Malaysia juga menhulurkan bantuan. Malahan sebaik-baik saja banjir surut, Persatuan Persahabata Perdamaian Hadyai segera mengeluar-kan wang hiburan, melipurkan dan membantu kawan-kawan membaik-puleh rumah. Persatuan ini bagaikan rumah yg penuh kasih sayang, telah menjadi tumpuan kawan-kawan. Per-satuan ini juga mengeluarkan Buletin Persatuan, menyertai aktiviti pertu-buhan setempat, meluaskan buhungan dengan mereka. Lee Ho Tee berharap Persatuan Persahabatan Abad Ke21 dan unit-unit sekawan di Thailand meng-

gunakan sepenuhnya hubungan internet, saling membantu dan menciptakan masa depan yang elok.

Wakil-wakil dari Banlang dan Betong menyatakan rasa gembira atas kejayaan yang dicapai Persatuan Persa-habatan Perdamaian Hadyai pada tahun yang lalu, dan mengharap mereka mencapai kejayaan lagi.

Akhirnya Ketua Persahabatan Per-damaian Hadyai, Hongbin menyatakan terimah kasih atas kehadiran para wakil. Beliau menunjukkan bawaha Persatuannya amat mengambil berat hubungan dengan persatuan-persatuan sekawan atau bersahaba, dan juga mengambil berat memajukan hubungan dengan Kesatuan Saling Membantu dan Persahabatn Thailand yang sama nasibnya dengan kami.

Hongbin mengharapkan ahli-ahli Persatuan tetap ingat akan tujuan asal penubuhan Persatuan, memajukan tra-disi terpuji yang bersatupadu dan memberi sumbangan tanpa mement-ingkan diri pada masa dulu itu, berusaha terus menerus, membuat Persatuan ini menjadi lebih berdinamik, dan memberi sumbangan mewujudkan perdamaian dunia, supaya setiap manusia dapat menghabiskan kehidupan dengan lebih bermaruah.

Untuk menggalakkan anak-anak ahli Persatuan rajin belajar, dan diasuh menjadi orang yang berfaedah kepada masyarakat, Persatuan Persahabatan Perdamaian juga telah mengeluarkan biasiswa kepada anak-anak yang men-capai keputusan unggul dalam peperiksaan. Biasiswa ini ditaja oleh Ketua, Naib Ketua, Urusetia, dan Setiauasaha Persatuan.

Malam Gembira Ulang Tahun Pertama Persatuan Persahabatan Perdamaian Hadyai

Kem Kehidupan Remaja Mencapai Kejayaan

Kem Kehidupan Remaja ditajakan

oleh Persatuan Kawan Karib Perak dan Jawatankuasa Perhubungan PPAKM Perak tamat denga berjaya setelah berlangsung 2 hari 1 malam.

Aktiviti ini dihoskan oleh empat orang remaja iaitu Pan Xiaojing, Pan xiaobing, Cai Xiangxiang dan Han Jihong, aktiviti bertemakan isu sejarah disertakan dengan permainan.

Peserta sebanyak 30 orang terdiri dari anak-anak ahli Persatuan dan kawan karib serta sahabat anak-anak itu.

Upacara pembukaan diadakan pada pagi hari pertama, lalu diadakan aktiviti berkenaan. Jam 1.00 petang diadakan ceramah, Ketuan Persatuan, Cai Kan

Fook menceritkan kisah dari perjuangan melawan pencerobuhan Jepun dan penjajahan British untuk kemerdekaan, perang dalam negeri dan sehingga menandatangani Persetujuan Damai.

Aktiviti malam ialah kawan Zhan-qiang memperkenalkan kemahiran hidup di dalam hutan, seperti menyalakan api, memetik buah-buahan, memburu dan sebagainya, dan kawan Xiappeng mem-buat demonstrasi bagi cerita itu.

Pada pagi hari kedua, beraktiviti pergi ke Gua Kiklokdong, kemudian balik mengadakan permainan di dalam dewan Persatuan Kawan Karib.

Upacara penutupan diadakan pada tengah hari, rakaman aktiviti ditayangkan dan di saksikan jua ramai kawan karib yang datang sempena hari keluarga mereka. Kem Kehidupan Remaja berjaya melabuh tabir seiring nyanyian lagu Harapan Terletak Di Atas Bahu Kalian.

Bergamba di depan Gua Kiklokdong

Para ahli persatuan dan tetamu yg hadir bergambar kenangan

Selayang pandang di dewan

Page 2: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 -  keluaran Mac 2011

2 Buletin PPAKM Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9 Buletin PPAKM Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9 11

(Sambung dari muka pertama) Perpaduan Kepelbagaia

Persembahan seni budaya a-gak menarik, ada nyanyian, tari menari, d e k l a m a s i sajak dan se-bagainya, anta-ra lain tarian dan nyanyian Orang Asal te-lah menjadi tumpuan sege-nap penon-t o n . b u d a y a Asli Orang A-sal ini menjadi sasaran yang dirakamkan secara berebut-rebut oleh para hadirin dan media.

Majlis gembira hari keluarga Persatuan Persahabat Abad Ke 21 ini diadakan setiap tahun, telah menjadi platform berhubungan dan ber-komunikasi antara ahli Persatuan dengan sanak saudar dan kawan-kawan karib. Majlie gembira hari keluarga yg diadakan di Pulau Pinang kali ini mendapat sokongan dari kawan-kawan karib dan peniaga-peniaga di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain dengan mendermakan wang dan barang-barang, hasilnya ialah para hadirin datang dengan riang gembira dan juga pulang dengan sepuas-puas hati, dan menyimpan kesan manis di dalam sanubari. Mereka.

Perhimpuaan Agung Perhimpunan Ahli Persatuan Per-

sahabatan Abad Ke 21 berlangsung pada 5 Disember 2010, di dewan serba guna Koleg Hanchiang Pulau Pinang, selain dari ahli-ahli Melayu, Cina dan Orang Asal yang hadir, ada juga saudara-saudara etnik lain termasuk kira-kira 40 orang saudara Orang Asal ikut sebagai pemerhati, benar-benar menggambarkan satu pertubuhan terdiri dari pelbagai bangsa.

Perhimpunan tahun ini diadakan pemilihan, 16 orang Ahli Jawatankuasa penggal baru telah dipilih melalui undi rahsia

Dalam masa luang pengiraan undi, Ketua Persatuan, Kawan Nanjun bertemu ramah dengan kawan Melayu, kawan Asal serta saudara Melayu dan Orang Asal, mereka mendapat galakan dan berasa terharu. Saudara Orang Asal menyatakan perasaan mereka bahawa terlalu gembira kerana dapat menyertai perhimpunan kali ini, dan dapat meng-

hayati layanan mesra dari kawan-kawan dan menandakan penjagaan kepada Orang Asal.

Pengiraan undi selesai dan ahli–ahli Jawatankuasa terpilih diumumkan mendapat sambutan hangat. Maka Perhimpunan pun selamat melabuh tabir. Setelah semua hadirin selesai makan, kawan-kawan P. Pinang, Kedah dan Perlis selaku tuan rumah menyusun barisan penghantaran, mengucap selamat jalan kepada kawan-kawan berlepas. Seketika itu bergemalah imbauan sampai berjumpa lagi!

Lima Pemidato

Gaya pengacara perhimpunan

Sepitas lalu di perhimpunan

阿沙同胞合影

Ahli Jawatankuasa dan Petugas Persatuan Persahabatan Abad Ke 21 Malaysia

Setelah melalaui proses pemilihan

dan pelantikan, Ahli-Ahli Jawankuasa Penggal baru (untuk tahun 2011-2012) telah diwujudkan pada 12 Disember 2010 (Ahad). Dan dalam mesyuarat pertama J/K Penggal Ke 5 telah melantik dan menambah lagi ahli-ahli J/K, senarainya sebagai berikut Ahli-Ahli J/K Persatuan Persahabatan Abad Ke 21 (Penggal ke 5, Bagi Tahun 2011-2012) :

Ketua:Lee Huck Tee.

