BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh...

16
Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat 13 jenis vitamin utama iaitu vitamin A, B1, B2, B3, B6, B7, B11, B12, C, D, E, H, dan K. Setiap jenis vitamin mempunyai peranan tertentu dalam tubuh badan manusia termasuklah menjaga kesihatan kulit dan mata, melancarkan sistem penghadaman, menaikkan selera makan, membentuk sel-sel darah merah dan se- bagainya. Seperti manusia, ikan juga memerlukan vitamin C untuk tumbesaran yang sihat. Kebanyakkan ikan tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri di dalam badannya. Oleh yang demikian, vitamin C haruslah diberikan kepada ikan melalui makanan mereka (pellet ikan). Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan pertumbuhan ikan terbantut, mudah dijangkiti penyakit, mengambil masa yang lama untuk sembuh apabila dijangkiti penyakit, kecacatan pada pertumbuhan dan pembentukkan tulang, pendarahan dalaman, dan yang lebih serius, boleh menyebabkan kematian. Keadaan ini secara tidak langsung, boleh menyebabkan kerugian kepada penternak. Di alam semulajadi, ikan mendapatkan sumber vitamin C dengan memakan alga ataupun hidupan air yang memakan alga. Namun, ikan yang diternak di dalam sangkar atau hatcheri bergantung sepenuhnya pada makanan yang diberikan kepada mereka. Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk memasukkan vitamin C dalam makanan ikan mengikut keperluan. Kajian menunjukkan keperluan vitamin C pada ikan adalah berbeza mengikut spesies, saiz, dan kondisi penternakan. Sebagai contoh, ikan tilapia yang diternak dalam air tawar memerlukan vitamin C sebanyak 37-63 mg bagi setiap kilogram makanan ikan. Manakala, ikan tilapia yang diternak di dalam air masin memerlukan kuantiti vitamin C yang lebih tinggi iaitu 100-200 mg bagi setiap kilogram makanan ikan. Anak ikan memerlukan kuantiti vitamin C yang lebih banyak berbanding ikan dewasa. Ini adalah kerana metaboslisma dan pertumbuhan anak ikan lebih tinggi berbanding ikan dewasa. PEMAKANAN IKAN: Vitamin C Oleh: ISABELLA EBI EDISI PERTAMA JANUARI 2016 KANDUNGAN Idea Penyelidikan 1 Komuniti Akuakultur 2 Kultur Ikan Laut 3 Kultur Ikan Air Tawar 5 Kultur Invertebrata 6 Sistem Hatceri 7 Global 8 Aktiviti Pelajar 11 Dalam Kampus 12 Lain-lain 13 Kesedaran Awam 14 Pascasiswa Pilihan 15 Pakar Pilihan 16 PENAUNG: PROF. DR. ROSSITA SHAPAWI PENASIHAT: 1. ASSOC. PROF. DR J ULIAN RANSANGAN 2. ASSOC. PROF. DR. SITTI RAEHANAH MUHD. SHALEH 3. DR. RAFIDAH OTHMAN EDITOR: 1. NASIHIN SETH 2. LYN ZAMHARI 3. PRESSLY M. IDEA PENYELIDIKAN

Transcript of BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh...

Page 1: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

Vitamin adalah bahan organik yang

diperlukan oleh badan manusia dengan

jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan

yang normal. Terdapat 13 jenis vitamin

utama iaitu vitamin A, B1, B2, B3, B6,

B7, B11, B12, C, D, E, H, dan K. Setiap

jenis vitamin mempunyai peranan

tertentu dalam tubuh badan manusia

termasuklah menjaga kesihatan kulit dan

mata, melancarkan sistem

penghadaman, menaikkan selera makan,

membentuk sel-sel darah merah dan se-

bagainya.

Seperti manusia, ikan juga

memerlukan vitamin C untuk tumbesaran

yang sihat. Kebanyakkan ikan tidak

dapat menghasilkan vitamin C sendiri di

dalam badannya. Oleh yang demikian,

vitamin C haruslah diberikan kepada ikan

melalui makanan mereka (pellet ikan).

Kekurangan vitamin C boleh

menyebabkan pertumbuhan ikan

terbantut, mudah dijangkiti penyakit,

mengambil masa yang lama untuk

sembuh apabila dijangkiti penyakit,

kecacatan pada pertumbuhan dan

pembentukkan tulang, pendarahan

dalaman, dan yang lebih serius, boleh

menyebabkan kematian. Keadaan ini

secara tidak langsung, boleh

menyebabkan kerugian kepada

penternak.

Di alam semulajadi, ikan

mendapatkan sumber vitamin C dengan

memakan alga ataupun hidupan air yang

memakan alga. Namun, ikan yang

diternak di dalam sangkar atau hatcheri

bergantung sepenuhnya pada makanan

yang diberikan kepada mereka. Oleh itu,

adalah penting bagi kita untuk

memasukkan vitamin C dalam makanan

ikan mengikut keperluan.

Kajian menunjukkan keperluan

vitamin C pada ikan adalah berbeza

mengikut spesies, saiz, dan kondisi

penternakan. Sebagai contoh, ikan tilapia

yang diternak dalam air tawar

memerlukan vitamin C sebanyak 37-63

mg bagi setiap kilogram makanan ikan.

Manakala, ikan tilapia yang diternak di

dalam air masin memerlukan kuantiti

vitamin C yang lebih tinggi iaitu 100-200

mg bagi setiap kilogram makanan ikan.

