Cabaran transformasi agenda pendidikan negara

1
Cabaran transformasi agenda pendidikannegara ABDUL SAID AMBOTANG Bersama Mohd Yusof Abdullah, Baharom Mohamad, Shukri Zain, Muhamad Suhaimi That dan Roslee TaBp J1JThM pendidikan merupakan o___' _' Z, ' . C. O 1-5 a _t . asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Sebagai sebuah negarayang berkembang pesat dalam pelbagai aspekpembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek pendidikan. Ini juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan antarabangsa. Dalam tempoh beberapadekad, pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan demi perubahan dan setiap perubahan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Selepas Kemerdekaan, Malaysia terus melangkahuntuk membina sistem pendidikan negara yang beracuankan negara Malaysia. Misi dan matlamat dibina adalah jelas untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat, masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahanyang tinggi dan memandang jauh ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Justeru, bertunjangkan kepada elemen tersebut sistempendidikan di negara kita memerlukan satu lonjakan transformasi yang mampan bagi merealisasikan dasar pendidikan negara dalam usaha menjadi sebuah negara maju mengikut acuannya sendiri. Pada abad ke -21, Malaysia menghadapi pelbagaicabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Oleh itu, cabaran negara dalam sistempendidikan adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Kesannya, cabaran ini telah mendorong negarauntuk membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-Worker, celik dan mahir dalam ICT, yang mampu bersaing pada peringkat tempatan dan global serta memiliki jati diri yang tinggi. Perubahan yang amat hebat dan pantas telah menyebabkan sistem pendidikan di Malaysia dalam abad ke-21 turut berubah selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Namun demikian, perubahan yang berlaku seharusnya tidak bertentangandengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersatu I padu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara dan memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara (JamilAhmad, 2008). Selain itu cabaran terbesaryang negara hadapi dalam sistem pendidikan ialah cabaran dalam menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti dan berpengetahuan luas untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dan selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang ingin meningkatkan perindustrian yang maju sepenuhnyamenjelang tahun 2020. Bagi menyahut cabaran Wawasan 2020, tenaga pengajar harus menyiapkan diri selaras dengan perubahan sistempendidikan negara dengan mengembangkan profesionalisme perguruanyang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya,mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Oleh itu, pendidikan guru perlu direformasikan bagi menyediakan guru- guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif. Dalam masayang saina, sistem pendidikan negara juga berhadapan dengan cabaran menyediakan kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum sekolah yang bersesuaian dengan arus perubahan dunia. pendidikan. Pengisian dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum menjadi penentu kepada perkembangan konten dan jati diri pelajar. Perkembangan dunia tanpa sempadan telah mewujudkan pelbagai masalah sosial. Hal ini kerana pelajar terdedah dengan pelbagai maklumat sama ada dari media elektronik atau media cetak. Mereka juga secara luas terdedah kepada akses maklumat daripada kemudahan internet. Namun sangat membimbangkan kemudahan internet didapati lebih cenderung mendorong pelajar untuk akses kepada pelbagai bentuk hiburan yang negatif dari luar negara dan amat terpengaruh dengan budaya barat. Oleh yang demikian perkembangan ini telah mendorong para perancang kurikulum dan ko-kurikulum pendidikan Malaysia untuk menyemak semula tahap keberkesanan kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum sekolahuntuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh tersebut. Di samping itu, industri pendidikan negara juga berhadapan dengan cabaran dalam menguruskan pendidikan di sekolah. Seining dengan era digital yang semakin menular, negara telah melancarkan Sekolah Bestart. Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Pengurusan sekolah lebih tertumpu kepada aspekteknologi dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini telah mendorong pihak sekolah untuk nienyediakan kemudahan ICT yang mencukupi dan mempunyai pelbagai capaian seperti internet, kamera digital, pengimbas dan aplikasi Microsoft Office. Kemudahan ini secara tidak langsung memudahkan guru dan pelajar untuk belajar membina carta, melakukan persembahanmultimedia, menyiapkan lembaran kerja, menyisipkan data dan sebagainya. Namun demikian, perlu disedari program pembestarian sekolahmemerlukan guru yang profesional, bersahsiah baik, bermotivasi, kreatif dan inovatif, menguasai kaedah pengajaran dan berkemahiran dalam bidang ICT untuk mencapai matlamat penubuhan sekolah bestari. Secara kesimpulannya perkembanganpendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak cabaran transformasi, terutamanya sejak zaman penjajahan hinggalah zamanselepas merdeka. Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar negara yang sentiasa ditambahbaik bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat pada masaakan datang.Namun, walaupun banyak perubahanyang telah dilakukan, kelemahan yang masih lagi wujud perlu diambil serius oleh pihak yang berkenaan untuk menyelesaikannya dengan langkah segera. * Penulis adalah Pensyarah Kanan di Sekolah Pendidikan danPembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabahdandapat dihubungi melalui solat5@yahoo. corn.

