CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

30
ROZITA BINTI HASAN 780917025024001 ________________________________________________________________________ BAB 1 PENGENALAN KEPADA MASALAH 1.1 Pengenalan Pengajaran matematik yang berkesan bergantung kepada pemahaman yang mendalam terhadap proses pembelajaran, mengenal pasti ciri- ciri perkembangan murid yang berbeza dan faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi untuk belajar. Seseorang guru bergantung kepada perkara-perkara tersebut apabila merancang untuk menyampaikan sesuatu pengajaran. Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif sangat diperlukan untuk memastikan kejayaan proses pengajaran. Dalam proses menyampaikan idea dan kemahiran matematik, guru boleh menggunakan pendekatan tertentu melalui kaedah yang bersesuaian dengan pengajaran yang hendak dijalankan. Menurut Prof. Dr. Abdul Razak Habib (2007), terdapat tiga pendekatan pengajaran yang boleh dan sering digunakan secara bertukar ganti dalam pelbagai model pengajaran supaya murid-murid dapat memahami dan menguasai sesuatu kemahiran. Beliau mengkategorikan pendekatan kepada tiga, iaitu pendekatan pengajaran terus, pendekatan pengajaran penemuan terbimbing dan pendekatan pengajaran penemuan tulin. Mind set yang menganggap matematik satu mata pelajaran yang sukar, latih tubi yang kurang berkesan, penghafalan sebelum kefahaman, kurang penglibatan murid secara cergas dalam pembelajaran, kemusykilan murid yang tidak dikenal pasti terlebih dahulu serta latihan yang tidak mencabar atau tidak menarik atau tidak dipelbagaikan merupakan punca penghalang kepada HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 1

Transcript of CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

Page 1: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

BAB 1 PENGENALAN KEPADA MASALAH

1.1 Pengenalan

Pengajaran matematik yang berkesan bergantung kepada pemahaman yang mendalam

terhadap proses pembelajaran, mengenal pasti ciri-ciri perkembangan murid yang

berbeza dan faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi untuk belajar. Seseorang guru

bergantung kepada perkara-perkara tersebut apabila merancang untuk menyampaikan

sesuatu pengajaran. Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif sangat

diperlukan untuk memastikan kejayaan proses pengajaran.

Dalam proses menyampaikan idea dan kemahiran matematik, guru boleh menggunakan

pendekatan tertentu melalui kaedah yang bersesuaian dengan pengajaran yang hendak

dijalankan. Menurut Prof. Dr. Abdul Razak Habib (2007), terdapat tiga pendekatan

pengajaran yang boleh dan sering digunakan secara bertukar ganti dalam pelbagai model

pengajaran supaya murid-murid dapat memahami dan menguasai sesuatu kemahiran.

Beliau mengkategorikan pendekatan kepada tiga, iaitu pendekatan pengajaran terus,

pendekatan pengajaran penemuan terbimbing dan pendekatan pengajaran penemuan

tulin.

‘Mind set’ yang menganggap matematik satu mata pelajaran yang sukar, latih tubi yang

kurang berkesan, penghafalan sebelum kefahaman, kurang penglibatan murid secara

cergas dalam pembelajaran, kemusykilan murid yang tidak dikenal pasti terlebih dahulu

serta latihan yang tidak mencabar atau tidak menarik atau tidak dipelbagaikan

merupakan punca penghalang kepada pembelajaran matematik. Keadaan-keadaan ini

menjadi penyebab murid tidak meminati dan beranggapan matematik suatu mata

pelajaran yang membosankan.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 1

Page 2: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

Keadaan ini bertambah rumit apabila pendekatan yang dipilih oleh guru lebih kepada

“chalk and talk” dan berpusat kepada guru. Lebih ketara lagi apabila bahan bantu

pembelajaran dengan kaedah yang bersesuai dalam pengajaran dan pembelajaran jarang

sekali diaplikasikan.

Justeru itu, beberapa kaedah boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran matematik. Menurut Mok Soon Sang (1997), kaedah adalah berguna dan

berkesan di dalam proses menyampaikan konsep dan kemahiran matematik serta

penyelesaian masalahnya. Antara kaedah tersebut ialah kaedah kerja praktik, kaedah

penyoalanan, kaedah kuliah, kaedah induksi, kaedah eksposisi dan kaedah inkuiri-

penemuan.

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian

Peratus merupakan salah satu topik yang dianggap penting dalam kurikulum Matematik.

Topik peratus mula diajar pada peringkat akhir sekolah rendah, iaitu pada tahun 5 dan

tahun 6 serta pada awal sekolah menengah di Malaysia. Pada Tingkatan 1, tajuk peratus

mula diajar dalam unit 4 selepas tajuk nombor bulat, pecahan dan perpuluhan. Susunan

sukatan pelajaran ini amat bersesuaian kerana adanya perkaitan tajuk peratus dengan

pecahan dan perpuluhan. Sekiranya murid dapat memahami konsep pecahan dan

perpuluhan dengan baik, maka tajuk peratus adalah mudah untuk dikuasai.