Naib:Yeap Kian Kok, Phang Meng Cheong.

Setiausaha:Cheng Choon Hong

Naib:Ham Aun Yoke.

Bendahari:Tey Ken Wah. Naib: Yeong Chin Watt. Kebajikan: See Kim Chai. Naib: Hor Peng Fong.

Pendidikan::Tan Tee Hong Naib:Wong Poh Chin. Urusan Luar: Lim Teik Hin. Naib:Way Allan.

Ahli J/K: Chai Kan Fook, Neo Kong Hor, Low Ah Long, Siow Yoon Chin, Wong Yao Lam, Woon Kwong Soon, Ong Yoke Choo, Moh Tat Chow, Tan Ah Keong.

Audit: Heng Hooi Pheng, Tang Fong..

J/K Kecil Pelbagai Negeri (Ahli J/K adalah ahli wajar)

J/K Perhubungan Selangor dan KL Senter: Phang Meng Cheon. Ahli: Way

Allan, Siow Yoon Chin, Tan Ah Keong, Ong Yoke Choo, Liew Houn Hiong, Moh Tat Chow, Yap Seng Wah, Wong Kam Leong, Tan Gim Teck, Lim Poo, Lee Ah Moy, Wong Yao Lam, Lee Kee Bok, Neo Kong Hor, Ong See Eng.

J/K Perhubungan Perak: Senter: Chai Kan Fook. Ahli-Ahli:

Ham Aun Yoke, Au Heng Fong, Hooi Kwei Ling, Liew Chee, Kee Ka Tong,Cheng Choon Hong, Cheah Fek Kiew, Chai Ah Kow, Tey Ken Wah, Poh King Hooi, Lee Siew Chin, Woon Kwong Soon, Liew Len Thai, Phun Swee Ching, Lai Yon Kiew, Yeong Chin Watt, Tang Wai Fong, Ong Woon Lee.

J/K Perhubungan P. Pinang, Kedah dan Perlis: Senter:Lee Huck Tee. Ahli-Ahli: Quah

Phaik Suan, Yap Kean Kok, Tan Ah Tai, Hor Peng Fong, Tan Guat Bee, Yeoh Meng Heng, Lee Chai Hong, HengHooi Pheng, Bok Ghuat Choo, Cheah Teng Hooi, Quah Phaik Kim, Yeap Joo Teik, Tai Fook Choy, Lim Guak Kee.

J/K Perhubungan Johor: Senter: Tan Tee Hong, See Kim Chai,

Chek Chen Onn, Lim Cheng Tiam, Tee Ka Lee.

J/K Perhubungan· N. Sembilan dan Melaka: Senter: Woon poh Chin. Ahli-Ahli:

Lim Eng Seng, Low Ah Long, Lem Soo Yan, Wang Ah Kow, JiangKew.

J/K Perhubungan Orang Asal: Senter: Sungal S/L Itam. Ahli-Ahli:

Lum Toi Ying, Puyun bin Itam, Asim bin Long, Baol bin Che-heng, Cheng Choon Hong, Siow Yoon chin, Poh king Hooi, Poh Poh Tin, KeeKa Tong.

Orang Asal Kemensah Mahu Pertahan Lokasi Mereka

Khaulah Azwar

(Harakahdaily 3 Rabi'ul Awal 1432 H | 6 Februari 2011 )

GOMBAK, 6 Feb: Walaupun kehidupan orang asal pada masa ini lebih maju namun masih ada segelintir mereka di beberapa lokasi orang asal yang masih jauh ketinggalan samaada pembangunan ekonomi atau pendidikan.

(GAMBAR ATAS: Orang Asal Kemensah bergambar dengan petugas media)

Beginilah kehidupan orang asal di Kemensah Hulu Klang. Tinjaun media baru-baru ini dengan pihak pengurusan Jabatan Hal Ehwal Orang Asal (JHEOA) dan Tok Batin dikawasan tersebut dengan hasrat mendengar segala kemelut dan masaalah yang mereka hadapi sekian lama.

Sabri a/l Ah Hang (gambar bawah), Penolong Pembantu JKKK Orang Asal Kemensah, 36, melahirkan rasa kebimbangannya kerana rakyat orang asal di sini telah mendengar ura-ura kampung mereka akan dimansuhkan.

Ia berdasar Draf Perancangan Penempatan Wawasan 2020 yang melibatkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menurutnya perkampungan disini sudah sekian lama wujud iaitu sejak 1968 dengan mempunyai bilangan ahli keluarga seramai 24 buah keluarga yang masih tidak mempunyai pegangan agama (Aties).

"Kita telah bangunkan kawasan ini yang dahulunya kawasan perhutanan. Walaupun terdahulu rumah kediaman kami yang rata-rata terdiri daripada buluh namun pada tahun 2009 kita telah mendapat kediaman rumah daripada pihak Kerajan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor bagi membantu kami di sini. Ia sedikit sebanyak telah memberi keselesaan pada kami".

Namun begitu masih terdapat banyak kekurangannya. Mereka masih tidak mempunyai bekalan elektrik walaupun kebanyakan tempat lain sudah ada bekalan tersebut.

Ekoran itu, mereka rasa begitu ketinggalan arus permodenan. Kerajaan Pusat UMNO-BN telah berjanji dengan mereka untuk menyediakan bekalan tersebut namun sehingga kini bekalan tersebut masih tidak diperolehi lagi.

"Kami rasa sudah terlalu penat menunggu bekalan elektrik. Setiap kali disuarakan kepada JHEOA mereka hanya menyatakan bersabar. Sampai bila kami ingin bersabar sudah bertahun kami menunggunya," kata Sabri.

Bayangkanlah keadaan mereka terutamanya apabila tibanya waktu malam.

"Anak-anak kami yang ingin belajar terpaksa dalam keadaan gelap. Mereka belajar masih bertemankan lampu minyak tanah. Bagaimanakah ibu-ibu di sini yang ingin menguruskan anak-anak kecil mereka," tambahnya.

Untuk mendapatkan bekalan minyak tanah pula mereka terpaksa keluar daripada kawasan ini sejauh 15 km.

"Pernah juga bekalan minyak ta-nah tiada. Sudah-lah kami penat berjalan keluar un-tuk dapatkan mi-nyak tetapi bila pergi, minyak ke-habisan pula," ujarnya dengan kesal.

Walaupun ti-dak mempunyai bekalan elektrik, namun anak-anak mereka tidak ke-tinggalan dan beberapa pelajar di sini telah berjaya dalam pelajaran mereka.

Begitulah juga dengan bekalan air di kawasan ini begitu sukar untuk diperolehi. Mereka terpaksa menggunakan air bukit.

"Untuk menggunakan air ini kami terpaksa menapiskan air tersebut. Kami tidak tahu sampai bilakah penderitaan kami disini akan berakhir. Adakah generasi akan datang akan terus menerus merasa kesusahan ini dan terus dipinggirkan oleh pihak yang bertanggungjawab," cerita beliau lagi.

Media difahamkan, rata-rata orang asli di sini mempunyai pendapatan lebih kurang RM350 sebulan hasil dari mengutip hasil dalam hutan dan memburu.

"Untuk mendapat RM500 sebulan bagi kami begitu sukar lebih-lebih lagi apabila tibanya musim hujan. Hasil tangkapan tersebut kami jual diluar kawasan. Dengan hasil inilah kami berikan kepada isteri dan anak-anak kami makan dan lain-lain," cerita Sabri sedih.

Sabri dan penduduk di situ meletakkan harapan agar kawasan ini tidak akan dimansuhkan kerana mereka berhasrat ingin jadikannya kawasan kunjungan orang luar dan menjadikan kawasan tradisi orang asal.

"Kami ingin melihat anak generasi kami menerajui kawasan ini dengan sebaiknya dan tidak dilupuskan daripada mana-mana pihak. Penduduk disini sangat menentang dengan penghapusan kawasan ini," ujarnya.