Anak ikan memerlukan kuantiti vitamin C

yang lebih banyak berbanding ikan

dewasa. Ini adalah kerana metaboslisma

dan pertumbuhan anak ikan lebih tinggi

berbanding ikan dewasa.

PEMAKANAN IKAN: Vitamin C Oleh: ISABELLA EBI

EDISI PERTAMA

JANUARI 2016

KANDUNGAN Idea Penyelidikan 1

Komuniti Akuakultur 2

Kultur Ikan Laut 3

Kultur Ikan Air Tawar 5

Kultur Invertebrata 6

Sistem Hatceri 7

Global 8

Aktiviti Pelajar 11

Dalam Kampus 12

Lain-lain 13

Kesedaran Awam 14

Pascasiswa Pilihan 15

Pakar Pilihan 16

PENAUNG: PROF. DR. ROSSITA

SHAPAWI

PENASIHAT: 1. ASSOC. PROF. DR JULIAN RANSANGAN

2. ASSOC. PROF. DR. SITTI RAEHANAH MUHD. SHALEH

3. DR. RAFIDAH OTHMAN

EDITOR:

1. NASIHIN SETH 2. LYN ZAMHARI 3. PRESSLY M.

IDEA PENYELIDIKAN

Page 2: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

2

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA)

dari Kota Belud telah diasaskan

oleh Encik Juman Hj. Osoh pada

tahun 2003, dan didaftarkan di

bawah Lembaga Kemajuan Ikan

Malaysia (LKIM). Bermula

dengan hanya 30 orang ahli di

awal penubuhannya, KUBENA

kini telah berkembang dengan

ahli seramai lebih kurang 70

orang belia. Tujuan asal

penubuhan KUBENA ialah untuk

meningkatkan taraf ekonomi,

pendididkan dan latar belakang

sosial penduduk Kampung

Ambong, Kota Belud, lebih-lebih

lagi dalam kalangan para

belianya. Pada awal penubuhan

KUBENA, segala kelengkapan,

bahan dan pengangkutan adalah ditanggung oleh para

penduduk Kampung Ambong. Misalnya, Encik Juman Hj.

Osoh telah mendermakan sangkar ikan dan bagang beliau

untuk tujuan penternakan ikan, manakala Encik Ajuh Deris

meminjamkan bot beliau untuk aktiviti memancing di laut

dalam. Bagang merupakan sebuah alat untuk menangkap

ikan yang menggunakan jaring dan alat pencahayaan

yang dipasang bersama di persisiran laut untuk menarik

perhatian ikan. Dengan adanya sangkar ikan dan

kemudahan bagang ini, ahli KUBENA sedikit sebanyak

dapat mengembangkan aktiviti penternakan ikan mereka.

KUBENA Mengorak Langkah dalam Sektor Akuakultur Oleh: MERCYLLA SARA AK JOSHUA

Ikan Kerapu dan Siakap. Melalui kerjasama ini, KUBENA boleh

mendapatkan khidmat perundingan daripada UMS,

terutamanya bagi penternakan ikan dalam sangkar. Selain itu,

KUBENA juga boleh mendapatkan benih ikan daripada UMS.

Jalinan kerjasama ini amatlah penting bagi KUBENA sebagai

sebuah kumpulan yang masih lagi baru dan mempunyai

potensi untuk terus berkembang dalam sektor akuakultur.

KUBENA kini diketuai oleh

Encik Mat Sah bin Ajuh dengan

kerjasama LKIM dan juga

Persatuan Nelayan Kota Belud.

Sehingga kini, pendapatan

utama KUBENA diperoleh

daripada beberapa aktiviti

akuakultur seperti penternakan

ikan dalam sangkar,

pemprosesan hasil perikanan,

penjualan ikan hidup, dan

beberapa aktiviti sampingan

seperti servis pengangkutan,

memancing laut dalam dan

sewaan bagi kanopi.

Pendapatan tahunan KUBENA

kini mencecah RM 292,800. Di

samping itu, KUBENA telah

menjalin kerjasama dengan

Universiti Malaysia Sabah

(UMS) melalui beberapa aktiviti

seperti Rakan Akuakultur,

Bengkel Kelestarian Akuakultur

dan Rakan Niaga Pembelian

Produk perikanan akuakultur yang

dihasilkan & aktiviti KUBENA

„„KUBENA sedikit

sebanyak dapat

mengembangkan

aktiviti penternakan

ikan mereka‟‟

▲ Ahli KUBENA menjual produk perikanan di tamu tempatan

► Lawatan ahli KUBENA ke Hatceri

Ikan UMS

Ikan

bilis

Ikan salai

Tempura

ikan

Udang kering

Hinava

KOMUNITI AKUAKULTUR

Page 3: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

3

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

Pada tahun 2006, hatceri ikan marin Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah telah

berjaya menghasilkan kerapu hibrid. Terdapat beberapa jenis kerapu hibrid yang berjaya dihasilkan, antaranya ialah

Kerapu Harimau X Kerapu Keratang (2006), Kerapu Pinang X Kerapu Keratang (2007), Kerapu Pinang X Kerapu

Harimau (2007) dan Kerapu Tikus X Kerapu Harimau (2008). Kerapu hibrid ini dihasilkan melalui persenyawaan

tiruan. Kerapu hibrid dikatakan lebih baik berbanding baka yang terdahulu kerana ia mempamerkan pertumbuhan

yang luar biasa, tahan penyakit, dan mempunyai rasa yang enak berbanding induk asal.

