Buletin suku tahunan - consumerinfo.my · baik dari empat buah rumah anak yatim telah diraikan...

9
Salinan Percuma www.cfm.org.my SHOUT! BULETIN SUKU TAHUNAN Terbitan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia consumer.forum.malaysia CFM_Malaysia KDN PP 17752/11/2013 (033132) Tip penting bercuti tanpa tekanan + Empat aplikasi berguna semasa melancong Pengacara program kembara dan penyampai radio Red FM berkongsi cerita kisah kerjayanya Aplikasi menghalang kecurian telefon pintar anda MAKAN ANGIN MENAIKI PESAWAT 8 TIP MELANCONG TANPA GANGGUAN Tip penting bercuti tanpa tekanan + Empat aplikasi berguna semasa melancong TEMUBUAL BERSAMA ... AZURA ZAINAL Pengacara program kembara dan penyampai radio Red FM berkongsi cerita kisah kerjayanya SUIS PEMATI TELEFON PINTAR “KILL SWITCH” Aplikasi menghalang kecurian telefon pintar anda

Transcript of Buletin suku tahunan - consumerinfo.my · baik dari empat buah rumah anak yatim telah diraikan...

Page 1: Buletin suku tahunan - consumerinfo.my · baik dari empat buah rumah anak yatim telah diraikan dengan aktiviti membeli-belah di AEON Bandar Utama, penganjuran bengkel khas, lawatan

Salinan Percuma www.cfm.org.my

SHOUT!Buletin suku tahunan

Terbitan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia

consumer.forum.malaysia CFM_Malaysia

KD

N P

P 17

752/

11/2

013

(033

132)

Tip penting bercuti tanpa tekanan

+ Empat aplikasi berguna semasa melancong

Pengacara program kembara dan penyampai radio Red FM berkongsi cerita kisah kerjayanya

Aplikasi menghalang kecurian telefon

pintar anda

MAKAN ANGIN MENAIKI PESAWAT

8 TIP MELANCONG TANPA GANGGUANTip penting bercuti tanpa tekanan

+ Empat aplikasi berguna semasa melancong

TEMUBUAL BERSAMA ...

AZURA ZAINALPengacara program kembara dan penyampai radio Red FM berkongsi cerita kisah kerjayanya

SUIS PEMATI TELEfoN PINTAR

“KILL SWITCH”

Aplikasi menghalang kecurian telefon

pintar anda

Page 2: Buletin suku tahunan - consumerinfo.my · baik dari empat buah rumah anak yatim telah diraikan dengan aktiviti membeli-belah di AEON Bandar Utama, penganjuran bengkel khas, lawatan

Q 3 2 014 3

PAUTAN

2 Q 3 2 014

19 Julai 2014, merupakan tarikh yang amat bermakna kepada lebih seratus orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik di sekitar Lembah Klang. Program dianjurkan oleh Persatuan Pengacara Majlis Malaysia bersama Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM). Ia merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat kedua-dua organisasi di mana seramai 101 orang kanak-kanak bernasib baik dari empat buah rumah anak yatim telah diraikan

dengan aktiviti membeli-belah di AEON Bandar Utama, penganjuran bengkel khas, lawatan sambil belajar ke Sri Pentas dan jamuan berbuka puasa bersama ahli-ahli dan Anggota Majlis CFM. Menurut Pengerusi CFM, Dr Elistina Abu Bakar; “Hasrat kami ialah supaya kanak-kanak ini dapat merasai pengalaman Aidilfitri yang lebih bermakna tahun ini. Oleh itu, kanak-kanak ini dibawa melawat Sri Pentas dan membeli belah bersama-sama.”

PERSATUAN PELINDUNG PENGGUNA KELANTAN SERTAI AHLI MAJLIS

Majlis Lembaga CFM mengalu-alukan perlantikan Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (PELINDUNG) sebagai ahli baru menggantikan Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO). PELINDUNG akan diwakili Tuan Haji Ahmad Othman, seorang ahli yang aktif dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak-hak pengguna termasuk FOMCA selain memiliki pengalaman yang luas mengenai hak-hak pengguna. CFM mengalu-alukan penyertaan Tuan Haji Ahmad Othman ke forum ini agar beliau dapat memberi sumbangan untuk meningkatkan lagi prestasi CFM dalam melindungi hak pengguna di seluruh negara.

Program Ekspo Gaya Hidup Digital 2014 telah diadakan selama tiga hari dari 8 hingga 10 Ogos 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) bertujuan untuk memaju, menyebar dan mempercepatkan pembangunan aplikasi dan perkhidmatan di kalangan orang awam dan organisasi lain. CFM telah menyertai ekspo ini dengan membuka ruang pameran dan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk menarik lebih ramai pengunjung, selain meningkatkan kesedaran hak pengguna dalam perkhidmatan telekomunikasi dan industri multimedia. Pada hari akhir program Naib Pengerusi CFM, Encik Megat Ishak berkongsi pandangan beliau dalam satu seminar kesedaran mengenai hak-hak pengguna.

CFM MERIAHKAN EKSPO GAYA HIDUP DIGITAL 2014

PROGRAM AMAL CFM: RAI ANAK YATIM

NOTA EDITOR MENARIK KALI INI!

Hai pembaca yang dikasihi dan selamat bertemu kembali dalam isu ketiga majalah SHOUT! 2014. Orang kata melancong menambah pengalaman dan meluaskan minda. Untuk itu, kami telah menyediakan pelbagai tip melancong tanpa gangguan agar anda dapat menikmati keindahan destinasi pelancongan yang dilawati sama ada di dalam atau luar negara. Sudah pasti kecanggihan teknologi dapat memberi kelebihan dan kami paparkan beberapa aplikasi pilihan yang sangatberguna semasa melancong di halaman 6.

Kami berkesempatan menemubual Azura Zainal, pengacara program destinasi kembara Xplorasi RTM1 Malaysia dan juga penyampai radio RED FM. Azura berkongsi kisah kerjaya dan pengembaraannya dalam satu temubual eksklusif di halaman 8.

Harap bahan bacaan SHOUT! dapat memberi manfaat kepada anda dan jumpa lagi dalam keluaran akan datang!

