Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

27
Faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehpasaran kerja bagi pelajar berkeperluan khas dalam PTV BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Setiap manusia di dunia ini dijadikan oleh Allah S.W.T dengan tujuan yang tertentu di mana kewujudan manusia itu sendiri yang bergelar „khalifah‟ merupakan suatu amanah. Tuntutan amanah itu mengkehendaki kita berusaha menjalani dan mengisi kehidupan ini dengan sebaik mungkin di dalam lingkungan syariat Islam tanpa mengira taraf insan normal atau Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana kedua-duanya memikul amanah yang sama iaitu mencari keredhaan Allah S.W.T demi mencapai kebahagian di dunia dan akhirat (Noraini & Haslina, 2010). Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendefinisikan golongan OKU sebagai seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat (AKTA OKU 2008). Manakala, pelajar berkeperluan khas telah dikenal pasti sebagai pelajar yang mempunyai kekurangan fizikal-deria dan ketidakmampuan belajar. Namun, merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM (1996), pelajar berkeperluan khas adalah mereka yang mengalami

description

individu berkeperluan khas

Transcript of Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

Page 1: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

Faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehpasaran kerja bagi pelajar berkeperluan khas

dalam PTV

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap manusia di dunia ini dijadikan oleh Allah S.W.T dengan tujuan yang tertentu di

mana kewujudan manusia itu sendiri yang bergelar „khalifah‟ merupakan suatu amanah.

Tuntutan amanah itu mengkehendaki kita berusaha menjalani dan mengisi kehidupan ini

dengan sebaik mungkin di dalam lingkungan syariat Islam tanpa mengira taraf insan normal

atau Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana kedua-duanya memikul amanah yang sama iaitu

mencari keredhaan Allah S.W.T demi mencapai kebahagian di dunia dan akhirat (Noraini &

Haslina, 2010).

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendefinisikan golongan OKU sebagai  seseorang

yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual

atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat

melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat (AKTA OKU 2008).

Manakala, pelajar berkeperluan khas telah dikenal pasti sebagai pelajar yang mempunyai

kekurangan fizikal-deria dan ketidakmampuan belajar. Namun, merujuk kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia, KPM (1996), pelajar berkeperluan khas adalah mereka yang

mengalami sebahagian atau kecacatan penuh visual atau pendengaran atau ketidakupayaan

untuk belajar. Di Malaysia, pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bahagian pendidikan

khas melainkan pelajar yang mempunyai kecacatan fizikal dan tiada masalah mental

ditempatkan di sekolah beraliran perdana bersama pelajar tipikal yang lain. Akta 550 dalam

Akta Pendidikan menyatakan bahawa program pendidikan kebangsaan hanya menerima

pelajar berkeperluan khas yang boleh dididik dan mereka boleh menguruskan diri sendiri

tanpa bantuan serta berkebolehan untuk mengikuti pembelajaran yang telah disahkan oleh

pegawai perubatan (Bahagian Pendidikan Khas, 2006; Kementerian Pendidikan Malaysia,

1996). Oleh itu, Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) di bawah KPM diwujudkan khusus

bagi merangka serta menyediakan program pendidikan untuk tiga jenis kecacatan tersebut

Page 2: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

iaitu pendengaran, visual dan ketidakmampuan belajar (Manisah, Ramlee, & Zalizan, 2006).

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di

dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu yang baru. Apabila berbicara

tentang peluang pendidikan terhadap pelajar OKU, mereka juga mempunyai minat, hasrat

dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Mereka juga harus diberikan peluang

yang sama dengan individu normal lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus

pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif

yang setanding dengan individu yang normal malah mereka mampu melebihi pencapaian

pelajar normal (Lokman & Nurul Qistina, 2009).

Oleh yang demikian, pelajar OKU ini perlu diberi peluang pendidikan yang setanding

dengan rakan mereka yang normal . Walau bagaimanapun, kini timbul persoalan setakat

mana pendidikan dan perkhidmatan khas yang disediakan untuk pelajar khas bagi menjamin

mereka boleh meningkat dalam kehidupan, berdikari dan menjadi manusia yang produktif.

Mereka hanya perlukan ruang dan peluang untuk meneruskan hidup dengan cara mereka

sendiri.

