C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT7

35
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1 KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI OBJEKTIF OBJEKTIF AM Mengetahui kegunaan senarai kuantiti, jenis senarai kuantiti, unit pengukuran kuantiti, kaedah pengukuran kuantiti, mengenal lukisan sub struktur dan mengukur kuantiti kerja kerja sub struktur. OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat:- Menerangkan kegunaan kegunaan senarai kuantiti. Menyenaraikan jenis jenis senarai kuantiti. Menggunakan unit unit pengukuran kuantiti untuk mengira isipadu, luas, panjang, bilangan, pasangan dan item. UNIT 7

description

best

Transcript of C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT7

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

Mengetahui kegunaan senarai kuantiti, jenis senarai kuantiti, unit

pengukuran kuantiti, kaedah pengukuran kuantiti, mengenal lukisan sub

struktur dan mengukur kuantiti kerja – kerja sub struktur.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat:-

Menerangkan kegunaan – kegunaan senarai kuantiti.

Menyenaraikan jenis – jenis senarai kuantiti.

Menggunakan unit – unit pengukuran kuantiti untuk mengira isipadu,

luas, panjang, bilangan, pasangan dan item.

UNIT 7

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

INPUT 7

7.0 PENGENALAN

Sebelum kita fikirkan tentang kegunaan senarai kuantiti tentu anda tertanya –

tanya apakah yang dikatakan senarai kuantiti ?

Secara amnya, senarai kuantiti adalah satu dokumen yang mengandungi senarai

item binaan berserta kuantiti – kuantitinya yang disediakan mengikut prinsip –

prinsip yang telah ditetapkan. Dalam senarai kuantiti, item binaan serta

kuantitinya akan disenaraikan dalam satu kertas khas yang dibahagikan kepada

beberapa ruang, iaitu ruang untuk keterangan, ruang untuk kuantiti, ruang untuk

kadar harga dan ruang untuk jumlah harga.

Senarai kuantiti ni

sama ke dengan

senarai nak beli

barang dapur……???

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Sebenarnya ia adalah sama dengan senarai pembelian untuk membeli keperluan

rumah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 7.0 (a) yang mengandungi senarai

barang keperluan berserta dengan kuantiti masing – masing. Setelah senarai

tersebut disediakan, anda akan memasukkan kadar harga bagi setiap barang –

barang untuk mengetahui anggaran belanjawan keperluan rumah anda.

Bil Perkara Unit Kuantiti Harga RM

1

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

Beras

Tepung gandum

Gula

Minyak masak

Bawang merah

Bawang putih

Bawang besar

Cili kering

Halia

Kunyit

Lengkuas

Serai

Cili Hidup

Kicap

Sos Tomato

Sos cili

Susu pekat

Susu tepung

kg

kg

kg

kg

kg

kg

kg

kg

kg

kg

kg

kg

kg

botol

botol

botol

tin

kg

50

20

10

10

2

1

3

2

1

1

1

1

1

3

3

3

6

3

1.10

0.75

1.50

1.20

2.00

3.00

3.50

2.00

0.80

0.70

0.60

0.80

2.50

1.75

1.95

1.75

1.50

10.00

55.00

15.00

15.00

12.00

4.00

3.00

10.00

4.00

0.80

0.70

0.60

0.80

2.50

5.25

5.85

5.25

9.00

30.00

Jumlah 178.75

Jadual 7.0 (a) Contoh senarai barang – barang keperluan yang biasa

disediakan pada setiap akhir bulan.

Berasaskan prinsip yang sama juga senarai kuantiti disediakan untuk

mendapatkan jumlah pembinaan bangunan cadangan. Contoh muka surat senarai

kuantiti yang lengkap boleh dirujuk pada jadual 7.0 (b). Dalam rajah 7.0 (b)

memaparkan dua perkara utama yang berkaitan dengan senarai kuantiti, iaitu

huraian bagi item binaan dan kuantiti.

Huraian sesuatu kerja perlu ditulis dengan penuh dan jelas supaya dapat

menggambarkan kerja yang sebenar. Kuantitinya diberikan dengan tepat dalam

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

unit – unit yang mudah. Dalam perkataan lain, senarai kunatiti merupakan

perkataan dan bilangan mengenai sesuatu bentuk binaan.

No. Huraian Unit Kuantiti Kadar Jumlah

Rm Sen Rm Sen

a.

b.

c.

d.

e.

SENARAI NO. 6 – DINDING

LUAR

Untuk huraian bagi bahan –

bahan dan mutu kerja yang

digunakan bagi senarai ini, lihat

Bahagian B – “ Bahan – bahan,

mutu Kerja dan Awalan kepada

semua “ Tukangan”

Konkrit tetulang Gred 25 –

20mm egregat seperti dihuraikan

didalam tiang pengukuh.

TETULANG ROD KELULI

SEDERHANA seperti yang

dihuraikan

Rod 12 mm garis pusat didalam

tiang pengukuh.

