Cadangan Usaha-usaha Untuk Mewujudkan Petempatan Lestari

9
CADANGAN USAHA- USAHA UNTUK MEWUJUDKAN PETEMPATAN LESTARI NAMA: ATIQ NAZURAH BT ASAAD KELAS: 2 DEDIKASI

description

lestari

Transcript of Cadangan Usaha-usaha Untuk Mewujudkan Petempatan Lestari

Page 1: Cadangan Usaha-usaha Untuk Mewujudkan Petempatan Lestari

CADANGAN USAHA-USAHA UNTUK MEWUJUDKAN PETEMPATAN LESTARINAMA: ATIQ NAZURAH BT ASAADKELAS: 2 DEDIKASI

Page 2: Cadangan Usaha-usaha Untuk Mewujudkan Petempatan Lestari

DEFINISI• Definisi petempatan lestari, merujuk kepada gagasan untuk

meningkatkan kualiti hidup bandar, merangkumi komponen ekologi, budaya, politik, institusi, sosial dan ekonomi tanpa membebankan generasi akan datang.Dengan kata lain, petempatan lestari merangkumi pemantapan nilai, sifat, dinamisme,kemudahan dan prasarana lestari dari segi penggunaan sumber tenaga, bekalan air dan pelupusan sisa efisien, sistem pengangkutan canggih, reka bentuk bangunan dan prasarana mesra alam dengan dikelilingi kehijauan pelbagai flora dan fauna. Petempatan lestari juga seharusnya ditunjangi pelbagai aktiviti martabat tinggi dari segi keilmuan, penyegaran minda, penyuburan rohani, hubungan sosial dan kegiatan perdagangan.

Page 3: Cadangan Usaha-usaha Untuk Mewujudkan Petempatan Lestari

KAEDAH KAJIAN

• Sepanjang kajian ini dijalankan,saya telah menggunakan kaedah seperti berikut:

Rujukan

Pelbagai sumber rujukan seperti internet dan buku telah dirujuk dan dijadikan panduan serta mendapatkan maklumat untuk menyiapkan laporan ini.

Page 4: Cadangan Usaha-usaha Untuk Mewujudkan Petempatan Lestari

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mencadangkan usaha-

usaha mewujudkan petempatan lestari.

Page 5: Cadangan Usaha-usaha Untuk Mewujudkan Petempatan Lestari

HASIL KAJIANBeberapa usaha yang boleh dilakukan

 Membina kemudahan-kemudahan seperti kedai runcit, pasar, klinik kesihatan, bengkel dan sebagainya. Orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan harian, rawatan kesihatan, perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan dengan mudah di dalam sesuatu petempatan. Ianya juga boleh dijadikan sebagai pusat kegiatan ekonomi.

Page 6: Cadangan Usaha-usaha Untuk Mewujudkan Petempatan Lestari

Jalan raya untuk menghubungkan sama ada rumah ke rumah atau suatu taman perumahan ke taman perumahan yang lain harus dibina kerana ianya menjadi asas kepada mobilisasi penduduk untuk menjalankan kegiatan ekonomi dan sosial.

Page 7: Cadangan Usaha-usaha Untuk Mewujudkan Petempatan Lestari

Keselamatan sesuatu petempatan mesti dijaga. Balai polis boleh didirikan. Sesuatu kawasan perumahan boleh menubuhkan suatu pasukan khas untuk meronda-ronda pada waktu malam untuk menjaga keselamatan kawasan tersebut. Pihak polis juga boleh sering mengadakan kempen keselamatan di dewan orang ramai atau padang sesuatu kawasan perumahan itu.

Page 8: Cadangan Usaha-usaha Untuk Mewujudkan Petempatan Lestari

Kemudahan telekomunikasi dan multimedia amat penting untuk berhubung dan mendapatkan maklumat. Internet tanpa wayar boleh diletakkan di sesuatu petempatan itu.

Padang permainan kanak-kanak dan taman rekreasi harus diadakan. Kanak-kanak dan remaja akan ke padang untuk beriadah. Penduduk juga boleh ke taman rekreasi untuk melakukan senaman dan berjoging.

Page 9: Cadangan Usaha-usaha Untuk Mewujudkan Petempatan Lestari

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DAN UNSUR PATRIOTISME

Kita mestilah menyokong dan membantu kerajaan dalam melakukan pelbagai usaha untuk mewujudkan petempatan lestari.

Kita hendaklah menjaga pelbagai kemudahan yang telah disediakan.