1.2 Latar belakang masalah

Kerjaya merupakan suatu aspek yang penting kepada setiap individu. Setiap individu

mempunyai kerjaya masing-masing. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai kerjaya

seperti guru, tukang masak, jurutera dan sebagainya. Pemilihan kerjaya yang tepat dapat

menentukan corak kehidupan serta taraf hidup seseorang. Bagi orang kelainan upaya (OKU)

juga, tidak terlepas dalam mempunyai kerjaya dalam hidup. Hal ini kerana, mereka juga

memerlukan kerjaya bagi memenuhi keperluan dan kehendak hidup mereka. Namun,

menurut (Sarkees dan Scott 1986) mengatakan bahawa terdapat pandangan masyarakat

terhadap golongan OKU yang menyebabkan mereka dilayan seperti golongan kelas kedua.

Sebenarnya golongan OKU tidak terkecuali daripada menyumbang bagi meningkatkan

perubahan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi serta teknologi

Page 3: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

maklumat. Dasar memperuntukkan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan

awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU) telah dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 10 Tahun 1988 (PP 10/1988) yang mula dikuatkuasakan pada 1 April 2008. Tujuan

pelaksanaan dasar ini ialah untuk membantu OKU yang memiliki kelayakan dan atau

kemahiran diberi peluang menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.

Walaubagaimanapun, selaras dengan usaha untuk mempertingkatkan pembangunan

modal insan dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat penyayang, kerajaan telah

bersetuju supaya pekeliling perkhidmatan berkenaan diperkemaskan dan pengambilan OKU

pada kadar sekurang-kurangnya 1% dalam perkhidmatan awam tercapai.

1.3 Penyataan masalah

Pekerjaan adalah satu hala tuju penting dalam kehidupan seseorang individu dan tidak

terkecuali golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) (Zinaida, 2009). Cabaran paling besar

golongan OKU di Malaysia pada hari ini adalah mendapat peluang pekerjaan. Faktor yang

menghalang OKU di Malaysia mendapatkan pekerjaan termasuklah sikap negatif dan

diskriminasi ekoran kurangnya kesedaran mengenai keupayaan golongan tersebut (Rohani

Ibrahim, 2010). Golongan kurang upaya ini masih dipertikaikan lagi keupayaan mereka oleh

masyarakat menyebabkan ramai yang masih tidak mempunyai pekerjaan walaupun sudah

berada di sekolah sehingga umur 19 tahun.

Kebanyakan masyarakat mempertikaikan dalam mengambil pekerja OKU. Hal ini

kerana, apabila seseorang OKU datang menemuduga, dalam pemikiran penemuduga pasti

mempunyai 1001 satu persoalan yang negatif tentang kebolehan yang ada pada golongan ini.

Misalnya, “bolehkah dia merlakukan pekerjaan ini?”, “bagaimanakah dia dapat menerima

arahan?” dan sebagainya. Hasilnya, menyebabkan OKU tidak dapat diterima dalam

pekerjaan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Haward (2000) mendapati terdapat 50 %

hingga 70 % golongan OKU yang tidak mempunyai pekerjaan dan ada dalam kalangan

mereka yang menerima pendapatan yang minimum. Masalah ini berkaitan dengan sikap

golongan masyarakat yang menunjukkan sikap negatif dan memandang rendah terhadap

keupayaan yang dimiliki oleh golongan OKU untuk bekerja.

Selain itu, terdapat sesetengah majikan yang masih belum terbuka dan belum bersedia

Page 4: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU. Antara faktornya ialah pekerja

kurang upaya memerlukan cuti sakit, kadar insurans yang tinggi, keselamatan di tempat kerja

terganggu, memerlukan kemudahan khas, dan mungkin beberapa perubahan terpaksa

dilakukan di tempat kerja bagi menjamin keselamatan pekerja kurang upaya. Jadi, ini akan

melibatkan perbelanjaan yang tinggi jika majikan mengambil mereka bekerja. (Zinida Ariffin

(2009)).

Masyarakat yang mempunyai pandangan yang sterotaip akan menyebabkan golongan

kurang upaya akan didiskriminasikan. Oleh itu, masyarakat harus diberikan pendedahan yang

sewajarnya dalam memberi peluang kerjaya kepada golongan OKU. Berfikiran terbuka dan

berfikir diluar kotak harus disemaikan dalam diri masyarakat supaya mereka dapat

mengetahui manfaatnya jika mengambil pekerja golongan OKU.

Sebenarnya, walaupun kita lihat golongan OKU serba kekurangan tetapi mereka

mempunyai kelebihan yang di anugerahkan oleh Allah kepada mereka. Jadi, tidak salah jika

mereka diberi peluang dalam mendapat peluang pekerjaan. Mungkin dengan pemberian

peluang ini dapat meningkatkan diri kita dalam memberi bantuan kepada golongan sebegini

dan seterusnya bersama-sama memajukan ekonomi dan pembangunan negara.

