Buruj

8
Buruj "Bagi mereka yang memahami dan meminati astronomi, mereka akan melihat langit yang penuh dengan bintang itu dengan seribu satu makna, akan tetapi bagi mereka yang tidak mengenali astronomi, mereka cuma akan melihat bintang itu sebagai penghias malam semata-mata". Sekiranya kita merenung langit malam yang penuh dengan bintang, sememang kita akan melihat taburan bintang yang pelbagai warna dan membentuk pelbagai corak dan kepadatan. Corak bintang yang sama yang dilihat pada hari ini pada pukul 8:00p.m akan bergerak sedikit pada malam esok pada waktu yang sama. Sekiranya "corak" tersebut diikuti untuk tempoh dalam masa beberapa bulan, corak tersebut akan terbenam di sebalik kaki langit pada masa yang sama. Corak-corak di langit (buruj) ini seringkali dikaitkan dengan dua belas buah corak yang dikenali sebagai Aries, Taurus, Pisces, Cancer, Leo, Virgo, Sagittarius, Capricorn, Aquarius. 12 buah corak bintang atau lebih dikenali sebagai buruj itu terbentang di langit dan mereka terkenal seolah-olah mereka adalah selebriti yang sentiasa meniti dibibir masyarakat. Tapi buruj yang terdapat di langit bukan itu

Transcript of Buruj

Page 1: Buruj

Buruj

"Bagi mereka yang memahami dan meminati astronomi, mereka akan melihat langit

yang penuh dengan bintang itu dengan seribu satu makna, akan tetapi bagi mereka yang tidak

mengenali astronomi, mereka cuma akan melihat bintang itu sebagai penghias malam semata-

mata". Sekiranya kita merenung langit malam yang penuh dengan bintang, sememang kita

akan melihat taburan bintang yang pelbagai warna dan membentuk pelbagai corak dan

kepadatan. Corak bintang yang sama yang dilihat pada hari ini pada pukul 8:00p.m akan

bergerak sedikit pada malam esok pada waktu yang sama. Sekiranya "corak" tersebut diikuti

untuk tempoh dalam masa beberapa bulan, corak tersebut akan terbenam di sebalik kaki

langit pada masa yang sama.

Corak-corak di langit (buruj) ini seringkali dikaitkan dengan dua belas buah corak

yang dikenali sebagai Aries, Taurus, Pisces, Cancer, Leo, Virgo, Sagittarius, Capricorn,

Aquarius. 12 buah corak bintang atau lebih dikenali sebagai buruj itu terbentang di langit dan

mereka terkenal seolah-olah mereka adalah selebriti yang sentiasa meniti dibibir masyarakat.

Tapi buruj yang terdapat di langit bukan itu sahaja, malah terdapat lebih daripada 80 buah

buruj moden yang terdapat di langit.

Selain daripada itu, buruj-buruj di langit ini juga mempunyai system koordinatnya

yang tersendiri, seperti juga pada peta bumi. Paksi -x dan paksi -y, iaitu 'Right

Ascension'(jarak jam), R.A dan juga 'Declination'(jarak kutub) membentuk system koordinat.

Maka utuk menyatakan kedudukan sesuatu objek itu di langit maka, ia boleh juga ditentukan

dengan berdasarkan system koordinat tersebut. Right Ascension adalah sudut berdasarkan

bulatan jam dan diukur ke arah timur sepanjang "khatulistiwa langit" berdasarkan kiraan 0

sehingga 360 atau Jam,minit dan Saat". Ini bermaksa satu jam adalah bersamaan dengan 15.

Declination adalah jarak dalam sudut utara atau selatan daripada "khatulistiwa langit".

Diambil sebagai positif untuk Utara dan Negatif sebagai Selatan.

Page 2: Buruj

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi kaedah koordinat seperti koordinat berdasarkan kaki

langit, koordinat ekliptik dan koordinat berpusat matahari.

Perkataan buruj itu adalah dari Bahasa Arab yang membawa maksud gugusan

bintang. Dalam Bahasa Inggeris ia disebut sebagai 'constellation'. Gugusan bintang ini boleh

dianalogikan sebagai negera-negara yang terdapat di dalam bumi kita ini yang dibahagikan

kepada sempadan-sempadan tertentu. Sempadan-sempadan ini yang telah membentuk benua

Asia, Amerika dan sebagainya. Malah setiap benua itu pula terbahagi kepada negara-negara

seperti Jepun dan Korea. Begitu jugalah "negara-negara" yang terdapat di langit ini.

Sejarah Buruj.

Asal usul nama buruj yang digunakan pada hari ini telah hilang ditelan zaman.

