Cadangan Menigkatkan Perkembangan Kognitif Kanak

4
Cadangan Menigkatkan Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak dan sensori motor serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial. Ia merupakan proses ingin tahu dalam kehidupan kanak-kanak. Mereka belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang membantu dalam perkembangan kognitif seterusnya mereka belajar bagaimana untuk menghadapi cabaran pada masa depan. Sebagai seorang guru, kita mestilah membantu murid meningkatkan perkembangan kognitif dengan merancang pengajaran dengan teliti agar dapat merealisasikan hasrat ini. Saya akan menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) dengan pertandingan membina ayat senang kepada murid-murid. Sebagai contoh, pertama sekali, saya membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Selepas itu, saya menuliskan lsoalan yang telah disediakan iaitu ayat yang tidak lengkap seperti ‘Mereka sedang……’ di papan putih. Saya menerangkan peraturan pertandingan kepada murid-murid. Murid diberikan masa untuk membincangkan jawapan. Kemudian setiap kumpulan hendaklah menghantar wakil masing-masing untuk menulis jawapan yang tidak boleh kurang daripada lima perkataan di papan putih. Jawapan setiap kumpulan akan dibincang dan dinilai bersama. Ayat yang paling baik akan mendapat satu markah. Selepas itu, pertandingan akan diteruskan dengan soalan yang kedua. Pertandingan ini adalah berasaskan prinsip perkembagan iaitu perkembangan berlaku secara berterusan. Ketika kanak-kanak berfikir jawapan mereka akan menggunakan pengetahuan sedia ada dengan mencari perkataan yang sudah belajar untuk bina ayat. Dengan pengetahuan yang ada melalui pembelajaran kelas dulu, situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut malah juga akan menguji ingatan kanak-kanak. 3

description

Perkembangan kanak-kanak

Transcript of Cadangan Menigkatkan Perkembangan Kognitif Kanak

Page 1: Cadangan Menigkatkan Perkembangan Kognitif Kanak

Cadangan Menigkatkan Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak

dan sensori motor serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu

perkembangan sosial. Ia merupakan proses ingin tahu dalam kehidupan kanak-kanak.

Mereka belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang membantu dalam

perkembangan kognitif seterusnya mereka belajar bagaimana untuk menghadapi cabaran

pada masa depan.

Sebagai seorang guru, kita mestilah membantu murid meningkatkan perkembangan

kognitif dengan merancang pengajaran dengan teliti agar dapat merealisasikan hasrat ini.

Saya akan menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) dengan pertandingan

membina ayat senang kepada murid-murid. Sebagai contoh, pertama sekali, saya

membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Selepas itu, saya menuliskan

lsoalan yang telah disediakan iaitu ayat yang tidak lengkap seperti ‘Mereka sedang……’ di

papan putih. Saya menerangkan peraturan pertandingan kepada murid-murid. Murid

diberikan masa untuk membincangkan jawapan. Kemudian setiap kumpulan hendaklah

menghantar wakil masing-masing untuk menulis jawapan yang tidak boleh kurang daripada

lima perkataan di papan putih. Jawapan setiap kumpulan akan dibincang dan dinilai

bersama. Ayat yang paling baik akan mendapat satu markah. Selepas itu, pertandingan

akan diteruskan dengan soalan yang kedua. Pertandingan ini adalah berasaskan prinsip

perkembagan iaitu perkembangan berlaku secara berterusan. Ketika kanak-kanak berfikir

jawapan mereka akan menggunakan pengetahuan sedia ada dengan mencari perkataan

yang sudah belajar untuk bina ayat. Dengan pengetahuan yang ada melalui pembelajaran

kelas dulu, situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut malah juga akan

menguji ingatan kanak-kanak.

Selain itu, saya juga akan menjalankan proses P&P dengan permainan yang

membolehkan kanak-kanak belajar sambil bermain iaitu pengajaran yang melibatkan bahan

konkrit untuk mempersembahkan sesuatu yang visual di depan kanak-kanak. Contohnya,

saya ingin mengajar beberapa buah-buahan tempatan iaitu manggis, rambutan dan durian

oleh itu, saya membawa beberapa biji buah rambutan, manggis dan sebiji kelapa yang

sebenar ke kelas. Saya mempamerkan di depan kelas dan memperkenalkan nama buah-

buahan tersebut. Selepeas itu, saya membahagikan murid kepada kumpulan dan

mengadakan permainan. Cara permainan adalah senang iaitu setiap kumpulan perlu

menyenaraikan ciri-ciri buah-buahan tersebut dari segi fizikal sebanyak mungkin. Kumpulan

yang dapat menyenaraikan ciri buah-buahan yang paling banyak dan tepat merupakan

pemenang permainan ini dan dapat merasai buah-buahan. Setiap orang diberi peluang