Saya tidak hanya menyalahkan 100 % golongan normal yang tidak memberi peluang

pekerjaan kepada golongan OKU. Namun, golongan OKU seharusnya bijak dalam membuat

persediaan awal dan meningkatkan kemahiran dalam diri supaya diri dapat diterima untuk

bekerja. Sebagai contoh, golongan OKU seharusnya mempunyai kemahiran sosial. Hal ini

kerana, kemahiran sosial ini penting kerana golongan OKU dapat mengetahui cara

berhubung dengan masyarakat. 

Kemahiran sosial yang mesti perlu dikuasai seperti kemahiran mengikut arahan,

menerima kritikan, meminta bantuan, kemahiran bekerjasama, kemahiran memahami

perasaan orang lain, dan kemahiran berinteraksi. Oleh itu, jika kemahiran ini dapat dikuasai

maka senang bagi seseorang OKU dapat bersosial dengan masyarakat secara mudah.

Golongan OKU juga, perlu berusaha supaya sentiasa produktif, berdisiplin, mengikis dan

mengubah sikap supaya tidak menyerah kepada takdir dan menunjukkan kemahiran dalam

sesuatu bidang yang dikuasai seperti orang lain (Zinaida Ariffin 2009). Menurut Clark dan

Klostoe (1995) golongan OKU perlu bersedia menerima sebarang cabaran dan menguasai

sesuatu kemahiran dalam sesuatu bidang kerjaya yang ingin diceburi.

Page 5: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

Zainida Ariffin (2009) mengatakan bahawa golongan OKU perlu bersikap lebih berani

dan terbuka dalam pemikiran bagi menerima cabaran baru jika mereka ingin meraih

kejayaan. Bidang kerjaya yang diceburi lebih luas iaitu melibatkan semua golongan

masyarakat dan tidak tertumpu kepada sesuatu kumpulan minoriti sahaja. Sikap ingin

bersama-sama dengan rakan senasib perlu dikikis. Mereka perlu berfikiran terbuka dan tidak

takut menghadapi cabaran. Keupayaan dan kebolehan fizikal serta intelek perlu difikirkan

bagi menjamin individu mampu menguasai bidang yang diceburi.

Sesungguhnya, jika masyarakat berfikiran terbuka, dan golongan OKU mengubah sikap

dalam diri, maka interaksi antara kedua-dua pihak akan dapat dijalinkan. Setiap individu

mempunyai kelebihan masing-masing. Kelebihan itu akan terserlah jika individu dan

masyarakat berusaha untuk meningkatkannya. Kesannya, pembangunan dan keharmonian

sesebuah negara akan dapat dicapai kerana unsur –unsur diskriminasi dan pandangan negatif

dihakis oleh seluruh masyarakat.

1.4 Objektif kajian

Objektif-objektif kajian ini adalah :

i. Mengenalpasti tahap kepercayaan keupayaan diri golongan OKU.

ii. Mengenal pasti terhadap tingkah laku dari aspek kematangan kerjaya pelajar

berkeperluan khas.

iii. Mengkaji tahap keberkesanan program pendidikan khas melalui kebolehpasaran kerja

golongan OKU.

1.5 Skop kajian

Skop kajian ini akan dijalankan di Sekolah Menengah Vokasional Pendidikan Khas

Kulaijaya. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura menggabungkan 3

kategori murid berkeperluan khas di dalam sebuah premis yang pertama di Malaysia dan di

dunia. Murid-murid yang diterima terdiri daripada murid berkeperluan khas lepasan PMR.

Skop kajian ini menumpukan kepada usaha untuk mendapatkan data dan maklumat berkaitan

untuk mengenalpasti tahap kepercayaan keupayaan diri pelajar berkeperluan khas

berdasarkan penilaian terhadap beberapa indikator terpenting seperti pengalaman

Page 6: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

penguasaan, psikologi, pembelajaran imaginatif dan pujukan sosial. Seterusnya untuk

mengenalpasti sejauh mana pelajar berkeperluan khas ini dapat memasuki alam pekerjaan

dan menyesuaikan diri bersama masyarakat. Skop kajian ini juga tidak boleh tersasar jauh

dari untuk mengenalpasti tahap keberkesanan program pendidikan khas melalui

kebolehpasaran kerja pelajar berkeperluan khas ini.

1.6 Batasan kajian

Bidang yang dikaji ialah program pendidikan khas dan kajian ini hanya mengkaji tahap

keberkesanan program pendidikan khas dalam kalangan pelajar OKU dalam kemahiran teknikal.

