Cadangan membangunkan malaysia

3
CADANGAN MEMBANGUNKAN MALAYSIA Manusia merupakan agen pembangunan yang utama di muka bumi ini. Berjaya atau tidak pembangunan di dunia adalah bergantung kepada manusia. Oleh kerana itu, pembangunan sumber manusia menjadi fokus utama dalam pembangunan. Sumber manusia menjadi penentu dan kayu ukur kepada keupayaan satu-satu pembangunan yang dibina. Objektif pembangunan haruslah meliputi peningkatan kualiti hidup manusia yang mencakupi pelbagai aspek seperti peningkatan kualiti diri dari segi moral, akhlak dan sikap serta peningkatan kualiti keperluan hidup seperti ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Peningkatan kualiti hidup masyarakat dalam pembangunan sesebuah negara datangnya dari usaha setiap pihak iaitu bermula dari individu, keluarga dan masyarakat sehinggalah kepada pihak berkuasa yang memerintah. Antara cadangan untuk membangunkan Malaysia pula adalah dengan membangunkan sistem pendidikan negara.Sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini seharusnya menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan generasi sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara.Di samping itu,golongan buta huruf di Malaysia juga harus dihapuskan dengan mengadakan kuliah-kuliah yang menyediakan pembelajaran yang dapat mencapai objektif.

Transcript of Cadangan membangunkan malaysia

Page 1: Cadangan membangunkan malaysia

CADANGAN MEMBANGUNKAN MALAYSIA

Manusia merupakan agen pembangunan yang utama di muka bumi ini. Berjaya atau tidak

pembangunan di dunia adalah bergantung kepada manusia. Oleh kerana itu, pembangunan

sumber manusia menjadi fokus utama dalam pembangunan. Sumber manusia menjadi penentu

dan kayu ukur kepada keupayaan satu-satu pembangunan yang dibina.

Objektif pembangunan haruslah meliputi peningkatan kualiti hidup manusia yang

mencakupi pelbagai aspek seperti peningkatan kualiti diri dari segi moral, akhlak dan sikap serta

peningkatan kualiti keperluan hidup seperti ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Peningkatan

kualiti hidup masyarakat dalam pembangunan sesebuah negara datangnya dari usaha setiap pihak

iaitu bermula dari individu, keluarga dan masyarakat sehinggalah kepada pihak berkuasa yang

memerintah.

Antara cadangan untuk membangunkan Malaysia pula adalah dengan membangunkan

sistem pendidikan negara.Sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem

ini seharusnya menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan generasi

sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara.Di samping

itu,golongan buta huruf di Malaysia juga harus dihapuskan dengan mengadakan kuliah-kuliah

yang menyediakan pembelajaran yang dapat mencapai objektif.

Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi

negara.Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan

generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan

menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya.Sehubungan dengan itu,kerajaan

perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model

Baru Ekonomi,Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang

menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global.

Seterusnya,kerajaan harus sedar pembangunan yang lebih menyeluruh dan bersepadu

antara bandar dan luar bandar amat penting agar masyarakat luar bandar tidak terpinggir dan

ketinggalan berbanding masyarakat bandar dari segi kemudahan dan peluang ekonomi.

Page 2: Cadangan membangunkan malaysia

Strategi pembangunan luar bandar harus dipertingkatkan pelaksanaannya seperti penyediaan

kemudahan infrastruktur dan sosial, peningkatan perkhidmatan asas seperti pengangkutan awam

dan memperkukuhkan peluang-peluang pembangunan sosioekonomi luar bandar melalui

penyertaan sektor awam dan swasta.

Selain itu,langkah untuk membangunkan Malaysia dari aspek

Pembangunan sewajarnya mendatangkan kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua dan tidak pula

menimbulkan apa-apa kerosakan, kerugian dan kebinasaan kepada mana-mana makhluk baik di

Page 3: Cadangan membangunkan malaysia

daratan, lautan dan udara. Allah s.w.t. telah memberi ingatan kepada manusia bahawa apa jua

kerosakan di muka bumi adalah angkara dari perilaku manusia itu sendiri di mana Allah tidak

menjadikan sesuatu itu melainkan ada rukun sebab dan musabab yang mencetuskan natijah tersebut.