3

Page 2: Cadangan Menigkatkan Perkembangan Kognitif Kanak

untuk menyentuh buah-buahan di bawah bimbingan saya. Dalam permainan ini telah

mengambil kira prinsip perkembangan iaitu berdasarkan peringkat perkembangan. Kanak-

kanak pada peringkat operasi mempunyai pemikiran intuitif dan berasa hairan tentang

benda sekeliling. Ganjaran permainan ini dapat meningkatkan keghairahan kanak-kanak

sebab dapat merasai buah-buahan dan secara tidak langsung perkembangan fizikal juga

dipertingkatkan. Oleh itu, ini dapat menaikkan minat murid untuk mencari jawapan yang

betul yang membolehkan mereka dapat mengaplikasikan perkataan yang belajar sebelum

ini dan juga belajar perkataan yang baru.

Seterusnya, saya juga akan mengadakan lawatan ke zoo supaya kanak-kanak dapat

sambil belajar sambil bermain yang menambahkan unsur menarik ke dalam P&P dan

merupakan pengalaman yang baru bagi kanak-kanak untuk membuka minda mereka.

Penggunaan teknologi seperti menggunakan tayangan atau 3D tidak dapat ditandingkan

dengan haiwan yang sebenar. Pelajar dapat mempunyai jarak yang lebih dekat dengan

haiwan, dapat menghidu bau haiwan, mendengar bunyi yang dikeluarkan daripada haiwan

dan menyaksikan pelbagai pergerakan yang ditunjukkan oleh haiwan. Murid dapat

memahami sikap dan ciri haiwan secara mendalam, mengenali lebih banyak haiwan dan

menghayati kecantikkan hidupan di bumi. Saya akan memberitahu murid untuk

mencatatkan hanya tiga haiwan yang paling disukai dalam bentuk tulisan dengan ayat

pendek, melukis dan bercerita sebab suka haiwan tersebu di depan kelas. Permainan ini

adalah berdasarkan prinsip perkembangan iaitu anggota badan yang saling mempengaruhi.

Apabila kanak-kanak menggunakan tangan untuk menulis atau melukis, anggota lain seperti

mata digunakan untuk melihat huruf atau lukisan dan otak pula mencari idea. Cara ini selain

dapat meningkatkan perkembangan kognitif kanak semasa melawat dan menggambarkan

haiwan dengan tulisan, malah juga dapat mengembangkan kreativiti, bentuk organisasi dan

logik kanak-kanak kerana kanak-kanak pada peringkat ini yang suka berimaginasi,

menggunakan symbol untuk menyampaikan sesuatu semasa melukis, bahkan

meningkatkan keyakinan diri dan perkembangan bahasa dalam murid sendiri semasa

bercerita di khalayak orang ramai.

Akhirnya, saya juga akan menjalankan P&P dengan menjalankan permainan yang

melibatkan lakonan murid. Setelah ahli kumpulan dibahagikan dengan rata, saya akan

menerangkan cara permainan tersebut. Cara permainan ialah satu kumpulan perlu

manghantarkan wakil ke depan untuk mengambil satu kad daripada guru. Kad itu mungkin

akan ialah sesuatu aksi, pengangkutan ataupun haiwan yang mereka sudah belajar sebelum

ini. Wakil tersebut perlu melakonkan kandungan dalam kad dan tidak boleh mengeluarkan

bunyi kecuali mengeluarkan bunyi haiwan atau pengangkutan. Kumpulan wakil tersebut

perlu meneka apa yang dilakonkan dan membina satu ayat yang betul barulah boleh

4

Page 3: Cadangan Menigkatkan Perkembangan Kognitif Kanak

diteruskan dengan kad yang seterusnya. Kumpulan yang tidak terlibat dalam lakonan dan

penekaan pula boleh kacau dan mengelirukan pemikiran kumpulan yang meneka. Setiap

kumpulan akan diberikan sepuluh kad. Masa yang digunakan untuk setiap kumpulan akan

dicatakan. Setelah satu kumpulan sudah habis meneka, barulah tiba giliran kumpulan yang

seterusnya. Pada akhir pemainan ini, kumpulan yang menggunakan masa yang tersingkat

akan menjadi pemenang dalam permainan ini. Permainan ini bukan sahaja menggunakan

ingatan dan pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak sebelum ini dan membawa

peningkatkan kepada psikomotor malah juga memberi peluang kepada murid-murid agar

dapat memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajarkan kepadanya. agar mereka dapat

berfikir secara kritis dan kreatif di bawah bimbingan guru. Meraka akan lebih faham dengan

apa yang dipelajarinya dan lebih mengetahui perkara tersebut semasa menjalankan aktiviti.

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak dalam

mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang aktiviti

untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan iaitu menyuburkan

potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan

memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Dengan ini, barulah

negara akan melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi perkembangan fizikal,

mental, emosi, bahasa dan sosial.

5