Langkah pertama pembenihan secara tiruan ialah pemilihan induk ikan yang sesuai. Kerapu betina yang

matang mempunyai abdomen yang menggelembung dan lembut. Selalunya pemerhatian pada telur tidak dilakukan

ketika ini. Namun sekiranya perlu, proses kanulasi boleh dipraktikan dengan memasukkan tiub plastik berdiameter

1mm secara perlahan dan berhati-hati ke dalam sistem pembiakan ikan. Tiub plastik tersebut disedut perlahan untuk

mendapatkan sampel telur. Telur betina akan kelihatan putih bersinar sekiranya matang. Proses kanulasi dihentikan

dengan segera sekiranya tiub tidak dapat masuk ke sistem pembiakan ikan untuk mengelakkan kecederaan pada ikan.

Pemilihan kerapu jantan dilakukan dengan melurut perlahan bahagian abdomen (perut) ikan untuk memastikan ikan

cukup matang dan menghasilkan sperma.

Pembenihan Kerapu Hibrid Oleh: SANDRA NATALIE GUDID

▲ Kerapu Tikus X Kerapu Harimau

▲ Kerapu Harimau X Kerapu Keratang

‘‘Kerapu hibrid dikatakan

lebih baik berbanding baka

yang terdahulu kerana ia

mempamerkan pertumbuhan

yang luar biasa, tahan

penyakit, dan mempunyai rasa

yang enak’’

Pemilihan Induk Ikan

▲ Kerapu Pinang X Kerapu Keratang

KULTUR IKAN LAUT

Page 4: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

4

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

◄ Suntikan Hormon Langkah seterusnya ialah suntikan hormon.

Sebelum induk ikan disuntik, pelali akan

diberikan kepada induk ikan pada dos 200

ppm. Hormon HCG (Human Chorionic

Gonadotrophin) digunakan pada dos 500 IU/kg

untuk induk kerapu betina. Manakala, induk

kerapu jantan disuntik separuh dos. Lazimnya,

kerapu jantan tidak perlu disuntik sekiranya

cukup matang.

Inkubasi dan Penetasan Telur yang disenyawakan

dimasukkan ke dalam tangki inkubasi 1 ton.

Pemerhatian telur dilaksanakan selang 1 jam

untuk menentukan peringkat perkembangan

telur.

Pengumpulan telur dan sperma Proses kanula dijalankan sekali lagi dalam 7-8 jam selepas disuntik. Perkembangan telur dapat dilihat di bawah mikroskop

bagi menentukan masa untuk mengeluarkan telur daripada abdomen induk ikan. Selepas 42 jam 15 minit dari masa suntikan, telur boleh dilurutkan dari abdomen induk kerapu betina dan masuk ke dalam mangkuk bulat. Manakala, sperma

induk kerapu jantan dikumpul menggunakan pemungut sperma yang dibuat khas.

Pembenihan Kerapu Hibrid

Persenyawaan Sperma yang dikumpulkan dicampur dengan telur dalam mangkuk bulat. Campuran tersebut kemudian digaul rata menggunakan berus lembut atau bulu dan dibiarkan selama 2-3 minit. Kemudian, air laut bertapis digunakan untuk membuang lendir menggunakan jaring yang mempunyai saiz mesh 100 mikron.

▲ Sperma dikumpul menggunakan

pemungut sperma yang dibuat khas. ▲ Telur kerapu betina diperolehi dari

abdomen.

▲ Telur dan sperma digaul sekata ▲ Peringkat perkembangan telur dibawah

mikroskop

Page 5: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

5

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

Di Malaysia, ikan tilapia merah merangkumi 90% daripada jumlah keseluruhan penternakan ikan tilapia. Di

kolam yang kedalaman tidak melebihi 1 meter, induk jantan akan membuat sarang bagi induk betina

bertelur. Setelah telur tersebut disenyawa oleh sperma dari induk jantan, induk betina akan menyimpan telur

di dalam mulut. Telur menetas dalam lingkungan tiga ke lima hari, anak-anak ikan akan dijaga oleh induk

betina selama lapan sehingga sepuluh hari. Nisbah induk jantan dan betina adalah seekor jantan bagi empat

ke enam ekor induk betina (1:4-6).

Pemilihan dan pengendalian induk Pemilihan saiz induk tilapia yang disyorkan kepada penternak adalah sekitar 300 –

500g kerana kesuburan induk yang optimal. Ciri-ciri fizikal induk yang bagus adalah mempunyai

bentuk badan yang normal tanpa kecacatan atau kecederaan pada badan ikan. Selain itu, induk

juga mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat, nisbah penukaran makanan yang rendah dan

ketahanan penyakit yang tinggi. Pengurusan induk yang terancang dapat mengurangkan risiko

kerugian. Induk betina dielakkan berdekatan dengan tempat yang bising kerana telur yang

disimpan dalam mulut akan dilepaskan sebelum penetasan berlaku akibat daripada kejutan bun-

yi bising. Kecurian akan mengakibatkan kehilangan induk jika kawalan keselamatan di tempat

penternakan tidak ketat. Apabila hujan lebat, sistem kolam yang tidak terancang menyebabkan

induk terlepas kerana air melimpah keluar dari kolam atau pencampuran dengan induk liar yang

tidak berkualiti mungkin berlaku sekiranya air sungai melimpah masuk ke dalam kolam dan

membawa bersama induk liar. Tangki atau kolam yang mencukupi penting untuk mengasingkan

induk yang berlainan ciri, umur dan jantina, bagi mengelakkan pembiakbakaan dikalangan ke-

lompok ikan induk yang sama keluarga berlaku.

