Burung Gagak Dan Burung Merak

download Burung Gagak Dan Burung Merak

of 2

Transcript of Burung Gagak Dan Burung Merak

  • 7/22/2019 Burung Gagak Dan Burung Merak

    1/2

    BURUNG MERAK DENGAN BURUNG GAGAK

    Pada zaman dahulu, di sebuah hutan tinggal se ekor burung merak. Semua binatanglain di hutan itu tidak suka berkawan dengannya. Merak berasa sungguh sedih.

    Suatu hari, datang se ekor burung gagak putih. Melihatkan merak yang bermuram itu,gagak pun bertanya Kenapa kamu bersedih wahai merak? Merak pun menjawab,

    Semua binatang di hutan ini tidak mahu berkawan dengan aku. Mereka kata buluaku hitam , aku hodoh, sebab itulah aku sedih.

    Gagak bersimpati dengan nasib merak lalu memujuk Janganlah kamu bersedihwahai merak. Aku sudi berkawan dengan mu. Marilah kita terbang bersama-sama. Sejak hari itu kedua-dua ekor burung itu pun menjadi dua sahabat yang sangatbaik. Mereka sering terbang dan bersuka ria bersama-sama.

    Suatu hari merak berkata kepada gagak, Alangkah seronoknya jika aku jugamemiliki bulu yang cantik seperti kamu. Tentu binatang lain pun mahu berkawan

    dengan aku.

    Gagak termenung sejenak. Kemudian ia berkata, Janganlah kamu sedih wahaimerak, aku dengar di hujung kampung sana ada seorang nenek kebayan yangsangat baik hati. Manalah tahu kalau-kalau dia boleh tolong kamu, marilah kitapergi menemuinya.

    Merak sangat gembira mendengar cadangan gagak itu. Kemudian mereka berdua punpergi ke rumah nenek kebayan tersebut.

    Melihatkan kedatangan kedua ekor burung itu, nenek kebayan pun bertanya, Wahaicucu-cucuku, apa hajat kamu datang ke mari ha? Gagak pun menjelaskan kepada

    nenek kebayan maksud kedatangan mereka itu. Nenek kebayan terangguk-angguk.Kemudian, dia masuk ke dalam rumahnya dan keluar semula. Ditangannya adabeberapa tin kecil. Dia pun memberikan tin-tin tersebut kepada gagak sambil berkataNah cu,. ambillah cat ini, pergilah ke tempat lapang dan catlah bulu kawanmuitu. Harap harap ia boleh menjadi cantik.

    Selepas mengucapkan terima kasih kepada nenek kebayan, kedua ekor burung itu punpergi ke tepi kolam yang jernih. Tanpa berlengah, gagak pun tekun mengecat bulumerak yang hitam itu hingga selesai. Akhirnya merak bertukar menjadi seekor burungyang sangat cantik. Bulunya berkilau dan berwarna-warni. Merak sangat gembira. Iaberasa sungguh bangga tatkala melihat bayangnya di air kolam.

    Selepas itu, gagak meminta merak mengecat cantik bulunya pula. Merak pun bersetuju.Tatkala gagak sedang bersedia, merak pun mengambil cat berwarna hitam lalu dicurahkannya ke atas burung gagak tersebut. Serta merta itu juga gagak yang putihbertukar menjadi hitam. Gagak sungguh terperanjat. Ia menangis sambil berkataSampai hati kamu merak, aku telah berusaha mencantikkan kamu, inikah balasanmu terhadap aku?

    Merak langsung tidak menghiraukan kata-kata gagak itu. Malah di kais-kaisnya segalatin-tin cat supaya isinya habis tumpah ke tanah. Hatinya puas melihat gagaksedemikian rupa. Sambil mengembangkan ekornya yang cantik mengurai itu, denganangkuhnya merak berkata ha, ha, ha, ha, ha, akulah binatang yang paling cantik

  • 7/22/2019 Burung Gagak Dan Burung Merak

    2/2

    di hutan ini, tidak ada siapa pun yang dapat menandingi aku lagi. Dalam sekelipmata merak menjadi angkuh dan sombong sambil berlalu pergi.

    Gagak di tinggal terkebil-kebil sendiri. Sedih hatinya tidak terperi, mengenang malangnasib diri, angkara dengki sahabat sendiri. Akhirnya ke sisi nenek kebayan ia kembali.Mengadu nasib mengharap sakti, kiranya diri putih kembali. Mendengar ceritanya nenekkebayan tersentuh hati. Malang sekali nenek tiada kuasa sakti. Sedarlah mereka merakbukan sahabat sejati.

    Bersabar sajalah cu, lambat laun perbuatan jahat kawanmu itu akan mendapatbalasan jua. Begitulah pujuk nenek kebayan terhadap gagak yang malang itu.

    Gagak akur dengan kata-kata nenek kebayan. Semenjak hari itu, ia menjadi semakintabah. Jauh di hati kecilnya, ia tetap berharap agar sahabatnya Si Merak akan insaf juasuatu hari nanti.

    Tidak lama kemudian, datang seorang pemburu menahan jerat di hutan itu. Merak tidaksedar akan jerat yang di pasang olehnya. Sedang ia berjalan-jalan, tiba-tiba,zapppsebelah kakinya terkena jerat tersebut. Merak melambung ke udara.Pelepah ekornya yang cantik itu turut patah. Ia merontaronta sambil menjerit meminta

    tolong.

    Mendengarkan jeritan merak meminta tolong, gagak pun datang untuk melihat. Rupa-rupanya merak dalam kesusahan. Nah, rasakan merak, terimalah pembalasan diatas segala perbuatan jahatmu terhadap aku dulu. Aku tak dapat menolongmulagi. Selamat tinggal merak. Selepas berkata demikian, gagak pun terbang jauhmeninggalkan si merak.

    Akhirnya merak yang jahat lagi sombong itu tewas jua. Tidak ada satu makhluk pun dihutan itu yang sudi untuk menolongnya. Hanya si pemburu tadi sahaja yang berasasungguh bertuah. Manakan tidak, jeratnya mengena se ekor merak yang sangat cantik.Dia pun melucutkan jerat dan membawa merak pulang ke rumah. Dunia merak kinisekadar di dalam sangkar yang terbatas.

    Merak berasa sungguh menyesal mengenangkan perbuatannya terhadap gagaktempohari. Tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Segala-galanya sudahterlambat. Maka sebab itulah sehingga ke hari ini, kecantikan merak hanya sekadarmengundang padah. Sebaliknya gagak juga yang beruntung, bebas terbang di alamnyata.

    Sekian, terima kasih.