CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN...

14
PROSIDING PERKEM VI, JILID 1 (2011) 124 137 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup, Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 7 Jun 2011 CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID 1 Localization of Zakat Distribution in Malaysia: The Role of Masjid Hairunnizam Wahid ([email protected]) Sanep Ahmad ([email protected]) Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Radiah Abdul Kader ([email protected]) Jabatan Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya ABSTRAK Kajian ini berkaitan dengan cadangan kajian Muhammad Syukri (2006) berkenaan cadangan perlaksanaan kaedah melokalisasikan zakat sebagai satu alternatif penyelesaian kepada permasalahan pengagihan zakat di Malaysia. Kaedah lokalisasi melibatkan proses desentralisasi kuasa mengagih dan memungut zakat dan dilaksanakan oleh amil dan kakitangan institusi zakat di mukim tertentu kepada asnaf di mukim tersebut. Namun begitu kejayaan perlaksanaan konsep lokalisasi perlu dilihat kepada aspek peranan institusi masjid sebagai satu institusi Islam yang paling hampir dengan masyarakat Islam setempat. Beberapa pemboleh ubah diuji menganalisis persepsi amil dan penerima zakat terhadap institusi masjid terutamanya memartabatkan peranan institusi masjid dalam aspek pengurusan zakat. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara peranan masjid dan cadangan lokalisasi pengagihan zakat dan pengaruh peranan masjid terhadap cadangan lokalisasi adalah amat kuat dan signifikan. Beberapa implikasi dasar dan cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini. Kata Kunci: lokalisasi pengagihan zakat, institusi masjid, amil dan penerima zakat. ABSTRACT This study is related to the study done by Muhammad Syukri (2006) on the concept of localization of zakat management as an alternative solution to overcome the problem of zakat distribution in Malaysia. Localization involves the decentralization process of distributing and collecting zakat, conducted by the amil to serve the zakat recipient in the specific area or territory. However the successful implementation of that concept needs to be associated to the role of the mosque as an important Islamic institution that has a very close relationship to the local Muslim community. Several variables were tested and the results showed a significant relationship between the roles of the mosque and the proposed concept of localization. The study also showed that the role of the mosque is statistically significant influencing the perception of localization. Some policy implications and recommendations are discussed in this study. Keywords: localization of zakat management, the mosque, amil, zakat recipient PENGENALAN Dalam sejarah Islam, masjid merupakan satu institusi yang amat penting. Ia bukan sekadar merupakan satu tempat bagi umat Islam melakukan ibadat-ibadat khusus seperti sembahyang, membaca al-Qur’an, berzikir dan seumpamanya, bahkan ia telah dijadikan pusat pembangunan masyarakat Islam yang lebih menyeluruh. Oleh kerana itulah usaha pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w untuk membentuk masyarakat dan negara Islam di Madinah ialah mendirikan masjid. Bahkan pada zaman tersebut, 1 Merupakan sebahagian hasil penyelidikan di bawah geran UKM-GUP-JKKBG-08-03-009

Transcript of CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN...

Page 1: CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1 Localization of Zakat Distribution

PROSIDING PERKEM VI, JILID 1 (2011) 124 – 137

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI),

Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup,

Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 – 7 Jun 2011

CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI

MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1

Localization of Zakat Distribution in Malaysia: The Role of Masjid

Hairunnizam Wahid ([email protected])

Sanep Ahmad ([email protected])

Pusat Pengajian Ekonomi

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Radiah Abdul Kader ([email protected])

Jabatan Ekonomi

Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran

Universiti Malaya

ABSTRAK

Kajian ini berkaitan dengan cadangan kajian Muhammad Syukri (2006) berkenaan cadangan

perlaksanaan kaedah melokalisasikan zakat sebagai satu alternatif penyelesaian kepada permasalahan

pengagihan zakat di Malaysia. Kaedah lokalisasi melibatkan proses desentralisasi kuasa mengagih dan

memungut zakat dan dilaksanakan oleh amil dan kakitangan institusi zakat di mukim tertentu kepada

asnaf di mukim tersebut. Namun begitu kejayaan perlaksanaan konsep lokalisasi perlu dilihat kepada

aspek peranan institusi masjid sebagai satu institusi Islam yang paling hampir dengan masyarakat Islam

setempat. Beberapa pemboleh ubah diuji menganalisis persepsi amil dan penerima zakat terhadap

institusi masjid terutamanya memartabatkan peranan institusi masjid dalam aspek pengurusan zakat.

Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara peranan masjid dan cadangan

lokalisasi pengagihan zakat dan pengaruh peranan masjid terhadap cadangan lokalisasi adalah amat

kuat dan signifikan. Beberapa implikasi dasar dan cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini.

Kata Kunci: lokalisasi pengagihan zakat, institusi masjid, amil dan penerima zakat.

ABSTRACT

This study is related to the study done by Muhammad Syukri (2006) on the concept of localization of

zakat management as an alternative solution to overcome the problem of zakat distribution in

Malaysia. Localization involves the decentralization process of distributing and collecting zakat,

conducted by the amil to serve the zakat recipient in the specific area or territory. However the

successful implementation of that concept needs to be associated to the role of the mosque as an

important Islamic institution that has a very close relationship to the local Muslim community. Several

variables were tested and the results showed a significant relationship between the roles of the mosque

and the proposed concept of localization. The study also showed that the role of the mosque is

statistically significant influencing the perception of localization. Some policy implications and

recommendations are discussed in this study.

Keywords: localization of zakat management, the mosque, amil, zakat recipient

PENGENALAN

Dalam sejarah Islam, masjid merupakan satu institusi yang amat penting. Ia bukan sekadar merupakan

satu tempat bagi umat Islam melakukan ibadat-ibadat khusus seperti sembahyang, membaca al-Qur’an,

berzikir dan seumpamanya, bahkan ia telah dijadikan pusat pembangunan masyarakat Islam yang lebih

menyeluruh. Oleh kerana itulah usaha pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w untuk membentuk

masyarakat dan negara Islam di Madinah ialah mendirikan masjid. Bahkan pada zaman tersebut,

1 Merupakan sebahagian hasil penyelidikan di bawah geran UKM-GUP-JKKBG-08-03-009

Page 2: CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1 Localization of Zakat Distribution

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 125

menurut Ibnu Hisham, masjid telah berkembang sehingga mencapai 18 buah dan terus meningkat

selepas itu (Mokhtar, 2003). Masjid Nabawi di Madinah telah menjadi nadi kepada segala kegiatan

penting di zaman Rasulullah, di mana baginda mendidik umatnya supaya dapat mengatur urusan hidup

dan urusan agama pada peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Lantaran itu, masjid telah

memainkan peranan yang amat luas yang mencakupi aspek-aspek ibadat, ilmu, politik, ekonomi,

ketenteraan, pentadbiran, pembentukan dasar negara, perhubungan antara negara dan sebagainya.

(Lokman dan Musa, 1996)

Dalam memastikan segala aktiviti masjid berjalan dengan lancar, pihak pengurusan masjid

yang diketuai oleh pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid perlu menyusun berbagai bentuk aktiviti

seperti aktiviti keagamaan, aktiviti sosial dan juga ekonomi seperti menubuhkan koperasi, mengadakan

kedai, rumah sewa dan sebagainya. Segala aktiviti ini akan membentuk satu modal sosial yang akan

menyumbang kepada kecemerlangan peradaban masyarakat Islam. Walau bagaimanapun aktiviti

masjid yang telah dilaksanakan dikatakan masih belum mantap (Roslan, 2003) Antara kelemahan yang

dikenal pasti adalah skop aktiviti masjid yang masih sempit, pengurusan tidak sepadu dan selaras dan

kedudukan kewangan masjid yang tidak mantap. Kesannya, kebanyakan masjid hanya berperanan

sebagai tempat sembahyang Jumaat dan sembahyang berjemaah sahaja. Sudah tentu suasana

sedemikian amat berbeza dari peranan masjid yang diasaskan oleh Rasulullah seperti dinyatakan di

atas. Namun sejak akhir-akhir ini, usaha untuk mengembalikan peranan masjid yang komprehensif

telah digerakkan semula dalam banyak negara Islam. Di Malaysia contohnya, berberapa forum,

bengkel dan seminar telah di adakan sejak dua dekad yang lalu untuk menganjurkan supaya pihak

pengurusan masjid di seluruh negara dapat mengembangkan peranan dan aktiviti masjid masing-

masing di samping mempertingkatkan mutu pengurusan. (Jaafar et. al 2001).