Rod 8 mm ditto sebagai pengikat.

Kotak bentuk kayu tak berketam

13mm tebal pada sisi tiang

pengukuh.

KERJA BATA DARIPADA

BATA BIASA DENGAN

TURAP BERTOLOK seperti

yang telah dihuraikan

Dinding bata setebal setengah

bata diikat dengan tetulang

anyaman seperti yang telah

dihuraikan.

M3

Kg

Kg

M2

M2

30

412

152

288

355

Jadual 7.0 (b) : Jadual senarai kuantiti yang lengkap

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

7.1 KEGUNAAN SENARAI KUANTITI

Diantara lain – lain kegunaan senarai kuantiti adalah :

a. Untuk Mempelawa Tender

Merupakan kegunaan utama senarai kuantiti. Tujuan mempelawa tender

adalah untuk memilih kontraktor yang layak untuk melaksanakan sesuatu

projek yamg dicadangkan.

Kontraktor akan dipelawa untuk membuat tender bagi sesuatu projek yang

dicadangkan. Untuk mendapatkan harga tender , terlebih dahulu penender

– penender perlu mengisi kadar harga kepada kuantiti item binaan yang

terdapat didalam senarai kuantiti. Seterusnya mereka akan membuat

Cuba fikirkan ….apakah kegunaan senarai kuantiti

dalam industri binaan. Mungkin anda akan mendapat

jawapannya.

Selain dari tujuan membuat

anggaran kos sesebuah

projek binaan ada lagi

beberapa tujuan yang lain

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

pendaraban bagi mendapatkan kos pembinaan atau harga tender bagi

projek yang dicadangkan.

Senarai kuantiti yang telah dihargakan itu akan dihantar kepada Juru Ukur

bahan untuk membuat penilaian dan pemilihan berdasarkan kepada harga

– harga tender yang dikemukakan.

b. Untuk Menyediakan Bayaran Kemajuan

Biasanya dari semasa ke semasa, jurukur bahan akan menyediakan Sijil

Penilaian kemajuan Kerja untuk Bayaran Kemajuan bagi kerja –kerja yang

telah disiapkan. Untuk menyediakan sijil ini jurukur bahan perlu menilai

kerja – kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor dari semasa ke semasa.

Bagi membuat penilaian ini, terlebih dahulu jurukur bahan akan melawat

tapak bina bagi membuat penilaian dan merekodkan kerja – kerja yang

telah disiapkan. Berpandukan rekod tersebut, jurukur bahan boleh

mengenal pasti dan mengeluarkan kuantiti dan harga bagi ietm –item

binaan yang telah disiapkan dari senarai kuantiti. Kemudia dengan

mencampurkan harga – harga tersebut, suatu nilai yang akan dimasukkan

dalam Sijil bayaran kemajuan akan diperolehi.

Tahukah Anda….. Kontraktor yang mengemukan

harga yang berpatutan sahaja

yang layakdipertimbangkan

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

c. Untuk Menilai Pindaan Kerja

Apabila arkitek atau jururtera mengeluarkan arahan pindaan kerja, jurukur

bahan akan menilai kerja – kerja yang terlibat bagi menentukan perbezaan

kos antara kerja asal dan kerja pindaan.

Kos kerja asal boleh diambil daripada senarai kuantiti kerana semua butir

mengenai bahan, buruh, kuantiti dan kadar harga bagi kerja asal boleh

didapati didalamnya.

Kos bagi kerja pindaan boleh dinilai dengan menggunakan kadar harga

daripada senarai kuantiti. Kadar harga ini samada yang asal atau yang

diwajarkan, akan dimasukkan kepada kuantiti kerja – kerja pindaan dan

kemudiaa pengiraan akan dibuat.

d. Untuk Memesan dan membeli Bahan – bahan

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, kuantiti bagi sesuatu item

binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti ialah kuantiti kerja seperti

yang telah siap dibina. Untuk tujuan memesan dan membeli bahan binaan,

kuantiti bahan – bahan yang diperlukan boleh didapati dengan

menganalisis kuantiti item binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti.

7.2 JENIS – JENIS SENARAI KUANTITI

Senarai kuantiti perlu disediakan mengikut susunan yang logik dan mudah

difahami. Untuk mendapat suatu senarai yang tersusun dan mudah

difahami, biasa item binaan dihuraikan dibawah tajuk – tajuk yang

berkaitan dengan binaan bangunan, tukang atau operasi.

Cara item binaan itu dihuraikan menentukan jenis senarai kunatiti. Jenis –

jenis senarai kuantiti yang biasa didapati adalah seperti berikut :

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

a. Senarai Kuantiti Mengikut Tukang

Dalam senarai kuantiti jenis ini item binaan disenaraikan mengikut

tukang yang membuat atau mengerjakan binaan tersebut. Cara ini

merupakan kaedah tradisional berdasarkan kaedah pengukuran

setara. Semua item binaan yang berkaitan dengan sesuatu

tukanngan itu disenaraikan dibawah tajuk/nama tukang itu.