Data yang dikumpul dari borang soal selidik yang diedarkan kepada responden dan jawapan

yang diberikan adalah mengikut keikhlasan responden.

1.7 Rumusan

Bab ini menerangkan tentang pengenalan terhadap kajian yang dijalankan dari latar

belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian,

kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi operasi. Latar belakang mengenai

kajian yang diperihalkan dalam bab ini akan dijelaskan dalam bab seterusnya iaitu

Bab 2.

Page 7: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

BAB 2

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, kajian literatur dikemukakan untuk menyokong dan mengukuhkan tajuk

kajian. Bab ini juga menerangkan sejauh mana signifikan kajian yang telah mendorong pengkaji

untuk menjalankan kajian ini. Terdapat beberapa faktor penting tujuan kajian literatur ini

dijalankan antaranya ialah untuk mengelak sebarang pencarian yang tidak diperlukan. Kebaikan

membuat kajian literatur ini adalah untuk membantu pengkaji membuat fasa rekabentuk kajian,

membuat keputusan tentang apakah jenis- jenis pemboleh ubah yang harus diambil kira dan uji,

membuat prosedur kajian dan sebagainya (Borden & Abbott, 2002). Kebanyakkan sumber yang

diperolehi adalah adalah daripada jurnal, buku rujukan, tesis, penulisan teknikal dan sebagainya.

Pemahaman tentang kajian literatur adalah sangat penting kerana ia akan menyokong fakta-fakta

yang diperolehi melalui kajian.

2.2 Program Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui Pusat Perkhidmatan

Pendidikan Khas (2011) :

(i) Sekolah khas bagi pelajar bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

(ii)Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk pelajar khas bermasalah pendengaran,

bermasalah pembelajaran, bermasalah penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah menengah dan

sekolah vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara

pengasingan dan separa inklusif.

Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu aliran akedemik dan vokasional di mana

pendidikan teknik dan vokasional adalah seperti :

(i) Sekolah Khas

Page 8: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan mata pelajaran

vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam

menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

(ii)Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Vokasional)

Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Vokasional) merupakan sekolah yang diurus tadbir

sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memenuhi

keperluan murid berkeperluan khas bagi kategori berikut:-

i. Masalah kurang upaya penglihatan

ii. Masalah kurang upaya pendengaran

iii. Masalah kurang upaya pembelajaran

Tempoh Belajar

Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah menengah

(Vokasional) adalah enam (6) tahun

Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat

iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid

berkenaan (Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2002)

Kursus

Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Vokasional) menjalankan 2 jenis kursus kemahiran iaitu :-

i. Matapelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

ii. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Sukan dan Ko-kurikulum

Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Vokasional) turut melaksanakan aktiviti ko-kurikulum

yang bersesuaian dengan kategori murid.

 

Page 9: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

Kurikulum Pendidikan Khas

Falsafah Pendidikan Khas menyatakan dalam huraian antara lain mewujudkan program

transisi bagi pelajar-pelajar dengan keperluan pendidikan khas untuk mendapatkan penyesuaian

dalam budaya kerja. Selain itu dapat menghasilkan program-program berteraskan pra-vokasional

dan voksional supaya pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas mempunyai

kemahiran-kemahiran bekerja sendiri (Falsafah Pendidikan Khas). Kurikulum Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah rendah dan

menengah harian biasa adalah sama berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran (2003) oleh Jabatan Pendidikan Khas, KPM. Mata pelajaran

dibahagikan kepada 4 bidang iaitu Bidang Pengurusan Kehidupan, Bidang Akademik Berfungsi,

Bidang Kerohanian, Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti. Secara mendalamnya di dalam Bidang

Kemahiran Pengurusan Kehidupan terdiri dari 4 Mata Pelajaran iaitu Pengurusan Diri,

Kemahiran Manipulatif, Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran Hidup. Di dalam Bidang

Akademik Berfungsi pula terdapat 4 Mata Pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa

Inggeris, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti terdapat 4

Mata Pelajaran iaitu Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik, Gerakan dan

Drama dan yang terakhir Pendidikan Sains, Sosial Alam Sekitar. Manakala Bidang Kerohanian

hanya 2 Mata Pelajaran sahaja iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Di dalam

Komponen Mata Pelajaran Kemahiran Hidup pula hanya mengandungi sukatan tajuk-tajuk

berikut: Masakan, Jahitan, Pertukangan, Perkebunan, Pemeliharaan Haiwan dan Asas Mendobi.

