Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

download Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

of 23

Transcript of Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    1/23

    Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Era Global. Abad ke-21 merupakan abad yang

    mencabar kesinambungan, kewujudan, dan kegemilangan sesebuah peradaban bangsa-bangsa

    di dunia. Asakan gelombang globlisasi, liberalisasi dan pengaruh pascamodenisme sering kali

    dikaitkan dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa, tradisi persuratan, dan budayanya.

    Dalam konteks bahasa dan persuratan melayu, pelbagai cabaran dijangka akan dijangka akandihadapi dalam konteks nasional mahupun supranasional. Pada abad ini, dari dekat ke dekat,

    diramalkan 10 peratus bahasa akan mengalami kepupusannya. Dunia yang memiliki kira-kira

    6000 bahasa sejak awalnya, kini tinggal 600 bahasa sahaja. Sejajar dengan tumpuan kepada

    pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi, perkara yang berlaku kini ialah wujudnya

    keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa.

    Bahasa Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan

    sesebuah bahasa kebangsaan dimana- mana Negara sekalipun. Kejayaan Dasar Bahasa

    Kebangsaan di Malaysia dalam dalam jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan tergugat

    sekiranya tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya. Bahasa melayu kini tercabar

    dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat. Perkembangan segala macam ilmu

    dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, memang menjadikan

    bahasa sebahagian dalam keperluan itu. Usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu,

    khususnya dalam bidang sains dan teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan

    perkembangan ilmu dan pembangunan Negara. Negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis,

    Jerman dan beberapa buah negara lain telah membangun dengan pesat berdasarkan

    keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap. Mereka

    mempertahankan kewibawaan bahasa mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai

    sains dan teknologi, bahasa kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Sebaliknya di Malaysia situasi

    muktahirnya, wujud keraguan terhadap keyakinan tentang keupayaan dan kemantapan bahasa

    Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Situasi masa hadapan akan menjadi lebih parah lagi apabila

    bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai bahasa pembinaan tamadun bangsa. Di Malaysia,bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat keperkasaannya

    semenjak zaman-berzaman, dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka hingga

    kemerdekaan Malaysia, tetapi adakan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia itu terjamin

    kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari

    peruntukan perlembagaan dan dasar pendidikan Negara. Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan

    Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan boleh dilihat sebagai elemen peribumi.

    elemen yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa yakni proses pindaan

    melalui Parlimen. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah sebahagian daripada perkara

    yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu

    rundingan kemerdekaan dahulu. Elemen peribumi Perlembagaan yang lain ialah sistem beraja,kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan Islam. Perlembagaan sebagai sebuah

    dokumen yang berpaksikan demokrasi, ditunjangi oleh prinsip sama rata. Elemen peribumi

    tersebut adalah pengecualian kepada konsep sama rata ini. Oleh yang demikian elemen

    tersebut tidak boleh disentuh, apalagi dimansuhkan. Perlembagaan telah menetapkan bahawa

    peruntukan mengenai bahasa Melayu hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-

    Raja. Peruntukan mengenai bahasa juga sebagaimana peruntukan mengenai kewarganegaraan,

    adat istiadat Melayu dan Islam tidak boleh digantung, hatta ketika darurat. Selain peruntukan

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    2/23

    mengenai pindaan, bahasa Melayu semacam mempunyai pertalian dengan institusi beraja

    kerana Raja-raja mempunyai kuasa budi bicara dalam hal-hal yang berhubung dengan adat

    Melayu dan pentadbiran istana. (Perlembagaan Persekutuan,Perkara 159(5) ) Bahasa Melayu

    Sebagai Bahasa Kebangsaan Perlembagaan tidak menjelaskan maksud bahasa kebangsaan .

    Kamus Dewan mendefinisikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang diterima oleh ramai

    penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain.Bahasa rasmi pula ialah bahasa pentadbiran kerajaan. Mungkin lebih tepat jika dilihat

    dalam konteks kebangsaan yang diterangkan sebagai yang berkaitan dengan negara secara

    keseluruhan atau sesuatu yang dipilih untuk melambangkan keperibadian Negara. Makna-

    makna yang dibincangkan tersebut mungkin penting dalam menentukan keabsahan, ruang

    lingkup peruntukan yang berkenaan, terutama Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dasar