Contoh :

Item binaan seperti tingkap dan pintu kayu , daun pintu

Kayu, dinding sekat kayu, jenang dan kambi lantai kayu

Disenaraikan dibawah tajuk tukang tanggam .

Item binaan seperti dinding bata, tiang bata dan lantai bata

disenaraikan dibawah tajuk tukang bata.

Berikut adalah antara senarai tajuk – tajuk tukang yang ada

dalam kerja binaan:

e. Senarai Kuantiti mengikut Elemen

Item – item binaan disenaraikan mengikut bahagian atau elemen

bangunan. Item binaan yang berkaitan dengan sesuatu bahagian itu

disenaraikan dibawah tajuk atau nama bahagian atau elemen itu.

Tukang konkrit

Tukang gali

Tukang kayu

Tukang bumbung

Tukang Lepa

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Contoh :

Secara amnya pecahan – pecahan elemen adalah seperti berikut :

a. Elemen cerucuk

b. Elemen Kerja di bawah Aras Kemasan Lantai

c. Elemen rangka

d. Elemen bumbung

e. Elemen tangga

f. Elemen dinding luar

g. Elemen pintu dan tingkap luar

h. Elemen pintu dan dinding dalam dan lain – lain.

Elemen Bumbung

Item binaan seperti kekuda,

gelegar bumbung, perabung,

genting, papan tumpu kasau dan

lapis kalis tiris.

Elemen Rangka

Item binaan seperti tiang, rasuk

lantai, rasuk bumbung, lantai

atas, acuan untuk tiang dan

rasuk serta tetulang untuk tiang,

rasuk dan lantai.

PERINGATAN……

Pecahan elemen – elemen di atas adalah contoh sahaja dan setiap firma

ukur bahan mempunyai sistem pecahan/pembahagian yang tersendiri.

FIKIRKAN……..

Cuba buat pembahagian elemen anda sendiri.Adakah sama dengan

kawan – kawan anda? Sila minta pandangan pensyarah anda……

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

c. Senarai Kuantiti Penunjuk

Senarai kuantiti yang dipecahkan mengikut elemen atau tukang biasanya

mengandungi huraian mengenai jenis dan kualiti bahan serta kuantiti, jadi

kadang –kadang lokasi sebahagian daripada item binaan yang disenaraikan

tidak dapat dipastikan walau pun dengan merujuk pada lukisan yang

lengkap.

Untuk mengatasi masalah ini, nota – nota yang menunjukkan lokasi yang

dimasukkan kepada item binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti

penunjuk.

d. Senarai Kuantiti Operasi atau Kerja

Dalam senarai kuantiti jenis ini, projek binaan dipecahkan mengikut

operasi sebenar di tapak bina. Pecahan dibuat berdasrkan analisis

rangkaian kerja yang menunjukkan operasi –operasi penting.

Penyediaan senarai kuantiti ini melibatkan pelencongan dari kaedah

pengukuran setara. Di sini keperluan buruh dan loji disenaraikan sebagai

suatu kerja atau operasi yang perlu, sementara bahan binaan yang

diperlukan bagi tiap – tiap operasi itu disenaraikan secara berasingan.

e. Senarai Kuantiti Peruntukan

Kadang – kadang kerana kesuntukan masa, arkitek dan jurutera tidak

sempat menyediakan lukisan kerja yang lengkap yang membolehkan

jurukur bahan menyediakan senarai kuantiti yang tepat sebelum tender

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

dipelawa. Biasanya dalam keadaan begini jurukur bahan akan

menyenaraikan senarai kuantiti peruntukan.

Kuantiti – kuantiti yang terdapat dalam senarai kuantiti jenis ialah kuantiti

kasar dan merupakan kuantiti peruntukan. Apabila kerja sebenar telah

dijalankan, jurukur bahan perlu membuat pengukuran semula di tapak bagi

mendapatkan kuantiti sebenar dan seterusnya membuat penilaian yang

sewajarnya.

7.3 UNIT – UNIT PENGUKURAN KUANTITI

Seperti mana yang telah dimaklumkan, penyediaan senarai kuantiti

melibatkan pengukuran kuantiti item – item binaan yang terlibat.

Berpandukan unit – unit pengukuran tertentu kuantiti item binaan dapat

dikira.

Unit – unit pengukuran ini telah ditetapkan didalam Kaedah Pengukuran

Setara. Unit – unit berikut adalah digunakan didalam menyatakan kuantiti:

Ukuran Unit

1. Panjang

2. Luas

3. Isipadu

4. Berat

5. Bilangan

6. Mata benda kerja yang tidak

dapat diukur dengan mana –

mana unit ukuran.