Persoalannya adakah peranan masjid dapat diperluaskan lagi kepada aspek pengurusan zakat

dan bagaimana persepsi amil sebagai individu yang bertanggungjawab mengutip zakat dan penerima

zakat terhadap meluaskan peranan masjid sebagai institusi yang terlibat dalam sistem pengurusan

zakat. Kajian ini percaya institusi masjid dapat melaksanakan tanggungjawab ini majoriti amil dan

penerima zakat amat bersetuju terhadap pelaksanaan konsep lokalisasi pengagihan zakat (Radiah et.al,

2010a; 2010b dan 2010c). Perkara ini akan dibincangkan dan dibahaskan di bahagian seterusnya.

KAJIAN LEPAS

Perkataan masjid secara literalnya berasaskan kepada tiga perkataan Arab iaitu misjad bermaksud

tempat untuk sujud, masjad bermaksud dahi lelaki yang menyentuh ketika sujud dan misjid bermaksud

tikar yang kecil. Namun Al-Zarkasyi berpendapat perkataan masjid dipilih disebabkan perbuatan sujud

adalah suatu amalan dalam solat yang paling mulia berbanding perbuatan rukuk yang menghampirkan

seorang hamba kepada tuhan (Mokhtar, 2003). Manakala perkataan zakat secara literalnya diambil

daripada perkataan asas bahara Arab yang bermaksud penyucian dan berkembang (Mannan, 1986). Ia

juga membawa konotasi lain seperti pertambahan, kebajikan dan juga memberi.

Perkataan zakat banyak dinyatakan dalam al-Quran bersama perkataan lain seperti sadaqat

dan solat yang juga merupakan konotasi yang membawa maksud memberi atau kebajikan. Al-Quran

sendiri menyebut tentang zakat sebanyak 82 kali bersama kewajipan mendirikan solat menunjukkan

betapa pentingnya amalan rukun Islam yang keempat ini. Oleh kerana perkataan solat dan zakat banyak

dinyatakan secara seiring dalam Al-Quran, kedua-dua ibadah khusus ini amat signifikan dikaitkan

dengan institusi masjid bersandarkan firman Allah s.w.t dalam surah At-Taubah ayat 18 bermaksud;

Sesungguhnya orang yang wajar mengimarahkan masjid-masjid Allah ialah orang

yang beriman kepada Allah dan kepada hari Akhirat, mendirikan solat dan

menunaikan zakat dan ia tidak takut kecuali Allah, semoga mereka termasuk dalam

golongan orang-orang yang mendapat hidayat. (Tafsir Fi Zilalil Qur’an, h. 355)

Pengajaran ayat ini membuktikan tanda seseorang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat ialah

orang yang sentiasa memakmurkan masjid. Ini juga menunjukkan memakmurkan masjid adalah usaha

atau kerja dan beriman adalah kesan daripada usaha (Nasoha, 2001; h.19). Kesan iman akan membawa

kepada amalan peribadatan iaitu solat dan zakat yang merupakan antara rukun Islam yang lima.

Manakala menurut Qutb (2000), ayat ini hanya menyebut “takut kepada Allah” selepas menyebut dua

syarat keimanan dalaman dan amalan luaran yang akhirnya amalan itu akan dibalas oleh Allah dengan

hidayat, pencapaian matlamat dan kejayaan. Ini menjelaskan sifat takut kepada Allah wujud selepas

teguhnya iman dan diterjemahkan kepada amalan solat dan menunaikan zakat yang dilakukan oleh

mereka yang sentiasa mengimarahkan masjid. Mereka yang tidak sembahyang dan orang yang bakhil

Page 3: CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1 Localization of Zakat Distribution

126 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader

menunaikan zakat tidak akan mendekati masjid (Hamka, 1984; h. 128). Ibn Kathir (2005) pula

menjelaskan Allah s.w.t mempersaksikan keimanan orang-orang yang mengimarahkan masjid. Malah

beliau menambah lagi mereka yang telah mengimarahkan masjid akan dihindarkan azab oleh Allah

s.w.t. ke atas sesebuah kampung (Al-Hafiz Al-Bahai dalam kitab Al-Mustaqsa) dan tidak berpecah

belah serta berpegang kepada jamaah, masyarakat dan masjid (Hadith diriwayatkan oleh Imam

Ahmad). Hamka (1984) berpendapat memakmurkan masjid bermaksud meramaikan dan

menghidupkan berjemaah di dalam masjid. Hanya mereka yang memakmurkan masjid beriman kepada

Allah, percaya kewujudan Allah s.w.t dan hari akhirat, mereka menunaikan solat dan berzakat di

masjid, mendirikan solat berjemaah di saf-saf belakang imam bersama-sama golongan kaya dan

golongan miskin, sehingga habis bersembahyang berkesempatan mengeluarkan zakat kepada yang

berhak menerimanya. Ini menunjukkan segala kegiatan masyarakat termasuklah ekonomi, politik dan

sosial dapat berkembang dengan subur sekiranya ramainya manusia yang mengimarahkan masjid tidak

kira saiz masjid sama ada yang kecil atau masjid yang besar.

Perbahasan di atas jelas menunjukkan masjid mempunyai peranan yang besar dalam

kehidupan individu dan masyarakat. Sejarah di zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ Al-Rasyidin telah

menggambarkan peranan masjid sebagai tempat berlakunya majlis syura berkaitan urusan peperangan,

berlangsungnya perjanjian-perjanjian, persetujuan damai, mengadakan bai’ah kepada pemimpin Islam,

menyebarkan ilmu pengetahuan, memberi kesedaran kepada orang ramai tentang tanggungjawab

mereka menunaikan zakat serta sedekah dan membahagikan kutipan zakat kepada yang berhak dan

pelbagai aktiviti lain. (Mokhtar, 2003; h. 73). Ini juga menjelaskan peranan masjid yang signifikan

dalam aspek pengurusan zakat sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Jika dilihat kepada sejarah pada

zaman Rasulullah s.a.w dalam urusan pengurusan zakat, kutipan dan pengagihan zakat secara

prinsipnya dilaksanakan dalam lokaliti yang sama, bermaksud zakat dikutip dan diagihkan juga di

kawasan yang sama dan tiada lebihan zakat di bawa kepada kerajaan pusat. Menurut Khaf (1999;

h.17), tiada fakta atau laporan menunjukkan lebihan dana atau zakat diagihkan ke kawasan yang lain

ketika zaman Rasullullah s.a.w. Pada zaman tersebut, Rasullullah s.a.w sebagai ketua negara di

Madinah yang pada ketika itu merupakan satu kerajaan yang kecil telah menggunakan khidmat amil

untuk mengutip dan mengagihkan zakat. Malah pada ketika itu, terdapat ramai tenaga manusia bersifat

sukarela berkhidmat dan sumbangan kewangan oleh masyarakat adalah sangat baik kerana masyarakat

Islam pada ketika itu sangat tinggi kepercayaan dan keimanannya. Ini menjadikan sistem zakat pada

zaman tersebut sangat berjaya dan berkesan (Khaf, 1999; h.4).

Khaf (1999) berpendapat peristiwa ini memberikan implikasi penting berkaitan dengan konsep

lokalisasi atau lokaliti yang telah dilaksanakan pada zaman tersebut. Hasil kerajaan telah dibelanjakan

dan diagihkan secara cekap dan efisien dalam sistem zakat dan juga percukaian. Walaupun pada ketika

itu, kerajaan Islam adalah kecil, namun didapati zakat contohnya bukan sahaja telah diagihkan dengan

cekap malah ia telah diagihkan dengan cepat dan pantas selepas zakat dikutip. Khaf (1999) telah

menyatakan pada zaman tersebut, ramai amil setelah kembali daripada misi mengutip zakat pulang

dengan tangan kosong iaitu bermaksud tiada lebihan zakat dibawa pulang kerana mereka telah

mengagihkan zakat tersebut pada masa itu juga selepas mengutip zakat. Keadaan ini menunjukkan

keperluan menerima zakat oleh asnaf adalah mengikut saiz jumlah zakat yang dikutip dan hanya sedikit

jika ada disimpan di baitulmal untuk tujuan awasan masa hadapan. Rumusannya, kejayaan ini adalah

hasil daripada peranan penting institusi masjid dan institusi zakat melalui baitulmal dalam mengutip

dan mengagihkan zakat dan dikuatkan lagi pelaksanaan konsep lokalisasi dalam pengurusan zakat pada

zaman Rasulullah s.a.w.