Walaubagaimanapun, buruj yang bergelar "Coma Berenices" telah ditambah kepada senarai

buruj pada 200S.M . Semenjak itu tidak terdapat banyak perubahan kepada corak-corak

dilangit ini sehinggalah pada kurun ke-17, apabila Bayer, Hevelius dan ahli astronomi lain

telah membentukkan buruj lain di kawasan langit hemisfera selatan yang tidak dicartakan lagi

secara rasmi. Memang secara asasnya terdapat buruj yang telah dibentuk, tetapi tidak

didokumentasikan dengan baik atau kurang popular. Kurun ke 18 memperlihatkan Lacaille

telah menambahkan 13 buruj baru di hemisfera selatan. Pada asalnya buruj ini tidak

mempunyai sempadan dan kedudukan sesuatu objek langit itu dirujukkan sebagai "pada

bahagian kepala", "pada bahagian kaki" dan sebagainya. Persempadan yang pertama telah

ditulis oleh Bode di dalam carta bintangnya pada tahun 1801.

Persempadan yang telah dilakarkan oleh Bode itu tidak diterima sebagai sesuatu yang

piawai. Malah telah mewujudkan beberapa versi persempadanan yang berlainan oleh ahli

astronomi seluruh dunia kemudiannya. Sehingga tahun 1930 beberapa piawaian sendiri telah

diwujudkan oleh ahli astronomi dan ini telah menimbulkan beberapa kekalutan. Pada tahun

Page 3: Buruj

1930, Kesatuan Astronomi Antarabangsa(IAU) telah mempiawaikan persempadanan

sepanjang Right Ascension dan Declination pada epoch 1875 Januari 1 sebagai titik tolak

penyempadan buruj dilangit. Pihak IAU juga sebelum itu telah mewujudkan pemendekan

untuk nama-nama buruj di langit dan menggunakan tiga huruf sahaja. Sebagai contoh, buruj

Aries dikenali sebagai Ari dan buruj Orion dikenali sebagai Ori.

Gambar menunjukkan buruj Orion dengan nama pendek Ori dan juga persempadanan (garisan biru) yang telah dipiawaikan oleh IAU.

Page 4: Buruj

Penamaan Bintang

Kebanyakan nama bintang yang terdapat pada hari ini adalah hasil daripada penamaan

bintang oleh zaman klasikal Eropah dan juga zaman kegemilangan Tamadun Islam dan

Zaman Pertengahan Eropah. Walaupun begitu, tidak semua bintang atau objek dilangit dapat

diberikan nama sedemikian berikutan terdapat senarai objek yang hampir infiniti. Satu sistem

penamaan yang telah dicadangkan oleh Bayer pada tahun 1603 adalah lebih sesuai iaitu

penamaan berdasarkan kecerahan sesuatu bintang itu di dalam sesuatu buruj dengan huruf.

Iaitu, bagi bintang yang paling cerah di dalam Orion dipanggil sebagai Alpha Orionis, kedua

cerah sebagai Beta Orionis dan seterusnya. Sekiranya penggunaan Alpha sehingga Omega

telah habis, huruf Romawi kecil iaitu a,b,c dan kemudiannya menggunakan A,B,C dan

seterusnya. Sistem ini telah diterima pakai oleh ahli astronomi seluruh dunia selain daripada

ia cukup mudah dan mempunyai implementasi yang praktikal.

Kesimpulan

Sehingga abad ke 21 ini, tidak terdapat perubahan yang ketara sehinggakan pihak

IAU menetapkan beberapa piawai baru untuk "peta langit" dan kaedah penamaan bintang

yang baru. Jumlah ini telah membentuk 88 buah buruj yang mempunyai persempadan, nama

dan yang penamaan yang seragam serta diterima pakai di seluruh dunia. Walaupun begitu

telah wujud beberapa pengkatalogan untuk objek angkasa seperti nebula, nova, galaksi dan

sebagainya sehinggakan mewujudkan objek yang sama tetapi mempunyai nama yang

berlainan mengikut klasifikasi katalog yang tertentu. Pun begitu, kepelbagaian nama itu tidak

membantutkan perkembangan ilmu astronomi di seluruh dunia.

Page 5: Buruj

Gambar di atas menunjukkan sistem penamaan yang terdapat pada buruj Orion. Selain daripada penggunaan nama (Betelgeuse, Bellatrix dan Mintaka), ia juga melibatkan penamaan piawai Alp Ori (Alpha Orionis-? Ori), Gam Ori (Gamma Orionis-? Ori ) dan Del Ori (Delta Orionis-? Ori).