Meter panjang

Meter persegi

Meter padu

Kilogram

Nombor

Item

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Proses pengukuran kuantiti melibatkan penggunaan borang yang tertentu,

salah satunya adalah Borang Dimensi. Bagaimanakah ukuran yang

diambil hendak dicatitkan didalam borang tersebut mengikut unit yang

dikehendaki.

Unit Panjang ( Meter )

0.92

Unit Luas ( Meter Persegi )

0.90

2.45

Unit Isipadu

0.15

0.23

3.00

Cuma satu ukuran sahaja

yang perlu diambil dan

dicatatkan. Di bawah tiap

– tiap ukuran yang

dicatatkan itu dilukiskan

suatu garis pemisah

Dua ukuran ( sepasang )

yang perlu diambil dan

dicatatkan. Dibawah tiap –

tiap pasang ukuran yang

dicatatkan itu dilukiskan

satu garis pemisah.

Tiga ukuran yang perlu

diambil dan dicatatkan.

Dibawah satu set ukuran

itu dilukiskan satu garis

pemisah.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Unit Bilangan ( Nombor )

6

Sebelum kita bincang tentang kaedah pengukuran kuantiti dengan

menggunakan unit – unit pengukuran tertentu, terlebih dahulu kita mengenali

bentuk dan fungsi borang yang digunakan semasa proses mengambil ukuran item

– item binaan.

7.3.1: Borang Dimensi.

Borang dimensi adalah borang yang digunakan untuk mencatatkan ukuran

yang diambil daripada lukisan berserta dengan huraian yang berkaitan.

Borang ini direka bentuk mengikut keperluan British Standard 3327 :

1961. Borang Dimensi boleh dibahagikan kepada dua bahagian dimana

tiap bahagian mengandungi empat ruang.

Cuma jumlah bilangan

item binaan yang perlu

dicatatkan. Dibawah

setiapbilangan dilukiskan

satu garis pemisah

Masih ingat lagi?

Apakah borang yang digunakan

untuk membuat pengukuran

kuantiti.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

NAMA PROJEK ……………………………………………………..

ELEMEN……………………………….. NO. LUKISAN………

Rajah 7.2.1 : Contoh borang Dimensi

Setiap ruang dalam borang dimensi mempunyai fungsi yang tertentu

Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.2.1 .

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

7.0.2: Kegunaan Ruang – ruang di dalam Borang Dimensi.

1

2

3

4 1

2

3

4

Ruang Angkali

Ruang untuk mencatatkan

angka pendaraban jika

terdapat lebih daripada satu

butiran kerja diukur.

Ruang Ukuran

Ruang untuk mencatatkan

ukuran sebenar yang diukur

atau diambil terus dari

lukisan.

Ruang Hasil Kiraan

Ruang untuk mencatatkan

hasil pendaraban angka –

angka diruang pertama dan

ruang kedua

Ruang Keterangan

Huraian bagi butiran kerja

yang diukur akan ditulis

diruang ini.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Contoh aplikasi penggunaan ruang angkali, ruang ukuran dan ruang hasil kira

– kira dalam borang dimensi.

Mencatatkan Ukuran

2.00

1.00

0.50 1.00

Mencatatkan Bilangan

2

2.00

1.00

0.50 2.00

Mencatatkan Tambahan kepada Bilangan

. 2

3

1.00

1.00

0.50 1.50

Catatan ini menunjukkan pengiraan seperti

berikut :

2 .00 1.000.50 = 1.00

Ukuran 2.00 adalah panjang, 1.00 adalah

lebar dan 0.50 adalah dalam

Catatan ini menunjukkan pengiraan

seperti berikut :

2 50.000.100.2 = 2.00

Tanda ( / ) menunjukkan darab atau kali.

Angka 2 dalam ruang angkali

menunjukkan terdapat tiga butiran yang

serupa.

Catatan ini menunjukkan pengiraan seperti

berikut :

( 2 + 3 ) ( 1.00 50.000.1 ) = 2.00

Tanda nokhtah/titik ( . ) diantara nombor 2

dan 3 menunjukkan tambah.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Secara amnya kemahiran dan kecekapan sangat diperlukan untuk

Membentuk keterangan atau huraian yang lengkap dan dengan

seringkasnya.Ini merupakan aspek pengukuran kuantiti yang paling susah dan

memerlukan penguasaan pengetahuan teknik yang mendalam.

Secara amnya, perkara – perkara yang dimasukkan kedalam huraian bagi

sesuatu butiran kerja yang diukur adalah seperti berikut :

a. Nama item binaan yang diukur.

b. Saiz item binaan ( jika unit pengukuran adalah dalam

bilangan, panjang atau luas.

c. Jenis, kualiti dan saiz ( jika ada ) bahan yang digunakan.

d. Sebarang perlakuan atau perbuatan terhadap item binaan

tersebut.

e. Cara item binaan itu diletakkan, disambung dan

dipasangkan di tempatnya.