Adakah peranan institusi masjid dan konsep lokalisasi dapat digabungkan untuk

penambahbaikan sistem pengurusan zakat di Malaysia? Muhammad Syukri (2006) contohnya telah

mencadangkan satu cadangan teoretis lokalisasi zakat dilaksanakan di Malaysia berikutan kewujudan

masalah pengagihkan zakat oleh institusi zakat. Ini berdasarkan jumlah lebihan zakat yang tidak

diagihkan setiap tahun oleh kebanyakan negeri di Malaysia (Muhammad Syukri, 2006; h. 215 dan

Hairunnizam et. al, 2010; h.151). Menurut Muhammad Syukri (2006), ia berlaku disebabkan antaranya

adalah wujudnya jurang perhubungan antara pusat pengurusan zakat dengan asnaf. Pihak pengurusan

zakat dikatakan tidak dapat mengenal pasti asnaf secara tepat terutamanya fakir dan miskin. Ini adalah

kerana terlalu luasnya kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada sesuatu pusat pengurusan zakat.

Semakin besar kawasan dipertanggungjawabkan, semakin luaslah jurang perhubungan antara pusat

pengurusan zakat dengan pembayar zakat. Fenomena ini menjadi semakin bermasalah sekiranya

pengurusan zakat sendiri diurus secara berpusat (Muhammad Syukri, 2006; h.219). Satu kajian telah

dilakukan untuk mengukur tahap penerimaan masyarakat Islam terhadap konsep ini. Kajian oleh

Radiah et.al (2010b, 2010c) telah menunjukkan tahap penerimaan amil serta penerima zakat adalah

tinggi terhadap cadangan lokalisasi pengagihan zakat. Kajian tersebut juga menunjukkan secara

relatifnya tahap persetujuan amil amat tinggi berbanding penerima zakat menunjukkan mereka sebagai

Page 4: CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1 Localization of Zakat Distribution

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 127

pelaksana amat bersetuju cadangan ini dilaksanakan untuk meningkat imej pusat zakat. Namun begitu

peranan masjid sebagai institusi menggerakkan konsep ini tidak dibincangkan dengan jelas

memandangkan kebanyakan amil adalah mereka yang memegang jawatankuasa masjid serta mengutip

zakat di masjid kariah mereka. Ini sebenarnya menjadi motivasi utama kepada kajian ini mengiktiraf

peranan masjid menguruskan zakat. Ini berkemungkinan dapat menyelesaikan masalah geografi yang

luas dan masalah perhubungan antara amil dan penerima zakat memandangkan kedudukan masjid yang

strategik, menjadi tempat pertemuan umat Islam setiap masa dan setiap hari dalam menunaikan ibadah

terutamanya ibadah solat secara berjemaah.

Sebenarnya sejarah telah menunjukkan, konsep lokalisasi telah dilaksanakan di Malaysia

sebelum zaman kolonial lagi. Muhammad Aziz (1993) contohnya telah menjelaskan mengikut

sejarahnya pengurusan zakat sebelum zaman kolonial, umumnya zakat telah dikutip dan diagihkan di

peringkat kampung. Beliau berpendapat, desentralisasi pengurusan zakat adalah tidak bertentangan

dengan syariat Islam malahan kaedah ini akan menjaga kepentingan golongan fakir dan miskin serta

asnaf yang lain (Abdul Aziz, 1993; h.179). Terdapat beberapa kajian lain yang mencadangkan institusi

zakat perlu diadakan sehingga di peringkat kampung, di dalam kawasan masyarakat Islam dan institusi

masjid juga berperanan menjalankan tanggungjawab menguruskan zakat. Institusi masjid yang

dicadangkan adalah masjid berstatus masjid jami’ yang dapat menghimpunkan ramai masyarakat Islam

pada satu-satu masa (Khaf, 1995b dan Zayas, 2003). Persoalannya jika kaedah lokalisasi dilaksanakan,

siapakah yang bertanggungjawab mengutip atau mengagihkan zakat tersebut? Sejarah juga telah

menunjukkan pada zaman sebelum kolonial, para ustaz atau imam di masjid telah berperanan sebagai

amil memandangkan masyarakat Islam amat menghormati dan mempercayai mereka dapat

mengagihkan zakat secara adil (Abdul Wahab, 1995; dan Muhammad Aziz, 1993). Di negara muslim

yang lain seperti Pakistan dan Kuwait, satu jawatankuasa diketuai oleh pemimpin agama diyakini dapat

mengagihkan zakat terutamanya golongan fakir dan miskin (Khaf, 1995b dan Ajeel, 1995). Apabila

masyarakat dapat menerima jawatankuasa ini atau kepercayaan kepada ustaz atau imam mengutip dan

mengagihkan zakat, maka masyarakat Islam mungkin dapat bekerjasasama secara aktif dalam sebarang

kegiatan masyarakat terutamanya membantu masyarakat yang miskin dan membenteras kemiskinan di

kampung mereka (Alatas et.al, 2003).

Rumusnya kajian-kajian terdahulu hanya mencadangkan dan membentangkan konsep

lokalisasi melalui peranan aktif oleh institusi masjid berdasarkan fakta sejarah lampau dan tiada kajian

semasa yang mengkaji kemungkinan ia dapat dilaksanakan pada masa kini berdasarkan penerimaan dan

persepsi masyarakat Islam terhadap konsep lokalisasi pengurusan zakat serta peranan yang sepatutnya

dimainkan oleh institusi masjid. Kajian ini adalah penting bagi memberi cadangan kepada pembuat

dasar terutamanya institusi zakat untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan pengurusan zakat di

Malaysia dan menguatkan lagi keberkesanan perlaksanaan konsep lokalisasi.

METODOLOGI KAJIAN

Kutipan Data dan Pensampelan

Unit analisis kajian ini ialah amil iaitu melibatkan amil tetap dan amil sementara yang mengutip zakat

fitrah khususnya di bulan Ramadan serta asnaf fakir dan miskin yang menerima bantuan kewangan

bulanan dan makanan bulanan mewakili sampel penerima zakat. Asnaf ini dipilih kerana ia mewakili

asnaf zakat yang terbesar iaitu hampir 50 peratus berbanding asnaf yang lain (Hairunnizam et.al, 2010).

Kajian ini tertumpu di negeri Selangor, Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu dan

Kedah (Lihat JADUAL 1). Kajian ini akan mengkategorikan institusi zakat seperti berikut; Selangor

dan Pulau Pinang yang merupakan negeri yang telah mengkorporatkan institusi zakat dalam aspek

kutipan dan pengagihan zakat; WP Kuala Lumpur dan Melaka yang telah mengkorporatkan institusi

zakat dalam aspek kutipan zakat sahaja dan pengagihan masih di bawah pengurusan baitulmal negeri;

Terengganu dan Kedah mewakili negeri yang pengurusan kutipan dan pengagihan zakat yang masih di

bawah tanggungjawab baitulmal negeri. (Laporan Zakat 2008). Perbezaan struktur institusi pengurusan

zakat antara kesemua negeri adalah dijangkakan memberikan hasil keputusan kajian yang seimbang

dan valid.

Spesifikasi Model

Kajian ini cuba menganggar kebarangkalian wujud hubungan antara peranan institusi masjid dan

kelebihan lokalisasi zakat yang melibatkan persepsi pelaksana (amil) dan penerima akhir perkhidmatan

zakat (golongan fakir dan miskin) dalam satu sistem zakat. Setiap pemboleh ubah dalam model adalah

Page 5: CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1 Localization of Zakat Distribution

128 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader

pembolehubah pendam dan akan diuji menggunakan structural equation model (SEM) seperti

cadangan Bryne (2001). Definisi setiap pembolehubah adalah seperti berikut:

1. Cadangan lokalisasi pengagihan zakat.

Cadangan ini telah dibincangkan dengan panjang lebar di bahagian sebelumnya di mana ia merupakan

cadangan Muhammad Syukri (2006). Tiga faktor utama telah dikenal pasti daripada analisis CFA iaitu

perhubungan dan politik, kenal pasti asnaf dan transparensi dan akhirnya kepercayaan kepada institusi.