    Pendidikan Kebangsaan Dasar pendidikan memberikan cara dan kaedah menggunakan sumber-

    sumber ataupun alat-alat dalam sistem pendidikan. Berdasarkan dasar pendidikan ini,

    dinyatakan juga penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem

    pendidikan terutamanya di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Usaha menjadikan

    bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini

    dimulakan dengan pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak pada tahun 1956. Usul

    ini diperteguhkan dengan Laporan Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman Talib pada

    tahun 1960. Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran

    1961. Antaranya menyebut, Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki

    untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya

    peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa

    Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama. -Akta Pelajaran 1961- Berdasarkan

    proklamasi di atas, antara matlamat utama pelaksanaan dasar ini termasuklah

    memperuntukkan undang-undang lebih lanjut berkaitan dengan dasar pendidikan bagi

    menjamin sebuah sistem pendidikan itu menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa

    pengantar utama. Penegasan terpenting dalam proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaanadalah sistem pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu

    sebagai media pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan dan semua

    institusi pendidikan yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. Ini diperkukukan lagi

    dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Perkara 17(1) yang menyatakan, Bahasa Kebangsaan

    hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem

    Pendidikan Kebangsaan. Ini bermakna, semua mata pelajaran Sains dan Matematik perlu

    diajar dalam bahasa Melayu. Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa

    Melayu apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahadir Mohamad dilaporkan menyarankan

    penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi di

    Malaysia (Awang Sariyan,2002). Ia dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalahlemah penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Malah pada tahun 2003, pelaksanaan

    penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pada peringkat rendah

    dan menengah dimulakan. Seharusnya ia perlu menerima pandangan dan rujukan nasihat oleh

    Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan seperti mana yang terkandung dalam perkara 10(1),

    11(1), dan 11(2) Akta pendidikan 1996 (Akta 550), walaupun mendapat tentangan hebat

    daripada pelbagai pihak sebelum ini. Nampaknya, tindakan ini bertentangan dan melanggar

    Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan penjelasan di atas

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    3/23

    dapat dinyatakan bahawa bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan setanding dengan bahasa-

    bahasa yang lain dari segi kesediaan menerima maklumat atau pun sebagai bahasa ilmu dan

    ianya telah dijamin kukuhnya disisi Perlembagaan Negara serta Dasar Pendidikan Negara.

    Mengapa bahasa Melayu dirasakan sebagai penghalang atau tidak sesuai untuk dijadikan

    bahasa ilmu ? Adakah wujudnya kelemahan-kelemahan dalam bahasa Melayu itu sendiri yang

    menjadi penghalang? Pengkaji seterusnya mengkaji tentang ciri-ciri bahasa Melayu, untukmengenal pasti dan menjelaskan bahawa bahasa Melayu itu mampu menjadi bahasa wahana

    ilmu.

    pendidikankita.com/?content=tokoh_detail&idb=38

    Tokoh Kita

    Jumat, 06 Nov 2009 09:47:18 diposting oleh admin

    Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)

    Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenal dengan julukan HAMKA, yakni singkatan

    namanya, (lahir di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, 17 Februari 1908

    meninggal di Jakarta, 24 Juli 1981 pada umur 73 tahun) adalah sastrawan Indonesia, sekaligusulama, dan aktivis politik.

    Belakangan ia diberikan sebutan Buya, yaitu panggilan buat orang Minangkabau yang berasal

    dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang berarti ayahku, atau seseorang yang dihormati.

    Ayahnya adalah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang

    merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada

    tahun 1906.

    Biografi

    HAMKA (1908-1981), adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim

    Amrullah. Ia adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di

    alam Nusantara. Ia lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat,

    Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul,

    seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun

    1906.

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    4/23

    Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika usia

    HAMKA mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang.

    Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti

    pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim

    Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.

    Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun

    1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929.

    Hamka kemudian dilantik sebagai dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas

    Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau

    diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo,

    Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjabat sebagai Pegawai Tinggi Agama

    oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jabatan itu ketika Sukarno menyuruhnya

    memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majelis Syuro Muslimin

    Indonesia (Masyumi).

    Hamka adalah seorang otodidiak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat,

    sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik

    Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki

    karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-

    Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti

    karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud,

    Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan

    bertukar-tukar pikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden

    Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah

    bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.

    Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Ia mengikuti

    pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan

    kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928, beliau mengetuai cabang

    Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan

    pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah

    di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di

    Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada

    tahun 1946. Ia menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di

    Yogyakarta pada tahun 1950.

    Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Juli

    1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis

    Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 karena

    nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah

    Indonesia.

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    5/23

    Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota partai politik

    Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha kembalinya penjajah

    Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerilya di dalam hutan di Medan.

    Pada tahun 1947, Hamka diangkat menjadi ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Ia

    menjadi anggota Konstituante Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya

    Umum 1955. Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960.Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, Hamka dipenjarakan oleh Presiden Sukarno karena dituduh

    pro-Malaysia. Semasa dipenjarakanlah maka beliau mulai menulis Tafsir al-Azhar yang

    merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka diangkat sebagai

    anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majelis Perjalanan Haji

    Indonesia dan anggota Lembaga

    Kebudayaan Nasional, Indonesia.

    Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis,

    editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar

    seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun

    1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi

    editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor

    majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

    Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya

    ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat

    perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah

    Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di

    Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.

    Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsaseperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universitas al-Azhar, 1958; Doktor Honoris

    Causa, Universitas Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelar Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno

    dari pemerintah Indonesia.

    Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Juli 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih

    terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Ia bukan sahaja diterima sebagai

    seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam

    Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura, turut dihargai.

    Daftar Karya Buya Hamka

    1. Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.

    2. Si Sabariah. (1928)

    3. Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar

    Shiddiq),1929.

    4. Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).

    5. Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    6/23

    6. Kepentingan melakukan tabligh (1929).

    7. Hikmat Isra dan Mikraj.

    8. Arkanul Islam (1932) di Makassar.

    9. Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.

    10. Majallah Tentera (4 nomor) 1932, di Makassar.

    11. Majallah Al-Mahdi (9 nomor) 1932 di Makassar.12. Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.

    13. Di Bawah Lindungan Kabah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.

    14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.

    15. Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.

    16. Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.

    17. Margaretta Gauthier (terjemahan) 1940.

    18. Tuan Direktur 1939.

    19. Dijemput mamaknya,1939.

    20. Keadilan Ilahy 1939.

    21. Tashawwuf Modern 1939.

    22. Falsafah Hidup 1939.

    23.

    Lembaga Hidup 1940.

    24. Lembaga Budi 1940.

    25. Majallah SEMANGAT ISLAM (Zaman Jepang 1943).

    26. Majallah MENARA (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.

    27. Negara Islam (1946).

    28. Islam dan Demokrasi,1946.

    29. Revolusi Pikiran,1946.

    30. Revolusi Agama,1946.

    31. Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.32. Dibantingkan ombak masyarakat,1946.

    33. Didalam Lembah cita-cita,1946.

    34. Sesudah naskah Renville,1947.

    35. Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret,1947.

    36. Menunggu Beduk berbunyi,1949 di Bukittinggi,Sedang Konperansi Meja Bundar.

    37. Ayahku,1950 di Jakarta.

    38. Mandi Cahaya di Tanah Suci. 1950.

    39. Mengembara Dilembah Nyl. 1950.

    40. Ditepi Sungai Dajlah. 1950.

    41. Kenangan-kenangan hidup 1,autobiografi sejak lahir 1908 sampai pd tahun 1950.42. Kenangan-kenangan hidup 2.

    43. Kenangan-kenangan hidup 3.

    44. Kenangan-kenangan hidup 4.

    45. Sejarah Ummat Islam Jilid 1,ditulis tahun 1938 diangsur sampai

    1950.

    46. Sejarah Ummat Islam Jilid 2.

    47. Sejarah Ummat Islam Jilid 3.

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    7/23

    48. Sejarah Ummat Islam Jilid 4.

    49. Pedoman Mubaligh Islam,Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.

    50. Pribadi,1950.

    51. Agama dan perempuan,1939.

    52. Muhammadiyah melalui 3 zaman,1946,di Padang Panjang.

    53. 1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat, dibukukan 1950).54. Pelajaran Agama Islam,1956.

    55. Perkembangan Tashawwuf dr abad ke abad,1952.

    56. Empat bulan di Amerika,1953 Jilid 1.

    57. Empat bulan di Amerika Jilid 2.

    58. Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Kairo 1958), utk Doktor Honoris

    Causa.

    59. Soal jawab 1960, disalin dari karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.

    60. Dari Perbendaharaan Lama, 1963 dicetak oleh M. Arbie, Medan; dan 1982 oleh Pustaka

    Panjimas, Jakarta.

    61. Lembaga Hikmat,1953 oleh Bulan Bintang, Jakarta.

    62. Islam dan Kebatinan,1972;

    Bulan Bintang.

    63. Fakta dan Khayal Tuanku Rao, 1970.

    64. Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965, Bulan Bintang.

    65. Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri), 1963, Bulan Bintang.

    66. Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.

    67. Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).

    68. Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).

    69. Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.

    70. Studi Islam 1973, diterbitkan oleh Panji Masyarakat.

    71. Himpunan Khutbah-khutbah.72. Urat Tunggang Pancasila.

    73. Doa-doa Rasulullah S.A.W,1974.

    74. Sejarah Islam di Sumatera.

    75. Bohong di Dunia.

    76. Muhammadiyah di Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).

    77. Pandangan Hidup Muslim,1960.

    78. Kedudukan perempuan dalam Islam,1973.

    79. [Tafsir Al-Azhar][1] Juzu 1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara oleh Sukarno.

    Aktivitaslainnya

    1. Memimpin Majalah Pedoman Masyarakat, 1936-1942

    2. Memimpin Majalah Panji Masyarakat dari tahun 1956

    3. Memimpin Majalah Mimbar Agama (Departemen Agama), 1950-1953

    4. Tafsir Al-Azhar Online

    5. E-buku Buya Hamka

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    8/23

    6. E-book Jalan Istiqomah Sang Legenda Buya Hamka

    Rujukan

    Kenangan-kenangan 70 tahun Buya Hamka, terbitan Yayasan Nurul Islam, cetakan kedua 1979.