Perkara – perkara yang disenaraikan di atas merupakan panduan kasar

sahaja. Pelajar perlulah menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk

memberi butir – butir yang lebih lanjut sekiranya perlu.

Anda mungkin telah faham bagaimana untuk menulis

ukuran di dalam borang dimensi. Bagaimana pula cara

menulis keterangan?

Anda jangan risau, ada beberapa panduan untuk

menulis keterangan samada didapati daripada kaedah

pengkuran setara atau pun panduan yang menjadi

amalan biasa jurukur bahan dan mengukur kuantiti.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Keterangan

3

1.20

1.45 F1,F2,F3 ]

0.30

Tanda Lokasi

Pengiraan Sisi

3

1.20

1.45 F1, F2 & F3]

0.30

1.50 Dalam 0.775

1.50 F1a] - 0.320

0.46

Konkrit bertetulang

gred 25 – 20 mm batu

– baur didalam asas

papak

Keterangan ditulis ber-

sebelahan atau atas

sedikit dari pada

ukuran pertama yang

dicatatkan. Ia ditulis

semasa ukuran sesuatu

butiran kerja itu di

ambil.

Bersebelahan dengan

ukuran dicatatkan

lokasi kerja yang di

ukur.

Catatan pada contoh

ini merujuk kepada

pengukuran kerja

konkrit bagi asas

papak jenis F1, F2 &

F3

Konkrit bertetulang

gred 25 – 20mm

batu baur di dalam

asas pad.

0.455

Sekiranya pengiraan

pendek atau ringkas

perlu dibuat bagi

mendapat sesuatu

ukuran, mestilah

dibuat di sisi sebelah

kanan ruang

keterangan dan bukan

di atas kertas yang

berasingan.

Pengiraan sisi

membolehkan kita

melihat bagaiaman

sesuatu ukuran itu

didapati dan dari mana

puncanya.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Catatan di atas menunjukkan menunjukkan ukuran 0.46 bagi asas F1a dengan

membuat pengiraan pendek yang terdapat pada ruang sebelah kanan ruang

keterangan.

Tanda Kandungan

3 1.20

1.45

0.30

2

1.20

1.20

0.45

1.50

1.50

0.30

3.20

2.10

Konkrit

bertetulang gred

25 – 20mm batu

baur di dalam asas

pad.

Biasanya untuk satu butiran

kerja beberapa set butiran

terpaksa diambil. Kadang –

kadang bilangan ukuran yang di

ambil untuk sesuatu butiran

kerja adalah banyak.

Apabila dicatatkan diatas

borang dimensi, kita akan

mendapat sebaris ukuran

dibawah satu huraian ( rujuk

sebelah ).

Bagi menunjukkan ssesuatu

baris ukuran itu adalah bagi satu

item binaan sahaja, maka satu

garis kandungan menegak

dilukiskan dari atas baris

pertama huraian hingga ke

ukuran yang terakhir.

Selain itu, garis kandungan

boleh juga digunakan untuk

membezakan satu item binaan

dengan item binaan yang lain,

sekiranya terdapat terdapat

lebih daripada satu item binaan

yang diukur dalam satu muka

surat.

Lepaan setebal 20

mm daripada

simen dan pasir

( 1:3 ) seperti yang

dihuraikan.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Huruf Ringkas

Dalam menulis huraian penggunaan huruf ringkas adalah dibenarkan. Ia

bertujuan untuk menjimatkan ruang dan masa . Contohnya perkataan konkrit

boleh ditulis sebagai konk, tebal ditulis sebagai tbl dan panjang ditulis sebagai

pjg. Penggunaan huruf ringkas ini hanya digalakkan untuk perkataan yang

mempunyai huruf ringkas yang seragam sahaja.

Perkataan Ditto

1.20

1.45

1.50

1.20

1.45

1.10

Korekan untuk

asas papak tidak

melebihi 1.50m

dalam, keluarkan

dan sebahagian

daripada bahan

korekan digunakan

untuk meninmbus,

dipadatkan dan

diratakan,

selebihnya

diangkut dan

dibuang ke tempat

lain.

Ditto melebihi

1.50 m tetapi tidak

melebihi 3.00 m

Kadang – kadang huraian bagi

satu item binaan adalah sama

dengan huraian item binaan

yang sebelumya. Dalam hal

ini huraian tidak perlu ditulis

sekali lagi. Bagi menjimatkan

, perkataan ditto yang

bermakna sama seperti di

atas boleh digunakan ( Sila

rujuk contoh disebelah ).

Perkataan ditto hanya boleh

digunakan jika huraian yang

sama ditulis dalam ruangan

yang sama dalam satu

halaman. Perkataan ditto tidak

boleh digunakan jika huraian

tersebut ditulis dalam ruangan

yang lain tetapi di halaman

yang sama. Dalam keadaan

ini gunakan ayat seperti telah

dihurakan.

