Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka
-
Upload
abidahaqilah -
Category
Education
-
view
1.062 -
download
1
Transcript of Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Khusus/Kod : Hubungan Etnik GXEX1411
Semester/Sesi : Semester 1/Sesi 2011/2012
Nama Pensyarah : Dr. Linda Alfarero Lumayag
Tajuk Tugasan : Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Kumpulan Pengajaran :
Pembentangan : Minggu : ____ Tarikh : _____ Giliran : _____
Bil. No. Matrik Nama
1 CEB 110005 CHAN WENG HONG
2 CEB 110007 CHIA FONG SZE
3 CEB 110058 NURUL AMALINA BT GHAZALI
4 CEB 110066 SHAFEERA EDAYU BT ISMAIL YATIM
5 CEB 110067 SHERENE TAN HSU HSIEN
6 CEB 110083 WONG WIN NEY
7 TEB 110001 ABIDAH AQILAH BT MOHD NOOR
8 TEB 110002 ANIS DROFIRAH BT MASDUKI
9 TEB 110003 NASIBAH BINTI MUHAMMAD
10 TEB 110017 NURUL AFIQAH BT MD NASIR
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Cabaran Masyarakat Portugis
di Melaka: Bahasa
Isi Kandungan
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Butiran Muka Surat
Pengenalan 1
Objektif Kajian 2
Sorotan Literatur 3
Kaedah Penyelidikan 4-5
Penemuan dan Perbincangan Hasil Kajian 6-15
Rumusan dan cadangan 16
Senarai Rujukan 17
Lampiran i-ix
PENGENALAN
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Kajian ini merupakan kajian tentang cabaran masyarakat portugis dalam
mengekalkan bahasa mereka di Perkampungan Portugis Melaka. Bahasa boleh
didefinisikan sebagai satu lamabang pertuturan yang digunakan anggota masyarakat
untuk berkomunikasi. Bahasa Kristang merupakan bahasa agama mereka di mana
mereka hanya menggunakan bahasa tersebut pada majlis-majlis agama. Ini
menunjukkan bahawa mereka merupakan penganut agama Kristian Katolik. Oleh hal
yang demikian, bahasa yang digunakan dalam pertuturan harian mereka adalah
Bahasa Portugis dan Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, Bahasa Portugis yang
digunakan oleh masyarakat Portugis di Melaka terdapat sedikit perbezaan dengan
bahasa portugis di Portugal. Hal ini kerana, Bahasa Portugis di Melaka telah
mendapat pengaruh dari Bahasa Melayu.
Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu masyarakat berketurunan portugis telah
menetap di perkampungan ini. Oleh itu, telah berlaku proses pengaruh mempengaruhi
antara masyarakat portugis dengan masyarakat sekitarnya dari pelbagai latar bangsa
dan agama. Faktor sosial dan ekonomi telah menggalakkan mereka untuk berinteraksi
dengan penduduk Melayu, Cina, India dan lain-lain. Contohnya, mereka bergaul
dengan golongan berketurunan Cina bagi urusan jual beli dan golongan Melayu
dengan tujuan perbidanan dan pendidikan.
OBJEKTIF KAJIAN
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Mengenalpasti pengaruh Bahasa Portugis terhadap Bahasa Melayu.
Mengetahui asal usul masyarakat Portugis di Melaka.
Mengenalpasti tahap penggunaan Bahasa Portugis masyarakat Orang Portugis
di Melaka pada masa sekarang.
Menentukan persamaan dan perbezaan antara Bahasa Portugis dengan Bahasa
Melayu.
Mengetahui cabaran dalam mengekalkan Bahasa Portugis dalam kalangan
kanak-kanak dan remaja pada masa sekarang.
Sorotan Literatur
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Kajian perpustakaan kami dilakukan di perpustakaan Universiti Malaya dan
luar universiti. Dalam buku Portuguese Vacables In Asiatic Languages telah
menyenaraikan banyak perkataan terbitan dari Bahasa Portugis kepada Bahasa
Melayu. Dalam buku ini juga ada tersebut tentang sejarah Bahasa Portugis di Melaka,
di mana pengarang buku menyatakan bahawa Bahasa Potugis merupakan lingua
franca pada abad ke 15.