PR Pertahankan Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Zon 4 Wan Hasrina Wan Hasan berkata kawasan ini tidak mungkin sama sekali dimansuhkan. Mana mungkin pihak Kerajaan Negeri ingin mansuhkan perkampungan orang asal di sini, janji beliau.

"Bayangkanlah Kerajaan Negeri telah mengeluarkan modal untuk membina rumah orang asal. Bukan setakat disini sahaja malahan dibeberapa tempat dengan hasrat memberi keselesaan kepada rakyat orang asal. Tiba-tiba mereka mendengar kawasan ini hendak dimansuhkan. Tidak masuk akal.

"Kita dalam Pakatan Rakyat yang mengamalkan konsep negeri berkebajikan, insya Allah kebajikan rakyat di seluruh Selangor khususnya dijaga dengan baik tidak kira parti, bangsa mahupun pemahaman ideologi politik yang berbeza," kata Wan Hasrina (gambar) yang juga pemimpin kanan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Menurut beliau, setiap perkara yang hendak dilakukan, akan dibawa berbincang bersama dengan pucuk pimpinan dan semua jabatan-jabatan yang bertangungjawab.

(Bersambung pada muka 12.)

Gambar: Mempersiapkan lampu minyak tanah sebelum anak-anak mereka belajar.

Page 3: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 -  keluaran Mac 2011

Buletin PPAKM Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9 3 10 Buletin PPAKM Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9

SAMBUTAN 21 TAHUN PERDAMAIAN: UCAPAN PENGERUSI INDRADJAJA

Isnin, 2011 Januari 03 Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh.

Kawan Pimpinan yang dihormati,

K a wa n - k a w a n dan saudara-saudari yang dikasihi,

Hari ini, kita, segenap anggota Kampung Chulabhorn Pattana Ke-12, yang terdiri daripada bekas anggota Rejimen Ke-10 dan anggota-anggota keluarga mereka, berkumpul di dewan ini untuk memperingati ulangtahun ke-21 ditandatanganinya Perjanjian Damai Hadyai 2 Disember Tahun 1989 dan sekaligus menyambut Tahun Baru Tahun 2011.

Pada hari yang penuh erti ini, pertama-tama izinkanlah saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011, semoga Tuhan Yang Maha Esa mengurniakan hasil-hasil yang lebih cemerlang kepada kita di masa-masa mendatang. Insya Allah.

Kawan-kawan dan saudara-saudari yang dihormati, 21 tahun yang lampau, Kawan Chen Ping telahpun

memberikan satu kesimpulan yang amat ringkas tetapi sangat jelas berkenaan ditandatangani Perjanjian Damai Hadyai bahawa “ia adalah kemenangan bersama ketiga-tiga pihak iaitu Kerajaan Malaysia, Kerajaan Di Raja Thailand dan PKM”. Dengan ditandatanginya perjanjian damai tersebut, maka tamatlah bentrokkan bersenjata antara pihak TRM di bawah pimpinan PKM dengan kerajaan penjajah British yang berlangsung sejak tahun 1948 dan dengan Kerajaan Malaysia yang berlangsung sejak tahun 1957.

Ditandatanginya Perjanjian Damai Hadyai, membuktikan bahawa PKM adalah sebuah parti yang benar-benar cintakan perdamaian, di samping itu adalah sebuah parti yang amat berpegang pada prinsip keadilan. Ia hanya memiliki satu cita-cita yang luhur, iaitu mengusir kaum penjajah dari bumi tanah air kita dan mendirikan satu masyarakat yang lebih adil dan demokrasi di bumi persada itu.

Perang Dunia Ke-2 telah mendatangkan malapetaka dan penderitaan yang amat hebat kepada rakyat negara-negara tanah jajahan dan telah amat meningkatkan kesedaran mereka. Maka itu, setelah tamatnya Perang Dunia Ke-2, perjuangan anti-penjajah dan kemerdekaan telah menggelora di negeri-negeri tahan jajahan baik di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Misalnya, perjuangan rakyat di Palestin melawan penjajah British dan Zionis Israel, Mesir melawan penjajah British dan Aljeria melawan penjajah Perancis, perjuangan rakyat di Tiongkok melawan kaum reaksioner Chiang Kai-sek yang mewakili kepentingan kaum imperialis, Vietnam melawan penjajah Perancis dan kemudiannya imperialis Amerika, India melawan pejajah British, Burma melawan penjajah British, Indonesia melawan penjajah Belanda dan Filipina melawan imperialis Amerika, dan lain-lain lagi.

Malaya juga bergolak, berbagai kekuatan patriotik dan demokratik telah melancarkan perjuangan damai untuk membela kepentingan rakyat. Selogan “merdeka” yang pertama-tama diserukan oleh PKMM telah mendapat sambutan dan sokongan hangat semua parti dan pertubuhan yang patritik dan demokratik dan rakyat luas. Justeru di bawah keadaan sedemikianlah, demi untuk memelihara kepentingan ekonominya yang terpenting di Timur Jauh, iatu Malaya yang kaya-raya dengan sumber alam terutamanya getah dan timah, pada bulan Jun tahun 1948, penjajah British akhirnya memutuskan untuk terlebih dahulu bertindak mengisytiharkan “Undang-undang Darurat” di seluruh

Malaya. PKM, PUTERA-AMCJA dan pertubuhan-pertubuhan partiotik-demokratik anti-penjajah yang lainnya telah diharamkan. Puluhan ribu bahkan lebih ramai lagi pemimpin dan aktivis berbagai kaum yang anti-penjajah bahkan rakyat biasa telah ditangkap, dibuang negeri atau dibunuh. Dengan demikian, semua jalan ke arah perjuangan damai telah ditutup. PKM dan aktivis-aktivis kiri anti-penjajah yang patritik dan demokratik terpaksa beralih ke bawah tanah dan masuk ke hutan, mengangkat senjata dan melancarkan perjuangan bersenjata.

Demikian juga, kita terpaksa melanjutkan perjuangan bersenjata sejak tahun 1957, kerana penjajah British dan Kerajaan Tunku Abdul Rahman yang dikendalikannya sebenarnya tidak berniat langsung untuk menamatkan perang dalam Perundingan Baling pada tahun 1955.

Masalah ini akhirnya baru berhasil diselesaikan pada Disember tahun 1989, secara adil dan munasabah, setelah peperangan ini berlarutan selama 40 tahun lebih. Itupun atas pertolongan atau jasa baik Kerajaan Di Raja Thailand.

Kawan-kawan dan saudari-saudiri yang dihormati, Selama 21 tahun masa perdamaian dan pembangunan ini,

anggota-anggota Kampung Perdamaian Sukhirin ataupun sekarang ini disebut Kampung Chulabhorn Pattana Ke-12 telah menempuhi berbagai keliku-likuan, pahit-maung dan susah-payah.

10 tahun pertama berdamai dan membangun kampung adalah masa yang paling kritis dan susah-payah. Kita harus melalui masa peralihan daripada sistem kolektif yang tadinya diamalkan dalam pasukan kita kepada sistem perseorangan keluarga; kita harus belajar menyesuaikan diri kita dengan masyarakat luar di samping berusaha memelihara keistimewaan kita sendiri; kita harus mengkaji dan mempelajari banyak hal-hal baru yang tidak pernah kita hadapi sebelum ini; sedangkan kita sebenarnya cuma sehelai sepinggang.

Dengan tulang 4 kerat, kita telah meneroka hutan belantara tropika yang tebal ini. Demi hari depan dan jenerasi baru, segenap kawan dan saudara-saudari kita bekerja keras tak kira siang tak kira malam. Kita diserang berbagai penyakit, kita bekerja dengan kelengkapan-kelengkapan yang amat sederhana, kita miskin tiada wang.