Ikan Tilapia Merah

Ikan tilapia merah dapat diterima oleh semua masyarakat yang berlainan bangsa,

agama dan status. Dalam dunia masakan, ikan tilapia merah dapat disediakan

dengan pelbagai jenis cara masakan yang enak. Ikan tilapia mendapat nama „ayam

akuatik‟ atau aquatic chicken untuk menggambarkan ikan ini umpama ayam yang

hidup dalam air kerana rasanya tidak banyak berbeza dengan daging ayam tetapi

lebih sihat kerana kurang kolesterol. Selain itu, ikan tilapia merah mendapat

sambutan yang baik oleh kaum Cina kerana warna kemerahan yang dipercayai

membawa tuah. Di sesetengah tempat, polikultur antara ikan tilapia merah dengan

ikan kap atau udang berjaya membawa hasil yang lumayan kepada penternak.

Masalah yang sering

dihadapi oleh penternak

Pembiakan dalam kelompok ikan induk yang sama keluarga atau inbreeding

berlaku apabila benih ikan yang berasal dari induk yang sama dipelihara dan dijadikan sebagai induk. Hal ini akan

mengurangkan hasil pengeluaran benih oleh induk atau benih ikan tilapia merah

yang dihasilkan lambat membesar. Selain itu, warna kemerahan ikan tilapia akan terjejas dengan campuran warna hitam. Hal ini akan menyebabkan ikan

tilapia tersebut susah dipasarkan kerana warnanya yang tidak menarik

berbanding dengan warna kemerahan.

Fakta sejarah yang menarik:

Ikan tilapia digelar ‘ikan

Jepun’ atau

Japanese fish semasa

zaman penjajahan Jepun

(1941 – 1945) kerana

banyak ikan tilapia

dibawa dari Jawa

sebagai

sumber protein kepada

askar-askar Jepun.

Penjagaan benih ikan

Benih ikan tilapia membesar dengan cepat dan sihat dalam air hijau yang penuh

dengan fitoplankton dan zooplankton sebagai sumber makanan. Untuk tiga minggu yang

pertama selepas penetasan, makanan dalam bentuk serbuk boleh diberi kepada benih ikan.

Pemberian serbuk ikan seharusnya tidak keterlaluan supaya kualiti air terjaga. Benih yang

berumur tiga minggu boleh diberi makan pelet hancur untuk menggantikan serbuk. Saiz

makanan pelet patut sesuai dengan saiz mulut ikan. Oleh itu, pemerhatian terhadap fizikal ikan

perlu dilakukan dengan teliti supaya benih ikan sihat membesar dengan saiz makanan pelet

yang betul.

Kenapa ikan tilapia merah popular di kalangan masyarakat?

TILAPIA MERAH

Oleh: HEE YEEK TSIN @ ANTHONY

KULTUR IKAN AIR TAWAR

Page 6: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

6

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

Timun laut dikenali sebagai balat putih, putian atau bat dalam

kalangan masyarakat tempatan. Di Sabah, timun laut boleh didapati di beberapa daerah seperti Kunak, Kudat, Semporna dan Pitas. Timun laut mempunyai nilai komersial yang tinggi terutamanya di pasaran luar negara seperti China dan Singapura. Timun laut kebiasaannya akan diproses menjadi timun laut kering yang juga dikenali sebagai trepang. Harga trepang di pasaran boleh mencecah RM800-1,000 sekilogram. Timun laut mendapat permintaan yang tinggi di pasaran kerana mengandungi banyak khasiat. Namun, spesis timun laut kini hampir diancam kepupusan disebabkan oleh eksploitasi secara berlebihan. Eksploitasi timun laut ini bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi turut dialami oleh negara lain. Oleh itu, pembenihan timun laut di hatceri amat penting bagi melindungi spesis timun laut dari diancam kepupusan. Pembenihan timun laut di hatceri boleh dijalankan menggunakan teknik aruhan seperti pengeringan, renjatan suhu dan

mandian Spirulina. Pembenihan timun laut di hatceri boleh meningkatkan penghasilan benih timun laut. Justeru itu, taraf ekonomi dan sektor akuakultur juga mampu ditingkatkan.

Pembenihan Timun Laut (Holothuria scabra) di Hatceri;

Langkah Mengatasi Ekploitasi Berlebihan Oleh: NOOR ADZLINA ABDIN

◄ Pengeringan Induk timun laut diletakkan di dalam bekas kosong

sebelum dipindahkan semula ke tangki peneluran.

► Renjatan suhu Induk timun laut diletakkan di dalam tangki yang

mengandungi air laut yang telah dinaikkan suhu (3-5°C).

◄ Mandian Spirulina Serbuk Spirulina dibancuh dan dituang ke

dalam tangki yang mengandungi induk.

▼ Benih timun laut yang dihasilkan di hatceri UMS KULTUR INVERTEBRATA

Page 7: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

7

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

RAS selalunya terdiri daripada tangki penternakan ikan dan tangki penapis. Dalam tangki

penapis, terdapat 2 komponen penapis iaitu penapis mekanikal dan penapis biologikal. Dalam penapisan

mekanikal, sisa-sisa pepejal seperti sisa makanan dan najis ikan akan ditapis manakala untuk

penapisan biologikal, ammonia yang terhasil didalam tangki penternakan akan diserap dan digunakan

oleh bakteria sebagai makanan. Contoh-contoh penapis yang selalu digunakan dan mudah didapati

adalah batu kelikir dan batu karang.

Sistem RAS ini boleh dibangunkan dalam pelbagai skala, dari skala kecil (20000 kg setahun)

ke skala besar (500000 kg setahun). RAS boleh digunakan untuk tujuan pembesaran ikan ataupun

untuk pembenihan ikan. Kesimpulannya, RAS mempunyai banyak potensi dalam bidang akuakultur.

