BUNYI KONSONAN

45
Penghantar fonetik dan fonologi BUNYI bahasa bunyi konsonan JUSTINO BIN PETER BAGANG

Transcript of BUNYI KONSONAN

Page 1: BUNYI KONSONAN

Penghantar fonetik dan fonologi

BUNYI bahasa

bunyi konsonan

JUSTINO BIN PETER BAGANG

Page 2: BUNYI KONSONAN

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal .

Bunyi konsonan dihasilkan apabila berlakunya sekatan udara yg mengalir dalam saluran suara.

Ada 4 perkara yang perlu diambil kira,bg mengklasifikasi bunyi konsonan,iaitu:

1. Adakah bunyi tersebut bersuara atau tak bersuara.

2. Di mana lokasi lokasi pengeluaran bunyi yang

menerima sekatan tersebut.

3. Cara sekatan yang berlaku kepada aliran udara.

4. Cara menghasilkan bunyi tersebut.

Page 3: BUNYI KONSONAN

1.Bunyi bersuara dan tak bersuara

• Penentuan kpd sifat bunyi ini ialah pita suara semasa lafaz bunyi.

• Seandainya pita suara bergetar maka bunyi yg dirujuk akan dikatakan sebagai bersuara,manakala jika sebaliknya bunyi itu dinamakan sebagai tak bersuara.

Page 4: BUNYI KONSONAN

2.Lokasi pengeluaran bunyi

• Dlm menentukan lokasi pengeluaran bunyi,terlebih dahulu perlu dikenal pasti secara rinci saluran suara dan alat artikulasi yang terlibat.

• Jikalau semasa melafaz alat artikulasi yg terlibat adalah bibir ,maka penamaan akan diberikan berdasarkan alat dan daerah tersebut,iaitu dua bibir atau bilabial.

• Begitu juga utk bunyi-bunyi lain.Penamaan bergantung pada alat dan daerah artikulasi yg terlibat.

Page 5: BUNYI KONSONAN

3.Cara lafaz dan jenis sekatan

• Dalam bahagian ini,perlu dihuraikan jenis sekatan yg berlaku pada aliran udara.Bunyi letupan atau plosif dihasilkan apabila berlaku sekatan kepada aliran udara drpd terlepas keluar.

• Sekatan yg berlaku ini akan mengumpul dan menahan udara dan kemudian dilepaskan secara serta-merta.

• Dalam penghasilan bunyi sengau atau nasal,maka penutupan rongga mulut berlaku sepenuhnya,tetapi udara dibiarkan keluar melalui rongga hidung dengan kedudukan anak tekak atau velum direndahkan.

• Beginilah kita kita mengenal pasti jenis bunyi konsonan yg dihasilkan.

Page 6: BUNYI KONSONAN

4.Mekanisme aliran udara

• Dengan menghuraikan mekanisme aliran udara kita dapat secara persisnya menghuraikan penghasilan sesuatu konsonan.Udara yg mengalir keluar perlu dispesifikasi sama pulmonik,glotis,velar atau egresif dan ingresif dan ingresif.

• Aliran udara secara glotis pula berlaku apabila udara bergerak ke dlm atau keluar dgn merendahkan atau menaikkan larinks dlm tekak.

• Bunyi velar pl terhasil melalui lelangit lembut yg tertutup seperti keadaan semasa melafazkan bunyi [k] dan [g] dan lidah meluncur ke belakang atau ke depan bg menggerakkan udara ke dlm dan ke luar.

Page 7: BUNYI KONSONAN

• Apabila pergerakan udara berlaku keluar berlaku keluar,pergerakan ini dinamakan egresif.

• Manakala jika udara bergerak ke arah dalam,pergerakan ini dinamakan ingresif.

• Cara perlabelan sebegini penting dlm bidang fonetik bagi membezakan setiap bunyi tanpa ketaksaan.

Bunyi konsonan dihasilkan dgn berlakunya sekatan kpd aliran udara dgn kadar tertentu.Sekatan aliran udara ini menghasilkan jenis2 konsonan iaitu:

Konsonan letupan(plosif),letusan(afrikat),sengau(nasal),

geseran(frikatif),getaran(trill),sisian(lateral),dan separuh vokal (semi vowel).