Walaupun murid didedahkan kepada topik peratus di sekolah rendah dan menengah,

pencapaian mereka dalam topik peratus masih di tahap yang kurang memuaskan.

Menurut Paker dan Leinhardt, yang dipetik oleh Nk Suryani Nik Abd Rahman (1995)

dalam kajian beliau tentang pemahaman konsep peratus, merumuskan punca murid dan

orang dewasa mengalami masalah dalam memahami konsep peratus seperti berikut:

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 2

Page 3: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

“Dari aspek sejarah, peratus telah mengalami perubahan dari makna

sebahagian kepada keseluruhan yang digunakan dalam perdagangan,

kepada perkaitan dengan perkadaran, sehinggalah kepada penggunaan

tata tanda peratus yang memberi makna yang berbeza dalam situasi

yang berlainan. Ringkasnya, pengajaran peratus bukan lagi bertumpu

kepada pemahaman makna tetapi cara untuk memperoleh jawapan

melalui pengiraan dengan pantas (hlm.434)”.

1.3 Pernyataan Masalah Kajian

Kajian ini dibuat setelah mendapati peratusan murid menjawab dengan betul soalan

berkaitan peratus adalah rendah. Masalahnya, memang sukar mengajar tajuk peratus

supaya murid dapat memahami konsep peratus. Pemahaman murid tentang peratus amat

rendah dan cetek. Keadaan ini berlaku berkemungkinan pengajaran yang tidak berkesan

atau ketidakfahaman konsep bagi murid tingkatan 1 bagi sekolah dikaji. Semua ini

merupakan andaian penyebabnya. Kenyataan ini adalah berdasarkan keputusan ujian

Akhir Tahun murid-murid Tingkatan 1 sekolah dikaji, di mana hampir 40% murid

gagal menjawab dengan betul soalan tentang peratus.

Berdasarkan kepada keputusan tersebut, maka suatu kajian perlu dilakukan bagi

mengkaji fenomena yang berlaku. Justeru itu, pengkaji bercadang menggunakan kaedah

inkuiri penemuan dalam menyampaikan pengajaran tajuk peratus kepada kumpulan

murid yang dipilih iaitu kumpulan eksperimen. Kajian ini akan dibuat bagi melihat

keberkesanan yang diharapkan hasil pelaksanaan kaedah yang dipilih.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 3

Page 4: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

1.4 Matlamat Kajian

Kajian ini akan dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan kaedah yang dipilih oleh

pengkaji iaitu menggunakan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran tajuk peratus.

1.4.1 Objektif Kajian

Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai objekif berikut:-

1. Untuk menentukan keberkesanan penggunaan kaedah inkuiri penemuan

dalam pengajaran tajuk peratus bagi tingkatan 1.

2. Untuk meninjau penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran

tajuk peratus dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran matematik

bagi tajuk peratus.

1.4.2 Soalan Kajian

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, soalan-soalan kajian berikut di

kemukakan:-

1. Apakah kesan penggunaan kaedah inkuiri penemuan ke atas

pencapaian murid dalam topik peratus?

2. Adakah kaedah inkuiri penemuan menarik minat murid terhadap

pembelajaran tajuk peratus?

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 4

Page 5: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

1.4.3 Hipotesis Kajian

Untuk mencapai tujuan dan kajian dibuat, hipotesis dikemukakan:-

Hipotesis nul 1: Tiada perbezaan yang signifikan dalam pra ujian min skor

bagi tajuk peratus di kalangan murid yang diajar melalui

kaedah inkuiri penemuan berbanding ujian post.

Ha1 : Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pra ujian min

skor bagi tajuk peratus di kalangan murid yang diajar

melalui kaedah inkuiri penemuan berbanding ujian post.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat khususnya kepada guru, murid dan

sekolah yang dikaji serta kepada sesiapa yang berhasrat untuk menggunakan kajian yang

dijalankan sebagai penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Menurut Dr. Nor

Azizah Salleh (2007), output yang anda hasilkan mungkin suatu penemuan atau suatu

teknologi baru atau sesuatu yang boleh dimanfaati oleh kumpulan tertentu, seperti guru,

pentadbir, pelajar atau pembangun kurikulum.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 5

Page 6: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

1.5.1 Kepentingan kepada guru

Ia bagi memastikan guru dapat memilih pendekatan yang paling sesuai digunakan untuk

pengajaran mata pelajaran Matematik. Ini kerana kaedah inkuiri penemuan mempunyai

kelebihannya tersendiri. Hasil kajian yang akan dilaksanakan diharap dapat memberi

manfaat dan panduan kepada guru bagi mencari jawapan kepada kesesuaian pendekatan

yang boleh dipraktikkan dalam menyampaikan pengajaran.

