Burung Kakak Tua.doc

download Burung Kakak Tua.doc

of 15

description

burung kakak tua.

Transcript of Burung Kakak Tua.doc

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2012

HBMS2103

PENGAJARAN MUZIK II

NAMA : ROSLINA BT ZAINUL@HASSAN

NO. MATRIKULASI : 700723025752001 NO. KAD PENGNEALAN : 700723025752NO. TELEFON : 0125944247 E-MAIL : [email protected]

NAMA TUTOR : En Nazli b Abdullah

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PP KEDAH Biodata

Nama

:Roslina bt Zainul@Hassan

Alamat

:Lot 4613 ,Batu 10 Jalan Jeniang 08700 Jeniang, Kedah

Program

:Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) Dengan

Kepujian

Bidang

:Pengajian Muzik

Institusi

:Open University Malaysia (Kedah Learning Centre)

Pendidikan

:Sijil Pelajaran Malaysia

Maktab

:Maktab Perguruan Kinta, Ipoh ,Perak.

(Sijil Perguruan 1993-1995))

Opsyen

:Muzik

Pengalaman Mengajar:SK Sungai Kertas, Selangor.(1995-2001)

SK Kalai ,Jeniang, Kedah.(2001 hingga sekarang)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan ilmu dan rahmatnya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan kesabaran dan ketabahan. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu En Nazli b Abdullah di atas sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan-rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa yang telah menyumbangkan ilmu yang tak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami dan membantu saya dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih pasti ada hikmahnya.

Sekian Terima Kasih.ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

Biodata

2

Penghargaan

3

1.Pengenalan 5

2.Pemilihan Suara 63. Warm up 64. Latihan pernafasan 8

5. Aplikasi latihan teknik untuk pic 86. Sebutan 9 7. Attack 108. Kesimbangan suara 109. Analisis Skor 10 9.1 Tekstur Lagu 11 9.2 Bentuk Lagu 11 9.3 Rentak 11 9.4 Harmoni 12 9.5 Bahagian lagu sukar 13

10. Penutup 13

11. Rujukan 141.Pengenalan

Nyanyian adalah satu elemen atau bidang muzik yang amat penting bagi kanak-kanak.Dalam semua kelas muzik yang amat penting bagi kanak-kanak.Dalam semua kelas muzik,nyanyian adalah mata pelajaran yang selalunya mendapat sambutan yang baik dikalangan kanak-kanak.Maka ia adalah penting agar guru dapat mengendalikan kelas nyanyian dengan betul dan elektif.Kanak-kanak biasanya mempunyai kecenderungan untuk mempelajari dan memahami sesuatu dengan cepat dan tepat.Teknik nyanyian yang betul haruslah diajar pada usia muda kerana ia adalah lebih mudah untuk memupuk kemahiran dikalangan kanak-kanak.Penggunaan teknik nyanyian dan pitching bagi notasi yang betul pada usia muda dapat membantu seseorang memperkembangkan kemahiran ini di masa hadapan.

Nyanyian padusuara(choir singing)adalah nyanyian berkumpulan yang juga dikenali sebagai nyanyian koir.Nyanyian padusuara adalah nyanyian koir yang biasanya mempunyai lebih daripada satu suara.Dalam nyanyian padusuara semua penyanyi haruslah menyanyi dalam pic,irama dan rentak yang sama.Nyanyian sebegini memerlukan latihan yang banyak dan setiap penyanyi haruslah mahir dengan melodi dan irama dan fasih dengan lirik lagu tersebut.Untuk menguruskan kumpulan koir yang biasanya mempunyai lebih daripada 15 ahli.Nyanyian padusuara adalah berbeza daripada nyanyian solo dalam beberapa aspek.Dalam nyanyian padusuara.kesemua ahli haruslah memainkan peranan mereka untuk mewujudkan ton koir yang optimam.Biasanya setiap kumpulan koir akan mempunyai lebih daripada satu suara.Ini bermaksud satu melodi akan dinyanyikan oleh beberapa seksyen atau suara yang berbeza.Suara-suara ini biasanya dikenali sebagai Soprano,Alto,Tenor dan Bes di kenali sebagai koir SATB.Setiap suara dalam koir dikenali sebagai seksyen.Setiap seksyen ini akan mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu untuk dinyanyikan yang selalunya berbeza daripada seksyen yang lain.Dalam nyanyian padu suara,biasanya terdapat lebih daripada satu suara dalam koir tersebut.