Page 8: BUNYI KONSONAN

Fonem konsonan

• Ada 18 fonem konsonan dlm bahasa Melayu.Konsonan ini terdiri dari bunyi letupan, sengau, letusan, getaran, sisian dan separuh vokal,iaitu:

Letusan p,b,t,d,k,gLetusan c,jSengau m,n,n(Ny),ŋ(Ng)Geseran S,hGetaran rSisian LSeparuh vokal w,y

Page 9: BUNYI KONSONAN
Page 10: BUNYI KONSONAN
Page 11: BUNYI KONSONAN
Page 12: BUNYI KONSONAN

Ada 10 konsonan pinjaman dlm bahasa Melayu.Semuanya dipinjam daripada bahasa arab dan inggeris.Semuanya adalah fonem geseran.

Fonem-fonem pinjaman ini berasal drpd perkataan-perkataan pinjaman.Ada bunyi yg disesuaikan dgn bunyi bahasa Melayu dan ada yg bervariasi bebas dgn fonem-fonem asli.

BUNYI KONSONAN

Page 13: BUNYI KONSONAN
Page 14: BUNYI KONSONAN
Page 15: BUNYI KONSONAN

• Terdapat 7 bunyi konsonan letupan dlm bahasa Melayu.Tiga daripadanya adalah bunyi bersuara,tiga bunyi lagi adalah bunyi tak bersuara dan satu letupan glotis.

• Bunyi konsonan letupan ini dihasilkan dgn menutup aliran udara melalui rongga hidung dgn menaikkan lelangit lembut bg menyekat rongga hidung.Aliran udara tertahan dlm rongga mulut.

• Kesemua jenis bunyi ini berlaku apabila alat artikulasi menyentuh titik-titik artikulasi yg tertentu dalam mulut dan jg pd bibir.

• Pada masa yg sm semasa berlakunya sentuhan pd titik artikulasi ini,udara dari paru2 terkumpul dan dilepaskan secara tiba2 menyebabkan udara yg terlepas keluar itu menghasilkan letupan.

Page 16: BUNYI KONSONAN

1.Konsonan letupan dua bibir [p] dan [b].• Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan

dan lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak.

• Keadaan ini menyebabkan udara dr paru2 tertahan di dlm rongga mulut dan saluran udara.Udara yg tertahan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta.

• Apabila udara tertahan yg dilepaskan itu keluar tanpa menggetarkan pita suara maka bunyi yg dihasilkan itu adalah letupan bibir x bersuara [p].

• Manakala apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan pita suara maka bunyi yg dihasilkan itu adalah letupan bersuara [b].Contoh konsonan ini dlm bahasa Melayu adalah seperti berikut

Page 17: BUNYI KONSONAN

LETUPAN 2 BIBIR TAK BERSUARA [p]

[ # Pandu # ] ( pandu )

[ # lapan #] ( lapan)

[ # Tetap # ] ( tetap )

LETUPAN 2 BIBIR BERSUARA [b]

[ # Balik # ] ( balik )

[ # Lebat # ] ( lebat )

[ # Kitab # ] ( kitab )

Page 18: BUNYI KONSONAN

2.Konsonan letupan gusi [t] dan [d]• Letupan ini dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke

gusi atas.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.Kedudukan lidah ini menyekat udara dari paru-paru.

• Apabila udara yg tersekat tersebut dibebaskan serta-merta maka bunyi yg terhasil itu ialah bunyi letupan gusi.Apabila letupan gusi berlaku dengan tidak mengetarkan pita suara,maka bunyi yg dihasilkan adalah letupan gusi tak bersuara [t].

• Apabila letupan gusi itu itu dilakukan dengan getaran pita suara,maka bunyi yg dihasilkan adalah letupan gusi bersuara [d].Contoh bunyi konsonan ini dlm bahasa Melayu adalah seperti berikut :

Page 19: BUNYI KONSONAN

LETUPAN GUSI TAK BERSUARA [ t ]

[ # tiga # ] ( tiga )

[ # itu # ] ( itu )

[ # pusat # ] ( pusat )

LETUPAN GUSI BERSUARA [ d ]

[ # dasar # ] ( dasar )

[ # ada # ] ( ada )

[ # had # ] ( had )

Page 20: BUNYI KONSONAN

3.Konsonan letupan lelangit lembut [ k ] dan [ g ].