    Sumber :www.id.wikipedia.org

    http://sedakasejahtera.blogspot.com/2010/07/guru2-siswazah-boleh-bergiat-dalam.html

    Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan

    dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara

    Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

    Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu

    memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

    "Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu

    kenyataan hari ini.

    Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

    (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan

    Zainal Abidin.

    http://www.id.wikipedia.org/http://www.id.wikipedia.org/http://www.id.wikipedia.org/http://sedakasejahtera.blogspot.com/2010/07/guru2-siswazah-boleh-bergiat-dalam.htmlhttp://sedakasejahtera.blogspot.com/2010/07/guru2-siswazah-boleh-bergiat-dalam.htmlhttp://sedakasejahtera.blogspot.com/2010/07/guru2-siswazah-boleh-bergiat-dalam.htmlhttp://www.id.wikipedia.org/
  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    9/23

    Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

    Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan

    Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan

    dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua

    Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

    Dibawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi

    pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana

    agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian

    Pelajaran terlebih dahulu.

    "Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan

    kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha

    Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

    Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu

    iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

    Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya

    Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas

    mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

    - Bernama

    tuanmat.tripod.com/pupuk.html

    TAJUK: Cadangkan cara-cara memupuk integrasi etnik di Sekolah

    1.0 Pendahuluan

    Sistem pendidikan yang ada di sesebuah negara boleh menjadi salah satu cara memupuk

    integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara etnik. Sebagaimana yang kita tahu sekolah ialah

    sebuah organisasi berbentuk pendidikan yag mana kebanyakannya semua kaum atau etnik

    berada dalam satu bumbung yang sama. Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat

    mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan sterusnya menghayati proses sosialisasi secara

    mudah. Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana yang

    diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan bangsa.

    Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mengwujudkan

    integrasi di antara etnik. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat dalam hubungan antara

    etnik pada hari ini , tetapi masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan proses

    integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah yang timbul, menunjukkan proses integrasi antara

    etnik di peringkat sekolah perlu dikemaskini dan dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    10/23

    rancangan yang lebih konkrit bagi mencapai objektif integrasi antara etnik di sekolah. Ia

    hendaklah bukan sekadar di kulit luaran tetapi isinya.

    Pada hari ini tidak dinafikan menerusi sistem dua aliran yang ada, integrasi antara etnik di

    sekolah telah mencapai banyak kemajuan. Walaubagaimana pun masih banyak yang perlu

    dilakukan lagi bagi memantapkan lagi proses integrasi antara etnik di sekolah. Proses integrasiyang berlaku pada masa ini kadangkala menghadapi pelbagai masalah yang timbul. Ini jika tidak

    diatasi boleh melambatkan proses integrasi di sekolah. Oleh pelbagai rancangan dan dasar

    haruslah difikir dan dikaji bagi menjadikan sekolah sebagai pusat integrasi antara etnik yang

    terbaik.

    2.0 Definisi Integrasi dan Etnik

    Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa.

    Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar

    belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi

    sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus

    Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai

    kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.

    Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-

    kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Mengikut Khalid

    Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan

    sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti

    yang umum dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau

    yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat

    majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan kebangsaan

    atau nasional yang tersendiri dikalangan mereka.

    3.0 Cara-cara memupuk integrasi etnik di sekolah

    3.1 Memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

    Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di sekolah.

    Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran, buku

    teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama.

    Sebagai contoh dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik

    digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dankepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-pelajar juga sering

    bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja

    luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk

    guru memupuk semangat bekerjasama antara etnik dan saling faham dan memahami antara

    satu dengan lain.

    Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan berkesan

    walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    11/23

    penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya telah

    mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan

    lebih saling memahami. Walau bagaimana di waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu

    sebagai bahasa perpaduan antara etnik kadangkala dapat dilihat jelas. Walaupun Dasar

    Pendidikan Kebangsaan membenar sekolah dua aliran tetapi kita hendaklah memastikan

    matlamat penggunaan bahasa Melayu di semua sebagai alat integrasi tercapai.

    Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga, kerajaan terus

    memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan negara. Sebagai contoh dalam

    Rancangan Malaysia Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi ialah dengan penggunaa

    bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama, pembentukan keperibadian, pembahagian

    sumber-sumber negara dengan lebih saksama dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan

    Sarawak melalui sistem pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an..

    Oleh itu pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk menggantikan

    kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada dengan unsur-unsur

    yang lebih mantap bagi memupuk integrasi antara etnik perlu disegerakan. Ini kerana Dasar

    Pelajaran Kebangsaan adalah teras bagi sistem persekolahan di negara kita. Dasar-dasar yang

    tidak sesuai daengan kehendak semasa haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di

    peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengana baik.