Dalam buku Portuguese Settlement Malacca: How It All Began, ia
membincangkan tentang sejarah penjelajahan orang Portugis di Melaka. Selain itu,
buku ini juga menyenaraikan banyak contoh peribahasa dan perkataan Bahasa
Portugis. Banyak perkataan ini turut disenaraikan dalam kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Seterusnya, terdapat liputan akhbar tentang Bahasa Portugis di Melaka. Dalam
akhbar The Sun pada 28 Desember 2007 muka surat 24, telah memaparkan satu
artikel tentang salah faham antara Bahasa Portugis dengan Bahasa Kristang. Dimana
Bahasa Portugis merupakan bahasa yang digunakan oleh Orang Portugis di Melaka,
dan Bahasa Kristang merupakan bahasa agama yang digunakan Orang Portugis di
Melaka. Kristang bermaksud orang yang beragama Kristian tetapi bukan bermaksud
etnik.
Akhbar Berita Harian pada tarikh 13 Oktober 2011, hari Khamis, muka surat
24-25, telah memaparkan tentang masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis
Melaka. Laporan ini adalah berkaitan dengan tradisi, budaya, bahasa, dan tarian
masyarakat Orang Portugis di Melaka.
Kaedah Penyelidikan
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Pelbagai kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi kajian ini.
Kaedah-kaedah yang digunakan adalah untuk memastikan maklumat yang diperolehi
adalah tepat dan benar. Antara kaedah yang digunakan adalah seperti:
a) Pemerhatian
Kaedah ini dijalankan secara langsung bersama ahli-ahli kumpulan ke tempat kajian
iaitu di Perkampungan Portugis atau dikenali sebagai Mini Lisbon yang terletak di
Ujong Pasir, Melaka. Kami telah memperhatikan cara hidup, kegiatan penduduk,
budaya, agama dan bahasa yang dijalankan di perkampungan tersebut.
b) Temu bual
Kaedah ini telah melibatkan dua peringkat iaitu formal dan tidak formal. Kaedah temu
bual secara formal melibatkan seorang ahli jawantankuasa yang bertanggungjawab
mengendalikan segala urusan di muzium Perkampungan Portugis dan turut pernah
memperolehi pingat jasa kebaktian (PJK) iaitu Edgar George Paulo Overee. Temu
bual ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan
tajuk kajian kami iaitu cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Portugis di Melaka
khususnya dari segi bahasa. Kaedah temu bual secara tidak formal turut dilakukan
dalam kalangan penduduk-penduduk di Perkampungan Portugis untuk mendapatkan
maklumat dan pendapat berkenaan.
c) Soal selidik
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Kaedah soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat.
Dalam kaedah ini, kami telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang
respondan yang menetap di Perkampugan Portugis , Melaka. Borang soal selidik
adalah berkaitan dengan persaingan bahasa yang dihadapi oleh Bahasa Portugis,
punca-punca yang menyebabkan generasi muda melupakan Bahasa Portugis dan cara-
cara untuk mengekalkan Bahasa Portugis kepada generasi yang akan datang.
d) Rujukan
Bahan rujukan kami adalah seperti buku yang bertajuk “Portuguese Original of
Mosignor Sebastiao Rodalfo Dalgoda by Anthoni Xavier Soares”. Kami turut
merujuk kepada buku yang bertajuk “Portuguese Settlement Malacca, How it all
began” yang diperolehi di muzium Perkampungan Portugis. Di samping itu, kami
turut membuat rujukan melalui maklumat tambahan yang diperolehi dari internet.
e) Perbincangan kumpulan
Perbincangan antara ahli kumpulan adalah asas bagi kaedah penyelidikan.
Perbincangan antara ahli-ahli kumpulan adalah amat penting untuk menjalankan tugas
kajian ini. Kami akan bersama-sama meneliti dan membincang maklumat-maklumat
yang diperolehi oleh setiap ahli kumpulan. Ahli-ahli akan menyumbangkan idea dan
pendapat mereka terhadap tajuk kajian yang djalankan. Kata sepakat dapat dicapai
antara semua ahli kumpulan melalui perbincangan.
Penemuan dan Perbincangan Hasil kajian
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Berikut merupakan laporan kajian temu bual kumpulan kami dengan Encik
Edgar Paulo Overee:
Biodata Edgar George Paulo Overee (Uncle George)
Nama beliau adalah Edgar George Paulo Overee atau dikenali sebagai Uncle George.