1.5.2 Kepentingan kepada murid

Murid-murid juga diharapkan mendapat manfaat melalui pendekatan yang akan

dijalankan. Pendekatan yang dipilih diharapkan dapat meningkatkan prestasi murid

dalam memahami konsep peratus iaitu perbandingan antara kuantiti yang sama jenis di

mana kuantiti asas dinisbahkan sebagai seratus. Murid juga diharapkan dapat memahami

peratus ialah sama dengan pecahan yang penyebutnya ialah 100 serta memahami maksud

simbol % ialah peratus.

1.5.3 Kepentingan kepada sekolah

Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak sekolah memastikan guru memilih

strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bertepatan bagi mencapai objektif

pembelajaran Matematik. Seterusnya dapat meningkatkan gred purata sekolah bagi mata

pelajaran Matematik.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 6

Page 7: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada tajuk peratus bagi murid Tingkatan 1 sekolah dikaji.

Jumlah pelajar yang terlibat ialah seramai 30 orang murid.

Kajian ini juga akan dilaksanakan dalam tempoh masa sepuluh jam iaitu dalam masa

enam minggu. Selain itu, bahan bantu mengajar yang disediakan seperti kad petak

seratus, kertas plastik petak seratus, gambar rajah bulatan, borang grafik, kad perkataan,

kad simbol, carta pecahan jalur, latihan dan kad jalur pecahan serta kad jalur peratus.

Melalui ujian ‘pra test’ adalah untuk menguji tahap atau pengetahuan sedia ada murid

tentang tajuk peratus, manakala ujian ‘post test’ dilaksanakan selepas sepuluh jam

pengajaran dan pembelajaran bagi kumpulan eksperimen dalam masa enam minggu.

Seterusnya prestasi pelajar boleh diukur melalui semakan latihan ujian pra dan post

yang dijalankan. Berdasarkan prestasi ini, analisa dapat dilaksanakan bagi melihat

perbandingan prestasi ujian pra dan ujian post bagi kumpulan eksperimen.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 7

Page 8: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

1.7 Definisi Istilah

Berikut adalah merupakan definisi kepada istilah yang digunakan sepanjang kajian ini

yang bakal dijalankan:-

1.7.1 Pendekatan Inkuiri Penemuan

Menurut Prof.Dr. Abdul Razak Habib (2007), pendekatan pengajaran inkuiri

penemuan ialah pengajaran di mana guru memberi panduan kepada murid-murid

untuk melakukan aktiviti pembelajaran sehingga mereka menguasai kemahiran

dan prinsip yang ingin disampaikan. Peranan guru amat penting sekali untuk

memberi panduan kepada murid-murid, membantu mereka dalam apa jua

peranan yang akan mereka lakukan, dan pada masa yang sama membantu untuk

memudahkan pembelajaran mereka.

1.7.2 Kumpulan eksperimen

Kumpulan murid yang dipilih oleh pengkaji secara rawak mudah daripada

populasi yang ditentukan bagi menjalankan pengajaran berdasarkan pendekatan

inkuiri penemuan . Mereka ini adalah terdiri daripada 30 murid Tingkatan 1

sekolah dipilih.

1.7.3 Kumpulan Kawalan

Kumpulan murid yang dipilih oleh pengkaji secara rawak mudah daripada

populasi yang ditentukan bagi menjalankan pengajaran menggunakan kaedah

tradisional. Mereka ini adalah terdiri daripada 30 murid Tingkatan 1 sekolah

dipilih.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 8

Page 9: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

1.7.4 Petak seratus

Petak segiempat yang sama besar berjumlah 100 petak dengan kombinasi lajur 10

dan kolum berjumlah 10 , seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah;

1.7.5 Peratus

Peratus ialah suatu nilai yang menunjukkan sebilangan bahagian daripada seratus

bahagian. Contohnya, 5 peratus bermaksud 5 bahagian daripada 100 bahagian.

Ianya juga dianggap sebagai pecahan khas yang penyebutnya seratus. Contohnya,

5 peratus ialah 5/100, simbol untuk peratus ialah %. Misalnya, 5 peratus ditulis

sebagai 5%.