    3.2 Menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan

    Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa penghantar dan

    perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranannya yang berkesan untuk memupuk

    perpaduan dan persefahaman dikalangan pelajar. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk

    mengatasi segala bentuk pengasingan dan pemisahan yang sengaja diadakan.

    Satu sistem persekolah yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia

    sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi baru yang mempunyai

    keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain

    untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi

    perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil.

    Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan

    kepentingan masa depan genarasi muda negara ini adalah mengatasi segala kepentingan-

    kepentingan lain.

    Pendidikan juga dapat memupuk integrasi etnik di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayusepenuhnya. Bahasa Melayu pelu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang lengkap. Usaha ini

    bukan saja meletakkan taraf bahasa Melayu di tempat sewajarnya, tetapi dapat membantu

    merapatkan hubungan antara etnik di sekolah dengan penggunaan satu bahasa. Bahasa Melayu

    sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangat kekitaan di kalangan pelajar yang

    berbilang etnik.

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    12/23

    Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani

    mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-

    nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu,

    berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan

    sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar dari semua kumpulan etnik hendaklaha

    digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti disekolah. Dengan ini sekolah akan melahirkan rakyat Malaysia bersatupadu dan mempunyai

    semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan etnik.

    3.4 Pendemokrasian Pendidikan

    Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara etnik Pendemokrasian

    Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar

    semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada

    mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Samada di bandar atau luar bandar

    rekabentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu alat-alat yang dibekalkan

    seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak timbul

    perbezaan antara sekolah samada yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau

    Bumiputera Sarawak dan Sabah.

    Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk untuk bersekolah di mana-mana sekolah

    di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan masiang-masing. Sekolah-sekolah yang

    berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka

    menggunakan bahasa penghantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan

    peperiksaan diselaraskan secara berpusat.

    Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan

    kebudayaaan kumpulan etnik masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yangsewajarnya. Perubahan ini haendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-

    perubahan ini harus didasrkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan

    pelajar mengatasi kepentingan lain. Dengan ini pendemokrasian Pendidikan dapat memupuk

    proses integrasi antara etnik.

    3.5 Perlaksanaan Sekolah Wawasan

    Perlaksanaan Sekolah Wawasan merupakan antara cadangan bagi memupuk integrasi antara

    etnik di Malaysia. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar

    bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah

    konep ini, dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yangbersambung antara satu sama lain. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk

    mewujudkan perpaduan atau integrasi diantara murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga

    untuk melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang

    maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan

    aktiviti.

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    13/23

    Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap

    sekolah mempunyai nama yang tersendiri disamping urusan pentadbiran dan penguruasan

    kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing. Sekolah Wawasan akan

    membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara

    bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Satu

    jawatankuasa penyelaras yang terdiri daripada guru yang diwakili dari setiap sekolah akandiwujudkan untuk menyelenggarakan segala hal seperti pengurusan kebersihan, keceriaan dan

    keselamatan. Konsep Sekolah Wawasan ini diharap dapat merapatkan hubungan pelajar dari

    pelbagai etnik walaupun berlainan aliran persekolahan

    Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan dalam

    semua aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Namun,

    keutuhan Malaysia mengekalkan konsep pemajmukan pelbagai etnik, jika tidak diimbangi

    dengan betul akan mewujudkan pertentangan kaum. Konsep Sekolah Wawasan yang kini

    dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat cintakan

    negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan

    dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara.

    Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah Cina dan Tamil.

    Sekolah Wawasan boleh dicernakan sebagai pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama.

    Penggabungan sekolah-sekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang sama, akan

    menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik

    dengan cepat.

    3.6 Perlaksanan Sekolah satu aliran

    Sistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk integrasi di antara

    etnik di sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasapenghantar saja di sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa

    Melayu. Pada waktu ini, di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah

    kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan

    sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya interaksi diantara

    pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem ini. Ini menyebabkan proses integrasi antara

    etnik di peringkat sekolah berjalan agak perlahan dan lambat.

    Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalah penghapusan bahasa

    ibunda lain-lain etnik.Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib

    bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja dari lain-lainetnik yang berminat. Melalui cara ini, disamping boleh bergaul secara meluas antara mereka,

    mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum lain.

    Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat dapat diatasi dengan

    sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita dapat

    menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanam semangat perkauman atau etnik

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    14/23

    pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini akan menular pula di peringkat sekolah

    menengah dan Institut Pengajian Tinggi.

    Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau etnik akan dapat

    dihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan di antara pelbagai etnik yang

    berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansurjika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberi perhatian segera demi mewujudkan proses

    integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan negara yang makmur dan harmoni.

    4.0 Penutup

    Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan

    pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang cepat menyebabkan

    keadaan mobiliti masyarakat terus berubah . Dalam masa yang sama, kita harus terus

    mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan

    merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi

    pendidikan saja, rakyat malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan

    dari sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk

    integrasi antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat malaysia.

    Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak dari kita merdeka

    hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang di rancang

    dapat melaksanakan proses integrasi antara etnik di sekolah dengan berkesan.

    Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan

    integrasi di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah

    akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan seterusnya

    universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etniktetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman.

    Oleh itu pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi antara etnik di sekolah.

    Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep Sekolah Wawasan atau Sekolah Satu aliran

    harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi antara etnik. Sekolah adalah tempat bermula

    segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan dengan

    kehendak semasa yang sentiasa berubah. Tetapi walaupun perubahan yang berlaku, sekolah

    sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang upayanya. Ini adalah supaya

    rakyat Malaysia yang berbilang etnik atau kaum dapat hidup bersatupadu, harmonis dan

    berjiwa Malaysia.

    Senarai Rujukan

    Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books,

    Tanjung Malim.

    Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka,

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    15/23

    Kuala Lumpur.

    Mohd Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan,

    Thinkers Library Sdn. Bhd, Selangor

    Sanusi Osman, 1989, Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia, UniversitiKebangsaan Malaysia, Selangor.

    Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan

    Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996

    Dewan Masyarakat, Oktober 2000, m/s 14-25

    Dewan Masyarakat , Januari 2001, m/s 50-51

    Massa, 14-20 April 2001, m/s 62-63.

    Dewan Masyarakat, Jun 2001, m/s 44-45.

    Massa, 29 Dis- 4 Jan 2002, m/s 12-13

    http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=101&ttl_id=5

    Tun Dr. Mahathir Mohamad

    Pendidikan

    Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada

    pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah

    bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor

    Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan(9) orang adik-beradik. Dr.

    Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930

    http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=101&ttl_id=5http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=101&ttl_id=5http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=101&ttl_id=5
  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    16/23

    selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor

    Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan

    Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

    Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telahditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King

    Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar

    yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa

    mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953, beliau telah

    dianugerahkan kelulusan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya,

    Singapura. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya

    dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun

    1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi

    memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi,

    Jitra dan Perlis.

    Perkahwinan

    Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti

    Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene

    berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang

    terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai

    suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata

    iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani),Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

    Kerjaya

    Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan

    dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA,

    di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri

    Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untukbeliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat. Keperihatinan beliau

    terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana

    yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950.

    Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945,

    semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman,

    majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting

    sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    17/23

    semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau

    menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan

    dalam tahun 1970.

    Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan

    berpegang teguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan

    profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu

    sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti

    kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau.

    Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah

    dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British

    Carpenters Society.

    Penglibatan Politik

    Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an

    disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis

    esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan

    jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat

    dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959,

    tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan

    menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti

    Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senariopolitik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik

    sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu

    pada tahun 1969.

    Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau

    dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis

    Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University

    of Malaya Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr.Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk

    membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang

    tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri

    Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah

    mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah

    menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua

    individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran,

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    18/23

    beliau memberi peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut

    Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-

    pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

    Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang

    ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Sebagai seorang

    yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisipendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Kementerian Pendidikan.

    Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agung

    UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada

    kejayaan politik beliau. Pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh

    Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan

    Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr.

    Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga

    adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus

    menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya

    umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan

    parti Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" atas perjuangannya yang tidak

    mengenal lelah untuk memartabatkan Malaysia ke arah Wawasan 2020 dan merupakan

    pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai

    1981 hingga 31 Oktober 2003 iaitu selama 22 tahun.

    Pencapaian dan Sumbangan

    Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu

    yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang

    dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia

    ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di

    dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir

    berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu

    pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti

    Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-

    satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpaperlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku

    kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji

    tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau

    sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau

    rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada

    sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian.

    Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    19/23

    negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa

    sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

    Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan

    kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan

    komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an,

    harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan

    nilai matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun.

    Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana

    Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang

    saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebanan kewangan

    kerajaan diantaranya Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom telah disenaraikan sebagai

    korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran

    serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat

    seperti penubuhan industri otomotif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal

    nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Usaha beliau ke arah meningkatkan penyertaan

    bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan

    Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham

    Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB. Masalah kewangan sering

    menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan

    kewangan negara berada dalam keadaan terkawal. Dasar penswastaan negara ialah contoh

    pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di

    awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan

    mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebihbaik.

    Dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi

    kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk

    memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi. Selain projek kereta

    nasional, satu lagi projek besar (mega project) hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya

    Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)]. Projek ini ilhamkan dan direalisasikan

    memandangkan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam duniaperdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan

    direalisasikan semasa pentadbiran beliau antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa

    Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat

    perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan Menara Berkembar Petronas(KLCC).

    Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara

    sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang

    ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    20/23

    disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah

    membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan

    fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas

    dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di

    rantau ini telah diiktiraf dunia.