• Letupan ini dihasilkan apabila bahagian belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh lelangit lembut.Udara yg tertahan kemudiannya dilepaskan dgn serta-merta.

• Apabila pelepasan udara tersebut tidak menyebabkan pita suara bergetar maka bunyi yg dihasilkan adalah letupan lelangit lembut x bersuara [ k ],dan sebaliknya apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilakan adalah letupan lelangit lembut bersuara [ g ].

• Contoh bunyi konsonan ini dlm bahasa melayu adalah seperti berikut :

Page 21: BUNYI KONSONAN

LETUPAN LELANGIT LEMBUT X BERSUARA [ k ]

[ # kambiŋ # ] ( kambing )

[ # paku # ] ( paku )

[ # kapak # ] ( kapak )

LETUPAN LELANGIT LEMBUT BERSUARA [ g ]

[ # garaŋ # ] ( garang )

[ # raga # ] ( raga )

[ # beg # ] ( beg )

Page 22: BUNYI KONSONAN

4.Konsonan letupan pita suara [ ? ]

• Konsonan pita suara ini dihasilkan apabila pita suara dirapatkan,dan keadaan ini menyebabkan aliran udara terkumpul dan tertahan.

• Apabila secara serta-merta pita suara ini terbuka dan membebaskan udara,bunyi yg dihasilkan itu dinamakan letupan pita suara [ ? ].

• Oleh sbb bunyi ini berlaku pada pita suara,bunyi ini tidak dpt dikatakan bunyi bersuara atau tak bersuara.Contoh bunyi ini dlm bahasa Melayu adalah seperti berikut :

Page 23: BUNYI KONSONAN

KONSONAN LETUPAN PITA SUARA [ ? ]

[ # buda? # ] ( budak )

[ # bale? # ] ( balik )

[ # kaka? # ] ( kakak )

Page 24: BUNYI KONSONAN

1. Konsonan letusan [ c ] dan [ j ]• Terdapat 2 bunyi letusan dlm bahasa Melayu.Bunyi ini

dihasilkan dalam keadaan yg sm seperti bunyi letupan.Yang membezakan adalah bunyi ini dilepaskan secara perlahan-lahan sehingga terdengar bunyi geluncuran.

• Dalam keadaan ini,lelangit dinaikkan dan pita suara bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi bersuara dan x bersuara.

• Konsonan letusan dalam bahasa Melayu adalah letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan letusan lelangit keras bersuara [ j ].

• Contoh bunyi-bunyi ini dalam bahasa Melayu adalah sepeti berikut :

Page 25: BUNYI KONSONAN

LETUSAN TAK BERSUARA [ C ]

[ # cat # ] ( cat )

[ # kaca # ] ( kaca )

[ # koc # ] ( koc )

LETUSAN BERSUARA [ j ]

[ # jalan # ] ( jalan )

[ # baju # ] ( baju )

[ # garaj # ] ( garaj )

Page 26: BUNYI KONSONAN

• Bunyi sengau dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan udara keluar melalui rongga hidung.

• Dengan menghubungkan alat artikulasi lidah pada titik artikulasi yang tertentu di dlm mulut,bunyi sengau dihasilkan.Kesemua bunyi sengau dlm bahasa Melayu dihasilkan dengan pita suara bergetar.

• Semua bunyi sengau adalah bersuara.Ada 4 bunyi konsonan sengau dlm bahasa Melayu,iaitu [ m ],[ n ],[ ŋ ] (ng),[ n ] (ny).