1.7.6 Pecahan

Pecahan ialah suatu nilai yang menunjukkan sebilangan bahagian daripada

keseluruhan. Pengangka ialah bilangan sebahagian yang diletakkan di atas, dan

penyebut merupakan seluruhnya iaitu, angka yang di bahagian bawah. Contohnya

2/5, disebut dua perlima, di mana ‘2’ pengangka manakala ‘5’ penyebutnya.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 9

Page 10: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

1.8 Rumusan

Bab 1 menghuraikan tentang pernyataan masalah, soalan kajian, objektif kajian,

kepentingan kajian dan batasan kajian tentang kaedah penemuan secara bimbingan

dalam tajuk peratus bagi murid tahun 5. Antara lain bab ini juga dapat dirumuskan

bahawa pendekatan penemuan secara terbimbing menggunakan kaedah kerja praktik

dapat membantu murid memahami konsep peratus, berminat matematik, menambahkan

keyakinan diri murid, memudahkan pemahaman murid tentang tajuk peratus serta

seronok belajar matematik. Menurut Shoenfeld,1995 dan Boaler (1998), menyatakan

pengalaman berjaya dalam mengurus pengetahuan sendiri akan membantu pelajar

membuat latihan matematik dengan berkesan.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 10

Page 11: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian ini merupakan satu kajian eksperimen. Kajian ini adalah untuk menguji

keberkesanan kaedah inkuiri penemuan dalam meningkatkan kefahaman dan tahap

penguasaan murid bagi tajuk peratus. Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan

pendekatan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk peratus

dan kajian masa lampau tentang pendekatan kaedah inkuiri penemuan.

2.2 Literatur Berkaitan

Bahagian ini akan menghuraikan pendekatan kaedah inkuiri penemuan,

strategi pembelajaran inkuiri penemuan dalam matematik yang akan digunakan dalam

kajian nanti.

2.2.1 Pendekatan Kaedah Pengajaran Inkuiri Penemuan

Pendekatan ialah cara mendekati sesuatu, iaitu cara bagaimana sesuatu mata

pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Menurut Edward M. Anthony oleh

Mook Soon Sang (1997), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait

dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik,

iaitu kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.

Pendekatan pengajaran inkuiri penemuan ialah kaedah pengajaran yang

menyediakan kepada pelajar dengan data-data dan seterusnya memerlukan

mereka memproses data dan maklumat tersebut kepada keperluan yang

bermakna. Kaedah ini telah dipopularkan oleh Jerome Bruner (1971) di mana

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 11

Page 12: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

beliau aktif mengkaji tentang bagaimana pelajar menyusun maklumat yang telah

dipelajari supaya dapat digunakan untuk membuat keputusan atau menyelesaikan

masalah. Pandangan Jerome Brumner tentang pembelajaran menyamai pendapat

Piaget, di mana menekankan kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada

murid. Menurut Jerome Bruner, pembelajaran merupakan satu proses, bukannya

produk (Bruner, 1966)

Menurut Noraini Idris (2005), pendekatan kaedah inkuiri penemuan menekankan

keperluan membina konsep, prinsip dan pengalaman yang membolehkan pelajar

menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Guru perlu merancang aktiviti

yang sesuai supaya para pelajar berupaya menjalankan aktiviti sendiri dengan

cara memerhati, mencuba dan menguji, di bawah bimbingan guru dan akhirnya

menemui fakta-fakta atau kesimpulan matematik sendiri. Pendekatan kaedah

inkuiri penemuan telah memberi kesan yang baik kepada pengajaran. Dalam

masa menjalankan aktiviti itu, guru tidak memberi jawapan.

Pendekatan kaedah inkuiri penemuan diharap dapat memberi kesan yang baik

kepada pengajaran. Dalam masa menjalankan aktiviti ini, pengkaji tidak memberi

jawapan atau kesimpulan secara langsung, tetapi hanya membimbing murid-

murid mencari kesimpulannya sendiri apabila menghadapi masalah.

Pendekatan kaedah inkuiri penemuan yang digunakan memberi peluang kepada

murid untuk memahami bahawa pengetahuan merupakan hasil daripada

interpretasi murid-murid itu sendiri. Sesuatu interpretasi data bergantung kepada

andaian atau konsep yang dimanipulasikan. Pengetahuan yang dirumuskan

adalah daripada fakta kesahihannya yang boleh diuji dan dengan ini berlaku

perkembangan pengetahuan yang berterusan.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 12

Page 13: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

2.2.2 Strategi Pendekatan Kaedah Inkuiri Penemuan

Penemuan dapat diperoleh dengan menggunakan sama ada strategi pembelajaran

induktif atau deduktif. Dalam proses penggunaan pendekatan inkuiri penemuan,

murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif, dan guru hanya memainkan

peranan dengan memberi bimbingan apabila murid menghadapi masalah dalam

proses mengenal pasti rumusan matematik yang hendak dikaji hinggalah

mencapai objektifnya.

Dalam usaha untuk membantu murid supaya lebih dinamik, bermotivasi,

berkesan, menyeronokkan serta mampu mencapai keputusan yang

memberansangkan dalam menjawab soalan berkaitan peratus, pengkaji akan

menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji keberkesanan pendekatan kaedah

inkuiri pememuan. Pendekatan ini menekankan keperluan membina konsep, serta

prinsip dan pengalaman yang membolehkan murid menggunakannya untuk

menjawab soalan berkaitan peratus. Pengkaji perlu merancang aktiviti yang

sesuai supaya murid berupaya menjalankan aktiviti sendiri dengan cara

memerhati, mencuba dan menguji, di bawah bimbingan guru dan akhirnya

menemui kesimpulan matematik sendiri.

