cabang falsafah

7
Cabang-cabang Falsafah. Cabang-cabang Falsafah. Falsafah boleh dibahagikan kepada empat cabang,iaitu metafizik,axiologi,epistemologi,dan logik. Metafizik (Ontologi) Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya. Menurut takrifan dalam kamus,metafizik merujuk kepada “... yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan”. Metafizik bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat. Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti di bawah: Apa itu kebenaran? Adakah Tuhan wujud? Siapa itu manusia? Apakah itu kebebasan manusia? Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja? Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh? Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita mencari jawapan kepada soalan-soalan tadi dengan hanya merujuk kepada dapatan-dapatan eksperimen atau kajian saintifik. Axiologi. Axiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’. Ia adalah cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baib atau buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh. Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika. 1) Etika. Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang paling sesuai untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang,

description

edu

Transcript of cabang falsafah

Top of Form

Cabang-cabang Falsafah.

Cabang-cabang Falsafah.Falsafah boleh dibahagikan kepada empat cabang,iaitu metafizik,axiologi,epistemologi,dan logik.Metafizik (Ontologi)Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya. Menurut takrifan dalam kamus,metafizik merujuk kepada ... yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan. Metafizik bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti di bawah: Apa itu kebenaran? Adakah Tuhan wujud? Siapa itu manusia? Apakah itu kebebasan manusia? Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja? Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita mencari jawapan kepada soalan-soalan tadi dengan hanya merujuk kepada dapatan-dapatan eksperimen atau kajian saintifik.Axiologi.Axiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud nilai. Ia adalah cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baib atau buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh. Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika.1) Etika. Lebih mengutamakan apa yang sepatutnya kita lakukan dan apa yang paling sesuai untuk kita lakukan. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada tiga bidang asas seperti yang berikut: Meta ethics- kajian tentang konsep etika. Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai etika; Applied ethics- kajian tentang penggunaan nilai etika.Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan seperti yang berikut: Apa itu kebaikan? Apakah ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan? Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu betul? Adakah moraliti itu bersifat objektif atau subjektif?2) Estetika. Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling dan kehidupan. Dengan kata lain,ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen. Anatara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuklah: Apa itu kecantikan? Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?Epistemologi.Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud ilmu atau sains dan logos yang bermaksud keterangan. Justeru,epistemologi berfokuskan kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.Dengan kata lain,epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut: Apa itu ilmu? Apakah sumber-sumber pengetahuan? Apa yang diketahui oleh manusia? Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu? Adakah ilmu statik atau senantiasa berubah?Selain itu,epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan kesahan cara mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti di bawah: Wahyu. Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum; Berasaskan pengalaman pancaindera. Apa yang kita lihat,dengar,rasa,sentuh dan bau merupakan satu cara untuk kita memperoleh maklumat mengenai alam sekeliling kita. Namun, cara mengetahui sedemikian berkemungkinan kurang tepat,misalnya,ayam goreng yang kita rasa sebenarnya adalah arnab goreng,air yang kita lihat atas jalan raya sebenarnya adalah sesuatu mirage. Intuisi. Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan tidak disedari. Misalnya,seseorang ibu yang dapat mengesan sama ada anaknya menghadiri kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja anaknya masuk ke dalam rumah. Pandangan pakar bidang berkenaan berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dipunyai. Misalnya,tokoh-tokoh falsafah yang terkenal seperti Socrates, Plato, Dewey dan sebagainya. Logik. Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan seterusnya mengetahui sesuatu; Kaedah saintifik. Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu melalui pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik,misalnya menjalankan temu bual, membuat pemerhatian, mentadbirkan soal selidik, dan sebagainya.Logik.Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagu jawapan yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.Secara umumnya, terdapat dua jenis logik: Logik induktif- bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat penaakulan terhadap butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya. Logik deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk: Apa yang dimaksudkan dengan taakulan baik atau kurang baik? Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik?

Sebelum bermula, kita perlu mengambil masa sedikit untuk memikirkan soalan-soalan yang berikut: Mengapa saya melakukan perkara ini dalam kelas? Apakah yang akan saya memasukkan dalam pelajaran saya? Bila saya akan melakukan perkara ini dalam kelas saya? Bagaimana saya akan melakukan perkara ini?

2.1 Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Pertama, kita perlu memahami pelbagai cabang falsafah yang menjadi asas kepada pembentukan FPK dan FPG. Cabang-cabang falsafah tersebut ialah(a) metafizik/ontologi, (b) epistemologi, (c) aksiologi, dan (d) logik.

