C3010 bab4
Transcript of C3010 bab4
PEMBINAAN J/R TURAPAN LENTUR
1.1 PEMBINAAN TURAPAN LENTUR
Kerja pembinaan turapan lentur meliputi aktiviti kerja pembinaan setiap lapisan dan jentera yang digunakan.
Secara umumnya, ia terdiri daripada:
a. Pembinaan lapisan subgred.
b. Pembinaan sub tapak.
c. Pembinaan tapak.
d. Pembinaan permukaan jalan
1.2 Pembinaan Lapisan Subgred
Langkah pertama yang dilakukan dalam pembinaan subgred ialah dengan
membuat ujian keupayaan galas tanah.
Sekiranya keupayaan galas tanah asal mencukupi, maka permukaan tanah
diratakan untuk pembinaan lapisan seterusnya.
Jika keupayaan galas tanah kurang sesuai untuk dijadikan subgred,
penstabilan atau penambakan tanah asing perlu dilakukan.
Kerja penstabilan dilakukan dengan mengadunkan bahan penstabilan dengan
tanah sebelum dilakukan pemadatan.
Penggunaan tanah asing pula dilakukan dengan mengorek tanah yang didapati
tidak sesuai untuk dijadikan subgred.
Tanah asing yang sesuai direbak menggunakan traktor pada ketebalan tertentu,
sebelum dipadatkan.
Jentera pemadatan yang biasa digunakan ialah jentera penggelek roda besi dan
penggelek bergetar.
PENSTABILAN TANAH, PENSTABILAN MEKANIK, PENSTABILAN FIZIKAL dan PENSTABILAN KIMIA
Samb .....
Semasa kerja pemadatan, faktor yang berikut perlu dikawal dengan teliti supaya kekuatan tanah yang diperlukan dapat dicapai dalam masa yang singkat dan kos yang rendah.
• Kandungan lembapan tanah.
• Tebal lapisan tanah.
• Jenis dan berat jentera pemadat.
• Laju dan bilangan larian
Setelah lapisan pertama mencapai kepadatan, maka lapisan seterusnya dibina
sehingga mencapai aras formasi dengan kamber yang ditetapkan.
Kebiasaannya, lapisan atas subgred akan ditutup dengan lapisan pasir atau
habuk batu pecahan untuk menghalang percampuran bahan subgred ke
lapisan subtapak.
lapisan terbawah dibuat dr tanah asal
nilai CBR adalah asas utk menentukan tebal turapan
dipadatkn dgn jentera pemadat yg sesuai pd kand air optimum
faktor yg mempengaruhi kekuatan s/gred
• jenis tanah
• kand air
• pemadatan
Roller / penggelek Memadat tanah
1.3 Pembinaan Subtapak
Bahan lapisan subtapak seperti pasir lombong, pasir sungai, pecahan batu
atau tanah laterit terpilih diletakkan dan diratakan di atas lapisan subgred.
Sekiranya ketebalan lapisan subtapak melebihi 150mm, ia dibina dalam dua
lapisan.
lapisan yg terletak di antara lapisan tapak jalan & s/gred
Setiap lapisan dipadatkan dengan menggunakan jentera penggelak.
Di samping itu, kamber perlu dipastikan dari masa ke semasa.
Subtapak ialah lapisan pengagih beban sekunder yang mengagihkan beban
kenderaan ke subgred.
Fungsi subtapak ialah seperti berikut:
• Menanggung tapak jalan dan mengagihkan beban ke lapisan subgred.
• Bertindak sebagai lapisan penyalir.
• Memisahkan lapisan tapak dan subgred.
• Jalan sementara sms kerja2 pembinaan.
Pemadatan dilakukan scr memanjang dr tepi ke tengah & dr rendah ke tinggi.
Sub Tapak (Sub Base)
1) Laterit berpasir - CBR > 20%
2) Aggregat terhancur - b’saiz 75mm hingga ke debu, CBR > 30%
3) Tanah b’pasir t’stabil simen - CBR > 60%
“ Bahan s/tapak mesti lulus ujian CBR, Had Cecair, Indek Keplastikan, Nilai P’hancuran Agg, Lelasan Los Angeles & Ayakan “
Bahan yang digunakan
1.4 Pembinaan Tapak
Tapak jalan di negara ini kebanyakannya dibina dengan bahan adunan batu
pecahan sama ada basah atau kering.
Perkembangan teknologi terkini dalam penyediaan lapisan tapak, membolehkan
penggunaan jentera penurap.
Setiap lapisan longgar yang direbak/rata mestilah tidak melebihi 150mm tebal.