Pendekatan ini menggalakkan murid memainkan peranan sebagai ahli penyelidik

atau penyiasat yang sentiasa melibatkan diri dalam pemikiran dan pembelajaran.

Misalnya, guru menyediakan satu siri aktiviti matematik dan membimbing murid

mengikutinya untuk menemui sesuatu fakta, konsep, atau kesimpulan matematik.

Siri aktiviti pembelajaran boleh menjadi terlalu berstruktur dan dikawal guru,

atau boleh jadi dalam permainan, manipulasi idea dan objek atau perbincangan

terbuka.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 13

Page 14: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

Soalan Peratus Aktiviti dengan kad petak seratus dan plastik petak seratus

Konsep peratus

Fakta peratus

Kemahiran peratus

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

Melalui pendekatan kaedah inkuiri penemuan, nilai-nilai murni seperti motivasi,

minat dan sikap murid dapat diterapkan. Pengkaji juga turut menggunakan gred

pemarkahan sekolah kajian untuk sistem pemarkahan murid. Pengujian tahap

pemahaman konsep peratus melalui ‘pra test’ dan ‘post test’ dengan

menyediakan 10 soalan tentang tajuk peratus. Pelbagai soalan dalam tajuk

peratus dikemukakan untuk menguji tahap pemahaman konsep peratus melalui

pendekatan kaedah inkuiri penemuan. Murid akan membaca dan menjawab

semua soalan mengikut kefahaman masing-masing. Antara bentuk-bentuk soalan

ialah menukar pecahan kepada peratus, menukar peratus kepada pecahan

perseratus dan menukar pecahan bukan perseratus kepada peratus.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 14

Penyelesaian masalah

Page 15: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

2.3 Kajian Berkaitan

Menurut Dr. Nor Azizah Salleh (2007), tinjauan kajian berkaitan menjadi rujukan

kepada pengkaji untuk melihat kajian dalam bidang yang sama oleh pengkaji-pengkaji

lain. Pengkaji-pengkaji lain yang dimaksudkan ialah pengkaji tempatan atau pengkaji di

Malaysia dan pengkaji dari luar negara seperti dari barat atau timur yang menggunakan

pendekatan yang sama dalam mengkaji bidang yang dipilih.

2.3.1 Kajian Lepas di Malaysia

Tai Ai Lee (2000), menggunakan perisian pembinaan prototaip disap berasaskan

pembelajaran bercorak inkuiri penemuan dalam konsep asas luas dan perimeter.

Kajian yang dibuat bertujuan untuk memupuk proses pembelajaran bercorak

inkuiri penemuan di kalangan pelajar dalam pembelajaran konsep asas luas dan

perimeter. Kajian yang berbentuk penyelidikan dan pembangunan ini dijalankan

dalam dua peringkat iaitu Peringkat I ( Pembangunan DisAP) dan Peringkat II

(Penilaian Keberkesanan DisAP).

Dalam Peringkat I, DisAP direkabentuk dan dibangunkan supaya mengandungi

aktiviti pembelajaran dan pengajaran konsep asas dan perhubungan matematik

dalam tajuk yang dikaji berasaskan empat komponen utama proses pembelajaran

bercorak inkuiri penemuan terbimbing iaitu Visualisasi (V), Refleksi (R),

Generalisasi (G) dan Penaakulan (P).

Dalam Peringkat II, keupayaan DisAP dalam memupuk proses pembelajaran

bercorak inkuiri penemuan terbimbing dengan keupayaan pelajar melaksanakan

komponen proses V,R,G dan P dikaji dan dianalisis ke atas sembilan orang

pelajar sekolah menengah. Kajian keberkesanan ini dalam dua fasa iaitu Fasa I

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 15

Page 16: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

(Sebelum Penggunaan DisAP) dan Fasa II (Semasa dan Selepas Penggunaan

DisAP).

Data-data dikumpul berasaskan jalan kerja bertulis ke atas ujian matematik yang

direka khas (Ujian Proses VRGP 1 dan Ujian Proses VRGP 2). Hasil kajian

menunjukkan bahawa prototaip perisian DisAP mampu memupuk proses

pembelajaran bercorak inkuiri penemuan terbimbing di kalangan pelajar

khususnya dalam komponen V,R,G dan P. Kajian ini juga berupaya membantu

pelajar mempertingkatkan kefahaman konsep asas dan mengurangkan tahap

proses “menghafal” rumus dan prosedur matematik di kalangan pelajar dalam

tajuk-tajuk yang dikaji.