Selama 21 tahun ini, setengah kawan yang tadinya berumur antara 20-an, sekarang sudah 40-an; yang tadinya 30-an dan 40-an, sekarang sudah berumur 50-an dan 60-an; kawan yang dulunya tergolong kawan lama atau berumur pun sekarang sudah berumur 80-an, bahkan ada yang berumur 90 ke atas. Puluhan kawan telah meninggal dunia meninggalkan kita. Kesemua ini adalah hukum alam yang tak terelakkan. Kebanyakan kawan telah me- (Sambung ke muka surat ke 4 )

Pengerusi majlis, Kawan Indradjaja

Sambungan dari TAHUN BARU CINA

Kad kiriman dari Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia Dicatat oleh Mat Amin pada 19:19

SAMBUTAN 21 TAHUN PERDAMAIAN (2) Ahad, 2011 Januari 02

Sebahagian gambar acara kesenian yang dipersembahkan dalam perayaan menyambut 21 tahun perdamaian di Kampung Perdamaian Sukhirin

(1) Kawan Sukur menyampaikan lagu lama: HAI PEMUDA PEMUDI . (2) Tarian Kipas dari anak-anak kelas 4 -5.

(3) Tarian Thai dai anak-anak kelas 2-3. (4) Kawan Chung Ming (mualaf) mempersempahkan permainan

harmonika dengan lagu "Kawat Berduri"

(1) Persembahan Dikir Barat dari anak-anak lelaki . (2) Per-sembahan Tarian "Ketipang Payung" dari anak-anak

kelas 4-5

(3) persembahan lagu anak-anak dari universiti dan sekolah menengah. (4) Tarian "Nasi Berlauk" dari anak-anak sekolah dasar Dicatat oleh Mat Amin pada 07:58

TAHUN BARU CINA Isnin, 2011 Januari 31

Kami warga Kampung Perdamaian Sukhirin dan Kampung Perdamaian Yaha mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada rakan seperjuangan di

Kampung Perdamaian Ban-lang, Kampung Perdamaian Betong dan rakan seper-juangan di Persatuan Per-sahabatan Abad Ke-21 Malaysia serta kawan-kawan seperjuangan di serata pe-lusuk dunia yang menyambut Tahun Baru Cina ini, kepada massa revolusioner di mana jua mereka berada, dan kepada seluruh kaum Cina baik di Malaysia, Thailand, Indonesia dan seluruh dunia. Semoga semua mencapai kejayaan yang lebih ce-merlang! Kad dari Kampung Perda-maian Sukhirin dan Yaha

BUKU BARU: SITI NORKIAH

SERIKANDI PAHANG UTARA

Isnin, 2011 Februari 14 Tajuk: Siti Norkiah Mahmud: Serikandi dari Pahang Utara Penulis: Dr. Mohammed Salleh Lamry Penerbit: Strategic Information and Research Development (SIRD) Centre Tahun: 2011 ISBN: 9789675832109 Harga: RM20.00 / S$13.00 Muka surat: 177

Perjuangan kemerdekaan di luar arus perdana, yang diwakili oleh golongan nasionalis kiri, bukan saja melahirkan wira yang gagah berani seperti Rashid Maidin, Abdullah C.D., Musa Ahmad, Wahi Anuar, Ibrahim Chik dan Abu Samah Mohd Kassim, tetapi juga sreikandi yang cekal dan gigih seperti Shamsiah Fakeh, Suriani Abdullah, Zainab Mahmud dan Siti Norkiah Mahmud. Berbanding dengan adiknya Zainab Mahmud, Siti Norkiah Mahmud mungkin kurang dikenali. Akan tetapi, perjuangan Siti Norkiah tidak kurang hebatnya dengan bermula sebagai Ketua AWAS Pahang (1946-1948).

Siti Norkiah yang berasal dari Pahang Utara kemudian bergerila di Pahang selama kira-kira 5 tahun (1948-1953) sebelum menyertai perjalanan jauh ke sempadan Malaysia-Thailand mulai awal 1953 hingga akhir 1954. Di selatan Thailand, selama kira-kira 35 tahun (1954-1989) antara lain, dia pernah bekerja menyusun massa selama bertahun-tahun, selain pernah mengikuti Pasukan Penggempur mara ke selatan (ke Kelantan). Dia menghabiskan hampir separuh daripada umurnya di medan perjuangan, dan hanya berhenti berjuang setelah termeterainya Perjanjian Perdamaian antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada tahun 1989. Dia berjuang dan bertarung nyawa untuk kemerdekaan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Akan tetapi, dia merasa bangga kerana telah ikut memberi sumbangan dalam perjuangan kemerdekaan. Kisah hidup dan perjuangan Siti Norkiah, dari muda hingga ke tua, dibentangkan dalam buku ini, dengan harapan perjuangan dan jasanya akan difahami, dihargai dan diberi pengiktirafan.

Kepada yang ingin memiliki buku ini sila hubungi: [email protected] atau [email protected]

No. 11, Lorong 11/4E 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia Tel: (603) 7957 8343/8342 8343/8342 Fax: (603) 7954 9202 Dicatat oleh Mat Amin pada 16:43

Page 4: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 -  keluaran Mac 2011

Buletin PPAKM Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9 9 4 Buletin PPAKM Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9

8 orang kanak-kanak dari Kg. Perdamaian Sukhirin berbaris menunggu giliran

bergambar bersama guru pengasuh dengan sijil masing-masing

Dua pasangan kembar turut menerima sijil kelulusan Dicatat oleh Mat Amin pada 12:08

Seorang anak dari Kg. Perda-maian Sukhirin tampil mene-rima sijil kelulusan .

ANAK-ANAK

KAMPUNG ERDAMAIAN

LULUS TADIKA

22 Mac. Upacara me-

nyampaikan sijil penamatan sekolah

tadika untuk seluruh Tambun

Sukhirin telah di- adakan. Kira-kira

40 orang kanak-kanak dari sekolah

tadika berbagai kampung di Tambun

Sukhirin (8 dari-padanya anak-anak

Kampung Perdamaian) menerima sijil

tersebut. Mereka mulai masuk ke

sekolah tadika berumur 3 tahun dan

tamat setelah men-dapat asuhan

selama 2 tahun. Memasuki umur 5

tahun, mereka akan meneruskan

pelajaran di kelas pra-sekolah selama

2 tahun sebelum memasuki darjah 1.

PEMBUKAAN MUZIUM SEJARAH PKM DI KAMPUNG

PERDAMAIAN BETONG Khamis, 2010 Februari 18

Pada 16 Februari, Kampung

Perdamaian Betong atau Kampung Chulabhorn Patana 10 telah mengadakan upacara pembukaan Muzium Sejarah PKM. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Betong dan pegawai kerajaan berbagai peringkat, rakan seperjuangan dari Malaysia, wakil dari Kampung Perdamaian 1 atau Kampung Chulabhorn Patana 9, wakil Kampung Perdamaian 3 atau Kampung Chulabhorn Patana 11 dan wakil Kampung Perdamaian Sukhirin atau Kampung Chulabhorn Patana 12. Lebih 1,000 orang telah telah menyaksikan upacara yang khidmat itu.

Kampung Perdamaian Betong adalah sebuah kampung yang dibangunkan untuk bekas perajurit Cina TRM, terletak di M.10 Tambon Ai Wei, Daerah Betong, Wilayah Yala.

Muzium yang diberi nama Muzium Sejarah PKM itu memaparkan berbagai peringkat sejarah PKM dan perjuangan bersenjata anti-British.

perjalanan menuju ke Betong

Ah Chen (Jasa) pimpinan J/K Pusat PKM di dalam majlis tersebut

Pegawai Daerah Betong menyampaikan ucapan

Ketua Kampung Perdamaian Betong Nai Ikacahai menyam-paikan ucapan pembukaan

Pegawai Daerah Betong merasmikan Muzium Sejarah PKM

8 orang kanak-kanak dari Kg. Perdamaian Sukhirin berbaris menunggu giliran .