Tiap halaman baru mesti

dimulakan dengan huraian

penuh. Perkataan ditto dan

seperti telah dihuraikan tidak

boleh digunakan sebab belum

ada huraian yang boleh

dirujuk

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

7.3 KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Mengenali fungsi ruang dalam borang dimensi merupakan asas

penting untuk membuat pengukuran. Namun ukuran yang diambil

perlulah dicatatkan kedalam kertas dimensi mengikut susunan yang

tertentu.

Ukuran yang dicatatkan hendaklah dalam unit meter, iaitu hampir kepada

dua titik perpuluhan. Jika ukuran daripada lukisan ialah 5465mm, ia diambil

sebagai 5.47m.

Perhatian……

Susunan ukuran

tidak boleh diubah

sesuka anda.

Dalam amalan biasa, ukuran

panjang dicatatkan di atas

sekali, ukuran lebar selepas atau

dibawah ukuran panjang dan

diikuti akhirnya dengan ukuran

tebal , tinggi atau dalam.

Sila lihat rajah dimuka surat sebelah .Ukuran – ukuran yang dicatatkan

adalah mengikut amalan dan prinsip yang telah diterangkan di atas.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

5500 3000

Ukuran bagi rajah A perlulah dicatatkan seperti yang ditunjukkan dibawah:

5.55

2.50

Ukuran bagi rajah B pula hendaklah dicatatkan seperti berikut :

3.00

5.00

1.50

A

B

2500

5

000

1.5

0

Ukuran – ukuran yang dicatatkan ini

menunjukkan 5.55 ialah ukuran

panjang dan 2.50 ialah ukuran lebar

Ukuran – ukuran yang dicatatkan ini

menunjukkan 3.00 ialah ukuran panjang,

5.00 ialah ukuran lebar dan 1.50 ialah

ukuran dalam, tinggi atau lebar.

Bagaimana hendak menggunakan kaedah- kaedah pengukuran

kuantiti untuk mencari isipadu, keluasan, panjang, berat,

bilangan dan perkara – perkara yang tiada unit pengukuran

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Mencari Isipadu

1.20 Panjang

1.45 Lebar

0.30 Tebal

Sila perhatikan dengan teliti contoh – contoh yang diberikan

nanti. Anda tentu tidak menghadapi masalah.

Merujuk jadual ketiga – tiga

dimensi iaitu panjang, lebar dan

dalam dicatatkan didalam

ruangan ukuran. Manakala dalam

ruangan keterangan tidak perlu

dicatatkan apa – apa dimensi lagi.

Contoh item binaan yang dikira

dalam unit isipadu adalah:

a. Kerja Korekan

Seperti korekan untuk asas papak

dan rasuk tanah.

b. Kerja Konkrit

Seperti kerja konkrit untuk asas

papak, tiang asas dan rasuk tanah.

Pengukuran isi padu untuk dua

butiran kerja di atas

bergantung kepada

kedalaman/ketebalan.

Sekiranya kedalamannya

kurang daripada 300 mm,

maka pengukurannya dalam

unit luas. ( Berdasarkan kepada

Kaedah Pengkuran Setara )

Konkrit tetulang

Gred 25 – 20mm

batu baur

didalam asas

papak.

Sesuatu item binaan yang berbentuk tiga

dimensi dan mempunyai tiga ukuran asas

iaitu panjang, lebar dan tinggi, dalam

atau tebal. Dalam kaedah pengukuran

kuantiti, ukuran untuk ketiga – tiga

dimensi mesti tercatat dalam borang

dimensi, samada dalam ruangan ukuran

atau dalam ruangan huraian.

PERHATIAN !

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Mencari Luas

3.20 Panjang

2.10 Lebar

Mencari Panjang

2.40

3.50

Merujuk jadual item binaan yang

diukur dalam persegi, dua

dimensi iaitu panjang dan lebar

dicatatkan dalam ruangan ukuran,

manakala dimensi untuk tebal

dicatatkan bersama keterangan

didalam ruangan keterangan.

Contoh item binaan yang dikira

dalam unit luas adalah:

a. Kerja Korekan

Seperti korekan pembersihan

permukaan.

b. Kerja Acuan

Seperti kerja acuan untuk sisi asas

papak, sisi tiang asas dan sisi

rasuk tanah.

c. Konkrit Pemarasan

Seperti konkrit pemarasan

dibawah asas papak dan rasuk

tanah.

20 mm Tebal

lepaan simen dan

pasir di atas

lantai konkrit.

Bagi item binaan yang unit

ukurannya adalah panjang, ukuran

panjang sahaja perlu dicatatkan

didalam ruang ukuran, manakala

ukuran lebar dan tebal/tinggi/dalam

dinyatakan dalam huraian dalam

ruangan huraian.

Bagi item binaan yang mempunyai

dua dimensi ( panjang dan garis

pusat sahaja ) seperti besi tetulang

dimensi yang perlu dicatatkan

dalam ruangan keterangan hanyalah

garis pusat sahaja.