Mediha MahmoodEditor

PAUTAN Program amal anjuran CFM dan penyertaannya dalam Ekspo Gaya Hidup Digital

DIGIT – 500 TemUbUAl ATAs TAlIAN DIjAlANkAN TerhADAP PeNGGUNAINTerNeT hArIAN DI mAlAysIA Ketahui fakta-fakta tentang pasaran telefon pintar di Malaysia

TOP GeAr - PerANTI mUDAh GUNAJam tangan pintar terhangat di pasaran

ZON APP – TIP PerCUTIAN TerbAIkKetahui bagaimana teknologi dapat membantu anda semasa percutian agar bebas tekanan

INTerAksI – AZUrA ZAINAlAzura bercerita permulaan kerjayanya dalam bidang penyiaran, kisah pengembaraannya dan banyak lagi..

sANTAI - mAGIs mUZIkPemuzik tanah air, Ray Mak berkongsi video gubahan muziknya di YouTube dan bagaimana muziknya mula dikenali

IsU bUleTIN – kIll sWITCh PADA TeleFON PINTAr – APA yANG PerlU ANDA TAhU?Ketahui bagaimana ketetapan aplikasi Kill Switch dapat mencegah telefon pintar anda dicuri

mObIlITI – elAk CAj bIl TeleFON TINGGI keTIkA DI lUAr NeGArA Tip kurangkan caj perantauan pada bil telefon

DIGITAl – PerkhIDmATAN WANG mUDAh AlIh, PembAyArAN AlTerNATIF yANG lebIh mUDAhKetahui kaedah bayaran alternatif tanpa wang tunai atau kad kredit

3

4

5

6

8

10

14

11

INTRO

kDN PP 17752/11/2013 (033132)

SHOUT! diterbitkan setiap suku tahunan oleh:Communications and multimedia Consumer Forum of malaysia6-02, 6th Floor, Wisma Straits Trading, No 2, Lebuh Pasar Besar, 50050 Kuala LumpurT: 03-2692-3800 F: 03-2693-2288 W:www.cfm.org.my

Dicetak di Malaysia oleh Digi World Print station (reg 1680084-U) 32, Jalan EIP 3, Ehsan Industrial Park52100 SelangorDiedarkan oleh MPH Distributors (M) Sdn Bhd

sUkU ke-3 2014

ISI KANDUNGAN

3 mAGIs mUZIk rAy mAk Gubahan lagu-lagu popular bintang YouTube Malaysia dengan petikan piano dapat sambutan peminatmuzik luar negara

4 APlIkAsI berGUNA bAGI sI PeNGembArA Bimbang dengan kadar tukaran nilai mata wang asing dan perlukan lokasi menarik semasa melancong? Empat aplikasi penting untuk panduan anda

6 TIP meNGUrANGkAN CAj PerANTAUAN ANDABagi yang bercuti ke luar negara tetapi masih mahu berhubung dengan kenalan, ketahui tip yang perlu anda lakukan agar tidak terkejut dengan caj bil telefon anda

10

14

6

3

12

Page 3: Buletin suku tahunan - consumerinfo.my · baik dari empat buah rumah anak yatim telah diraikan dengan aktiviti membeli-belah di AEON Bandar Utama, penganjuran bengkel khas, lawatan

Q 3 2 014 5

TOP GEAR

PERANTI MUDAH GUNA

Konsep jam tangan pintar kini menjadi perhatian kerana teknologi yangdigunakan sudah semakin canggih seperti telefon pintar dan bukansekadar aksesori yang memaklumkan masa kepada pemakainya.

TOPGEAR

SAMSUNG GALAXY GEAR 2RM899, www.samsung.com/myKeluaran kedua jam tangan pintar mereka lebih ringan dan lebih kemas dilengkapi kamera 2-MP dan boleh merakam video 720P. Jam boleh dipadankan dengan telefon pintar yang membolehkan anda membaca teks, emel dan notifikasi media sosial pada paparan 1.63-inci Super AMOLED di atas pedometer pengesan tugasan. Apa yang menarik? Anda boleh menjawab panggilan dari jam tangan pintar tanpa perlu mengambil telefon anda. Tetapi ia hanya berfungsi dengan beberapa jenis telefon Samsung sahaja seperti GALAXY S5 dan Note 3.

HUAwEI TALKBAND B1 RM499, www.vmall.my

Jam tangan pintar Huawei ini agak unik kerana ia bukan sahaja berfungsi sebagai penunjuk waktu malah sebagai alat pengesan kecergasan dan juga alat dengar Bluetooth. Sekiranya anda menerima panggilan atau

ingin membuat panggilan, hanya perlu menekan satu butang dan ia akan terpapar pada paparan 1.4 inci mono OLED dengan logo mendengar dan set bebas tangan. Ia berfungsi dengan pelbagai peranti jenis Android dan

kit iOS selain kalis air.

SONY SMARTwATCH 2RM780, www.sony.com.myJam tangan pintar Sony ini boleh dipadankan dengan telefon jenis Android melalui Bluetooth atau NFC, menawarkan notifikasi emel dan media sosial di samping dapat mengira jarak anda berjalan atau berlari pada paparan skrin 1.6 inci, 220 x 176 piksel. Kekurangannya cuma dari segi kualiti fungsi pengesan suara walaupun hayat baterinya bertahan lama sehingga dua hari sebelum perlu dicaj semula.

GARMIN VIVOFITRM499, www.aeco.com.my

Alat pengesan kecergasan Garmin Vivofit dapat bertahan selama setahun dengan bateri yang dibina

padanya, merekod jumlah langkah si pemakai,jumlah kalori dibakar dan akan memberi isyarat

kepada anda jika duduk terlalu lama. Ia juga boleh membantu untuk menetap dan mencapai tahap

kecergasan yang anda impikan

1

2

3 4

500 temu bual atas talian mewakili pengguna internet harian di Malaysia bagi suku pertama 2013

Android

57%

SiStem OperaSi

iOS

14Symbian 11BlackBerry 8Windows

Other

5

5

Samsung

37%

Jenama telefOn

Nokia 26

Apple iPhone 10

Sony 14

BlackBerry

Other

6

8

Ijazah

49%

Sekolah Rendah/ Menengah

25Kolej

15Siswazah

10

tahap pendidikan

Jantina

JeniS telefOn

UmUr

pekerJaan

Ericsson ConsumerLab Analytical Platform 2013

DIGIT

Lelaki Perempuan

Bukan telefon pintar

Telefon pintar

Kerja -sepenuh masaKerja- separuh masaTidak bekerja/Suri rumahPelajar

DEMOGRAFI

Page 4: Buletin suku tahunan - consumerinfo.my · baik dari empat buah rumah anak yatim telah diraikan dengan aktiviti membeli-belah di AEON Bandar Utama, penganjuran bengkel khas, lawatan

6 Q 3 2 014 Q 3 2 014 7

ZON APP ZON APP

TIP PERCUTIAN AGAR TIDAK HAMBAR Memang diakui jauh perjalanan luas pemandangan. Namun, masalah yang mungkin kita akan hadapi ketika melancong terutama bila ke luar negara ialah kita tidak dapat memahami tulisan pada papan tanda, tidak memahami bahasa digunakan penduduk tempatan atau teragak-agak mengira tukaran mata wang setiap kali ingin membeli barang. Kini anda tidak perlu risau lagi kerana terdapat beberapa aplikasi berguna buat anda yang suka mengembara. Ia akan membuatkan percutian anda lebih mudah.

