Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti...

48
i Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC Malaysia

Transcript of Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti...

Page 1: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

i

Cadangan Garis

Panduan Pembangunan

MOOC Malaysia

Page 2: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

ii

Cadangan Garis Panduan Pembangunan

MOOC Malaysia

ms

Kandungan

1. Pengenalan 1

1.1 MOOC Malaysia 2

1.2 Platform MOOC Malaysia 2

1.2.1 Platform Antarabangsa 2

1.2.2 Platform Kebangsaan 2

1.3 Jenis Kursus 3

1.3.1 Kursus Umum 3

1.3.2 Kursus Tujahan (Nic) 3

1.3.3. Kursus Kemahiran 4

1.4 Tempoh Kursus 4

2. Proses Reka Bentuk Umum 5

2.1 Logo 6

2.2 Reka Bentuk Landing Page 6

2.2.1 Paparan Utama 6

2.2.2 Pengenalan Kursus (dalam bentuk Video) 6

2.2.3 Sinopsis Kursus 7

2.2.4 Silibus Kursus 7

2.2.5 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) 8

2.2.6 Pengetahuan Prasyarat 9

2.2.7 Format Pengendalian Kursus 9

2.2.8 Maklumat Instruktor 10

2.2.9 Tarikh Mula dan Tempoh Kursus 10

2.2.10 Soalan-soalan Lazim (FAQ) 10

2.2.11 Kata nama dan Kata laluan 11

2.2.12 Pengumuman 11

2.3 Reka Bentuk dan Susun Atur Laman

Kandungan Kursus (Content Page) 12

2.3.1 Susun Atur Butiran Pembelajaran 12

2.3.2 Reka Bentuk Laman Kandungan 13

2.3.3 Kandungan 14

2.3.4 Pentaksiran 14

2.3.5 Aktiviti Pembelajaran 15

2.3.6 Bacaan/Rujukan Tambahan 15

Page 3: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

iii

3. Amalan Pembangunan MOOC 17

3.1 Urutan Pembangunan 18

3.2 Reka Bentuk 19

3.3 Aspek-aspek Reka Bentuk Lain 20

3.4 Kurikulum Kursus 21

3.4.1 Pemetaan CLO/TLO/Aktiviti/Pentaksiran 21

3.5 Peranan Ahli Pasukan MOOC 23

3.6 Pembangunan Bahan Kursus 24

3.7 Kandungan dalam Bentuk Lain 27

3.8 Pembangunan Aktiviti 27

3.8.1 Perbincangan di Papan Forum 27

3.8.2 Wiki 27

3.8.3 Dokumen Kongsi Sama 27

3.8.4 Bahan Bacaan 28

3.9 Pentaksiran 28

3.9.1 Formatif dan Sumatif 28

3.9.2 Jenis Pentaksiran 28

3.9.3 Pentaksiran Rakan Sebaya 29

3.9.4 Penggredan dan Laporan 29

3.10 Jaminan Kualiti 29

3.10.1 Garis Masa (Timeline) 30

3.10.2 Ujian Rintis 31

3.11 Hakcipta 31

3.12 Pengiktirafan (Persetaraan Pembangunan

e-Kandungan dan Penerbitan) 31

4. AMALAN PENYAMPAIAN 32

4.1 Pengumuman 33

4.2 Strategi Pelaksanaan Pengajaran 33

4.2.1 Pembelajaran Teradun (untuk kursus sepunya) 34

4.2.2 Atas Talian Sepenuhnya

(untuk kursus nic dan sepanjang hayat/kemahiran) 34

4.3 Kolaborasi Rakan Sekursus 35

4.4 Kewujudan Komuniti Pelajar 35

4.5 Moderasi Forum 36

Page 4: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

iv

4.6 Penggredan 36

4.7 Pengumuman Pencapaian Penamatan Kursus 37

4.8 Penawaran Semula Kursus 37

4.9 Garis Panduan Pelajar 37

5. PEMINDAHAN KREDIT 38

5.1 Pengenalan 39

5.2 Mekanisme I: Pemindahan Kredit antara UA Malaysia 39

5.2.1 Jenis Kursus 39

5.2.2 Pelajar 39

5.2.3 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) 40

5.2.4 Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian 40

5.2.5 Pentaksiran 40

5.2.6 Kelulusan Pemindahan Kredit 40

5.3 Mekanisme II: Pemindahan Kredit 41

daripada Platform Antarabangsa

6. GLOSARI 42

Page 5: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

1

1. PENGENALAN

Page 6: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

2

1. PENGENALAN

Selaras dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan

Tinggi) 2015-2025 [PPPM (PT)], Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia disarankan untuk

melonjakkan pembelajaran atas talian ke tahap global (Lonjakan Kesembilan). Ini

bertujuan untuk meluaskan akses pendidikan, meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran, mengurangkan kos penyampaian dan menonjolkan IPT Malaysia di

arena antarabangsa di samping memupuk pembelajaran sepanjang hayat

khususnya dalam kalangan warga Malaysia.

Seiring dengan agenda nasional ini, pendekatan yang dicadangkan dalam PPPM

(PT) adalah melalui penawaran Massive Open Online Course (MOOC) di setiap IPT di

Malaysia. Ini dapat menyediakan sistem penyampaian kursus yang cekap,

meningkatkan kecemerlangan IPT dalam bidang tujahan dan kepakaran dan

seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hub perdana pendidikan.

Tujuan garis panduan ini adalah untuk dijadikan rujukan oleh setiap IPT dalam

membangunkan dan menawarkan MOOC masing-masing. Dalam masa yang sama,

garis panduan ini memberi maklumat tentang proses pembangunan untuk tujuan

menyeragamkan pembangunan MOOC Malaysia antara IPT dan

menyampaikannya secara berkesan.

1.1 MOOC Malaysia

MOOC Malaysia merupakan MOOC yang dibangunkan oleh setiap institusi

pengajian tinggi di Malaysia dan Pusat e-Pembelajaran Negara (NeLC) bertindak

sebagai urus setia untuk memastikan MOOC yang dibangunkan mematuhi garis

panduan ini. Kursus yang dipilih terdiri daripada program akademik sedia ada dan

kursus lain yang disesuaikan di bawah IPT masing-masing.

1.2 Platform MOOC Malaysia

1.2.1 Platform antarabangsa

i. IPT perlu menawarkan MOOC Malaysia di platform yang telah ditetapkan

oleh KPT.

ii. IPT melalui NeLC perlu merancang untuk menawarkan kursus terpilih

MOOC Malaysia di platform antarabangsa terkemuka yang lain untuk

tujuan keterlihatan dan juga penjenamaan.

Page 7: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

3

1.2.2 Platform Kebangsaan

i. Satu platform kebangsaan akan disediakan oleh NeLC dan IPT perlu

bersedia untuk menguruskan MOOC Malaysia di platform tersebut.

1.3 Jenis Kursus

i. MOOC Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 jenis kursus seperti berikut:

a. Kursus umum

b. Kursus tujahan (nic)

c. Kursus kemahiran

ii. Setiap institusi boleh membangunkan dan menawarkan kursus dalam

mana-mana kategori di atas.

iii. Hanya kursus yang telah diluluskan oleh NeLC sahaja boleh dibangunkan

oleh institusi dan seterusnya ditawarkan dalam platform MOOC Malaysia.

1.3.1 Kursus Umum

i. Kursus umum ialah kursus sepunya yang ditawarkan di semua institusi

pengajian tinggi di Malaysia. Contohnya: Tamadun Islam dan Tamadun

Asia (TITAS), Keusahawanan, Hubungan Etnik dan lain-lain.

ii. Pembangunan kursus umum ini perlu diselaraskan oleh Jawatankuasa

Kursus Umum di peringkat NeLC dan pembangunan kandungan perlulah

mendapat input daripada semua penyelaras IPT Malaysia serta

dipersetujui bersama.

iii. Penyampaian kursus umum ini dipertanggungjawabkan atau diterajui

oleh sebuah IPT sahaja, iaitu IPT yang membangunkan kursus tersebut.

iv. Latihan untuk pengajar kursus ini dijalankan dan diselaraskan oleh AKEPT.