SAMBUTAN 21 TAHUN

PERDAMAIAN (1)

Sabtu, 2011 Januari 01

2 Disember adalah satu tarikh bersejarah bagi bekas

perajurit Rejimen Ke-10 dan juga terbentuknya Kampung Peramaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12. Mereka tidak merayakan tarikh tersebut tepat pada waktunya kerana sebahagian anak-anak mereka sedang bersekolah di luar kampung. Untuk memberi peluang kepada anak-anak generasi baru mengikuti sendiri tarikh penting ini, perayaan tersebut telah ditunda sehingga 1 Januari 2011 bersamaan dengan masa cuti sekolah. Oleh itu perayaan menyambut 21 tahun perdamaian dan tahun baru 2011 disambut serentak.

Bagi warga Kampung Perdamaian Sukhirin, 2 Disember adalah hari kemenangan - kemenangan polisi

ketiga-tiga pihak dan kemenangan rakyat. Jika ditilik dari segi sejarah, tarikh tersebut juga merupakan kemenangan polisi PKM dan TRM.

55 tahun yang lalu, tepatnya pada tahun 1955, Chen Ping atas nama Setiausaha Agung PKM telah menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan damai bagi menamatkan peperangan, dan berlakulah perundingan Baling. Perundingan itu gagal mencapai matlamat memberhentikan persengketaan bersenjata kerana Tunku Abdul Rahman berkeras mahu mengenakan syarat yang tidak adil ke atas PKM iaitu menyerah diri. Justeru itu, perang berlangsung walaupun negara telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Sungguhpun perang tak dapat ditamatkan di meja perundingan Baling, tapi polisi pihak PKM tetap tidak berubah. Pintu perundingan untuk menamatkan perang dengan Kerajaan Kuala Lumpur dibuka selebar-lebarnya.

Sehingga tahun 1988, pintu rundingan damai mulai terbuka dan berlakulah rundingan permulaan antara Tun Ghafar Baba bagi pihak Kerajaan Kuala Lumpur dengan Abdullah C.D. atas nama Rejimen Ke-10. Perundingan itu akhirnya telah membawa kepada perundingan tingkat tinggi yang disertai 3 pihak - Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan PKM. Pada 2 Disember 2 persetujuan antara Kerajaan Malaysia - PKM dan antara Kerajaan Diraja Thailand- PKM telah ditandatangani. Inilah kemenangan penting polisi perdamaian PKM yang pernah diajukan 55 tahun dahulu. Kampung Perdamaian Sukhirin yang wujud pada hari ini justeru adalah hasil dari kemenangan tersebut.

Dicatat oleh Mat Amin pada 15:42

(Sambunga dari muka surat ke 3)

UCAPAN PENGERUSI INDRADJAJA

miliki anak, bahkan ada yang memiliki cucu. Pendek kata, bukan mudah bagi kita melalui 21 tahun ini. Ada pahit-maung juga ada manis-masinnya, ada kesedihan juga ada kegembiraannya.

Di sini, kita secara khas menyatakan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada Kerajaan Di Raja Thailand, pihak istana dan Tuan Puteri Chulabhorn kerana sanggup menerima kita, memberikan kita tanah untuk bercucuk tanam, memberikan kita rumah untuk tempat kediaman, memberikan kita kewarganegaraan, memberikan kita berbagai kelengkapan asas seperti jalan raya, lektik, bekalan air paip dan kelengkapan air bersih, sekolah, masjid, klinik dan sebagainya serta berbagai-bagai bantuan.

Kita telah berjaya membangun kampung kita ke taraf yang boleh dikatakan agak maju dan agak baik selama 21 tahun ini. Bagaimanapun, pembangunan kampung kita masih agak lemah jika dibandingkan dengan 3 kampung perdamaian yang lain, terutama di segi pembangunan ekonomi. Kelemahan adalah kekurangan, akan tetapi jika dikaji dari sudut lain, ia adalah pertanda bahawa kita masih mempunyai banyak ruangan untuk memajukan kampung kita ke taraf yang lebih baik, terutamanya di segi ekonomi.

Dalam masa yang tidak lama lagi, ekonomi kampung kita pasti akan mencapai taraf yang lebih tinggi.

Perjuangan kita bukan sahaja di bidang ekonomi dan kehidupan. Sebagai bekas anggota TRM pimpinan PKM, kita patut memiliki taraf ideologi yang lebih tinggi daripada orang biasa. Bersamaan itu, kita juga patut memelihara dan mengembangkan tradisi dan keistimewaan kita di bawah era perdamaian ini dan mewariskannya kepada jenerasi baru kita,

supaya mereka menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat.

Kawan-kawan dan saudara-saudari yang dihormati, Marxisme dan sosialisme yang kita pelajari dulu tidak

ketinggalan zaman. Ilmu pengetahuan milik seluruh umat manusia. Kebenarannya semakin terbukti seiring dengan kemajuan dunia. Kontradiksi-kontradiksi dunia tetap wujud. Masalah Palestin yang wujud setengah abad yang lampau masih tak terselesaikan. Krisis ekonomi dan kewangan bukan sahaja berlaku secara berkala bahkan semakin acap dan semakin teruk.

Buku Das Kapital karya Karl Marx bukan sahaja dibaca oleh kaum revolusioner dan pakar ekonomi, tetapi juga dibaca oleh semakin ramai pembesar-pembesar negara dunia kapitalis. Mereka terpaksa mengakui bahawa apa yang ditulis dalam buku ini adalah benar dan mereka ingin mencari cara-cara untuk menyelesaikan krisis dunia kapitalis dari buku tersebut di samping mempertahankan sistem kapitalis yang mereka amalkan sekarang.

Krisis ekonomi dan kewangan yang bertubi-tubi telah menghumban rakyat ke jurang kemiskinan dan pengangguran. Gelombang tunjuk perasaan dan pemogokan besar-besaran yang melibatkan puluhan ribu bahkan ratusan ribu orang berlaku silih berganti di negara-negara dunia kapitalis. Kaum buruh bahkan beramai-ramai menyanyikan Lagu Internasional semasa mengadakan tunjuk perasaan.

Kemajuan masyarakat adalah perkembangan arus sejarah yang tidak dapat diubah oleh kemahuan manusia. Mewujudkan satu masyarakat yang lebih adil dan lebih baik tetap merupakan cita-cita rakyat sedunia.

Sekian. Wassalam.

Page 5: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 -  keluaran Mac 2011

Buletin PPAKM Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9 5 8 Buletin PPAKM Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9

Rakyat semua bangsa menderita keazaban pencerobohan penjajah, sewajarnya berRakyat semua bangsa menderita keazaban pencerobohan penjajah, sewajarnya berRakyat semua bangsa menderita keazaban pencerobohan penjajah, sewajarnya berRakyat semua bangsa menderita keazaban pencerobohan penjajah, sewajarnya ber----

satu melawan, dan berkongsi meraikan hari perayaan semua bangsa!satu melawan, dan berkongsi meraikan hari perayaan semua bangsa!satu melawan, dan berkongsi meraikan hari perayaan semua bangsa!satu melawan, dan berkongsi meraikan hari perayaan semua bangsa!

Tahun lalu,hamper 60 Orang Asal, tua muda dan lelaki wanita menaiki sebuah bas dan sebua pacuan empat roda HilaxHilex menghadiri hari keluarga Persatuan Persahabatan Abad Ke 21, yg diadakan di Pulau Pinang. mereka dating dari kawasan pergununungan Gerik, telah membuka mata dan sebagai titik cerah bagi kawan-kawan, sahabat karib dan tetamu yg tidak pernah berkontak dengan kumpulan besar Orang Asal

Dekad kedua abad ke 21, hari Tahun Baru Cina disambut dalam suasana menjelang perubahan besar dalam dan luar negeri, dan Orang Asal yg mendapat pengaruh dari kawan-kawan Asal telah menghadiri jamuan ucap selamat Tahun Baru yang diadakan oleh J/K Perhungan Orang A-sal di suatu restaurant di Gerik.

penyelengaraan ja-muan menegaskan bahawa dalam ma-syarakat majmuk, rak-yat semua bangsa menderika keazaba penjajahan, dan ber-satupadu melawan, maka sewajarnya sama-sama berkongsi meraikan perayaan semua bangsa.