(a) Metafizik/Ontologi

Metafizik adalah berkaitan dengan sifat realiti. Ia didefinisikan sebagai yang jauh melampaui hal fizikal dan kebendaan dengan persoalan-persoalannya jauh melampaui yang boleh dijawab dengan merujuk kepada siasatan saintifik. Ia bersifat spekulatif dan berfokus pada isu seperti hubungan sebab-akibat. Ia berkaitan dengan mengajar hal berkenaan dengan fikiran tentang matlamat pendidikan, pemilihan kandungan dan matlamat pendidikan yang sesuai, dan sikap terhadap sifat semula jadi pelajar. Metafizik mengemukakan soalan-soalan yang berikut: Adakah suatu bahan ilmu sejagat untuk dipelajari? Siapa yang harus menentukan hal yang perlu dipelajari? Adakah pelajar umumnya baik dan amanah?

(b) Epistemologi

Cabang falsafah ini berkaitan dengan sifat semula jadi ilmu. Jawapan-jawapan kepada persoalan epistemologi memberikan rasional untuk memilih bahan yang layak untuk diajarkan dan dipelajari lalu mencadangkan cara maklumat harus diajarkan. Dua persoalan asas epistemologi adalah: Apakah yang membentuk ilmu? dan Adakah ilmu tetap atau berubah? Satu lagi soalan asas epistemologi tertumpu kepada apa yang boleh dihuraikan sebagai cara untuk mengetahui dan kesahan kaedah mengetahui. Pada asasnya, isunya adalah sama ada pengetahuan datang daripada wahyu, kuasa, intuisi, pancaindera atau daripada penaakulan atau eksperimen. Pendekatan guru semasa mengajarkan kandungan kepada pelajarnya memberitahu banyak tentang jawapannya kepada persoalan asas epistemologi. Contohnya, sekiranya guru menegaskan bahawa pelajarnya menguasai fakta dan prinsip khusus yang telah ditemui oleh orang lain berdasarkan andaian bahawa terdapat apa yang dianggap sebagai pengetahuan sebenar. Sekiranya, dia lebih berminat untuk mengajarkan proses penyelesaian masalah, hal ini membayangkan bahawa tidak terdapat kebenaran mutlak dan hal ini lebih bermakna bagi muda-mudi mempelajari beberapa kemahiran yang akan membantu mereka mendapat jawapan berdasarkan situasi-spesifik.

(c) Aksiologi

Aksiologi ialah cabang falsafah yang berhubung kait dengan nilai seperti etika dan agama. Aksiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud nilai. Aksiologi menumpukan perhatian kepada apa yang seharusnya berlaku. Aksiologi berkaitan dengan nilai dan berhubung dengan pengajaran nilai moral dan pengembangan sahsiah. Topik moral, etika dan estetika terangkum dalam kategori falsafah ini. Beberapa persoalan yang berkaitan dengan aksiologi ialah : Bagaimanakah seseorang itu hidup? Apakah unsur kewujudan? Adakah kehidupan mempunyai apa-apa makna? Apa itu moral dan tak bermoral? Apa itu kecantikan?

Satu lagi persoalan aksiologi yang penting adalah tentang sifat kelakuan yang betul. Bagaimanakah seseorang itu harus berkelakuan? Apakah itu kelakuan bermoral? Bagaimana individu mengetahui bila dia melakukan perkara yang betul? Ada yang berhujah bahawa terdapat prinsip atau garis panduan sejagat yang boleh dipatuhi. Terdapat juga pihak yang menolak idea ini tetapi berhujah bahawa kesesuaian kelakuan adalah situasi spesifik.

(d) Logik

Logik ialah sains tentang pemikiran tepat dan berkaitan dengan hubungan antara idea dan dengan prosedur yang digunakan untuk membezakan antara pemikiran sah dan yang mengelirukan. Logik boleh juga membantu anda untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan menggalakkan susunan fikiran yang teliti dan sistematik. Terdapat dua jenis logik asas, iaitu logik deduktif dan induktif. Logik deduktif bermula dengan kesimpulan umum dan kemudian menerangkan kesimpulan ini dengan mengemukakan contoh dan butiran yang mengalir secara lojik daripadanya. Logik induktif bermula dengan butiran dan kemudian penaakulan memberi fokus pada butiran lalu membuat kesimpulan umum yang menerangkannya.

Bagaimanakah cabang falsafah ini berkaitan dengan FPK? Analisis FPK dengan rujukan kepada pelbagai cabang falsafah

http://amaljaya.com/guru/2010/01/08/analisis-falsafah-pendidikan-kebangsaan-fpk-dan-falsafah-pendidikan-guru-fpg/

Sumber:

http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/cabang-cabang-falsafah.html