1.3.2 Kursus Tujahan (Nic)

i. Kursus tujahan merujuk pada bidang tujahan IPT yang tersenarai di

Jabatan Pengajian Tinggi (JPT). Bidang tujahan universiti awam (UA)

adalah seperti di Lampiran I.

ii. Sebagai contoh, kursus tujahan bagi Universiti Malaya ialah Life Sciences

& Medicine, Engineering & Physical Science dan Islamic & Social Sciences

manakala kursus tujahan Universiti Sains Malaysia ialah Environmental

Sciences, Engineering & Technology dan Life & Health Sciences.

Page 8: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

4

1.3.3 Kursus Kemahiran

i. Kursus kemahiran ialah kursus untuk pembelajaran sepanjang hayat dan

pembangunan profesional.

ii. Contoh kursus kemahiran adalah seperti kursus bahasa arab, kursus

pengurusan masa dan lain-lain.

1.4 Tempoh Kursus

i. Secara purata, satu kursus MOOC berlangsung antara minimum 6

minggu dan maksimum 14 minggu dan kursus ini lazimnya berasaskan

sekurang-kurangnya tiga Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning

Objective - CLO).

ii. Tempoh penglibatan atau jam pembelajaran pelajar (Student Learning

Time - SLT) ialah 10 jam seminggu menjadikan minimum 60 jam dan

maksimum 140 jam untuk satu-satu kursus. Maklumat ini perlu dinyatakan

di awal kursus.

iii. Tarikh enrolmen bagi satu-satu kursus perlu diumumkan di laman

pengenalan kursus.

iv. Bagi kursus yang mempunyai tarikh enrolmen, kursus tersebut mestilah

boleh diakses oleh pelajar yang telah berdaftar sebelum ini.

Page 9: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

5

2. PROSES REKA BENTUK UMUM

Page 10: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

6

2. PROSES REKA BENTUK UMUM

Pembangunan MOOC memerlukan perancangan yang rapi. Reka bentuk dan

pelaksanaan aktiviti yang dirancang merupakan antara faktor yang perlu

dititikberatkan oleh pembangun.

MOOC membawa keterlihatan IPT ke peringkat global. Pelajar yang mendaftar

MOOC pula adalah pelajar yang pelbagai (umur, budaya, latar belakang akademik

dan lain-lain). Justeru, reka bentuk yang bersesuaian adalah penting untuk pelajar

melayari bahan pembelajaran dan belajar dengan berkesan serta mencapai hasil

pembelajaran kursus.

2.1 Logo

i. 3 logo wajib iaitu logo IPT, logo KPT dan logo MOOC Malaysia akan

diletakkan di landing page utama. Landing page kursus hanya

mengandungi logo IPT sahaja.

2.2 Reka Bentuk Landing Page

2.2.1 Paparan Utama

i. Laman utama kursus perlu mengandungi maklumat kursus secara

terperinci. Maklumat yang perlu adalah seperti berikut:

i. Pengenalan Kursus (dalam bentuk video)

ii. Sinopsis Kursus

iii. Silibus Kursus

iv. Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)

v. Pengetahuan Prasyarat

vi. Format Pengendalian Kursus

vii. Maklumat Instruktor

viii. Tarikh Mula dan Tempoh Kursus

ix. Soalan-soalan Lazim (FAQ)

x. Pengumuman

2.2.2 Pengenalan Kursus (dalam bentuk video)

i. Video pengenalan perlu disediakan bagi setiap kursus untuk memberi

pengenalan dan maklumat ringkas mengenai kursus.

ii. Video ini merupakan bahan promosi utama bagi kursus.

Page 11: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

7

iii. Sebaik-baiknya, sebahagian daripada kandungan video menunjukkan

klip yang relevan dengan kursus (misalnya, kilang pemprosesan

makanan, perbicaraan di mahkamah dan lain-lain).

iv. Durasi ideal video ini adalah lebih kurang 3 minit.

2.2.3 Sinopsis Kursus

i. Setiap kursus perlu menyediakan sinopsis yang panjangnya 100 - 200

patah perkataan.

ii. Sinopsis mengandungi maklumat am mengenai kandungan kursus,

format penyampaian dan hasil pembelajaran kursus yang akan

diperoleh pelajar.

2.2.4 Silibus Kursus

i. Silibus kursus memberi maklumat terperinci mengenai kursus termasuk

semua topik yang diliputi.

ii. Ia juga memberi struktur organisasi keseluruhan kandungan kursus,

termasuk semua aktiviti pembelajaran dan pentaksiran.

iii. Contoh landing page adalah seperti di Rajah 1.

Page 12: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

8

Rajah 1. Contoh landing page

2.2.5 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)

i. Laman utama perlu menyatakan hasil pembelajaran kursus (CLO)

supaya pelajar mengetahui ilmu, kemahiran dan nilai (kemahiran

insaniah) yang bakal mereka peroleh.

ii. Dalam menulis hasil pembelajaran kursus, pertimbangkan bahawa

pelajar adalah pelajar yang pelbagai dari aspek pengetahuan latar

belakang, etnik, budaya dan lain-lain.

iii. Aspek yang perlu dipertimbangkan dalam menulis hasil pembelajaran

kursus adalah set pengetahuan baru, kemahiran, fakta, konsep dan

prinsip baru yang bakal dipelajari.

Page 13: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

9

iv. CLO yang telah diluluskan di peringkat IPT perlu dikekalkan dalam MOOC

Malaysia.

v. Dalam menyatakan CLO, ayat perlu berada dalam bentuk kata kerja

seperti ”menjelaskan”, “menerangkan”, “mengira”, “menerapkan” dan

lain-lain.

vi. Contoh paparan sinopsis dan hasil pembelajaran kursus adalah seperti

dalam Rajah 2.

Rajah 2. Contoh paparan sinopsis dan hasil pembelajaran kursus

2.2.6 Pengetahuan Prasyarat

i. Sebarang keperluan pengetahuan prasyarat kursus perlu dinyatakan

dengan jelas.

ii. Pengetahuan prasyarat bertujuan untuk membantu pelajar mengetahui

pengetahuan sedia ada yang diperlukan untuk menyediakan diri dan

mengikuti kursus dengan berkesan.

2.2.7 Format Pengendalian Kursus

i. Format pengendalian kursus bergantung pada keperluan kursus, objek

pembelajaran dan hasil pembelajaran kursus.

ii. Lazimnya, format pengendalian kursus terdiri daripada penggunaan

video sebagai bahan pembelajaran utama dan disokong oleh

Page 14: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

10

penggunaan sidang video atas talian, alat kolaborasi dan kandungan

multimedia interaktif bagi pengukuhan kefahaman pelajar.

2.2.8 Maklumat Instruktor

i. Maklumat instruktor yang diperlukan termasuklah nama, gambar,

kelulusan akademik dan emel.

ii. Maklumat tambahan lain untuk menengahkan kecemerlangan

akademik instruktor seperti pengalaman mengajar, bidang kepakaran,

pengalaman industri, penyelidikan dan pembangunan perlu juga

diletakkan.

2.2.9 Tarikh Mula dan Tempoh Kursus

i. Setiap kursus perlu mempunyai tarikh mula, tarikh akhir dan juga tempoh

kursus.

ii. Pelajar diharapkan untuk terlibat dalam proses pembelajaran mengikut

tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

iii. Tarikh-tarikh utama seperti tarikh akhir penghantaran tugasan dan tarikh

pelaksanaan pentaksiran sumatif perlu dinyatakan.