Beliau lahir pada tahun 1931 dan telah berumur 80 tahun . Beliau memegang jawatan
sebagai JKKK Perkampungan Portugis dan Penyelia muzium. Beliau
bertanggungjawab untuk memberi taklimat tentang sejarah penjajahan orang Portugis
di Melaka serta peristiwa-peristiwa yang berlaku pada abad ke-18 dan 19 khususnya
di Melaka.
Secara umumnya, Bahasa portugis terbahagi kepada dua jenis, iaitu
I Bahasa Portugis dari negara Portugal
II Bahasa Portugis dari negeri Melaka.
Sejarah bermula apabila orang laut mula mendiami sekitar perkampungan
nelayan di Selat Melaka sekitar tahun 1480. Selepas 30 tahun, orang Portugis tiba di
Melaka. Pada masa itu, terdapat 150 keluarga yang berasal dari orang laut telah
berkahwin dengan orang berketurunan Portugis. Orang laut pada masa itu berbahasa
baku dan orang berketuurunan Portugis pula berbahasa Kristang, iaitu bahasa lorak
orang Portugis di Melaka. Menurut Uncle George, Bahasa Kristang merupakan
bahasa agama orang Portugis.
Bahasa Portugis di Melaka merupakan bahasa campuran antara bahasa baku
dengan Bahasa Portugis. Walaupun Bahasa Portugis sering digunakan di rumah, tetapi
ia tidak dituturkan dengan sewenang-wenangnya dalam kalangan orang ramai. Hal ini
demikian kerana Bahasa Portugis merupakan bahasa rahsia mereka. Orang
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
berketurunan Portugis di perkampungan Portugis hanya menggunakan Bahasa
Portugis apabila berjumpa dengan sahabat atau saudara mara yang rapat dengan
mereka. Apabila terdapat perjumpaan dengan orang ramai, mereka jarang
menggunakan Bahasa Portugis tetapi bertutur dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa
Malaysia.
Uncle George juga menerangkan alasan dan sebab Bahasa Portugis masih
terus dipertahankan. Menurut beliau, terdapat tiga faktor penting yang menyebabkan
Bahasa Portugis masih dipertahankan sehingga hari ini adalah disebabkan:
I Faktor Agama
II Faktor Kebudayaan
III Faktor Bahasa
Faktor Agama
Menurut Uncle George, kebanyakan penduduk di Perkampungan Portugis ini
adalah beragama Roman Katolik. Para penduduk di perkampungan ini, terutamanya
kaum wanita berpegang kuat dalam keagamaan mereka. Justeru itu, mereka akan
memastikan bahawa anak-anak mereka turut mempelajari Bahasa Portugis. Mereka
memberi ajaran agama kepada anak-anak mereka melalui penggunaan Bahasa
Kristang.
Faktor Kebudayaan
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Penduduk-penduduk di Perkampungan Portugis mempunyai sifat terbuka iaitu
mereka sanggup dan rela berkongsi segala maklumat, cerita dan segala-galanya
kepada orang ramai. Disebabkan sifat ini, Bahasa Portugis dapat diwarisi dari satu
generasi ke generasi yang lain.
Selain itu, seni kebudayaan Orang Portugis seperti tarian Portugis dan lagu
Portugis juga merupakan salah satu sebab bahasa ini terus diwarisi. Uncle George
memainkan peranan yang penting dalam mewarisi kebudayaan Orang Portugis iaitu
melalui pengajaran tarian Portugis kepada kaum muda. Segala pembelajaran dan
pengajaran akan dijalankan dengan menggunakan Bahasa Portugis sahaja. Secara
tidak langsung, para pelapis muda juga dapat lebih memahami Bahasa Portugis.
Selain tarian Portugis, lagu Portugis turut dimainkan dalam segala perayaan supaya
pelapis muda dapat memupuk minat dalam mempelajari Bahasa Portugis.
Faktor Bahasa
Bahasa Portugis merupakan bahasa rasmi yang digunakan di rumah serta
dalam kehidupan harian penduduk di Perkampungan Portugis ini. Ibu, bapa dan datuk,
nenek akan bertutur dalam Bahasa Portugis dengan anak-anak atau cucu-cucu ketika
di rumah. Secara tidak langsung, kaum muda dapat menguasai Bahasa Portugis
dengan lebih cepat. Generasi pelapis muda akan sentiasa diberi tunjuk ajar oleh
generasi tua agar Bahasa Portugis dapat terus diwarisi. Walaubagaimanapun, mereka
hanya dapat mempelajari tentang Bahasa Portugis melalui buku-buku yang diimport
dari negara Portugal.