Seorang Batin dan seorang elit Asal tempatan menghadiri jamuan dan memberi ucapan yang berkobar-kobar.

Orang Asal disampaikan angpau dan buah limau mengikut adapt Tionghua, membawa erti sama-sama mempereratkan perpaduan dan membina kehidupan bahagia.

Ini boleh dikatakan adalah hasil sambilan usaha susah payah selama berbelasan tahun dari beberapa Kawan Asal yang kembali di tanah air. usaha dan hasil ini patut dihargai dan dikembangkan selanjut.

Mereka tidak mengampu pembesar Melayu yang menguasai sistem pengurusan Orang Asli, dan tidak sengaja berbaik-baik memikat hati batin dalam kampung, tetapi hanya bergantung pada kecerdasan yang terlatih semasa perjuangan, dan berbanding dengan orang lain, merekalah yang lebih mencintai kampung halaman sendiri serta saudara saudari dan golongan tua, dan dengan itu mendapat penghormatan dari sanak saudara dan penghuni i setempat..

Dalam masa perjuangan bersenjata dalam negeri, kawasan dan Orang Asal di situ adalah sandaran perjuangan, dan perajurit Asal

generasi baru pun muncul berjuang memuliakan bangsanya, menjadi harapan bagi pimpinan, ibu bapa dan sanak saudara mereka , kini mereka masih tidak lupa akan misi berat yang di tanggung mereka.

Andaikata perjuangan mencapai kemenangan, Orang Asal yang belum terlepas dari kehidupan komunisme primitif itu mungking bernasib baik sama seperti bangsa-bangsa minoriti di negeri China, sekali gus melamngkaui dua masa sejarah dan terus beraleh ke dalam masyarakat demokerasi baru,, menekmati kehidupan yang berbahagia.

Sayang sekali perjuang-an tidak mencapai kemenangan, hasil perjuangan iaitu kemerdekaan negara telah dirampas oleh

bangsawan dan golongan kapitalis birokrat kompera-dor. Setengah abad telah berlalu, di bumi yang kaya dengan sumber alam se-mula jadi ini menjadi rebutan birokrat dan keroninya, apa yang dikatakan pembasmian kemiskinan hanyalah dijben-tangkan menjadi perlindung-an ketamakhalobaan mere-ka merampas kekayaan dan harta negara. Bagi bangsa

minoriti yang lemah, Keadilan sosial dan kesaksamaan masih tinggal jauh sekali entah bilakah dapat dicapai.

Dengan harapan yang tulus ikhlas Persatuan Persahabatan Abad Ke 21 mengucapkan selamat kepada kawan-kawan seperjuangan Orang Asal, mudah-mudahan kehidupan bahagia dapat diwujudkan lehih awal di dalam hutan rimba pergunungan yang pernah mengalami kobaran api perang ipada masa yang silam itu.

Keraian Keraian Keraian Keraian

Tahun Baru CinaTahun Baru CinaTahun Baru CinaTahun Baru Cina

Diadakan OlehDiadakan OlehDiadakan OlehDiadakan Oleh

J/K PerhubunganJ/K PerhubunganJ/K PerhubunganJ/K Perhubungan

Orang AsalOrang AsalOrang AsalOrang Asal

Pada 5 Februari, bekas kader dan perajurit TRM Cina yang menetap di Kampung Perdamaian Betong (Kampung Chu-labhorn Patana 10) telah mengadakan perayaan menyam-but Tahun Baru Cina.

Teristimewa dalam peraya-an ini ialah Ketua Daerah Betong telah menghantar wakil menyampaikan ucapan manakala orang Melayu dari kampung-kampung berdekatan menghantar rombongan persembahan dikir barat untuk memeriahkan perayaan tersebut. Perayaan Tahun Baru Cina ini mencerminkan perpaduan berbagai kaum rakyat di kawasan sempadan.

1-nyanyian beramai-ramai 2-wakil D.O. Betong be ucap.

1- Tarian Singa 2- Dikir Barat dari kampung Melayu

1- acara kesenian dari bekas perajurit Orang Asal 2– Nyanyian dari Persatuan Persahabatan Abad Ke 21 3- jamuan makan . 4- tarian beramai-ramai

TAHUN BARU CINA DI KAMPUNG PERDAMAIAN BETONG

(Sambung dari muka sutar 7.) Saya bersama Pak Anas atau Anas Indera Jaya, iaitu menantu Cik Dat, anak Abdullah Sudin. Pak Anas berkahwin dengan Karimas, satu-satunya anak Che Dat hasil perkongsian hidupnya dengan wanita Tionghua bernama Eng Miing Ching atau nama Islamnya Suriani Abdullah.

Sepanjang perjalanan kira-kira selama satu jam dari Pekan Golok menuju Sukhirin, banyak cerita yang dipesankan kepada saya. Pelbagai soalan juga diajukan bagi mencungkil sejarah silam, yang bagi saya amat berharga untuk dicerahkan semula. Terdapat kira-kira 12 pos tentera yang berkawal sepanjang jarak 60km itu. Ini kerana Wilayah Naratihiwat, Songkla dan Petani kini dalam perintah dharurat.

Deligasi Bung Ishak Surin, hanya memberanikan diri untuk menemui Che Dat, dalam keadaan gawat di Selatan Thai itu. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan yang menerujakan itu, tiada perkara yang tidak diingini terjadi. Sambil tersenyum girang, Che Dat menghulurkan tangan bersalam dengan saya, sebaik melangkahkan kaki masuk ke rumahnya. Di situ telah ada Cikgu Ishak, Ali, Radhi dan Pak Akob serta Karimas.

"Apa habo orang Lambo?" tanya Che Dat mengusik saya. "Alhamdulillah baik semuenye..." saya menjawab dalam loghat Parit.

Che Dat (gambar kiri) dilahirkan 2 Oktober 1923 di Kg Lambor Kiri, Parit, Perak. Bersebelahan dengan kampung saya, Kg. Lambor Kanan. Sungai Perak yang sarat dengan sejarah perjuangan telah memisahkan kedua kampung ini.

Kata Che Dat, ibunya sangat bekehendakkan anak lelaki setelah dikurniakan seorang anak perempuan. Keluarganya sudah merancang nama anak itu nanti ialah "Dat". Atas keinginan inilah maka apabila beliau lahir, dia dinamakan "Che Dat".

Ceritanya lagi, ada dua kemungkinan dengan kelahiran beliau waktu itu. Satu, umurnya tak panjang dan kedua, dia akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari. Ini ekoran sewaktu ibunya mengandungkan beliau, sang belang selalu menghampiri rumahnya dan ia menggemparkan jiran-jirannya.

"Mereka hairan macam mana harimau boleh sampai ke tengah-tengah kampung yang jauh daripada hutan," ujar Che Dat. Ayah Che Dat bernama Anjang Abdullah bin Kulop Ali. Kata orang-orang tua Lambor, ayahnya keturunan Maharaja Lambor yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Maharaja

Lambor ialah pengasas dan orang yang membuka Lambor di Parit, Perak.

Datuk Che Dat, ialah Kulop Ali bin Panjang Limpai dan menjadi Ketua Kg Lambor Kiri. Che Dat tak ingat pula nama opahnya. Hasil perkahwinan itu, mereka ada lapan anak iaitu Long Fatimah; Anjang Abdullah (ayah Che Dat); Pandak Abu Samad; Jumaat; Lahinmat; Itam Kanda; Chu Repah dan Che Lah.

