CADANGAN PENAMBAIKAN

8
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN. Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskan kepada batasan-batasan ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan. Kajian Perlu Melibatkan Jenis Responden dengan Bilangan Yang Lebih Besar. Kajian ini merupakan kajian yang melibatkan hanya 10 pelajar Tahun 2Gigih di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai sahaja. Pemerhatian, ujian sebelum intervensi, siri latihan dan ujian selepas intervensi hanya melibatkan kumpulan yang kecil sahaja.Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang ciri-ciri kajian peserta yang lebih luas, satu kajian dengan peserta kajian yang merangkumi semua peringkat pelajar boleh dilakukan. Kajian perbandingan yang melibatkan dua atau lebih sekolah yang melibatkan jenis peserta kajian dengan bilangan yang lebih besar adalah sangat sesuai dilakukan. Ini mungkin boleh mencapai kajian pada peringkat lebih besar yang bersepadu yang mana hasilnya amat bermanafaat untuk golongan pelajar dan juga pendidik. Selain daripada itu memerlukan jangka masa kajian yang lebih lama. Kajian patut dijalankan dalam jangka masa yang lebih panjang dan lama. Masa mempengaruhi keputusan hasil kajian. Adalah sangat benar bahawa faktor masa memainkan

description

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Transcript of CADANGAN PENAMBAIKAN

