BuletinAKK Vol.4 April EGA, EEI HUI JURULATIH...

4
BuletinAKK Vol.4 BAHAGIAN DI BAWAH: AGENSI DI BAWAH: Perkongsian Membawa Manfaat (m.s 2) Takwim Kursus Sains Sukan Bagi Bulan MEI 2017 (m.s 4) JEGA, EEI HUI JURULATIH TERBAIK NEGARA 2016 ASN MENGIKTIRAF KHIDMAT R. JEGANATHAN DAN CHIN EEI HUI BULETIN AKK Kuala Lumpur: 27 April 2017 telah berlangsungnya Anugerah Sukan Negara anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia. Majlis yang gilang-gemilang telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad ke V dan turut dihadiri oleh Menteri Belia & Sukan Malaysia Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaludin. Acara ini turut memberi pengiktirafan yang amat bermakna sekali Rangkuman dan himpunan berita, isu-isu semasa, pengalaman, artikel, cerita dan temubual di sebalik kejayaan atlet-atlet di bawah bimbingan jurulatih mereka. Sumber maklumat dan suntingan adalah sah dan disemak oleh pihak berwajib bagi penyampaian maklumat yang efektif demi kemajuan kejurulatihan di Malaysia. ILMU SAINS SUKAN UNTUK SEMUA m.s 3 April 2017 URUTAN SUKAN BANTU PRESTASI ATLET m.s 2 STATISTIK BAGI KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN SPESIFIK EDISI APRIL m.s 4 KURSUS SUKAN SPESIFIK JADI BURUAN m.s 4 kepada jurulatih di Malaysia di mana Anugerah Jurulatih Terbaik Lelaki telah dianugerahkan kepada R.Jeganathan, Jurulatih Olahraga Paralimpik Negara dan anugerah Jurulatih Terbaik Perempuan telah dianugerahkan kepada Chin Eei Hui, Jurulatih Beregu Badminton Negara. Kejayaan Jeganathan dalam membimbing atlet paralimpik negara mencapai 3 pingat 3 pingat emas di temasya paralimpik Rio hasil kerjasama padu bersama dua lagi jurulatih, Syahrul Amri Suhaimi serta Faizal Harun. Antara faktor utama kejayaan Chin Ee Hui pula ketika membantu beregu campuran dan beregu lelaki memenangi pingat perak di temasya Rio 2016 hasil gandingan mantap dengan seorang lagi jurulatih, Jeremy Gan. Tahniah diucapkan ! PENERIMA ANUGERAH ... Jurulatih Jega (Kiri) dan Eei Hui ketika detik kejayaan atlet mereka dalam kejohanan bertaraf dunia pada tahun yang lalu. EXPERIENCE TELLS YOU WHAT TO DO, CONFIDENCE ALLOWS YOU TO DO IT. -Stan Smith- “ALWAYS COACHING, ALWAYS LEARNING” M.S 1 coachingacademy.isn.gov.my

Transcript of BuletinAKK Vol.4 April EGA, EEI HUI JURULATIH...

Page 1: BuletinAKK Vol.4 April EGA, EEI HUI JURULATIH TERBAIKcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/BuletinAKK... · Terbaik Perempuan telah dianugerahkan kepada Chin Eei Hui,

BuletinAKK Vol.4

BAHAGIAN DI BAWAH:

AGENSI DI BAWAH:

Perkongsian

Membawa

Manfaat

(m.s 2)

Takwim Kursus

Sains Sukan Bagi

Bulan MEI 2017 (m.s 4)

JEGA, EEI HUI JURULATIH TERBAIK

NEGARA 2016 ASN MENGIKTIRAF KHIDMAT R. JEGANATHAN DAN CHIN EEI HUI

BULETIN AKK

Kuala Lumpur: 27 April

2017 telah berlangsungnya

Anugerah Sukan Negara

anjuran Majlis Sukan

Negara Malaysia. Majlis yang

gilang-gemilang telah

dirasmikan oleh Yang

Dipertuan Agong Sultan

Muhammad ke V dan turut

dihadiri oleh Menteri Belia &

Sukan Malaysia Yang

Berhormat Brigadier Jeneral

Khairy Jamaludin. Acara ini

turut memberi pengiktirafan

yang amat bermakna sekali

Rangkuman dan himpunan berita,

isu-isu semasa, pengalaman, artikel,

cerita dan temubual di sebalik

kejayaan atlet-atlet di bawah

bimbingan jurulatih mereka.