Setiap lapisan dipadatkan dan ditarah mengikut kamber yang ditetapkan.
merupakan lapisan terpenting
dibuat dr bhn yg b’kualiti agak tinggi
lapisan penyebar beban yg utama & yg paling tebal
Ia diratakan sehingga meliputi 250mm daripada lebar sebenar permukaan jalan
dengan tujuan bagi menyediakan sokongan sisi terhadap lapisan permukaan
jalan.
Antara fungsi lapisan tapak ialah:
• Bertindak sebagai lapisan penanggung utama beban.
• Mengagihkan beban ke lapisan di bawahnya.
• Menyediakan permukaan binaan untuk lapisan berbitumen.
Antara kaedah pembinaan lapisan ini ialah:
• Macadam Crusher-run (Run Road Base.)
• Macadam ikatan kering (Dry Bound Macadam Road Base).
• Macadam ikatan basah (Wet Bound Macadam Road Base).
• Tapak Berbitumen Tumpat (Bituminous Bound Macadam Road base).
• Lapisan Tapak Dan Subtapak Ikatan Simen.
• Macadam ikatan Air Pracampuran
b) Bahan yang digunakan
1) Adunan agg t’hancur bersaiz 50mm – debu
2) Bahan Pengikat
i. Dry Bound Macadam (Macadam Ikatan Kering)
• Tidak berpengikat hanya bergantung pd ciri saling mengunci s/jadi di antara agg.
• Dihampar 2 lapisan
• Lapisan pertama agg kasar dihampar setebal 75 – 100mm & dipadatkan
• Lapisan kedua Agg halus dihampar setebal 25 – 50mm & dipadatkan
ii. Wet Bound Macadam (Macadam Ikatan Basah)
biasanya dihasilkn dgn mencampurkn air ant 2 – 5% kpd agg diloji & dibawa ke tapak utk dihamparkan
Hamparan tidak lebih 200mm tebal terpadat.
iii. Cement Stabilised (Terstabil Simen)
Agg dicampurkan dgn sedikit simen ant 3 – 6%
Lapisan tapak yg perlu dipadatkn perlu diberi masa utk p’awetan selama se<2nya 7 hari
Tidak boleh dibuka kpd l/lintas sehingga kekuatan y dikehendaki tercapai.
iv. Dense Bound Macadam (Macadam Bersalut Tumpat)
agg t’gred + bitumen 3 – 4%
38% agg melepasi ayak 3.18mm, 65% agg kasar
bitumen m’punyai kelikatan yg tinggi, gred penusukan 80/100
1.5 Pembinaan Permukaan
Lapisan permukaan berbitumen adalah lapisan terakhir dalam pembinaan
turapan jalan.
Pembinaan ini dilakukan dalam dua peringkat:
• Pembinaan lapisan pengikat.
• Pembinaan lapisan haus.
Pembinaan permukaan jalan dimulakan dengan menyembur bitumen ke atas
tapak jalan.
Bitumen ini akan membentuk satu lapisan yang dinamakan salut perdana.
Salut perdana ini berfungsi sebagai pengikat batu pecahan permukaan tapak,
disamping menjadi lapisan kalis air yang boleh menahan resipan air permukaan
ke lapisan tapak.
Masa yang diperlukan untuk cecair bitumen meresip dan mengikat batu pecahan
dengan sepenuhnya bergantung kepada gred bitumen yang digunakan.
Curing. The surface is kept moist by periodically applying water to the surface,
to make sure it does not become dry. This is done continuously through the
curing period until the base can support traffic without deforming. The application
of the prime coat should occur as soon as possible to ensure that moisture is
sealed inside the base.
Kebiasaanya bitumen gred rendah mengambil masa 24 jam sebelum kerja
pembinaan seterusnya dimulakan.
Sebelum kerja penurapan lapisan pengikat dijalankan, satu lagi semburan
bitumen yang dinamakan salut jelujur diperlukan untuk mengikat rapi lapisan
turapan berbitumen dengan lapisan tapak.
Sebaik sahaja bahan pracampuran diturap, pemadatan hendaklah dilakukan
dengan segera.
Suhu pracampuran semasa penurapan dan pemadatan hendaklah dikawal.
Kerja penggelekan yang dilakukan semasa suhu yang tinggi akan
menyebabkan lapisan menjadi nipis.
Kerja penggelekan yang dilakukan semasa suhu yang rendah menyebabkan
turapan tidak mencapai kepadatan yang mencukupi.
