CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN...
Transcript of CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN...
CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM
MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING
SARAWAK
HONG PIK HAE
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni
Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan
sebagai SULIT atau TERHAD
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM
MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI
KUCHING SARAWAK.
SESI PENGAJIAN : 2004/2007
Saya HONG PIK HAE
Mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat
Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khimat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian
tinggi
5. * sila tandakan
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah
keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah
ditentukan oleh Organisasi/ badan
di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh: Tarikh:
Alamat Tetap:
P.O.Box 557,
96507 Bintangor,
Sarawak.
PENGESAHAN
Projek bertajuk “Cabaran Penaungan dan Sumbangan Dalam
Membangunkan Muzium Sejarah Cina Di Kuching Sarawak” telah
disediakan oleh Hong Pik Hae dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan
dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan
dengan Kepujian (Pengurusan Seni).
Diterima untuk diperiksa oleh:
(Puan Rahah Binti Haji Hasan)
Tarikh:
I
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa tiada bahagian dalam penyelidikan ini telah digunakan sebagai
bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini
atau institusi pengajian tinggi yang lain.
(HONG PIK HAE)
No. Matrik: 13565
II
PENGHARGAAN
Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua orang. Saya telah berjaya menyiapkan
kajian ini iaitu bertajuk “Cabaran Penaungan dan Sumbangan Dalam Membangunkan
Muzium Sejarah Cina di Kuching Sarawak”. Penyelidikan saya turut menggunakan
informasi yang diperolehi di Jabatan Muzium Sarawak. Kerjasama yang bersepadu
diterima di kalangan kakitangan di sana menjadikan penyelidikan ini berjaya ke
penghujungnya.
Saya mengambil kesempatan yang ada di sini untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua pensyarah program Pengurusan Seni yang telah banyak membantu dan
memberi tunjuk ajar kepada saya untuk membuat kajian ini. Terutamanya kepada
supervisor saya iaitu Puan Rahah Binti Haji Hasan. Beliau telah banyak memberi tunjuk
ajar kepada saya untukmembuat kajian ini. Di samping itu, tidak lupa juga kepada Puan
Noria Tugang, Puan Qistina Donna Lee, Cik Ema Shuhaida dan juga Miss Karen Samy.
Terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar dan membantu saya untuk menyiapkan
kajian ini.
Tidak lupa juga kepada Encik Tazuddin Mohtar selaku Penolong Pengarah Etnologi
Jabatan Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh selaku Penolong Pengarah Zoologi Jabatan
Muzium Sarawak, Encik Ipoi Datan selaku Penolong Pengarah Arkeologi, Encik Zakaria
Bojeng selaku Penolong Pengarah Pameran dari Bahagian Pameran, Encik
III
Salihin selaku Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan, Puan Rahmah Enche Yusop dan
Encik Paul Phang Joon Mui. Terima kasih kerana memberi kerjasama, sudi memberi
maklumat dan memberi tunjuk ajar kepada saya untuk membuat kajian ini.
Seterusnya sekalung terima kasih kepada orang kuat di belakang saya yang banyak
memberikan dorongan dan sokongan untuk saya terus berusaha mengakhiri penyelidikan
ini. Mereka yang dimaksudkan ialah ahli keluarga terutamanya pada ibu bapa saya serta
rakan-rakan saya.
Akhir sekali, terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu saya menjalankan penyelidikan tahun akhir ini. Tanpa mereka
semua, sudah pasti penyelidikan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya. Terima kasih.