Soal jawab 1:
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Adakah para remaja masih meminati untuk mengunakan bahasa portugis?
Uncle George berasa kecewa dengan remaja masa kini, iaitu mereka yang
dilahirkan pada tahun ke 80an, 90an, dan 20an. Beliau berpendapat bahawa mereka
malas dan tidak berminat untuk mempelajari Bahasa Portugis.
Hal ini sering berlaku terhadap remaja terutamanya mereka yang telah
berpindah ke bandar untuk belajar atau mencari nafkah. Uncle George
mempergambarkan mereka seperti “kacang lupakan kulit”.Kebanyakan remaja yang
pergi ke bandar telah melupakan Bahasa Portugis. Apabila mereka pulang ke
Perkampungan Portugis untuk berjumpa dengan kawan-kawan, mereka tidak lagi
menggunakan Bahasa Portugis tetapi menggunakan Bahasa Inggeris.
Walaupun bagaimanapun, para remaja yang masih mendiami Perkampungan
Portugis fasih bertutur dalam Bahasa Portugis. Hal ini kerana Bahasa Portugis masih
digunakan dalam kehidupan harian mereka. Ibu bapa dan datuk nenek sentiasa
berperanan sebagai pensyarah Bahasa Portugis dengan sentiasa memperbaik dan
memberi tunjuk ajar kepada mereka. Uncle George berpandangan positif bahawa
warisan dan budaya Bahasa Portugis di perkampungan ini masih dapat terus diwarisi
dari generasi ke generasi selagi perkampungan ini masih wujud.
Selain itu, Uncle George juga berpendapat bahawa mereka tidak boleh
memaksa golongan muda untuk mempelajari bahasa ini kerana ia adalah terpulang
kepada kerelaan mereka untuk terus mewarisinya atau tidak. Generasi muda haruslah
terus mempertahankan Bahasa Portugis iaitu bahasa keturunan mereka yang
melambangkan identiti mereka.
Sesi lagu Portugis dimainkan…
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Uncle George menerangkan bahawa Bahasa Portugis dapat diwarisi dari
generasi ke generasi melalui lagu Portugis. Golongan kaum muda akan diajarkan
tentang lagu-lagu Portugis oleh golongan kaum tua. Secara tidak langsung, mereka
dapat bertutur Bahasa Portugis dengan lebih lancar dan baik melalui pembelajaran
lagu-lagu Portugis. Selain itu, terdapat juga penduduk atau pakar Bahasa Portugis
akan mengajar kaum muda tentang Bahasa Portugis. Masyarakat ini merupakan
masyarakat yang bimbang lambang identiti mereka akan dilupakan pada satu hari
nanti. Oleh itu, mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga agar Bahasa Portugis
dapat terus diwarisi. Walaubagaimanapun, semua ini adalah terpulang kepada
seseorang individu sama ada individu tersebut berminat untuk mempelajari bahasa
ibunda mereka atau tidak.
Soal jawab 2:
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Apakah bahasa yang biasa digunakan oleh penduduk dalam kehidupan harian
mereka di Perkampungan Portugis ini?
Uncle George menerangkan bahawa penduduk di perkampungan ini biasanya
menggunakan Bahasa Portugis dalam kehidupan harian sama ada di rumah atau di
luar. Penggunaan Bahasa Portugis hanya berlaku apabila terdapat perjumpaan antara
beberapa kumpulan kecil dalam kalangan orang Portugis. Bahasa Inggeris dan Bahasa
Malaysia pula digunakan dalam perjumpaan yang lebih formal dan besar.
Bagi kanak-kanak pula, Bahasa Portugis hanya digunakan dalam rumah dan
jarang ditutur di luar rumah. Bahasa ini hanya digunakan pada masa-masa tertentu
iaitu apabila kanak-kanak tersebut tidak ingin orang lain tahu apa yang dituturkan
oleh dia. Contohnya, kanak-kanak tersebut akan memarahi kawan-kawannya yang
berlakuan tidak baik dalam kelas dengan menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu
Bahasa Portugis.
Uncle George juga memberitahu kita bahawa generasi muda jarang bertutur
dalam Bahasa Portugis. Mereka suka menggunakan Bahasa Inggeris untuk bertutur
dengan sahabat mereka. Mereka hanya menggunakan Bahasa Portugis di rumah
sebagai bahasa rahsia mereka. Bahasa Portugis pada masa ini telah dipengaruhi oleh
bahasa baku atau lebih dikenali sebagai bahasa pasar.