Pada peringkat awal, Program Pendidikan Khas adalah memberi pendedahan kepada

berkeperluan khas mempelajari dan menguasai kemahiran hidup (Anizam, Maznah & Amla

2012). Silibus pendidikan khas pada ketika it hanya sekadar untuk tujuan keperluan hidup

(Lokman, Nurul Qistin & Mohd Hanafi 2009). Walaubagaimanapun selepas transformasi

pendidikan dan bermulalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum

Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi

di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga

menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum kepada murid-murid Masalah Pembelajaran

supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Hasil tinjauan pengkaji kepada 2 kurikulum iaitu lama

Page 10: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

dan KSSR didapati bahawa hanya murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang

berada di sekolah rendah telah menjalani pengajaran dan pembelajaran KSSRPK ini yang

sehingga kini baru di Tahun 4 dan kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di

sekolah menengah masih menggunakan kurikulum lama seperti yang dihuraikan di atas tadi.

Manakala kurikulum pelajar Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Pendidikan Khas

(Masalah Pendengaran dan Penglihatan) mengikuti kurikulum kebangsaan seperti pelajar normal

seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Agama Islam/Moral, Sains, Sejarah,

Pendidikan Jasmani serta Sivik dan Kewargeneraan (Bahagian Pendidin Khas, 2012).

Walaubagaimanapun, pakej kurikulum elektif dan bidang kemahiran vokasional yang diberikan

kepada pelajar adalah mengikut keperluan dan kategori. Di samping itu, Sekolah Menengah

Pendidikan Khas Vokasional (Masalah Pendengaran, Penglihatan dan Pembelajaran)

menjalankan 2 jenis kursus kemahiran iaitu Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) dan Sijil

Kemahiran Malaysia (SKM). Malah, sehingga tahun 2010, terdapat tiga buah Sekolah Menengah

Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV), sebuah Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK)

dan tiga buah sekolah menengah harian Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) iaitu 1 di

Terengganu, 1 di Sarawak dan 1 di Negeri Sembilan yang menawarkan pakej Mata Pelajaran

Akademik, MPV dan SPM, serta lima buah sekolah aliran vokasional PPKI untuk pelajar

berkeperluan khas (Bahagian Pendidikan Khas, 2011). Maka, usaha yang murni oleh Bahagian

Pendidikan Khas tersebut harus diberikan sokongan tetapi agak malang bagi Program Pendidikan

Khas Integrasi di sekolah menengah harian biasa lain yang tidak terpilih kerana masih

menggunakan kurikulum asal seperti yang dinyatakan sebelum ini.

2.3 Pendidikan vokasional untuk pelajar berkeperluan khas

Pendidikan vokasional seharusnya dibentuk untuk menyediakan pengalaman secara

praktikal dan bermakna kepada pelajar berkeperluan khas. Tujuan utama pendidikan vokasional

ialah untuk membuat penyatuan yang berkesan kepada pelajar berkeperluan khas ke alam

pekerjaan. Untuk mencapai impian ini, maka pengajaran berbentuk kemahiran kerjaya khusus

dan kemahiran asas akademik sangat diperlukan. Paling penting, kemahiran yang dipelajari amat

diperlukan dalam kehidupan alam pekerjaan yang sebenar.

Pendidikan vokasional merangkumi semua aspek pekerjaan, termasuk teori dan

kemahiran teknikal. Pendidikan vokasional yang juga dikenali sebagai pendidikan kerjaya

Page 11: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

berpusatkan kehidupan Life-Centered Career Education ini sangat berfaedah kerana pendekatan

pengajarannya disusun berdasarkan tiga bidang kurikulum; iaitu kemahiran kehidupan seharian,

kemahiran sosial secara peribadi, dan bimbingan atau penyediaan untuk alam kerjaya. Matlamat

dan objektif pendidikan vokasional juga adalah untuk memaksimumkan keupayaan pelajar

berkeperluan khas dalam menjalankan kehidupan bebas dalam kalangan masyarakat setempat.

Jaminan pendidikan yang memenuhi keperluan pendidikan vokasional untuk pelajar

berkeperluan khas adalah sangat diperlukan. Contohnya di Amerika Syarikat, penggubabalan

Undang-Undang Perkin yang menuntut jaminan tertentu disediakan untuk membantu

memastikan terdapatnya peluang pekerjaan kepada pelajar yang berkeperluan khas. Jaminan ini

termasuk kurikulum yang bersesuaian, kaunseling pembangunan kerjaya, penilaian terhadap

minat, kemampuan dan keperluan khas dan perkhidmatan lain untuk memudahkan peralihan

pelajar berkeperluan khas tersebut ke peringkat pengajian lebih tinggi. Sekiranya pendidikan

vokasional masih lagi belum dilaksanakan sepenuhnya, maka golongan pendidik dalam

pendidikan khas haruslah menyusun dan membentuk semula program yang sesuai untuk populasi

istimewa ini (Kraska, 1996).