2.2.10 Soalan-soalan Lazim (FAQ)

i. FAQ ialah senarai soalan lazim yang berkaitan dengan pelaksanaan

proses pembelajaran pelajar.

ii. Sebagai contoh, soalan lazim ini berkaitan dengan format kursus, kaedah

penyampaian, proses penggredan dan lain-lain.

iii. Soalan boleh ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

iv. Contoh format kursus dan FAQ adalah seperti di Rajah 3.

Page 15: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

11

Rajah 3. Contoh paparan format kursus dan FAQ

2.2.11 Kata nama dan kata laluan

i. Kata nama dan kata laluan akan dibekalkan kepada pelajar.

ii. Kata nama dan kata laluan ini adalah unik kepada pelajar dan tidak

boleh ditukar milik.

iii. Hanya pelajar yang mempunyai kata nama dan kata laluan yang unik

ini sahaja mempunyai akses kepada kursus.

2.2.12 Pengumuman

i. Setiap kursus perlu menyediakan ruang pengumuman.

ii. Ruang ini perlu untuk memaklumkan kepada pelajar tentang aktiviti yang

telah selesai dan merumuskan perkara yang telah dipelajari oleh pelajar.

iii. Ruang ini juga digunakan untuk memaklumkan kepada pelajar tentang

topik pembelajaran untuk minggu berikutnya.

Page 16: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

12

iv. Ruang ini juga boleh digunakan untuk mengingatkan pelajar tentang

aktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif,

kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh yang telah

ditetapkan.

2.3 Reka Bentuk dan Susun Atur Laman Kandungan Kursus (Content Page)

2.3.1 Susun atur butiran pembelajaran

i. Laman kandungan kursus untuk setiap topik perlu mengikut susun atur

pembelajaran seperti di Jadual 1.

Jadual 1. Susun atur butiran pembelajaran

Butiran Penerangan

Subtopik Satu-satu topik / subtopik /objek

pembelajaran yang dibangunkan.

Hasil Pembelajaran Topik Hasil pembelajaran topik yang diharapkan

apabila selesai pembelajaran untuk topik

tersebut.

Bahan Pembelajaran Bahan pembelajaran ialah bahan yang

digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan

pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Lazimnya bahan utama pembelajaran

adalah dalam bentuk video.

Bahan pembelajaran boleh juga disediakan

dalam format lain seperti kandungan

interaktif, e-book, web meeting, permainan,

bahan bacaan tambahan dan lain-lain.

Aktiviti Pembelajaran Aktiviti pembelajaran ialah aktiviti yang

dijalankan oleh pelajar bagi

memperkukuhkan pembelajaran.

Contoh aktiviti pembelajaran ialah

perbincangan secara segerak (synchronous)

dan tidak segerak (asynchronous).

Aktiviti lain seperti wiki, kuiz, kajian kes,

penyelesaian masalah dan penggunaan alat

web 2.0 yang lain boleh digunakan untuk

pembelajaran.

Page 17: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

13

2.3.2 Reka bentuk laman kandungan

i. Reka bentuk laman kandungan adalah seperti di Rajah 4.

ii. Laman kandungan perlu mengandungi butiran pembelajaran

termasuklah tajuk utama, objektif unit, bahan pembelajaran, bacaan

tambahan pentaksiran formatif, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran

sumatif.

Pentaksiran Pentaksiran ialah proses mentaksir

pencapaian pelajar.

Terdapat dua jenis pentaksiran iaitu

pentaksiran formatif dan sumatif. Rubrik

digunakan bagi mentaksir tugasan yang

diberikan.

Lazimnya, pentaksiran melibatkan kuiz (seperti

aneka pilihan, aneka jawapan, isi tempat

kosong, benar/salah) dan penggredan

dilaksanakan secara automatik.

Pentaksiran boleh dilaksanakan secara

pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan

fasilitator.

Bahan Rujukan

Tambahan

Bahan rujukan tambahan ialah bacaan

sampingan yang perlu digunakan oleh pelajar

untuk memperoleh pengetahuan tambahan

dalam perspektif yang berbeza.

Bahan-bahan ini boleh ditawarkan dalam

pelbagai format seperti video, ppt, doc, pdf,

html dan lain-lain.

Page 18: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

14

Rajah 4. Reka bentuk laman kandungan

2.3.3 Kandungan

i. Setiap topik perlu mempunyai beberapa kandungan dalam bentuk

video.

ii. Kandungan ini perlu disusun atur mengikut turutan pembelajaran.

iii. Kandungan juga boleh disediakan dalam bentuk pautan kepada video

repositori lain seperti YouTube, Vimeo dan lain-lain.

iv. Kandungan dalam format lain seperti ppt, doc, pdf, swf boleh juga

disediakan untuk memperkukuhkan lagi kandungan topik.

v. Pautan ke laman web lain juga digalakkan untuk membolehkan pelajar

memperoleh bahan kandungan yang sama tetapi dalam perspektif

yang berbeza.

2.3.4 Aktiviti Pembelajaran

i. Setiap topik perlu mempunyai pelbagai aktiviti pembelajaran. Aktiviti

pembelajaran ini juga boleh dijadikan sebahagian daripada

pentaksiran.

Page 19: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

15

ii. Lazimnya aktiviti pembelajaran utama adalah dalam bentuk

perbincangan di papan forum.

iii. Instruktor dan moderator perlu memainkan peranan masing-masing

untuk menghasilkan perbincangan yang menyumbang kepada

penjanaan pengetahuan pelajar dan membantu mencapai TLO.

2.3.5 Pentaksiran

i. Setiap topik perlu mempunyai pentaksiran formatif (dalam kandungan)

dan pentaksiran sumatif di akhir topik.

ii. Pentaksiran formatif boleh diletakkan dalam video (bahan pembelajaran

utama) atau secara berasingan.

iii. Pentaksiran formatif boleh disediakan dalam pelbagai bentuk, contoh

pentaksiran ialah kuiz (MCQ, fill in the blanks, drag and drop, matching,

rearranging, sequencing dan lain-lain), tugasan, jurnal refleksi, group wiki,

sudut refleksi dan lain-lain.

iv. Pentaksiran sumatif perlu disediakan di akhir setiap topik yang bertujuan

untuk menilai pengetahuan dan kemahiran yang telah dijana oleh

pelajar merujuk kepada TLO yang telah ditetapkan.

v. Lazimnya, soalan sumatif adalah dalam bentuk MCQ dengan

penggredan secara automatik oleh sistem. Gred yang diperoleh pelajar

perlu diambil kira dalam menilai prestasi mereka.

vi. Bilangan MCQ bergantung kepada kuantiti kandungan dan lazimnya

sesuatu topik mengandungi lebih daripada 15 MCQ.

vii. Penilaian rakan sebaya juga boleh digunakan untuk pentaksiran sumatif.

Gred pentaksiran perlu diambil kira dalam menilai prestasi keseluruhan

pelajar.

viii. Pentaksiran berasaskan aktiviti pembelajaran boleh juga dilakukan. Ini

berasaskan penglibatan pelajar dalam perbincangan merujuk pada

keaktifan mereka (bilangan posting), articulation of ideas, kesarjanaan

pengetahuan dan lain-lain.

Page 20: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

16

2.3.6 Bacaan Tambahan

i. Di akhir setiap topik, bacaan tambahan yang berkaitan dengan topik

tersebut perlu disediakan untuk pelajar.

ii. Bacaan tambahan perlulah sesuai untuk menyokong penjanaan

pengetahuan pelajar terhadap topik tersebut dan membantu dalam

mencapai topic learning outcome (TLO).

iii. Lazimnya, bacaan tambahan ini adalah dalam bentuk pautan ke

sumber atas talian yang berkaitan.