Uncle George menjelaskan bahawa Bahasa Portugis pada masa ini adalah
tidak sedalam Bahasa Portugis pada abab ke-1511. Bahasa Portugis yang digunakan
pada masa ini adalah lebih ringkas berbanding Bahasa Portugis pada masa dahulu
kerana Bahasa Portugis sekarang telah dipengaruhi oleh bahasa baku. Namun
demikian, orang Portugis Melaka masih berpegang teguh terhadap Bahasa Portugis
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
supaya lambang identiti mereka sebagai bangsa berketurunan Portugis dapat terus
dipertahankan.
Soal Jawab 3:
Apakah perbezaan antara Bahasa Portugis dengan Bahasa Kristang?
Menurut Uncle George secara ringkasnya,
1) Bahasa Portugis Melaka ialah bahasa baku
2) Bahasa Kristang ialah bahasa agama
Uncle George memberitahu kita bahawa terdapat kelas-kelas Bahasa Portugis
dijalankan sebanyak dua kali seminggu di perkampungan Portugis. Kelas Bahasa
Portugis ini diadakan adalah bertujuan untuk mempertahankan bahasa ibunda mereka
supaya ia dapat diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Kelas Bahasa
Portugis akan dijalankan di kelas-kelas tertentu di persekitaran sekolah selepas habis
sesi persekolahan. Kelas bahasa tersebut terbuka kepada semua orang.
Berikut merupakan ringkasan laporan hasil kajian kumpulan kami melalui
kaedah soal selidik:
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
1. Sebanyak 81% respoden menggunakan Bahasa Portugis dalam kehidupan
harian mereka, tetapi hanya 48% respoden yang menyatakan bahawa mereka
menggunakan Bahasa Portugis sepenuhnya dalam urusan harian mereka.
2. 82% respoden menyatakan bahawa mereka masih minat untuk membelajari
Bahasa Portugis.
3. 54% respoden menyertujui bahawa terdapat persamaan antara Bahasa Portugis
dengan Bahasa Malaysia, manakala yang tinggal tidak menyertujui penyataan
tersebut.
4. Kami merdapati bahawa terdapat perbezaan pendapat yang agak ketara antara
gorongan pemuda dengan golongan tua khususnya dalam penyataan di bawah:
77% golongan muda berpendapat bahawa Bahasa Portugis tidak
mengalami cabaran daripada bahasa lain, tetapi terdapat hanya 38%
golongan tua yang berpendapat sedemikian
5. Bahasa lain yang banyak digunakan selepas Bahasa Portugis ialah Bahasa
Ingeris dan Bahasa Malaysia.
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
6. Hampir separuh daripada respoden iaitu 48% berpendapat bahawa
berkomunikasi dan mengajar anak-anak dalam Bahasa Portugis merupakan
cara yang terbaik untuk mengekalkan Bahasa Portugis.
Berko-munikasi dan men-
gajar anak-anak
dalam Bahasa
Portugis 48%
Men-gadakan kelas Ba-hasa Por-
tugis untuk semua kanak-kanak27%
Men-gadakan
permainan dan per-
tandingan Bahasa
Portugis22%
Lain-lain 3%
Cara-cara untuk mengekalkan Bahasa Portugis
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
7. Punca utama golongan muda melupakan Bahasa Portugis ialah ibu bapa
mereka tidak fasih berbahasa Portugis.
Ibu bapa tidak fasih
dalam berbahasa
Bahasa Portugis,
53%
Pengaruh budaya
Barat, 21%
Tidak tinggal dalam
perkam-pungan
Portugis , 12%
Rasa tidak penting dalam
berbahasa Portugis,
9% Lain-lain 5%
Punca-punca yang menyebabkan generasi muda melupakan Bahasa Portugis
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Rumusan dan Cadangan
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Senarai Rujukan
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur,
Malaysia:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)
Portugese Settlement Malacca: How It All Began. (2011)
Rajagopal, S. T. (2007, December 28). Confusion over Portuguese Indentity,
[Letter to the editor]. The Sun, pp. 24
Dalgado, S. R. (1864). Portuguese Vacables in Asiatic Languages.
New York, NY: Anthony Xavier Soares, M.A., LL.B., F.R.S.L.
