cadangan kajian ringkas

4
Tujuan Kajian Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta minda dalam penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra.  ii. Objektif Ujian Objektif kajian ini adalah untuk: 1.3.1 Melihat perbezaan pencapaian markah karangan bahasa Melayu antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. 1.3.2 Untuk melihat perbezaan pencapaian markah karangan bahasa Melayu berdasarkan jantina. 1.3.3 Untuk meli hat perbezaan pencapaian markah penulisan karangan Bahasa Melayu berdasarkan kaum. iii. Reka bentuk kajian Reka bentuk yang dipilih dalam kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah kuasi-eksperimen untuk melihat keberkesanan penggunaaan peta minda dalam karangan bahasa Melayu murid Tahap 2 di dalam kalangan murid tahun 5 di SK Taman Pantai Sepang Putra. Terdapat dua buah kelas terlibat dalam kaji an ini iaitu kelas Tahun 5 Anggerik dan 5 Cempaka. Kelas Tahun 5 Anggerik dijadikan kumpulan rawatan manakala kelas Tahun 5 Cempaka dijadikan kumpulan kawalan. Terdapat 25 orang pelajar dari kumpulan rawatan manakala 25 orang kumpulan kawalan. Penyelidik menggunakan kesemua 25 orang pelajar kumpulan rawatan dan 25 orang kumpulan kawalan sebagai sampel kajian. Kumpulan rawatan akan diajar oleh guru mereka membuat karangan dengan berbantukan peta minda. Kumpulan kawalan akan diajar oleh guru mereka membuat karangan dengan menggunakan kaedah tradisional. Iv Populasi dan sampel kajian Sampel Kajian Kajian ini akan melibatkan 50 orang pelajar Tahun 5 dan serta guru m ata pelajaran Bahasa Melayu yang mengajar di kelas yang berkenaan. Sekolah yang sama dipilih bagi memudahkan pengkaji untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah. Pengkaji hanya menggunakan kelas yang berhampiran bertujuan untuk memudahkan kawalan terhadap kajian yang dijalankan. Penggunaan satu al iran s ahaja iaitu di s ekolah kebangsaan bagi kumpulan rawatan dan kawalan akan dapat memastikan sikap dan tahap pencapaian yang hampir sama dalam kalangan pelajar yang dikaji. Berdasarkan objektif kajian, penyelidik ingin melihat keberkesanan penggunaan peta minda dalam karangan bahasa Melayu antara pelajar kumpulan rawatan dengan tradisi onal. Selain i tu penyelidik ingin melihat perbezaan pencapaian karangan bahasa Melayu antara jantina. Oleh y ang demikian di dalam jadual 2 dan jadual 3 ditunjukkan taburan sampel antara kumpulan rawatan dan kawalan.

Transcript of cadangan kajian ringkas

8/7/2019 cadangan kajian ringkas

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-ringkas 1/4

Tujuan KajianTujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta mindadalam penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid tahun lima di SekolahKebangsaan Taman Pantai Sepang Putra. ii. Objektif UjianObjektif kajian ini adalah untuk:1.3.1 Melihat perbezaan pencapaian markah karangan bahasa Melayu antara kumpulan rawatan

dengan kumpulan kawalan.1.3.2 Untuk melihat perbezaan pencapaian markah karangan bahasa Melayu berdasarkan

jantina.1.3.3 Untuk melihat perbezaan pencapaian markah penulisan karangan Bahasa Melayu

berdasarkan kaum.

iii. Reka bentuk kajian

Reka bentuk yang dipilih dalam kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif yang menggunakankaedah kuasi-eksperimen untuk melihat keberkesanan penggunaaan peta minda dalam karanganbahasa Melayu murid Tahap 2 di dalam kalangan murid tahun 5 di SK Taman Pantai SepangPutra. Terdapat dua buah kelas terlibat dalam kajian ini iaitu kelas Tahun 5 Anggerik dan 5Cempaka. Kelas Tahun 5 Anggerik dijadikan kumpulan rawatan manakala kelas Tahun 5Cempaka dijadikan kumpulan kawalan. Terdapat 25 orang pelajar dari kumpulan rawatanmanakala 25 orang kumpulan kawalan. Penyelidik menggunakan kesemua 25 orang pelajar kumpulan rawatan dan 25 orang kumpulan kawalan sebagai sampel kajian. Kumpulan rawatanakan diajar oleh guru mereka membuat karangan dengan berbantukan peta minda. Kumpulankawalan akan diajar oleh guru mereka membuat karangan dengan menggunakan kaedah

tradisional.

Iv Populasi dan sampel kajianSampel Kajian

Kajian ini akan melibatkan 50 orang pelajar Tahun 5 dan serta guru mata pelajaranBahasa Melayu yang mengajar di kelas yang berkenaan. Sekolah yang sama dipilih bagimemudahkan pengkaji untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah.