Lima skala likert telah digunakan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, sederhana, setuju dan sangat

setuju. Nilai purata telah digunakan mewakili setiap faktor memandangkan setiap faktor dipengaruhi

oleh tiga faktor lain (menggunakan pendekatan confirmatory factor analysis (CFA) peringkat kedua)

seperti dalam kajian Radiah et. al. (2010a).

2. Peranan Institusi masjid

Peranan institusi masjid adalah amat luas. Kajian ini mengecilkan skop kepada peranan menguruskan

zakat oleh pihak masjid (lihat Hamka, 1984 dan Mokhtar, 2003). Dua faktor utama telah dikenal pasti

daripada analisis exploratory factor analysis (EFA) dan CFA iaitu program dan aktiviti anjuran masjid

serta pengurusan dan nilai murni kesan daripada kekerapan mengikuti aktiviti masjid. Lima skala likert

juga telah digunakan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, sederhana, setuju dan sangat setuju. Nilai

purata telah digunakan mewakili setiap faktor memandangkan setiap faktor dipengaruhi oleh dua faktor

lain (lihat JADUAL 3 )

Model

Seperti perbincangan sebelum ini, kajian ini menggunakan teknik SEM di RAJAH 1. Ia melibatkan tiga

analisis utama iaitu korelasi dan kovarian kedua-dua pembolehbah bertujuan memastikan wujud

hubungan yang signifikan antara pembolehubah. Model kedua dan ketiga akhirnya melihat pengaruh

pembolehubah peranan masjid terhadap lokalisasi atau sebaliknya untuk menentukan pembolehubah

manakah yang kuat mempengaruhi terhadap pembolehubah lain berdasarkan nilai koefisien. Analisis

akan dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu amil, penerima zakat dan keseluruhan yang

melibatkan kedua-dua kumpulan tersebut.

Analisis Data

Data kajian dianalisis bermula dengan beberapa langkah. Pertamanya analisis faktor telah dilakukan

dengan menggunakan pendekatan EFA dan CFA untuk menguji kesahan (validity) setiap pemboleh

ubah untuk membentuk dan memilih beberapa faktor yang mewakili pembolehubah pendam (latent).

Kedua mengaplikasikan SEM dengan menggunakan perisian AMOS (Bryne, 2001). SEM merupakan

satu teknik pengesahan bagi analisis data yang menjadi perhatian oleh para penyelidik pada masa kini

(Hair et al., 2006). Berbagai-bagai indeks kebagusuaian padanan (goodness of fit-GOF) digunakan bagi

menilai padanan model yang dicadangkan dalam kajian dengan data. Literatur melaporkan terdapat

beberapa indeks ukuran padanan yang selalu digunakan sebagai tanda aras dalam menentukan

kebagusuaian padanan sesuatu model, antaranya chi-square (χ2); root mean-square error of

approximation (RMSEA) (Bollen, 1986; Browne & Cudeck, 1993; Hair et al., 2006; Hu & Bentler,

1999), The tucker-lewis index (TLI) dan normed fit index (NFI) (Hair et al., 2006; Hu & Bentler,

1999), dan comparative fit index CFI) dan normed chi-square (χ2/df) (Hair et al., 2006). Bagi

memantapkan kedudukan konstruk dalam kedua-dua teori tersebut, ujian kebolehpercayaan dan

kesahan konstruk dilakukan. Kebolehpercayaan konstruk juga dilakukan berpandukan

kebolehpercayaan komposit (Cornbach & Meehl, 1955; Bonett, 2002).

Kesahan konstruk pula melibatkan kesahan memusat berdasarkan nilai normed fit index (NFI):

nilai menghampiri 0.9 dan lebih menunjukkan skala kesahan menumpu yang baik (Bentler dan Bonett,

1980); (CFI): nilai menghampiri 0.90 dan lebih menunjukkan skala sedimensi yang baik (Bentler,

1990); (RFI): nilai menghampiri 1 menunjukkan kebagus penyusuaian yang baik (Bollen, 1986); (TLI)

merupakan analisis struktur momen: Nilai menghampiri 1 menunjukkan kebagusan penyuaian yang

baik (Bentler dan Bonett, 1980) dan akhirnya (RMSEA): nilai menghampiri 0.08 atau kurang untuk

RMSEA menunjukkan kesesuaian penganggaran ralat (Bollen, 1989; Browne & Cudeck, 1993; Hair et

al., 2006; Hu & Bentler, 1999). Kajian ini akan menggunakan kesemua indeks tersebut sebagai syarat

utama sesuatu model SEM diterima dan seterusnya dianalisis secara empirikal.

Page 6: CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1 Localization of Zakat Distribution

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 129

DAPATAN KAJIAN

JADUAL 2 menunjukkan majoriti responden termasuklah amil dan penerima zakat memilih masjid

sebagai institusi yang bertanggungjawab menguruskan zakat di peringkat lokaliti dan mukim tertentu

berbanding tempat lain seperti dewan orang ramai atau pejabat rukun tetangga. Namun begitu ramai

juga responden memilih pejabat khas zakat di masjid. Sebenarnya kajian ini berpendapat, pejabat

cawangan pusat zakat perlu dibina di masjid tertentu terutamanya masjid jami’ yang mewakili sesuatu

mukim tertentu kerana saiznya yang besar serta jemaahnya yang ramai.

JADUAL 3 pula menunjukkan analisis EFA untuk menentukan kelompok faktor utama

pemboleh peranan masjid. Namun sebelum itu, ia perlu dirujuk kepada keseluruhan padanan

berdasarkan kriteria scree test dan latent root criterion. Ujian kesahan menunjukkan nilai keseluruhan

alpha Cronbach bersamaan 0.865 menunjukkan ia skala kesahan yang baik. Kajian ini mendapati

kriteria scree test adalah 2 iaitu menunjukkan kesemua pemboleh ubah cerapan terbahagi kepada 2

faktor utama. Manakala kriteria latent root criterion berdasarkan peratusan variasi keseluruhan

menunjukkan 58.96 peratus dan pembahagian kedua-dua variasi untuk ketiga-tiga faktor adalah

seimbang masing-masing ialah 32.23 dan 26.72. Oleh itu kesemua faktor adalah sesuai untuk analisis

seterusnya setelah meneliti nilai kecukupan pengukuran pensampelan (measure of sampling adequacy-

MSA), muatan faktor dan faktor communalities. Kajian mendapati kesemua faktor tersebut melebihi

nilai tahap yang sesuai iaitu 0.5 (lihat Hair et.al 2006 h. 144-162). JADUAL 4 pula menunjukkan hasil

analisis CFA dengan menggunakan SEM. Perbezaan yang jelas berbeza adalah jumlah faktor bagi

setiap kelompok faktor telah berkurangan kepada 2 faktor bagi setiap kelompok. Namun apa yang

penting dalam teknik CFA, kebagusuaian padanan sesuatu model (GOF) adalah amat penting untuk

dilihat sebelum meneruskan analisis sesuatu faktor. Didapati nilai χ2 = 2.52; CFI = 0.998; RFI = 0.973;

NFI = 0.997; TLI = 0.984; RMSEA = 0.037. Oleh itu pembentukan pembolehubah peranan masjid

(pembolehubah pendam) akan diproksikan oleh pembolehubah cerapan daripada analisis CFA tersebut.