Penurapan dan pemadatan lapisan haus dijalankan selepas salut jelujur
disembur pada lapisan pengikat.
Keadah penurapan dan pemadatan lapisan haus adalah sama dengan keadah
pembinaan lapisan pengikat.
Fungsi lapisan pengikat adalah seperti berikut:
• Menerima beban dari lapisan haus dan mengagihkannya ke lapisan
tapak.
• Menjadi asas kepada lapisan haus.
Fungsi lapisan haus ialah:
• Menerima beban secara terus dari roda dan mengagihkannya ke lapisan lain.
• Menjadi lapisan kalis air untuk menyekat resapan air permukaan ke lapisan
tapak.
• Memberi permukaan rata, selesa dan selamat kepada pengguna.
Secara ringkasnya, proses pembinaan turapan lentur dan jentera
pembinaan yang digunakan adalah seperti jadual dibawah:
Fungsi utama lapisan ini ialah :-
menawarkan satu permukaan yg selamat & selesa utk semua aktiviti memandu
melindungi lapisan di bawahnya drpd :-
• dipengaruhi oleh sumber s/jadi ( cuaca )
• tercerai-berai disbbkn oleh kegiatan membrek & kend tergelincir di atas j/r
Pavement Surface. The new pavement surface consisting of a chip seal, hot-mix asphalt, or concrete is constructed to complete the recycling process.
bulldozer Membersihkan kawasan
excavator Menggali tanah
scraper Menggali secara cetek dan mengangkut tanah
loader Mencedok tanah
backhoe Mencedok tanah
grader Meratakan dan memaras tanah
Penggelek tayar pneumatik
Bahu jalan merupakan kawasan rizab jalan di tepi sesebuah jalan
raya atau lebuh raya. Secara amnya ia dikosongkan daripada
sebarang jenis kenderaan; namun demikian, sekiranya berlaku
kecemasan ataupun kerosakan kenderaan, pemandu boleh beralih
ke bahu jalan untuk keluar daripada aliran trafik dengan selamat.
Bahu jalan juga berguna sebagai langkah mengelak kemalangan
jalan raya dengan menyediakan ruang untuk pemandu beralih ke
tepi sekiranya kenderaan dari arah hadapan gagal beralih ke lorong
sepatutnya akibat hilang kawalan. Kenderaan kecemasan seperti
dan juga boleh menggunakan bahu jalan bagi mengalak kesesakan
di laluan utama. Oleh yang demikian, bahu jalan juga turut dikenali
sebagai lorong kecemasan.
Pembinaan Bahu Jalan
Bahu jalan atau lorong kecemasan biasanya lebih sempit sedikit
berbanding lorong trafik biasa. Misalnya di Lebuhraya Utara-Selatan,
lebar lorong utama adalah antara 3.5 hingga 3.75 meter, tetapi lebar
lorong kecemasan hanyalah 3 meter. Bagi jalan raya yang mempunyai
tahap geometri yang rendah, biasanya tidak terdapat bahu jalan; jika ada
pun, ia terdiri daripada batu kelikir yang tidak berturap. oleh sebab itu,
ada kalanya bahu jalan di jalan raya sedemikian boleh jadi lembut serta
kurang sesuai di saat-saat kecemasan iaitu semasa mengelak kenderaan
dari arah hadapan yang hilang kawalan. Atas sebab-sebab keselamatan,
lorong kecemasan bukan berturap sahaja dibina di sepanjang lebuh raya
malah turut dibina di beberapa jalan raya utama.
Bagi jalan raya dengan tahap geometri yang tinggi, lorong kecemasan
diturap sebagaimana lorong utama. Untuk menjimatkan kos, ada
kalanya lorong kecemasan tidak diturap mengikut ketebalan yang
sama seperti lorong-lorong utama, memandangkan lorong kecemasan
hanya digunakan semasa kecemasan sahaja. Lorong kecemasan juga
cenderung mengumpul sisa-sisa serta puing-puing jalan yang
mungkin membahayakan pemandu yang memandu menggunakan
lorong kecemasan.
Pembinaan Bahu Jalan
- dibuat dgn menggunakan rumput, crusher run, tanah @ turapan
Rumput
- tanah diratakan sama aras dgn tepi jalan
- tanam rumput jarak tertentu utk penyaliran air yg b’kesan
- perlu ada kecerunan
Bahu jalan 3 – 4%
Batu Kerikil
- tanah diratakan
- batu kerikil disusun pd atasnya & dimampat
Turapan
- tanah @ s/gred dimampatkan
- masuk batu kerikil
- turapan diturap