    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5547:tokoh-

    pendidikan&catid=385:info-ringkas&Itemid=24

    Aminuddin Baki telah diiktiraf sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan berpandangan

    jauh di Asia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

    Beliau telah terlibat dalam penggubakan beberapa dasar pendidikan negara untuk

    menghasilkan satu sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu yang keluar daripada sistem

    pendidikan yang diasaskan oleh penjajah yang berat sebelah.

    Beliau di lahirkan di Chemor, Perak pada tahun 1926 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah

    Melayu Chemor sehingga darjah lima dan kemudiannya di Sekolah Anderson, Ipoh dari tahun

    1936 hingga 1945. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura dan

    memerolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Kemudian beliau melanjutkan

    pelajaran di University of London dan dianugerahkan Postgraduate Certificate of Education.

    Beliau telah bergerak cergas dalam kegiatan yang dianjurkan oleh pertubuhan pelajar Melayu di

    Semenanjung seperti Persatuan Penuntut-Penuntut Melayu Victoria Institution pada tahun

    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5547:tokoh-pendidikan&catid=385:info-ringkas&Itemid=24http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5547:tokoh-pendidikan&catid=385:info-ringkas&Itemid=24http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5547:tokoh-pendidikan&catid=385:info-ringkas&Itemid=24http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5547:tokoh-pendidikan&catid=385:info-ringkas&Itemid=24http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5547:tokoh-pendidikan&catid=385:info-ringkas&Itemid=24
  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    21/23

    1945. Kecenderungan beliau menggerakkan pelajar Melayu supaya bersatu mendapatkan hak

    mereka untuk mendapatkan pendidikan tinggi dilanjutkan ketika beliau menuntut di Singapura.

    Pada tahun 1950, Aminuddin Baki telah dipilih menjadi Yang Dipertua GPMS dimana beliau

    telah meniup semangat orang Melayu untuk memberikan perhatian yang serius kepada

    pendidikan.

    Beliau juga dilantik menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) setelah

    sekembalinya dari melanjutkan pelajaran di London. Semasa menjadi pensyarah, beliau telah

    membuka fikiran penuntutnya untuk melihat peranan Islam dalam pembentukan tamadun

    dunia dan peri pentingnya memperoleh pengetahuan dengan banyak membaca. Selain itu,

    beliau turut memainkan peranan dalam perkembangan pendidikan Negara dengan

    penglibatannya dalam menyiapkan Penyata Razak (1955-1957) dan Laporan Rahman Talib

    (1960-1963). Penyata dan Laporan ini penting dalam pembinaan dasar pendidikan negara

    sehingga hari ini. Beliau turut terlibat dalam Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi dan

    Pelajaran Aneka Jurusan.

    Pada usia 30-an, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penasihat Pelajaran (sekarang dikenali

    sebagai Ketua Pengarah Pelajaran) Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1961 hingga 1965.

    Kesimpulannya, kejayaan pendidikan tinggi kebangsaan pada hari ini antaranya disumbangkan

    oleh Aminuddin Baki. Perhatian dan perjuangannya kepada pendidika tinggi orang Melayu

    sangat dihargai. Penglibatannya dalam perancangan menyiapkan Penyata Razak dan Laporan

    Rahman Talib dan keaggotaannya dalam pelbagai bidang jawatankuasa yang lain memberikan

    pengalaman yang besar dan penting dalam melaksanakan tugasnya sebagai penasihat

    pelajaran. Jasanya yang besar kepada perkembangan dasar pendidikan negara telah diabadikan

    dalam pelbagai bentuk seperti penamaan sekolah, kolej dan institusi pendidikan.

    http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/08/etika-guru-dalam-berpolitik.htmlEtika guru dalam berpolitik

    Guru adalah antara golongan yang memperjuangkan kemerdekaan selain wartawan menerusi

    penglibatan mereka dalam politik. Tetapi selepas mencapai kemerdekaan, sedikit demi sedikit

    golongan guru disekat daripada melibatkan diri dalam politik. Akibatnya guru yang dianggap

    golongan elit di luar bandar terpinggir daripada arus politik.

    Bagaimanapun mulai hari ini guru siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenar melibatkan diri

    dalam politik. Sebelum ini hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan sahaja boleh memegang

    jawatan dalam politik selepas membuat permohonan bertulis kepada Ketua Pengarah

    Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

    Tokoh akademik yang juga Chancellor UCSI University, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad

    menganggap peraturan baru itu sebagai satu penghormatan kepada golongan itu sekaligus

    mengisi kekosongan kepimpinan terutama di luar bandar.

    Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran tahun 1985 menekankan supaya kebenaran

    melibatkan diri dalam politik itu hanya diberikan kepada guru siswazah yang terbaik dan

    prestasi mereka dipantau dari masa ke semasa.

    http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/08/etika-guru-dalam-berpolitik.htmlhttp://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/08/etika-guru-dalam-berpolitik.htmlhttp://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/08/etika-guru-dalam-berpolitik.html
  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    22/23

    Saya langsung tidak fikir kerana kepentingan politik, tegas beliau ketika diwawancara oleh

    wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN di pejabatnya Jumaat lalu.