JADUAL 5 pula menunjukkan analisis EFA iaitu langkah menentukan kelompok faktor utama

penentu terhadap pemboleh ubah lokalisasi. Keseluruhan padanan berdasarkan kriteria scree test dan

latent root criterion. Ujian kesahan menunjukkan nilai keseluruhan alpha Cronbach bersamaan 0.946

menunjukkan skala kesahan yang baik. Kriteria Scree test adalah 3 iaitu menunjukkan kesemua

pemboleh ubah cerapan terbahagi kepada 3 faktor utama. Manakala kriteria latent root criterion

berdasarkan peratusan variasi keseluruhan menunjukkan 60.56 peratus dan pembahagian ketiga-tiga

variasi untuk ketiga-tiga faktor adalah seimbang masing-masing ialah 24.96, 18.23 dan 13.37. Oleh itu

ia adalah sesuai kesemua faktor sesuai untuk analisis seterusnya. Nilai kecukupan pengukuran

pensampelan (MSA), muatan faktor dan faktor communalities pula didapati melebihi nilai tahap yang

sesuai iaitu 0.5. Berdasarkan JADUAL 5, sebanyak 3 kelompok faktor telah dibentuk berdasarkan

EFA. Ketiga kelompok faktor tersebut ialah perhubungan dan transparensi, asnaf mudah dikenal pasti

dan efisien, dan akhirnya kepercayaan kepada sistem dan institusi. JADUAL 6 pula menunjukkan hasil

analisis CFA dengan menggunakan SEM. Perbezaan yang jelas berbeza adalah jumlah faktor bagi

setiap kelompok faktor telah berkurangan kepada 3 faktor bagi setiap kelompok. Namun apa yang

penting dalam teknik CFA, kebagusuaian padanan sesuatu model (GOF) adalah amat penting untuk

dilihat sebelum meneruskan analisis sesuatu faktor. Didapati nilai χ2 =179.4; CFI = 0.965; RFI = 0.926;

NFI = 0.960; TLI = 0.935; RMSEA = 0.077. Oleh itu pembentukan pemboleh ubah lokalisasi

(pemboleh ubah pendam) akan diproksikan oleh 3 kelompok faktor yang terdiri daripada pemboleh

ubah cerapan daripada analisis CFA tersebut.

JADUAL 7 menunjukkan korelasi dan kovarian antara pemboleh ubah peranan masjid dan

lokalisasi. Kajian mendapati kedua-dua pemboleh ubah mempunyai nilai kolerasi yang sederhana bagi

penerima zakat (0.567) dan keseluruhan (0.599) tetapi agak tinggi bagi amil (0.825). Hubungan antara

kedua-dua pemboleh ubah ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi kesemua model

pada aras ke ertian 1 peratus. Ini menunjukkan kedua-dua pemboleh ubah pendam boleh dianalisis

untuk peringkat seterusnya iaitu analisis regresi. Manakala bagi kriteria kebagusuaian padanan sesuatu

model (GOF) adalah amat penting untuk dilihat sebelum meneruskan analisis sesuatu faktor. Didapati

nilai χ2 = 96.93; p=0.000; χ

2/df = 8.07; CFI = 0.975; RFI = 0.893; NFI = 0.971; TLI = 0.905; RMSEA

= 0.057 menunjukkan model yang baik. Akhirnya JADUAL 8 adalah hasil regresi untuk menguji

adakah institusi lebih dominan berbanding persepsi terhadap lokalisasi atau sebaliknya. Hasil kajian

menunjukkan peranan institusi masjid adalah signifikan dan lebih dominan mempengaruhi lokalisasi

daripada perspektif amil dan secara keseluruhan amil dan penerima zakat. Contohnya untuk amil,

apabila institusi masjid meningkat satu unit, persetujuan cadangan lokalisasi meningkat 1.370 unit.

Manakala bagi keseluruhan responden, apabila institusi masjid meningkat 1 unit, lokalisasi akan

meningkat 0.633 unit. Namun sekiranya dilihat pengaruh persetujuan cadangan lokalisasi terhadap

institusi masjid, bagi amil, satu unit kenaikan dalam lokalisasi akan meningkatkan persetujuan peranan

Page 7: CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1 Localization of Zakat Distribution

130 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader

institusi masjid hanya sebanyak 0.496 unit dan keseluruhan responden pula peningkatan hanya 0.567

unit. Dalam aspek kriteria kebagusuaian padanan model ini, model ini adalah baik kerana kajian ini

mendapati nilai χ2 = 96.93; p=0.000; χ

2/df = 8.07; CFI = 0.975; RFI = 0.893; NFI = 0.971; TLI = 0.905;

RMSEA = 0.057 yang secara keseluruhannya menunjukkan satu model yang baik.

JADUAL 9 menunjukkan kekerapan responden ke masjid menunaikan solat secara berjemaah

dan mendapati amil adalah responden yang paling kerap ke masjid berbanding penerima zakat. Hampir

81 peratus amil menunaikan solat secara berjemaah melebihi 4 waktu di masjid berbanding penerima

zakat hanya 26 peratus. Namun begitu, sebanyak 18.4 peratus penerima zakat langsung tidak ke masjid

setiap hari berbanding amil yang tidak sampai 1 peratus. Dapatan ini jelas menunjukkan komitmen

yang tinggi amil sebagai pelaksana dalam sistem pengurusan zakat dan kemungkinan pelaksanaan

konsep lokalisasi di masjid dapat dilaksanakan dengan jayanya.

CADANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Masjid adalah institusi Islam yang amat penting bermula zaman Rasulullah s.a.w. sehingga ke hari ini.

Malah pada hari ini dan pada zaman ini, peranan institusi masjid perlu diperluaskan dan diperhebatkan

lagi kerana banyak masalah telah muncul dalam aspek ekonomi, politik dan sosial di dalam masyarakat

adalah disebabkan antaranya masyarakat semakin menjauhi masjid. Perlu diperhatikan bahawa ciri

tegaknya syi’ar Islam itu dengan melihat telah fungsinya masjid. Masjid, di samping sebagai pusat

kegiatan ibadah, juga sebagai pusat kegiatan sosial ekonomi. (Mutiara & Muchtar, 2010). Allah s.w.t

telah berjanji bahawa mereka yang mengimarahkan masjid akan mendapat pertunjuk dan kejayaan di

dunia dan akhirat (At-Taubah:18) tetapi masyarakat Islam masih lagi kurang meyakininya. Sidi

Gazalba (1976; h.153-159) berpendapat masjid sebagai pusat ibadah melaksanakan sembahyang fardu,

pusat peningkatan ibadah puasa, tempat i’tikaf, tempat paling sesuai untuk membaca al-Quran malahan

juga tempat paling sesuai untuk membayar dan menerima zakat.

Kajian ini percaya permasalahan pengurusan zakat sepatutnya diselesaikan bermula di masjid

sebagai institusi utama komuniti Islam seiring dengan konsep lokalisasi pengurusan dan pentadbiran

zakat. Banyak rintihan penerima zakat yang mengeluh amat sukar dan jauh untuk memohon bantuan

zakat terutamanya asnaf yang sudah uzur dan mereka telah memberikan respons yang kuat agar amil

perlu mendekati mereka atau kedudukan institusi zakat perlu hampir dengan mereka. Walaupun agak

sukar namun sebenarnya langkah ini memberi peluang kepada pusat zakat mendekati asnaf secara

langsung (sebagai pelanggan dalam sistem perkhidmatan zakat) dengan menjadikan masjid atau

sekurang-kurangnya surau untuk dijadikan satu pejabat cawangan zakat. Ini secara tidak langsung akan

menggalakkan mereka datang ke masjid bukan sahaja memohon zakat, malah boleh mengagihkan zakat

kepada asnaf sekiranya layak. Tambahan lagi pihak zakat perlu perbanyakan program dan aktiviti

bersama pihak masjid untuk menggalakkan asnaf khasnya dan masyarakat amnya berterusan

mengimarahkan masjid kerana kesannya amat besar kepada iman dan Islam individu Muslim (At-

Taubah:18). Konsep zakat itu adalah penyucian harta dan penyucian harta sepatutnya dilakukan di

masjid dan masyarakat sebenarnya majoritinya amat berminat membayar zakat fitrah dan harta di

masjid berbanding di pejabat baitulmal mahupun pusat membeli- belah (Mutiara & Muchtar, 2010,

h.16 & Marlina, 2010).