Sumber maklumat dan suntingan

adalah sah dan disemak oleh pihak

berwajib bagi penyampaian

maklumat yang efektif demi

kemajuan kejurulatihan di Malaysia.

ILMU SAINS SUKAN UNTUK SEMUA m.s 3

April 2017

URUTAN SUKAN

BANTU PRESTASI

ATLET m.s 2

STATISTIK BAGI KURSUS

KEJURULATIHAN SUKAN

SPESIFIK EDISI APRIL m.s 4

KURSUS SUKAN SPESIFIK JADI

BURUAN m.s 4

kepada jurulatih di Malaysia

di mana Anugerah Jurulatih

Terbaik Lelaki telah

dianugerahkan kepada

R.Jeganathan, Jurulatih

Olahraga Paralimpik Negara

dan anugerah Jurulatih

Terbaik Perempuan telah

dianugerahkan kepada Chin

Eei Hui, Jurulatih Beregu

Badminton Negara.

Kejayaan Jeganathan dalam

membimbing atlet

paralimpik negara mencapai

3 pingat

3 pingat emas di temasya

paralimpik Rio hasil

kerjasama padu bersama dua

lagi jurulatih, Syahrul Amri

Suhaimi serta Faizal Harun.

Antara faktor utama kejayaan

Chin Ee Hui pula ketika

membantu beregu campuran

dan beregu lelaki memenangi

pingat perak di temasya Rio

2016 hasil gandingan mantap

dengan seorang lagi jurulatih,

Jeremy Gan.

Tahniah diucapkan !

PENERIMA ANUGERAH ... Jurulatih Jega (Kiri) dan Eei Hui ketika detik kejayaan atlet mereka dalam

kejohanan bertaraf dunia pada tahun yang lalu.

EXPERIENCE TELLS YOU WHAT TO DO,

CONFIDENCE ALLOWS YOU TO DO IT. -Stan Smith-

“ALWAYS COACHING, ALWAYS LEARNING”

M.S 1

coachingacademy.isn.gov.my

Page 2: BuletinAKK Vol.4 April EGA, EEI HUI JURULATIH TERBAIKcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/BuletinAKK... · Terbaik Perempuan telah dianugerahkan kepada Chin Eei Hui,

BuletinAKK Vol.4

April 2017

PERKONGSIAN

MEMBAWA MANFAAT PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN TERRY, BENG

HAI & SASAKI DIKONGSI KEPADA JURULATIH Auditorium1, Majlis Sukan Negara -18 April

2017 telah berlangsungnya Coaching Talk & Share

Siri yang pertama di mana telah melibatkan

seramai 28 peserta terdiri daripada jurulatih, staf

MSN dan ISN. Dalam sesi ini, Terry Walsh

Pengarah Teknikal dan Tan Beng Hai selaku

jurulatih pembangunan Persatuan Hoki Malaysia

telah berkongsi perkembangan terkini program

yang dijalankan untuk skuad hoki elit dan pelapis

negara. Yuchi Sasaki selaku Pakar Terapi Sukan

Bahagian Podium Institut Sukan Negara pula

berkongsi mengenai perancangan periodisasi yang

efektif

JELAS DAN BERGUNA... ilmu dan pengalaman yang dikongsi

oleh para penceramah dalam sesi kali ini.

Pendidikan Jurulatih Berterusan (CCE) terus

diterapkan di dalam meningkatkan pengetahuan

jurulatih, pegawai sukan dan pelajar universiti

dengan penganjuran sebanyak tiga kursus

pendidikan kejurulatihan berterusan sepanjang

bulan April. Kepakaran Dr Lim Boon Hooi dan Dr.