TIP PERCUTIANJika anda melancong ke luar daerah atau luar negara untuk bercuti atau atas urusan kerja, anda

perlukan sedikit persediaan yang perlu diambil kira agar percutian anda tidak jadi berantakan dan bebas tekanan. Berikut adalah tip penting dari pengembara berpengalaman yang anda boleh gunakan.

1. SIMPAN SALINAN DOKUMEN PENTING simpan salinan jadual perjalanan anda, passport, preskripsi perubatan, tiket penerbangan atau dokumen pengenalan diri dalam emel, telefon pintar atau tablet anda sekiranya anda kehilangan dokumen asal. sekurang-kurangnya anda masih mempunyai setiap satu salinan jika perkara itu berlaku dan anda dapat memberi bukti mengenai identiti anda kepada pihak berkuasa. Pastikan telefon pintar anda dilengkapi aplikasi yang boleh mengelak kecurian identiti. shOUT! keluaran suku pertama 2014 ada memberi tip untuk melindungi data pada telefon mudah alih anda.

2. PERIKSA BAGASI DAN BAwA BARANG PENTING DALAM BEG GALASWalaupun bagasi hilang atau tersalah laluan jarang berlaku, sekurang-kurangnya bawa sedikit pakaian dan barang penting dalam beg galas yang bersama anda. barang keperluan lain seperti ubat-ubatan, barang kemas, wang tunai dan semua kabel alat elektronik perlu dibawa bersama. jika anda membawa bersama komputer riba ketika percutian, meninggalkannya dalam bagasi daftar masuk bukan satu tindakan yg bijak dan ia mungkin mengundang kecurian. sediakan beg galas yang mudah dibawa dan sesuai untuk meletak semua barangan anda. jangan lupa untuk ambil gambar bagasi kerana jika berlaku kehilangan, ia lebih mudah untuk mengenal pasti bagasi kepunyaan anda. 3. PENGECAS PERANTIbawa satu telefon ganti atau tablet juga komputer riba jika pergi atas urusan kerja. bawa pengecas semua peralatan ini. Untuk lebih menjimatkan bawa satu pengecas dan kabel yang sesuai untuk semua peranti termasuk kabel Usb kerana pengecas beberapa peranti berlainan. jika ke luar negara adala lebih baik anda membawa pengecas universal kerana ia berbeza di setiap negara. Anda boleh menggulung setiap kabel dengan pengikat khas agar lebih kemas dan tidak mudah tercicir.

4. BARANGAN CECAIRbarang kelengkapan berbentuk cecair seperti syampu, minyak wangi atau pembersih muka yang dibawa perlu diletak di dalam bekas plastik dan ditutup ketat kerana ia mudah tumpah dan bocor. Ia mungkin boleh disebabkan tekanan udara dalam pesawat atau bagasi anda tidak dikendalikan dengan baik ketika dipindahkan. jika anda membawa barangan cecair masuk bersama ke dalam kabin pesawat, barang-barang itu perlu dimasukkan di dalam bekas dalam kuantiti atau saiz yang dibenarkan. muatan maksimum yang dibenarkan untuk dibawa masuk bagi barangan cecair ialah 100ml. letakkan semua barang tersebut dalam beg plastik lutsinar supaya mudah dilihat ketika pemeriksaan bagasi. makanan ringan dalam pek plastik juga mudah pecah disebabkan tekanan udara. balut dan letakkan ia di dalam satu lagi beg plastik.

5. ALATAN SOKONGANAnda perlu memikirkan sebarang kemungkinan yang berlaku ketika anda melancong. Tali bagasi anda mungkin putus, beg galas anda koyak atau anda mungkin perlukan sesuatu untuk mengikat barang lebihan anda. bawa segulung pita pelekat kerana ia mungkin berguna jika situasi seperti itu berlaku kepada anda.

6. HUBUNGI BANK ANDAjika anda mempunyai kad kredit, hubungi bank anda dan maklumkan bahawa anda akan ke luar negara dan berapa lama anda akan berada di sana. kebanyakan bank akan membuat tukaran mata wang untuk anda melakukan transaksi di negara tersebut. Ia amat penting kerana anda tidak mahu sebarang masalah timbul untuk menggunakan kad kredit jika anda kehabisan wang tunai. Pastikan anda membawa lebihan wang tunai untuk sebarang hal kecemasan.

7. PERSEDIAAN SEBELUM wAKTU PENERBANGAN Perjalanan cuti anda akan lebih lancar jika anda membuat semakan sebelum anda berlepas menaiki pesawat. Anda tidak mahu tertinggal barang atau dokumen penting seperti pasport, pas masuk sama ada di rumah atau hotel. setiap barang penting yang hilang itu akan melibatkan kos dan memberi masalah kepada anda. sediakan satu senarai semak atas sekeping kertas dan senaraikan semua perkara penting yang diperlukan seperti tiket, dompet, wang tunai, telefon bimbit, pengecas dan lain-lain. Dengan cara ini, anda tidak akan tertinggal barang sebelum pergi dan balik.

8. GUNA KHIDMAT DATA PERANTAUAN ANTARABANGSA DENGAN BIJAKPastikan anda melanggan pelan data perantauan antarabangsa tanpa had jika anda perlu menggunakan internet semasa di luar negara. jika tidak, matikan ciri perantauan data pada telefon mudah alih anda untuk mengelak sebarang caj yang tinggi. Untuk pilihan lain yang lebih jimat, anda boleh membeli kad sIm tempatan di negara tersebut. Untuk tips lanjut tentang cara pengurusan bil telefon, lihat ruang mobiliti pada halaman 12.

GOOGLE TRANSLATE Percuma, untuk iOS dan Android Aplikasi ini akan membantu anda untuk menterjemah perkataan atau bahasa asing kepada bahasa yang anda mudah fahami jika anda tidak memahami bahasa penduduk tempatan di negara luar. Anda juga boleh memuat turun pek bahasa yang tidak memerlukan penggunaan talian internet.

TRIP ADVISORPercuma untuk Android dan IOS Jika anda bercadang untuk ke luar negara, aplikasi ini antara yang perlu anda muat turun dalam peranti. Anda boleh melihat ulasan dari ramai pelancong luar tentang tempat makan terbaik, tempat penginapan termasuk tempahan hotel dan tiket penerbangan boleh dilakukan dalam aplikasi yang sama. Tanpa talian internet anda masih boleh membaca ulasan pengguna tentang beberapa lokasi dan mendapatkan arah ke tempat-tempat menarik melalui aplikasi ini.

MAPS.ME LITEUntuk iOS dan AndroidRM15.99 untuk Android dan US$4.99 untuk iOSAplikasi yang akan membantu anda meneroka negara asing. MAPS.ME menggunakan data daripada OpenStreetMap.Org yang menyediakan peta terperinci untuk anda menunjukkan arah ke tempat menarik yang boleh dilawati.