Peranan imam masjid perlu diperluaskan lagi dan dimartabatkan. Jika dilihat sejarah pre-

kolonial, imam amat dihormati oleh masyarakat kerana beliau juga merupakan seorang ustaz yang

membimbing masyarakat dalam hal-ehwal ibadah seperti solat Jumaat, solat jenazah, nikah kahwin

serta menguruskan zakat. Namun kajian ini berpendapat, peranan imam boleh diteruskan kerana

peribadinya yang dapat diterima oleh masyarakat setempat (Mutiara & Muchtar, 2010). Jika di

sesetengah masjid terutamanya masjid jami’dapat dijadikan cawangan pusat zakat, mana lantiklah

imam menjadi amilnya dengan bergaji penuh, berjawatan tetap dan profesional. Ini sekurang-

kurangnya dapat mengatasi masalah tanggapan masyarakat bahawa amil yang dilantik adalah tidak

profesional (Abdul-Wahab et.al, 1995). Di Selangor, terutamanya di masjid jami’, jawatan imam

pertama adalah jawatan lantikan dari kerajaan negeri. Oleh itu dicadangkan jawatan imam kedua juga

adalah jawatan lantikan yang fokus menguruskan hal-ehwal perekonomian terutamanya zakat (di

samping bergilir menjadi imam) manakala imam pertama hanya fokus kepada hal-ehwal ibadat

terutamanya solat. Ini seiring dengan ayat dalam surah At-Taubah, ayat 18 yang telah dibincangkan

sebelumnya. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan masyarakat di lokaliti tertentu

membayar zakat fitrah dan harta. Ini juga akan meluaskan lagi peranan imam di lokaliti tertentu

terlibat dalam proses pengagihan zakat berbanding amalan kini yang kuasa meluluskan bantuan zakat

di pusatkan di peringkat institusi zakat negeri. Ini boleh dilaksanakan secara terus tanpa melalui proses

birokrasi kerana amil yang merupakan amil orang tempatan dan menjadi imam. Ini akan memudahkan

Page 8: CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1 Localization of Zakat Distribution

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 131

proses penyiasatan permohonan bantuan zakat kerana beliau kenal secara rapat dan langsung kepada

masyarakat setempat. Ini akhirnya akan meningkatkan imej dan keyakinan pembayar dan penerima

zakat terhadap pengurusan zakat oleh institusi zakat.

Melalui cadangan lokalisasi pengurusan zakat, pengimarahan masjid oleh asnaf secara

khususnya dan masyarakat sekeliling secara umumnya di peringkat mukim mungkin boleh ditingkatkan

melalui penglibatan amil secara aktif di peringkat mukim. Amil mukim dicadangkan berperanan bukan

sahaja mengutip zakat dan mengenal pasti potensi asnaf di kariah dan kampung masing-masing, malah

lebih penting lagi mendekati asnaf dengan lebih dekat melalui program yang telah dicadangkan tetapi

kali ini di peringkat mukim atau kampung. Ini akan menggalakkan penerima zakat bukan sahaja perlu

ke masjid untuk memohon atau menerima bantuan, malah dapat memastikan asnaf dapat dipantau

dengan lebih dekat, malah lebih penting aspek keagamaan dan sosial dapat dipertingkatkan kerana ia

merupakan asas falsafah zakat itu sendiri. Nilai-nilai keagamaan yang berkaitan dengan latar belakang

pendidikan, budaya dan sebagainya antara asnaf mungkin berbeza antara kawasan, kampung atau

negeri yang memerlukan pengalaman amil mukim tersebut menangani dan mengatasi isu tersebut. Ini

akan meningkatkan lagi kualiti pengagihan zakat yang bukan sahaja mengagihkan bantuan zakat malah

mengadakan program-program keagamaan melalui dana zakat yang dikutip. Adalah diharapkan nilai

keagamaan penerima zakat terutamanya asnaf fakir dan miskin terus meningkat.

KESIMPULAN

Pencapaian matlamat kejayaan di dunia dan akhirat perlulah bermula dengan meningkatkan peranan

institusi masjid. Masjid adalah institusi menyuburkan ibadah solat di mana ibadah ini membentuk

hubungan kepada Allah s.w.t manakala zakat pula adalah ibadah yang membentuk hubungan sesama

manusia dan alat mengatasi masalah sosio-ekonomi masyarakat. Jika peranan masjid diperluaskan dan

digiatkan kepada secara berterusan kepada masyarakat, maka segala penyakit masyarakat Islam

termasuklah aspek ekonomi akan dapat diselesaikan. Masjid sebenarnya berperanan sebagai jantung

dan nadi masyarakat (Nasoha, 2001), oleh itu ia perlu dipelihara dengan baik dan berkesan. Apa yang

penting masyarakat Islam perlu terlebih dahulu mengimarahkan masjid tidak kira golongan tua atau

muda, miskin ataupun kaya dan sebagainya agar segala kejayaan di dunia mahupun akhirat akan

tercapai. Mudah-mudahan kejayaan ini akan meningkatkan lagi imej Islam terutamanya imej masjid

dan imej institusi zakat di Malaysia.

RUJUKAN

Abdul Aziz Muhammad. (1993). Zakat and Rural Development in Malaysia. Kuala Lumpur: Berita

Publishing.

Abdul-Wahab, Mohamed et al. (1995). “Malaysia” (A Case study of Zakat Management), in: el-Ashker

and Sirajul Haq (eds.), Institutional Framework of Zakat: Dimensions and Implications,

Jeddah, IRTI/IDB, p. 297-378.

Ajeel, Abd Al Qader Dahi. (1995). Kuwait. In in: el-Ashker and Sirajul Haq (eds.), Institutional

Framework of Zakat: Dimensions and Implications,Jeddah, IRTI/ IDB p. 259-295

Alatas V, Pritchett L and Wetterberg A. (2003). Voice lessons: Local Government Organizations,

Social organizations, and the quality of Local Governance. Policy Research Working Paper

2981 The World Bank. 2003.

Bentler, P.M. & Bonett, D.G. (1980). Significance tests and goodness of fit in the analysis of

covariance structures. Psychological Bulletin, 88, 588–606.

Bentler, P.M. (1990). Comparative Fit Indexes in Structural Models. Psychological Bulletin,

107(2):238-246

Bentler, P.M. & Bonett, D.G. (1980). Significance tests and goodness of fit in the analysis of

covariance structures. Psychological Bulletin, 88, 588–606.

Bollen, K.A. (1986). Sample size and Bentler and Bonett’s nonnormed fit index. Psychometrika, 51,

375–377.

Bonett, D.G. (2002). Sample Size Requirements for Testing and Estimating Coefficient Alpha. Journal

of Educational and Behavioral Statistics, Vol. 27, No. 4 (Winter, 2002), pp. 335 -340

Browne, M.W., & Cudeck, R. (1993). Alternative ways of assessing model fit, in Testing structural

equation models. K.A. Bollen and J.S. Long, (Eds.) Newbury Park, CA: Sage, 136-62.

Bryne, B.M. (2001). Structural Equation Modeling with AMOS: Basic Concepts, Applications and

Programming. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.

Page 9: CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1 Localization of Zakat Distribution

132 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader

Cronbach L.J And Meehl P.E. (1955). Construct Validity In Psychological Tests. Psychological

Bulletin, 52, 281-302.

Hair F.J, Black W.C, Babin B.J, Anderson, R.E & Tatham, R.L. (2006). Multivariate Data Analysis. 6th

edition. United States: Prentice Hall

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad and Radiah Abdul Kader. (2009). Pengagihan Zakat oleh Institusi

Zakat di Malaysia: Mengapakah Masyarakat Islam Tidak Berpuashati? Jurnal Syariah. 17 (1)

2009: 89-112 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2010). Pengagihan Zakat oleh Institusi

Zakat kepada Lapan Asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR. 4(1) 2010: 141-

170.

Hamka. (1984). Tafsir Al-Azhar Juzuk X. Surabaya: H. Abdul Karim.

Hu, L., & Bentler, P. M. (1999). Cut off criteria for fi t indexes in covariance structure analysis:

Conventional criteria versus new alternatives. Structural Equation Modeling, 6(1), 1-55.

Ibn Kathir, Isma'il ibn 'Umar. (2005). tafsir Ibnu Kasir. (terj.) Bahrun Abu Bakar. Bandung : Sinar Baru

Algensindo.

Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad, Mariani Majid & Hairunnizam Wahid. (2001). Dana dan Harta Masjid di

Malaysia: Ke arah Pengurusan Strategik. National Workshop on Capacity Building Towards

Excellance in Econ. Research & Policy Formulation, 23-24 April 2001, Anjuran Fakulti

Ekonomi UKM dan UUM.

Khaf, Monzer. (1995a). Zakat: Unsolved Issues in contemporary Fiqh. In Sadeq et. al (eds.)

