Cadangan Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran

5
Teknologi dan inovasi dalam pendidikan Cadangan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran https://sitihajar254.wordpress.com/ posted 16 Dec 2012 didapatkan pd 24/8 2015 a) Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihat perkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka. Contohnya, ketika mengajar subjek sains guru hendaklah menunjukkan contoh yang konkrit kepada murid bermasalah pembelajaran. b) Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan ‘Power Point’ dalam komputer dan ‘electronic dictionary’ dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang ‘stereotype’. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid- murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986).

description

Teknologi bantu murid bermasalah pembelajaran

Transcript of Cadangan Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran

Page 1: Cadangan Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran

Teknologi dan inovasi dalam pendidikan

Cadangan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran https://sitihajar254.wordpress.com/ posted 16 Dec 2012 didapatkan pd 24/8 2015

a) Mengubah Yang Abstrak Kepada KonkritSeorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak

dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan

didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan

mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan

memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihat perkara yang diajar.

Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat

bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak

pancaindera murid-murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka. Contohnya, ketika

mengajar subjek sains guru hendaklah menunjukkan contoh yang konkrit kepada murid bermasalah

pembelajaran.

b) Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan ‘Power Point’ dalam komputer

dan ‘electronic dictionary’ dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat

menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka

daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang ‘stereotype’. Sebagai contoh, Edyburn

(1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan

menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak.

Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di

kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987:

Torgesen, 1986).

c) Terapi HidroSelain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk

perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak

Page 2: Cadangan Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran

dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak

dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada

permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air.

Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke

kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-

kanak “water confidence”. Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal

dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya

ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.

d) Cara KerjaCara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down, disleksia atau terencat akal

menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat

menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow learner

misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini,

apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini

berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang

berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan

bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kanak-kanak Sindrom DownPosted on December 16, 2012by sitihajar254

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kepentingan Teknologi untuk Kanak-kanak Masalah   Pembelajaran Posted on December 10, 2012by sitihajar254

Teknologi maklumat memainkan satu peranan yang amat penting dalam kehidupan disamping membantu

Malaysia bergelar sebuah negara maju.Oleh itu pengajaran &  pembelajaran berteraskan komputer telah

dikenal pasti sebagai satu bahan yang dapat membantu guru dan pelajar terutama dalam Pendidikan khas

secara amnya.

Page 3: Cadangan Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran

Jaringan teknologi yang luas sekarang tidak membataskan penggunaannya sama ada di peringkat umur

sama ada muda atau tua, guru atau pelajar mahupun pelajar2 yang berkeperluan khas. Dengan adanya

kemudahan ict pada hari ini mampu meningkatkan lagi kefahaman dan penguasaan pelajar2 terhadap

sesuatu pengajaran terutamanya pelajar2 Pendidikan khas yang memerlukan peralatan khas dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Maka, hal ini telah memudahkan proses p&p.

 Disamping itu, ict dalam pendidikan khas juga mempunyai beberapa kelebihannya yang tersendiri

antaranya, ict ini dapat memberi peluang yang sama kepada semua pelajar khas yang mempunyai

pelbagai keupayaan untuk meneroka ilmu penetahuan mengikut keupayaan mereka masing2

Selain itu,ict dalam pendidikan khas juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan dan mencabar. Pelajar2 khas ini juga seperti kanak-kanak lain, menginginkan sesuatu

yang menyeronokkan dalam pembelajaran. Maka, pembelajaran berbantukan komputer amat sesuai

dipraktikkan agar proses p&p dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pembelajaran yang menggunakan komputer juga memberi peluang kepada pelajar2 khas belajar secara

berkesan dengan bimbingan yang minimum. Mereka dapat mengakses maklumat dengan cepat dan ianya

dapat dilakukan secara individu.

Dibawah merupakan contoh2 lain kepentingan ICT dalam Pendidikan Khas:-

*Meningkatkan motivasi murid

*Membolehkan pembelajaran bersendirian (individualisme learning)

* Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi

*Membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan

*Membolehkan murid mencuba atau melaksanakn eksperimen yang sukar ,terlalu mahal,mustahil atau

bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa

*Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid

* Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimumPosted in Uncategorized | Leave a comment

Ciri-ciri Kanak-kanak Masalah   Pembelajaran Posted on December 10, 2012by sitihajar254

Page 4: Cadangan Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran

Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat

menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang

bermasalah pembelajaran:

1. Ciri-ciri fizikalTidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal tetapi lebih kecil tubuhnya berbanding kanak-kanak

lain disebabkan gen tertentu.

2. Ciri-ciri intelek Lewat matang

Rendah daya ingatan

Rendah pengamatan

Kebolehan berbentuk kreatif.

Kesediaan belajar adalah rendah, mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak berumur 6 tahun

pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

3. Ciri-ciri sosial dan peribadi Mempunyai bidang perhatian yang singkat

Kurang tumpuan

Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang

Tingkah laku yang berbeza.

Minat sama dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.Posted in Uncategorized | Leave a comment

Apa Itu Masalah Pembelajaran????Posted on November 4, 2012by sitihajar254

Menurut Individual with Disabilities Education Act (IDEA) 1997, masalah pembelajaran  didefinisikan

sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau

penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan

kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka

yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor,

kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

Terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran antaranya ialah:

Ciri-ciri fizikalBentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak

normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang

disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-

kanak biasa.

Page 5: Cadangan Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran

Ciri-ciri intelekTerdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang

diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya

ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif.

Ciri-ciri sosial dan peribadiMempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa

disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat

supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras

dengan tingkah laku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang

mempunyai mental yang sama dengan mereka.

Posted in Uncategorized | Leave a comment