XE CURRENCYPercuma untuk Android dan IOS Jika anda bercuti ke negara luar, pasti akan berurusan dengan tukaran mata wang untuk pembelian. Anda tidak mahu teragak-agak dalam kiraan tukaran wang seperti berapa nilai Ringgit bersamaan dengan nilai Euro setiap kali anda membuat pembelian. Bagi memudahkan anda, aplikasi ini akan membantu menukar mata wang mengikut kadar pertukaran semasa dan ia juga berfungsi di luar talian.

APLIKASI BERGUNA BUAT SI PENGEMBARA

Telefon pintar atau tablet anda adalah salah satu peranti yang sangat berguna dan alat serba boleh

yang bukan sekadar membuat panggilan. Iaboleh menjadi panduan atau penterjemah kepada anda dengan menggunakan aplikasi yang betul.

Page 5: Buletin suku tahunan - consumerinfo.my · baik dari empat buah rumah anak yatim telah diraikan dengan aktiviti membeli-belah di AEON Bandar Utama, penganjuran bengkel khas, lawatan

8 Q 3 2 014 Q 3 2 014 9

INTERAKSI INTERAKSI

Temubual bersama ...AzURA zAINALPengembara, pengacara, pelakon, penyanyi, penari dan penyampai radio yang petah berbicara dan ceria - Azura Zainal berkongsi cerita tentang kerjaya dan kisah pengembaraannya di dalam dan luar negara.

Bagaimana anda terlibat dalam bidang persembahan?

Saya bermula dengan koir SuaraMas di peringkat kebangsaan ketika saya berumur 8 tahun sehinggalah umur saya 14 tahun di mana selepas itu saya terpaksa berhenti untuk fokus pada pelajaran. Ketika menunggu keputusan SPM, saya menjadi pengacara untuk program Disney Channel. Itu antara pengalaman terbaik dan impian saya untuk berada dalam bidang penyiaran. Bagi saya, apabila ada yang menunggu untuk menonton rancangan yang saya kendalikan dan mengatakan itu sebahagian daripada pengalaman zaman kanak-kanak mereka, ianya perkara yang sangat mengharukan. Ini merupakan satu perjalanan yang sangat menakjubkan dan saya tidak menyesal dengan jalan yang saya pilih.

Apakah program yang anda sedang kendalikan sekarang?

Saya sedang mengacara program kembara, Xplorasi untuk RTM 1 sejak 2006 dan menjadi penyampai radio bagi RED FM. Saya juga telah menghasilkan sebuah buku tentang pengalaman saya dalam bidang pengacaraan dan penyampaian radio bertajuk “Azura Zainal’s Guide to TV and Radio Hosting”. Saya sedang merancang untuk menghasilkan sebuah lagi buku tetapi mengenai perkara yang berlainan. Tunggu…!

SHOUT!

SHOUT!

Azura:

SHOUT!

Anda mengambil bahagian dalam program realiti Fear Factor 2012. Apa cabaran yang paling sukar?

Dari segi fizikal ia bukan sesuatu yang sukar buat saya, tetapi cabaran makan. Saya dan rakan sepasukan terpaksa memakan mata kambing biri-biri mentah dan pizza yang dihidang dengan otak dan usus kambing. Rasanya sangat pahit dan baunya sangat busuk.

Destinasi impian anda? Mengapa?

Keindahan Afrika ketika saya membuat penggambaran untuk program Fear Factor di sana, membuatkan saya benar-benar rasa kagum. Safari Afrika adalah destinasi impian saya.

Lokasi percutian di Malaysia yang menjadi kegemaran anda? Mengapa?

Saya suka pergi ke Sabah untuk aktiviti menyelam seperti di Pulau Sibuan, Mabul dan Sipadan. Di Merapoh, Pahang. Saya melakukan penggambaran Xplorasi aktiviti penerokaan gua dan saya dapat meneroka satu gua yang besar dan menjadi tarikan di situ iaitu Gua Hari Malaysia. Nama itu diambil kerana ianya ditemui ketika Hari Malaysia. Lokasi ini antara yang harus anda pergi jika anda sukakan aktiviti penerokaan gua.

Apakah barang-barang yang harus anda bawa bersama ketika anda mengembara?

Azura:

SHOUT!

Azura:

Azura:

SHOUT!

Azura:

Azura:

Azura:

SHOUT!

SHOUT!

SHOUT!

Azura:

Kamera Canon PowerShot G10 atau kamera Canon D10 adalah antara barang yang selalu saya bawa untuk aktiviti luar kerana ia kalis air dan tahan lasak. Saya juga akan bawa telefon pintar yang saya gunakan sekarang, HTC One M8 dan saya banyak gunakannya untuk media sosial. Selain itu, saya juga akan bawa telefon Blackberry Q10 saya sebagai backup kerana papan kekuncinya yang besar.

Apa pandangan anda tentang syarikat telekomunikasi dan perkhidmatan industri multimedia di Malaysia?

Saya mempunyai pengalaman buruk dengan syarikat telekomunikasi sebelum ini. Bil melambung tinggi dengan pelbagai caj tersembunyi. Saya terus bertukar ke syarikat telekomunikasi yang lain.

Adakah anda tahu saluran untuk melaporkan aduan jika anda ada sebarang masalah dengan syarikat talian mudah alih anda? Adakah aduan yang anda laporkan dapat diselesaikan?

Pada mulanya saya tidak tahu sehingga saya dapat tahu tentang peranan Forum Pengguna Malaysia yang berfungsi untuk menyelesaikan masalah seperti yang saya hadapi. CFM mengambil peranan proaktif untuk menyelesaikan aduan.

Apa nasihat kepada mereka yang ingin mengikuti jejak langkah anda dalam bidang penyiaran?

Bidang penyiaran tidak begitu glamor seperti yang anda fikirkan. Anda perlu ada kesungguhan yang tinggi dan sifat rendah diri untuk berjaya dalam bidang ini.

SHOUT!

Azura:

SNAPSEEDUntuk Android Percuma Aplikasi menambah-baik gambar dengan pantas dan boleh didapati secara percuma, selain terdapat pelbagai jenis efek dan mod autocorrect dapat digunakan menjadikan gambar yang diambil lebih cantik.

FREE FROZENUntuk Android dan iOS Percuma Permainan padankan permata dengan kesan kuasa khas dalam karakter animasi Disney – Frozen membuatkan anda terus leka bermain dan tenggelam dalam alam fantasi animasi ni.

FLIPBOARD Untuk IOS dan Android Percuma Aplikasi yang membolehkan pengguna membaca dan mengikuti semua artikel, blog, media sosial dan laman web kegemaran dalam satu halaman untuk memudahkan bacaan.

NIKE TRAINING CLUBUntuk IOS dan Android Aplikasi berbentuk senaman latihan peribadi yang membantu anda untuk merancang dan melakukan senaman secara ringkas tetapi efektif. Ia juga mempunyai video pendek menunjukkan anda cara yang betul melakukan beberapa jenis senaman.

