Cadangan - Potensi

3

Click here to load reader

description

geografi

Transcript of Cadangan - Potensi

Page 1: Cadangan - Potensi

Cadangan

Melalui soal selidik yang saya jalankan di kawasan kajian saya, saya mendapati bahawa berjenis-jenis kegiatan ekonomi telah dijalankan di Taman Sutera Prima, Seberang Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang. Oleh itu, wujudnya banyak peluang pekerjaan kepada penduduk kawasan tersebut. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa cadangan telah dikemukakan oleh penduduk setempat untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan ini.

Menurut kata-kata seorang petani yang bekerja selama 10 tahun ke atas, Puan Eunice Chong, dia berpendapat bahawa seseorang petani itu dapat meningkatkan pendapatannya dengan meningkatkan kemahirannya. Dalam era modenisasi ini, terdapatnya banyak kaedah dan cara pertanian yang moden dan berkesan dapat digunakan oleh seseorang petani itu. Sebagai contohnya, kaedah biologi dapat digunakan untuk mengawal serangga perosak di kawasan pertanian berbanding dengan penggunaan bahan kimia untuk memusnahkannya. Kaedah ini lebih mengurangkan kos dan tanaman yang dihasilkan lebih berkualiti di samping meningkatkan pendapatan mereka. Selain itu, petani itu dapat mengamalkan kaedah tanaman bergilir di kawasannya. Kaedah ini ialah penanaman tanaman yang berbeza secara bersilih ganti. Misalnya, selepas padi dituai di Dataran Kelantan, petani akan menanam tembakau dan sayur-sayuran. Dengan berbuat demikian, tanah akan dikekalkan subur dan petani tersebut tidak perlu menunggu hingga musim padi barulah dapat menjalankan penanaman. Secara langsung, pendapatan petani dapat ditingkatkan.

Peniaga merupakan pekerjaan utama penduduk di kawasan kajian saya. Menurut kebanyakan peniaga yang menjalankan soal selidik ini, mereka menganggap mengambil kursus ialah cara yang baik untuk meningkatan pendapatan penduduk di kawasan ini. Kerajaan Malaysia telah menyediakan berbagai-bagai jenis kursus bimbingan dan latihan kepada peniaga ataupun usahawan di negara kita. Kursus yang disediakan adalah seperti pengetahuan perniagaan, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran perniagaan dan banyak lagi. Sebagai contohnya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) juga telah melancarkan beberapa kursus bimbingan sebegini untuk membantu peniaga dan usahawan dalam perniagaan mereka. Dengan ini, peniaga dapat mengetahui kaedah berniaga yang lebih efektif dan cara-cara untuk mengendalikan perniagaan sendiri dengan baik. Lama-kelamaan, banyak pelanggan akan tertarik dengan cara penjualan barang seseorang peniaga itu dan pendapatan peniaga tersebut akan ditingkatkan secara tidak langsung.

Encik Tan Kean Tong, seorang pekerja kilang yang bekerja dalam pekerjaan tersebut selama 10 tahun ke atas, berpendapat bahawa membuat kerja sambilan dapat meningkatkan

Page 2: Cadangan - Potensi

pendapatan penduduk di kawasan kajian ini. Memang tidak dapat dinafikan, gaji seseorang pekerja kilang tidak mencukupi untuk menyara sesebuah keluarga. Oleh itu, Encik Tan membuat kerja sambilan, iaitu bekerja sebagai seorang pembantu gerai makanan di sekeliling kawasan kajian untuk meningkatkan pendapatannya. Dia juga berkata bahawa kerja sambilan yang diturut serta olehnya bukan sahaja meningkatkan pendapatannya tetapi juga berpeluang untuk menjadikan hobinya, iaitu memasak, sebagai pekerjaan. Walaupun bekerja sambilan menyebabkannya amat letih dan tidak bersemangat, dia tetap melakukannya demi kebahagiaan keluarganya. Tambahan pula, seseorang pekerja swasta yang bekerja di kompleks beli-belah Aeon Big di kawasan ini, Puan Woo Pei Ling, juga membuat kerja sambilan untuk meningkatan pendapatannya. Dia bekerja sebagai seorang pekerja kilang pada waktu malam setiap hari untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi olehnya. Encik Tan dan Puan Woo berkata bahawa mereka sangat berpuas hati dengan pendapatan mereka sekarang selepas membuat kerja sambilan dan menganggap bekerja sambilan memang dapat meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan ini.

Potensi