Terdapat beberapa jenis nyanyian padusuara yang asas.Antaranya adalah kumpulan yang hanya merangkumi penyanyi lelaki ataupun kumpulan hanya merangkumi penyanyi perempuan.Kumpulan koir yang hanya mempunyai penyanyi lelaki akan mempunyai suara Tenor dan Bes sahaja.Kumpulan koir yang mempunyai suara Soprano dan Alto sahaja dikenali sebagai koir perempuan(SA).Kebanyakan koir mempunyai keempat-empat suara Soprano,Alto,Tenor dan Bes.Koir sebegini dikenali sebagai koir SATB.2.Pemilihan suaraSebagai seorang guru yang mengendalikan kumpulan koir sekolah rendah, saya telah membuat pemilihan ahli kumpulan koir berdasarkan kehendak kumpulan koir yang akan dipersembahkan nanti. Pemilihan ahli kumpulan adalah berdasarkan empat suara yang dirancang oleh saya iaitu suara soprano 1, soprano 2, alto 1 dan alto 2.

Pemilihan suara adalah mengikut seperti yang dirancang di dalam video yang disediakan oleh saya. Pertama sekali, saya telah melaksanakan sesi memanaskan badan yang melibatkan pemanasan fizikal dan juga vokal. Kemudian, pemilihan suara dilaksanakan oleh saya mengikut suara soprano dan alto. Saya juga menggunakan kibod dan memainkan solfa C Major, D Major E Major dan seterusnya. Murid-murid yang telah dijalankan ujibakat dikehendaki menyanyi solfa mengikut iringan kibod pada mulanya. Begitulah pelaksanaan yang dijalankan oleh setiap murid sehinggalah selesai ujibakat.Dalam ujibakat untuk memilih suara juga, saya telah memberi kebebasan kepada murid-muird untuk menyanyikan sebuah lagu patriotik mengikut kehendak masing-masing. Semasa mereka menyanyikan lagu pilihan mereka, saya juga boleh mendengar ton suara, pic yang dinyanyikan. Lebih penting dalam uji bakat ini, setelah mereka selesai menyanyi seorang demi seorang, murid-murid juga dikehendaki menyanyi secara beramai-ramai lagu pilihan saya iaitu lagu Keranamu Malaysia. Tujuan diadakan nyayian beramai-ramai ini adalah untuk memastikan bahawa suara mereka boleh dinyanyikan secara berama-ramai. Selesai pemilihan suara, saya sudah bersedia untuk mengadakan latihan kumpulan koir saya seminggu selepas itu.

3. Warm Up

Warm-up merupakan perkara yang penting dalam mengendalikan kumpulan koir. Saya telah memilih untuk menjalankan kedua-dua jenis warm-up iaitu warm-up fizikal dan warm-up vokal.

Bagi warm-up fizikal, seperti di dalam video yang disertakan sekali, saya telah menjalankan warm-up regangan pada bahagian kepala iaitu mendonggak ke atas dalam kiraan lapan, ke bawah dalam kiraan lapan, ke kiri dalam kiraan lapan dan ke kanan juga dalam kiraan lapan. Warm-up fizikal juga telah dijalankan untuk meregangkan tangan murid-murid. Mereka diarahkan untuk meregangkan tangan ke atas, ke hadapan, ke sisi kanan, ke sisi kiri dan juga ke belakang. Saya amat bersyukur kerana semasa menjalankan warm-up fizikal, murid-murid dapat melaksanakan dengan begitu baik kerana mereka telah belajar dalam mata pelajaran pendidikan jasmani di sekolah yang telah dikendalikan oleh guru pendidikan jasmani yang berpengalaman. Tujuan warm-up ini dijalankan adalah untuk meregangkan otot-otot agar berada dalam keadaan bersedia untuk menyanyi.Bagi warm-up vokal pula, saya telah memeilih kaedah solfa yang diperkenalkan oleh Zoltan Kodaly. Saya telah memulakan warm-up vokal dengan do, re, mi, fa, so, la, ti, do. Selain daripada solfa C Major, latihan telah dijalankan juga menggunakan major-major kord yang lain seperti D Major, E Major, F Major dan lain-lain lagi. Lihat Rajah 1 solfa yang dijalankan:

Rajah 1: Solfa C MajorMenurut sumber dalam HBMS1203 Pengajaran Muzik 1 (2007), warm-up mempunyai teknik-teknik yang tertentu dalam mengajar nyanyian sesebuah lagu. Warm-up perlulah mempunyai tujuan dan perkaitan dengan latihan dengan latihan yang sebenarnya. Tujuan warm-up adalah untuk :

i. Memberikan peserta kumpulan koir agar lebih fokus kepada nyanyian.