2.3.2 Kajian Lepas Luar Negara

M. Setyarini (2006), menganalisa aktiviti dan hasil pembelajaran subjek kimia

pada “materi pokok laju reaksi” melalui pembelajaran inkuiri penemuan ke atas

pelajarnya. Sebelum kajian, pengkaji mendapati kaedah ceramah dalam

pembelajaran menyebabkan pelajar menjadi pasif. Aktiviti mendengar

penerangan guru, mencatat dan membuat latihan bertulis menunjukkan

rendahnya penguasaan konsep “materi pokok laju reaksi” di kalangan pelajar.

Melalui penerapan Kurikulum 2004, guru memilih strategi pengajaran yang

membolehkan pelajar memperoleh pengalaman belajar. Salah satu daripadanya

ialah pembelajaran inkuiri penemuan. Pembelajaran inkuiri penemuan adalah

pembelajaran yang melibatkan pelajarnya terlibat secara langsung dalam proses

penemuan (discovery) suatu konsep di bawah bimbingan dan arahan guru. Proses

penemuan yang dilakukan oleh pelajar dengan melakukan penyelidikan secara

terbimbing diharapkan meningkatkan aktiviti pelajar. Penemuan konsep secara

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 16

Page 17: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

aktif oleh pelajar akhirnya menampakkan peningkatan minat dan penguasaan

konsep pada “materi pokok laju reaksi”.

Tujuan kajian dibuat untuk melihat:-

aktiviti pelajar dalam proses pembelajaran inkuiri

penemuan pada “materi pokok laju reaksi”

penguasaan konsep oleh pelajar

minat pelajar dalam pembelajaran inkuiri penemuan

Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian ujian dan

data yang dikumpul:

hasil keputusan ujian pelajar melalui pembelajaran

inkuiri penemuan pada “materi pokok laju reaksi”

meningkat dari 57% kepada 86% pada siklus I ke siklus

II.

peratusan penguasaan konsep oleh pelajar pada “materi

pokok laju reaksi” meningkat setelah proses

pembelajaran inkuiri penemuan iaitu peningkatan 9%

dari siklus I ke siklus II.

Minat pelajar terhadap pembelajaran inkuiri penemuan

pada “materi pokok laju reaksi” meningkat 3% dari

siklus I ke siklus II.

Sementara itu, para pengkaji barat, Paul A. Kirschner et. all (2006) dalam kajian mereka

membandingkan pengajaran dibimbing dengan pengajaran tidak dibimbing. Hasil kajian

mereka menyokong pengajaran dibimbing berdasarkan pendapat pengkaji-pengkaji

seperti; Aulls (2000), pencapaian dari segi kualitatif adalah kurang melalui pendekatan

pengajaran konstruktivis di mana pelajar gagal mencapai hasil pembelajaran seperti yang

dirancangkan.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 17

Page 18: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

Sementara Moreno (2004) dan Tuovinen dan Sweller (1999), mendapati pelajar yang

belajar sains menggunakan pendekatan penemuan tulin dengan sedikit bimbingan sering

mengalami kekecewaan dan gagal dalam pembelajaran malah menghadapi krisis

kekeliruan dalam mencapai konsep pembelajaran. Sementara Carlson, Lundy, &

Schneider (1992), mendapati akibat permulaan yang silap, menyebabkan pendekatan

yang tidak dibimbing adalah tidak efisyen. Ilmu pengetahuan yang diperolehi adalah

sedikit sahaja selepas aktiviti pembelajaran yang canggih dan terkini.

Kesimpulan pendapat Moreno (2004), mendapati adanya perkembangan diri pelajar iaitu

lebih menguasai pembelajaran dengan lebih mendalam melalui pengajaran dibimbing

berbanding dengan pengajaran penemuan tulin. Pendapat ini disokong oleh Chall (2000)

dan Klahr & Nigam (2004), dalam kajian mereka mendapati pelajar sains belajar lebih

mendalam melalui pengajaran dibimbing dan hasil pembelajaran mereka adalah

memberangsangkan, malah dapat memindahkankan pengetahuan ke dalam konteks yang

baru.

2.4 Rumusan

Daripada hasil tinjauan literatur, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat banyak kajian

yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas yang menunjukkan bahawa pendekatan

kaedah inkuiri penemuan merupakan satu pendekatan yang unik dan mampu memberi

kesan kepada diri pelajar. Kajian ini seterusnya akan mengkaji sejauh manakah

keberkesanan pendekatan kaedah inkuiri penemuan dapat membantu pelajar minat dan

memahami matematik khususnya tajuk peratus.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 18

Page 19: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini merupakan satu kajian ke atas kesan kaedah pembelajaran tradisional dengan

pendekatan kaedah inkuiri penemuan ke atas pencapaian pelajar dalam tajuk peratus.