IV
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Pengakuan I
Penghargaan II - III
Isi Kandungan IV - XI
Abstrak XII
Abstract XIII
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Sejarah Sarawak 1 - 7
1.1.2 Sejarah Kuching 8 - 14
1.1.3 Penghijrahan Orang Cina Ke Kuching 15- 17
1.1.4 Sejarah Penubuhan JabatanMuzium Sarawak 18- 20
1.1.5 Carta Organisasi Jabatan Muzium Sarawak 21- 23
1.1.6 Sejarah Penubuhan Muzium Sejarah Cina 24- 28
1.2 Definisi 29- 31
1.3 Objektif Kajian 32- 33
1.4 Hipotesis 34
1.5 Skop Kajian 35
1.6 Permasalahan Kajian 36- 37
V
1.7 Kepentingan Kajian 38- 39
1.8 Kesimpulan 40
BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN
2. 1 Pengenalan 41-42
2.2 Kaitan Muzium Dari Segi Maksud 42- 43
2.3 Moore,K, (1997). Persatuan Muzium. United Kingdom, 1984. 44
2.4 Kevin Moore, (1999). Management In Museums. London: The
Athlone Press. 45
2.5 Kaitan Muzium Dengan Pembelajaran 46
2.6 Kaitan Muzium Dari Segi Budaya 47
2.7 Timonthy Ambrose, (1987). Managing New Museums: A Guide To
Good Practice.British: Scottish Museums Council County House 20-22
Torphichen Street. 48- 52
2.8 Chang, P. F. (1999). Legends and History of Sarawak. Sarawak:
Lee Ming Press Co 52- 54
2.9 Ensimal. (1993). Sarawak 30 Tahun Merdeka: Cemerlang Dalam
Politik Pembangunan. Kuala Lumpur 55- 57
2.10 Jacqueline Palmer. (1954). Going To Museums. London: Phoenix
House Ltd. 58- 60
VI
2.11 Sejarah Bangunan: Muzium Sejarah Cina Kuching [pamplet].
Sarawak: Jabatan Muzium. 61- 63
2.12 Muzium Sarawak. Sejarah, Peranan dan Perkembangannya.
Sarawak: Jabatan Muzium Sarawak. 64- 65
2.13 Lee , Y. L. (1964). The Chinese In Sarawak. The Sarawak Museum
Journal, vol. xl Nos. 23-24. 516-512 66- 68
2.14 James C. Jackson, M. A, Ph. D. (1976). Sarawak: Penduduk
Dan Petempatan. London: Universiti of London Press Ltd. St
Paul’s House, Warwick Lane. 69- 72
2.15 Lee, Y. L. (1970). Population and Settlement In Sarawak.
Singapure: Asia Pacific Press Pte Ltd. 73- 75
2.16 Tan, C. Y. Sejarah Orang Cina di Kuching 1840-1860. Sarawak. 76- 78
2.17 Sarawak Museum. (1995). Historical Buildings, Monuments And
Sites in Sarawak. Sarawak: Jabatan Muzium Sarawak 79- 80
2.18 Kesimpulan 81
VII
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 82- 83
3.2 Lokasi Kajian 84
3.3 Sumber Data 85- 86
3.3.1 Data Primer 87- 88
3.3.2 Data Sekunder 89- 90
3.4 Populasi 91- 93
3.5 Instrumen Kajian 94- 95
3.6 Limitasi Kajian 96- 97
3.7 Rumusan dan Kesimpulan 98
VIII
BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 99- 100
4.2 Analisa Temuramah dengan Encik Tazuddin Mohtar.
4.2.1 Sejarah Penubuhan Bangunan Muzium Sejarah Cina 101-102
4.2.2 Tujuan Penubuhan Muzium Sejarah Cina. 103-106
4.2.3 Asal-usul penubuhan Muzium Sejarah Cina. 107-113
4.2.4 Misi Muzium Sejarah Cina. 114
4.2.5 Analisa Penaungan Muzium Sejarah Cina. 115-116
4.2.6 Analisa Idea Penubuhan Muzium Sejarah Cina. 117-118
4.2.7 Analisa Data Berkaitan Dengan Penglibatan Masyarakat Cina
Dan Persatuan Cina Dalam Membangunkan Muzium Sejarah
Cina. 119-121
4.2.8 Analisa Adakah Jabatan Muzium Sarawak Menghadapi
Cabaran Dalam Mendapatkan Bahan Pameran. 122-123
4.2.9 Analisa Cabaran Yang Dihadapi Oleh Jabatan Muzium
Sarawak Dalam Membangunkan Muzium Sejarah Cina. 124- 126
4.2.10 Analisa Cabaran Lain Yang Dihadapi Oleh Jabatan
Muzium Sarawak Dalam Membangunkan Muzium
Sejarah Cina. 127- 130
4.2.11 Analisa Adakah Masalah Budjet Dan Lokasi Menjadi
Cabaran Kepada Muzium Sejarah Cina. 131- 132
IX
4.2.12 Analisa Adakah Jabatan Muzium Sarawak Mempunyai
Pakar Sendiri Atau Mengupah Juru Perunding Dalam
Membangunkan Muzium Sejarah Cina. 133-135
4.2.13 Analisa Sumbangan Yang Diberikan Oleh Masyrakat
Cina Dan Persatuan Cina Terhadap Muzium Sejarah
Cina Di Kuching Sarawak. 136-138
4.2.14 Analisa Bagaimana Muzium Sejarah Cina Memain
Peranan Dalam Mewujudkan Masyarakat Yang Berbilang
Kaum Di Kuching. 139-141
4.3 Kesimpulan 142-143
X
BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 144- 145
5.2 Rumusan 146 -148
5.3 Cadangan
5.3.1 Mewujudkan Polisi Untuk Mencari Penaung. 149-151
5.3.2 Masyarakat Cina Harus Memberikan Kerjasama Dan
Sokongan Yang Lebih Banyak Terhadap Muzium
Sejarah Cina. 152-153
5.3.3 Mendapatkan Lebih Banyak Sumbangan Bahan
Pameran. 154-155
5.3.4 Mendapatkan Bangunan Yang Lebih Besar dan Koleksi
Yang Menyeluruh dan Mantap 156-158
5.4 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang 159
5.5 Kesimpulan 160-161
XI
Bibliografi
Lampiran 1
Lampiran 2
XII
ABSTRAK
Muzium Sejarah Cina merupakan sebuah muzium yang memainkan peranan penting dalam
pengumpulan sejarah, asal-usul masyarakat Cina serta lambang sosiobudaya masyarakat Cina
di Sarawak. Kajian ini adalah untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh penaung serta
sumbangan yang diberikan dalam membangunkan Muzium Sejarah Cina di Kuching Sarawak.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan sama ada penglibatan penaung dalam
Muzium Sejarah Cina.