Lee Ai Choo telah dicurahkan kepada peserta

Kursus Sport Massage di Majlis Sukan Negeri

Pulau Pinang, Pusat Akuatik Pandalela Renong

Kuching, Sarawak dan Pusat Sukan Universiti

Malaya. Keseluruhan 93 peserta telah terlibat

sepanjang kursus yang dijalankan di 3 buah

negeri ini.

M.S 2

URUTAN SUKAN

BANTU PRESTASI ATLET

untuk atlet prestasi tinggi bagi sukan olahraga.

Siri ke-2 Coaching Talk & Share dijangka akan

diadakan pada 23 Mei 2017.

INISIATIF TINGKATKAN

KUALITI “SPORTS LIBRARY” LAWATAN RASMI KE PPAS SUMBANG IDEA

Pada 12 April 2017, pihak Perpustakaan Sukan, ISN telah

mengadakan lawatan rasmi ke Perbadanan Perpustakaan

Awam Selangor (PPAS) yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Rombongan yang terdiri daripada 9 orang pegawai dan

anggota ini telah diketuai oleh Ketua Cawangan

Perpustakaan Sukan, En. Murshaidi Hazlin Mohamad.

Tujuan lawatan rasmi ini diadakan adalah untuk melihat

kemudahan yang disediakan di PPAS terutamanya dari segi

pengurusan produk digital serta mengenal pasti peluang

kerjasama yang boleh diwujudkan di antara pihak

Perpustakaan Sukan dan PPAS.

Sesi bergambar bersama wakil

PPAS.

Jangan lupa like

Facebook page kami

Page 3: BuletinAKK Vol.4 April EGA, EEI HUI JURULATIH TERBAIKcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/BuletinAKK... · Terbaik Perempuan telah dianugerahkan kepada Chin Eei Hui,

BuletinAKK Vol.4

TAHUKAH ANDA??

Seramai 186 orang jurulatih yang telah membuat lesen baru dan seramai 71 orang

jurulatih yang telah memperbaharui lesen kejurulatihan sehingga bulan April 2017.

April 2017

Seramai 80 peserta telah terlibat dalam Kursus Sains Sukan Tahap 1 yang telah diadakan di Kuantan anjuran

Majlis Sukan Negeri Pahang dan Gambang anjuran Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia dan

seramai 29 peserta telah terlibat dalam Kursus Sains Sukan Tahap 2 di Kota Kinabalu anjuran Majlis Sukan

Negeri Sabah. Peserta yang terlibat bukan sahaja terdiri daripada jurulatih malahan pelajar universiti,pegawai

kerajaan dan swasta turut sama menyertai kursus ini demi meningkatkan ilmu serta pengetahuan terkini

untuk diaplikasikan di dalam bidang kerja dan gaya hidup mereka.

ILMU SAINS SUKAN UNTUK SEMUA

CABARAN TERAKHIR KSS TAHAP III 19 April – Perpustakaan Sukan telah

berlangsungnya sesi Viva Kursus Sains Sukan

Tahap 3 yang dianjurkan oleh Akademi

Kejurulatihan Kebangsaan. Sesi penilaian yang

melibatkan seramai 29 peserta itu telah dijalankan

oleh Dr Lim Boon Hooi dan Dr Balbir Singh. Sesi ini

telah berjalan dengan lancar sekali. Turut terlibat

dalam sesi ini adalah atlet karate negara,jurulatih

ping pong kebangsaan dan juga pegawai ISN.