100 50 mm

tebal kayu

bergergaji yang

diawet untuk

kasau bumbung.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Mencari Bilangan

2

2

Mengukur Item

ITEM

Bagi item binaan yang unit

ukurannya ialah bilangan,

huraiannya mestilah

mengandungi ukuran – ukuran

panjang, lebar dan tebal, tinggi

atau dalam. Dalam ruang

ukuran hanya perlu dicatatkan

bilangan atau nombor butiran

yang diukur

100 mm x 100mm

x 12mm Tebal plat

kaki daripada

keluli lembut

mengikut B.S 15

INGAT ……..

Bagi unit nombor hanya nombor bulat

sahaja dicatatkan .

Unit item digunakan untuk

mengukur item – item binaan

yang tidak dapat ditentukan

kuantitinya menggunakan

unit- unit ukuran seperti

isipadu, luas, panjang atau

bilangan diperingkat

pengukuran.

Penggunaan unit item

biasanya untuk kerja –kerja

cerucuk dan juga kerja – kerja

pembersihan tapak.

Allow for the

provisionof all

necessary piling

equipment, plant, tools

and ancillary

equipment anf for their

transpotation to site,

handling, assembling,

erecting and

dismantling and

removal off the site

after completion of the

piling operation.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

7.4 MENGENAL LUKISAN SUB STRUKTUR BANGUNAN

Elemen bangunan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu elemen

sub struktur dan elemen super struktur. Elemen sub struktur bangunan

merupakan struktur – struktur bangunan yang berada dibawah atau sebelum

lapisan kemasan lantai tingkat bawah .

Secara umumnya ia berfungsi sebagai penerima dan mengagihkan beban

bangunan ke tanah. Oleh itu struktur ini hendaklah terdiri daripada struktur

yang kuat, kekal dan tahan lama.

Diantara struktur utama di dalam elemen sub struktur sesebuah bangunan

Adalah :

Asas

Tiang asas

Rasuk Tanah

Longkang permukaan

Lantai tingkat bawah

Sebagai pelajar yang telibat dalam industri binaan anda sawajarnya

tahu pembahagian elemen bangunan. Apakah yang anda faham

tentang elemen sub struktur bangunan? Cuba anda fikirkan.

Cuba anda senaraikan item – item yang terdapat di dalam elemen

sub struktur sesebuah bangunan.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Rajah 14.2(c) : Rasuk Tanah

Rajah 14.2(b) : Tiang Asas

Rajah 14.2(a) : Tapak Asas

Gambar – gambar yang

ditunjukkan mungkin

dapat membantu pelajar-

pelajar mengenali antara

struktur utama didalam

elemen sub struktur.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

7.5 MENGENALI DAN MEMAHAMI LUKISAN SUB STRUKTUR

Sebuah lukisan sub struktur akan mengandungi perkara – perkara berikut :

Lukisan Pelan

Lukisan yang menunjukkan kedudukan struktur – struktur utama elemen

sub struktur seperti Asas dan rasuk tanah dalam bentuk pandangan pelan.

Sila Rujuk Lukisan Sub struktur 7.5 (a) : Pelan Tapak

Lukisan Keratan

Lukisan keratan bagi menunjukkan perincian struktur – struktur dalam

elemen sub struktur. Lukisan ini akan menunjukkan secara terperinci dari

segi saiz dan bentuk sesuatu struktur serta lengkap dengan spesifikasinya.

Lukisan ini banyak membantu orang yang mengukur kuantiti memahami

item binaan yang diukur, sebagai contohnya mengetahui nisbah bancuhan

konkrit dan juga kedudukan, jenis dan saiz tetulang yang digunakan

didalam sesuatu struktur. Sila Rujuk Lukisan Sub struktur 7.4 ( b) :

Keratan Tipikal Tapak Asas.

Penentuan

Sebagai mana yang diterangkan di atas penentuan di dalam sesuatu lukisan

adalah penting untuk memberi gambaran tentang sesuatu struktur binaan,

terutamanya perkara – perkara yang tidak dapat ditunjukkan didalam

lukisan seperti cara kerja dan kualtiti kerja.

Bagi tujuan mengenali dan memahami lukisan sub struktur,

lukisan ringkas di bawah boleh di jadikan panduan. Pelajar

boleh merujuk kepada lukisan yang sebenar dan lebih kompleks

selepas ini.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

7 – 1 Senaraikan kegunaan – kegunaan senarai kuantiti.

7 – 2 Namakan ruang – ruang di dalam kertas dimensi di bawah

1

2

3

4 1

2

3

4

7 – 3 Terangkan fungsi setiap ruang di atas.

7 – 4 Apakah fungsi penggunaan huruf ringkas ditto dalam pengukuran kuantiti.

7 – 5 Terdapat beberapa unit yang digunakan untuk kerja – kerja pengukuran

kuantiti. Nyatakan unit – unit tersebut.