XIII
ABSTRACT
The Chinese History Museum plays an important role in the collection of information on the
history, origins and culture of the Chinese Community in Sarawak. This research aims to study
and understand the Challenges faced by donors and patrons in their efforts to establish the
Chinese History Museum in Kuching, Sarawak.
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Dalam bab ini pengkaji akan menerangkan tajuk penyelidikan yang
dikaji oleh pengkaji. Pengkaji akan membuat kajian tentang cabaran penaungan
dan sumbangan dalam membangunkan Muzium Sejarah Cina di Kuching
Sarawak. Dalam kajian tersebut pengkaji akan mengkaji samada Muzium
Sejarah Cina ada penaung atau sebaliknya. Selepas membuat penyelidikan
menurut Encik Tazuddin Mohtar menyatakan bahawa Muzium Sejarah Cina
tidak ada penaung. Muzium Sejarah Cina cuma ada penaja dan ia di bawah
jagaan Jabatan Muzium Sarawak.
1.1.1 SEJARAH SARAWAK
Setiap negeri mesti adanya sejarah tersendiri. Begitu juga dengan
negeri Sarawak. Sejarah awal Negeri Sarawak tidak dapat dipastikan dengan
lebih tepat tetapi dari catatan-catatan yang ada, negeri di sebelah utara Pulau
Borneo sudah menjadi tempat persinggahan bagi pedagang dari luar sejak kira-
kira 1,200 tahun lalu.
Pedagang-pedagang dari India dan China telah bersinggah dan
berdagang di kawasan ini dengan membawa barangan mereka seperti sutera,
2
alat tembikar, minyak dan lain-lain barangan untuk membuat pertukaran
dengan barang-barang dari Sarawak seperti tanduk badak, telur penyu, sarang
burung, kapur barus dan hasil-hasil hutan.
Delta sungai Sarawak terus menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari
India dan China hingga pada abad ke-13. Agama Islam telah bertapak di
kawasan Sarawak dengan melalui pedagang-pedagang dan Sarawak juga telah
menjadi tumpuan persinggahan bagi pedagang-pedagang asing yang datang ke
rantau sebelah sini.
Kedudukan yang penting pada ketika itu telah menjadi tumpuan
pengembara Eropah sehinggalah kedatangan James Brooke seorang berbangsa
Inggeris pada 11 Ogos 1839 di Kuala Sarawak dan kini dikenali sebagai
Santubong. Kedatangan James Brooke di Sarawak untuk menemui Sultan
Brunei kerana pada ketika itu Sarawak adalah di bawah kekuasaan
Kesultanan Brunei.
( Sila rujuk kepada gambar 1). Bantuan James Brooke kepada Raja Muda
Hashim telah menyebabkan Inggeris dapat bertapak di Sarawak dengan
perjanjian Sultan Brunei menjadikan Brooke sebagai “Raja” dan diberikan
kawasan seluas 18,00 kilometer persegi dari Tanjung Datu hinggalah ke
Sungai Samarahan. (Sila rujuk kepada gambar 2). Maka, dengan perjanjian itu
James Brooke dari England pun telah menjadi Raja di Sarawak.
3
Selama hampir suku abad James Brooke dan orang-orangnya
berhempas pulas untuk mnghapuskan lanun di laut dan kegiatan memotong
kepala tetapi kegiatan memotong kepala tidak dapat dihapuskan sama sekali
hinggalah abad ke-19 ianya masih wujud pada masa tersebut.