Page 21: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

17

3. AMALAN PEMBANGUNAN

MOOC

Page 22: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

18

3.0 AMALAN PEMBANGUNAN MOOC

Pembangunan MOOC perlu berdasarkan reka bentuk yang ditetapkan.

Pembangunan melibatkan kurikulum kursus, bahan kursus, bahan aktiviti, pentaksiran

kursus, jaminan kualiti dan hak cipta. Terdapat beberapa amalan yang perlu diberi

perhatian dalam proses pembangunan MOOC Malaysia. Ini adalah untuk

memastikan bahawa MOOC Malaysia yang dibangunkan mematuhi kriteria dan

garis panduan kualiti yang telah ditetapkan.

3.1 Urutan Pembangunan

i. Setiap pembangunan MOOC perlu mengikuti urutan tertentu.

ii. Lazimnya, urutan pembangunan MOOC mengikut carta alir seperti di

Rajah 5.

Kenal pasti topik/objektif kursus/silibus/hasil

pembelajaran kursus/pengetahuan

prasyarat/format kursus

Penyediaan bahan pembelajaran

(chunking ke dalam tajuk-tajuk tertentu)

Skrip dan storyboard

Pembangunan video & bahan pembelajaran

Penyuntingan video & bahan pembelajaran

Pembangunan aktiviti

Pembangunan pentaksiran

Penilaian

Page 23: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

19

Muat naik bahan ke dalam platform

Uji lari

Penambahbaikan

Penawaran/Pelancaran

Rajah 5. Carta alir pembangunan MOOC

3.2 Reka bentuk

i. Pembangunan MOOC perlu berasaskan prinsip reka bentuk pengajaran

yang mantap. Untuk itu, pembangunan perlu mengikuti prinsip

pengajaran yang sering diguna pakai seperti 9 Langkah Pengajaran

Gagne.

ii. Untuk satu-satu topik, aliran pengajaran perlu mengikuti 9 Langkah

Pengajaran Gagne seperti di Rajah 6. Bagaimanapun, sesetengah

langkah boleh dikecualikan mengikut kesesuaian.

iii. Setiap pengajaran boleh menggunakan pelbagai atribut media.

Page 24: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

20

Rajah 6. 9 Langkah Pengajaran Gagne

3.3. Aspek-aspek reka bentuk lain

Antara aspek-aspek reka bentuk lain yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti hasil pembelajaran (pengetahuan, kemahiran dan

sikap).

ii. Menyediakan tugasan dan aktiviti secara berturutan dalam membina

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diharapkan.

iii. Memastikan aktiviti pentaksiran sejajar dengan hasil pembelajaran.

iv. Membuat persembahan bahan pembelajaran yang menyokong

kepada pembelajaran aktif.

Page 25: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

21

v. Membina pengetahuan berasaskan kepada kemahiran berfikir aras

tinggi dengan memasukkan unsur analisis, sintesis dan penilaian.

vi. Memastikan keseimbangan antara kehadiran pengurus kursus, interaksi

rakan sebaya dan juga cabaran kognitif.

vii. Menjajarkan aktiviti kepada hasil pembelajaran untuk setiap topik

termasuk pengetahuan, kemahiran dan sikap.

vi. Memastikan Unit Pengenalan membolehkan pelajar mengetahui

tentang jangkaan hasil pembelajaran untuk setiap topik.

vii. Menyediakan pemetaan untuk aktiviti mingguan kepada pelajar.

3.4 Kurikulum Kursus

Aspek utama pembangunan kurikulum kursus melibatkan pemetaan CLO dan TLO

dengan kandungan, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran. Pemetaan ini

membolehkan kesemua kandungan, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran yang

disediakan dijajar dengan TLO dan seterusnya CLO. Penjajaran yang baik

membolehkan pelajar memperoleh TLO dan CLO yang diharapkan.

3.4.1 Pemetaan CLO/TLO/Kandungan/Aktiviti/Pentaksiran

Course Learning Outcome (CLO)

i. Setiap kursus perlu mempunyai CLO.

ii. Bagi satu kursus, ia perlu mengandungi antara 3 hingga 7 CLO.

iii. Setiap CLO pula dianggarkan boleh diselesaikan dalam tempoh 2

minggu.

Topic Learning Outcome (TLO)

i. Setiap kursus perlu mempunyai antara 6 -14 minggu pengajaran.

ii. Setiap CLO perlu mempunyai 2 hingga 4 topik pengajaran.

iii. Setiap topik pula perlu mempunyai hasil pembelajaran topik (TLO) yang

tersendiri.

Pengiraan Tempoh Pelaksanaan kursus MOOC Malaysia

i. Tempoh pelaksanaan sesuatu kursus MOOC Malaysia bergantung pada

jumlah CLOnya.

ii. Sesuatu kursus MOOC mempunyai purata minimum 3 CLO dan purata

maksimum 7 CLO.

Page 26: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

22

iii. Oleh kerana satu CLO boleh diselesaikan purata dalam masa 2 minggu,

maka tempoh minimum dan maksimum sesuatu kursus MOOC Malaysia

adalah seperti berikut:

Minimum : 6 minggu (3 CLO x 2 minggu)

Maksimum : 14 minggu (7 CLO x 2 minggu)

iv. Daripada kajian benchmarking Coursera, edX, Iversity, Udacity,

FutureLearn dan Udemy yang dilaporkan, setiap kursus dibahagikan

kepada 6-14 topik dan setiap topik boleh diselesaikan dalam 1 minggu.

Ini bermakna 1 kursus MOOC mempunyai tempoh pengajaran antara 6-

14 minggu sama seperti pengiraan di atas.

Pemetaan dan Penjajaran Konstruktif

i. Setiap topik TLO perlu dijajar dengan CLO.

ii. Setiap TLO perlu mengandungi kandungan, aktiviti pembelajaran dan

pentaksiran.

iii. Jadual 2 menunjukkan templat reka bentuk intruksi dan penjajaran

antara CLO, topik, TLO, kandungan, aktivti pembelajaran dan

pentaksiran.

Jadual 2. Templat Reka Bentuk Instruksi

Contoh Reka bentuk Instruksi untuk Minggu 1 (Topik 1)

Minggu 1 – Topik 1

Hasil Pembelajaran Topik (TLO):

(Kemahiran berfikir aras tinggi yang mengandungi :

• Understand …

• Appreciate…

• Analyse…)

Kandungan Minggu 1 Aktiviti Minggu 1 Pentaksiran Minggu 1

Video 1.1

Video 1.2

Further Readings

Discussion (Forum Board)

Homework

Assignments

Observation

Reflective Journal

Wiki

Personal Research

Multiple Choice

Quiz

Interactive Quizzes

Peer Assessment

Page 27: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

23

Minggu 2 – Topik 2

Hasil Pembelajaran Topik (TLO)

(Kemahiran berfikir aras tinggi yang mengandungi :

• Understand …

• Appreciate…

• Analyse…)

Kandungan Minggu 2 Aktiviti Minggu 2 Pentaksiran Minggu 2

Video 2.1

Video 2.2

Quiz

Readings

Discussion (Forum Board)

Homework

Assignments

Observation

Reflective Journal

Wiki

Personal Research

Multiple Choice

Quiz

Interactive Quizzes

Peer Assessment

iv. Setiap Subject Matter Expert (SME) dan Pengurus MOOC diminta untuk

mengisi borang matriks pemetaan seperti di Lampiran II.