Transcript of Cabaran transformasi agenda pendidikan negara

Page 1: Cabaran transformasi agenda pendidikan negara

Cabaran transformasi agenda pendidikan negara

ABDUL SAID AMBOTANG Bersama Mohd Yusof Abdullah,

Baharom Mohamad, Shukri Zain, Muhamad Suhaimi That dan Roslee TaBp

J1JThM pendidikan merupakan o___'

_' Z, ' . C. O 1-5 a _t

.

asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam pelbagai aspek pembangunan,

sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek pendidikan. Ini juga

merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan antarabangsa.

Dalam tempoh beberapa dekad, pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan demi perubahan dan setiap perubahan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Selepas Kemerdekaan, Malaysia terus melangkah untuk membina sistem pendidikan negara yang beracuankan negara Malaysia. Misi dan matlamat dibina adalah jelas untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat, masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Justeru, bertunjangkan kepada elemen tersebut sistem pendidikan di negara kita memerlukan satu lonjakan transformasi yang mampan bagi merealisasikan dasar pendidikan negara dalam usaha menjadi sebuah negara maju mengikut acuannya sendiri.

Pada abad ke -21, Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Oleh itu, cabaran negara dalam sistem pendidikan adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Kesannya, cabaran ini telah mendorong negara untuk membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-Worker, celik dan mahir dalam ICT, yang mampu bersaing pada peringkat tempatan dan global serta memiliki jati diri yang tinggi. Perubahan yang amat hebat dan pantas telah menyebabkan sistem pendidikan di Malaysia dalam abad ke-21 turut berubah selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Namun demikian, perubahan yang berlaku seharusnya tidak bertentangan dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersatu

I

padu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara dan memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara (Jamil Ahmad, 2008).

Selain itu cabaran terbesar yang negara hadapi dalam sistem pendidikan ialah cabaran dalam menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti dan berpengetahuan luas untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dan selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang ingin meningkatkan perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Bagi menyahut cabaran Wawasan 2020, tenaga pengajar harus menyiapkan diri selaras dengan perubahan sistem pendidikan negara dengan mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Oleh itu, pendidikan guru perlu direformasikan bagi menyediakan guru- guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif.

Dalam masa yang saina, sistem pendidikan negara juga berhadapan dengan cabaran menyediakan kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum sekolah yang bersesuaian dengan arus perubahan dunia. pendidikan. Pengisian dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum menjadi penentu kepada perkembangan konten dan jati diri pelajar. Perkembangan dunia tanpa sempadan telah mewujudkan pelbagai masalah sosial. Hal ini kerana pelajar terdedah dengan pelbagai maklumat sama ada dari media elektronik atau media cetak. Mereka juga secara luas terdedah kepada akses maklumat daripada kemudahan internet. Namun sangat membimbangkan kemudahan internet didapati lebih cenderung mendorong pelajar untuk akses kepada pelbagai bentuk hiburan yang negatif dari luar negara dan amat terpengaruh dengan budaya barat. Oleh yang demikian perkembangan ini telah mendorong para perancang kurikulum dan ko-kurikulum pendidikan Malaysia untuk menyemak semula tahap keberkesanan kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh tersebut.

Di samping itu, industri pendidikan negara juga berhadapan dengan cabaran dalam menguruskan pendidikan di sekolah. Seining dengan era digital yang semakin menular, negara telah melancarkan Sekolah Bestart. Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Pengurusan sekolah lebih tertumpu kepada aspek teknologi dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini telah mendorong pihak sekolah untuk nienyediakan kemudahan ICT yang mencukupi dan mempunyai pelbagai capaian seperti internet, kamera digital, pengimbas dan aplikasi Microsoft Office. Kemudahan ini secara tidak langsung memudahkan guru dan pelajar untuk belajar membina carta, melakukan persembahan multimedia, menyiapkan lembaran kerja, menyisipkan data dan sebagainya. Namun demikian, perlu disedari program pembestarian sekolah memerlukan guru yang profesional, bersahsiah baik, bermotivasi, kreatif dan inovatif, menguasai kaedah pengajaran dan berkemahiran dalam bidang ICT untuk mencapai matlamat penubuhan sekolah bestari.

Secara kesimpulannya perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak cabaran transformasi, terutamanya sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar negara yang sentiasa ditambahbaik bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat pada masa akan datang. Namun, walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan, kelemahan yang masih lagi wujud perlu diambil serius oleh pihak yang berkenaan untuk menyelesaikannya dengan langkah segera. * Penulis adalah Pensyarah Kanan di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah dan dapat dihubungi melalui solat5@yahoo. corn.