2.4 Senario pembangunan kerjaya

Pada peringkat ini, mereka akan mula membuat pemilihan mata pelajaran yang ada

hubungannya dengan bidang pengajian yang akan diikuti apabila melanjutkan pelajaran ke

institusi pengajian tinggi. Pemilihan ini dipengaruhi oleh pola-pola pengetahuan dan jenis

pekerjaan yang diminati oleh mereka. Jika pemilihan ini adalah tepat, maka tidak akan ada isu

berkaitan aspirasi kerjaya dalam kalangan pelajar-pelajar ini.

Terdapat kajian yang berkaitan latihan vokasional dan penempatan pekerjaan dalam

kalangan orang kurang upaya seperti cacat penglihatan di Malaysia. Masalah penempatan

pekerjaan dalam kalangan orang kurang upaya di negara ini sebagai suatu hal yang bermula dari

sekolah. Keadaan ini disebabkan kurangnya pendedahan yang diberikan kepada pelajar khas

bermasalah pendengaran berkaitan peluang-18 peluang kerja, jenis-jenis serta bentuk pekerjaan

yang sesuai mengikut kebolehan, kesesuaian dan kemampuan pelajar. Konsep kendiri di

kalangan mereka juga tidak harus dipandang remeh oleh mana-mana pihak, ianya akan

menjuruskan kepada pelajar agar lebih beraspirasi dalam memperoleh kerjaya yang mereka

Page 12: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

idamkan. Oleh itu, kajian-kajian yang berasaskan vokasional bagi pelajar khas bermasalah

pendengaran amat ditekan.

Berdasarkan perkembangan kerjaya individu kurang upaya, golongan ini mempunyai kemahiran

kerja yang terhad, pendapatan yang kurang, kurang peluang pekerjaan malah ada yang lansung

tidak bekerja setelah menamatkan pengajian. Malah ada dikalangan mereka yang

meninggalkan alam persekolahan lebih awal tanpa dapat mempelajari kemahiran yang

sepatutnya akan diguna pakai untuk menjawat pekerjaan yang sesuai. Terdapat 50-70 peratus

golongan OKU yang tidak mempunyai pekerjaan di mana ia berkait rapat dengan sikap

sesetengah masyarakat yang menujukkan sikap prejudis dengan keupayaan golongan OKU untuk

bekerja (Zinaida, 2006).

2.5 Peranan sekolah menengah dalam penyediaan pendidikan tertiari, pembelajaran

sepanjang hayat dan peluang pekerjaan.

Pembangunan kerjaya adalah isu penting bagi pelajar di semua sekolah menengah.

Pelajar memperolehi faedah daripada peluang-peluang di sekolah seperti pekerjaan separuh

masa, penglibatan dalam kurikulum tambahan dan aktiviti-aktiviti komuniti, kerja sukarela,

kaunseling dan penjelajahan kerjaya, dan aktiviti penilaian kerjaya (Benz & Kochhar, 1996).

Peluang tersebut boleh membantu pelajar untuk membina kecederungan kerjaya mereka,

memperolehi kemahiran pekerjaan hands-on fokus terhadap akedemik pelajaran mereka dan

membangunkan soft skill yang mesti dimiliki oleh seseorang pekerja yang efektif seperti

kemahiran sosial dan interpersonal. Pembangunan kerjaya di sekolah menengah merupakan salah

satu aktiviti pembangunan kerjaya dan pembelajaran sepanjang hayat yang membantu

pencapaian peluang kerjaya professional (Stodden, Conway & Chang, 2003). Walau

bagaimanapun, kebanyakan pelajar khas bermasalah pendengaran tidak mempunyai capaian

kepada aktiviti yang boleh meningkatkan peluang mereka disebabkan :

Kekurangan sokongan akademik dan kemudahan seperti capaian teknologi, sokongan

peribadi yang membolehkan pelajar mempunyai masa dan sumber untuk mereka terlibat dalam

aktiviti yang boleh menggalakkan pembangunan kerjaya mereka.

Page 13: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

(ii) Anggapan yang rendah oleh guru, kaunselor kerjaya, pentadbiran, keluarga dan pelajar lain

tentang peluang yang bersesuaian kepada pelajar khas bermasalah pendengaran selepas tamat

pengajian.

