Buletin Sumber Yang Diperbaharui

3
KEBAIKAN PENGGUNAAN SUMBER YANG BOLEH DIPERBAHARUI (RENEWABLE ENERGY) Terdapat pelbagai bahan boleh dijadikan alternatif bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil seperti tenaga solar (matahari), tenaga air, tenaga angin, hidrogen, dan biojisim kelapa sawit. Malaysia merupakan negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Justeru, kita boleh memanfaatkan cahaya matahari sebagai sumber tenaga untuk menggantikan tenaga elektrik. Walaupun kos untuk sistem solar tinggi dan sesetengah kawasan tidak mendapat matahari untuk jangka masa panjang kerana keadaan cuaca tidak menentu, tetapi kebaikannya tidak boleh diabaikan. Tenaga matahari dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah kaca serta boleh disimpan untuk penggunaan elektrik pada waktu malam. Ia juga boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lampu tiang yang banyak terdapat di Malaysia. Tenaga hidro berasal dari air mengalir dan boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Tenaga ini menampung keperluan pertanian. Tanah Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna telah menjadikan negara kita sebagai kawasan yang mempunyai bekalan air yang berterusan. Hampir 90 peratus daripada sumber tenaga yang diperbaharui datang daripada kuasa hidro. Empangan telah digunakan sebagai sebuah stesen janakuasa hidro untuk menakung air sungai. Kelebihan tenaga ini termasuklah ia percuma. Air juga dapat disimpan di dalam empangan dan sedia digunakan pada masa yang diperlukan serta tidak ada sisa buangan yang mencemarkan. Tenaga ini juga lebih diyakini berbanding dengan tenaga angin, matahari dan gelombang, selain boleh digunakan sebagai bahan api yang menggerakkan kenderaan. Biofuel juga merupakan bahan bakar alternatif untuk bahan bakar fosil yang dihasilkan dari bahan- bahan organik. Biofuel dapat dihasilkan secara langsung dari tanaman atau industri, komersial, domestik, atau pertanian. Secara kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang berkesan perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan berterusan bagi kegunaan manusia pada masa depan.

description

word

Transcript of Buletin Sumber Yang Diperbaharui

KEBAIKAN PENGGUNAAN SUMBER YANG BOLEH DIPERBAHARUI (RENEWABLE ENERGY)Terdapat pelbagai bahan boleh dijadikan alternatif bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil seperti tenaga solar (matahari), tenaga air, tenaga angin, hidrogen, dan biojisim kelapa sawit. Malaysia merupakan negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun.Justeru, kita boleh memanfaatkan cahaya matahari sebagai sumber tenaga untuk menggantikan tenaga elektrik. Walaupun kos untuk sistem solar tinggi dan sesetengah kawasan tidak mendapat matahari untuk jangka masa panjang kerana keadaan cuaca tidak menentu, tetapi kebaikannya tidak boleh diabaikan. Tenaga matahari dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah kaca serta boleh disimpan untuk penggunaan elektrik pada waktu malam. Ia juga boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lampu tiang yang banyak terdapat di Malaysia.Tenaga hidro berasal dari air mengalir dan boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Tenaga ini menampung keperluan pertanian. Tanah Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna telah menjadikan negara kita sebagai kawasan yang mempunyai bekalan air yang berterusan. Hampir 90 peratus daripada sumber tenaga yang diperbaharui datang daripada kuasa hidro. Empangan telah digunakan sebagai sebuah stesen janakuasa hidro untuk menakung air sungai.Kelebihan tenaga ini termasuklah ia percuma. Air juga dapat disimpan di dalam empangan dan sedia digunakan pada masa yang diperlukan serta tidak ada sisa buangan yang mencemarkan. Tenaga ini juga lebih diyakini berbanding dengan tenaga angin, matahari dan gelombang, selain boleh digunakan sebagai bahan api yang menggerakkan kenderaan. Biofuel juga merupakan bahan bakar alternatif untuk bahan bakar fosil yang dihasilkan dari bahan-bahan organik. Biofuel dapat dihasilkan secara langsung dari tanaman atau industri, komersial, domestik, atau pertanian. Secara kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang berkesan perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan berterusan bagi kegunaan manusia pada masa depan.

TENAGA ALTERNATIF DI MALAYSIAKemajuan dan pembangunan negara memerlukan sokongan daripada bekalan sumber tenaga yang bukan sahaja berkekalan, tetapi juga bersih, selamat dan menjimatkan. Sekurang-kurangnya untuk tempoh yang terdekat ini, dunia masih memerlukan sumber bahan api fosil kerana teknologi yang ada kini hampir semua bergantung kepadanya. Bergantung hanya kepada satu sumber tenaga yang pastinya akan pupus ini amat tidak menjamin kelangsungan pembangunan sesebuah negara. Tenaga yang boleh diperbaharui merupakan alternatif yang terbaik kerana ia bebas daripada kesan buruk.Hampir 2 kali ganda sumber tenaga utama dunia hari ini diperlukan menjelang tahun 2020, dan lebih 80% populasi dunia akan hidup di dalam negara yang membangun. Sumber tenaga yang ada sekarang tidak konsisten dari segi ekonomi malahan berdepan dengan cabaran pada masa depan. Untuk menampung keseluruhan populasi dunia, penggunaan sumber tenaga yang ada hari ini belum cukup efektif jika dinilai dari segi kos dan ekonomi. Tambahan pula, kesan persekitaran yang tercemar berpunca dari sumber tenaga konvensional lebih menggambarkan bermulanya kenaikan kos sumber tenaga. Oleh sebab itu, penyelidikan secara intensif, pembangunan dan kajian bagi mencari teknologi baru untuk menjana tenaga diperlukan. Pada masa ini, penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui (Renewable Energy) memerlukan masa dan penilaian dari pelbagai aspek pembangunan. Namun demikian, ianya berpotensi dalam mengurangkan kos sumber tenaga. Dengan jangkaan kenaikan harga minyak kelak dan kos pemeliharaan alam sekitar kesan daripada sistem sumber tenaga konvensional pada hari ini, menunjukkan sumber tenaga boleh diperbaharui akan menjadi salah satu penyumbang tenaga yang utama dalam beberapa dekad lagi. Malaysia sendiri yang memasuki babak baru dalam pembangunannya yang berteraskan kepada wawasan negara ingin menjadi negara maju menjelang 2020. Hasrat ini hanya akan tercapai sekiranya negara mampu membekalkan tenaga secukupnya untuk pembangunannya serta dapat menjamin keseimbangan pembangunan dengan alam sekitar yang selesa. Dengan sebab itu, kerajaan sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit bagi meningkatkan lagi keupayaan penghasilan tenaga elektrik untuk perkembangan ekonomi dan taraf hidup. Dalam abad ke-21, permintaan tenaga negara dijangka akan terus meningkat dengan cepat. Bagi memenuhi hasrat pembangunan ini, adalah penting Malaysia mencari satu sumber tenaga yang baru sebagai langkah alternatif dan persediaan masa depan selain daripada hanya bergantung pada bekalan kuasa elektrik konvensional yang ada sekarang.