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN.Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskan kepada batasan-batasan ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan. Kajian Perlu Melibatkan Jenis Responden dengan Bilangan Yang Lebih Besar. Kajian ini merupakan kajian yang melibatkan hanya 10 pelajar Tahun 2Gigih di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai sahaja. Pemerhatian, ujian sebelum intervensi, siri latihan dan ujian selepas intervensi hanya melibatkan kumpulan yang kecil sahaja.Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang ciri-ciri kajian peserta yang lebih luas, satu kajian dengan peserta kajian yang merangkumi semua peringkat pelajar boleh dilakukan. Kajian perbandingan yang melibatkan dua atau lebih sekolah yang melibatkan jenis peserta kajian dengan bilangan yang lebih besar adalah sangat sesuai dilakukan. Ini mungkin boleh mencapai kajian pada peringkat lebih besar yang bersepadu yang mana hasilnya amat bermanafaat untuk golongan pelajar dan juga pendidik. Selain daripada itu memerlukan jangka masa kajian yang lebih lama. Kajian patut dijalankan dalam jangka masa yang lebih panjang dan lama. Masa mempengaruhi keputusan hasil kajian. Adalah sangat benar bahawa faktor masa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendapatkan keputusan kajian. Adalah sangat baik sekiranya kajian dijalankan dengan lebih lama kerana ini akan membenarkan pengkaji lebih memahami dan mengenali peserta kajian disamping lebih lama dapat memerhatikan tindakbalas peserta kajian. Penggunaan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi terkini seperti bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif dalam pendidikan Bahasa Melayu perlu dilipat gandakan supaya ilmu pengetahuan dalam bidang Bahasa Melayu terutama isu-isu aspek penulisan tidak terbelakang atau ketinggalan. Hal ini juga sejajar dengan langkah kerajaan untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam sektor pendidikan. Untuk itu jawatankuasa kerja perlu dibentuk dalam kalangan guru-guru berkaitan bagi menghasilkan lebih banyak bahan Bantu Mengajar Multimedia seperti CD-ROM interaktif dan kaedah E-Pembelajaran untuk membantu meningkatkan kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan dalam kalangan pelajar-pelajar.Di samping itu memberi latihan pengayaan dan pengukuhan yang berterusan. Aktiviti penyelidikan seumpama ini merupakan salah satu medium penting yang dapat diaplikasi untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan seterusnya dapatlah difikirkan altenatif yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kaedah yang diperkenalkan kepada pelajar dilihat telah dapat membantu pelajar untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran membina ayat. Namun demikian, latihan pengukuhan yang konsisten dan berterusan haruslah diberikan oleh guru-guru bagi menambah kecekapan pelajar tersebut.Mengabungjalinkan kaedah dan teknik pengajaran. Seterusnya, kajian juga boleh dijalankan berdasarkan beberapa pendekatan yang lain atau dengan menggabungjalinkan pelbagai kaedah dan teknik supaya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Kaedah yang diperkenalkan ini juga boleh digunakan oleh pihak sekolah terutamanya untuk para pelajar yang lemah dalam aspek kemahiran menulis. Selain itu, kajian tindakan ini juga dapat diperluaskan lagi skopnya pada masa hadapan iaitu menerusi kajian tentang struktur ayat, perbendaharaan kata dan sebagainya.Berdasarkan pencapaian positif dalam penyelidikan tindakan ini, saya mendapati rumus soalan-respon5W1H ini boleh digunakan lagi dalam membantu murid-murid lain dalam mengatasi masalah mereka dalam penulisan. Saya boleh mengaplikasikan kaedah ini di sekolah yang akan saya ajar kelak dan pada masa itu, saya boleh melihat kebolehgunaan kaedah ini terhadap sekolah lain serta impaknya terhadap murid-murid yang berbeza dari pelbagai tahap termasuklah tahap pencapaian akademik, tahap umur, serta tahap sosioekonomi. Saya juga akan menyebarkan luaskan kepada rakan guru yang lain tentang keberkesanan teknik ini.Pengukuhan yang berterusan penting untuk menambah baik penguasaan pelajar. Penambahbaikan kajian tindakan ini perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi penguasaan pelajar dalam kemahiran membina ayat majmuk. Hal ini kerana kerana didapati ramai pelajar yang melakukan kesilapan semasa menulis karangan iaitu dari aspek binaan ayat terutamanya ayat majmuk dan ini akan menyebabkan mereka tidak dapat memperolehi markah yang tinggi. Semua pelajar sebenarnya mempunyai potensi untuk berjaya, namun kelemahan mereka dalam penguasaan konsep menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam aspek tersebut. Tetapi melalui latihan yang berterusan saya yakin dan percaya bahawa pelajar ini akan berjaya. Hal ini ditambah pula dengan minat dan kesungguhan yang ditunjukkan mereka semasa aktiviti dijalankan.Kajian yang dilakukan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran membina ayat majmuk dengan menggunakan kaedah Soalan-Respons 5W1H ini telah berjaya membantu pelajar meningkatkan prestasi mereka. Diharap dengan kaedah yang diperkenalkan ini pelajar dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik dan seterusnya dapat meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Rumusan dapatan kajian membuktikan bahawa program kemahiran kata hubung telah memberikan kesan yang positif iaitu pembelajaran menggunakan pembinaan ayat majmuk serta telah memberikan kesan yang signifikan terhadap pencapaian murid dalam menguasai kemahiran atabahasa membina ayat . Tidak dapat dipertikaikan bahawa data yang diperolehi secara kualitatif dan kuantitatif adalah bukti yang kukuh akan kejayaan program ini. Markah yang diperolehi dari kedua-dua ujian membuktikan bahawa terdapat peningkatan pencapaian kemahiran membina ayat dalam kalangan murid-murid. Tambahan pula, dapatan data kualitatif menerangkan terdapatnya kesan-kesan positif terhadap persepsi murid terhadap penggunaan kata hubung ini. Murid-murid yakin dan percaya bahawa kemahiran penggunaan kata hubung ini telah membantu mereka dalam menguasai kemahiran membina ayat. Dari sesi pemerhatian, dapatlah disimpulkan bahawa murid murid telah mempunyai motivasi diri yang tinggi dan lebih yakin untuk menguasai kemahiran membina ayat majmuk dalam matapelajaran Bahasa Melayu dengan belajar menggunakan. Mereka juga telah mencapai skor pencapaian yang lebih baik berbanding pencapaian mereka sebelum menjalani program. Mereka benar-benar yakin bahawa program ini telah membantu mereka menguasai kemahiran tatabahasa membina ayat majmuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian Berasaskan Sekolah ini adalah telah berjaya. Ianya telah membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran kata hubung telah membantu murid-murid untuk lebih memahami dan menguasai kemahiran membina ayat majmuk. Dapatan kajian juga telah merumuskan bahawa pengajaran dan pembelajaran kata hubung iaitu strategi yang dibentuk telah mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Menurut Briner (2005) murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Oleh yang demikian, pembelajaran ini berupaya membantu mood membina ilmu pengetahuan mereka sendiri. lni bermakna, sesuatu ilmu pengetahuan yang dimiliki seseorang individu adalah hasilan daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut; dan bukannya sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar kerana ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan dari pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap individu membentuk ilmu pengetahuannya sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Oleh itu, guru yang dedikasi dan mementingkan kejayaan muridnya pasti tidak akan menolak kaedah pengajaran dan pembelajaran kata hubung ini dalam proses pengajarannya. Ianya juga turut menyumbang kepada lahirnya pelajar yang berdikari dan tidak lagi menjadi pelajar yang hanya menunggu suapan dari gurunya.