(iii) Persediaan dan latihan akademik sekolah dan kaunselor kerjaya yang lemah untuk

menyediakan panduan dan halatuju kerjaya terhadap pelajar khas bermasalah pendengaran.

(iv) Hanya memfokuskan peralihan dan pekerjaan sebagai hasil titik statik dan tunggal sahaja

berbanding sebagai proses sepanjang hayat.

(v) Kurangnya peluang untuk pelajar khas bermasalah pendengaran menggunakan kemahiran

self-determination dan self-advocay untuk mempunyai hak bagi membina konsep kendiri yang

kukuh dalam diri mereka seperti membina matlamat diri, mempelajari keperluan hidup mereka,

mengetahui kecenderungan mereka dalam pekerjaan, tahap kepercayaan keupayaan diri,

tingkahlaku mereka dalam membangunkan kemahiran lain yang berhubungkait dengan

pambangunan kerjaya seperti perancangan, penggunaan sumber dan sebagainya.

2.6 Peranan pendidikan tertiari dalam pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan

kerjaya.

Bagi pelajar berkeperluan khas yang telah menamatkan pengajiannya termasuk latihan teknikal

dan vokasional, ia dapat meningkatkan peluang untuk memperoleh kerjaya yang terjamin. Selain

itu, bagi individu berkeperluan khas, terdapat korelasi yang positif dalam gaji pekerja kerana

tahap pendidikan lebih ditekankan (Stodden & Dowrick, 2001). Dapatan kajian NCSET (2001)

juga mendapati pelajar berkeperluan khas yang tidak melanjutkan pengajian adalah disebabkan

oleh tanggapan mereka sendiri dan masyarakat sekeliling tentang kepentingan pelajaran amat

rendah dan tanpa pendidikan yang tinggi, pelajar-pelajar 20 ini akan menghadapi masalah untuk

mendapat kerja dan kebanyakannya tidak begitu berketrampilan di tempat kerja.

Pembangunan kerjaya dan pembelajaran sepanjang hayat merupakan nilai-nilai yang

perlu dipelajari dan diperkukuhkan semasa diperingkat sekolah menengah dan diperingkat

tertiari agar mereka dapat mencapai kejayaan sepanjang kerjaya mereka, sama seperti pekerja

kurang upaya yang perlu bersaing untuk pekerjaan dan peningkatan sepanjang kerjaya mereka.

Menurut Grzeda (1999), elemen untuk melanjutkan pelajaran dan meneruskan pembelajaran

sepanjang hayat yang boleh menghasilkan pembangunan konsep kendiri adalah termasuk :

Page 14: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

(i) Merasakan mereka mempunyai peluang di mana mereka boleh mengubah kerjaya dan

persekitaran pekerjaan mereka.

(ii) Kebolehan untuk merasai kepuasan seseorang yang mempunyai status yang terjamin dan

keinginan untuk mempertingkatkan diri.

(iii) Peluang untuk mengkaji kebolehan akademik dan minat terhadap kerjaya tersebut.

(iv) Pembangunan kemahiran interpersonal dan pemikiran ktitikal

(v) Kebolehan untuk memperoleh kemahiran baru dalam persekitaran yang berbeza.

Menurut (Stodden, Conway & Chang, 2003) untuk memastikan pelajar berkeperluan khas yang

melanjutkan pelajaran memperolehi kelebihan daripada pendidikan mereka dan bersedia untuk

menyertai kumpulan industri dan pekerjaan profesional, apa yang perlu adalah :

(i) Memastikan kualiti dalam penyediaan kemudahan dan sokongan dalam pendidikan tertiari.

(ii) Menggalakkan pelajar berkeperluan khas untuk mengenal pasti pelbagai jenis bidang kerjaya,

aktiviti-aktiviti pembangunan kerjaya dan pilihan kerjaya.

(iii) Membantu pelajar berkeperluan khas dengan mengatur dan menguruskan sokongan kampus

dan komuniti dan mewujudkan hubungan antara kampus dengan sokongan pekerjaan.

2.6 Definisi operasi

Dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah yang sering digunakan. Bagi memberikan kefahaman

yang lebih jelas dan bertepatan dengan maksud kajian ini, definisi-definisi istilah tersebut

dinyatakan seperti di bawah.

(i) Pelajar berkeperluan khas

Pelajar kurang upaya iaitu bermasalah pendengaran, penglihatan, fizikal dan terencat akal.

Dalam kajian ini, pelajar-pelajar berkeperluan khas adalah pelajar bermasalah pendengara yang

mengikuti program pengajian di tiga buah Politeknik, Malaysia.