7 – 6 Nyatakan unit – unit pengukuran yang sesuai untuk kerja – kerja berikut :

a. Konkrit bertetulang didalam asas papak

b. 50 mm tebal konkrit pemarasan

c. Korekan tanah permukaan setebal 150mm

d. Korekan untuk asas papak melebihi 1.50 m dalam tetapi

tidak melebihi 3.00 m dalam.

e. 10 mm diameter keluli lembut didalam tiang asas.

AKTIVITI 7

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

7 – 1 Kegunaan senarai kuantiti :

1. Menganggarkan kos projek

2. Untuk mempelawa tender

3. Untuk menyediakan bayaran kemajuan

4. Untuk menilai pindaan kerja

5. Untuk memesan dan membeli bahan

7 – 2 Kegunaan ruang – ruang dalam borang dimensi.

1. Ruang 1 – Ruang angkali

2. Ruang 2 – Ruang ukuran / dimensi

3. Ruang 3 – Ruang hasil kiraan

4. Ruang 4 – Ruang keterangan

7 – 3 Fungsi – fungsi setiap ruang :

1. Ruang Angkali

Ruang untuk mencatatkan angka pendaraban sekiranya

terdapat lebih daripada satu butiran kerja diukur.

2. Ruang Ukuran

Ruang untuk mencatatkan ukuran sebenar yang diukur atau

diambil dari lukisan.

3. Ruang Hasil kiraan

Ruang untuk mencatatkan hasil pendaraban angka diruang

angkali dan ruang dimensi.

4. Ruang keterangan

MAKLUM BALAS 7

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

Ruang untuk menulis huraian bagi butiran kerja yang

diukur.

7 – 4 Fungsi penggunaan ditto dalam pengukuran kuantiti apabila terdapat

huraian dalam ruang keterangan untuk sesuatu item kerja adalah sama

dengan huraian yang sebelumnya. Penggunaan ditto untuk menjimatkan

perkataan supaya tidak mengulangi perkataan yang sama. Walau

bagaimana pun perkataan ditto boleh digunakan hanya dalam satu muka

surat yang sama.

7 – 5 Unit – unit yang digunakan dalam pengukuran kuantiti meter, meter

persegi, meter padu, kilogram, nombor dan item.

7 – 6 Unit – unit pengukuran yang sesuai untuk kerja – kerja berikut :

a. Konkrit bertetulang didalam asas papak – meter padu

b. 50 mm tebal konkrit pemarasan – meter persegi

c. Korekan tanah permukaan setebal 150mm – meter persegi

e. Korekan untuk asas papak melebihi 1.50 m dalam tetapi tidak

melebihi 3.00 m dalam – meter padu

f. 10 mm diameter keluli lembut didalam tiang asas - kilogram

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

SOALAN 1

Berpandukan maklumat –maklumat di bawah tulis semula cara pengukuran

mengikut kaedah pengukuran kuantiti menggunakan borang dimensi.

Keterangan Kerja Jenis Bil Ukuran ( mm )

P L T/D

Korekan untuk tapak asas

tidak lebih 1.50m dalam

timbus kembali dan

padatkan.

50 mm tebal konkrit alas ( 1

: 6 ) dibawah asas papak.

Konkrit bertetulang ( 1:2:4 _

20mm batu baur ) bagi asas

papak

Konkrit bertetulang ( !:2:4 –

20mm batu baur ) bagi tiang

asas.

Y20 didalam tapak asas

Y16 didalam tapak asas

Kotak bentuk pada sisi

tapak asas

F1

F2

F1

F2

F1

F2

F1

F2

F1

F2

F1

F2

3

5

3

5

3

5

3

5

3/2/5

5/2/7

3

5

750

900

750

900

750

900

150

225

1005

1170

3000

3600

750

900

750

900

750

900

150

225

1200

1400

230

300

750

950

230

300

PENILAIAN KENDIRI

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

SOALAN 1

3

0.70

0.70

1.20

5

0.90

0.90

1.40

3

0.75

0.75

5

0.90

0.90

MAKLUM BALAS

Korekan untuk asas papak tidak

melebihi 1.5 m dalam timbus

kembali dan padatkan.

F1]

F2]

50 mm tebal konkrit alas (1:6)

dibawah asas papak.

F1]

F2]

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

3

0.70

0.70

0.23

5

0.90

0.90

0.30

3

0.15

0.15

0.75

5

0.23

0.23

0.95

Konkrit bertetulang ( 1:2:4 –

20mm batu baur ) bagi asas

papak.

F1]

F2]

Ditto, tiang asas

F1]

F2]

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 7/1

KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI

3

2

5

1.05

5

2

7

1 17

0.90

0.90

3

3.00

0.23

5

3.60

o.30

Y20 mm diameter didalam tapak

asas

F1]

Y16 ditto

F2]

Kotak bentuk pada sisi tapak

asas

F1]

F2]