3.5 Peranan Ahli Pasukan Pembangun MOOC

i. Setiap IPT perlu mewujudkan satu kumpulan pembangun MOOC yang

terdiri daripada pelbagai kepakaran seperti pakar bidang, pereka grafik,

krew rakaman video, penyunting, pereka bentuk dan lain-lain. Dalam hal

ini, ketua pasukan pembangun MOOC perlu memilih ahli kumpulan yang

berkemahiran yang boleh menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan.

ii. Ketua pasukan pembangun MOOC perlu memberi taklimat sebelum

bermulanya proses pembangunan supaya setiap ahli kumpulan

mengetahui peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan.

iii. Sekiranya perlu, latihan hendaklah diberikan kepada ahli kumpulan

supaya mereka mempunyai kemahiran yang bersesuaian.

iv. Ketua pasukan pembangun MOOC perlu mengadakan mesyuarat

secara berkala untuk memastikan semua aktiviti pembangunan berjalan

dengan lancar dan mengikut garis masa (timeline) yang telah

ditetapkan.

Page 28: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

24

v. Ketua pasukan pembangun MOOC juga perlu memastikan semua kos

pembangunan yang terlibat mematuhi perancangan kewangan yang

telah ditetapkan.

vi. Senarai pasukan pembangun MOOC dan peranan mereka adalah

seperti Lampiran III.

3.6 Pembangunan Bahan Kursus

Bahan kursus utama bagi MOOC ialah video. Bagaimanapun, bahan-bahan lain

seperti podcast, wiki, kandungan berinteraktif dan lain-lain juga boleh digunakan

sebagai bahan sokongan kepada bahan utama ini.

a) Video

Video merupakan bahan pembelajaran utama dalam MOOC (70%). Video

boleh dikategorikan kepada dua kelompok:

i. Video asli/pembangunan sendiri.

ii. Video guna semula/pautan daripada video sedia ada.

Video asli yang dihasilkan dan dibangunkan sendiri boleh terdiri daripada

pelbagai jenis seperti berikut:

i. Rakaman pengajaran dalam bilik darjah/kuliah.

ii. Temuduga dengan pakar.

iii. Kerja lapangan.

iv. Animasi untuk konsep-konsep yang kompleks.

v. Persembahan slid dengan video dan narasi penyampai.

Pertimbangan perlu diberikan kepada proses pasca rakaman. Proses ini

lazimnya memakan masa yang lama dan boleh menjejaskan garis masa

pembangunan.

b) Kandungan video

i. Kandungan video perlu dijajarkan kepada TLO.

ii. Kandungan perlu mempunyai kombinasi pelbagai video yang terdiri

daripada penyampaian oleh pakar, **temu bual, main peranan, kerja

lapangan, perbincangan dan lain-lain.

iii. Kandungan video mengandungi hanya bahan-bahan penting

pengajaran sahaja.

Page 29: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

25

iv. Contoh jenis kandungan video untuk sesuatu topik (MOOC: Design &

Development Process Guidelines, University of Toronto, 2013) ditunjukkan

di Jadual 3.

Jadual 3. Contoh kombinasi pelbagai jenis video

Pengenalan

kepada

tema/Topik

(rakaman video

penyampai)

ppt dengan

narasi + anotasi

Rakaman

lapangan

Pautan

ke

YouTube

Temu bual Rumusan

Untuk menarik

perhatian

Memberikan

sedikit

pengetahuan

latar belakang

Menaikkan

minat pelajar

Memperkenal-

kan objektif

pembelajaran

Kandungan

yang

menyeluruh

boleh

disampaikan

dalam bentuk

ini

Anotasi boleh

juga

dimasukkan

Klip video

untuk

memperkukuh

-kan lagi

kandungan

yang perlu

disampaikan

juga boleh

masukan

Penyam-

paian

dalam

konteks

yang

berbeza

di

lapangan

Pautan

ke

sumber

video

lain

seperti

YouTube,

Vimeo

dan lain-

lain

Rakaman

temu bual

dengan

seseorang

yang

berpengaru

h dalam

topik yang

dibincang-

kan

Pengurus

merumus

kandunga

n dan

membuat

persediaa

n untuk ke

bahagian

yang

seterusnya

c) Tempoh video

i. Kandungan video perlu dipecahkan kepada segmen-segmen kecil

untuk menarik minat pelajar dan memudahkan mereka mengulang dan

melihat kembali kandungan tersebut.

Page 30: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

26

ii. Untuk setiap topik, tempoh setiap video yang dibangunkan (kandungan

asli) adalah bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan. Dicadangkan

tempoh video dalam sekitar 5 minit.

iii. Pengiraan tempoh kandungan video untuk MOOC yang berlangsung

selama 6 minggu adalah seperti berikut:

6 minggu x 3 jam pengajaran F2F = 18 jam pengajaran F2F

1 jam pengajaran F2F = 10 minit video MOOC

18 jam pengajaran F2F = 180 minit video MOOC

iv. Oleh itu, tempoh minimum video untuk kursus yang berlangsung selama

6 minggu ialah 180 minit. Manakala kursus yang berlangsung selama 12

minggu perlu mengandungi tempoh minimum video selama 360 minit.

v. Kandungan video ini perlu disertakan dengan pelbagai aktiviti

pembelajaran lain seperti perbincangan di papan forum dan juga

pentaksiran untuk menjadikan student learning time (SLT) seperti yang

ditetapkan (1 jam F2F = minimum 10 minit video = 3 jam SLT).

vi. Pengiraan SLT untuk kursus MOOC yang berlangsung selama 6 minggu

adalah seperti berikut:

1 jam pengajaran F2F = 3 jam SLT

6 minggu x 3 jam F2F = 18 jam F2F

18 jam F2F x 3 jam SLT = 54 jam SLT

vii. Oleh itu, untuk kursus yang berlangsung selama 6 minggu, tindakan perlu

diambil untuk memasukkan aktiviti pembelajaran lain supaya pelajar

memenuhi keperluan 54 jam SLT.

viii. Elakkan penggunaan teks yang berlebihan dalam video.

d) Turutan penghasilan video

Contoh turutan penghasilan video adalah seperti berikut:

i. Rakam video menggunakan pelbagai alat rakaman (berasaskan studio,

studio mudah alih seperti i-Studio), berasaskan kuliah menggunakan krew

rakaman, self-recorded video seperti ‘Screenflow, ‘Camtasia’, Swivl dan

lain-lain.

ii. Letakkan raw video ini ke dalam shared folder untuk dikongsi bersama.

Page 31: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

27

iii. Edit video untuk memasukkan tajuk, musik atau transisi. Buang semua

unsur yang tidak diperlukan seperti bunyi yang tidak dikehendaki seperti

’ums’, batuk dan lain-lain.

iv. Masukkan transisi antara segmen (jika perlu).

3.7 Kandungan Dalam Bentuk Lain

i. Selain daripada video, digalakkan agar kandungan dibangunkan

menggunakan pelbagai bentuk (30%) seperti:

a. Podcast

b. Powerpoint/Keynote Presentation

c. Interactive Content dan permainan

d. Wiki/Blog

e. Web 2.0 Applications

f. Bahan bacaan tambahan (ppt, doc, pdf, html)

ii. Kepelbagaian bentuk kandungan ini boleh meningkatkan minat pelajar

untuk mengikuti bahan pembelajaran.

3.8 Pembangunan Aktiviti

3.8.1 Perbincangan di Papan Forum

i. Setiap topik perlu menyediakan ruang perbincangan. Ini untuk

membolehkan SLT pelajar untuk kursus tersebut dicapai.

ii. Lazimnya, perbincangan boleh dipecahkan kepada sub-perbincangan

dengan menggunakan papan forum yang berbeza-beza dengan ahli-

ahli dalam kumpulan kecil untuk membincangkan topik.

iii. Untuk itu, kumpulan kecil perlu diwujudkan untuk tujuan perbincangan.