ThE STAR EPAPEREUntuk IOS dan AndroidPercuma dengan pembelian aplikasi dalamanCara yang cepat dan bebas kertas untuk anda membaca berita dan isu semasa pada telefon bimbit, tablet atau notebook dengan cara yang lebih jimat. PhOTO GRID – COLLAGE MAKERUntuk IOS dan Android Percuma dengan pembelian aplikasi dalamanMembuat kolaj daripada template sedia ada dan menghasilkan gambar dengan lebih cantik.

PILIHAN UTAMA AzURA

Ketika dalam perjalanan kembaranya ke merata dunia dari Asia ke Eropah, Azura

memilih beberapa aplikasi untuk dia sentiasa berhubung…

Page 6: Buletin suku tahunan - consumerinfo.my · baik dari empat buah rumah anak yatim telah diraikan dengan aktiviti membeli-belah di AEON Bandar Utama, penganjuran bengkel khas, lawatan

MAGIS MUzIK SENTUHAN RAY MAKRay Mak, salah seorang penggubah muzik prolifik yang bermula dari laman YouTube berkongsi tentang minatnya dalam gubahan muzik lagu-lagu hit untuk tatapan peminat seni tanah air dan luar negara.

Saya menggubah pelbagai jenis genre muzik dari pop ke rock termasuk genre dubstep dan menggubahnya hanya menggunakan alat muzik piano.

Secara peribadi, saya lebih suka menggubah muzik house dan dubstep kerana saya rasa ia sesuatu yang mencabar untuk bermain piano dengan genre muzik seperti itu. Antara trek paling mencabar yang saya pernah mainkan ialah lagu Scary Monster dan Nice Sprites dari penerbit muzik elektronik, Skrillex. Saya terpaksa melakukan percubaan banyak kali sebelum mendapat not muzik yang betul. Apa yang saya lakukan semua ini tercetus daripada inspirasi. Bila sahaja ilham datang pada waktu yang tepat, jari akan lincah bermain atas papan piano.

Saya mula memainkan “muzik cover” ketika masih melanjutkan pengajian di Universiti Masachusetts pada tahun 2008 dan memuat naik video-video muzik gubahan saya di laman YouTube. Saya terkejut dengan maklum balas daripada peminat muzik dan sejak dari itu saya terus menghasilkan “muzik cover” dengan piano.

Melalui YouTube, saya dapat mengembangkan bakat saya ke peringkat global untuk ditonton peminat muzik serata dunia. Ia satu medium yang luar biasa dan interaktif. Saya dapat mengenali ramai rakan baru dan berinteraksi dengan peminat dari seluruh dunia yang sukakan hasil kerja saya. Dari YouTube juga saya dapat berkongsi kerja seni saya secara atas talian selain dapat berjumpa teman baik saya, Abby Wong yang menjadi tunang saya sekarang. Laman YouTube dan penggunaan media sosial lain membuatkan saya dikenali di peringkat global dengan cara lebih mudah. Artis-artis tempatan seperti saya dapat berhubung, berinteraksi dan memanfaatkan kemahiran yang ada pada masing-masing untuk mewujudkan satu komuniti yang lebih “vibrant” sekaligus dapat memperbaiki mutu persembahan dan mengubah landskap media sosial Malaysia secara keseluruhan. Industri hiburan tanah air masih belum luas buat masa ini, namun semua penggiat seni muzik sedang bekerja keras membantu satu sama lain untuk membawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi di industri seni global. Untuk menonton “muzik cover” oleh Ray Mak, boleh layari laman YouTube di www.youtube.com/makhonkit

Frozen - Let It Go on PIAno Trek yang dirakam di Konsert Grand Piano Sample Berlin ini menjadi popular di YouTube dan mendapat jumlah tonto-nan ramai. https://www.youtube.com/watch?v=H_dmWS-m86wY

PSY - GAnGnAM StYLe on PIAnoLagu rap versi Ray Mak ini menjadi hit di YouTube walaupun agak mencabar untuk dimainkan. https://www.youtube.com/watch?v=xnfC0Vl-WMLc

MAGIS MUZIK Tonton persembahan muzik Ray Mak menerusi laman YouTube atau mengimbas kod QR di bawah

“Laman YouTube dan penggunaan media sosiaL lain membuatkan saya dikenali di peringkat global dengan cara lebih mudah. Artis-artis tempatan seperti saya dapat berhubung, berinteraksi dan memanfaatkan kemahiran yang ada pada masing-masing…”

AnUAr zAIn & eLInA – SUASAnA HArI rAYA on PIAnoLagu Hari Raya kegemaran ramai digubah dengan petikan pianohttps://www.youtube.com/watch?v=_di6B5wdLEo

Photo courtesy of Nic Seow from Virtigo Studios

10 Q 3 2 014

SANTAI

“KILL SwITCH” PADA TELEFON PINTAR – APA YANG HARUS ANDA TAHU Telefon pintar hari ini menjadi satu keperluan bagi setiap individu walaupun kosnya mencecah ribuan ringgit. Kualiti telefon pintar dan harganya yang tinggi dalam pasaran menjadikan ia salah satu objek sasaran penjenayah. Aplikasi “killswitch” boleh digunakan pada telefon pintar anda jika berlaku kecurian.

ISU BULETIN

Telefon pintar menjadi objek sasaran penjenayah kerana ia

mudah dijual dengan nilai yang tinggi. Pada tahun 2012, 1.6 juta rakyat Amerika Syarikat menjadi mangsa kecurian telefon pintar. Ia satu kebimbangan kerana risiko kecurian identiti apabila telefon pintar dicuri tidak dilindungi dengan kata laluan. Jalan penyelesaian yang dapat membantu ialah sistem telefon pintar “kill switch” (suis pemati).

“Kill switch” merupakan perisian untuk mengunci telefon pintar dan membenarkan pemilik mematikan peranti tersebut dari jarak jauh jika berlaku kecurian. Ia berfungsi dengan membersih, memadam maklumat kenalan, gambar dan data peribadi pemilik sekaligus menghalang pencuri mengguna dan menjualnya.

Microsoft merancang menambah ciri tersebut pada model telefon terbarunya menggunakan Windows 8.0. Apple mempunyai aplikasi kunci pengaktifan dengan perisian iOS 7. Google pula mempunyai Pengurus

Peranti Android membantu mengunci dan memadamkan telefon pintar pengguna dari jarak jauh.

Setiap pengeluar telefon mempunyai fungsi “kill switch” berbeza. Telefon pintar Samsung dilengkapi Kekunci Pengaktifan Semula yang dapat melumpuhkannya daripada digunakan pencuri kecuali kata laluan yang betul digunakan. Namun fungsi “kill switch” itu hanya dapat melengahkan usaha penjenayah kerana ia mampu digodam untuk mendapatkan kata laluan.