ii. Menyediakan suara untuk menyanyi

iii. Memberi peluang semua ahli kumpulan koir agar mendengar suara orang lain dan suara mereka sendiri

iv. Mewujudkan suasana kesediaan dari segi fizikal sebelum memulakan nyanyian

v. Mewujudkan cara pernafasan yang betul

vi. Mencapai penyatuan intonasi secara melodi dan harmoni

vii. Mewujudkan intonasi secara melodi dan harmoni.viii. Menghubungkait dengan lagu atau muzik yang hendak dipersembahkan.4.Latihan Pernafasan

Latihan pernafasan merupakan satu latihan yang sangat penting apabila menggendalikan kumpulan koir. Sering kita dapati bahawa murid-murid menyanyi menggunakan cara pernafasan yang tidak betul. Dalam sesi latihan yang dijalankan oleh saya, saya telah memilih untuk membuat kaedah bubbling untuk menahan pernafasan. Murid-murid dikehendaki membuat seberapa panjang yang boleh bubbling seperti orang menaiki motosikal. Kaedah ini sangat berkesan untuk latihan pernafasan kerana murid-murid sangat berminat. Murid-murid juga dikehendaki menarik nafas dalam kiraan lapan dan menghembuskan nafas secara perlahan-lahan. Kaedah ini dilakukan beberapa kali. Arahan guru, tarik nafas, kira 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan hembus perlahan-lahan dalam kiraan menurun iaitu 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, hembus. 5. Aplikasi latihan teknik untuk pic

Pic merupakan bunyi tinggi atau rendah sesuatu bunyi. Pic berasaskan kepada getaran per saat. Pic boleh diukur menggunakan ukuran hertz. Apabila seseorang memainkan pic pada piano, kibod, gitar atau violin, kita dapat mendengar perbezaan bunyi pic tinggi ataupun pic rendah.

Apabila sesuatu not bergerak di antara dua bunyi maka ia dipanggil jeda. Jikalau melodi atau pic bergerak secara bertangga di mana pic adalah dekat maka ia dipanggil pergerakan pic secara conjunct begitu juga sebaliknya dipanggil disjunct.6. SebutanDalam nyayian sebutan adalah sangat penting. Kita sering dengar juri-juri atau hakim-hakim pertandingan nyanyian membuat komen secara terus tentang sebutan. Pembentukan mulut, bibir, lidah dan rahang antara perkara yang amat penting semasa menyebut sesuatu perkataan. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas semasa menyanyi supaya memberi laluan udara yang banyak dan mewujudkan ruang yang cukup luas untuk menghasilkan ton yang lebih resonan. Ciri-ciri ton suara adalah meliputi perkara-perkara berikut:i. Tenagaii. Intensiti

iii. Kekuatan Bunyi

iv. Harkat (panjang atau pendek)

SimbolBunyi FonetikContoh Perkataan

aahayam / father

eay/eyekor /ever

ieeitik / mee

oo / Ohorang / obey

uooular / too

Rajah 2: Simbol, Bunyi Fonetik dan Contoh Perkataan7. AttackAttack adalah sangat penting dalam nyanyian sesebuah lagu. Jika attacknya salah, maka nyanyian itu sudah tidak sedap didengar. Untuk memastikan kumpulan koir saya dapat menyanyi dengan attack yang betul, maka saya telah membuat latihan beberapa kali pada bahagian permulaan masuk lagu. Lagu yang dipilih adalah lagu Burung kakak tua. Lagu ini merupakan lagu yang selalu dinyayikan oleh murid-murid, namun attack dalam lagu ini amat penting diberi perhatian. Lagu ini dimulakan dengan beat yang ke 3, maka attack untuk masuk perlulah tepat pada beatnya. selain itu, dalam lagu ini terdapat tanda-tanda rehat dan juga tie yang perlu diberi perhatian yang serius semasa mengajar lagu ini. Secara keseluruhannya, murid-murid dapat menyanyikan lagu ini setelah diajar beberapa kali, terutama pada bahagian-bahagian yang penting selepas tie dan tanda rehat di dalam skor lagu yang disediakan gubahannya sekali.8. Keseimbangan suaraDalam memimpin kumpulan koir ini, keseimbangan suara adalah sangat penting. merujuk kepada VCD yang disertakan, saya telah membuat keseimbangan suara dengan pecahan seperti berikut:

i. Soprano 1-4ii. Soprano 2-5iii. Alto 1

-8iv. Alto 2

-89. Analisis SkorMelihat skor yang disertakan, kumpulan koir saya akan menyanyikan lagu Bunrung Kakak Tua yang akan dinyanyika oleh kumpulan koir murid-murid Tahun 4 seramai 25 orang. Kumpulan koir ini juga mempunyai kumpulan simpanan yang terdiri daripada dua orang setiap bahagian suara.9.1Tekstur lagu