Page 27: BUNYI KONSONAN

1.Sengau dua bibir bersuara [ m ]• Konsonan sengau dua bibir dihasilkan apabila bibir bawah

dirapatkan kepada bibir atas.Lelangit lembut dlm keadaan biasa yg menyebabkan udara melalui rongga hidung.Semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.Contoh :

[ # makan # ] ( makan )

[ # lama # ] ( lama )

[ # alim # ] ( alim )

Page 28: BUNYI KONSONAN

2.Sengau gusi bersuara [ n ]• Bunyi sengau gusi dihasilakan dengan hujung lidah

dirapatkan kepada gusi.Lelangit lembut dlm keadaan biasa yg menyebabkan udara melalui rongga hidung.Semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.Contoh :

[ # naŋka # ] ( nangka )

[ # bina # ] ( bina )

[ # lapan # ] ( lapan )

Page 29: BUNYI KONSONAN

3.Sengau lelangit keras gusi bersuara [ n ]• Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan denga depan

lidah dtrapatkan kpd lelangit keras gusi.Lelangit lembut dlm keadaan biasa yg menyebabkan udara melalui rongga hidung.Semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.Contoh :

[ # nawa # ] ( nyawa )

[ # namo? # ] ( nyamuk )

[ # bana? # ] ( banyak )

[ # tana # ] ( tanya )

Page 30: BUNYI KONSONAN

4.Sengau lelangit lembut bersuara [ ŋ ]• Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan

belakang lidah diangkat dan dirapatkan kpd lelangit lembut.Lelangit lembut dlm keadaan biasa yg menyebabkan udara melalui rongga hidung.Semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.Contoh:

[ # ŋaŋa # ] ( nganga )

[ # malaŋ # ] ( malang )

Page 31: BUNYI KONSONAN

Terdapat 9 bunyi geseran dalam bahasa Melayu,4 bersuara dan 4 lg x bersuara.Manakala satu bunyi lg adalah geseran pita suara yg tidak dpt dikatakan bersuara atau tak bersuara,dan dilambangkan dgn [ h ].

1.Geseran gigi bibir [ f ] dan [ v ]

• Bunyi geseran gigi bibir dihasilkan apabila gigi bwh dan bibir atas dirapatkan ttp tidak menghalang aliran udara keluar.Laluan yg terbentuk merupakan laluan yg sempit.

• Kesannya udara yg dikeluarkan dari paru-paru menyebabkan geseran berlaku.Bunyi geseran tak bersuara adalah [ f ] dan yg bersuara [ v ].Contohnya :

Page 32: BUNYI KONSONAN

GESERAN GIGI BIBIR TAK BERSUARA [ f ] :

[ # fikir # ] ( fikir )

[ # lafaz # ] ( lafaz )

[ # ma?af # ] ( maaf )

GESERAN GIGI BIBIR BERSUARA [ v ]

[ # variasi # ] ( variasi )

[ # novel # ] ( novel )

Page 33: BUNYI KONSONAN

2.Geseran gusi [ s ] dan [ z ]

• Bunyi geseran gusi dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras.Keadaan ini juga tidak menyekat aliran udara.

• Udara yg keluar dr paru-paru akan menyebabkan geseran berlaku.Bunyi geseran tak bersuara adalah [ s ] manakala yg bersuara adalah [ z ].Contohnya :

Page 34: BUNYI KONSONAN

GESERAN GUSI TAK BERSUARA [ S ]

[ # sah # ] ( sah )

[ # kisah # ] ( kisah )

[ # lipas # ] ( lipas )

GESERAN GUSI BERSUARA [ z ]

[ # zaman # ] ( zaman )

[ # bazar # ] ( bazar )

[ # hafiz # ] ( hafiz )

Page 35: BUNYI KONSONAN

3.Geseran lelangit keras [ š ] dan [ ž ]

• Bunyi geseran lelangit keras dihasilkan dgn dpn lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak rapat.Udara dari paru-paru terdesak keluar dgn berkelakunya geseran.

• Bunyi geseran gusi lelangit keras tak bersuara adalah [ š ].Bunyi [ ž ] adalah bunyi geseran lelangit keras bersuara.Contoh :

Page 36: BUNYI KONSONAN

GESERAN GUSI LELANGIT KERAS TAK BERSUARA [ š ]

[ # šubuht # ] ( subuh )

[ # ašar # ] ( asar )

[ # xaš # ] ( khas )

GESERAN GUSI LELANGIT KERAS BERSUARA [ ž ]

[ # žohor # ] ( dhohor )

[ # hažir # ] ( hadhir )

[ # haiž # ] ( haidh )

Page 37: BUNYI KONSONAN

4.Geseran lelangit lembut [ x ] dan [ ץ ]

• Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dgn mengangkat belakang lidah rapat ke lelangit lembut.Udara yg keluar dr paru-paru terdesak keluar melalui rongga mulut.