Di Amerika Syarikat, persatuan yang mewakili industri tanpa wayar Amerika Syarikat – CTIA, dalam proses menubuhkan sebuah pangkalan data yang didaftarkan melalui nombor IMEI. Jika berlaku kecurian, syarikat telekomunikasi boleh menyekat akses ke rangkaian pada telefon tersebut.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diberi tanggungjawab mewujudkan pangkalan data sama seperti CTIA. Ia masih dalam peringkat pelaksanaan tetapi anda boleh

memaklumkan syarikat telekomunikasi yang anda gunakan mengikut nombor IMEI telefon pintar anda. Walaubagaimanapun, cara ini tidak dapat digunakan secara universal dan tidak dapat menghalang penjenayah membawa telefon pintar anda ke luar negara atau menukarkan nombor kepada syarikat telekomunikasi lain.

Gabungan “kill switch” dan syarikat telekomunikasi mampu menghalang kecurian. Sekiranya berlaku, hubungi syarikat telekomunikasi dan semak sama ada mereka boleh menyekat akses rangkaian melalui nombor IMEI. Pada masa yang sama anda boleh mengunci telefon pintar anda dari jarak jauh.

Perlu diingatkan, anda perlu mengaktifkan dahulu perisian kunci tersebut untuk ia berfungsi. Periksa cara untuk mengaktifkannya sebelum perkara buruk berlaku kepada telefon pintar anda! Untuk perkembangan lanjut tentang isu ini, ikuti akaun twitter CFM di www.twitter.com/CFm_ malaysia

1. bit.ly/1tCCUi6 2. bit.ly/1qgLUXZ 3. bit.ly/1mRjYWM 4. bit.ly/1mRkjZR

Page 7: Buletin suku tahunan - consumerinfo.my · baik dari empat buah rumah anak yatim telah diraikan dengan aktiviti membeli-belah di AEON Bandar Utama, penganjuran bengkel khas, lawatan

1 2 Q 3 2 014 Q 3 2 014 1 3

MOBILITI

bayangkan, anda sedang menikmati percutian anda dengan tenang. Perjalanan

penerbangan anda ke lokasi percutian lancar. Servis hotel sangat memuaskan. Makanan amat menyelerakan dan tempat-tempat dilawati sangat menarik. Tiada yang menganggu fikiran dan anda hanya fikirkan untuk memuat naik gambar percutian di Instagram dan berkongsi pengalaman anda dengan rakan-rakan di Facebook. Dalam perjalanan ke tempat menarik anda tersesat jalan. Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana anda boleh gunakan Google Maps pada telefon pintar anda. Ketika bersantai, anda melayari YouTube untuk menghilangkan kebosanan.

Balik dari percutian, anda

menerima kejutan. Bil telefon anda melambung tinggi ketika penggunaannya semasa bercuti di luar negara. Kosnya lebih tinggi berbanding kos anda membeli belah! Perkara itu yang kerap berlaku kepada ramai pengguna iaitu caj perantauan yang memeranjatkan.

Caj perantauan dikenakan apabila anda membuat panggilan, menghantar SMS dan data ketika berada di luar negara. Dalam situasi ini, mungkin ramai yang masih menganggap syarikat telekomunikasi telefon mudah alih anda mempunyai perjanjian dengan syarikat telekomunikasi luar negara yang akan menukar rangkaian secara automatik untuk anda mengakses Internet dan

membuat panggilan tetapi dalam masa yang sama caj yang dikenakan sama seperti syarikat telekomunikasi tempatan. Walhal, bil sudah melambung tinggi.

Langkah yang paling bijak untuk mengelak perkara ini berlaku ialah dengan mematikan tetapan data perantauan pada telefon anda. Cara itu adalah yang paling tepat untuk anda menikmati percutian tanpa memikirkan kos lain selepas pulang bercuti.

Untuk mengelak bil telefon anda mencecah ratusan atau ribuan ringgit semasa bercuti di luar negara, ikuti beberapa tip yang diberi daripada pengembara berpengalaman:

ELAK CAJ PERANTAUAN TIDAK MUNASABAH: ENAM TIP KURANGKAN CAJ PERANTAUAN ANTARABANGSA

iOS Data Usage Android 3G Watchdog

Sebaik sahaja anda tiba di lapangan terbang, dapatkan kad SIM penyedia perkhidmatan tempatan di negara berkenaan dengan pakej yang bersesuaian dengan anda. Kebanyakan syarikat telekomunikasi menawarkan pakej unik kepada pelancong. Anda boleh mendapatkan kad SIM di kedai-kedai yang terdapat di balai ketibaan lapangan terbang atau di kedai-kedai serbaneka negara tersebut. Penggunaan kad SIM tempatan lebih menjimatkan kerana anda akan dikenakan kadar caj tempatan. Menggunakan telefon pintar yang boleh memuatkan dua kad SIM adalah sangat efektif pada waktu ini kerana anda boleh menggunakan kedua-dua kad SIM pada satu peranti.

DAPATKAN KAD SIM TEMPATAN1

MOBILITI

FAHAMI TERMA DAN KADAR CAJ DATA PERANTAUAN Jika anda tidak mempunyai terma khusus dengan syarikat telekomunikasi anda tentang kadar tetap perantauan antarabangsa atau pakej data perantauan tidak terhad, anda perlu memantau dan mematikan tetapan data perantauan pada telefon mudah alih anda buat sementara waktu. Namun, anda boleh dikenakan caj dan mungkin bil telefon anda boleh mencecah jumlah yang tinggi walaupun anda tidak mengakses Internet, membuat panggilan dan menghantar pesanan. Ia bergantung kepada terma syarikat telekomunikasi anda. Tidak menjawab panggilan ketika anda di luar negara juga boleh dikenakan caj kerana ia akan dihantar ke negara asal sebagai peti mel suara. Beberapa syarikat telekomunikasi juga akan mengenakan bayaran walaupun anda menjawab panggilan masuk. Untuk mengelak dikenakan bayaran walaupun dalam jumlah yang sikit, anda boleh menghentikan perkhidmatan peti mel suara dengan memaklumkan syarikat telekomunikasi anda.

BERBUAL SECARA PERCUMAJika anda perlu mengakses Internet, gunakan servis Wi-Fi percuma di café atau restoran sambil menikmati hidangan atau secawan kopi. Ada hotel yang menyediakan Wi-Fi percuma di ruang legar hotel. Anda boleh berbual secara percuma menerusi pelbagai aplikasi media sosial. Anda boleh membuat panggilan menerusi Skype. Aplikasi WeChat pula boleh digunakan untuk berbual gaya ala walkie-talkie dan panggilan video percuma. Aplikasi WhatsApp yang digunakan ramai pengguna pada masa ini juga mempunyai servis sembang suara. Cuba cari tempat yang mempunyai servis Wi-Fi percuma di lokasi percutian anda.