3.8.2 Wiki

i. Setiap topik boleh menggunakan alat wiki untuk menghasilkan

kerja/tugasan untuk satu-satu kumpulan.

3.8.3 Dokumen Kongsi Sama

Page 32: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

28

i. Untuk tujuan kerja kumpulan/tugasan, dokumen kongsi sama seperti

google doc juga boleh digunakan.

3.8.4 Bahan Bacaan

i. Setiap topik perlu mempunyai bahan bacaan tambahan.

ii. Bahan bacaan tambahan ini boleh dikaitkan dengan aktiviti

pembelajaran yang disediakan dalam kandungan dan pentaksiran. Ini

untuk memastikan pelajar membaca bahan bacaan tambahan yang

disediakan.

iii. Bahan bacaan tambahan perlu dipilih dengan teliti supaya ia boleh

memberikan pelajar perspektif yang berbeza terhadap topik yang

dibincangkan.

3.9 Pentaksiran

3.9.1 Formatif dan Sumatif

i. Setiap topik perlu mempunyai beberapa pentaksiran formatif dan satu

sumatif di akhir topik.

ii. Pentaksiran formatif adalah sebarang bentuk pentaksiran yang

bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran pelajar

melalui pelbagai aktiviti seperti deeper learning, pemikiran kritis, refleksi

dan lain-lain.

iii. Pentaksiran sumatif pula bertujuan untuk mengukur pencapaian dan

prestasi pelajar untuk sesuatu topik pembelajaran.

iv. Pentaksiran formatif dan sumatif perlu dijajarkan dengan TLO yang telah

ditetapkan dan juga aktiviti pembelajaran dan kaedah pengajaran

yang digunakan.

v. Bentuk pentaksiran formatif dan sumatif (MCQ, tugasan dan lain-lain)

yang dibangunkan perlu sesuai dengan bilangan pelajar yang ramai.

3.9.2 Pentaksiran rakan sebaya

i. Apabila MOOC telah sedia untuk diakreditasi, pentaksiran dalam bentuk

tugasan perlu disediakan.

ii. Penilaian tugasan ini boleh dilakukan dalam bentuk pentaksiran rakan

sebaya (peer assessment).

Page 33: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

29

iii. Untuk itu, rubrik permarkahan yang jelas dengan atribut tertentu perlu

disediakan dan perlu mengambil kira setiap langkah untuk menilai hasil

kerja pelajar.

iv. Rubrik yang digunakan untuk permarkahan perlu melalui kesahan

konstruk.

vi. Di samping tugasan, pentaksiran rakan sebaya juga boleh digunakan

untuk karangan dan kerja berkumpulan.

3.9.3 Jenis Pentaksiran

a) Soalan Pelbagai Pilihan (MCQ)

i. Pada peringkat awal MOOC Malaysia, pentaksiran sumatif adalah

dalam bentuk MCQ dengan maklum balas dan skor pencapaian dan

dilakukan sendiri oleh pelajar apabila selesai mengikuti sesuatu topik

pembelajaran.

ii. Lazimnya, minimum 10 soalan MCQ perlu disediakan untuk pentaksiran

sumatif bagi sesuatu topik.

iii. Pastikan MCQ boleh dicuba beberapa kali oleh pelajar untuk

memastikan mereka memperoleh pengukuhan kemahiran

pembelajaran.

iv. Pastikan juga setiap MCQ mempunyai maklum balas untuk

membolehkan pelajar mengetahui kesilapan mereka.

iv. MCQ dalam video boleh juga digunakan untuk pengukuhan.

Bagaimanapun, pastikan pelajar boleh meneruskan video walaupun

jawapan yang diberi tidak tepat.

3.9.4 Pengredan dan Laporan

i. Penggredan sesuatu kursus perlu dilaksanakan untuk membolehkan

pelajar mengetahui tahap pencapaian mereka.

ii. Setiap penggredan perlu dilaksanakan dengan telus supaya pelajar

mengetahui bagaimana mereka memperolehi sesuatu gred.

iii. Gred yang diperolehi pelajar perlu dimaklumkan kepada mereka.

v. Lazimnya, gred lulus atau gagal diberikan kepada pelajar.

3.10 Jaminan Kualiti

Page 34: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

30

i. Kualiti setiap kursus merupakan tanggungjawab IPT masing-masing.

ii. Untuk itu, setiap kursus perlu melalui proses jaminan kualiti yang teliti dan

rapi.

iii. Setiap IPT perlu melantik satu Jawatankuasa Jaminan Kualiti untuk setiap

kursus yang dibangunkan.

iv. Jaminan kualiti di peringkat IPT perlu mengikuti dokumen senarai semak

dan rubrik jaminan kualiti seperti di Lampiran IV.

3.10.1 Garis Masa (Timeline)

i. Lazimnya, tempoh pembangunan sesuatu MOOC mengambil masa

lebih kurang 12 bulan.

ii. Di peringkat IPT, garis masa pembangunan perlu juga diwujudkan. Garis

masa merangkumi pelbagai aktiviti pembangunan. Tempoh masa

pembangunan yang lazim adalah seperti yang ditunjukkan dalam

Jadual 4.

Jadual 4. Garis Masa Pembangunan

Bil. Aktiviti Tempoh masa

(bulan)

1 Kenal pasti topik/objektif kursus/silibus/hasil

pembelajaran kursus/pengetahuan

prasyarat /format kursus

1 bulan

2 Penyediaan bahan pembelajaran

(chunking ke dalam tajuk-tajuk tertentu) 1 bulan

3 Skrip dan storyboard 1 bulan

4 Pembangunan video & bahan pembelajaran 3 bulan

5 Penyuntingan video & bahan pembelajaran 2 bulan

6 Pembangunan aktiviti 0.5 bulan

7 Pembangunan pentaksiran 1 bulan

8 Penilaian 1 bulan

9 Muat naik bahan ke dalam platform 0.5 bulan

10 Uji lari 0.5 bulan

11 Penambahbaikan 0.5 bulan

Page 35: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

31

12 Penawaran/Pelancaran

Jumlah 12 bulan

3.10.2 Ujian Rintis (Pilot Test)

i. Apabila MOOC telah dimuat naik, percubaan rintis perlu dilaksanakan

untuk memastikan bahawa tiada sebarang kelemahan apabila MOOC

tersebut ditawarkan.

ii. Semasa ujian rintis dijalankan, soal selidik yang bersesuaian perlu

dibangunkan untuk mengenal pasti kelemahan dalam penawaran

MOOC.

iii. Sebarang kelemahan yang diperolehi daripada ujian rintis perlu

diperbaiki.

3.11 Hak cipta

i. Isu hak cipta selalunya berbangkit dalam dua konteks:

a. Kebenaran untuk menggunakan bahan sedia ada (video, gambar,

ppt, teks dan lain-lain).

b. Hak milik bahan asli yang dibangunkan.

ii. Setiap kandungan yang digunakan dan mempunyai hak cipta perlu

mematuhi garis panduan hak cipta.

iii. Garis panduan hakcipta adalah seperti di Lampiran V.

3.12 Pengiktirafan (Persetaraan Pembangunan e-Kandungan dan

Penerbitan)

i. Pembangunan e-kandungan untuk MOOC boleh dipertimbangkan

untuk diiktiraf supaya setara dengan penerbitan untuk tujuan kenaikan

pangkat kakitangan akademik.

Page 36: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

32

ii. Untuk tujuan persetaraan ini, kertas kerja “Cadangan Bahan e-

Kandungan sebagai Satu Bentuk Penerbitan yang Baharu” boleh

digunakan (Lampiran VI).

iii. Dokumen ini telah diperhalusi dan diluluskan dalam Mesyuarat MEIPTA ke-

22 bil. 3/2014 di UiTM Dungun, Terengganu boleh digunakan dan tertakluk

kepada kelulusan IPT masing-masing.