Development and Finance in Islam. Kuala Lumpur: Zafar Press Pte. Ltd.

Khaf, Monzer. (1995b). Applied Institutional Models For Zakat Collection and Distribution in Islamic

Countries and Communities. in: el-Ashker and Sirajul Haq (eds.), Institutional Framework of

Zakat: Dimensions and Implications,Jeddah, IRTI/ IDB p. 197-228

Khaf, Monzer. (1999). The performance of the institution of zakat in Theory and practice. International

conference on Islamic economics towards the 21st Century, Kuala Lumpur, April 26-30, 1999.

Laporan Zakat. (2008).

Lokman & Musa. (1996). Pengantar Sains Pengurusan Masjid. Melaka: Majlis Agama Islam Melaka

dan Kolej Islam Melaka.

Mannan M.A. (1986). Islamic economics: Theory and practice. Cambridge : Hodder and Stroughton

Marlina Ekawaty. (2010). Memperkasakan Pengurusan Zakat Di Institusi: Isu Dan Cabaran. The 4th

Isdev International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2010): Zakat

Transformation: From Subsistence To Productive. 21– 22 Disember 2010. Anjuran Centre For

Islamic Development Management Studies (ISDEV)

Mokhtar, Shaik Ali Mohammad. (2003). Peranan Masjid dalam Islam.(Terj.) Kuala Lumpur: Yayasan

Dakwah Islamiah Malaysia.

Muhammad Syukri Salleh. (2006). Lokalisasi Pengagihan Zakat: satu Cadangan Teoritis. dalam

Hailani & Abdul Ghafar (penyt). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan. Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Mutiara Dwi Sari dan Muchtar Ahmad. (2010). Memperkasakan Zakat: Dari Pengumpulan Terus Ke

Pengagihan. The 4th Isdev International Islamic Development Management Conference

(IDMAC 2010): Zakat Transformation: From Subsistence To Productive. 21– 22 Disember

2010. Anjuran Centre For Islamic Development Management Studies (ISDEV)

Nasoha Saabin. (2001). Siri Islam dan Masyarakat: Memartabatkan Masjid. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors Sdn Bhd.

Nik Mustapha Nik Hassan. (1991). Zakat in Malaysia: Present and Future Status. In Sadeq et. al (eds.)

Development and Finance in Islam. Kuala Lumpur: Zafar Press Pte. Ltd

Qutb, Sayid. (2000). Tafsir Fi Zilalil Qur’an. (terj.) Yusoff Zaky Hj Yacob. Kelantan: Pustaka Aman

Press Sdn Bhd.

Roslan Mohamed. (2003). Keberkesanan Program Masjid: Kajian Umum Masjid-Masjid di Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam Norrodzoh Siren & Yusmini Md Yusof. Membangun

Institusi Masjid. Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication

Radiah Abdul Kader, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. (2010a). Faktor Penentu Terhadap

Cadangan Lokalisasi pengagihan Zakat: Pendekatan Analisis Pengesahan Faktor (CFA).

dalam Mariani Abdul Majid et.al (penyt.) Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi

Malaysia ke V 2010: Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi. Jilid II pp. 88-103.

Radiah Abdul Kader, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. (2010b). Cadangan Melokalisasikan

Pengagihan Zakat: Persepsi Amil dan penerima Zakat. Seminar SEBUMI 3 2010. Penjanaan

Ilmu Serumpun Ke arah Kelestarian Penyelidikan dan Kecemerlangan Akademik

Page 10: CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1 Localization of Zakat Distribution

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 133

Radiah Abdul Kader, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. (2010c). Cadangan Melokalisasikan

Pengagihan Zakat Di Malaysia: Satu Kajian Empirik The 4th ISDEV International Islamic

Development Management Conference (IDMAC, 2010) Zakat Transformation: From

Subsistence to Productive 21st-22nd December 2010. Organized by: Centre for Islamic

Development Management Studies (ISDEV) and Universiti Sains Malaysia

Sidi Gazalba. (1976). Masyarakat Islam.Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Zayas F.G. (2003). The Law and Institution of Zakat.(Terj).Kuala Lumpur: The Other Press.

Nota: pengaruh

kovarian

RAJAH 1: Hipotesis hubungan antara peranan masjid dan cadangan lokalisasi

JADUAL 1: Responden Kajian

Responden

Negeri Amil Asnaf

Selangor 112

(27.50)

69

(10.00)

Pulau Pinang 51

(12.50)

101

(14.70)

Wilayah Persekutuan 68

(16.70)

130

(18.90)

Melaka 37

(9.10)

113

(16.40)

Terengganu

Kedah

88

(21.60)

51

(12.50)

171

(24.90)

103

(15.0)

Jumlah 407

(100.00)

687

(100.00)

Nota: ( ) peratusan daripada Jumlah keseluruhan

JADUAL 2: Cadangan tempat menguruskan zakat di peringkat lokaliti

Responden

masjid

dewan

orang ramai

pejabat rukun

tetangga

pejabat khas

zakat lain-lain

Asnaf

Amil

Jumlah

705

181

886

27

3

30

15

0

15

59

10

69

1

0

1

1

1

1

Institusi

Masjid

Lokalisasi

Pengagihan

Zakat

Pengagihan

cekap dan efisien

Perhubungan dan

politik e

e

Kepercayaan

e

Program &

aktiviti

Nilai murni &

Pengurusan

e

e

Page 11: CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1 Localization of Zakat Distribution

134 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader

JADUAL 3 : Analisis EFA terhadap konstruk pemboleh ubah peranan Masjid

Kelompok Pembolehubah

Item2

MSA1

Muatan Faktor Komunaliti

1 2

Program dan aktiviti ( 6 item)

Peranan masjid mengagih zakat

Peranan kegiatan ekonomi

Bersolat jemaah ikuti aktiviti

Majlis ilmu menambah pengetahuan

cepat dan cekap menguruskan zakat

Hubungan erat dengan ahli kariah

Nilai murni & pengurusan (4 item)

Masjid menggalakkan kegiatan ekonomi

Masjid jami’ sesuai jadi cawangan ins zakat

Pengurusan masjid cekap

nilai-nilai murni kesan aktiviti masjid

X2

X5

X6

X7

X9

X10

X1

X3

X4

X8

.835

.751

.755

.731

.846

.881

.857

.798

.738

.832

.763

.762

.834

.579

.533

.700

.668

.827

.845

.533

.613

.598

.706

.500

.738

.443

.565

.516

.705

.723

.527

Hasil tambah Kuasa Dua (eigenvalue)

Peratusan varians

3.223

32.23

2.673

26.72

Jumlah

5.896

58.96

Nota: Kaedah Penyarian: Analsis Komponen Utama. Kaedah Putaran: Varimax dengan Normalisasi

Kaiser. Putaran bertumpu pada 3 lelaran.

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy = 0.798

Bartlett's Test of Sphericity : signifikan pada aras ke ertian 1% 1 (MSA) mengukur kecukupan pensampelan. Nilai = 0.50 dan lebih adalah dalam julat yang diterima.

2 Cronbach Alpha (α) keseluruhan= 0.865; nilai= 0.70 dan lebih menjelaskan keutuhan skala.

JADUAL 4: CFA peringkat pertama terhadap pemboleh ubah peranan masjid

Kelompok Pembolehubah

Item Muatan Faktor

1 2

Program & aktiviti (2 item)

Bersolat jemaah ikuti aktiviti

Hubungan erat dengan ahli kariah

Nilai murni & pengurusan (2 item)

Pengurusan masjid cekap

nilai-nilai murni kesan aktiviti masjid

χ2 (df=48)

Comparative fit index (CFI)a

Bollen Relative fit index (RFI)b

Bentler Bonett coefficient (NFI)c

Tucker-Lewis coefficient (TLI)d

Root Mean Square Error of approximation

(RMSEA)e

X6

X10

X4

X8

2.520

.998

.973

.997

.984

.037

.715

.766

.544

.938

Nota: a nilai CFI = 0.90 dan lebih menunjukkan skala sedimensi yang baik.

b nilai RFI menghampiri 1 menunjukkan kebagusan penyuaian yang baik.

c nilai NFI = 0.90 dan lebih menunjukkan skala kesahan menumpu yang baik.

d TLI analisis struktur momen. Nilai menghampiri 1 menunjukkan kebagusan penyuaian

yang baik.

e nilai menghampiri 0.08 atau kurang untuk RMSEA menunjukkan kesesuaian

penganggaran ralat.