Cabaran terhadap bahasa, budaya dan agama masyarakat Portugis: Satu analisis di
Perkampungan Portugis Melaka.(2007). Retrieved from
http://www.mymla.org/files/icmm2010_papers/ICMM2010_p32.pdf
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Lampiran
+
Gambar tersebut menunjukkan Perkampungan Portugis atau dikenali sebagai Mini
Lisbon yang terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka.
Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1250 orang penduduk. Perkampungan ini
merupakan perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis di
Melaka.
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Gambar di atas menunjukkan Medan Portugis atau dikenali sebagai Lisbon Kecil. Ia
dibina pada akhir tahun 80an dan diilhamkan oleh Mercado Portugis. Medan ini
mempunyai restoran-restoran yang menyajikan makanan tempatan masyarakat
Portugis. Medan ini turut merupakan tempat perjumpaan dan perayaan bagi
masyarakat Portugis.
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Muzium perkampungan Portugis mempamerkan barang-barang peninggalan
masyarakat Portugis seperti gambar Gereja St. Peter pada era 1950an, gambar-gambar
ketua kampung yang telah berbakti di perkampungan masyarakat Portugis, barang-
barang yang diimport dari negara Portugal seperti selendang, buku, dan sebagainya,
dan baju tradisional perkahwinan masyarakat Portugis.
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Peninggalan artifak-artifak masyarakat Portugis.
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Gambar di atas menunjukkan sesi temu bual yang dijalankan oleh ahli-ahli kumpulan
kami dengan JKKK Perkampungan Portugis serta Penyelia Muzium iaitu Edgar
George Paulo Overee atau dikenali sebagai Uncle George.
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Uncle George menerangkan dengan lebih terperinci tentang maklumat-maklumat
yang ada di Muzium Perkampungan Portugis.
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Buku ini mencatatkan nama-nama pelawat dari merata dunia seperti negara Portugal,
Jepun, Iran, Indonesia, Australia dan Canada.
Ahli-ahli kumpulan dengan JKKK Perkampungan Portugis serta Penyelia Muzium,
Uncle George.
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Lampiran: Borang Soal Selidik
Nama : ___________________________________
Umur : Golongan dewasa Golongan tua
1) Adakah anda masih menggunakan Bahasa Portugis / Bahasa Kristang dalam kehidupan harian? Ya Tidak
2) Jika Ya, adakah anda menggunakan Bahasa Kristang sepenuhnya dalam urusan harian seperti dalam domain jual beli, pekerjaan, keluarga dan hiburan? Ya Tidak
Jika Tidak, adakah anda berminat untuk belajar tentang Bahasa Kristang? Ya Tidak
3) Selain Bahasa Kristang, apakah bahasa lain yang anda gunakan untuk berkomunikasi?
Nyatakan : __________________________________________________________
4) Pada pendapat anda, adakah Bahasa Kristang mengalami persaingan daripada bahasa-bahasa lain?
Ya Nyatakan (bahasa lain) : ________________________________________ Tidak
5) Bahasa Kristang mengalami persaingan daripada Bahasa Melayu terutamanya selepas merdeka. Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini?
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa
Ya Tidak. Nyatakan (sebab) : _____________________________________________
6) Adalah dipertikaikan bahawa terdapat persamaan antara Bahasa Portugis dan Bahasa Melayu. Contohnya, kopi (BM) disebut sebagai cafe(BP) , meja (BM) disebut sebagai mesa(BP), dan perahu(BM) disebut sebagai praw (BP). BM = Bahasa Melayu BP = Bahasa Portugis
Adakah anda bersejutu dengan pendapat di atas?
Ya Tidak
7) Adakah anda akan mengekalkan dan mewarisi kebudayaan nenek moyang seperti penggunaan Bahasa Kristang kepada generasi yang akan datang?
Ya Tidak
8) Apakah punca-punca yang menyebabkan generasi muda melupakan Bahasa Portugis ? Ibubapa tidak fasih dalam berbahasa Bahasa Portugis Dipengaruhi oleh budaya barat Tidak tinggal dalam kampung Portugis Rasa tidak penting dalam berbahasa Bahasa Portugis Lain-lain
9) Masyarakat Portugis memang mempunyai kebudayaannya yang tersendiri dari segi lagu, budaya, tarian dan bahasa sendiri, Kristang atau dikenali sebagai Christang@ Christ Tongue. Pada pendapat anda, apakah langkah atau cara yang patut dilakukan untuk memastikan generasi muda terus mengamalkan budaya ini?
Cabaran Masyarakat Portugis di Melaka: Bahasa