Penggunaan RAS ternyata boleh meningkatkan lagi produktiviti dan penghasilan ikan.

Air masuk

Air keluar

Tangki penapis

Tangki

penternakan

ikan

Akuakultur adalah antara industri yang berkembang pesat di Malaysia. Ianya melibatkan

penternakan ikan dalam keadaan yang terkawal. Industri akuakultur bakal menjadi sektor yang penting

di mana untuk menggantikan tangkapan ikan dari habitat semulajadi sebagai sumber makanan untuk

manusia. Penurunan jumlah tangkapan daripada penangkapan ikan yang berlebihan dan pencemaran air

juga telah menggalakkan penternakan ikan yang segar di dalam sistem air yang tertutup. Justeru itu,

sistem penternakan yang baik perlu direka dan dicipta supaya kelangsungan hidup ikan lebih tinggi dan

juga dapat menghasilkan lebih banyak ikan untuk memenuhi kehendak pasaran.

Sistem resirkulasi akuakultur (Recirculation aquaculture system, RAS) adalah merupakan kaedah

terkini dalam penternakan ikan. Sebelum ini, ikan diternak menggunakan kaedah tradisional iaitu

menggunakan sistem kolam terbuka atau tangki litar. Walau bagaimanapun, RAS mempunyai kelebihan

seperti, boleh menternak ikan dalam kepadatan yang tinggi, di dalam tangki tertutup bersama dengan

persekitaran air yang terkawal, fleksibel dalam pemindahan tangki dan penjimatan dalam penggunaan air.

Recirculating Aquaculture System (RAS)

Oleh: MOHD. HAFIZZIE HAJINI

▲ Contoh proses sistem resirkulasi akuakultur, RAS

SISTEM HATCERI

Page 8: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

8

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

Indonesia Miliki Potensi Produser Terbesar Akuakultur Dunia Oleh : NUR SUHAILAH BINTI SYED MUBARAK

Indonesia dikenali sebagai negara maritim yang mempunyai garis pantai terpanjang kedua di dunia,

selain kedudukannya yang terletak di perairan yang kaya dengan ikan. Di samping itu, negara Indonesia juga

merupakan salah satu negara yang paling produktif dalam bidang akuakultur. Negara kepulauan yang terdiri

daripada populasi keempat terbesar di dunia ini juga merupakan konsumer makanan laut yang besar.

Dengan permintaan domestik dan eksport yang tinggi ini telah membuka lebih banyak peluang bisnes

kepada para penternak ikan, kerang, dan rumpai laut. Ini secara tidak langsung membuatkan Indonesia memiliki

potensi untuk mejadi pegeluar terbesar akuakultur di dunia (67.7 juta Metrik Tan per tahun) yang terdiri dari

sektor ikan laut (47 juta MT), sektor ikan air payau (15 juta MT), dan sektor ikan air tawar (5.7 juta MT) pada

tahun 2014.

Walaubagaimanapun, Indonesia masih jauh dari mewujudkan pontensi yang maksimum dalam produksi

perikanan, terutamanya dalam hal eksport. Ini kerana kebanyakan makanan laut datang dari nelayan tradisonal

yang menggunakan cara tradisional.

Cara ternak ikan keli menggunakan sistem bioflok

Pelbagai cara, peralatan dan teknologi yang moden telah dipertingkat untuk memajukan industri akuakultur secara

luas. Saban hari teknologi perikanan air tawar terutamanya ikan keli terus berkembang dengan pelbagai inovasi,

disebabkan peningkatan permintaan ikan keli di pasaran. Jumlah produksi ikan keli merupakan tertinggi berbanding

ikan air tawar yang lain. Pada tahun 2004, tidak ada orang berminat untuk menternak ikan keli, kerana khuatir ikan

tersebut akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan sehingga menggangu masyarakat lain, tetapi kini

jumlah penternak ikan keli telah bertambah.

Salah satu teknologi atau cara yang sedang dipraktiskan di Indonesia ialah menternak ikan keli

menggunakan sistem bioflok. Sistem bioflok merupakan teknologi yang memiliki proses nutrifikasi-sendiri dalam

akuakultur tanpa penukaran air. Sistem bioflok sebenarnya dikembangkan untuk para penternak yang mempunyai

masalah seperti keterbatasan tanah, dan masalah untuk mendapatkan air tawar atau air masin. Ini secara tidak

langsung menyebabkan penerapan sistem ini lebih efektif. Di samping itu, sistem ini diterapkan bagi mencengah

pelbagai penyakit yang masuk melalui air atau dari benih ikan.

Penternakan ikan keli di sistem bioflok ini adalah satu sistem pemeliharaan ikan dengan cara

menumbuhkan microorganisma yang berfungsi menukar sisa kotoran menjadi gumpalan-gumpalan kecil (flok) yang

bermanfaat sebagai makanan kepada ikan ternakan tersebut. Pertumbuhan microorganisma didorong dengan

memberikan kultur bakteria (probiotik) serta pemasangan aerator yang akan menyerupai oksigen di dalam kolam

tersebut.

GLOBAL

Page 9: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

9

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

Hari pertama isi kolam dengan air

setinggi 80-100 cm.

Hari ke-2 masukkan probiotik (bakteri

pathogen) 5 ml/m3 .

Hari ke-3 massukan probiotik (Molase) 250

ml/ m3 .