Page 37: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

33

4. AMALAN PENYAMPAIAN

Page 38: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

34

4. AMALAN PENYAMPAIAN

Penggunaan kandungan MOOC yang telah dibangunkan dalam sesuatu kursus

memerlukan pendekatan kaedah penyampaian yang sesuai yang meliputi

Pengumuman Penawaran Kursus, Strategi Pengajaran, Kolaborasi Bersama Rakan

Sekursus, Pewujudan Komuniti Pelajar, Pengumuman Pencapaian Kursus, Penawaran

Semula Kursus dan Garis Panduan Pelajar.

4.1 Pengumuman

i. Pengumuman adalah saluran komunikasi yang penting antara instruktor

dengan pelajar.

ii. Pengumuman yang pertama lazimnya mengalu-alukan pelajar ke kursus

dan memberi arahan bagaimana untuk mengikuti kursus ini dengan

jayanya.

iii. Pengumuman perlu dibuat untuk memaklumkan kepada pelajar tentang

bermulanya topik baru dan mengulas semula apa yang dipelajari dalam

topik sebelum ini.

iv. Pengumuman juga digunakan untuk memaklumkan tarikh tamat

penghantaran tugasan dan mengemas kini maklumat kursus mengikut

keperluan.

4.2 Strategi Pelaksanaan Pengajaran

i. Terdapat tiga kategori kursus MOOC yang dibangunkan iaitu :

a) Kursus Sepunya

b) Kursus Tujahan (Nic)

c) Kursus Sepanjang Hayat/Kemahiran

ii. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan

berdasarkan kepada tiga (3) kategori kursus tersebut. Antara strategi

pengajaran yang menggunakan MOOC adalah seperti berikut:

Page 39: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

35

4.2.1 Pembelajaran Teradun (untuk kursus sepunya)

i. Pembelajaran teradun boleh digunakan bagi kursus sepunya sebagai

bahan pembelajaran mengikut kreativiti instruktor dan keperluan

universiti.

ii. Pembelajaran teradun menggabungkan penyampaian atas talian

dengan penyampaian tradisional bersemuka.

iii. Garis Panduan Pelaksanaan e-Pembelajaran yang telah diedarkan ke

setiap UA boleh diguna pakai untuk membantu instruktor melaksanakan

pembelajaran teradun masing-masing.

4.2.2 Atas Talian Sepenuhnya (untuk kursus nic dan sepanjang hayat/kemahiran)

i. Penyampaian atas talian sepenuhnya adalah untuk kursus dalam

kategori:

a) Kursus Tujahan (Nic)

b) Kursus Sepanjang Hayat/Kemahiran

ii. Instruktor perlu mengambil kira bahawa terdapat juga pelajar

antarabangsa yang berlainan keperluan mengikuti kursus ini dan aktiviti

pembelajaran seboleh mungkin mengambil kira latar belakang yang

berbeza.

iii. Dalam strategi ini, konsep pembelajaran kendiri dan fleksibel boleh

diaplikasi.

iv. Instruktor perlu memantau dan mengingatkan kepada pelajar melalui

Pengumuman mengenai aktiviti dan tugasan yang perlu diselesaikan.

v. Instruktor perlu mengingatkan pelajar supaya peka dengan kandungan

MOOC yang telah dimuat naik dan melaksanakan kesemua aktiviti dan

tugasan yang diarahkan.

4.2.3 Strategi Pengajaran Lain

Kandungan MOOC boleh juga digunakan bersama strategi pembelajaran

dan pengajaran lain seperti Flipped Learning, Pembelajaran Berasaskan

Projek, Pembelajaran Berasaskan Bukti, Pembelajaran Berasaskan Masalah,

dan Pembelajaran Kooperatif bergantung kepada kreativiti seseorang

instruktor.

Page 40: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

36

4.3 Kolaborasi Rakan Sekursus

i. Moderator perlu memainkan peranan untuk mewujudkan komuniti

pelajar dalam MOOC masing-masing di mana pelajar perlu berhubung

secara berkesan dengan pelajar lain serta instruktor dan juga mengakses

bahan pembelajaran secara aktif.

ii. Kolaborasi rakan sekursus perlu dimulakan oleh moderator dan

seterusnya moderator perlu memainkan peranan untuk melibatkan

seramai pelajar yang mungkin dalam kolaborasi tersebut.

iii. Untuk memulakan perbincangan, moderator boleh, sebagai contoh,

mengambil bahan pembelajaran tambahan dan memaparkannya di

papan forum. Seterusnya moderator boleh memulakan perbincangan

dan meminta penglibatan daripada pelajar lain.

iv. Di samping itu, kolaborasi rakan sekursus juga boleh dimulakan menerusi

case study, permasalahan dan soalan yang berkait dengan hasil

pembelajaran untuk membolehkan rakan sekursus berkongsi ide,

pendapat dan berbincang serta berbahas.

v. Moderator perlu memberi komen kepada posting pelajar terlebih dahulu

sebelum rantaian dan kedalaman kolaborasi rakan sekursus boleh

berlaku.

vi. Moderator perlu menggalakkan pelajar untuk berkongsi pengalaman

mereka dan berkongsi bahan pembelajaran selain daripada bahan

yang telah diberikan.

4.4 Kewujudan Komuniti Pelajar

i. Forum adalah satu pelantar yang boleh digunakan untuk mewujudkan

komuniti pelajar di peringkat global.

ii. Justeru, peranan moderator adalah penting untuk mengurus forum

dengan melaksanakan moderasi yang bersesuaian supaya komuniti

pelajar yang aktif dapat diwujudkan.

iii. Untuk mewujudkan komuniti pelajar yang aktif, kolaborasi/ perbincangan

perlu distruktur dengan baik agar masa perbincangan pelajar dan juga

moderator dapat dioptimumkan.

iv. Komuniti pelajar adalah penting kerana kebanyakan proses pengajaran

dan pembelajaran berlaku dalam komuniti ini dan dalam masa yang

sama, mewujudkan hubungan antara pelajar dengan pelajar dan

Page 41: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

37

pelajar dengan pensyarah dan rasa kepunyaan pelajar dengan

universiti.

v. Penggunaan aplikasi Web 2.0 yang lain seperti Twitter dan Facebook

boleh digunakan bersama-sama dengan pelantar MOOC supaya

komuniti pelajar terus berkekalan apabila kursus tamat.

4.5 Moderasi Forum

i. Instruktor/Moderator kursus perlu menyedari bahawa proses moderasi

forum adalah tugas yang amat penting.

ii. Forum boleh dipecahkan kepada sub-forum untuk membolehkan forum

diurus dengan baik dengan topik tersendiri mengikut minggu.

iii. Moderator forum perlu memperkenalkan diri masing-masing.

iv Bantuan tambahan adalah perlu untuk melaksanakan moderasi forum.

Bantuan lazimnya boleh diperolehi daripada pelajar siswazah, pembantu

penyelidik dan lain-lain.

v. Pengumuman setiap minggu perlu dilakukan untuk menggalakkan

pelajar melibatkan diri dalam membincangkan sesuatu topik utama di

dalam papan forum.

vi. Moderator perlu memoderasi forum dengan sebaik mungkin. Pelajar

tidak membaca semua posting tetapi yang lebih penting adalah untuk

memberikan maklum balas yang memuaskan. Maklum balas diberi

supaya pelajar merasakan keterlibatan mereka dan memperoleh

pengetahuan baru.

4.6 Penggredan

i. Lazimnya tidak ada gred rasmi (A+, A, A-, dll) diberikan kepada pelajar.

