Cadangan penambahbaikan

3
Cadangan penambahbaikan untuk murid LINUS Tahun 1(saringan 1) 2011 Murid LINUS literasi 1. Murid ini telah diberi latih tubi dan pendedahan semasa sesi P+P di dalam kelas dan telah menunjukkan peningkatan penguasaan konstruk sehingga konstruk 5 dan dijangka akan melepasi ujian saringan 2 nanti. 2. Satu perjumpaan dengan ibu bapa akan di adakan untuk memaklumkan tahap pencapaian anak-anak mereka disamping mendapat kerjasama daripada ibu bapa dalam membantu mempercepatkan penguasaan kemahiran membaca dan menulis di rumah. 3. Modul LINUS hendaklah dibekalkan pada peringkat awal iaitu selepas saringan 1 mengikut jumlah murid LINUS yang ada di setiap sekolah.Modul ini dapat membantu murid LINUS memandangkan ia mempunyai gambar-gambar yang berwarna-warni. 4. Mengadakan pelbagai program lain di peringkat sekolah dalam membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca,menulis dan mengira. 5. Menyediakan buku untuk latih tubi membaca seperti “Bacalah Sayang” sebagai satu bahan supaya dapat membantu murid LINUS cepat membaca di rumah. 6. Penyediaan BBM yang menarik dan pelbagai bentuk dan warna boleh membantu murid-murid ini menguasai setiap kemahiran yang di ajar.Kebanyakan murid LINUS tidak faham perkataan jika tiada gambar.Mereka mentafsir sesuatu perkataan pada peringkat awal berdasarkan gambar.

Transcript of Cadangan penambahbaikan

Page 1: Cadangan penambahbaikan

Cadangan penambahbaikan untuk murid LINUS Tahun 1(saringan 1) 2011

Murid LINUS literasi

1. Murid ini telah diberi latih tubi dan pendedahan semasa sesi P+P di dalam kelas dan telah menunjukkan peningkatan penguasaan konstruk sehingga konstruk 5 dan dijangka akan melepasi ujian saringan 2 nanti.

2. Satu perjumpaan dengan ibu bapa akan di adakan untuk memaklumkan tahap pencapaian anak-anak mereka disamping mendapat kerjasama daripada ibu bapa dalam membantu mempercepatkan penguasaan kemahiran membaca dan menulis di rumah.

3. Modul LINUS hendaklah dibekalkan pada peringkat awal iaitu selepas saringan 1 mengikut jumlah murid LINUS yang ada di setiap sekolah.Modul ini dapat membantu murid LINUS memandangkan ia mempunyai gambar-gambar yang berwarna-warni.

4. Mengadakan pelbagai program lain di peringkat sekolah dalam membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca,menulis dan mengira.

5. Menyediakan buku untuk latih tubi membaca seperti “Bacalah Sayang” sebagai satu bahan supaya dapat membantu murid LINUS cepat membaca di rumah.

6. Penyediaan BBM yang menarik dan pelbagai bentuk dan warna boleh membantu murid-murid ini menguasai setiap kemahiran yang di ajar.Kebanyakan murid LINUS tidak faham perkataan jika tiada gambar.Mereka mentafsir sesuatu perkataan pada peringkat awal berdasarkan gambar.

Murid LINUS tegar

1. Murid LINUS tegar seramai 5 orang juga telah berjaya menguasai konstruk 1 dan 2 dan dijangka boleh lulus ke murid LINUS selepas saringan 2 nanti.Murid ini telah diberi bimbingan dan pemulihan oleh guru mata pelajaran semasa P+P.Murid LINUS tegar pada peringkat awal tidak dapat mengenal huruf ABC secara keseluruhannya.

2. Murid –murid ini perlu mendapat perhatian yang lebih daripada ibu bapa di rumah bagi mempercepat tahap penguasaan mereka.

Page 2: Cadangan penambahbaikan

Murid berkeperluan khas

1. Murid ini dalam proses untuk temujanji dengan doktor pakar dan telah didiagnosis di jabatan pesakit luar sebagai murid Hyperaktif.

Murid NUMERASI

1. Murid-murid ini telah berjaya menguasai nombor 0 hingga 20 setelah menjalani proses P+P yang terancang oleh guru-guru numerasi .

2. Murid LINUS Numerasi juga telah berjaya menguasai asas tambah dan tolak .Murid ini juga perlu latih tubi dan masa yang lama untuk menguasai setiap konstruk memandangkan daya ingatan merka agak lemah dan mudah lupa.

3. Murid-murid Numerasi kebanyakannya adalah murid Literasi dan perlu mendapat bimbingan di rumah.

Cadangan penambahbaikan untuk murid LINUS Tahun 2 (Saringan 4)

Murid Literasi

1. Murid Literasi seramai 4 orang sahaja dan murid ini telah menguasai sehingga konstruk 5 dalam saringan 1 dan dijangka boleh menguasai sehingga konstruk 8 semasa saringan 2 nanti.

2. Murid Literasi tahun 2 ini juga mendapat bimbingan daripada guru pemulihan khas.Murid literasi dibekalkan dengan bahan oleh guru sendiri untuk bacaan mereka di rumah selepas setiap sesi P+P bagi mempercepat kemahiran membaca.

3. Semua ibu bapa murid-murid ini telah di beri taklimat dan pendedahan pada tahun lepas tentang LINUS dan tahap penguasaan anak-anak mereka.

Murid Numerasi

1. Semua murid Tahun 2 adalah 100% Arus Perdana selepas menjalani Saringan 4.