Malam – letak dolomite 150-200 gram/m 3

(air sahaja),

Biarkan air selama 7-10 hari.

luas - 1 m3 - 1000 ekor ikan keli .

kolam beratap – menghindari matahari dan

hujan

kekalkan suhu 28 0 C

(2)

Persiapan air

pembesaran

Perawatan benih ikan keli ialah setiap 10

hari sekali :

Probiotik 5 ml/m3,

Ragi 1 susu makan/m3

Waktu malam tambahkan dolomite 200-300

gr/m3 (diambil airnya saja)

(3)

Pelepasan dan perawatan

benih ikan keli

(1)

Pembuatan kolam ikan

keli bioflok

‘‘Kolam Sistem Bioflok ‟‟

Peringkat pengkulturan ikan keli di

sistem bioflok

Page 10: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

10

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

Dua minggu yang lalu bersamaan 30

November 2015, semua pelajar Tahun 3

Program Akuakultur telah terlibat dalam amali

subjek rumpai laut di kawasan ODEC UMS.

Dalam amali tersebut, mereka telah diajar cara

untuk mengkultur rumpai laut dengan

menggunakan teknik “Long Line”.

Teknik “Long Line” ialah satu teknik penanaman rumpai

laut yang banyak digunakan di Semporna, Sabah. Teknik

ini telah melalui proses inovasi oleh penyelidik UMS dan

dikenali sebagai Eco-Friendly Tie-Tie (EFT). Pengusaha

yang menanam rumpai laut amat digalakkan untuk

menggunakan EFT kerana ia dapat menjimatkan masa dan

lebih efisyen dalam penyediaan benih dan juga semasa

menuai rumpai laut. Oleh kerana EFT lebih tahan lasak dan

boleh digunakan berulang-ulang kali, ia lebih ekonomik dan

dapat mengurangkan kesan pencemaran sisa tali rafia yang

digunakan secara tradisional.

Amali Penanaman Rumpai Laut oleh: NOR ANGGERIANI BINTI ARSAD

Rumpai laut adalah sejenis tumbuhan laut yang boleh didapati di dasar lautan. Ia juga boleh dijumpai di pesisiran

pantai yang dibawa oleh arus ombak yang kuat. Terdapat tiga warna rumpai laut yang boleh didapati iaitu rumpai

laut merah, hijau dan perang.

Kultur rumpai laut adalah lebih mudah berbanding kultur hidupan yang lain. Ia juga lebih produktif dan tidak

memerlukan kos yang tinggi serta teknologi yang canggih. Penanaman rumpai laut secara komersial dapat

menyumbang kepada ekonomi negara dan memberikan peluang pekerjaan kepadaa komuniti pantai yang hanya

bergantung kepada aktiviti tangkapan ikan. Rumpai laut kering mempunyai nilai pasaran yang besar di peringkat

antarabangsa kerana kegunaannya yang meluas dalam industri makanan, kosmetik, farrmaseutikal dan lain-lain.

▲ Pemilihan benih rumpai laut yang akan diikat ke tali

▲ Penyediaan tali EFT berdiameter 25 mm

dengan panjang 25 m

AKTIVITI PELAJAR

Page 11: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

11

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengkultur rumpai laut menggunakan teknik “Long Line”.

Antaranya ialah;

Penyediaan tali EFT

Tali berdiameter 25 mm disediakan sepanjang 25 m

untuk setiap tali.

Pelampung diikat di setiap 5 m tali supaya tali dapat

terapung.

Benih rumpai diikat pada tali50-100 g rumpai laut

matang akan diikat pada tali yang telah disediakan

dengan menggunakan Teknik “Tie-Tie”.

Benih rumpai laut diikat pada tali yang berdiameter 25

mm dengan menggunakan tali yang lebih kecil iaitu tali

berdiameter 2 mm.

Benih diikat dengan kemas agar tidak terlepas dan tidak

diikat terlalu ketat bagi menggelakkan benih terbantut

untuk tumbuh.

Tali yang telah lengkap diikat dengan rumpai laut dibawa ke

ladang dan diikatkan pada tali utama yang disambung kepada

sauh dan pelampung besar.

► Benih rumpai laut yang diikat dengan kaedah tradisi

Tie-Tie menggunakan tali rafia

▼ Pelajar sedang mengikat benih rumpai laut menggunakan EFT

▲ Tali yang telah lengkap diikat dengan benih rumpai laut

berserta pelampung ▲ Tali sedia untuk diturunkan ke tempat

penanaman rumpai laut yang sesuai

Page 12: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

12

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA)

telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Inovasi

(PPI), di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak tahun

2008. Acara dua hari ini merupakan acara tahunan

dalam kalendar PPI UMS. Fokus acara ini

mengetengahkan hal penyelidikan dan inovasi bagi

menggalakkan penyelidik dan innovator untuk

mempertandingkan bakat mereka.

Institut Penyelidikan Marin Borneo telah menghantar sebanyak 27 penyertaan, 19 penyertaan dalam kategori Penyelidikan dan

selebihnya 7 kategori bagi kategori Inovasi .

PEREKA Oleh: IAN LEVI JACKERY

DALAM KAMPUS

Institut Penyelidikan Marin Borneo berjaya menggondol 2 emas bagi kategori

penyelidikan dan 2 emas bagi kategori inovasi. Selain daripada itu, kategori

penyelidikan turut menyumbangkan 11 pingat perak dan 3 pingat gangsa serta 3sijil

penyertaaan. Manakala kategori inovasi mendapat 1 perak, 2 gangsa dan 3 sijil

Page 13: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

13

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

Seagrass atau dalam Bahasa Melayu, rumput laut,

adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri seperti

rumput di darat. Bertuahnya Malaysia kerana populasi rumput

laut adalah tertinggi di sekeliling pantai Negara kita dan

Negara jiran yang mana dikelilingi perairan Laut Cina Selatan,

Laut Sulu dan Selat Melaka. Antara spesies yang terdapat di

Malaysia ialah Halodule uninervis, Thalassia hemprichii,

Enhalus halophila, Cymodocea rotundata dan sebagainya.