Lokasi kajian akan dijalankan ialah di salah sebuah sekolah yang terletak berhampiran

sempadan Thailand. Berdasarkan tujuan kajian di atas, bab ini akan membincangkan

mengenai reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, prosedur

pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen ( dua kumpulan dengan ujian pra

dan pasca namun menggunakan kaedah yang berbeza iaitu satu kumpulan eksperimen

dan satu kumpulan kawalan). Pengkaji turut memilih pendekatan kaedah inkuiri

penemuan secara kumpulan untuk mengkaji keberkesanan murid memahami konsep

peratus tingkatan 1. Soalan ujian diberikan kepada murid-murid untuk mendapatkan

keputusan bagi membolehkan pengkaji membuat analisis data yang diperoleh.

Ujian ‘pra test’ adalah untuk menguji tahap atau pengetahuan sedia ada murid tentang

tajuk peratus, manakala ujian ‘post test’ dilaksanakan selepas sepuluh jam pengajaran

dan pembelajaran. Seterusnya prestasi pelajar boleh diukur melalui semakan latihan

ujian pra dan post yang dijalankan. Berdasarkan prestasi ini, analisa dapat dilaksanakan

dan perbandingan prestasi sebelum dan selepas dapat dilihat.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 19

Page 20: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

UJIAN PRASebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

KUMPULAN EKSPERIMEN

Pendekatan kaedah inkuiri penemuan

UJIAN POSTSelepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran disampaikan

KUMPULAN KAWALANKaedah tradisional

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

3.3 Sampel Kajian

Pengkaji telah memilih salah sebuah sekolah kebangsaan di kawasan Changlun, Kedah.

Sekolah ini dikategori sekolah Gred B dengan seramai 561 orang pelajar. Sekolah ini

merupakan sekolah luar bandar. Pencapaian murid-muridnya sederhana, dengan gred

purata sekolah 3.12 iaitu pencapaian tahap gred C.

Empat orang guru ditugaskan mengajar matematik yang masing-masing mempunyai

kelayakan mengajar matematik dalam bahasa Inggeris. Pengkaji telah memilih pelajar

tingkatan 1 untuk menjalankan eksperimen. Seramai 30 orang murid tingkatan 1 dipilih

secara rawak daripada pelbagai tahap kebolehan dalam pelajaran. Kajian ini

dilaksanakan selama sepuluh jam pengajaran dalam masa enam minggu.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 20

Page 21: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

3.4 Instrumen Kajian

Dua jenis instrumen akan digunakan untuk mengkaji tahap keberkesanan pendekatan

kaedah inkuiri penemuan. Ujian yang akan dijalankan ialah ujian pra dan ujian post.

Ujian pra akan dijalankan sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran 10 jam

dilaksanakan. Ujian post adalah ujian yang dilakukan selepas aktiviti pengajaran dan

pembelajaran pada minggu ke-6.

Instrumen kedua ialah soal selidik tentang sikap dan minat murid dengan pendekatan

penemuan secara terbimbing menggunakan kaedah kerja praktik turut disediakan.

3.4.1 Ujian Pra Dan Ujian Post

Sebanyak 10 soalan disediakan untuk dijawab oleh kumpulan eksperimen dalam

ujian pra dan dan ujian post. Soalan-soalan yang diberikan daripada tajuk peratus

iaitu:-

menukar pecahan perseratus kepada peratus

menukar peratus kepada pecahan perseratus

menukar pecahan bukan perseratus kepada peratus

Sampel ujian pra dan post ini dilampirkan bersama seperti di Lampiran A.

3.4.2 Borang Soal Selidik

Sebanyak 20 soalan dikemukakan dengan dua pilihan jawapan , iaitu ‘Ya’ atau

‘Tidak’. Soalan-soalan yang dikemukakan dilampirkan bersama kertas cadangan

ini seperti di lampiran. Sekiranya murid memilih jawapan ‘Ya” lebih daripada 10,

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 21

Page 22: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

maka secara kualitatifnya pendekatan inkuiri penemuan ada perubahannya dan

sebaliknya, seperti di Lampiran B

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji melalui semakan kertas. Sebelum

memulakan ujian, murid-murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing. Murid-

murid diingatkan supaya tidak meniru rakan kerana perbuatan sedemikian akan

mengakibatkan kebenaran kajian diragui.

Selesai menduduki ujian pra, murid akan diajar menggunakan pendekatan inkuiri

penemuan .

Apabila selesai kemahiran peratus diajar, murid-murid akan diuji sekali lagi

menggunakan set ujian yang sama melalui ujian post. Prosedur yang dijalankan adalah

sama seperti semasa menjalankan ujia pra. Selain itu, kumpulan eksperimen juga

diberikan set soal kaji selidik untuk menentukan minat mereka terhadap pembelajaran

mereka melalui pendekatan inkuiri penemuan. Murid-murid diingat menjawab secara

telus tanpa meniru atau mengikut rakan. Prosedur yang dijalankana sama seperti

menjalankan ujian pra dan ujian post.