IT’S NOT NECESSARILY THE AMOUNT OF TIME YOU SPEND AT PRACTICE

THAT COUNTS, IT’S WHAT YOU PUT INTO THE PRACTICE. -Eric Lindros-

M.S 3

APLIKASI SAINS SUKAN

DIKALANGAN ANGGOTA

KESELAMATAN? Maktab PDRM Kuala Lumpur telah

menganjurkan kursus sains sukan tahap 1 pada

17 hingga 21 April yang lalu di mana seramai 29

anggota polis yang berminat dengan ilmu Sains

Sukan telah menyertai kursus tersebut. Rata-

rata anggota polis yang terlibat menyatakan

keperluan untuk mempelajari cabang di dalam

bidang sains sukan seperti bidang suaian fizikal

yang dapat memberi pengetahuan bagaimana

untuk meningkatkan tahap kecergasan diri

sekaligus membantu anggota di dalam menjalani

tugas harian. Semoga kursus yang dijalankan

memberi manfaat buat warga Maktab PDRM.

Page 4: BuletinAKK Vol.4 April EGA, EEI HUI JURULATIH TERBAIKcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/BuletinAKK... · Terbaik Perempuan telah dianugerahkan kepada Chin Eei Hui,

BuletinAKK Vol.4

KURSUS SUKAN SPESIFIK JADI BURUAN PENANDA KEBANGKITAN PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN DALAM PENGANJURAN KURSUS

KEJURULATIHAN SUKAN SPESIFIK

April 2017

DENGAN KERJASAMA :

Sebanyak 8 kursus kejurulatihan sukan spesifik telah dijalankan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan

dan di antara persatuan yang terlibat dalam penganjuran kursus ini Persatuan Muay Thai Malaysia

(PMM) yang telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Muay Thai Tahap 1 dan Tahap 2, Persatuan

Pelayaran Malaysia (MSA) yang telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Pelayaran Tahap 1 di

Terengganu, Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (BSKPM) yang telah menganjurkan

Kursus Kejurulatihan Pelayaran Tahap 1 di Perlis.

M.S 4

PENAUNG:

YM DR TENGKU FADILLAH

TENGKU KAMALDEN

JAWATANKUASA EDITORIAL

PENASIHAT:

DR. YEO WEE KIAN

YM DR TENGKU

FADILLAH TENGKU

KAMALDEN

PENASIHAT EDITOR:

R. VIVEKANANDAN

YM DR TENGKU

FADILLAH TENGKU

KETUA EDITOR:

MUHAMMAD MUNZIR

YM DR TENGKU

FADILLAH TENGKU

KAMALDEN

EDITOR:

MUHAMMAD IQZARIF (JURUFOTO/JURUVIDEO)

YM DR TENGKU

FADILLAH TENGKU

KAMALDEN

EDITOR:

HAZWAN HAZIQ (FAKTA ILMIAH)

YM DR TENGKU

FADILLAH TENGKU

EDITOR:

AHMAD SHAHIR (STATISTIK & INFOGRAFIK)

EDITOR:

FAIZAL ISHAK (BERITA)

YM DR TENGKU

FADILLAH TENGKU

KAMALDEN

EDITOR:

FREDDY AFFENDI (JURUGRAFIK)

YM DR TENGKU

FADILLAH TENGKU

KAMALDEN

EDITOR:

FAIZ IZMANISAH (RENCANA)

YM DR TENGKU

FADILLAH TENGKU

Kelantan - Persatuan Hoki Malaysia telah

menganjurkan Kursus Kejurulatihan Hoki Tahap 1

dan Di USM Kubang Kerian juga turut dianjurkan,

Kursus Kejurulatihan Basikal Tahap 1 anjuran

Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Di Johor Bahru pula menyaksikan penganjuran Kursus Bola Tampar Tahap 1 anjuran Persatuan Bola

Tampar Malaysia (MAVA) sekaligus menutup tirai penganjuran kursus bagi bulan Mei.

Kursus Sukan Spesifik Tahap 1 telah diteruskan

dengan penganjuran Kursus Kejurulatihan

Badminton Tahap 1 anjuran Persatuan Badminton

Malaysia (BAM) di Kuala Lumpur dan Kursus

Kejurulatihan Equestrian Tahap 1 di Selangor Turf

Club Persatuan Ekuin Malaysia (MEM).