Kehadiran rumput laut ini di perairan kita adalah

sangat penting kepada hidupan laut yang lain seperti penyu,

dugong, kuda laut dan ikan.

Rumput laut adalah antara makanan utama

kepada penyu dan dugong dan juga tempat tinggal bagi

kuda laut, anak-anak ikan dan pelbagai jenis hidupan laut

lain yang bergantung hidup di permukaan daunnya.

Manakala rumput laut yang sudah reput pula akan

menjadi makanan hidupan laut yang hidup di dasar laut

seperti balat, ketam dan udang.

Selain itu, rumput laut juga mampu mengekalkan

kebersihan dan kejernihan air laut di sekitar kawasannya

dengan memerangkap pasir yang terapung dalam air. Ia

juga menapis aliran permukaan dari darat agar tidak

mencemarkan laut dan membahayakan hidupan laut

yang sensitif kepada perubahan persekitaran seperti

terumbu karang yang menjadi rumah kepada beratus-ratus species flora dan fauna unik yang mengindahkan pemandangan

permukaan laut.

Seperti tumbuhan di darat, akar tumbuhan ini juga mencengkam substrat bagi menolong menstabilkan permukaan

dasar laut. Ini membantu menghalang hakisan dengan memperlahakan pergerakan arus air di bahagian bawah atau dasar

laut.

RUMPUT LAUT

Oleh: WAN ARINA AZRINOR

LAIN-LAIN

Page 14: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

14

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

Paya Bakau, Akuakultur, dan Kita Oleh: MUHAMMAD RASHID BIN ABDUL RAHIM

Kawasan paya bakau merupakan kawasan aset semula jadi yang penting kerana kawasan ini dapat membantu

melestarikan kawasan persisiran pantai di negara kita. Bakau juga mampu menjana ekonomi negara dengan hasil

arang, kayu kayan dan sumber protin kepada manusia. Selain daripada itu, bakau juga mampu melindungi kawasan

persisiran pantai daripada cuaca buruk seperti ribut, tsunami dan hakisan di persisiran pantai. Hal ini kerana, bakau

berupaya mengurangkan tenaga sebagai contohnya, ombak tsunami dan angin ribut. Kawasan bakau juga merupakan

kawasan air tawar dan air masin bertemu dan mempunyai permukaan yang berlumpur. Kawasan ini sangat penting

sebagai tempat tinggal bagi kebanyakkan spesis

haiwan seperti udang, anak-anak ikan, kerang, ketam

bakau dan lain-lain.

Ramai yang masih kurang pasti akan

kepentingan bakau terhadap kita. Mari kita imbas

kembali inisiatif kerajaan negeri dikawasan Bagai

Serai dengan menubuhkan Sahabat Hutan Bakau

pada Jun 2005. Hasil inisiatif ini, penduduk di Teluk

Rubiah, Kuala Gula Bagai Serai telah berjaya

menanam sejumlah 80,000 anak pokok bakau. Hasil

dari penanaman anak pokok bakau ini, nelayan di

kawasan Teluk Rubiah meraih hasil lumayan dengan

jumlah hasil tangkapan meningkat sebanyak 70% dari

tahun sebelum pelaksanaan program tersebut. Kawasan

bakau yang seimbang dan sihat dapat meningkatkan

jumlah kawasan pembiakan hidupan marin. Dengan

peningkatan kawasan pembiakan ini, bilangan ikan dan

hidupan marin yang lain turun meningkat dan dapat

memastikan sumber protin yang berterusan kepada

penduduk sekitar.

Bidang akuakultur juga mempunyai jalan yang

tersendiri dalam melestarikan bidang tersebut tanpa

mengancam kawasan bakau. Antara jalan

penyelesaiannya adalah dengan mempromosikan

pendekatan poli-akuakultur dan perikanan-silvo dimana

penanaman semula bakau dijalankan berhampiran dan di dalam kolam udang dan ikan. Pendekatan ini bukan sahaja

dapat mengekalkan hasil udang dan ikan tetapi dapat mengurangkan kesan pada persisiran pantai seperti angin

kencang, banjir akibat pasang surut and limpahan kawasan air masin. Malah ianya dapat meningkatkan kepelbagaian

biodiversiti hidupan marin di kawasan bakau.

Kesedaran akan kepentingan hutan bakau harus dipupuk sejak dari bangku sekolah. Kempen

kesedaran yang berterusan dapat melahirkan generasi muda yang celik akan kepentingan ekosistem bakau.

▲ Kayu bakau turut dijadikan sebagai kayu arang bakau

▲ Paya bakau penting sebagai pusat untuk sumber rezeki penduduk tempatan

KESEDARAN AWAM

Page 15: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

15

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

Myron Pang Jyan Yu Oleh: CHRISTINE ANTHONIUS

Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) di Universiti

Malaysia Sabah menyediakan pelbagai peluang kepada

masyarakat awam terutamanya dari segi pembelajaran dan

penyelidikan kepada warga pelajar. Salah seorang pelajar

pascasiswazah yang menjadi pilihan untuk isu Rakan Akuakultur

bagi Januari 2016 adalah Encik Myron Pang Jyan Yu. Beliau

yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah mendapat pendidikan

awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shan Tao dan

kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Tinggi Kota

Kinabalu. Setelah tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM),

beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia

Sabah (UMS) dalam bidang Sains Marin pada tahun 2009.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan menerusi emel beliau iaitu [email protected]

Selepas menamatkan pengajian Sarjana Muda pada tahun 2012, Myron meneruskan pengajiannya ke

peringkat Sarjana dengan topik utama mengenai kajian kimia produk semulajadi timun laut iaitu glikomik marin.