    MINGGUAN: Apakah pandangan Tan Sri dengan peraturan baru yang membenarkan guru

    bergiat dalam politik?

    Dr. Abdul Rahman Arshad: Saya setuju dengan peraturan baru yang membenarkan guru-guru

    siswazah menyertai politik. Kalau kita menoleh kembali kepada sejarah khususnya sejarah

    menuntut kemerdekaan, kita dapati guru antara golongan yang menjadi penggerak politik

    ketika itu. Guru berada pada kelas yang tinggi dalam masyarakat dan mereka membuktikan

    kemampuan sebagai pemimpin. Bagi saya memberi kebenaran kepada guru bergiat dalam

    politik adalah satu penghormatan kepada mereka dalam profesion perguruan selain kembali

    kepada sejarah awal dulu. Bagaimanapun mesti ada syarat-syarat tertentu. Ini bertujuan untuk

    mengekang supaya penglibatan guru dalam politik tidak menjejaskan profesion perguruan.

    Misalnya hanya guru-guru yang prestasi baik dalam perguruan diberi kebenaran menyertai

    politik. Mereka ini mempunyai perseimbangan antara perguruan dan politik. Bagi saya kalau

    guru yang kurang baik, dia akan terus menjadi kurang baik dalam kepimpinan. Saya

    berpendapat sekolah-sekolah di kampung yang memerlukan lebih pembelaan. Kalau guru tidak

    pandai mengimbangkan tugas antara guru dan pemimpin masyarakat, bagaimana hendak

    membela sekolah di kampung? Ketika ini banyak perubahan dilakukan. Perubahan kurikulum,

    perubahan peperiksaan dan untuk melaksanakan perubahan ini pengetahuan guru mesti

    ditambah, kemahiran juga perlu ditingkat. Tetapi tugas guru bukan bertambah berat sebaliknya

    bertambah profesional apabila ilmu dan pengetahuan bertambah.

    Adakah guru berpolitik ini boleh memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat?

    Dr. Abdul Rahman Arshad: Bagi saya boleh, sebabnya kebenaran itu ada beberapa syarat. Di

    luar bandar, guru adalah golongan elit dan berpendidikan. Mereka ini diharapkan boleh

    memimpin dan pada masa yang sama melahirkan modal insan untuk melahirkan cendekiawan.

    Tetapi mereka jangan lupa perguruan apabila menyertai politik kerana perguruan itu pilihan

    pertama. Bagi saya, dulu peranan guru memperjuangkan kemerdekaan tetapi sekarang guru

    perlu mengisi kemerdekaan dengan menyediakan modal insan. Kerana ada ruang untuk guru

    menyumbang itulah saya bersetuju dengan peraturan baru ini selain menyambung kepercayaan

    kepada guru yang ditunjukkan suatu masa dulu.

    Adakah peraturan ini juga menjadi salah satu cara mengangkat martabat guru di matamasyarakat?

    Dr. Abdul Rahman Arshad: Bagi saya sejak dulu lagi guru memang dihormati. Kerana itu saya

    fikir ini bukan mengangkat martabat guru sebab profesion ini sudah berada pada tahap yang

    tinggi di mata masyarakat. Saya melihat peraturan yang membenarkan guru menyertai politik

    boleh mengangkat martabat individu dari profesion perguruan. Ini bermakna dalam perguruan

    itu ada individu yang boleh menjadi pemimpin. Diberi kebenaran menyertai politik bererti

  • 8/2/2019 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era Global

    23/23

    adanya pengiktirafan kepada individu dalam profesion perguruan. Ini mengangkat martabat

    individu dalam perguruan yang berkebolehan dalam banyak bidang; sebagai pemimpin

    masyarakat dan pemimpin di sekolah.

    Apakah yang menjadi kebimbangan Tan Sri apabila guru diberi kebenaran menyertai politik?

    Dr. Abdul Rahman Arshad: Saya bimbang satu, kalau ada guru baik bila ada peluang dalam

    politik dia menjadi tidak baik lagi. Sebab itu saya menekankan bahawa kementerian mesti

    memantau prestasi supaya guru yang menyertai politik supaya tidak terjejas. Mesti ditegaskan

    hanya guru yang baik dan terus baik saja diberi kebenaran untuk menyertai politik. Saya

    bimbang kalau ada beranggapan, selepas nampak jalan dalam politik, dia sengaja

    memburukkan prestasi supaya boleh terus dalam politik. Kalau ini berlaku siapa yang tinggal di

    sekolah? Adakah hendak meminta dia berhenti politik? Hal-hal serupa ini memerlukan syarat-

    syarat yang agak ketat dan terperinci supaya kita tidak kehilangan guru yang baik.