Mak Che Dat bernama Halimah bin Itam Kohor, keturunan Tok Makmor yang berasal dari Bugis. Tok Makmor diriwayatkan sebagai antara sembilan adik-beradik lanun Bugis yang bersemenda dan menetap di sepanjang Sg Perak.

Datuk sebelah mak Che Dat ialah Alang Suri. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Halimah dan Jumaah. Alang Suri pernah menjadi Ketua Kg Sena di Lambor Kiri.

Cerita Che Dat, ayahnya sangat membenci (getik) dengan Inggeris. Dia pernah terlibat dalam gerakan menentang Inggeris secara rahsia di Perak yang dipimpin oleh Raja Chulan pada 1930-an.

Ayahnya bercerita padanya, kumpulannya ada banyak ahli terdiri daripada orang Melayu dan Tionghua. Mereka gunakan isyarat sulit untuk mengenali sesama sendiri dan nbekerjasama antara satu sama lain.

Tetapi kumpulan ini telah diharamkan oleh Inggeris, kata Che Dat. Sultan Perak umumkan pengampunan terhadap orang-orang melayu dalam kumpulan ini. Maka ramailah orang pergi ke Kuala Kangsar mengadap Sultan dan barulah diketahui bahawa kebanyakan orang lelaki di sepanjang Sg Perak menjadi anggotanya.

Setelah datuk Che Dat (Itam Kohor) sakit lumpuh, ayahnya pula dilantik menjadi Ketua Kampung Sena.

"Jemputlah minum," tiba-tiba suara Karimas menerpa. Pelbagai soalan Bung Ishak, Ali dan Radhi disulam dalam celah-celah kerancakan Che Dat bercerita tentang asal-usulnya di Lambor.

Saya akan menukil apa jua yang terfikir dan tercatat dari masa ke semasa dalam blog ini. Dulu saya menyangkakan Dato' Sago ialah orang Kg. Gajah. Rupa-rupanya anak Lambor jati, tempat kelahiran saya. Agaknya, sebab itu hati kecil saya terdetik untuk menamakan blog ini

"SanggahTokSago".- bersambung .(disalin dari http://sanggahtoksago.blogspot.com)Dicatat oleh Mat Amin pada 11:43 AM

Page 6: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 -  keluaran Mac 2011

Buletin PPAKM Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9 7 6 Buletin PPAKM Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9Bilangan 9

ISU KEPULANGAN CHIN PENG – ADAKAH IA KRISIS KETAMADUNAN?

Ditulis oleh Tongkat Bahaman. Rabu, 15 Disember 2010 17:10

Artikel dalam keratan akhbar di bawah menunjukkan bahawa UMNO masih diikat oleh propaganda kolonia.

Sejujurnya, benarkah Chin Peng betul-betul ingin pulang atau sekadar ingin tahu isi hati nurani pemimpin Malaysia dan reaksi masyarakat. Ingin melawat rumah lama yang telah using dan melihat kedai basikal di sebelah rumahnya yang masih beroperasi. Ke Pekan Sitiawan, minum kopi dan roti yang dipalit kaya bersama kawan lama, sambil bercerita kisah dunia. Sebelum perang dan apa terjadi ketika dia meninggalkan rumah, bergerila menentang Fasis Jepun, kemudian zaman darurat - Melawan Penjajah Inggeris dan merdeka. Betapa perang telah mengubah segalanya. Disebut dalam memoirnya yang agak menyentuh hati setiap pembaca, beliau begitu ingin melawat pusara

ayah dan ibunya di pinggir jalan besar Sitiawan – Lumut. Memang suatu yang sangat ironi, seorang yang sanggup memberi nyawa untuk pembebasan negaranya, akhirnya disekat memijak bumi yang dia pernah berjuang untuk melepaskan cengkaman raksaksa kuasa penjajah itu. Selama 446 tahun ia dicengkam - tidak terlawan!

“It is ironic that I should be without the country for which I was more than willing to die….” (Suara hati Chin Peng dalam My Side of History m.s 519)

Chin Peng kini su-dah uzur. Entah berapa lama lagi boleh mema-sang mimpinya untuk kembali ke rumah usang itu. Mahathir masih segar dan boleh diinterview media setiap

hari tetapi kerap juga ke hospital memeriksa degup jantungnya. Kalau Chin Peng mati, dia mati dalam keadaan ditipu oleh Mahathir. Kalau Mahathir pula mati, matinya dalam keadaan “mungkir janji”. Janji yang bukan saja disaksikan ratusan manusia, wartawan dan wakil media seluruh du-nia malah ia juga disak-sikan oleh Allah. Nam-paknya agama kapitalis ini sudah membuat manusia tidak lagi takut meskipun kepada Allah yang turut menjadi saksi janji-janji mereka. Perjanjian itu dibukukan dan menjadi dokumen rujukan pengkaji sejarah. Mengandungai begitu banyak rahsia tentang perjuangan, tentang kenapa mereka terpaksa terus berjuang walaupun selepas merdeka.

Ini satu lagi perkara penting tentang kegagalan Mahathir yang sedang dan akan dihakimi oleh rakyat dan sejarah. Beliau sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada pemimpin negara hari ini agar mematuhi janji yang telah dimeterai. Patut mendidik rakyat supaya bersikap rasional dan menerima kenyataan dan bukannya hanyut dalam emosi ne-gatif yang tiada kesu-dahan. Perjanjian ini ber-langsung di zamannya dan dia patut bertang-gungjawab. Bukankah mendidik rakyat juga itu satu tugas dan kewajipan pemimpin ?.

PKM telah ditubuhkan pada tahun 1930 di Kuala Pilah sebagai sayap gerakan comintern (Komunis Antarabangsa) bagi tujuan “pembebasan tanah air dari kuasa penjajah Inggeris”. Semasa Jepun melanggar Malaya 1941-1945, PKM telah bergerila menentang kezaliman kuasa ini. Pada masa ini, askar Inggeris terlalu kecut dan lari berbondong-bondong seperti itik. 14 hari Malaya di bawah Kuomintang yang ganas- bukan PKM. Sebaliknya PKMlah yang menghapuskan Kuomintang yang telah melakukan keganasan terhadap rakyat. Inggeris dan UMNO menyembunyi segala fakta ini daripada sejarah. Inggeris kembali dengan menindas KMM (PKMM), API, AWAS dan lain-lain parti kiri yang bersemboyankan Merdeka. Darurat diisytihar dan dikuat-kuasakan (1948-1960). Darurat ini adalah helah regim kolonial British, sebenarnya ia adalah perang terhadap pejuang merdeka. Ramai dari orang-orang Melayu di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, dan Kedah juga telah turut bergerila dengan PKM kerana mereka ada senjata dan strategi untuk menghalau Inggeris. UMNO berdusta terhadap generasi muda bahawa kita merdeka hanya dengan pena. Inggeris telah membawa sebanyak 400,000 askarnya ke Malaya sedangkan rakyat (Bersambung di muka 7 )

Mengapa Chin Peng yang halau penjajah British

dilarang kembali ke tanahair Malaysia?

Khamis, 24 Februari 2011. SANGGAHTOK SAGO:

Mengapa Chin Peng yang halau

penjajah British dilarang kembali ke tanahair Malaysia?

Orang tua ini, Chin Peng nak berjalan pun orang tolong papahkan. I n i k a n p u l a n a k mengangkat senjata. Saya ha i ran kenapa anak kelahiran Malaya seperti dia dihalang untuk pulang ke tanah air sendiri? Adakah disebabkan dia ini keturunan Cina? Mungkin.

Dunia pun sudah pening. Yang sepatutnya

menentang penjajah dan membela tanah air dicop sebagai pengganas. Sebaliknya penjajah dan orang yang bekerja dengan penjajah yang bertapak di negara ini sejak ratusan tahun diangkat menjadi hero. Rela mereka membina tugu memerangi komunis daripada tugu memerangi British.