Glikomik secara amnya merupakan kajian tentang seluruh pelengkap gula yang wujud secara bebas atau kompleks

dalam sesuatu organisma yakni hidupan seperti timun laut. Menurut beliau, kajian tersebut merangkumi bidang

kimia analitikal dan ekologi marin. Beliau mendapat idea untuk melakukan kajian tersebut setelah membaca jurnal

sains dari Brazil yang menyatakan bahawa suatu sebatian baharu telah berjaya ditemui daripada sejenis timun laut

komersil (Ludwigothuria grisea). Penemuan sebatian itu dikatakan mampu melambatkan pembekuan darah manusia.

Maklumat ini sekaligus menarik minat beliau untuk menjawab persoalannya jika sebatian yang sama wujud dalam

spesies timun laut tempatan yang boleh dijumpai di kawasan tropika.

Dilahirkan pada tanggal 28 Mac 1989, Myron juga menyatakan bahawa beliau telah mendapatkan kesemua

maklumat tentang biokimia produk semulajadi timun laut dan peralatan yang digunakan untuk mengenalpasti

struktur kimianya merangkumi lebih daripada 3 dekad. “Saya telah mencuba untuk membuat ulasan sebanyak yang

boleh mengenai kepelbagaian struktur yang berbeza oleh timun laut dari seluruh dunia untuk menghasilkan sesuatu

yang boleh menjadi panduan untuk saya dalam mengenalpasti jurang pengetahuan untuk topik ini.”

PASCASISWAZAH

PILIHAN

Cita-cita;

„„Saya ingin melanjutkan pelajaran

ketahap doktor falsafah dalam

bidang kimia untuk lebih menghayati

ciptaan tuhan dan jika berpeluang, saya

berharap boleh berkhidmat sebagai

pensyarah di mana-mana universiti

Harapan kepada Negara dan

bidang yang diceburi ; ‘‘Bidang kimia bukan sesuatu bidang yang glamor

seperti bidang kejuruteraan, perubatan, dan

sebagainya, namun ia adalah asas bagi setiap

cabangan sains. Justeru, penguasaan pengetahuan

kimia perlu dititik berat oleh kerajaan Malaysia.’’

Page 16: BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS RAKAN AKUAKULTUR UMS Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat

16

BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS

Beliau yang dilahirkan pada 24 Mei 1971 di Kg. Pantai,

Sipitang, Sabah telah mendapat pendidikan awal di S.R.K. Pantai,

Sipitang dan menjejakkan kaki ke persekolahan menengah di

S.M. Pengiran Omar, Sipitang. Beliau kemudian melanjutkan

pelajaran di Universiti Putra Malaysia dan mendapat Ijazah

Sarjana Muda Sains Perikanan (Hons) pada tahun 1997 sebelum

ditawarkan berkhidmat sebagai tutor di Institut Penyelidikan

Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada

Februari 1999. Semasa berkhidmat di UMS, beliau telah

berjaya melengkapkan pendidikan lanjutan dengan Ijazah

Sarjana Sains Gunaan (Akuakultur) di University of Tasmania,

Australia pada tahun 2001 dan Doktor Falsafah (Akuakultur) di

UMS pada tahun 2008.

Prof. Dr. Rossita Shapawi Oleh: RIAN FREDDIE BIN FIRDAUS

Sebagai penyelidik dan juga pensyarah beliau juga telah mengetuai pelbagai projek penyelidikan

berkaitan pemakanan organisma akuatik, pembangunan makanan ikan, penternakan rumpai laut dan juga

pemuliharaan dan pengkulturan kuda laut. Beliau telah meraih beberapa pengiktirafan penyelidikan hasil

penyelidikan beliau baik di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Terkini, beliau telah berjaya

memenangi 2 pingat emas, 2 gangsa dan 5 perak dalam Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA)

2015 anjuran Universiti Malaysia Sabah.

Dari segi pentadbiran, beliau juga telah banyak menyumbang kepada institut ini di mana pada awal

kerjayanya, beliau telah dilantik sebagai penolong pengurus hatcheri IPMB pada tahun 2008 sehingga 2011.

Pada masa yang sama juga beliau dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Program Akuakultur dari tahun 2009

sehingga 2011 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah IPMB pada tahun 2011 sehingga 2014. Hasil daripada

pengalaman bersama IPMB selama lebih 15 tahun, beliau dilantik sebagai Pengarah IPMB pada Disember 2014.

Pada Disember 2015, beliau telah dilantik sebagai Profesor Pelawat di Kinki University, Jepun.

Sebagai Pengarah IPMB, beliau menggalas tanggungjawab yang berat untuk merealisasikan objektif

IPMB sebagai pusat pemuliharaan dan pembangunan mampan sumber marin di Sabah. Pada masa ini, fokus beliau

ialah menjalinkan kerjasama pintar dengan industri dan komuniti dalam memastikan ilmu dan pengetahuan yang

dijana di universiti dapat dimanfaatkan untuk kepentingan bersama.

PAKAR PILIHAN