NYAHAKTIF DATA ATURAN APLIKASI

Muat turun peta lokasi yang anda rancang untuk lawati sebelum percutian anda. Cara itu lebih jimat kerana anda tidak perlu menggunakan data telefon untuk mencari arah lokasi secara atas talian. Beberapa aplikasi peta luar talian secara percuma boleh dimuat turun. Anda juga boleh menggunakan Google Maps untuk menyimpan peta lokasi tertentu. Untuk menyimpan peta kawasan tersebut, anda perlu zum masuk ke kawasan yang dicari, buka tingkap carian di dalam Google Maps dan taip Ok maps untuk menyimpan peta tersebut.

MUAT TURUN APLIKASI PETA LUAR TALIAN

Jika anda menggunakan data ketika anda di luar negara, setiap kilobait tunggal akan dikenakan caj melainkan anda melanggan pakej data perantauan tanpa had. Anda harus pastikan penggunaan data anda tidak melebihi had. Untuk memantau penggunaan data anda, muat turun aplikasi seperti 3G Watchdog (bit.ly/1m5yfdb) untuk Android dan Data Usage (bit.ly/XqcWCj) untuk iOS. Kedua-dua aplikasi ini dapat membantu anda untuk memantau dan mengehadkan penggunaan data bagi setiap aplikasi.

PANTAU PENGGUNAAN DATA

Sesetengah aplikasi mengemaskini secara automatik menggunakan data telefon mudah alih anda dan caj akan dikenakan. Langkah terbaik ialah dengan menyekat penggunaan data anda.

ANDrOIDBagi peranti yang menggunakan Android, klik pada Aturan>Penggunaan Data. Anda boleh melihat jumlah data aplikasi yang digunakan dan boleh mengehadkan data untuk kemas kini bagi setiap aplikasi. Untuk selaraskan pilihan anda, klik Aturan>Akaun. Anda boleh melihat aplikasi yang diselaraskan dan boleh menghentikan penyelarasan tersebut kerana ia akan menggunakan data telefon anda.

2

3

5

6

iOsBagi peranti menggunakan iOS 7, hanya beberapa aplikasi yang melakukan kemaskini. Untuk semua peranti menggunakan iOS sehingga iOS 7, semua aplikasi boleh dimuat semula dan dikemas kini walaupun tidak digunakan. Untuk menyahaktifkan data Latar Belakang App Muat Semula (Background App Refresh), klik Aturan>Umum> latar belakang App muat semula (Settings>General>Background App Refresh). Anda boleh menghentikan semua aktiviti Latar Belakang App Muat Semula atau aplikasi terpilih sahaja.

4

Page 8: Buletin suku tahunan - consumerinfo.my · baik dari empat buah rumah anak yatim telah diraikan dengan aktiviti membeli-belah di AEON Bandar Utama, penganjuran bengkel khas, lawatan

Q 3 2 014 3 314 Q 3 2 014

DIGITAL

Selepas seharian bekerja, anda pergi ke kedai berhampiran untuk membeli beberapa barang keperluan. Sampai sahaja di kaunter bayaran, anda dapati anda terlupa membawa dompet. Pada waktu itu, hanya kunci rumah dan telefon pintar ada bersama anda. Orang di belakang anda sudah beratur panjang menunggu. Juruwang pula

sudah membungkus barang yang anda beli dan hanya menunggu anda membuat bayaran. Tanpa wang tunai dan kad kredit, apa penyelesaian yang anda boleh lakukan? Hanya dengan menaip SMS ringkas dari telefon bimbit, anda boleh membuat bayaran kepada pekedai tanpa urusan tunai secara fizikal. Perkhidmatan wang mudah alih (Mobile Money) – adalah alternatif kepada wang tunai, kad debit atau kad kredit yang boleh anda gunakan untuk memudahkan urusan jual beli anda pada masa ini.

MOBILE MONEY – wANG GENERASI BARU, TRANSAKSI ALTERNATIF

Perkhidmatan wang mudah alih adalah satu bentuk bayaran yang dilakukan melalui telefon pintar atau alat elektronik canggih lain yang dijalankan di bawah kawalan dan peraturan kewangan yang ketat. Di Malaysia, semua perkhidmatan berkaitan wang mudah alih dan transaksi dikawal oleh Bank Negara dan merujuk kepada terma dan peraturan Mobile Money, Mobile Money Transfer atau Mobile Wallet.

Perkhidmatan wang mudah alih membolehkan anda membuat bayaran bagi barangan dan perkhidmatan pada bila-bila masa dengan hanya menggunakan telefon bimbit disertai dengan PIN keselamatan (Personal Identification Number) melalui (SMS) atau menu perkhidmatan USSD. Sebagai pengguna, anda boleh membeli barangan secara atas talian (online) dan membuat bayaran menggunakan telefon bimbit anda tanpa perlu pergi ke kedai tersebut. Nilai tunai maksimum, dipanggil sebagai “had dompet” (purse limit) adalah nilai yang diluluskan Bank Negara dan ia berbeza mengikut operator talian telefon mudah alih.

APA ITU PERKHIDMATAN wANG MUDAH ALIH?

Anda perlu melakukan pendaftaran dengan operator talian telefon mudah alih anda untuk membuka akaun “Mobile Wallet” (dompet digital). Ia boleh dilakukan melalui SMS atau menu perkhidmatan USSD. Selepas pendaftaran sah dilakukan, masukkan sejumlah wang ke dalam akaun “Mobile Wallet” melalui operator talian telefon mudah alih anda. Proses tersebut dipanggil “Cash-in”. Bagi sesetengah operator talian, anda boleh melakukan “cash-in” secara atas talian dan membuat tukaran kredit panggilan biasa anda kepada “Mobile Currency” (nilai mata wang mudah alih). Proses mengeluarkan wang mudah alih kepada nilai wang sebenar dipanggil sebagai “Cash-out”.

Dengan “Mobile Currency” yang mencukupi dalam “Mobile Wallet”, pelbagai perkhidmatan wang mudah alih boleh digunakan, seperti pemindahan “mobile currency” tempatan dan antarabangsa, membayar bil telefon anda dan menukar “mobile currency” kepada kredit panggilan untuk dipindahkan kepada keluarga atau rakan. Pembelian barangan, nada dering atau nada pemanggil boleh dibuat melalui teknologi komunikasi medan hampir (NFC). Semua perkhidmatan tersebut berbeza mengikut operator talian dan tertakluk kepada Bank Negara. Ketahui lebih lanjut tentang wang elektronik (e-money) dan senarai peniaga dan bank berdaftar, anda boleh ke laman web rasmi Bank Negara di www.bnm.gov.my

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

CFM merupakan badan kawal selia di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Sila hubungi CFM jika anda mempunyai sebarang maklum balas tentang prestasi perkhidmatan talian tetap, telefon mudah alih, perkhidmatan internet, TV dan radio anda.

Talian Pengguna

Laman Web

Page 9: Buletin suku tahunan - consumerinfo.my · baik dari empat buah rumah anak yatim telah diraikan dengan aktiviti membeli-belah di AEON Bandar Utama, penganjuran bengkel khas, lawatan

do you know? adakah anda tahu? As a responsible consumer, get to know the right channels for addressing your complaints. Different agencies and authorities are appointed based on different type of services. Jurisdiction empowered to these agencies are also limited. So, be savvy and save time by complaining correctly.

Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, mengenali saluran yang betul untuk menangani aduan anda. Agensi dan pihak berkuasa berlainan yang dilantik berdasarkan jenis perkhidmatan. Bidang kuasa untuk agensi-agensi ini juga terhad. Jadi, fahami dan jimatkan masa dengan mengadu dengan betul.

hOW TO MAKE A COMPLAINT CARA MEMBUAT ADUAN

The COP stands for Complaint Online Portal which is a

self-managed complaint portal designed to allow you the

consumer to monitor for yourself the status of your complaint,

looked at or responded to by cers. It gives you

a transparent access to thestatus of your complaint.

lodge a complaint directly to the Complaint Online Portal (CoP) / kemukakan aduan terus ke Complaint Online Portal:www.complaint.cfm.org.my

Write in to / laporkan ke:Email: [email protected]

Fax in to / Faks ke:Fax: +603-2693-2288

Walk-in or write to / hadir atau lapor ke:Communications & multimedia Consumer Forum of malaysia6-02, 6th Floor Wisma StraitsTrading No. 2, Lebuh Pasar Besar 50050 Kuala Lumpur Malaysia

-English version -Bahasa Melayu

Step 1

Complaint Skmm / aduan Skmm1800 888 030Email: [email protected]: http://aduan.skmm.gov.my

problems with telecommunications, postal, internet & radio services?

Contact your service provider for resolution

masalah dengan telekomunikasi, pesanan, internet & perkhidmatan radio?

Hubungi pembekal perkhidmatan anda untuk penyelesaian

Complaint related to Content via medium electronic /aduan berkenaan dengan kandungan melalui media elektronik

Step 3

The COP stands for Complaint Online Portal which is a

self-managed complaint portal designed to allow you the

consumer to monitor for yourself the status of your complaint,

looked at or responded to by cers. It gives you

a transparent access to thestatus of your complaint.

hotline : 1800 182 222Complaint portal: www.complaint.cfm.org.myemail: [email protected]: www.cfm.org.my

Complaint On Services / aduan pada perkhidmatan

hotline : 1800 182 222Complaint portal: www.complaint.cfm.org.myemail: [email protected]: www.cfm.org.my

not Satisfied / aduan Skmm tiada penyelesaian/ tiada maklum balas/ Complaint Skmm

masalah pengguna / isu aduan / Complaint Skmm

COP merujuk kepada Complaint Online Portal di mana portal aduan diuruskan sendiri

direka untuk membenarkan pengguna untuk melaporkan status aduan anda, sama ada fail anda telah disemak atau dikenal pasti oleh pegawai aduan. Ia memberi anda

laluan telus kepada status aduan anda.

geT heLp from cusTomer service / dapaTKan banTuan daripada perKhidmaTan peLanggan

Calls to 1300-111-000 from your Celcom numbers

Dial 1111 if you’re calling from your Celcom mobile

https://www.celcom.com.myhttps://www.celcom.com.my/personal/helpsupport/contactus/contactus-form

+6016-2211-800http://www.digi.com.my/

[email protected]

TELECOMMUNICATIONS / TELEKOMUNIKASI

[email protected]

Hotline: 1-800-82-1123Or dial 123 from your

Maxis mobile.International calls: +60374922123

Fax: +603-7492-2950http://www.maxis.com.myhttp://www.hotlink.com.my

Tel: +6019-388-0632 (Joe)Tel: +6016-915-8281 (Sandra)

[email protected]

1-300-03-1300

+603-8800-8888 (kl)

+604-722-8888 (penang)

+605-811-8888 (perak)

+606-733-8888 (melaka)

+607-293-8888 (JB)

+609-293-8888 (kuantan)http://www.p1.com.my/http://www.p1.com.my/

customercare/form/[email protected]

[email protected]

www.redone.com.myhttps://www.facebook.com/

RED1Mobile

+6018-0018-1818 +603-5021-2122 (Oversea)

[email protected]

TM Call Center: 100 (Malaysia)

1-300-888-123 (mobile)+603-2241-1290 (Overseas)

UniFi Call Center:1-300-88-1222 (pre sales)

1-300-88-1221 (current subscribers)

Hotline +6018-388-1318 / UM1318

[email protected]

[email protected]

[email protected].

1-300-82-3838 (local)+603-9543-4129 (oversea)

Call 1-300-88-1222Call 100 (Malaysia)

eTV holding sdn bhd (eTV)+6018-0087-9993

http://www.etv.my/etv/[email protected]

Pertubuhan berita Nasional malaysia (bernama)

[email protected]

Asian broadcasting Network(m) sdn. bhd. (AbN)Tel: +603-8947-0222

http://www.abnxcss.com/http://www.abnxcess.com/enquiry/

sistem Televisyen malaysia berhad (TV3)

[email protected]

metropolitan TV sdn bhd (8TV)+603-7726-6333(Alt Media)

+603-7728-8282(8TV)[email protected]@[email protected]

TV Al hijrah (TWAh)+603-226-01600

[email protected]

Nat seven TV sdn. bhd. (NTV7)+603-7726-8777

[email protected]

meDIA PrImA berhAD

Ch-9 media sdn bhd (TV9)+603-7726-6333

[email protected]

RADIO

[email protected]

[email protected]

AsTrO rADIO sDN bhD

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

+603-7710-8822 (Studio)+603-7710-5022 (Office)

+603-7710-0110 (studio)+603-7710-5022 (office)

meDIA PrImA rADIO NeTWOrks

+603-7724-1144 (studio)+603-7710-5022 (office)

+603 [email protected]

+603-7724-2115 (Studio)+603-7885-1188 (Office)

+603-2035-5900

+603-7885-1188 (Office)+603-7710-3988 (Hotline)

[email protected]

sTAr rFm sDN. bhD.

bFm meDIA sDN.bhD

+603-7885-1885 (Office)+603-7885-1188 (Office)+603-7733-5757 (Studio)

[email protected]

berNAmA rADIO24

[email protected]

+609-624-1008 (Conty)+609-626-2255 (Office)

[email protected]

+607-333-1041 (Studio)+607-331-4104 (Office)

sUArA jOhOr sDN. bhD.

CAPITAl Fm sDN. bhD.

INsTITUT keFAhAmANIslAm mAlAysIA

+608-231-1799

krIsTAl hArTA sDN. bhD.

hUsA NeTWOrk sDN. bhD.+603-9543-8888

[email protected]

Al hUrAhmeDIA COrPOrATI0N

+6011-2211 2211http://www.clixster.net/

[email protected]

+603-2303 4988http://www.buzzme.com.my

/content/defaulthttps://www.buzzme.com.my

/content/contact-us

PAY TV / TV BERBAYAR

FREE TO AIR TV /SIARAN TV PERCUMA