BURUJ

10
BURUJ 1. Buruj adalah gugusan bintang di langit yang membentuk corak tertentu. 2. Terdapat empat Buruj utama yang perlu diketahui iaitu a. Buruj Pari b. Buruj Belantik c. Buruj Biduk d. Buruj Skorpio Buruj Pari Buruj Belantik

description

buruj

Transcript of BURUJ

BURUJ1. Buruj adalah gugusan bintang di langit yang membentuk corak tertentu.2. Terdapat empat Buruj utama yang perlu diketahui iaitua. Buruj Parib. Buruj Belantikc. Buruj Bidukd. Buruj Skorpio

Buruj PariBuruj Belantik

Buruj BidukBuruj Skorpio

3. Buruj Pari menggambarkan palang dan bintang di hujung palang sentiasa menunjukkan ke arah selatan.4. Buruj Belantik adalah menyerupai seorang pemburu dengan bintang di kepala menunjukkan arah utara.5. Buruj Biduk berbentuk senduk dengan dua bintang di hujung menunjuk ke arah utara.6. Buruj Skorpio pula menggambarkan seekor kala jengking.7. Pada zaman dahulu manusia menggunakan buruj bagi menentukan arah apabila keluar mengembara.Kegunaan BurujBuruj telah digunakan sejak dahulu lagi.. Antara kegunaan buruj adalah..1. Pada zaman dahulu buruj bertindak sebagai kompas bagi menentukan arah pelayaran kepada pelaut dan pengembara. Contohnya buruj belantik dan biduk sentiasa mengarah ke utara manakala buruj pari sentiasa mengarah ke selatan.2. Ahli ahli astronomi menggunakan buruj bagi memetakan langit. Mereka mengenalpasti kedudukan sesuatu objek samawi (bintang/planet/meteor dll) berdasarkan kedudukan objek samawi tersebut di dalam sesuatu buruj. Contohnya -komet Ikeya Seki di cerap di dalam buruj Hercules. Komet Shoemaker Levy 9 Menghentam Planet Musytari di kedudukan buruj Cetus. Sebuah UFO telah di kesan di kedudukan buruj Andromeda.3. Pada zaman dahulu , manusia menentukan musim berdasarkan kemunculan buruj-buruj. Buruj juga boleh menandakan sesuatu masa untuk bertanam atau untuk menuai hasil tanaman.

Biduk (Big Dipper)Buruj biduk terkenal dengan panggilanbig dipperdi barat, kerana ianya menyerupai beruang. Nama LatinUrsa Majorjuga bermaksud beruang besar. Ianya jelas di langit pada waktu malam yang terang kerana bintangnya yang rata-rata terang.

Bagi yang sudah tidak ingat bagaimana rupa buruj biduk yang kita belajar di darjah 5 dahulu, ianya kelihatan seperti ini...

Aabila digariskan ianya jadi seperti ini.

ScorpioBuruj ini dinamakan scorpio ( kala jengking ). Ia biasanya kelihatan di antara bulan Jun hingga Ogos di bahagian timur.

Jika anda lihat, buruj ini kelihatan seperti huruf J yang sedang terbaring.

Belantik (Orion)Secara kasarnya, belantik terdiri daripada tujuh biji bintang utama yang lebih terang daripada bintang lain di sekitarnya. Empat daripadanya membentuk segiempat tepat manakala tiga lagi terletak sederet melintang di tengah-tengah segiempat tepat itu. Berdasarkan bentuknya itu, orang Melayu di Nusantara menamainya Belantik iaitu sejenis alat perangkap binatang, misalnya perangkap tikus. Tiga bintang sederet itu dipanggil oleh orang Melayu sebagai Bintang Tiga Beradik.Belantik boleh dilihat di langit malam dari bulan Disember hingga Mac. Buruj ini mudah dikenali kerana ia mempunyai tiga bintang berderetan di tengah-tengahnya.

Pari (Southern Cross)Buruj Pari menggambarkan palang dan bintang di hujung palang sentiasa menunjukkan ke arah selatan. Buruj Pari adalah buruh yang paling kecil yang boleh kita lihat di bumi. Buruj ini digunakan untuk menunjukkan arah selatan. Buruj ini akan berada di tengah meridian langit selatan pada waktu maghrib di antara bulan Mei dan Jun.

Buruj BelantikBuruj SkorpioBuruj BidukBuruj Pari