Pengkaji hanya menggunakan kelas yang berhampiran bertujuan untuk memudahkankawalan terhadap kajian yang dijalankan. Penggunaan satu aliran sahaja iaitu di sekolahkebangsaan bagi kumpulan rawatan dan kawalan akan dapat memastikan sikap dan tahappencapaian yang hampir sama dalam kalangan pelajar yang dikaji. Berdasarkan objektif kajian,penyelidik ingin melihat keberkesanan penggunaan peta minda dalam karangan bahasa Melayuantara pelajar kumpulan rawatan dengan tradisional. Selain itu penyelidik ingin melihatperbezaan pencapaian karangan bahasa Melayu antara jantina. Oleh yang demikian di dalamjadual 2 dan jadual 3 ditunjukkan taburan sampel antara kumpulan rawatan dan kawalan.

8/7/2019 cadangan kajian ringkas

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-ringkas 2/4

J adual 3.2 : Taburan sampel mengikut jantina.

KUMPULAN

LELAKI

PEREMPUAN

J UMLAH Rawatan

12

13

25

Kawalan

11

14

25

Berdasarkan Jadual didapati taburan sampel antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalanadalah agak setara. Maklumat mengenai jantina ini diperoleh oleh penyelidik melalui bukurekod pendaftaran pelajar.

v. Alat KajianKajian ini menggunakan ujian pra dan pos bagi melihat pencapaian sebelum dan selepaseksperimen dilaksanakan.Jumlah perkataan tidak kurang daripada 80 patah perkataan masing-masing. masa bagi menulis

40 minit. Kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diberikan ujian pra. Tajuk yang samadiberikan kepada kedua-dua kumpulan. Tajuk ujian pra ialahIbu bapa merupakan orang yang paling penting dalam kehidupan kita. Bagaimana cara-cara kita menyayanginya.Masa untuk menjawab karangan selama 40 minit. Panjang karangan ialah tidak kurang daripada80 patah perkataan.Penyelidik mengutip skrip jawapan pelajar. 25 skrip jawapan ujian pradikutip daripada kumpulan rawatan manakala 25 skrip jawapan ujian pra dikutip daripadakumpulan kawalan. Kesemua 50 skrip jawapan ini kemudiannya dinilai oleh penyelidik.

Selepas itu kumpulan rawatan diberikan rawatan iaitu menulis karangan dengan bantuanpeta minda. Mereka diajar oleh guru untuk menulis karangan dengan menggunakan peta mindaselama lapan minggu. Guru mengajar pelajar bagaimana mencari isi karangan dengan bantuanpeta minda. Pelajar diminta mencari isi karangan dengan mencipta peta minda berdasarkan tajuk karangan yang diberikan oleh guru. Isi-isi karangan yang telah dihasilkan kemudiannyadikembangkan oleh pelajar di dalam karangan yang ditulis. Kumpulan kawalan akan membuatlatihan karangan yang sama tetapi guru mengajar dengan menggunakan kaedah tradisional.Pelajar di dalam kumpulan kawalan diberikan tajuk karangan. Pelajar kemudiannya dimintamenulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru mereka. Kedua-dua kumpulaniaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan diberikan tajuk karangan yang sama. Selamalapan minggu pelajar kumpulan kawalan dan rawatan diberikan soalan yang sama bagi kedua-dua kumpulan tetapi berlainan tajuk pada minggu yang berikutnya. Selepas lapan minggu,kedua-dua kumpulan ini menjalani ujian pos untuk melihat keberkesanan penggunaan petaminda dalam penulisan karangan berbanding kaedah tradisional. Kedua-dua kumpulanmenjawab soalan ujian pos yang sama. Tajuk ujian pos ialahµGuru ibarat lilin yang membakar diri¶. Terangkan bagaimana kamu menyayangi guru

kamu.

8/7/2019 cadangan kajian ringkas

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-ringkas 3/4

Kedua-dua kumpulan diberikan masa untuk menjawab karangan selama 40 minit.Panjang karangan ialah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Setelah menjawab karangantersebut, penyelidik mengutip skrip jawapan pelajar. 25 skrip jawapan ujian pos dikutip daripadakumpulan rawatan manakala 25 skrip jawapan ujian pos dikutip daripada kumpulan kawalan.Kesemua 50 skrip jawapan ujian pos ini kemudiannya dinilai oleh penyelidik. Contoh bagisoalan ujian pra dan pos boleh dirujuk di bahagian lampiran .

Pemeriksaan terhadap kertas ujian pra dan pos ini dijalankan oleh penyelidik. Kedua-duakumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kawalan menggunakan soalan ujian pra dan pos yangsama. Kedua-dua kumpulan ju menggunakan soalan latihan karangan yang sama.