Pada usia 60 tahun, James Brooke telah pulang ke England pada
tahun 1868 dan Sarawak telah diserahkan kepada Charles Anthoni Johnson
iaitu anak saudara James Brooke dan Sarawak disahkan dalam kawasan
jajahan dan lindungan daripada British pada 1888. (Sila rujuk kepada gambar
3).
Pada 1917 tempat Charles Anthoni Johnson Brooke telah diganti oleh
Charles Vyner Brooke yang merupakan orang terakhir dari dinasti Raja Brooke
di Sarawak. (Sila rujuk kepada gambar 4). Dalam tahun 1941, perlembangaan
baru telah dirangka oleh Raja Brooke ke-3 untuk menamatkan kuasanya bagi
memberi laluan untuk negeri Sarawak berdiri sendiri tetapi tidak dapat
dilaksanakan kerana berlakunya Perang Dunia ke-2 dan Jepun telah menduduki
Sarawak.
Apabila Jepun menyerah kalah kepada Inggeris, Charles Vyner
Brooke pulang semula ke Sarawak dan dalam tahun 1946 bila Brooke
meninggal dunia Sarawak menjadi satu lagi tanah jajahan Inggeris.
4
Penyerahan kuasa kepada pihak berkuasa di London telah
menyebabkan kemarahan kepada anak tempatan Sarawak dan bantahan terbuka
oleh Kesatuan Kebangsaan Melayu menjadikan penganjuran tunjuk perasaan
memprotes penyerahan Sarawak sebagai jajahan Inggeris oleh Raja brooke.
Tindakan tersebut telah melanggar perlembagaan tanpa berunding terlebih
dahulu.
Anak-anak pribumi tidak setuju negerinya dijadikan jajahan takluk
Inggeris dan semangat kebangsaan tumbuh sedikit demi sedikit untuk
mengetepikan kuasa penjajah Inggeris. Semangat inilah telah mengubah aliran
sejarah Sarawak bila negeri itu mencapai kemerdekaan dan menjadikan negara
berdaulat. (Sumber: Sarawak 30 tahun Merdeka, m/s 1-8)
5
Gambar 1
Rajah Pemerintah Brooke Pertama - James Brooke.
6
Gambar 2
Rajah Pemerintah Booke Yang Kedua – Charles Brooke.
Gambar 2a: Gambar Charles Brooke Yang Terdapat Dalam Kertas
Wang.
7
Gambar 3
Rajah Pemerintah Brooke Yang Ketiga – Charles Vyner Brooke.
Gambar 3a Gambar 3b
Wajah Charles Vyner Brooke “Tea Party Hosted For Charles
dalam “Postage” Vyner Brooke”
8
1.1.2 SEJARAH KUCHING
Pada peringkat awal nama bagi Bandar Kuching ialah “Sarawak”
yang berasal dari nama Sungai Sarawak. Nama “Sarawak” ditukar kepada
Kuching pada tahun 1872 dengan bermaksud kucing dalam bahasa Melayu.
Menurut buku yang lain menyatakan bahawa “Kuching was known as
Sarawak, a hundred and fifty years ago. Then the word, Proper, was added
to Sarawak, thus Sarawak Proper, so as to distinguish it from the larger
Sarawak which, in 1841, consisted of only the area between Tanjung Datu and
the Samarahan River. History has it that Kuching was so - named after a
tidal stream called Sungai Kuching or Cat River that ran between the
Chinese Chamber of Commerce and the Tua Pek Kong Temple. Believed to
be a wild cat’s haunt, Sungai Kuching also happened to be in the Bukit
Mata Kuching area where there was an abundance of a local fruit, Mata
Kuching or cat’s eyes. . (Sumber: A Brief History Of Kuching, m/s 3).
Jarak di antara Bandar Kuching dengan Muara Sungai Sarawak
(Kuala Tebas) ialah 20 batu. Kuching diasaskan oleh Pengiran Mahkota pada
awal abad ke-19. (Sumber: Population and Settlement In Sarawak, m/s 226).
Ibu negeri ini terletak di kedua-dua belah tebing sungai Sarawak di mana
bukti-bukti kecil muncul dari kawasan paya dikelilingnya dan kira-kira lapan
belas batu dari laut, ia adalah bandar yang lama. Bila James Brooke tiba di
Kuching, Kuching hanya merupakan satu tempat yang mempunyai beberapa
buah rumah kayu beratap nipah sahaja dan penduduknya mungkin dalam