Sedangkan dalam masa yang sama Malaysia menjalinkan hubungan

diplomatik dengan Jepun dan Britain. Bukankah kedua-dua negara ini dahulunya pe rnah menj a j ah M a l a y a b a h k a n melakukan banyak kezaliman? Tun Razak Husin, P e rdana Ment e r i Malaysia yang kedua pernah melawat China yang banyak mem-berikan bantuan kepa-da pergerakan komunis di Malaya. Inilah sikap

buruk dan keji kaum Melayu, double-standard. Orang putih datang ke sini disambut. Sedangkan bangsa kulit putihlah yang bertanggungjawab membawa banyak kerosakan di Asia.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di

Selasa, Februari 22, 2011 Dicatat oleh Mat Amin pada 6:32

AM Pautan pada catatan ini

Chin Peng bersama Abdullah CD dan Suriani.

Mohd Sabu juga pernah mengunjungi Che Dat atau Abdullah CD di Perkempungan Damai Shukirin.

(Sambung dari muka surat ke 6.) Malaya hanya 5 juta ramainya pada ketika itu (1948). Ribuan serangan gerila dilancarkan dari PKM dan beribu-ribu juga askar Inggeris cedera dan terkorban. Walau-pun tekanan telah ditingkatkan tetapi Inggeris semakin putus asa dan mula berbelah bagi.

Rundingan Baling pada Disember 1955 pun ber-langsung tetapi Tun-ku Abdul Rahman, mewakili Malaya dalam rundingan itu gagal membuahkan perdamaian antara Kerajaan dan PKM. David Marshall ada-lah wakil dari regim kolonial Inggeris yg merancang segala syarat agar runding-an ini gagal. Benar-benar ia telah gagal. Walaupun begitu ia memberi jambatan buat Tunku untuk merundingkan isu merdeka.

Memoir Chin Peng “My Side of History” ada mem-bangkitkan soal ini.

“ The Tunku used the occasion as a propaganda boost to enhance his political image and strengthen his bargaining position with London. Anyone who doubts this only has to read what the Tunku himself said in 1974. The only good thing the Emergency produced,’ he wrote was my meeting with Chin Peng. Because of those talks of mine in Baling we were able to wrest the initiative from the Malayan Communist Party, then wit at a conference table in London to negotiate our independence with the British, and win our freedom as a nation. Baling led straight to Merdeka…” M.S: 512

Rundingan Baling sebenarnya telah memberi nikmat yang besar kepada rakyat Malaysia. Di hutan, PKM juga telah menyambut 31 Ogos 1957 secara besar-besaran menandakan bahawa sebahagian perjuangan mereka telah tercapai. Mereka terus menantikan Tunku agar rundingan Baling II seperti yang dijanjikan. Bukan untuk menyerah diri tapi berdamai. Ia telah dilupakan begitu sahaja, kerana Inggeris tidak suka ia disambung. Hinggalah PKM dan Malaysia kembali ke meja rundingan di Haadyai pada tahun 1989. Kejayaan ini suatu yang dinantikan. Ramai yang memuji Dr. Mahathir kerana sikapnya yang lebih terbuka. Kini Mahathir pula yang mungkir. Sesungguhnya tiada

siapa yang boleh mengubah tamadun yang rendah warisan UMNO ini.

Bayangkan berapa lama kita dijajah. Kekejaman silih berganti. Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun yang telah membunuh dan mendera rakyat. Selepas perang kita berdamai dan selepas merdeka kita meneruskan kehidupan kita. Menjalin hubungan kita dengan negara-negara bekas penjajah. Kezaliman Fasis Jepun, menyiksa dan membunuh ribuan rakyat dengan zalim. Begitu mudah dimaafkan. Malah kita begitu baik sekali dengan mereka yang pernah menyiksa nenek moyang kita. Permusuhan ini telah tamat dengan perjanjian-perjanjian damai. Kenapa boleh ?

UMNO tidak harus merantai dirinya walaupun ia telah bebas. Kenapa masih perlu dirantai oleh propaganda jahat regim kolonial semasa darurat dulu. Ia harus meluaskan visi dan mengiktiraf sumbangan golongan-golongan kiri sebagai pejuang kemerdekaan bangsa juga. Dalam zaman di mana semua orang bebas akses kepada sumber maklumat, UMNO tidak lagi wajar mengharamkan bahan bacaan dan me-mutarbelitkan fakta sejarah. Tidak lagi patut baginya siaran berita TVnya menjadi siaran propaganda parti. Buku sejarah di sekolah menengah perlu lebih objektif terhadap sejarah. Rakyat yang buta sejarah dan keliru tentangnya akan hilang patriotisme dan UMNO akan terhukum juga akhirnya.

Dalam keadaan media internet - jalur lebar menjadi tangan yang lebih berkuasa maka sejauh mana fakta sejarah boleh dipalsukan?. Berapa lama rakyat akan percaya?. Berapa lama juga AUKU boleh membelenggu jiwa pelajar seperti belenggu gereja ortodok kristian di zaman kegelapan Eropah dulu. Akhirnya apa yang terjadi. Adakah revolusi teknologi maklumat akan memberi masa sepanjang revolusi sains dan industri pada zaman kegelapan itu?.

UMNO akan lebih dihormati dan perjuangannya lebih diterima sekiranya ia lebih bersikap jujur. Perlu sedar kita bukan lagi berada di zaman perang dingin. Propaganda ala zaman darurat hanyalah satu kerja dungu. Rakyat sudah celek dan tidaklah perlu mereka dibutakan kembali. Tidaklah perlu diteruskan propaganda anti-komunis yang diinginkan penjajah Inggeris. Kita sudah merdeka! UMNO tidak patut terus hanyut dalam lamunan. Tidak patut terus diikat oleh propaganda British terhadap PKM dan Chin Peng.

Abdullah CD atau Che Dat: Anak jati Lambor, Parit Perak yang menggerunkan 'nafsu serakah' penjajah British

Jumaat, 18 Februari 2011. SANGGAHTOKSAGOR.COM:

(1) Tarmizi menerima tiga buah buku Memoir Abdullah CD daripada Che Dat di rumahnya

(2) Kenangan: Che Dat, Suriani bersama Ching Peng ketika bergerak aktif dalam PKM - Rejimen ke-10 TRM

(1) Di tengah-tengah itu ialah Bung Hatta Yaakob, 75, bekas anggota Rajimen ke-10 .

(2) Mengiringi Che Dat ke rumahnya dari kantin makan sarapan pagi di sebelah rumah tamu sambil menceritakan beberapa tempat pertempuran di kawasan ini

Kedatangkan saya ke rumah pejuang kemerdekaan tulen yang juga bekas Pengerusi Partai Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD atau Che Dat (gambar kanan) di No 54M. 13 Ban Chulabhorn Pataya 12, T.Sukhirin, C. Narathiwat, Thailand disambut dengan

senyum lebar. Barangkali, beliau telah diberitahu terlebih dahulu

oleh Bung Ishak Surin tentang saya "orang sekampung" dengan Che Dat akan tiba sebentar lagi. Kami masing-masing anak Lambor, Parit, Perak.

Che Dat dalam bukunya "Zaman Pergerakan Sehingga 1948" ada menulis beliau berasal dari keturunan Maharaja Lambor. Dan beliau juga "cucu-cicit" Dato Sagor, pahlawan terbilang yang menghentak penjajah Bristih di tebing Sg Perak.

Saya menaiki kereta berasingan dengan Bung Ishak; YDP PAS Bukit Bintang, Radhi Hashim dan Ali Maidin. Mereka menaiki kereta Ali, diiringi oleh Pak Akob atau Yaakob Ibrahim, 54, orang kanan Cik Dat sekarang. Ali Maidin bukanlah ada kena mengena dengan Abdul Rashid Maidin tetapi berkebetulan nama ayah mereka serupa. Rashid Maidin orang Sg Manik, Perak. Sementara Ali Maidin orang Tampin, Negeri Sembilan.

(Sambung pada muka surat 8.)

Tarmizi menulis buku pelawat di rumah Che Dat