Cadangan Penambahbaikan PT3

5
Kronologi Masalah PT3 Pada tahun 2014, sistem pendidikan negara tidak terkecuali daripada mencatat beberapa isu panas sehingga menyaksikan protes daripada ibu bapa dan guru khususnya dalam pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), selain sejarah hitam kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Walaupun kelemahan tertentu itu ditangani Kementerian Pendidikan, prestasi pelajar yang menduduki peperiksaan sulung Pentaksiran Tingkatan Tiga atau PT3 dilihat jauh daripada tahap memuaskan. Sistem pendidikan negara pada 2014 mengalami beberapa perubahan drastik. Pada bulan Mac 2014, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menerusi pelaksanaan penambahbaikan PBS, peperiksaan berpusat bagi pelajar Tingkatan 3, digantikan PT3 yang dilaksanakan di peringkat sekolah. “PT3 akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke Tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional,” (Muhyiddin Yassin, 2014) Menurut Idris Jusoh (2014), PT3 merupakan komponen penting daripada sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Namun begitu, keputusan PT3 yang diduduki 453,413 calon secara

description

PT3

Transcript of Cadangan Penambahbaikan PT3

Kronologi Masalah PT3Pada tahun 2014, sistem pendidikan negara tidak terkecuali daripada mencatat beberapa isu panas sehingga menyaksikan protes daripada ibu bapa dan guru khususnya dalam pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), selain sejarah hitam kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Walaupun kelemahan tertentu itu ditangani Kementerian Pendidikan, prestasi pelajar yang menduduki peperiksaan sulung Pentaksiran Tingkatan Tiga atau PT3 dilihat jauh daripada tahap memuaskan.

Sistem pendidikan negara pada 2014 mengalami beberapa perubahan drastik. Pada bulan Mac 2014, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menerusi pelaksanaan penambahbaikan PBS, peperiksaan berpusat bagi pelajar Tingkatan 3, digantikan PT3 yang dilaksanakan di peringkat sekolah.

PT3 akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke Tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional,(Muhyiddin Yassin, 2014)

Menurut Idris Jusoh (2014), PT3 merupakan komponen penting daripada sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Namun begitu, keputusan PT3 yang diduduki 453,413 calon secara umumnya memperlihatkan bahawa kementerian perlu mengenal pasti kelemahan di samping menambah baik sistem pentaksiran itu. Ini berikutan bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam ujian PT3 jauh lebih rendah berbanding peperiksaan PMR. Penurunan itu dikaitkan dengan masa persiapan yang singkat, cabaran dalam menjawab soalan bukan sahaja berbentuk lisan tetapi kebolehan bertutur serta kebolehan kemahiran berfikir aras tinggi.

PT3 dimulakan dengan instrumen kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai 2014, ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 6 hingga 29 Ogos 2014 dan ujian bertulis dari 13 hingga 16 Oktober 2014. Ujian bertulis itu meliputi 12 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi.

Umumnya pelajar mengeluh soalan PT3 adalah lebih sukar dan jauh berbeza daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebaik mereka menduduki PT3 pada Julai 2014 dan jangkaan mereka bahawa keputusannya kurang memuaskan, ternyata benar. Apabila keputusannya dikeluarkan pada 22 Disember 2014, Kementerian Pendidikan juga tidak membuat sebarang pengumuman rasmi dan memberi analisis prestasi pencapaian para calon PT3, menyebabkan spekulasi timbul bahawa hasilnya tidak memberangsangkan. Pada 24 Disember 2014, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata kementerian mengakui terdapat kelemahan dalam peperiksaan PT3, yang menggantikan PMR, dan menambah kata bahawa satu analisis terperinci akan dilakukan pada format peperiksaan baharu itu.

PBS merupakan transformasi daripada sistem berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, diperkenalkan di sekolah rendah sejak 2011 dan di sekolah menengah pada 2012. Di bawah PBS, guru dikehendaki menggred para pelajar mereka pada setiap mata pelajaran berdasarkan Standard Prestasi, dengan penilaian enam Band. Bermula daripada Band 1, yang menandakan pelajar tahu sehinggalah ke Band 6 atau paling tinggi, yang menandakan tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali.

Bagaimanapun pelaksanaannya menimbulkan pelbagai rungutan dan bantahan daripada para guru yang terbeban dengan keperluan mengisi dan merekod penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat di samping ibu bapa tidak pasti bagaimana prestasi dinilai terutama pelajar Tingkatan Tiga, yang merupakan kohort pertama PBS.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sebelum ini turut menggesa agar PBS dipermudah agar fokus guru dalam mendidik pelajar tidak terganggu. Menurut NUTP, sistem PBS merugikan pelajar kerana guru boleh hilang fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana perlu memeriksa kertas ujian serta mengisi data berkenaan setiap hari.

Penambahbaikan PT3PT3 merupakan komponen penting daripada PBS, adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk transformasi sektor pendidikan. Ia antara lain, bertujuan melahirkan pelajar yang boleh berfikir secara kritis dan kreatif, seperti yang dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pendekatan PT3, yang menguji pelajar dengan soalan-soalan berbentuk subjektif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mungkin menyumbang kepada prestasi kurang memuaskan dalam kalangan pelajar kumpulan sulung yang menduduki PT3.

Antara penambahbaikan sistem PBS ialah guru tidak perlu lagi memasukkan maklumat pencapaian murid secara dalam talian seperti sebelumnya yang menjadi kritikan utama sebelum ini.Hasil penambahbaikan ini, semua warga pendidik dapat menerima dengan hati terbuka sebab PBS yang ditambah baik lebih bersifat mesra guru, tidak membebankan golongan tersebut dan mereka boleh fokuskan lebih pada proses pengajaran dan pembelajaran, (Idris Jusoh, 2014)

Bebanan tugas guru yang dipikul para guru selama ini akan berkurangan dengan penambahbaikan ini. Tiada lagi pengisian data secara online yang mana merupakan salah satu masalah utama dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah sebelum ini. Melalui penambahbaikan ini guru akan simpan data dalam sistem offline dan boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru berkenaan. Guru juga tidak perlu risau mengenai capaian internet lagi.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilihat selari dengan keperluan pendidikan kontemporari yang menekankan proses bukannya jumlah kandungan. Kalau dulu, penilaian berorientasi peperiksaan, pelajar disumbat dengan maklumat, lepas tu peperiksaan, kemudian masuk universiti. Ada di antara mereka capai straight A dalam SPM tetapi tidak boleh memimpin, tidak pandai berkomunikasi, tidak dapat berfikir dengan kritis dan berbagai kelemahan yang tidak seharusnya ada pada seorang pelajar pintar. Pada zaman ini, pelajar boleh dapat maklumat dengan mudah dan cepat, malah kadang-kadang lebih cepat daripada guru. Oleh itu penambahbaikan terhadap PT3 perlulah berterusan.