Cakap ajuk dan pindah

1
CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH 1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya. 2. Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk. 3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya. 4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah. 5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini. Cakap Ajuk Cakap Pindah 1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan. 2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan. 3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata ( “ …….. “ ) 1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan. 2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat. 3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama. 1. "Cuci baju kamu," kata ibu kepada Ani. 2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir semalam, Hafizi?" 3. "Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik Azman," kata Encik Lim. 4. “ Di manakah awak letakkan beg itu ? ” tanya Cikgu Azmi kepada Sunita. 5. Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara membuat kuih Bahulu.” 6. Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini buku awak. ” 7. “ Ayam itu lapar,” kata Asmah. 8. “ Berikan bola ini kepada Zainal Abidin,” kata Dollah Salleh. 1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya. 2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia tidak hadir semalam. 3. Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke rumahnya pada malam nanti. 4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu. 5. Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu. 6. Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku dia. 7. Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar. 8. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan kepada Zainal Abidin. 6. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara berikut perlu diubah atau diberi perhatian. Cakap Ajuk Cakap Pindah saya, aku, hamba beta kami, kita anda, awak, kamu, engkau dia beliau mereka ini itu sini begini demikian ini sekarang malam tadi semalam hari ini esok dia, ia, nya, beliau baginda mereka saya, dia, nya dia beliau mereka itu itu situ, sana, tempat itu begitu demikian itu masa itu, ketika itu malam semalamnya semalamnya hari itu esoknya, keesokan harinya, hari itu

Transcript of Cakap ajuk dan pindah

Page 1: Cakap ajuk dan pindah

CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau

tulisan tanpa mengubah maksudnya. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud

asalnya. 2. Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk. 3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan

bahasa tanpa mengubah maksudnya. 4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah. 5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.

Cakap Ajuk Cakap Pindah

1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang

dilaporkan semula sebagaimana asalnya

dituturkan. 2. Tidak ada sebarang pindaan yang

dilakukan. 3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda

pembuka kata dan diakhiri dengan tanda

penutup kata ( “ …….. “ )

1. Cakap Pindah ialah perkataan atau

percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak

sebagaimana yang dituturkan. 2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan

perkataan-perkataan dalam ayat. 3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan

perkataan sama.

1. "Cuci baju kamu," kata ibu kepada

Ani. 2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir

semalam, Hafizi?" 3. "Datanglah ke rumah saya malam ini,

Encik Azman," kata Encik Lim. 4. “ Di manakah awak letakkan beg itu ?

” tanya Cikgu Azmi kepada Sunita. 5. Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara

membuat kuih Bahulu.” 6. Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini buku

awak. ” 7. “ Ayam itu lapar,” kata Asmah. 8. “ Berikan bola ini kepada Zainal

Abidin,” kata Dollah Salleh.

1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya. 2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia

tidak hadir semalam. 3. Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke

rumahnya pada malam nanti. 4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di

mana dia meletakkan beg itu. 5. Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu

cara membuat Kuih Bahulu. 6. Hassan menyatakan kepada Faizal

bahawa itu buku dia. 7. Asmah menyatakan bahawa ayam itu

lapar. 8. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu

diberikan kepada Zainal Abidin.

6. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara berikut perlu diubah

atau diberi perhatian. Cakap Ajuk Cakap Pindah saya, aku, hamba beta kami, kita anda, awak, kamu, engkau dia beliau mereka ini itu sini begini demikian ini sekarang malam tadi semalam hari ini esok

dia, ia, nya, beliau baginda mereka saya, dia, nya dia beliau mereka itu itu situ, sana, tempat itu begitu demikian itu masa itu, ketika itu malam semalamnya semalamnya hari itu esoknya, keesokan harinya, hari itu