(ii) Pendidikan khas

Page 15: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

Pendidikan khas merujuk kepada pendidikan pelajar luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial

atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak

mendapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa. Pendidikan khas disediakan untuk

kanak-kanak seperti bermasalah pendengaran, cacat penglihatan, terencat akal, cacat fizikal dan

termasuk pelajar pintar cerdas. Dalam kajian ini, hanyalah melibatkan pelajar bermasalah

pendengaran.

(iii) Program pendidikan khas

Program Pendidikan Khas ialah satu susunan aktiviti yang menyediakan pendidikan kepada

golongan khas yang terdiri daripada pelajar yang cacat pengilihatan, pendengaran, fizikal dan

terencat akal. Program Pendidikan Khas di Politeknik Malaysia dijalankan untuk pelajar

bermasalah pendengaran adalah untuk membantu golongan khas ini mendapatkan pendidikan

untuk menambahkan ilmu pengetahuan sama.

(iv) Kepercayaan keupayaan diri

Kepercayaan keupayaan diri ialah keupayaan seseorang individu melakukan sesuatu tugasan

hingga mencapai satu tahap yang tertentu. Pertimbangan seseorang individu terhadap kebolehan

dirinya untuk mengatur dan melaksanakan haluan diri atau matlamat diri. Dalam kajian ini

kepercayaan keupayaan diri adalah berhubungkait dengan sikap kepada diri dan kemampuan

bertindak mengikut kesesuaian situasi dan keadaan.

Page 16: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

METODOLOGI

BAB 3

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk

menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab

permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang

dirangka adalah meilbatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah

pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan

kaedah penganalisisan data.

3.2 Reka bentuk Kajian

Kajian tinjauan (survey research) merupakan satu jenis reka bentuk bukan eksperimen

yang gemar digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan boleh dibezakan kepada

yang hanya deskriptif dan berbentuk korelasi.

3.3 Kaedah pengumpulan data

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan data primer yang diperolehi menerusi

kajian lapangan. Kajian lapangan dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik,

focus group dan temuramah. Borang soal selidik dan kumpulan fokus digunakan untuk

mendapatkan data daripada guru-guru di sekolah menegah vokasional pendidikan khas.

Manakala, kaedah temuramah akan dilakukan ke atas pengetua sekolah menegah vokasional

pendidikan khas untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.

Page 17: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Mohd Majid (2004) mendefinisikan populasi sebagai satu set ciri yang menunjukkan

cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Individu atau objek

yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat yang sama antara satu

sama lain. Populasi kajian ini terdiri daripada guru yang mengajar matapelajaran untuk pelajar

berkeperluan khas di sekolah pendidikan khas vokasional. Menurut Mohd Najib (1999), sampel

merangkumi ahli-ahli dari kumpulan kecil yang dipilih secara rawak atau tidak rawak dari

populasi untuk mengkaji sifat atau parameter populasi. Sampel kajian ini adalah pensampelan

tidak rawak jenis bertujuan iaitu hanya melibatkan guru-guru yang mengajar pelajar

berkeperluan khas di sekolah yang terpilih. Responden terdiri daripada 10 orang guru di sekolah

menengah vokasional pendidikan khas.

3.5 Tempat/ lokasi Kajian

Sekolah menengah vokasional Batu Pahat dan Sekolah Menengah Vokasional Indahputra

Kulaijaya.

3.6 Instrumen Kajian

Instrumen yang dijalankan adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik sesuai digunakan

kerana ia dapat memberikan respon yang lebih tepat kerana responden tidak berhadapan dengan

pengkaji semasa menjawab soalan-soalan tersebut. Sebagaimana menurut Mohd Majid (2004),

soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan kerana menggunakan soal selidik dapat

meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan sampel kerana tidak

dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Responden bebas menyatakan pendapat sendiri untuk

menjawab setiap soalan yang diberikan. Oleh itu, hasil kajian yang akan di perolehi dapat

dirumuskan dengan lebih tepat.

3.7 Kaedah Analisis Data

Kajian ini mengaplikasikan analisis data secara kuantitatif dan kualitatif. Bagi data yang

diperolehi dari borang soal selidik, ia dianalisis menggunakan perisian statistical Package for

Page 18: Cabaran Dan Peluang Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas Dalam Ptv

Social Science (SPSS) Version 12.0 dengan teknik-teknik statistic berbentuk deskriptif dan

inferensi. Teknik statistic deskriptif digunakan untuk meneliti taburan demografi responden.