Tajuk karangan yang digunakan di dalam ujian pra dan pos serta latihan karangan diambildan diubah suai oleh penyelidik berdasarkan soalan karangan yang digunakan di dalam kajian.Soalan ujian pra dan pos ini kemudiannya dibuat kajian rintis di sekolah ternama. Hasil kajianrintis yang dijalankan menunjukkan bahawa soalan-soalan ujian pra dan pos sesuai digunakandalam kajian ini. Melalui perbincangan yang dijalankan bersama guru pakar dan ketua panitia ,

guru berpengalaman serta pemeriksa kertas bahasa melayu UPSR mereka menyatakan bahawasoalan-soalan latihan yang digunakan adalah sesuai digunakan di dalam latihan menuliskarangan di tahap 2. Kesemua soalan latihan menulis karangan terdapat dalam lampiran.

vi. Tatacara pengumpulan dataProsedur Pengumpulan Data

Data-data yang diperoleh oleh penyelidik melalui ujian pra dan pos dikumpulkan dandinilai. Penilaian dibuat oleh penyelidik dengan menggunakan kaedah analisis. Kaedah analisisdigunakan bagi menilai sub-kemahiran dalam karangan iaitu aspek-aspek yang terdapat dalambinaan sebuah karangan. Bagi kriteria pemarkahan, pengkaji mengambil kira pandangan Asraf

et al. (2001) serta penelitian penyelidik terhadap kaedah pemeriksaan kertas bahasa Melayuperingkat UPSR serta perbincangan penyelidik dengan guru pakar bahasa Melayu, pemeriksakertas Bahasa Melayu dan empat orang guru mata pelajaaran Bahasa Melayu tahap 2. Kriteriapemarkahan karangan ini berdasarkan ciri-ciri khusus yang terdapat di dalam sesebuah karangan,Skema pemarkahan karangan yang diubahsuai oleh penyelidik bertujuan untuk membuatpenilaian yang berbentuk analisis ke atas karangan yang dihasilkan oleh pelajar berdasarkanperkara yang berikut.

Pada tahun 2005, Pentaksiran Bahasa Melayu UPSR telah berubah. Kertas penulisan telahdibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

J adual 3.3 : Pembahagian kertas penulisan dan kriteria pemarkahan

Bahagian A (10 markah)

Memindahkan maklumat dari bahan grafik Bahagian B ( 30 markah)

Membina karangan

Bahagian C (20 markah)

Membuat ulasan (nilai/pengajaran)

8/7/2019 cadangan kajian ringkas

http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-ringkas 4/4

Pemeriksaan karangan dibuat secara holistik iaitu keseluruhan. Guru perlu membaca

secara keseluruhan untuk kali pertama untuk menentukan murid membuat karangan menepatikehendak soalan dan menentukan kedudukan skor bagi karangan tersebut sama ada cemerlang,baik, memuaskan atau pencapaian tahap minimum. Bacaan kali kedua untuk meletakkanpenandaan bagi idea yang disampaikan dan juga kesalahan bahasa. Kemudian, guru perlumenetapkan skor bagi karangan tersebut berdasarkan criteria-kriteria yang telah ditetapkan.Jadual penskoran dapat dilihat seperti di lampiran .

Penilaian secara analitis digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini. Penilaian secaraanalitis ialah memberikan markah kepada pelajar mengikut komponen-komponen tertentu(Tunku Mohani Tunku Mohtar 1994). Pemarkahan secara analitis juga mengambilkira kaedahyang digunakan oleh Nor Adibah Ghazali (1999) dan Dayangku Hajah Jauyah Pengiran HajiDamit (1996) yang berpandukan kajian Omaggio (1986):Heaton (1989):Dickins dan Germine(1993). Penilaian dibuat ke atas karangan dengan memecahkan karangan kepada subkemahiran

tertentu dan penyelidik mengubahsuai kaedah tersebut mengikut keperluan kajian ini. Justeruitu, inilah rasionalnya mengapa penyelidik menggunakan kaedah pemarkahan secara analitis.

vii. Cara/Kaedah Penganalisaan DataSkrip latihan karangan yang dibuat oleh pelajar kumpulan rawatan dan kawalan sepanjang 8minggu eksperimen berjalan tidak dianalisis oleh penyelidik. Penyelidik hanya mengkaji skripjawapan ujian pra dan pos sahaja. Terdapat 50 skrip karangan dalam ujian pra iaitu 25 skripkarangan pelajar kumpulan rawatan dan 25 skrip karangan pelajar kumpulan kawalan. Dalamujian pos terdapat 50 skrip karangan iaitu 25 skrip karangan pelajar kumpulan rawatan dan 25skrip karangan pelajar kumpulan kawalan. Kesemua skrip karangan ini telah diperiksa oleh

penyelidik menggunakan kaedah penandaan kertas Bahasa Melayu UPSR. Kesemua markahkarangan ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan program kualitatif.