3.6 Analisis Data

Data yang dikumpul dari instrumen kajian dianalisis dengan mencari frekuensi dan

peratus menggunakan pakej perisisan statistik menggunakan kaedah t-Test. Gred untuk

pemarkahan dirujuk berdasarkan gred sekolah kajian. Pengkaji menyemak jawapan bagi

ujian pra dan ujian post untuk direkodkan.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 22

Page 23: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

Sementara itu soal selidik untuk menentukan minat murid terhadap pendekatan kaedah

inkuiri penemuan diberikan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hasil soal

selidik ini juga disemak dan direkodkan. Hasil dapatan yang diperolehi dapat memberi

gambaran sikap murid-murid tersebut terhadap pendekatan kaedah inkuiri penemuan

yang telah dijalankan. Data yang diperolehi akan dianalisa menggunakan prosedur

deskriptif statistik. Sebarang kelemahan dan kesilapan akan dibincangkan oleh pengkaji.

3.7 Rumusan

Kajian ini merupakan satu kajian pasca-eksperimen untuk mengkaji sejauh mana murid

itu benar-benar memahami sesuatu konsep matematik dengan menggunakan pendekatan

kaedah inkuiri penemuan ini. Perbandingan antara kedua-dua sampel ini dapat dikaji dan

seterusnya dapat membantu guru dan murid dalam usaha meningkatkan prestasi murid

dalam pembelajaran mereka. Dapatan daripada ‘ujian post’ yang diberikan pada akhir

tempoh masa sepuluh jam adalah sangat penting untuk menunjukkan sama ada terdapat

perbezaan prestasi murid mengikut tahap kefahaman mereka.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 23

Page 24: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

RUJUKAN

Abdul Razak Habib (2008). HBEF 4106 School Based Research. Kuala Lumpur.

Open University Malaysia.

Abdul Razak Habib (2007). Pendekatan Pengajaran. Dalam David Lim Chong Lim

et all. HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan (m.s.179). Kuala

Lumpur. Open University Malaysia.

Mohamad Khairuddi bin Yahya et.all (2006). Mathematics Teacher’s Guidebook

Year 5: Percentage (pg.96). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting (1990). Siri Pendidikan: Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (1989). Psikologi, Strategi Pengajaran dan Penilaian Matematik;

Kaedah-kaedah Pengajaran Matematik (m.s.28). Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang (1996). Kaedah Pengajaran Matematik: Matematik KBSR dan

Strategi Pengajaran (m.s.30). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Noraini Idris (2005). Pendekatan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik:

Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik (m.s.43). Seri Kembangan, Selangor:

Lohprint.

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 24

Page 25: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

Nor Azizah Salleh (2007). Masalah Kajian. Dalam David Lim Chong Lim et all.

HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan (m.s.44). Kuala Lumpur.

Open University Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, (1998). Modul

Pengajaran Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah : Peratus (m.s.87). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, (1998). Pengajaran

Pembelajaran Matematik: Perpuluhan dan Peratus Untuk Sekolah Rendah

(m.s.87). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kirschner, Paul A et.all (2000). Why Minimal Guidance During Instruction Does Not

Work : An Analysis of the Failure Of Constructivist, Discovery, Problem Based

Eperiential , and Inquiry-Based Teaching (pg.79-81). Educational Phyhologis.

Nik Suryani Nik Abd Rahman (2005). Konsepsi Pelajar Tingkatan Satu Tentang

Peratus. Kertas Kerja yang Dibentangkan Di Beverly Hotel, Kota Kinabalu

untuk Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Kebangsaan.

Ai Lee, Tan (2000). Pembinaan Prototaip Disap Berasaskan Proses Pembelajaran

Bercorak Penemuan Terbimbing Dalam Konsep Asas Luas Dan Peremeter.

http://www.utm.my/sps/abstract 2000/tai%20ai%20lee.htm.

Mohd. Zan Abdul Rahman (1998). Kaedah Pembelajaran Tingkat Kemahiran

Matematik. Berita Harian, Selasa, 20 Oktober 1998.

http://161.139.39.251/akhbar/education/1998/bh98A20.htm

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 25

Page 26: CADANGAN KAJIAN SEKOLAH

ROZITA BINTI HASAN

780917025024001

________________________________________________________________________

Setyarini, M (2006). Analisis Aktivitas Dan Hasil Belajar Kimia Pada Materi Pokok

Laju Reaksi Melalui Pembelajaran Penemuan Terbimbing Siswa Kelas XI IPA

SMA Negeri 7 Bandar Lampung Tahun Pelajaran 2004-2005.

http://digilib.unila.ac.id/go.php?id=laptunilapp-gdl-res-2006-msetyarini-

366&node=1...

Tengku Zawawi bin Tengku Zainal (2000). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Matematik: Satu Kerangka Umum.

http://mmbers.tripot.com/-MUJAHID/strategi.hmtl

HBEF4106-01 KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH 26