Sebaliknya, hanya gred diberikan dalam bentuk ‘lulus’ dan ‘gagal’

sahaja.

ii. Proses penggredan dan tatacara pengiraan perlu dimaklumkan kepada

pelajar.

iii. Pelajar perlu mematuhi semua arahan tugasan bagi setiap topik untuk

mendapat gred LULUS.

iv. Skema penggredan perlu ditentukan oleh jawatankuasa IPT yang

menawarkan kursus tersebut (kursus sepunya) dan jawatankuasa di

peringkat IPT masing-masing (kursus nic dan kursus sepanjang hayat).

Page 42: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

38

4.7 Pengumuman Pencapaian Penamatan Kursus

i. Pengumuman pencapaian kursus perlu dimaklumkan kepada pelajar

sebaik sahaja kursus tamat.

ii. Pelajar yang lulus boleh diberikan sijil digital penamatan kursus.

4.8 Penawaran Semula Kursus

i. Pengumuman penawaran semula kursus perlu dibuat seawal mungkin

sebelum kursus tamat.

ii. Ini untuk membolehkan pelajar yang tercicir daripada kursus tersebut

mendaftar kembali.

iii. Mereka yang telah berjaya menamatkan kursus boleh juga dilantik

sebagai moderator untuk membantu mewujudkan komuniti pelajar

apabila kursus ditawarkan semula.

4.9 Garis Panduan Pelajar

i. Garis panduan pelajar bertujuan menyampaikan tata cara proses

pengajaran dan pembelajaran sesuatu kursus secara beretika.

ii. Pelajar perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

iii. Garis panduan ini juga bertujuan untuk memudahkan seseorang

instruktor menguruskan kursus dan memastikan hasil pembelajaran kursus

tercapai.

Page 43: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

39

5. PEMINDAHAN KREDIT

Page 44: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

40

5.1 Pengenalan

i. Terdapat dua mekanisme pemindahan kredit. Mekanisme ini bergantung

kepada kelompok kursus.

ii. Mekanisme pertama ialah pemindahan kredit antara IPT Malaysia untuk

kursus umum (sepunya). Ini bermakna sesuatu MOOC yang ditawarkan

oleh satu IPT Malaysia boleh dipertimbangkan untuk pemindahan kredit

ke IPT yang lain.

iii. Mekanisme kedua ialah pemindahan kredit untuk kursus-kursus MOOC

yang lain (kursus tujahan, kursus sepanjang hayat/kemahiran) dan juga

kursus-kursus yang diambil daripada platform MOOC antarabangsa yang

lain seperti Coursera, edX, Iversity dan lain-lain.

5.2 Mekanisme I : Pemindahan kredit antara UA Malaysia

5.2.1 Jenis kursus

i. Jenis kursus yang boleh dipertimbangkan untuk pemindahan kredit

adalah kursus umum yang mempunyai kurikulum yang seragam untuk

kesemua IPT Malaysia.

ii. Contoh kursus umum adalah seperti kursus TITAS, Hubungan Etnik,

Keusahawanan dan Literasi ICT.

iii. Kursus-kursus yang sebegini boleh ditawarkan oleh sebuah IPT sahaja dan

diambil oleh pelajar-pelajar daripada IPT lain.

5.2.2 Pelajar

i. Hanya pelajar yang berdaftar dengan IPT sahaja yang boleh

dipertimbangkan untuk pemindahan kredit bagi kursus umum yang telah

diambil.

ii. Pelajar yang mendaftar ini telah melepasi kelayakan kemasukan ke IPT.

iii. Pelajar bukan IPT yang mengambil kursus ini tidak boleh dipertimbangkan

untuk pemindahan kredit. Pemindahan kredit untuk pelajar ini perlu

menggunakan mekanisme II (seksyen 5.3).

Page 45: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

41

5.2.3 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)

i. Hasil pembelajaran kursus (CLO) untuk MOOC mestilah sama dengan

hasil pembelajaran kursus yang ditawarkan bagi kursus sepenuh masa.

ii. Perbezaan antara MOOC dengan kursus sepenuh masa hanyalah pada

proses penyampaian. CLO dan SLT untuk kedua-duanya mestilah sama

dan pelajar akan memperoleh pengetahuan, kemahiran praktikal, nilai

dan sikap profesionalisme yang diharapkan daripada kursus ini.

5.2.4 Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian

i. Reka bentuk kurikulum untuk MOOC mestilah sama dengan reka bentuk

kurikulum kursus sepenuh masa.

ii. Proses penyampaian melalui MOOC dengan penyampaian penuh masa

adalah berbeza tetapi CLO dan SLT untuk kedua-duanya adalah sama.

iii. Instruktor MOOC mestilah yang berkebolehan untuk memastikan

bahawa kesemua pelajar yang mengikuti MOOC memperoleh CLO

yang ditetapkan.

5.2.5 Pentaksiran

i. Pentaksiran yang digunakan untuk MOOC mestilah sama dengan

pentaksiran yang lazimnya diguna pakai untuk kursus sepenuh masa.

ii. Pentaksiran sumatif mestilah menilai bahawa pelajar boleh

mempamerkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang

diharapkan daripada kursus tersebut.

5.2.6 Kelulusan pemindahan kredit

i. Kelulusan pemindahan kredit untuk kursus umum ini tertakluk kepada

kelulusan SENAT IPT masing-masing.

5.3 Mekanisme II : Pemindahan kredit untuk MOOC daripada platform

antarabangsa

Page 46: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

42

i. Pemindahan kredit untuk MOOC yang diambil daripada platform

antarabangsa mesti mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh

MQA.

ii. MQA akan mengeluarkan garis panduan yang melibatkan pemindahan

kredit untuk orang ramai (mengikut tatacara APEL) yang telah lulus

mengikuti MOOC menerusi platform antarabangsa dan ingin

memindahkan kreditnya ke IPT.

iii. Bagaimanapun mekanisme kedua ini tertakluk kepada kelulusan IPT dan

agensi lain yang berkaitan.

Page 47: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

43

6. GLOSARI

Page 48: Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC · PDF fileaktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif, kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh

44

Pembelajaran atas talian

Suatu pembelajaran di mana 90-100% kandungan kursus disediakan atas talian dan

penyampaiannya sama ada secara segerak atau tak segerak.

Reka bentuk pengajaran

Satu pelan yang memandu proses instruksi mengikut satu rancangan yang sistematik

berasaskan prinsip yang tertentu.

Flipped Learning

Situasi di mana pembelajaran suatu kandungan disediakan kepada pelajar secara atas talian

sebelum sesuatu kelas/kuliah bermula. Dalam kelas/kuliah sebenar aktiviti pembelajaran

memfokus kepada aktiviti pemikiran aras tinggi dan tidak kepada instruksi secara terus.

Instruktor

Individu yang bertanggung jawab menyampaikan kursus tersebut.

Moderator

Individu yang membantu instruktor dalam memoderasi forum.

Landing Page

Laman utama sesuatu kursus yang memberi maklumat secara ringkas tentang kursus

tersebut dan maklumat lain yang berkaitan seperti sinopsis, hasil pembelajaran, tatacara

pengajaran dan juga maklumat instruktor.

Content page

Laman kandungan sesuatu kursus yang memberi maklumat secara ringkas tentang kursus

tersebut termasuk kesemua topik, subtopik, pentaksiran dan aktiviti yang berkaitan.

Course Learning Outcome

Hasil pembelajaran untuk sesuatu kursus. Di akhir kursus pelajar seharusnya memperoleh

pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti mana yang ditetapkan oleh CLO.

Topic Learning Outcome

Hasil pembelajaran untuk sesuatu topik. Di akhir kursus pelajar seharusnya memperoleh

pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti mana yang ditetapkan oleh TLO.