• Ini menyebabkan geseran berlaku.Konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara ialah [ x ] dan konsonan geseran lelangit lembut bersuara ialah [ ץ ].

Page 38: BUNYI KONSONAN

GESERAN LELANGIT LEMBUT TAK BERSUARA [ x ]

[ # abar # ] ( khabar )

[ # xianat # ] ( khianat )

[ # tarix # ] ( tarikh )

GESERAN LELANGIT LEMBUT BERSUARA [ ץ ]

( ghaib ) [ # aibץ # ]

[ # loץat # ] ( loghat )

[ # baliץ # ] ( baligh )

Page 39: BUNYI KONSONAN

5.Geseran pita suara [ h ]• Geseran pita suara dihasilkan apabila pita suara dirapatkan

yg mengakibatkan udara keluar di antara pita suara secara bergeser.Seperti keadaan bunyi letupan glotis,bunyi ini juga berlaku di pita suara maka dengan itun tidak timbul soal sama ada bunyi ini bersuara ataupun tak bersuara.Contoh:

GESERAN PITA SUARA [ h ]

[ # hati # ] (hati)

[ # lihat # ] ( lihat )

[ # rumah # ] ( rumah )

Page 40: BUNYI KONSONAN

• Bahasa mempunyai satu bunyi konsonan getaran,iaitu [ r ].Bunyi ini dihasilkan apabila lidah digetarkan dlm rongga mulut.Dalam keadaan begini lidah diangkat ke arah gusi.Udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara.Ini menghasilkan bunyi getaran [ r ].Contoh kehadiran konsonan getaran [ r ] :

[ # rantai # ] ( rantai )

[ # baru # ] ( baru )

[ # ular # ] ( ular )

Page 41: BUNYI KONSONAN

• Bahasa Melayu mempunyai satu bunyi konsonan sisian,iaitu [ l ].Bunyi konsonan sisian ini dihasilkan apabila suara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah.Dalam keadaan ini hujung lidah diangkat ke arah tgh gusi.Lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak.

• Udara yg dilepaskan dr paru2 melalui sisi kanan dan kiri lidah dan menggetarkan pita suara.Bunyi yg terhasil adalah [ l ].Contohnya penggunaan konsonan sisian [ l ] :

[ # lantai # ] ( lantai )

[ # malam # ] ( malam )

[ # kәsal # ] ( kesal )

Page 42: BUNYI KONSONAN

• Bunyi ini dinamakan separuh vokal kerana bunyi vokal ini tidak dihasilkan dlm keadaan yg sempurna.Bunyi ini tidak dapat dikatakan sebagai vokal kerana semasa ia dilafazkan berlaku sekatan kepada aliran udara.

• Semasa pengucapannya,kedudukan lidah sama seperti ketika melafazkan bunyi vokal tetapi keadaan ini hanya berlaku separuh jalan sahaja.

• Kedudukan lidah berubah selepas itu.Ada 2 bunyi separuh vokal,iaitu separuh vokal dua bibir [ w ] dan separuh vokal lelangit keras [ y ] .Keadaan bibir dibundarkan semasa melafazkan [ w ].Manakala semasa melafaz [ y ] keadaan bibir dihamparkan.Contoh :

Page 43: BUNYI KONSONAN

SEPARUH VOKAL DUA BIBIR [ W ]

[ # wayaŋ # ] ( wayang )

[ # kawan # ] ( kawan )

[ # pulaw # ] ( pulau )

SEPARUH VOKAL LELANGIT KERAS [ y ]

[ # yaŋ # ] ( yang )

[ # tayaŋ # ] ( tayang )

[ # pakay # ] ( pakai )

Page 44: BUNYI KONSONAN

RUJUKAN

Page 45: BUNYI KONSONAN

BINTANG TUJUH SINAR BERSERI,BULAN PURNAMA DATANG

MENERPA,AJARAN GURU HENDAKLAH

DICARI,MANA YANG DAPAT JANGAN

DILUPA