Tekstur lagu merupakan jenis suara yang terdapat dalam sesuatu lagu. Dalam lagu Burung Kakak Tua yang digubah oleh saya sendiri, Tekstur lagu adalah tebal. Gubahan lagu ini mempunyai tekstur polifoni yang mempunyai berbilang suara.9.2 Bentuk Lagu

Bentuk lagu merupakan satu pelan ataupun bagaimana corak melodi itu berubah. Bentuk menunjukkan seksyen-seksyen yang tertantu di dalam sesebuah lagu. Bagi Lagu Burung Kakak Tua adalah Binari iaitu AB.Burung kakak tua

Hinggap di jendelaANenek sudah tua

Giginya tinggal dua

Letrum, letrum, letrum oh la la

Letrum, letrum, letrum oh la laBLetrum, letrum, letrum oh la la

Burung kakak tua.

9.3 RentakLagu ini dimainkan dalam rentak waltz iaitu dalam tigaan bersesuaian dengan lagu 3 4. Rentak ini dipilih kerana ia merupakan rentak yang paling sesuai digunakan untuk lagu ini.9.4Harmoni

Lagu ini dinyanyi dalam 4 suara. Ini merupakan gabungan beberapa suara yang dibunyikan serentak. lagu ini mempunyai harmoni yang sedap didengar menggunakan m Major ke-3. Contoh gabungan harmoni beberapa suara seperti Rajah 3 di bawah.

Rajah 3: Contoh Harmoni Dalam Lagu Burung Kakak Tua

9.5Bahagian Lagu Yang Paling SukarSemasa saya menjalankan latihan koir, saya telah mengambil pendekatan mengadakan latih tubi pada bahagian-bahagian yang sukar dinyanyikan. Beberapa langkah telah dijalankan iaitu membuat pengulangan. Pada bahagian yang sukar seperti pada bar 4 hingga 5, 16 hingga 17. Pada bahagian ini murid-murid dikehendaki menyanyi mengikut beat yang diberi oleh guru supaya murid dapat masuk tepat pada beatnya.10. PenutupNyanyian padusuara adalah berbeza daripada nyanyian solo dalam beberapa aspek.Dalam nyanyian padusuara,kesemua ahli haruslah memainkan peranan mereka untuk mewujudkan ton koir yang optimum.Biasanya setiap kumpulan koir akan mempunyai lebih daripada satu suara.Ini bermaksud satu melodi akan dinyanyikan oleh suara yang berbeza.Untuk meningkatkan prestasi nyanyian penyanyi-penyanyi harus menyanyi dalam pic yang tengah.Koir yang baik akan mempunyai suara yang bebas daripada tekanan.Bunyi yang natural dan sedap untuk didengar tanpa sebarang jeritan yang melampau.Teknik vibrato yang baik.Vibrato yang baik adalah tanda untuk suara yang sihat, bebas, pernafasan yang betul, pitching yang betul dan bergema.Penyanyi-penyanyi mempunyai persefahaman yang baik antara satu sama lain.Dalam nyanyian padusuara semua penyanyi haruslah menyanyi dalam pic,irama dan rentak yang sama.Nyanyian sebegini memerlukan latihan yang banyak dan setiap penyanyi haruslah mahir dengan melodi dan irama serta fasih dengan lirik lagu tersebut.Latihan warm up yang betul adalah amat penting untuk mana-mana penyanyi.Setelah mengenalpasti julat suara dan tessitura suara kumpulan koir boleh dilakukan.Setiap warm up yang dijalankan, perlu mempunyai tujuan yang spesifik dan mempunyai perkaitan dengan lagu yang akan dinyanyikan.Oleh itu dalam nyanyian padusuara yang juga dikenali sebagai nyanyian koir,ini bermaksud satu melodi akan dinyanyikan oleh beberapa seksyen atau suara yang berbeza.Rujukan

____________(2007), HBMS1203 Pengajaran Muzik 1. Meteor Doc. Sdn. Bhd. : Selangor____________(2011), HBMS2103 Pengajaran Muzik 11. Meteor Doc. Sdn. Bhd. : Selangor

Helen Ten Hong Beng (1993), Dimensi Baru Lagu-lagu Rakyat. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd: Kuala Lumpur13

_1413627207.bin