* signifikan pada aras ke ertian 1%.

Page 12: CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1 Localization of Zakat Distribution

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 135

JADUAL 5: Analisis EFA terhadap konstruk pemboleh ubah lokalisasi

Kelompok Pemboleh ubah2

Item

MSA1

Muatan Faktor Komunaliti

1 2 3

Perhubungan & transparensi (9 item)

Hubungan rapat

Mudah dihubungi

Pemantauan kerap

Menggalakkan penyertaan masyarakat

Segera selesaikan masalah

Kos permohonan yang rendah

Mengenal pasti potensi ekonomi

Pengagihan yang telus

Proses birokrasi dikurangkan

Mudah kenal pasti & efisien (6 item)

Lebih kenali potensi asnaf

Pengagihan yang cekap & efisien

Menggalakkan ekonomi setempat

Pengagihan cepat

Tiada kecenderungan politik

Meningkatkan imej institusi

kepercayaan kepada sistem dan institusi

(5 item)

Lebih dekat mengenali asnaf

Lebih dipercayai

Tidak malu memohon

Memahami masalah asnaf

Amil di kalangan penduduk tempatan

X2

X5

X6

X9

X10

X13

X14

X17

X18

X7

X11

X12

X15

X19

X20

X1

X3

X4

X8

X16

.935

.914

.914

.949

.955

.908

.928

.923

.932

.927

.914

.931

.956

.947

.960

.936

.943

.888

.927

.914

.631

.680

.681

.608

.732

.611

.730

.643

.712

.537

.768

.631

.659

.606

.480

.689

.617

.730

.517

.590

.625

.664

.642

.594

.694

.594

.623

.547

.673

.537

.694

.607

.607

.540

.443

.630

.660

.631

.515

.593

Hasil tambah Kuasa Dua (eigenvalue)

Peratusan varians

4.991

24.96

3.646

18.23

3.474

17.37

Jumlah

12.11

60.56

Nota: Kaedah Penyarian: Analsis Komponen Utama. Kaedah Putaran: Varimax dengan Normalisasi

Kaiser. Putaran bertumpu pada 14 lelaran.

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy = 0.930

Bartlett's Test of Sphericity : signifikan pada aras ke ertian 1% 1 (MSA) mengukur kecukupan pensampelan. Nilai = 0.50 dan lebih adalah dalam julat yang diterima.

2 Cronbach Alpha (α) keseluruhan= 0.946; nilai= 0.70 dan lebih menjelaskan keutuhan skala.

JADUAL 6: CFA peringkat pertama terhadap pemboleh ubah lokalisasi

Kelompok Pemboleh ubah

Item Muatan Faktor

1 2 3

Perhubungan & transparensi (3 item)

Segera selesaikan masalah

Mengenal pasti potensi ekonomi

Proses birokrasi dikurangkan

Mudah kenal pasti & efisien (3 item)

Pengagihan yang cekap & efisien

Menggalakkan ekonomi setempat

Pengagihan cepat

kepercayaan kepada sistem (3 item)

Lebih dekat mengenali asnaf

Lebih dipercayai

Tidak malu memohon

X10

X14

X17

X11

X12

X15

X1

X3

X4

.821

.730

.786

.774

.720

.696

.732

.826

.733

Page 13: CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1 Localization of Zakat Distribution

136 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader

χ2 (df=48)

Comparative fit index (CFI)a

Bollen Relative fit index (RFI)b

Bentler Bonett coefficient (NFI)c

Tucker-Lewis coefficient (TLI)d

Root Mean Square Error of approximation

(RMSEA)e

179.4*

.965

.926

.960

.935

.077

Nota: a nilai CFI= 0.90 dan lebih menunjukkan skala sedimensi yang baik

b nilai RFI menghampiri 1 menunjukkan kebagusan penyuaian yang baik

c nilai NFI = 0.90 dan lebih menunjukkan skala kesahan menumpu yang baik.

d TLI analisis struktur momen. Nilai menghampiri 1 menunjukkan kebagusan

penyuaian yang baik.

e nilai menghampiri 0.08 atau kurang untuk RMSEA menunjukkan kesesuaian

penganggaran ralat.

* p=.000; χ2/df = 7.47; signifikan pada aras ke ertian 1%.

JADUAL 7: Korelasi dan Kovarian antara peranan Masjid dan Lokalisasi

Responden

Korelasi Kovarian

Amil

Penerima Zakat

Keseluruhan

.825

.567

.599

.123*

(.018)

.119*

(.013)

.071*

(.008)

χ2 (df=12)

Comparative fit index (CFI)a

Bollen Relative fit index (RFI)b

Bentler Bonett coefficient (NFI)c

Tucker-Lewis coefficient (TLI)d

Root Mean Square Error of approximation

(RMSEA)e

96.931

.975

.893

.971

.905

.057

Nota: ( ) ralat piawai 1 p=.000; χ

2/df = 8.07; signifikan pada aras ke ertian 1%.

a nilai CFI= 0.90 dan lebih menunjukkan skala sedimensi yang baik

b nilai RFI menghampiri 1 menunjukkan kebagusan penyuaian yang baik

c nilai NFI = 0.90 dan lebih menunjukkan skala kesahan menumpu yang baik

d TLI analisis struktur momen. Nilai menghampiri 1 menunjukkan kebagusan penyuaian

yang baik.

e nilai menghampiri 0.08 atau kurang untuk RMSEA menunjukkan kesesuaian

penganggaran ralat

* signifikan pada aras ke ertian 1%

JADUAL 8: Hasil Regresi

Responden

Koefisien1

Institusi Lokalisasi

Amil

Penerima Zakat

Keseluruhan

1.370*

(.436)

.537*

(.055)

.633*

(.063)

Lokalisasi Institusi

Amil

Penerima Zakat

Keseluruhan

.496*

(.063)

.598*

(.058)

.567*

(.043)

Page 14: CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI · 2012. 5. 31. · CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1 Localization of Zakat Distribution

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 137

χ2 (df=51)

Comparative fit index (CFI)a

Bollen Relative fit index (RFI)b

Bentler Bonett coefficient (NFI)c

Tucker-Lewis coefficient (TLI)d

Root Mean Square Error of approximation

(RMSEA)e

96.93*

.975

.893

.971

.905

.057

Nota: ( ) ralat piawai 1 koefisien tidak terpiawai

a nilai CFI= 0.90 dan lebih menunjukkan skala sedimensi yang baik

b nilai RFI menghampiri 1 menunjukkan kebagusan penyuaian yang baik

c nilai NFI = 0.90 dan lebih menunjukkan skala kesahan menumpu yang baik

d

TLI analisis struktur momen. Nilai menghampiri 1 menunjukkan kebagusan

penyuaian yang baik.

e nilai menghampiri 0.08 atau kurang untuk RMSEA menunjukkan kesesuaian

penganggaran ralat.

* p=.000; χ2/df = 8.07; signifikan pada aras ke ertian 1%

JADUAL 9: Kekerapan responden ke masjid setiap hari menunaikan solat berjemaah di Masjid

Negeri tiada 1 kali 2 kali 3 kali 4 kali 5 kali Jumlah

Amil

Selangor 0 0 0 11 53 48 112

Pulau Pinang 0 0 0 10 31 10 51

WP Kuala Lumpur 0 1 1 6 9 19 36

Melaka 0 2 5 9 12 12 40

Terengganu 2 2 4 17 14 48 87

Kedah 0 0 0 0 38 13 51

Jumlah 2

(0.53)

5

(1.33)

10

(2.65)

53

(14.06)

157

(41.64)

150

(39.79)

377

(100.0)

Penerima Zakat

Selangor 0 4 19 29 16 1 69

Pulau Pinang 9 0 40 17 35 0 101

WP Kuala Lumpur 29 25 60 10 1 4 129

Melaka 44 12 44 9 0 1 110

Terengganu 44 14 39 25 16 33 171

Kedah 0 0 15 23 64 1 103

Jumlah 126

(18.45)

55

(8.05)

217

(31.77)

113

(16.54)

132

(19.32)

40

(5.86)

683

(100.0)